Merdeka 2008 tiada maknanya

Merdeka 2008 tiada maknanya
Hi all. Membaca entri di blog Mohd Ismail membuatkan Khai menyokong apa yang ada dalam kepala Khai selama beberapa minggu ni. Merdeka, korang pon mesti perasan dengan amat-amat ketaranya perbedaan antara sambutan kemerdekaan negara ke-50 dengan yang ke-51 untuk tahun 2008 ni. Alahai, kesian. Sangat kesian.

Ismail menyenaraikan beberapa perkara yang selalunya pasti ada setiap tahun bila tiba bulan kemerdekaan.

1. Iklan kemerdekaan penuh artistik & penghayatan dari Petronas.
2. Kempen kibarkan Jalur Gemilang.
3. Penjualan Jalur Gemilang secara besar-besaran.
4. Pertandingan reka logo & tema hari kebangsaan.
5. Pengumuman logo & tema hari kebangsaan.
6. Kereta Proton penuh dengan Jalur Gemilang.

Masih ingat sambutan tahun lepas, seingat Khai, bulan Februari lagi dah sibuk dicanang mengenai sambutan pada bulan Ogos. Awal tahun dah terasa semangat kemerdekaan tu. Untuk tahun ni, rasanya bahang politik yang paling terasa. Tambah-tambah bila kerajaan sekarang ibarat hidup segan mati tak mahu. Khai tidak menyokong mana-mana pihak tetapi tuhan berikan kita akal fikiran untuk berfikir mana yang baik dan mana yang tidak, ia tak?

Dek kerana harga minyak naik, sambutan tahun ni dikurangkan modalnya dari 4 juta ke 2 juta. Baguslah tu kalau nak elakkan pembaziran tapi kalau penjimatan modal ini berkaitan dengan harga minyak, di mana rasionalnya? Kau kurangkan modal sampai 100 ribu sekali pun atas dasar minyak naik, apa keuntungan yang kami dapat? Isi minyak tetap sama, Mahal!! Lainlah kalau kau kurangkan dari sebab penjimatan sambutan merdeka tu.

Kalau Khai tanya korang, pernah nengok logo merdeka untuk tahun ni, forsure ramai yang still tak tahu kan? Itu belum ditanya mengenai tema. Kalau tahun-tahun sebelum ini, media asyik keluarkan iklan berminit-minit di televisyen mengenai merdeka, apa dah jadi dengan tahun ni? Mana pergi iklan-iklan Petronas? Mana pergi TNB? mana pergi bank-bank semua? mana pergi Maxis, Digi dan Celcom? tambah satu lagi, U-Mobile.

Kalau tahun lepas ada peraduan mencipta logo kemerdekaan, tahun ni dah takde. Kalau tak boleh jugak join sekaki. Kalau dilihat dari lambang kemerdekaan tahun ni, alahai.. Memanglah orang cakap penghayatan kemerdekaan tu datang dari jiwa, tapi come-on la kan. Maksud tersirat dalam logo dah terlalu basi dan pastinya, langsung tak menarik. Patutpun masa ke Bukit Bintang hari tu, lambakkan poster merdeka, satu pun takde logo merdeka. Satu senario yang sangat berbeza berbanding tahun lepas.

Oh ya, kalau tahun lepas kecoh mengenai kempen kibar Jalur Gemilang, tapi tahun ni nak nampak kenderaan dengan kibaran jalur gemilang, pastinya satu dalam seribu. Mungkin ramai yang dah ambil modal untuk beli bendera, buat isi minyak kot. Nak harap kerajaan, busy menyiapkan bendera parti mungkin untuk pilihanraya Permatang Pauh. Ya, kemenangan mereka pastinya lebih penting dari merdeka. Tak tahulah apa dah jadi dengan politik sekarang ni. Kalau datuk nenek jiran kita yang dah lama mininggal tu hidup kembali, pasti mereka akan meninggal semula dek kerana senario politik negara yang semakin menghancurkan.

Tema kemerdekaan tahun ini adalah, Perpaduan Teras Kejayaan. Nasiblah bukan Keranamu Malaysia lagi seperti yang digunakan pada tahun 2000 hinggal 2006. Huh!


Maksud Logo.

Apapun, biarpun apa yang terjadi dengan senario politik negara ini, jangan dilupa mengenai kemerdekaan. Kibarkanlah jalur gemilang. Jangan diharap dengan kempen kerajaan sedangkan jiwa kita sebenarnya, pasti ada semangat kemerdekaan itu. Biarkan mereka mati dalam dunia politik mereka sendiri. Kalau harijadi kita pasang azam untuk diri sendiri, bila merdeka ni, apa salahnya pasang azam untuk negara pulak ye tak? Ayuh!! Ramadhan pun kian menjelma, janganlah ke konsert-konsert maksiat malam merdeka nanti (kalau la ada).

