Yay, New Domain for Khai’s Blog

justkhai.jpg
Syukur Alhamdulillah, akhirnya blog ni selamat Khai pindahkan. justkhai dot com, sebuah domain yang Khai khas’kan hanya untuk blog keramat ni. “Just khai” tu pun main petik je, malas nak fikir nama domain. Actually, dah berhajat dari minggu lepas lagi nak pindahkan kat hosting baru ni, tapi disebabkan takde duit nak bayar, so Khai biarkan dulu dan cuba cari sponsor kot kot ada. Mujurlah, muncul seorang gadis bernama Syia yang volunteer nak sponsor blog ni. Thank You so much Syia!! I lope u la!! Jom ramai-ramai ke Blog Syia dan tolong ucapkan terima kasih kepada dia. Tidak dilupakan juga, seorang lagi insan yang nak sponsor domain untuk Web download terbesar di Malaysia pula, Emp3s. Thanks Wizurai. Tapi buat masa sekarang, Khai masih belum terfikir domain name yang sesuai untuk web Emp3s tu. Kalau korang ada idea, beri tahu Khai ye.

Hurm, macam biasa, nak memindahkan blog ke sebuah hosting lain memang mudah. Download database di hosting lama, kemudian upload balik ke dalam hosting baru. Tapi yang susahnya, kesan yang diterima selepas itu. Di antaranya, ranking untuk blog ini pasti akan jatuh mendadak. Dulu masa under domain Scukz, PR (page rank) dah capai 4. Tapi untuk JustKhai ni, hurm kosong la ape lagi.. Secara tidak langsung, Pengunjung juga pasti akan berkurang. Pendapatan dari ads juga, akan jatuh mendadak. Ah lantak, apa yang penting bagi Khai selaku penulis blog Syok Sendiri, pertama yang Khai nak, blog ini mampu berfungsi sama seperti dalam hosting lama. So kepada yang tahu cara lain nak tukar URL gambar dalam semua entri dengan cara mudah, sila beritahu Khai. Kalau nak tukar satu-satu entri, ada beratus-ratus entri tu. Khai ada baca entri “Mass Replace String in MySQL” kat blog LiewCF, tapi terlalu ringkas dan tak jelas untuk orang yang baru pertama kali nak berpindah-randah ni. [updated: dah tahu cara, kat sini]

Pemindahan blog ini Khai lakukan atas sebab tersendiri. First, Khai tak mahu blog ini berada dalam satu server dengan Scukz Portal. Semua maklum, Scukz portal dah makan hampir 3/4 percentage dari server so membuatkan blog ini agak slow untuk load. Second, Khai agak “cuak” dengan status sponsorship dari CGYhost sendiri. Asib down je tanpa tahu sebab ape.. Thirdly, blog & domain baru ini menggunakan package Xtudent Hosting Plan dari Exabytes. So apa yang Khai harapkan, blog ber’hosting dan ber’domain baru ini akan jauh lebih bagus dari dulu. No more down down.. Aku dah bosan.. dan paling penting, korang akan nampak blog ini makin aktif dan Khai janji, akan selalu ada entri2 baru kerana Khai akan lebih serious ber’blog dengan adanya blog baru ini.

riena_rasyid_justkhai.jpg
Akak Khai, Riena dah pun selamat nikah 2 Feb lepas. Semalam, baru siap tolong dia pindah rumah baru kat Puncak Jalil. Kakcik, no more Desa Pandan eh? hehe.. Hurm, ini perkahwinan akak Khai yang ke-3 dari 4 orang akak.

