Dua Kali Lima

Dua Kali Lima

Dari beberapa entri lepas lagi Khai ada cakap nak tulis pasal Saiful Bukhari Azlan, jejaka yang kononnya telah disontot oleh Anwar Ibrahim. Beribu-ribu artikel terus menerjah ke dalam internet menulis betapa ‘sial’nya dia kerana menuduh Anwar Ibrahim meliwat dia. Dan kritikan paling teruk semuanya ditujukan kepada Datuk Sri Najib Tun Razak, bakal pemimpin yang lebih gemar diam daripada bersuara. Khai percaya, darah yang mengalir dalam tubuh beliau datang dari bapanya, Tun Abd Razak. So ingat-ingatlah rakyat Malaysia betapa agungnya darah yang mengalir dalam tubuh beliau.

Entri Khai ni bukan nak backup Anwar, Saiful mahupun Najib. Korang akan dapat merasa yang Khai ni talam dua, tiga atau empat muka mahupun bagai lalang ditiup ribut taufan. Khai tak sokong siapa-siapa sebab masing-masing ada point. By the way sebenarnya malas nak ambik port pasal politik Malaysia yang semakin teruk (teruk yang amat) di bawah kepimpinan orang kuat tifur, tapi makin diam makin sakit hati. Oh ya, tiada satu ayat pun megenai Paklah dalam artikel ni, anggap saja sudah tahun 2010 di mana Paklah dah letak jawatan dan duduk rumah diam-diam. Huh!! Menulis blog mungkin.

Dua Kali Lima
First, mengenai tuduhan Anwar Ibrahim telah meliwat seorang jejaka 23 tahun yang ternyata berbadan sasa lagi sihat tubuh badan. Di manakah logiknya, tidak mampukah si Saiful Bukhari ni melawan bila lelaki berusia 60-an cuba meliwat dia? Haha. 7 kali bukan sikit? Kenapa bukan kali pertama kau di sontot, kau terus pergi buat report. Kenapa selepas 7 kali dan selepas kau berak berdarah. Apekejadah? Saiful, atau mungkin kau memang seorang gay yang gemar bermain bottom? Kalau difikirkan logik seorang yang berakal, takkan tak mampu nak melawan kot kalau kau memang betul-betul tak rela. Takkan seorang tua yang pernah mengalami sakit tulang belakang boleh menyontot kau dengan suka hatinya? Dasar lelaki jambu la kau ni Saiful. Bapak lembik!! Kau mesti 18 juta kali ganda suka pink dari aku kan?

But, jika difikir balik, bayangkan jika korang yang berada di tempat Saiful Bukhari dan memang benar korang telah diliwat. Ape perasaan korang? Di manakah perginya status kemanusiaan rakyat negara ni? Korang diliwat dan cuba meminta pertolongan, tapi korang telah dimaki hamun dan takde siapa nak percaya apa yang korang cakap. Diingatkan, Anwar Ibrahim bukanlah seorang malaikat atau utusan Allah. Dia hanyalah manusia biasa sama seperti kita semua. Jika dia meliwat, itu bukan satu yang mustahil. Lihat sajalah perangainya..


Khai melihat rata-rata blog mengutuk dan mengeji Datuk Seri Najib. Kononnya Datuk Najib la yang merancang semua ni. Apa bukti korang? cukup ke gambar -gambar kenangan Saiful Bukhari di pejabat timbalan perdana menteri mahupun gambar dia bersama-sama para menteri itu membuktikan yang Najib adalah perancang segalanya? Mungkin’kah jika ianya telah dirancang, mungkinkah ada gambar-gambar kengangan di tempat-tempat yang pastinya akan mengantoikan strategi menjauhkan Anwar? Wei come on la. Kejian dan kritikan korang kat blog kadang-kadang dilihat terlalu melampau. Kotor sangat bagi korang si Najib tu. Korang laungkan Malaysia negara demokrasi. Tapi demokrasi ke cara korang tu dengan membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti.

Benda yang belum confirm siapa betul dan siapa salah, korang sendiri dah buat keputusan yang Najib adalah salah, Anwar adalah betul. Siapa ajar? Memang Khai tak nafikan, tuduhan meliwat ni bagai buku yang dah habis episod tiba-tiba di tambah lagi chapter’nya, tetapi janganlah cuba ingin menjadi tuan hakim yang tidak berkelulusan. Jangan mudah menjatuhkan hukuman pada orang yang cerita mengenainya belum tentu benar. Jika memang dia tak salah, korang dah memfitnah namanya.

[gambar tunang saiful akan diletak kemudian]
Mengenai cabaran Saiful untuk Anwar bersumpah dengan Al-Quran, Anwar menolak dengan sekeras-kerasnya. Mungkin Anwar takut? Bagi Khai ianya tidak. Mungkinkah kalau ada pesalah yang membunuh, then bersumpah dengan nama Al-Quran dan ianya akan terlepas dari tuduhan membunuh? Zaman sekarang ni manusia semakin berani. Bersumpah-sumpah dengan nama Al-Quran. Hai entahlah..

Jika benar Anwar itu seorang homseks, agaknya kenapa ek Wan Azizah tu boleh hidup bahagia dengan Anwar sampai sekarang? Setahu Khai lah, takde wanita dalam dunia ni yang rela bersuamikan lelaki homeseks. Wanita bodoh mungkin ada.

Menambah puaskan nafsu ingin tahu korang, ini adalah sebahagian artikel di Scukz Forums.