Update 20 August 2008: Iklan Merdeka Petronas

Finally, ada juga iklan dari Petronas. Thanks Deen for you information. Boleh tahan iklan tahun ni..
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=3pFOrztCIgA 450 300]

Ditulis pada 3:13 AM 16 August '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,798 views | Dalam kategori: Acara | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

26 Comments »

Comment by Abu Q
2008-08-16 03:31:02

Ayuh!! Ramadhan pun kian menjelma, janganlah ke konsert-konsert maksiat malam merdeka nanti (kalau la ada).

memang akan ada… Apa barang merdeka tak ada konsert-monsert?

..
Comment by Khai
2008-08-16 03:39:40

aiyark… kalau takde lagi la bagus.. sebenarnya itu yg membazir.. dan mungkin kita sebagai negara Islam harus tunjuk contoh yg baik sebagai menghormati kedatangan Ramadhan yg kian menjelme..

..
 
Comment by emme
2008-08-19 14:01:29

Sah, ramai yang tak pi terawih ni. ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by blogmenjerit
2008-08-16 04:24:01

nasib aku tak pernah duduk kat negeri2 maju…

nasib duk terengganu, tengok konsert nasyid je. tu pun jarang, kehkeh…

..
Comment by emma
2008-08-24 10:30:12

kira ok la tu …..
terselamat dari wat dosa….
malah leh tambah pahala…..
duk ngan tenang,,……

..
 
 
Comment by menteil
2008-08-16 05:29:06

sempoi gak logo tu aper.. hehe..
elok la kalau takde konsert..
semangat ramadhan tu lagi elok..

..
Comment by emma
2008-08-24 10:31:38

betul lah tuuuuu….
setuju sngt3

..
 
 
Comment by abdfatah
2008-08-16 08:23:51

merdeka tetap merdeka walaupun tak semeriah mana… pembaziran tetap perlu dielakkan…

peraduan hari kemerdekaan masih tetap menjadi carian… namun begitu cukup hampa sekali sebb tiada dalam senarai carian google untuk tahun 2008. mungkin sambung untuk tahun 2009 agaknya… kecuali untuk menjadi jutawan power root aje…

..
Comment by Khai
2008-08-16 09:04:39

really bro? Hurmm.. sama la macam logo pon.. cuba search google.. dah berapa page pon still takde lagi..

..
 
 
Comment by edasweety
2008-08-16 12:08:15

Malam 31 Ogos smbt Merdeka…esoknyer kita da sambut Ramdhan yang Mulia…malam sebelum Ramadhan….Terawih da start kan…
so..kalo boleh tu..jgn la ada sebarang konsert atau pe2 smbutan mlm tu…juz pakat doa ramai2 lam masjid sambil solat Terawih…lagi afthal kan…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Dakjaat
2008-08-16 12:22:23

huuu! tak lama lagi merdeka.. khai, ko dah ikat ke bendera kat motor? ekekee! ;p

neway thanks for ur help haritu .. kalau tak .. .habesla saye..
skg baru aku tau kenapa nieza syg kat ko …

kuikuikuikui~ ;p

suprise aku bukan melayu? hekhekhek! :p
nak buat camne … mmg org cina.. =)

selamat hari raye…
eh eh! hahaha!
selamat beristeri-rehat .. kehkeh! ;p

..
Comment by Khai
2008-08-17 08:10:19

u’re almost welcome bro, anyway,

mmg terkejut Khai yang ko ni seorang berbangsa cina.. well, cina ke, melayu ke, india ke, kita semua sama sahaja.. kita serumpun… cubit peha kanan, peha kiri terasa.. begitulah ibaratnya….

dan kata orang tua-tua, tolong menolong itu amalan mulia.. Peace!

..
 
 
Comment by syuxx
2008-08-16 23:09:06

logo tahun lepas lagi hebat rasa nya.
kalau yg ini, aku guna photoshop pun boleh buat balit.

aku setuju sangat2, di sebabkan politik, semangat patriotik luntur terus. mana dia perjuangan 51 tahun yang lalu?

2008, the indie band year. Satu2 merdeka yg tengah hidup. haha

..
Comment by Khai
2008-08-17 08:13:39

pada pandangan Khai pun begitu. Logo tahun lepas ibarat tiada tandinganya. Keunikan yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata.

Tapi apakan daya, logo tu mmg untuk 50 tahun merdeka dan pasti tak boleh guna untuk tahun-tahun akan datang.. kerana 50 tahun merdeka hanya sekali..

Oh ya, mmg tidak dapat dinafikan bro, yang logo tahun ni sememangnya kesian. Persetan dengan alasan

“logo tak penting yang penting semangat kemededekaan”…

atau..