Untuk korang, Terima Kasih kerana masih menyokong blog Khai ni eventhough banyak lagi blog lain yang tumbuh bak cendawan lepas Hujan.. Even Khai dah redirect URL blog yang lama terus ke blog baru ni (justkhai.com), tapi korang yang dah letak link blog ni pun, tolong la tukar ye. Tak susah pun bahkan dapat pahala lagi sebab Khai mintak tolong ni. Hehehe..
Selamat Datang kepada JustKhai.Com

sindarela_justkhai.jpg
Pssttt: Jangan lupa nengok Sindarela setiap Selasa jam 9 Malam di TV3. Cerita yang menggantikan slot Lestari sebelum ini, Jelatang. Kenapa korang kene nengok? selain dari muka Sharifah Amani yang comel nak mampus tu, diorang juga berlakon kat Limkokwing University. Haha, tempat study Khai (aku, bukan Khai AF1), IcedNyior, Dafi AF5, Sazzy Falak, Awal Ashaari, Acha Septriasa dan ramai lagi lah. Saksikanlah satu-satunya Universiti paling hitam di Dunia.

Ditulis pada 6:49 PM 8 February '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 791 views | Dalam kategori: Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

36 Comments »

Comment by Mohd Ismail
2008-02-08 19:00:50

apa kata aku org first komen kat domain baru? he he..

kool weh domain ni, penuh personal & identiti.. JustKhai.. nothings else ๐Ÿ™‚

selamat datang ke dunia .com ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2008-02-08 19:19:25

haha… thanks mael.. domain ni aku main petik je.. tapi ok la tu.. simple.. ornag pon sng ingat..

huu.. selamat datang ke dunia .com? macam la before Scukz tu bukan .com .. hehehe…

..
Comment by Mohd Ismail
2008-02-09 01:07:00

aish.. scukz.com tu komuniti.. ini sendiri2 punya.. ha ha..

*aku dah main reload2 kat sini, lebih laju drpd biasa..*

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by syia
2008-02-10 09:11:25

lepas ni hope tak de lembab lagi nk komen kat blog ni hehe

..
 
 
Comment by Fahmishah
2008-02-08 19:06:21

waalau! aku org kedua….justkhai…macam juzt reboot plak

..
Comment by Khai
2008-02-08 19:21:03

ngeee… apesal x samakan dengan NIKE, just do it jer…

..
 
 
Comment by moghammer
2008-02-08 19:25:41

wah..muncul jgn nama baru ekk..

komen aku : just khai.com (nama yg sempoi) mgkin nama ni dapat secara spontan.. masih mengekalkan tema pink ekk.. apa2 pon hope khai banggunkan balik nama khai yg dah sedia masyur di seantero dunia tuh..k good luck

..
Comment by Khai
2008-02-09 01:13:17

ada apa dengan ‘khai’… hehehe.. tapi dulu tak ramai Khai.. skang ni dah ramai Khai muncul dalam internet ni.. baru ku sedar ramai rupanya orang nama Khai @ Khairul… huhuhu.. tapi ada satu je Khai SCUKZ… ๐Ÿ˜›

..
 
 
Comment by top0
2008-02-08 21:02:34

hohoho selamat berpindah…. bila la aku plak nk asuk alam dot com ni…. hohohooh

p/s: apsal byk sgat iklan advertlets kt blog ni???? josh ade sponsor gak ke???? hohohooh

..
Comment by Khai
2008-02-08 22:30:20

hehe.. iklan advertlets banyak? takde la banyak benar pon… hurm, sbenarnye khai yg sponsor advertlets ntuk letakkan iklan diorang kat sini.. leh ke camtu? hahahaha..

..
 
 
Comment by dady_ekin
2008-02-08 21:56:35

wahh… cambest ar nama baru blog khai…

..
 
Comment by dady_ekin
2008-02-08 22:06:48

bro… forum scukz ada lagi ke? kat link mane ek?

..
Comment by Khai
2008-02-08 22:33:39

forums scukz mmg la akan ada je macam biasa.. link? cuba masuk http://www.scukz.com .. tekan la forums kat situ..

..
 
 
Comment by syuxx
2008-02-08 22:08:07

ekekeke. tak sangka dah tuka domain.
hahaha. \\^_^//

..
Comment by Khai
2008-02-08 22:34:22

hurmm.. khai sendiri pon x sangka… thanks again untuk para sponsor..

..
 
 
Comment by Muhammad Khairul
2008-02-08 22:15:03

congratz on the move.. ^_^
salam dari khairul kepada khairul…

..
Comment by Khai
2008-02-08 22:35:07

thanks Khairul..

..
 