1. Dengan tubuh badan Saiful yang sasa, tinggi dan masih muda dan kuat macam tu bolehke Anuar rebahkan dia sampai Saiful tak mampu melawan sampai ternoda diliwat? Pelik!!!
2. Kalaulah memang yelah sangat Anuar liwat dia itu maknanya dia sendiri yang tongggeng punggung dia secara sukarela kat Anuar. Betultak?
3. Saya tak pernah pulak dengar selama ini kalau-kalau Anuar adalah pemegang ‘Black Belt’ sampai boleh mengalahkan pemuda segagah Saiful.
4. Kalau betul-betullah Saiful datang mengadu kat Najib dia diliwat oleh Anuar, tak boleh ke Najib perangkap Anuar dengan mengumpan Saiful ke sesuatu tempat kemudian diam-diam aksi ranjang mereka dirakam dengan kamera video yang tercanggih ? Tentu lagi mudah nak dakwa Anuar kerana bukti lebih kukuh. Lagi pun Najib sendiri kata dia tak tahu dakwaan Saiful itu betul ke tidak kerana dia tak kenal pun Saiful. Apa tak boleh ke Najib minta kerjasama pihak polis memasang kamera spy bagi tujuan itu dan saya rasa mustahil polis tak boleh buat begitu?
Tentu masih segar di ingatan kita semua bagaimana Chua Soi lek dah tak dapat berdalih lagi bila rakaman video lucah beliau disiarkan kapada umum dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri kesihatan sampai beliau terpaksa pula meminta maaf secara terbuka.Saya percaya pihak polis pasti akan bantu Najib untuk membuat rakaman tersebut kalau betul-betul itu boleh membuktikan Anuar memang peliwat.
5. Saya percaya kalau betul Anuar peliwat, Wan Azizah sendiri dah lama tinggalkan Anuar kerana dah pasti sesekali Anuar akan cuba meliwatnya. Saya percaya Wan Azizah sendiri tak rela bersuamikan seorang homosex.
6. Budak Saiful tiga bulan lalu datang kepada Najib kerana ada masalah kewangan (nak mintak biasiswa) tapi tiba-tiba kali ni datang nak report dia diliwat oleh Anuar.Apa-apahal pun mudah je budak ni datang mengadu kat Najib, memang sah lah Najib rapat dengan Saiful ni.Ingat orang biasa macam kita ni senang-senang nak jumpa najib, kat rumah pulak tu.
7. Satu hal lagi tak salah kalau orang ramai boleh syak Saiful yang ada masalah kewangan akan menerima tawaran yang lebih lumayan daripada sekadar biasiswa, sebabtu dia berjumpa Najib berikutnya. Kalau RM juta-juta orang tawar kat kita sendiripun dalam keadaan kita ada masalah kewangan tak kelabu mata kita dibuatnya.
8. Saiful mendakwa beliau telah berkali-kali diliwat oleh Anuar makna secara perbadi beliau sendiri boleh menjerat Anuar dengan kerjasama ahli keluarganya sendiri atau dengan bantuan pencegah maksiat, mat skodeng atau polis pada bila-bila masa saja tetapi kenapa ini tidak dilakukannya? Sedangkan ini mudah dilakukan kerana Anuar tiada berkuasa dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.
9. Yang paling menghairankan mengapa Saiful masih terus bersama Anuar setelah beliau diliwat buat pertama kali oleh Anuar? Adakah beliau dikurung oleh Anuar sepanjang beberapa kali beliau diliwat oleh Anuar? Saya ingin bertanya pada anda semua apakah jika anda menjadi Saiful anda sanggup terus berdamping dengan Anuar setelah diliwat buat kali pertama? Kalau saya masatu jugak saya akan kebalai polis buat report.
10. Dalam keterangan Najib seperti di sidang media pertama berhubung kes ini, Najib menyatakan yang Saiful berjumpa dengan pegawai beliau Khairil Anas.Saya tidak mahu menuduh apa-apa tetapi menurut banyak sumber menyatakan bahawa Khairil Anas sendiri adalah GAY.Itu saya tak tahu benar atau tidak, ada sesiapa yang boleh mengesahkan perkara ini? Dalam kepala saya banyak persoalan yang boleh timbul berhubung Saiful dan Khairil Anas.Sewaktu sidang media pertama ini Najib berkata bahawa Saiful hanya berjumpa Khairil sahaja dan tidak berjumpanya sendiri tetapi pada sidang media kedua barulah Najib mengaku bahawa sebenarnya Saiful ada berjumpa sendiri dengan beliau.(Itupun setelah PKR membuat kenyataan saiful ada berjumpa Najib sendiri sebelum ini). Percanggahan kenyataan menimbulkan banyak persoalan?
11. Ezam pun selama ini rapat dengan Anuar pun pasti diliwat juga agaknya?
Sebagai rakyat Malaysia saya mengharapkan semua ini tak berlaku,malu oooii mana nak letak muka kita kat negara luar bila nak ulang peritiwa usung tilam kat mahkamah..segan…segan..eeeeeeee.
Jadi anda semua fikirlah sendiri…….!!!!!

Akhir kata dari Khai, macam biasalah.. Jangan saman saya, saya orang susah… Salamx!!

Ditulis pada 3:39 AM 26 July '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 985 views | Dalam kategori: Politik | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

65 Comments »

Comment by #%$^$&^ masak asam
2008-07-26 10:40:10

Apa pun tunang dia memang cun.
Nak wat macam mana… ini tahun kan
“Tahun Meliwat Malaysia”

..
Comment by Khai
2008-07-26 10:43:50

wah!! bagus2.. slogan baru ntuk malaysia tahu ni.. hahaha

..
 
 
Comment by no komen
2008-07-26 12:13:04

dunia! dunia!

apa la nak jadi?

klu smua org cmni lingkup negara

leh jd cam palestin!

..
 
Comment by amirull
2008-07-26 13:43:20

aku rase kn, epul tu da amik rasuah dr najib…
duit rasuah tu die nk gne untok majlis kawen die…
maklum la awek die tu cun…
nk kawen cpt2…

sian anwar…
da 2 kali die kne tudo camnih…

*komen ini hanyalah pndpt drpd mirol… mirol bkn nye nk memfitnah diorang k…

..
Comment by mrkay
2008-07-29 19:21:01

kawan aku ckp awek mamat ni sbnr nye budak indonesia student uniten.. lepas kene terminate, die tros ilang tanpa berita.. bila timbul kes ni, baru tau yang die dah bertunang.. mcm mana tuh? haha

..
 