“biarpun logo simple, memberi seribu makna”

ah sudah!! Khai dah try buat logo yang baru ni dan ianya siap dalam masa lebih kurang 3 minit. Itu termasuk bangun pergi dapur minum air secawan.. Isk isk….

atau

..
 
 
Comment by pat
2008-08-17 15:35:17

x ksh la ape problem b’laku..yg penting inisiatif diri sendiri utk mengenang pengorbanan pajuang2 negara…dr wat konsert2 tu baik wat kenduri kesyukuran..solat hajat…doa supaya problem2 kat malaysia ni dpt diselesaikan baik..

..
 
Comment by deennasour
2008-08-17 19:00:00

eeee khai, taun ni ada lah peraduan cipta logo,
orang yg cipta tu menang 10’000 la…

erm, aku ada edit iklan merdeka, sama2 dgn penerbit and director iklan merdeka tuh,durasi iklan yg kononnya nak lwn petronas tu 60 saat,keje sampai malam tuh bwat,

tetiba bila bos preview,
dia suruh potong shot and durasi jadi 30 second,
dan iklan tu dah tak bwk maksud apa2.
*sadis~

..
 
Comment by ketuk_angel
2008-08-17 21:53:54

huhu.. macamner nak pomot bulan merdeka maaa… duk sebuk pomot bontot jer kat TB.. hari2 duk citer pasal anwar.. nih yang terbaru.. ko x nak canang kat blog ker khai? pasal Kuota Uitm tuh… isu besh tuh…

..
 
Comment by titan
2008-08-17 22:53:49

bila ko cakap camni khai, baru aku perasan benda nih. Aku tak nampak pun bendera2 berkibar..:(

..
 
Comment by shalala
2008-08-18 12:32:37

malam 31 ogos..
jangan lupe g smayang teraweh kat masjid..
huhu

..
 
Comment by khairul izhar
2008-08-18 15:33:03

logo tahun ini lebih kurang promosi hotdog
syarikat hotdog

..
 
Comment by Dakjaat
2008-08-18 20:27:44

bro .. mane nak dapat photoshop cs3 crack ek?? ..kat google takde pun .. huaaa! nak gak try .. tulun2.. sya minat dalam bidang edit2 gambar neh .. ;p

..
 
Comment by azleah
2008-08-19 12:29:32

drpd aku buang masa sambut merdeka, baik siapkan diri sambut ramadan.

..
 
Comment by paan
2008-08-25 18:25:31

aku teramat-amat setuju dengan post ini..merdeka pada tahun ini telah ditenggelamkan dengan kehangatan politik yang sedang kacau bilau….apa la nak jadi dengan negara kita ni??hmmm.Aku harap,kita para blogger akan bersama-sama dapat menghangatkan sambutan kemerdekaan di ruang cyber ini….jom hangatkan kemerdekaan ini.

salam kemerdekaan…

apakah erti kemerdekaan pada seorang blogger???

..
 
Comment by micasa
2008-08-28 15:50:21

harap2 tahun ni kte merdeka dari segi politik, mental dan akhlak gak.too many bad things in their mind

..
 
Comment by nana lala kiki
2008-08-30 01:23:21

merdekakah diri anda?

bestnye aku bru je tgk iklan ni.sadis2. wat aku syg lg kat malaysia.

ketidaksabaran nak smbut ramadhan..

dah elok2 Allah susun mlm 31 Ogos patu + mlm tarawih,InsyaAllah.. sambut2 dah mmg adat negara maju kan, tp afdal kita doa kesejahteraan Malaysia skrg+ utk generasi2 akan dtg………

org2 lama dah xda nnt……….ayuh bangkit pemuda pemudi!

apepun action speak louder than words, xgune bebel pnjg

merdeka.puasa.raya.com

*dgr LAYU by Malique*

..
 
Comment by maskerOil
2008-09-10 14:55:32

memang merdeka tahun ni x semeriah merdeka tahun lepas coz thun lps merupakan sambutan ke 50, so mstlah diorang nk wat grand2, sama la jgk ngan smbtn yg ke-10, 50 and 100. bkn sje2 je nak wat grand. sbnrnya kemeriahan sambutan ni x blh dslahkan 100% kt penganjur.tujuan dia buat konsert tu nak bg org tgu smpai kol 12 and kira dtik 12 malam. bygkan xde konsert, org xde, Paklah la yg sorang2 laungkan Merdeka!! kt pentas tu. sbnrnya ni sume mslah pemikiran rakyat m’sia yg msh lgi terjajah..kalo konsert nk dtg, tp ble ada majlis yg melibtkan patrotisme, sume tido..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post