Entri Terdahulu>

Dua Kali Lima

Dua Kali Lima

Dari beberapa entri lepas lagi Khai ada cakap nak tulis pasal Saiful Bukhari Azlan, jejaka yang kononnya telah disontot oleh Anwar Ibrahim. Beribu-ribu artikel terus menerjah ke dalam internet menulis betapa ’sial’nya dia kerana menuduh Anwar Ibrahim meliwat dia. Dan kritikan paling teruk semuanya ditujukan kepada Datuk Sri Najib Tun Razak, bakal pemimpin yang lebih gemar diam daripada bersuara. Khai percaya, darah yang mengalir dalam tubuh beliau datang dari bapanya, Tun Abd Razak. So ingat-ingatlah rakyat Malaysia betapa agungnya darah yang mengalir dalam tubuh beliau.

Entri Khai ni bukan nak backup Anwar, Saiful mahupun Najib. Korang akan dapat merasa yang Khai ni talam dua, tiga atau empat muka mahupun bagai lalang ditiup ribut taufan. Khai tak sokong siapa-siapa sebab masing-masing ada point. By the way sebenarnya malas nak ambik port pasal politik Malaysia yang semakin teruk (teruk yang amat) di bawah kepimpinan orang kuat tifur, tapi makin diam makin sakit hati. Oh ya, tiada satu ayat pun megenai Paklah dalam artikel ni, anggap saja sudah tahun 2010 di mana Paklah dah letak jawatan dan duduk rumah diam-diam. Huh!! Menulis blog mungkin.

Dua Kali Lima
First, mengenai tuduhan Anwar Ibrahim telah meliwat seorang jejaka 23 tahun yang ternyata berbadan sasa lagi sihat tubuh badan. Di manakah logiknya, tidak mampukah si Saiful Bukhari ni melawan bila lelaki berusia 60-an cuba meliwat dia? Haha. 7 kali bukan sikit? Kenapa bukan kali pertama kau di sontot, kau terus pergi buat report. Kenapa selepas 7 kali dan selepas kau berak berdarah. Apekejadah? Saiful, atau mungkin kau memang seorang gay yang gemar bermain bottom? Kalau difikirkan logik seorang yang berakal, takkan tak mampu nak melawan kot kalau kau memang betul-betul tak rela. Takkan seorang tua yang pernah mengalami sakit tulang belakang boleh menyontot kau dengan suka hatinya? Dasar lelaki jambu la kau ni Saiful. Bapak lembik!! Kau mesti 18 juta kali ganda suka pink dari aku kan?

But, jika difikir balik, bayangkan jika korang yang berada di tempat Saiful Bukhari dan memang benar korang telah diliwat. Ape perasaan korang? Di manakah perginya status kemanusiaan rakyat negara ni? Korang diliwat dan cuba meminta pertolongan, tapi korang telah dimaki hamun dan takde siapa nak percaya apa yang korang cakap. Diingatkan, Anwar Ibrahim bukanlah seorang malaikat atau utusan Allah. Dia hanyalah manusia biasa sama seperti kita semua. Jika dia meliwat, itu bukan satu yang mustahil. Lihat sajalah perangainya..


Khai melihat rata-rata blog mengutuk dan mengeji Datuk Seri Najib. Kononnya Datuk Najib la yang merancang semua ni. Apa bukti korang? cukup ke gambar -gambar kenangan Saiful Bukhari di pejabat timbalan perdana menteri mahupun gambar dia bersama-sama para menteri itu membuktikan yang Najib adalah perancang segalanya? Mungkin’kah jika ianya telah dirancang, mungkinkah ada gambar-gambar kengangan di tempat-tempat yang pastinya akan mengantoikan strategi menjauhkan Anwar? Wei come on la. Kejian dan kritikan korang kat blog kadang-kadang dilihat terlalu melampau. Kotor sangat bagi korang si Najib tu. Korang laungkan Malaysia negara demokrasi. Tapi demokrasi ke cara korang tu dengan membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti. (more…)