Comment by NuNu
2008-08-05 11:16:53

ker pakse rela…

..
 
 
Comment by Andrew
2008-07-26 14:20:18

apepun dalam hal ni, biasenye polis or pbt la menjadi mangsa, kengkadang kesian gak aku tgk diorang, jadi org tgh!!

..
 
Comment by smaelz83
2008-07-26 15:31:21

aishh.. siyes ke tunang dia???? mcm model semacam ja.. dah la posing pon mcm posing model… meleleh jeeeeeerrrr..

..
 
Comment by man
2008-07-26 17:36:35

dunia akir zaman susah nak cari org yang betul2 benar.kembalilah pada al quran dan sunnah…..

..
 
Comment by titan
2008-07-26 22:01:45

lantak diorang la. Janji jangan yang perintah negara ni bukan orang melayu dan beragama islam..

..
 
Comment by bd fabregas
2008-07-26 22:26:29

aku pn mcm x caya tu gambo tunang die.. kalo ye la, aku nak advice sket kat tunang die:
“Tunang awak dah tak teruna lagi (kalo betol la).. Apa kata awak amik saya yang masih suci lagi ini.”

..
 
Comment by [stranger]
2008-07-26 22:42:14

cube ko bayangkan.. pasal liwat, anwar beria2 di suh ke balai polis ape sume.. dan kes ni belum tentu betul..

tp kes najib di tuduh ade kaitan ngn kematian altantuya tu xde plak di panggil dan di tahan.. sebaliknye org yg membuat aduan plak yg kene tangkap..

pelik x? pelik x?

cube korang terbalikkan kes..

najib –> kes liwat saiful bodo nie
anwar –> bunuh altantuya

mana yg korang panggil dulu dan tahan?

..
 
Comment by rokudaime
2008-07-27 00:20:06

Erm…..Aku seriusly kata….benda ni memang dah dijangka akan berlaku disebabkan pengaruh Anwar makin kuat….Lebih2 lg sejak Pakatan rakyat menang besar dalam PRU lalu…Najib risau yg dia kemungkinan yg dia x dpt jd PM…so….dia wat benda ni….Lagipon..kalau pikir balik..seblom kes liwat ni….tgh kecoh pasal kes Najib & isteri pasal kes Altantuya……Alih2 kluar citer liwat….terus sume orang lupe pasal kes Najib ngan Altantuya……Pelikkan?????

p/s:::Akhir kata…..jgn saman saya…saya orang susah gak….

..
 
Comment by pinad
2008-07-27 00:45:11

sokong Anwar+ Shah Petra 100%…
Dah byk sgt penipuan2 besar yg dilakukan oleh orang politik dan bepengaruh ni..
kita tpaksa senyap dan tutup mata sbb klu bsuara kang kna saman plak!
::join bt phimpunan haram::

..
 
Comment by ketuk_angel
2008-07-27 01:05:46

hurm… masih ramai yang menyokong anwar yer…
mmg betol sistem pentadbiran yang dikelola paklah nih hampas… aku x nafikan juga yang najib ada skandal.. tuh lagi xlayak… tapi bayang kan bila anwar memerintah malaysia? bukan kah dia akan jadi seperti perdana menteri iraq sekarang nih?? yang dulunya bersepakat menguling Saddam Hussin dan akhirnya menjadi pak turut US meratah darah rakyat sendiri….

mahu ke kita jadi macam iraq? macam Thai? Macam Indon?? rakyatnye memberontak dan terus memberontak…

xda yang boleh memerintah Malaysia Sesempurna Dr M, walaupon dia kroni, tp x lah kroni bolot abeh macam Khary Jamaluddin tuh… Kalau nak di kaji semula, sejarah penubuhan parti keadilan Rakyat tuh, bukan tuk rakyat… tapi untuk Bela Anwar yang kena humban dalam penjara…

Sebab anwar nih pakar pidato… tu sebab Dr M amik jd Timbalan masa 98… baca entry aku nih

http://pride4us.com/hisham/blog/malaysiaku-cemerlang-gemilang-dan-terbilang.html

maleh nak komen pepanjang… kang kena tangkap lak… huhu… kita dah la misken… kena tangkap xda sapa nak bela… nak tubuh parti keadilan sendiri xle semampu anwar tuh… heee so jangan le saman saya…saya orang susah..

..
Comment by kainkapan
2008-07-29 15:41:04

Hari ini keputusan perubatan Sepul telah dikeluarkan. dan keputusan itu da disiarkan di laman web…. terbukti sepul masih “teruna”…. Mengenai Sepul, dia mmg cilakak sejak dia study di UNITEN….

..
 
Comment by puih
2008-08-10 18:03:43

blah la toksah duk merepek ada ka plak nak jd mcm iraq,thai dll.. hg ni tpengaruh ngn media sebelah pihak ni.

..
 
 
Comment by paklang
2008-07-28 10:07:12

errr….tapi tunang dier tu memang lawa, agak2nyer dier nak ke lg si sepul yg dah barai tu? kepada tunang sepul tu kalau dah tawar hati meh la kat abg, abg x barai lg suci. hehehe…

..
 
Comment by chot
2008-07-28 10:28:34

entry aku hari ni pasal bukti laporan doktor yg si jambu xde bukti di sontot..

..
 
