Floria & Rumpun 07

floria_rasmi.JPG
Oh, aku terlalu cemburu dengan apa yang berlangsung petang semalam. Ianya Rumpun 07. Alhamdulillah, akhirnya berlangsung dengan jayanya melalui beberapa bloger yang sempat aku berbual. Mendengar cerita dari blog rasmi Hafreze membuatkan aku bertambah cemburu. Ditambah pula dengan kedatangan amat mesra alam oleh big bos Advertlets, Mr Josh Lim yang turut bersama-sama memeriahkan majlis. Betul ke Hafreze ada yang bertanya tentang aku? Hurm, sebenarnya terdetik juga rasa kekecewaan dalam hati aku kerana aku adalah bloger yang betul-betul ingin ke Rumpun 07. Tapi pelbagai halangan yang datang di saat-saat akhir. Halangan utama, aku perlu ke Karnival Bunga dan Taman di Putrajaya atau singkatannya, Floria bagi mewakili pelajar Limkokwing University yang hadir ke sana memeriahkan penyertaan kami.

Ya, ada hikmahnya. Aku tidak dapat menatap wajah-wajah member blog lain yang selalu aku ketemu di alam maya ini tetapi aku dapat menatap wajah seorang insan yang aku kagumi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Pak Lah merasmikan Karnival Bunga dan Taman pagi semalam dengan suasana sangat meriah. Percaya atau tidak, ini peluang buat pertama kalinya aku bertemu dengan Pak Lah secara berdepan dan pastinya tidak mungkin aku akan lepaskan peluang seperti ini dan yang perlu menjadi mangsanya, kedatangan ke Rumpun 07 terpaksa aku minggir’kan. Menjadi wakil pelajar Limkokwing ke sana juga membuatkan aku berasa sungguh bertuah.

floria_limkokwing-nye-taman.JPG
Melihat hasil dari badan-badan kerajaan dan pelajar-pelajar IPTA merealisasikan taman dalam bandar juga amat meng’ujakan aku. Melihat hasil dari pelajar kampus aku sendiri membuatkan aku berasa bangga. Dancing Garden, sebuah ilham yang lain dari yang lain. Kau perlu ke Putrajaya untuk saksikan’nya sendiri kerana ianya berlangsung dari 25 Ogos hingga 2 September ini. Jika kau seorang pencinta alam atau peminat rekacipta landskap, kau wajib pergi!

Berbalik kepada Rumpun, aku memohon maaf kepada Mohd Ismail kerana tidak dapat menghadirkan diri walaupun setelah dipujuk oleh beliau. Aku bukan sengaja tidak mahu ke sana, tapi keadaan tidak mengizinkan. Tarikh bertindih pula dengan Floria Putrajaya dan aku terpaksa memilih antara satu. Mungkin pada Rumpun 08 atau Rumpun 2 nanti, aku akan jadi orang pertama yang tunggu di tempat perjumpaan untuk menyambut kalian yang hadir. Apa pun, aku dah puas menatap wajah jambu Mohd Ismail. Hehehe.. Identiti-mu kini bukan satu rahsia lagi. Boleh la kau letak board iklan di tepi-tepi highway sambil berposing mempromo blog kau wahai Ismail. Siapa ada button lebih Advertlets tu, berilah aku satu. Aku sukakan button itu untuk dijadikan koleksi.

floria_nive_love_khai.jpg

Ditulis pada 3:38 AM 26 August '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 535 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

19 Comments »

Comment by hafreze
2007-08-26 05:11:42

ahakz..seyes kot..tk caya tnyer bat..

..
 
Comment by rokudaime_jr
2007-08-26 07:08:14

Wa……aku pon x dpt join….Ish2……ku x sihat lew….Adess…..Rugik….Waaaaaa……

..
 
Comment by gurl life
2007-08-26 09:42:18

ahaks…nieza pon xdpt g. sbb g karnival bunga dan tman putrajaya tuh bsama khai. huhu…rugi nyer xdpt makan free. tp boleh makan free kt karnival tuh ok jgk..huhuhu

..
 
Comment by IcedNyior
2007-08-26 16:34:47

๐Ÿ™ khai tak dtg utk rumpun

..
 