Ditulis pada 26 July '08 oleh Khai. Dibaca sebanyak 181 views
Diletakkan dalam Politic. 11 Comments. | show comments »

Makanan paling lazat di dunia

Finally, pukul 3 pagi semalam, Khai format jugak Notebook ni. Pakai Vista balik selepas setahun Khai ban. Nampaknya kali ni support Vista bukan kepalang. Sangat puas hati. Sesungguhnya Microsoft belum cukup bijak apabila kenyataannya DVD RM11 yang Khai beli still dianggap original oleh mereka dan menerima privilage class number 1 untuk mendownload sebarang file yang mereka beri. Thanks Bill Gates. Hehehe.

So sekarang, no more Mac like. No more Apple logo. Saja berubah angin. Lama tak guna Vista, rasa macam cool je la pulak. Hehehe. Lagi-lagi bila dapat download semua update termasuk Vista Extra yang ada Windows DreamScene tu. Tak tahu DreamScene tu apa, tanya Khai kat bahagian komen.

Ok, straight to the Ampang Point, berikut adalah makanan kegemaran Khai. Tapi dalam Khai punya nightmare je la. Bluweekkk!!! Sebenarnya, ni gambar-gambar menu untuk mereka yang menyertai rancangan Fear Factor. Ini baru gertak sikit, kompem-kompen korang dah tak nak masuk.


Ada lagi.. kali ini lebih lazat.. sumpah tak tipu.. (more…)

Ditulis pada 24 July '08 oleh Khai. Dibaca sebanyak 466 views
Diletakkan dalam Daily craps. 43 Comments. | show comments »

Fast Update #4

Fast Update 4

Wah, nak taknak, nak kene update gak ni. Dah ade komen tu suruh update sebab tension hari-hari masuk tak ber’update jugak. Hahaha. Ala bukan taknak update, tapi orang cakap belum sampai seru. So ni dah sampai seru, baru ar boleh update. Errr, ape aku nak update ni ek? Hahaha. So ini adalah fast update nombor 4. Versi blogging banyak tajuk dalam satu tajuk. Huh?

Upgrade to WP 2.6
Cerita gembira, semalam Khai dah berjaya upgrade blog ni ke version 2.6. Kali ni nak update bapak punya susah sebab kat campus ni ade proxy bagai (tak boleh guna ftp). So nak taknak Khai gunakan cara Khai sendiri. Kalau sesiapa ada masalah macam Khai, silakan guna cara ni yer.

1st, buat backup database blog dulu. Then Khai upload zip file wordpress yang latest tu. Delete core file wp-admin & wp-includes. Then extract zip file tadi via cPanel. Create new database. Edit config.php then import balik backup file tadi ke database yang baru. Point ke root/wp-admin/upgrade.php dan selesai. Haha, inilah cara terbaik kalau korang berada di tempat Khai. Benda mudah boleh jadi susah. (more…)

Ditulis pada 22 July '08 oleh Khai. Dibaca sebanyak 229 views
Diletakkan dalam Special, Tutorial, Web Promotion. 28 Comments. | show comments »

Apple Macbook Air

Sejauh mane korang tahu pasal Apple Macbook Air? Apple cakap ini adalah laptop atau notebook yang paling nipis pernah terhasil di atas muka bumi Allah ni. Ya, mungkin jari-jemari Khai adalah jari yang ke 123,560,001 menari di atas keyboard mengenai Macbook Air, tapi ramai lagi yang tak tahu sebenarnya.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Kat atas ni ialah official ads of Macbook Air. Bukan yang Macbook Parody ok. Dah cukup teransang? Hah, pergi minum Kacip Fatimah. Hahaha. Belum cukup teransang? Wooo, dashat korang ni. Takyah minum Tongkat Ali plak, just nengok je Macbook Guided Tour kat bawah ni.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Tak payah Khai nak cerita panjang lebar pasal Macbook Air ni kan? Kalau dah nengok dua video kat atas tadi, korang paham-paham je la sendiri. Cuma apa yang mengecewakan (harga mahal tapi rasa tak berbaloi), bagi Khai, Macbook Air ni agak melecehkan. No DVD drive, 1 port USB dan banyak lagi. Tapi zaman sekarang, everything kita nak yang kecil dan nipis kan. So dah keluar notebook senipis macam ni, pergi la beli.

