Anugerah Skrin 2008 Membosankan


Even Khai seriously busy malam tadi setting Forums Scukz, sempat jugaklah usya sekejap TV3. Bila rasa bosan je, pergi balik depan laptop (khai tak suka duduk depan PC sambil nengok TV). Hurm, entah mengapa, rasanya malam tadi kurang bertenaga sikit la Anugerah Skrin ni nak dibanding dengan dulu. Selain dari gandingan pengacara, Adlin Aman Ramli dan Nurul Syuhada Nurul Ain yang memang Khai dah jangka langsung tidak menjadi, persembahan malam tu pun agak membosankan. Artis yang sama je macam setiap kali konsert Jom Heboh. Alahai. Ketandusan artis rupanya Malaysia ni.

Apapun, untuk yang tak sempat melihat atau mendengar Anugerah Skrin ni, berikut adalah sedikit kronologi apa yang terjadi pada malam Anugerah Skrin 2008.

Pembukaan Anugerah Skrin diserikan dengan persembahan daripada dua orang artis. Yang satu tu tidak Khai kenali dan tak ingin pun nak kenal. Tapi yang sorang lagi nampak macam Nicky. Memang dia la kot. Kemudian dua anugerah disampaikan.

Rancangan Bual Bicara Terbaik: Macam-Macam Aznil
Lakon Layar Terbaik: Mira Mustafa (Filem Sepi)

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=vLBQU9kY6iw 456 300]
Kemudian, persembahan hebat dari Faizal Tahir dengan lagu terbarunya, Coba. Kali ni ada kontroversi baru di mana Faizal kelihatan membuka seluarnya pula. Bukan baju lagi. Tapi itu rekaan semata-mata Khai je. Hahaha.

Kemudian Anugerah Lakon TV Terbaik, Drama Komedi Terbaik dan Rancangan Realiti Terbaik pula di sampaikan oleh Saiful Apek, Kanchana Devi Segeran dab Que Haidar. Smart seyh rambut Que Haidar malam tu.

Lakon Tv Terbaik: Wasiat Fitrah
Drama Komedi Terbaik: Mr. Mama
Rancangan Realiti Terbaik: So You Think You Can Dance

Kemudian, Tini (3R & Hot FM) mengambil alih untuk Pelakon Wanita Harapan Anugerah Shine Pantene. Apapun Khai pasti yang ianya telah dirakamkan dahulu sebelum Anugerah Skrin bermula. Dua tahun lalu, buat kali pertamanya, anugerah ni dimenangi oleh Raja Farah. Kemudian pada tahun lepas dirampas oleh Fauziah Ghous dan Anugerah Skrin 2008 pula dimenangi oleh Wan Sharmila, pelakon drama Sindarela dan Kisah Kaisara. Oh tidak! Kenapa bukan Carmen Soo… Arghh..

Selepas iklan yang panjang lagi membosankan (biasalah TV3), Belinda Chee, Fazura & Remy Ishak menyampaikan anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama & Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Normah Damanhuri (Tuhan Pun Tahu)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Que Haidar (Tuhan Pun Tahu)

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=9iOfPGncJVo 456 300]
Conquer habis seh drama arahan Jinggo ni. Kemudian, persembahan oleh Faradhiya, Adi Putra, Ery Putra, Emilda Rosmila menyampaikan lagu Seiring Sejalan. Agak menarik percubaan yang dilakukan TV3 tetapi alangkah malangnya, mereka sebenarnya hanya berbakat untuk berlakon dan bukan menyanyi. Ops! Bukan semua kerana Faradhiya memang seorang penyanyi.

Then acara dilangsungkan semula. Iqram Dinzly, Maya Karin dan artis sendat dan ketat, Fauziah Ghous menyampaikan tiga anugerah iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem & Rancangan Hiburan Terbaik.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nasha Aziz (Sepi)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zaefrul (1957 Hati Malaya)
Rancangan Hiburan Terbaik: Project Superstar S2

Nasha Aziz tak datang rupanya. Memang ramai pun artis yang tak datang. Busy mungkin.