Comment by ketuk_angel
2008-07-28 11:42:17

Salam,

saja nak memenuhkan entry nih dengan politik kotor..
bukan nak mengutuk tapi kenyataan… belom pon setahun memerintah dah mempersoalkan… sedangkan BN memerintah 50 tahun xpernah mempersoalkan, ini bukan menghina melayu sahaja, tapi menghina Islam.. kalau x paham belajar lah… apa pendapat pembaca juskhai tentang pihak pembangkang yang mempersoalkan tulisan jawi yang sejak sebelum merdeka lagi telah digunakan, dan sekarang x sampai 6bulan memerintah sebahagian Malaysia mereka dah mempersoalkan kewujudan Tulisan jawi… WHAT THE HECK!!!

untuk mengetahui lapuran lanjut… (cewah) sila ke laman web nih:

http://teresakok.com/2008/02/14/papan-tanda-jalan-yang-mengandungi-perkataan-jawi-di-kuala-lumpur/

http://harimau-menaip.blogspot.com/2008/07/tulisan-jawi-yang-menggangu-tidur-dap.html

http://ipohmalay.blogspot.com/2008/07/blog-post_27.html

p/s mana PKR yang memperjuangkan nasib rakyat tuh?? NAMPAK SANGAT PENUBUHAN PKR HANYA UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB ANWAR SEMATA…

— jgn saman aku, aku misken–
–pengabungan PAS dan UMNO mmg langkah terbaik–
–kerana PAS bukan sahaja ISLAM, malah terdiri dari 3–
–bangsa majoriti di Malaysia nih–
–jadi secara x langsung mampu meraih sokongan–
–Ketiga-tiga bangsa iaitu Melayu, Cina Dan India–

sorry for nonmuslim and other religion..
I wrote this because I’m Malaysian.. so if you are Malaysian too, Just think if there any relevant to ‘THEM’ to controled Malaysian??

..
Comment by kainkapan
2008-07-29 15:44:50

Entry yg dangkal….XD

..
 
Comment by pjan
2008-07-31 15:49:43

Ada betul ada yang x betul. Apapun utk ketuk_angle aku ucapkan tahniah sebab berani menyampaikan hujah. Bagi aku ketuk_angel nampaknya pro mahathir. Xpe x salah itu hak masing2 sebagai rakyat negara merdeka (merdekakah kita kalau undang2 pun masih nak ikut undang2 komanwel…dimana nilai kemerdekaan kita?). Bagi aku dari segi pembangunan yang di buat mahathir memang x boleh dinafikan peranannya tapi dalam masa yang sama turut menongkah arus dengan menafikan hak2 orang melayu. Cuba renung dan ingat kembali siapakah yang berperanan memberi kuota matrikulasi kepada kaum selain bumiputera? Siapakah yang memberi hak2 untuk merebut kekayaan bumiputera kepada bukan bumiputera dengan alasan kemajuan. Dan siapakah yang pada mulanya menafikan hukum al-quran sebagai rujukan yang paling tepat dan pada akhirnya mengisytiharkan malaysia sebagai negara islam. (Islamkah malaysia kalau hanya sebahagian saja menurut islam tp sebahagian lagi di tolak mentah2. Dimanakah terletaknya kesucian dan keunggulan agama Islam? Siapakah yang secara terang2 menghina nabi dan memperlekehkan usaha2 yang telah nabi lakukan.)

Cuba ingat kembali apakah yang telah mahathir lakukan pada november 1985 bilamana dia telah mengarahkan musa hitam yang menjadi TPM pada ketika itu untuk menyerang memali yang kononnya dikatakan sebagai kubu komunis. Orang-orang kampung yang tidak bersalah di bunuh dan dihina oleh PDRM. Cari dan fahami betul2 dengan kejadian tersebut. (Mungkin ada dikalangan adik2 disini yang belum lahir atau masih mentah pada tahun 1985). Kerana apa memali di serang? Kerana memali pada ketika itu di dipimpin oleh seorang ulamak yang bernama Ibrahim Libya. Ibrahim Libya dikatakan sebagai pengasas ajaran sesat dan cuba mengamalkan ajaran komunis kepada pengikutnya. Sedangkan semua tahu Ibrahim Libya hanyalah seorang ulamak yang mengajar tentang Islam dan begitu teguh mempertahankan Islam. Hal ini memang mahathir tidak gemari kerana ianya boleh menggugat dirinya dan UMNO. Cubalah bertanya kepada orang2 tua di baling jika hendak mempersoalkan kenyataan ini. Begitu juga nasib yang menimpa al-arqam yang dikatakan sesat. Tetapi al-arqamlah yang telah banyak memberi sumbangan dalam teknologi makanan yang sebelumnya dimonopoli oleh kaum cina. Cuba kaji fakta ini.Bukan bertujuan menyokong al-arqam tetapi sekadar memberitahu apa yang benar. Bagaimana pula dengan ayah pin yang secara terang2 manusia laknatullah tetapi tidak ditangkap pun. Kebalkah ayah pin atau dia seorang penyokong UMNO, maka tidak ditangkap atau di dakwa. Kes ayah pin ibarat melepaskan batuk di tangga tiada kesungguhan dari pihak UMNO.
Kalau mempertikaikan PKR atau DAP yang cuba mempersoalkan tulisan jawi rasanya UMNO lebih buruk dan teruk kerana mentah2 menolak hukum al-quran. Jadi bila jadi seperti ini siapa yang hendak dipersalahkan. Apa pandangan kaum lain tentang Islam sedangkan penganut Islam sendiri mentah2 menolak hukum Islam. Bila karpal singh bersuara puak UMNO mula melatah tetapi mereka tidak sedar bahawa merekalah yang mula2 mempersoalkan Islam.
Benda ni semua ibarat cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari.
Apapun renungkanlah dan cuba muhasabah diri. Yang benar tetap benar. Tidak ada kompromi dalam Islam mengenai hukum-hakam yang telah sahih. Yang halal tetap halal dan yang haram takkan menjadi halal.
Mahathir pernah bersajak tentang melayu mudah lupa. Akhirnya balik kepada diri sendiri. Mahathir memang pelupa dan tetap pelupa sampai bila2. Assalamualaikum

..
 
Comment by gg
2008-08-10 08:34:23

sbnyerye sape yg melupakan old malay script (jawi) ni..xbrani tegur sbb sume pngmpu..perlu de ‘check’ n ‘balance’..lepas mudah lupe, bekerja bersame saye, saye tido dlu..ops

..
 
 
Comment by xmindfreakx
2008-07-28 14:53:45

najib banyak dituduh kerana altantuya .