So amacam? PC or Mac? Khai dah order taw. RM10k lebih je tak mahal. Tapi…

Err, ada sapa-sapa cakap lagu dalam iklan Macbook Air tu sedap? Mahu download? (more…)

Ditulis pada 17 July '08 oleh Khai. Dibaca sebanyak 340 views
Diletakkan dalam Gadget, Technology. 23 Comments. | show comments »

How to bypass any Proxy?!!

Khai hate proxy too
Khai tak larat nak update ni, tapi ade orang tu (buat2 tak kenal) suruh Khai update kat Shoutbox tu, so Khai update la jugak blog ni. Terima kasih kepada mereka yang tak putus-putus masuk ke sini setiap hari. Demi Allah, takde sedikit pun niat nak dapat pendapatan from iklan etc melalui blog ni. Ape yang Khai mahukan, supaya korang dapat something dari sini. Ikhlas beb, tak mintak bayar pun. Peace!!

Entri kali ni Khai nak ajar cara nak bypass proxy. Proxy tu bukan nama kuih ok. Ala, kalau korang pernah online kat University, Office atau sekolah, biasa sangat diorang tu proxy web sana-sini. Ini tak boleh masuk, itu tak boleh masuk. Contoh paling bodoh pun, kat tempat Khai ni. Myspace memang diorang proxy, tapi Facebook dengan Friendster, tak proxy pulak. Ape kejadahnye semua ini? Kalau korang tak faham jugak, jom la pergi Wikipedia hai.. tu pun nak kene cakap.. Hehe.

Secara praktikalnya, bukan Khai nak ajar apa pun, cuma beri sedikit panduan mengenai software ni. Kalau before, korang gunakan free web proxy seperti HideMyAss atau Unblock7 untuk masuk Myspace dan sebagainya, kali ni Khai nak korang lupakan semua ni. Almaklumla, even konon boleh lepas proxy pun, ada juga web yang dia tak boleh lepas. Contohnya Direct Admin & Cpanel (sapa ada web dia tahu la), web-web macam tu tak boleh lepas punya. Tapi dengan software yang akan Khai kongsikan nanti, jangan cakap Direct Admin, Cpanel dengan Myspace je yang korang boleh masuk, segala jenis web lucah pun boleh. Haha. Pandai-pandai korang la nak hidup ye. Takut dosa jangan di buat.

UltraSurf, pernah dengar? sebuah perisian ringan yang boleh berfungsi dengan sangat baik. Terima kasih kepada Flameduplicate dari forums Scukz kerana memperkenalkan Khai dengan software ni. Dah hampir sebulan rasanya Khai online dengan Ultrasurf tanpa melihat screen Proxy dari pihak University tu lagi. (more…)

Ditulis pada 10 July '08 oleh Khai. Dibaca sebanyak 905 views
Diletakkan dalam Software, Tutorial. 73 Comments. | show comments »

Berapakah Gaji CEO TNB?


Kadang-kala Khai terpikir, mengapa dunia ini tidak adil. Mungkin korang juga pernah terpikir. Ok macam ni, ramai orang kaya yang kaya dengan sesuatu dari alam-semulajadi. Ini bermakna, dia boleh kaya sampai tahap melampau dengan apa yang Allah kurniakan untuk kemudahan umatNya bersama. Pernahkah Tuhan beri hak kepada sesiapa khazanah alam berikut? Khai agak tidak faham mengapa wujudnya tuan tanah. Dia ke yang buat tanah tu? mengapa bila kita nak beli tanah tu kena bayar mahal-mahal? betul ke itu tanah dia? bagaimana dia dapat tanah tu? siapa yang beri? dan yang pastinya, tiada siapa yang berhak memberi hak itu kepada dia kecuali dari Allah Swt. Jika Khai silap, sila betulkan.