Kemudian, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar, Daphne King & Zuhairah menyampaikan anugerah Rancangan Dokumentari Majalah Terbaik dan Rancangan Laporan Khas Berita Terbaik. Khai perasan, tangan Dr. Sheikh Muzaffar kelihatan terketar-ketar. Haha. Oh, di bulan sana mana ada manusia ramai begitu kan?

Rancangan Dokumentari Majalah Terbaik: Majalah 3 (Sudirman)
Rancangan Laporan Khas Berita Terbaik: Buletin Utama (Orang Asli Terancang)

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=hTXMIz8WujY 456 300]
Kemudian, sebuah gabungan yang tidak menjadi pada zahirnya tetapi menjadi pada batinnya, Adibah Noor & Lah VE. Mereka menyampaikan lagu Ketulusan Cinta secara duet. Sungguh impress dengan bakat yang ada pada mereka berdua.

Kemudian, Aznil Nawawi & Zul Huzaimi menyampaikan anugerah Rancangan Muzik Terbaik & Drama Rantaian Terbaik. Terhibur juga dengan lawak mereka ni. Ada meniru Adibah Noor, Datuk Jalaludin Hassan dan paling menarik bila Aznil mengejek suara Fasha Sandha yang macam orang tertelan biji nangka.

Rancangan Muzik Terbaik: Anugerah Juara Lagu 2008
Drama Rantaian Terbaik: Bicara Aur Dengan Tebing

Dato Jalaluddin Hassan & Sofia Jane pula menyampaikan anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama, Pelakon Lelaki Terbaik Drama.

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Fauziah Ahmad Daud (Suara Saleha)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Zamarul Hisham (Ihsan)

Fauziah Ahmad Daud pon tak datang. Alahai mungkin malu dengan kontroversi baju sendat dan ketatnya kot?

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=EJRsBqUysME 456 300]
Giliran Jacklyn Victor pula cuba menghiburkan penonton dengan lagu Pilihlah Aku. Nasib tak jatuh tergolek lagi ye Jac? Jacklyn Victor nampak cerah pula malam ini, Hafreze kata dia pakai Fair & Lovely. Tapi Khai rasa dia pakai Temulawak la.

Erra Fazira & Adlin Shauki menyampaikan anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem dan Pelakon Lelaki Terbaik Filem. Nampak macam tak kene je pasangan dua orang ni kan? Tapi korang ingat lagi diorang pernah berganding dalam filem Soal Hati? Hehehe.

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Baizura Kahar (Sepi)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)

Rosyam pun tak datang. Entah ape ape (sesungguhnya Khai tak peduli mana dia masa tu)

Untuk Anugerah Khas Juri untuk Anugerah Skrin 2008 adalah Yasmin Ahmad.

Selepas itu, Anugerah Terbaik Filem, Pengarah Terbaik Filem dan Filem Terbaik yang disampaikan oleh Datuk Farid (CEO TV3).

Terbaik Filem: Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)
Pengarah Terbaik Drama: Murali Abdullah (Suara Saleha)
Filem Terbaik: Kala Malam Bulan Mengambang
Drama Terbaik: Suara Saleha

Khai tak faham apa yang menarik sangat dengan cerita Kala Malam Bulan Mengambang ni selain black and white. Kalau ikutkan, cerita Sepi jauh lebih Indah. Kalau nak nengok Sepi, sila ke Youtube dan Search Sepi ok. Haha, paling tak tahan bila si tembam, Nurul Syuhada terkejut beruk dan menjerit sebab terkejut dengan confetti yang tiba-tiba dilepaskan. Hurm, sengal nak mampus.

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=Onbmt8cJBdU 456 300]
Kekasihku, Siti Nurhaliza (malas nak tulis datuk) kemudiannya, membuat persembahan penutup. Suara dia ni still maintain sama je dulu sampai sekarang. Hai Siti…..

Overall, kalau korang belum nengok, baik tak payah nengok la sebab memang bosan gila. Tidur lagi baik.

Psstt: Sakit tekak sebab banyak bercakap.. sebab…. takpe la kot. sakit tekak pon….. huhu..

Ditulis pada 6:37 AM 8 November '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,489 views | Dalam kategori: Hiburan | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

52 Comments »

Comment by doktahu
2008-11-08 06:47:17

rajin ko buat video dan ape sume ni…….

..
 