..
Comment by khai
2008-07-28 15:14:45

nape la gaknye ek polis takut sgt nak sentuh si najib tu.. memang nampak sgt ketidak adilannya.. orang yg x salah, dia tak takut.. ni senyap semacam je.. cam ade ape ape je…

..
Comment by ketuk_angel
2008-07-29 03:57:34

polis bukan takut kan najib tapi there is no person is suitable to lead Malaysian. Najib ngan Paklah pon kalau boleh nak angkat kaki blah jer.. Malu beb.. 5 tahun pegang Malaysia, membawa kehancuran.. dan perpecahan antara kaum. tapi diorang nak bg sapa Pimpin? Anwar?? ni lagi bahaya punya orang berbanding Dr M, PakLah dan Najib.. kerana Ketiga-tiga mereka tamak harta, tapi simpan rahsia negara, yang Hayun sekor nih Jual Negara…

Cuba ar bayangkan kalau Mak-Ayah kita duk kepoh2 kat sesedara bahawasanya kita nih bodoh dan gagal SPM sampai repeat 8x.. Maseh x lulus.. Agak2 apa pandangan sesedara terhadap kreabiliti kita sebagai sedara diorang bila kita bagi pendapat tentang sesuatu dalam sebarang perbincangan? Cuba mak-ayah senyap je tentang masalah kite, means sesedara xtau langsung pasal kebodohan kita repeat 8x SPM tuh..then kita bg pendapat tentang sesuatu dalam perbincangan.. Ada beza bukan? Situasi tau dan tak tau tuh membuatkan kita samada selesa atau x selesa sewaktu memberi pendapat..

begitu jugaklah politik Malaysia..
Kalau USA, Yahudi dah tau kelemahan politik Malaysia..
Apa diorang buat??

Tu sebab Anwar seharusnya di jel jer.. Ada banyak cara lagik nak menstabilkan politik Malaysia.. Bukan dengan cara menjual Malaysia..

p/s ni bebetul marah ni.. tapi sekali lagi merayu.. jgn la saman aku.. korang xkan dapat pepe kalau saman aku..
RM 1.50 sen tuk tambang bas ada lah…

(Comments wont nest below this level)
Comment by kainkapan
2008-07-29 15:49:13

Pe bukti DSAI nk jual negara? Isu Altantuya diakaitkan dgn Najib pasai Altantuya di bon menggunakan bom tentera dan org yg paling layak utk meluluskan senjata itu dikeluarkan dr simpanan adalah xlain dan x bkn adalah najib…. dalam apa2 kes sekalipon apabila dah jadi kes polis, tertuduh patut disiasat dan dibicarakan…. pikir logik brader…. apsal? mentang2 najib TPM, anak Tun razak so dia xley disiasat???? Entry ko cukup menggelikan…balik buat ulangkaji k….

 
Comment by pjan
2008-08-01 13:00:43

Bis tuh xkan nak bagi juga org yang corrupt dan bodoh memerintah malaysia. Takkan la dalam 26 juta rakyat malaysia najib sorang je yang layak jd PM. Pakai otak la. Kalau anwar jual negara, najib nak beli balik ke negara or dia x jual negara tp merabih kan harta negara. So pimai pi mai tang tu gak.

 
Comment by gg
2008-08-10 08:42:48

kalo ye pon de tuduhan siasat le, sorg kene tuduh disiasat, kne tgkp cm adik ben laden, sorg lg kne tuduh, tau2 pnuduh yg kne tgkp.ish2..

 
 
 
 
Comment by Xango
2008-07-28 18:01:01

Tahun Meliwat Malaysia ?? huuu….huuuu….

..
 
Comment by melayubuntu
2008-07-28 20:44:48

hahahaha….sepul2….
ssh la camni…nnti ada sorang lelaki tuduh ko liwat dia pastu suruh ko bersumpah…prinsip undang2 ni klu diamalkan bleh lingkup negara….mana pegi prinsip seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah…kalo ko pegi mahkamah sbb disaman, org yg nak saman ko msti buktikan “ada kes”.

..
 
Comment by melayubuntu
2008-07-28 20:45:17

hahahhahahahah……

..
 
Comment by qareem
2008-07-28 21:53:06

Pendirian saya. Saya benci Anuar Ibrahim. Dia tidak memikirkan masa depan negara. Dia tidak memikirkan kepentingan negara. Sebaliknya, hanya mementingkan kepentingan politiknya, kroni-kroni-nya dan keluarganya. Apa yang dia lakukan kini, yang diomongkan membantu dan memperjuangkan untuk rakyat tak ubah seperti Abu Jahal pada zaman jahiliyah. Sebelum pilihanraya, berjuta-juta air liur dan wang diperuntukkan untuk berceramah ke seluruh negara bagi memburukkan dan membuka keaiban kerajaan dan individu tertentu bagi meraih sokongan dari rakyat. Jika yang diperkatakan tu adalah setelus benar sekalipun, perlukah dalam satu malam berceramah memburukkan orang lain? Jika itu adalh fitnah, cerita yang hanya ‘angin-angin’ sahaja. Nah, ke neraka Saqar lah nanti.

Maaf penyokong Anwar Ibrahim. Ini pendirian saya. Saya percaya Anwar adalah peliwat kerana semasa beliau dipecat dari TPM, jika kalian masih ingat, Tun Mahathir ada menulis sebab Anwar dipecat adalah masalah rasuah, salahguna kuasa, DISIPLIN dan KEHORMATAN.