Comment by bat
2007-08-27 07:24:16

Aku la yang tanya wakil2 scukz mana hang..uhuhu..

..
 
Comment by dragonfly
2007-08-27 09:51:07

2-2 aku xdpt pegi…rumpun n floria…ahaksss….terharu ngan pengorbanan khai..ekekeke…

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-08-27 12:11:47

oh… bestnye merumpun… isk isk

..
 
Comment by Saharman
2007-08-27 16:21:23

Ohh…ini lah orangnya… ada 3 orang member kau duduk sekali dengan aku ari tu di Rumpun07. Josh Lim ada bertanya pasai kau masa dia tanyakan member member kau tu . Aku adalah lelaki yang mendukung anak di sebelah kanan gambar di atas Josh Lim tu , aku blog pasai anak aku MHariz.com . Dari blog Hafreze tu baru aku tahu dia tu X Alam Shah, Kau pun X Alam Shah ke? Aku X Alam Shah 85-89. kira geng geng tua la Alam Shah ori Bandar Tun Razak.

..
 
Comment by Fahmishah
2007-08-27 16:24:12

lepas ni serbu RUMPUN 08 plak kalau ada

..
 
Comment by Khai
2007-08-27 18:35:35

[Comment ID #11814 Will Be Quoted Here]

bagusnya saudara ni.. berblog untuk anak.. satu contoh yg akan saye contohi bila dah ada anak nanti… hehehe.. insyaAllah.. khawin pon belum camne nak cepat dapat anak ni.. kekeke..

ye ke aritu lepak ngan bebudak scukz.com tu.. josh lim ade tanye pasal khai ye.. ingat plak dia ngan khai.. kakaka… neway dah lama perasan sebab dalam ramai2 tu, ada sorang je yang dukung anak… hehehe….

eh, khai bukan ex alam shah… skolah biasa je dulu.. skang study kat limkokwing university..

nice to know u.. hope rumpun kali ke 2 nanti akan mempertemukan kita and anak u yg comel lotey tu.. hihihi….. akhir kata, Assalamualaikum..

psstT: mari bertukar2 link blog…

..
 
Comment by Saharman
2007-08-28 09:36:12

OK aku dah link dah blog kau dalam blogroll MHariz.com , nasib baik ke Rumpun tu baru aku tahu blog kau ni….apa pun aku dah bookmark dah aku jenis tak suka baca RSS tak ade feel.

..
 
Comment by manchurr
2007-08-30 11:57:28

tuh ar khai.. aku pun x dapat pegi.. nanti kita wat lain la hahahha

..
 
Comment by Khai
2007-09-01 13:42:55

[Comment ID #11832 Will Be Quoted Here]

kita wat rumput plak… rumpun kang mael cakap tiru.. ngeh ngeh..

..
 
Comment by medic_khai
2007-09-01 20:14:08

akuu dahh piii …
heheh …. mlm perasmian akuu pi … waaa lawaa SiOtz bunga2 kat situuu ….

tapi aku pi mlm .. byk yg dh tutupp .. disebabkan jamm yg mcm sIpuTt masa nak gi putrajaya …

prghh geramMmm nya …

..
 
Comment by gie
2007-09-10 20:06:41

owh khai..sungguh damn…ko tau kan aku amik landscape kat utm..dah ko tau tak,garden depan garden limkokwing tu garden UTM…keh2…knape la aku tak perasan ko…sungguh tak bertuah aku…aduhai…nway,thanks…ade gak org yang meminati bidang yg aku ceburi…hahaha….

..
Comment by Khai
2007-09-10 22:19:34

hok ala… ko ke yg wat… hahaha.. nape x jumpe ek time pembukaan tu.. huhu..

aku suke lepak kat pondok U mane ntah.. siap ade air kuar macam embun.. sejuk je

..
 
 
Comment by azleah
2007-12-04 21:45:28

pasni apa2 event mmg akan dihiburkan oleh acha septriasa, maklum la, acha kan bakal student limkokwing

..
Comment by Khai
2007-12-11 23:09:51

kalau acha tak demand tinggi.. hehe.. pepaham je la kan..

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • Rumpun Gath