Comment by dragonfly
2008-11-08 09:06:48

nape sy rasa ok je anugerah skrin malam td?? πŸ˜› rasanya menjadi jugak la pengacara tu…ada kelainan sikit dr tahun2 suda…*peace*

..
Comment by Khai
2008-11-08 14:37:54

Err.. jadi ke? Hurm, boleh la.. tapi still hambar kan?

..
 
Comment by saffa
2008-11-08 22:21:31

menjadi pengacara tu?
Masa pembukaan tu ntah pa pe jer..
Macam sangat lah membosankan dan entah kenapa..
kalau saffa lar salah seorang pengacara tu dan tengok semula AS..
Konfem tak tau mana nak letak muka… πŸ˜‰

..
Comment by saffa
2008-11-08 22:22:36

Haha.. Macam kejam giler lar plak komen Saffa ni..

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2008-11-08 22:28:21

mmg betul pon safa.. tak kejam mana pon.. hehehe…. lagi2 time adlin buat lawak gelak sendiri tu ye tak.. langsung x dapat sorakkan penonton pon.. alahai.. mana nak letak muka

 
 
 
Comment by Faizal
2008-11-09 15:56:18

Aku rasa cuma persembahan malam tu memang membosankan. Lagu yang biasa, x dipelbagaikan irama dan kenapa la Datuk CT pi nyanyi lagu aku wanita masa last…tak relevan. bagi la lagu gempar gila2 ka….memang skrin adalah drama, drama adalah membosankan. pengacara no komen sebab x ambil perhatian, pak nil kuar dgn zulhuzaimi dah boleh gempar satu PWTC…itu 3 minit je tu…..alahai memang macam rancangan tidur lagi la….ha ha ha

..
 
 
Comment by zieyn
2008-11-08 09:42:35

Naseb aku x tengok anugerah skrin mlm td..Hehe..
cam boring jew.. :p

..
 
Comment by Malaynium_
2008-11-08 10:16:52

rajin la sebab sonang ati ha..
huehue..
patah sudah tumbuh berganti..
ekekek..

..
 
Comment by somebody
2008-11-08 11:21:08

hahahah..sengal dak ni..yang ko sebut2 pasal tekak ni kenapa???ingatkan nak sampai kul 5 pagi..tapi ko macam dah ngantuk je..hakhakhak…

..
Comment by Khai
2008-11-08 14:39:29

Well sebab ade kerja sikit.. kalau tak, sampai tahun depan pon boleh… hahaha.. entri ni update pon 2 minit selepas kejadian itu.. kejadian ape? shhhhh

..
Comment by zieyn
2008-11-09 11:54:29

Nakal ko khai…;p

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by eda
2008-11-08 11:25:55

agak membosankan jugak lah…anugerah skrin malam tadi…dan yang xbest bila MR. mama tu dapat anugerak drama komedi…kalakar ker??.huhu…
gandingan adlin n nurul tu kire cam OK jugak lah….

..
Comment by Khai
2008-11-08 14:40:49

Memamn macam haram pon mr mama tu leh menang.. tapi yang pelik camne plak cerita Ghost boleh termasuk skali dalam kategori komedi tu.. WTF? Kalah plak tu.. patut pon kalah sbb cerita tu bila masa la plak kelakar?

..
 
 
Comment by duffey
2008-11-08 11:46:30

comel laaa syuhada mase dier terkejut tue.. dahlaa la lawa.. tapi memang tak menjadik pon.. tv3 nampak sangat takder budget due to credit crunch nie… pelakon pon ajak nyanyi.. jac ngan deeba&lah nyanyi lagu orang lain… (nak panggil penyanyi btol mahal laa plak)… aperpon syuhada memang lawa.. tapi anugerah skrin overall saks..

..
 
Comment by hafreze
2008-11-08 12:18:18

aku nak si tembam..yummy..yummy..haha

..
 
Comment by anaktekak
2008-11-08 12:31:51

eeee…lucah le hafreze ni….

..
 
Comment by wenkt
2008-11-08 13:11:54

bosan nk mampus anugerah smlm
nasib baik wan kasi kat kawan tiket tu
kalau pergi
sure nyersal
hahahahha

dr sheikh sgt lembut suara dia ok
patut la orang kata suara aku sama dgn suara dia
hahahha

..
Comment by Khai
2008-11-08 14:42:22

itu la pasal.. x sangka suara dia gitu… ayu gitu. macam wan.. hehehe..