 
Comment by gurl life
2008-02-09 00:27:13

beshh ar cite sindarela tu kan…hehe. blako betol2 je kt kelas ktorang…klakar plak tu. beshhhh r..suke suke suke…

..
 
Comment by gurl life
2008-02-09 00:27:35

beshh ar cite sindarela tu kan…hehe. blakon betol2 je kt kelas ktorang…klakar plak tu. beshhhh r..suke suke suke…

..
 
Comment by xbrain
2008-02-09 02:58:58

Congrats Khai – Domain Baru – Wajah Baru – Ok aper..as long ko dah redirect old domain ker new domain.

Jgn lupa submit kat Big G utk di index.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2008-02-10 11:13:27

thanks xbrain in advise..

..
 
 
Comment by deennasour
2008-02-09 06:24:41

ya ya..mmg lebih laju load dari yg lama..
wah wah,,,cik syia ke yg sponser….cik syia tu bila lagi nak pakai domain sendiri yerp?
byk tul duit, dah le nak tukar hp, sempat sponser khai yerp…wee~
hadiah ari jadi kite cik syia tak bagi pon…ngehee~

tahniah lah khai~ tapi rasanya ada gak dak len pakai JUST tu…..just-aidil, dak ampang tak silap, ada link kat blog deen…
tapi tak pa,,,khai glamour….sekejap lagi ramailah pembaca dan pengomen~

..
 
Comment by Truckster
2008-02-09 07:55:52

wahhhh skali keluar terus ngan domain + hosting baru….wajah plak biler nak kuar baru…pink2 bling2

..
Comment by Khai
2008-02-10 11:16:05

huhhhuu.. rasa dah naik malas nak tukar themes… hurmm…

..
 
 
Comment by IcedNyior
2008-02-09 09:00:26

wah wah..domain & hosting baru. Bagus la (tak down selalu). Seperti kata mael, selamat datang ke dunia dot com ๐Ÿ˜€

p/s: thanks for the link back. Muah :* Nanti jumpa bila i start sem ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Hamdi
2008-02-09 16:55:05

semoga domain baru nih tiada masalah mcm scukz…

..
 
Comment by gie
2008-02-10 03:16:43

wah..bagus..aku dah tak perlu melayari blog ko dengan proxy server lagi….link ko pun dah aku update…semoga sukses selalu…

..
Comment by Khai
2008-02-10 11:18:19

thankx gie!! kawan aku dunia akhirat…

..
 
 
Comment by Musnaz
2008-02-10 08:05:54

Waaahhh sifu khai dah berhijrah rupenye! Tahniah! Aku pon ada wat hijrah sket, tp domain je la. Musnaz dot com! Yaay… Cian musnazdotnet kan? hu hu

..
Comment by Khai
2008-02-10 11:19:08

heran gak kenapa la bro tak install wordpress terus dalam hosting + domain sendiri.. kan lebih menarik gitu..

..
 
 
Comment by Wizurai
2008-02-10 08:37:32

tahniah sebab dah tak berkongsi hosting dgn scukz… so, blog ni xde la down selalu mcm dulu lagi…

..
Comment by Khai
2008-02-10 11:19:42

thanks.. mmg itu la yang khai harapkan ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by noris
2008-02-12 09:56:48

gile kool uni kau. Sume aku suke ade. Diorg tak jadi cam britney spears ke? Asyik kene kejar je.

..
 
Comment by catzer
2008-02-20 08:00:38

seronokkan ada rumah sendiri,hehehe sape nak aku sponsor hosting meh kontek aku..khehehe..aku ada beberapa hosting yg terbiar dgn kapasiti tinggi..Thn lps aku ada borong beberapa hosting untuk di test engine,maklumlah hosting tumbuh mcm cendawan gak jika tak test mmg tak tahu :p

..
Comment by topo
2008-02-20 14:04:59

ko nak sponsor??? , meh sponsor aku hohohohoho

..
 
 
Comment by syuhadah
2008-07-07 11:22:12

hai khai……..ngah wtpe 2.???ngah stdy kt limkokwing g ke………..???????????

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post