Sekian.
Wira Tempur Melayu

..
Comment by ketuk_angel
2008-07-29 03:36:05

Nah. Ni dia baru di panggil rakyat malaysia yang buka mata..
Anwar Ibrahim menubuhkan PKR bukan untuk rakyat tapi untuk membela nasib dirinya yang dituduh meliwat tuh.. Mmg kes 98 dan 2008 adalah berbeza yang mana 98 krisis ekonomi dan 2008 krisis minyak.. Tapi motif anwar tetap sama iaitu menggunakan kebodohan orang melayu untuk kepentingan diri..

kerana

” Besi xboleh memotong kayu, kayulah yang boleh memotong kayu ”

– kata2 dipetik dari Almarhum Ust. Hj Hanafi, Mantan Pengerusi silat cekak Malaysia

yang bermadsud

Mata kapak yang diperbuat daripada besi yang digunakan untuk memotong kayu, tidak mungkin boleh memotong kayu tanpa hulunya yang diperbuat daripada kayu..

yang tersirat

Orang melayu sendiri yang merosakkan orang melayu, bukan bangsa lain..

p/s jgn saman aku, aku misken…

..
 
Comment by kainkapan
2008-07-29 15:34:39

Ko ni klu aku ckp bangang, ko mrh…. Cube ko access kt internet, lam 1 video tu Tun ada bgtau dia mskkan anwar lam lokap bukan kerana dia ada salah pe pun.. Tun mmg sengaja campak anwar lam lokap… mls nk ckp byk… pandai2 la ko access ye budak….XD…

..
Comment by ketuk_angel
2008-07-29 19:09:04

petikan dari website http://www.Chedet.com

“Saya ingin perturunkan disini keputusan dua daripada tiga hakim yang mendengar rayuan Anwar. “Tun Jebat” pada 1hb Julai telah catatkan keputusan ini juga. Keputusan ini berbunyi;

“Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt”.

Yang jelas daripada apa yang di sebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah.”

boleh baca entry penuh disini

http://test.chedet.com/che_det/2008/07/anwar.html

“I am aware of efforts to find if I had committed offences during my 22 years as Prime Minister. So far they haven’t found anything. But now they have found an indirect way of getting at me.

I am not seeking sympathy from anyone. But it is a little bit too much to expect me to forget and forgive something that is happening now as a result of Anwar’s plottings.

Now he has turned his attention to Dato Seri Najib. As usual he has found someone to make incriminating statements for him.

There seems to be no connection between his plotting against me and his attack against Dato Seri Najib. But if we look into who would be the beneficiary, we would see the connection.

Like Ian Chin, helping the present powers that be is a form of defence.”

baca entry penuh disini
http://test.chedet.com/che_det/2008/07/snippets-anwar.html

p/s adakah kajian saya belom cukup??

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by ketuk_angel
2008-07-29 18:37:01

Haah, dia perli lagi penyokong anwar.. pon x paham bahasa..
mmg melayu nih bongok.. orang perli tepek pon x paham.. mana mungkin orang xsalah dihumban ke penjara??

..
 
 
Comment by kainkapan
2008-07-29 15:29:52

Wat da hell…aku rasa ko belom cukup umur nk ckp soal ni… balik bykkan research k….XD anak mak…

..
Comment by mobster
2008-08-03 11:50:20

anak mak?wtf?sebenarnya komen ko yang mengambarkan ko seorang yang kebudak-budakkan…tidak perlu kutuk apabila sudah tidak ada idea untuk melawan….

..
 
 
Comment by azleah
2008-07-29 15:38:43

Ermm, I’m more into Anwar Ibrahim side. I’m not saying I hate government, NO. Government helps us, develops our country and feed us with better life though not all of us are well-privilege.

The fact is clear. Saiful is a chicken! Why he is too coward huh?

Oh Khai, few days before Saiful’s family wants Anwar to do the what so called ‘sumpah laknat’ pun, Anwar have already stated that he wants that ‘chicken’ to bring 4 witnesses to prove that he (Anwar) is a ‘peliwat’. Tapi, lain pula jadinya, malah the chicken’s family pulak yang berlebih-lebih minta Anwar sumpah atas nama Al-Quran. Is it fair?

For me, of course both of them are coward. Probably, Anwar pernah punya sejarah hitam about sodomy (probably, I guess so lah because his former … -ezam- pun kata dia tak akan teragak-agak membuka mulut kalau Anwar involves his name in Anwar’s personal problems) and Saiful pula takut untuk menerima cabaran dari Anwar sebab MAYBE dia memang bersalah.

=)

Malu juga jadi rakyat Malaysia yang pemimpinnya punya kisah peribadi yg cukup menyayat hati dan kebebasan hak asasi manusia yg boleh memfitnah sesama manusia dengan sesuka hati.

Poor Islam, poor Malaysia, poor us.

1 more fact, Najib yang control apa2 berkaitan pertahanan so Polis tak boleh ‘bite the hands that feed you’ la…

Thank God I’m not a MALAY.

I’m so sorry again.

..
 
Comment by Khai
2008-07-30 01:27:04

rilex ar.. respon cara elok.. x yah nak maki hamun okey.. sesungguhnya ayat anda menggambarkan keperibadian anda tan ketidak professionalisma anda.. terima kasih..

..
 
Comment by BUMISAN
2008-07-30 13:16:55

Yang pasti BN hampir hancur disebabkan kebodohan sendiri….Cipta kes , rasuah dan fitnah adalah perkara biasa bagi BN….APA NAK JADI MALAYSIA ni!!!

..
 
Comment by khairi
2008-08-03 16:12:10

isk..byk pndpt bes kt forum 2..hm..suke aku baca.byk la idea yg logik kt stu

..
 
Comment by dinzz
2008-08-03 19:52:04

http://kula.blogsome.com/images/SHADOW%20GOVT.jpg

adakah ini masa depan malaysia ku???
cukup lah dengan experimentasi.. aku dah bosan…

..
Comment by ketuk_angel
2008-08-05 14:13:15

wah wah wah… bagusnyer membuat andaian.. kalau lah betul senarai dalam gambar tuh yang mentadbir Malaysia… Agak sukar juga bangsa PEMALAS nih nak survive. Sapa ye bangsa pemalas? Bangsa sy la, Bangsa MELAYU,cume lebih indah kalau yang mentadbir tuh Tuan Guru Nik Aziz dan Timbalan nya Mahfuz Omar..

dan cuba gantikan senarai yang lain dengan Orang Islam.. Baru Negara islam, Ye x? DSAI tuh xleh memerintah, dia cuma tau cakap jer..