Begitu juga dengan billionaire dalam dunia ni. Bill Gates kini dah jatuh tangga ke-3 manusia paling kaya di dunia. Bill Gates berhak menjadi idola Khai kerana dia mencipta sesuatu dari apa yang di mampu. Dia mengasaskan Microsoft dan memberi kemudahan kepada dunia menggunakan akal-fikirannya. Bagaimana pula dengan manusia terkaya di Malaysia? Mereka kaya melalui gula, minyak & macam-macam lagi khazanah tersedia. Ya, minyak yang 100% sedia ada hasil kekuasaan Allah SWT.

Untuk yang kaya melalui minyak, kalau difikirkan, bagaimana minyak itu boleh dikatakan hak dia? Lupakan itu dulu. Sekarang fikirkan mengapa dia boleh kaya dengan minyak. Dia gali-gali minyak dan jual kepada dunia. Kalau minyak di situ takkan habis sampai bila-bila, ini bermakna 18 keturunan dia atau lebih pun akan terus mewarisi minyak anugerah Tuhan itu. Kalau nak dibezakan dengan Bill Gates, bayangkan jika Microsoft kekeringan idea, makan ternoktahlah karier Bill Gates buat selamanya. (more…)

Ditulis pada 6 July '08 oleh Khai. Dibaca sebanyak 764 views
Diletakkan dalam Daily craps. 39 Comments. | show comments »

Website Utusan Malaysia di Hack!!

Selepas website Perdana Menteri Malaysia di hack [gambar 1 | gambar 2] dan diakhiri dengan alasan oleh admin bodoh website tersebut, Website utusan pula di hack!! Click gambar di bawah untuk snapshot dari browser.


* sila click gambar di atas..

Semasa Khai menulis entri ni, page tersebut masih lagi sama tidak berubah. Mungkin kerana admin mereka juga bodoh sepeti website Pak Lah. Buat habis duit bayar mahal-mahal. Satu-persatu padah yang keluar untuk mereka yang di bawah kerajaan. Nantikan entri akan datang mengenai kes tuduhan ke atas Anuar Ibrahim. Siapakah itu Mohd Saiful Bukhari bin Azlan?!!

Update 06 july: ianya bukan hack/deface, tapi cuma xss.. Jangan maraa. Entri ini untuk SEO blog ini sahaja..

Ditulis pada 5 July '08 oleh Khai. Dibaca sebanyak 490 views
Diletakkan dalam Breaking News, Web Promotion. 23 Comments. | show comments »

Trilogi Simbolik Cinta Tiga Segi Hazwan


Entri yang paling meletup dalam sejarah hidup Khai sebagai seorang blogger. Memang susah nak percaya, entri yang ditulis asalnya hanya sekadar suka-suka telah menerima page view sebanyak 70,000 hits in 3 months (ditulis pada 4 march 2008). Juga komen sebanyak 700 komen. MP3 dan video yang tersedia sudah di download lebih 22,000 kali. Terlalu banyak trackback juga copy and paste di blog orang lain. Lihat Google ini. Menurut maklumat, URL entri ni pernah di paste oleh moderator chatroom di Astro @15.

Entri apakah yang Khai maksudkan? Cinta Tiga Segi a.k.a Perangkap Cinta. Boleh klik kalau still tak tahu cerita. Ini dia sebuah entri berhantu yang tiba-tiba wujud dalam blog ni. Nak dapat hits yang terbaek? sila copy and paste kat blog korang. Kredit jangan lupa okay!

Menerjah ke segenap komen di dalam entri tersebut, Khai jadi biol tambah sewel dengan komen-komen mereka. Ada yang berasas dan ada yang tidak. Ada yang percaya dan tidak mengenai kisah si Hazwan tersebut. Obviously, Khai sendiri pun susah nak percaya dan takde satu patah ayat pun dalam entri tu yang tertulis Khai percaya. Kita just nak share je apa yang kita tahu dan dengar kan? (more…)

Ditulis pada 3 July '08 oleh Khai. Dibaca sebanyak 1,666 views
Diletakkan dalam Breaking News, Love, Special. 22 Comments. | show comments »