Kenapa Tuan Guru? sebab dia dah perintah kelantan sgt lama.. dan masih mendapat kepercayaan.. dan ada kemajuan di bawah pentadbiran beliau walaupon disekat oleh kerajaan, mereka tetap maju bersaing. Itu bukti Tuan Guru Boleh Memerintah, sy faham umurnya dah lanjut. tp x le sehina DSAI kalau memerintah Malaysia.. Kerana pernah disabitkan kesalahan MELIWAT.. berkemungkinan besar boleh berlaku kes membenarkan pasangan sesama jenis berkahwin nanti.. lihat shaja kes Lina JoY tuh..

Melalui senarai dalam gambar tuh, majoriti bangsa asing yang mendominasi, sedangkan kerajaan sekarang pon sukar untuk membantah segala permintaan bangsa yang menumpang ini, Cuba bayangkan kalau lebih 70% orang kuat kerajaan adalah bangsa menumpang ni. Apa yang akan berlaku yer??

kenapa sy anti pembangkang? kerana mereka sendiri x yakin dengan apa yang mereka perjuangkan.. Buktinya masa pilihanraya di pulau pinang, Dengan Penuh keyakinan BN menanti keputusan, Sedangkan Pembangkang dah pon pulang kerana x yakin boleh menang.. Walhal sebaliknya yang berlaku di mana Pembangkang memenangi Pilihanraya dan menawan Pulau Pinang. Disitu jelas membuktikan mereka sendiri tidak yakin atas janji yang ditaburkan dapat memenangi hati rakyat seterusnya memerintah Pulau Pinang.

Begitu Juga Perak, bertelagah sesama sendiri untuk memegang jawatan. Langsung xda persediaan dan perancangan untuk menang..

so Fikir2 Fikirkan lah, yang jelasnya sy bukan pro sesapa, cuma mengajak pembaca berfikir sebelom buat keputusan..
Jgn Biarkan negara kita dijajah sekali lagi, Walaupon semasa pemerintahan BN Ramai yang tidak berpuas hati, Tp yang x berpuas hati tuh kerana xdapat projek besar, akibat Kroni lah, rasuah dan pelbagai Tomahan lagi, tetapi kita rakyat diberi perhatian, walaupon rasa tertindas, tetapi mereka tetap memberi bantuan. Cuma Kita nih sj yang cepat melenting. Dan atas dasar Kepemalasan Yang Amat tinggi itu juga kita merasa di tindas..

Bukan kerana pemerintah, tp kita sendiri..

..
 
 
Comment by musnaz
2008-08-04 12:15:58

jangan dilewati membuat lawatan melawat orang yang kena liwat di taman melawati lewat malam ini…

..
 
Comment by NuNu
2008-08-05 11:13:38

erm xthu ar pe nk jd….
ber aty2 la di jln rye…
skrg owg snggup wat pe jew tuk jtuh kn owg len…
zman da berubah…

..
 
Comment by cek
2008-08-07 18:13:29

aku ada tgk ceramah Anuar hr 2 dia ckp dia xnak sumpah sbb dia ada tanya seorg ulama dari mesir sal sumpah ni ulama 2 ckp x elok la sumpah2 ni sbb 2 dia x mau sumpah tp x sure la btl ke x

..
 
Comment by kobis
2008-08-08 11:37:54

sian tunang saifol ni.jagerlah wahai pompuan bukan sajer…….
lubang vagina…tetapi tutuplah lubang burit dari di jolok oleh tunang , gay saifol tu…….

eeeeeeeeeeeeeee nauzubillah………dilaknat Allah perbuatan ni

BN selama 51thn bukan membawa kemakmuranpun tapi.bertmbh terok dgn busukati tamak kroni2.rasuah menjadik2……..rakyat da bukak mater bukan BODOH…..bleh menilai skrg ni………..dan biarkan rakyat pilih pemimpin yg merka mahu

..
 
Comment by joe
2008-08-09 03:50:48

gilo la sai is fool…polis pn same.tuka kes suke same suke plk.bile la lakonan umno nk tamat.

..
 
Comment by joe
2008-08-09 04:00:09

ap mksd ko 2×5?ak xpaham..ko nk kate xde beza ke?jauh bezanye!!

..
Comment by Khai
2008-08-09 09:05:38

bukan itu maksudnya.. maksud khai 2 x 5 bagi diri Khai kerana Khai tak menyokong sesiapa..

..
 
 
Comment by xperlu tau
2008-08-16 22:05:59

ko yg mengencang ni wat pe… Tuhan akan balas kpd sapa yg bersalah… ko xperlu hukum dgn ayat kebudak-budakkan ko tu justkhai…. laman web mcm first class, tapi pemikiran ko xubah mcm kanak2 kelas ke-tiga…. renung2kan… ko pun bukannya sempurna sangat…

..
Comment by Khai
2008-08-17 07:48:33

Email kau: xperlu_tau@antipeliwatmcmanwar.com

Dan kau pula memberi komen seperti orang yg hilang akal.. hilang arah tujuan.. pandangan jatuh kepada sebelah pihak.. pihak yg kau sokong.. tanpa kau tahu kebenarannya..

siapa yang pemikiran kelas ketiga sekarang? renungkan..

seperti yg tetulis dalam entri di atas,

“Anwar Ibrahim bukanlah seorang malaikat atau utusan Allah. Dia hanyalah manusia biasa sama seperti kita semua. Jika dia meliwat, itu bukan satu yang mustahil.”

..
 
 
Comment by al
2008-08-17 13:34:39

bila tuduh najib ko ckp xdemokrasi…xde bukti…bile anuar dituduh xckp plak xdemokrasi??ade ke bukti lg y anuar 2 btl2 lakukan..sedangkan Dr MOhamad Osman Abdul Hamid pada 1 ogos 2008 telah mengeluarkan surat bersumpah mengatakan pemeriksaan yang dilakukan oleh beliau mengesahkan tidak ada tanda-tanda saiful diliwat oleh anwar..ape kata anda plak????

..
Comment by Khai
2008-08-18 00:37:57

saudara, sebenarnya kepada siapa saudara tujukan komen seperi ini? kalau kepada blog ini, tolong paste kan kenyataan seperti yang saudara nyatakan tu.. dah penat baca entri ni balik semula, takde plak cakap macam tu.. takde plak nak sokong mana2 pihak..

..
 
 
Comment by ketuk_angel
2008-09-08 00:58:14

Sesaja mencelah setelah anwar menang kat Permatang Pauh…
masih panas lagi rupanya entry nih yer.. Sabo khai, mmg enty nko x sokong sesapa, mungkin sebab komen yang aku bagi kot.. hehe.. Sekarang DSAI dah pon menang Kerusi permatang Pauh, kpd pnyokong beliau, sediakan List Perjanjian DSAI tu yer, Kita nengok dia mampu tunaikan atau menimbulkan Isu Baru bagi mengaburi Mata Rakyat….

p/s dah naik bosan dengan politik Malaysia nih, xabih2 nak menjatuhkan sesama melayu, bangsa lain berguling2 gelak kan kita, Rakyat asing pon dah makin ramai, malah dah pon bertapak kat bumi Malaysia nih, Bukak Bisnes.. Orang melayu?? mana?? Duk bawah jambatan jadi doktor persendirian, xpon berjudi nasib di jalan raya.. ada yang bagus sket, jadi tong kosong mencanang ke sana kemari.. Baca entry nih
http://pride4us.com/hisham/blog/diantara-kesibukan-dan-dilema.html

belum campur ngan isu UiTM nak di buka tuk non-Bumi… hurm.. Wahai Melayu, jangan la lupa lagi…..

..
 
Comment by misskaka
2008-09-12 00:52:15

ya allah..
selamatkanlah bumi malaysia ku tercinta….
jauhilah segala buruk dari menimpa kami semua…
kurniakanlah kami pemimpin yanhg jujur, ikhlas, dan bergerak di atas jalanmu, ya allah..

amin……..

..
 
Comment by bayu
2008-09-17 00:20:10

malaysian oh malaysia

..
 
Comment by sayasajer
2008-11-14 12:23:01

“Anwar Ibrahim bukanlah seorang malaikat atau utusan Allah. Dia hanyalah manusia biasa sama seperti kita semua. Jika dia meliwat, itu bukan satu yang mustahil.”

Sorry lambat reply. baru baca entry ni.
Ayat-ayat di atas sungguh indah. Dengan kata-kata lain khai tidak mustahil berzina. khai tidak mustahil membunuh. khai juga tidak mustahil meliwat. Kerana apa? Kerana khai bukannya malaikat.
Kita ini manusia. Manusia mempunyai maruah dan akal. Sebagai seorang yang mempunyai blog begini sesungguhnya khai seorang yang terpelajar dan boleh berfikir secara waras saya rasa. Elakkan ayat ‘berkemungkinan’ ini. Cuba gunakan fact dan dalil yang sahih. Contoh jelas adalah bukti pemeriksaan doktor itu. Itu adalah pemeriksaan yang profesional tanpa melebih2 (exaggerate) – tidak ade ayat ‘kemungkinan’ dari doktor itu.
Sebagai seorang yang mengatakan tidak berpihak ke mana-mana sila gunakan ayat yang juga tidak berpihak ke mana-mana. Sebagai seorang pemilik blog yang mempunyai ramai peminat anda mempunyai tanggungjawab yang besar.

..
 
Comment by myra;46
2008-12-11 16:21:18

ntahlaa.. aku tak nafikan yg krjaan skrg ade rsuah or anything else.. tp pmbangkang pun same.. aku rse pkr skrg ni mcm bkn melayu punye.. lgsg x mmprthnkn hak melayu.. dah dah aku mls nk ckp lebih2.. kg kene thn plak.. lg stu aku citer pnjg2 x ckup page plak..

..
 
Comment by zulhilmi
2009-08-21 00:18:29

siot ko epul…sial sial sial ko….

..
 
Comment by Bangga
2010-05-11 15:22:22

Saiful kebanggaan M’sia, hero betul…. harap dia dapat gelaran Dato’ nanti… berbaloi leh… Kalau nanti dapat wayang “Punggun-Man” lagi syok… Panjang umur Saiful… :o:

..
 
Comment by Abg Subang Jaya Selangor
2010-07-13 17:35:02

ANDAIKATA KITA MALAYSIA INI MEMPUNYAI SEORANG PERDANA MENTERI SEORANG KAKI POMPUAN APAKAH REAKSI ANDA…sULTAN MAHMUD MANGKAT DI JULANG..RAHIM TAMBY CHIK..DAN NAJIB….( DALAM SIASATAN)

BIARKAN..BIARKAN…….mELAKA DAH TAKDE RAJA…AKHIRNYA???

ANDAIKATA KITA MALAYSIA INI MEMPUNYAI SEORANG PERDANA MENTERI SEORANG HOMOSEKSUAL APAKAH REAKSI ANDA…KHAIRIL ANAS..JAFFAR ONN…SAIFUL???

SETAN..SETAN…

ANDAIKATA KITA MALAYSIA INI MEMPUNYAI SEORANG PERDANA MENTERI SEORANG KAKI POMPUAN DAN HOMOSEKSUAL APAKAH REAKSI ANDA…

MANA SATU YANG ANDA PILIH…
KEMUNGKINAN KITA TIADA RAJA..LAGI…
PERANCIS…SPAIN..ENGLAND PUN ADA RAJA…KENAPA DAH TAK NAK BERAJA KER..WAHAI MELAYU???

..
 
Comment by Haziq
2010-10-19 00:04:26

pak lah tidoq kot.
🙂

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post