..
 
 
Comment by emme
2008-11-08 13:47:13

memang tak best pun… πŸ˜› aku tak pernah tengok upacara anugerah ni sampai abis (apa2 anugerah)… heheh

Aku lagi suke tengok result kat internet je, tak pun esok paginya beli paper baca ulasan2 wartawan tempatan.. πŸ™‚

..
 
Comment by hytiq
2008-11-08 15:01:30

khai,lajunyer buat topik ni..
sedangkan baru malam tadi dorang perfom.

em..acc2ally,kslruhan program mmg hambar giler r..
tngok kejap,kejap pon penat..
adush..rugi gler r tngok..

..
 
Comment by bd fabregas
2008-11-08 17:27:57

mr mama bleh mng??
cam hampeh..

..
 
2008-11-08 17:46:30

dah tau dr awal lg yg anugerah ni memang membosankan. tu fasal aku x tgk pun. ahakz!

Ops! Bukan semua kerana Faradhiya memang seorang penyanyi

actually, adi putra pun penyanyi gak. dia dah ada lagu sendiri tajuk kelahiran. hehehe..

..
Comment by Khai
2008-11-08 18:52:38

Tapi dia hampeh.. berlakon je sudey

..
 
 
Comment by Amirull
2008-11-08 17:53:07

panjangnye entri nih..

..
 
Comment by xtreme_paranoid
2008-11-08 18:43:48

serious aku bosan giler ngan adlin tu..
da la x hensem, kecoh pasal awek die satu hall.
org tau laa awek die nyanyi malam tu..
sengal!!!!

wat lawak sumer x jadi..
gelak sorang2 ade la..ntah hape2

..
Comment by Khai
2008-11-08 18:55:06

Betul2.. dia tu buat lawak bodoh pandai la… aku x paham camne dia leh wujud sebagai pengacara atas pentas tu.. ceh ~ dah mmg dia muka jenis belakang tabir jer… ops!

..
 
 
Comment by nana
2008-11-08 18:45:47

yg pasti…suara faradhiya sgt sedap… compare with others yg nyanyi dgn dia mlm tu…hehe…

..
 
Comment by menteil
2008-11-08 21:15:35

adlin mane leh jadi pengacara beb.. syok sendiri jer tu..
er.. terkutuk plak orang terkutuk.. opss!!

aku pon bukan suka sangat tengok anugerah nie..
cam memang bosan jer..

..
Comment by Khai
2008-11-08 21:29:17

Selalunya, Anugerah Skrin memang bosan.. tinggal pengacara je yg penting untuk hidupkan.. ni dah pengacara pon macam hampeh (harap cun je), ape kejadah… style mengacara macam dalam majalah 3 siot..

tapi takpe la.. belajar dari pengalaman la dia tu nanti….

..
 
 
Comment by chika@nurulism
2008-11-08 23:30:39

memang betul tak best ar Anugerah Skrin.
Menyesal secara banyak sebab meluangkan waktu berkualiti malam semalam.

..
 
Comment by EiNS
2008-11-08 23:35:13

Adlin ngan si tembam tu mmg x sesuai langsung…

Mangkok tol la adlin…asyik nk menjatuhkan maruah orang je…boleh plak dia kata superman…jgn dok buka baju la..kat faizal tahir…

pastu ada mcm2 lg la komen n lawak bangang nak menyakitkan hati orang dr mangkuk adlin ni…cuba tengok mulut dia time dia cakap, jadi camtu sbb suka kutuk2 orang kot…cam lawak je aku tengok..

syuhada si tembam? ntah pape, kadang gelak sorang2 nk support si adlin tu…skrip yg skema n movement yang kayu…so boring…

Persembahan x brapa menarik…camtu je..lagu2 slow, balada je…mana nk idup acara tu…

Lagi satu, patut ke citer kala malam bulan mengambang tu menang? secara jujur, filem tu ntah pape…hitam putih…bukan hebat sangat pun..

Aku lebih suka kalo citer Sepi tu menang…filem tu ada kualiti la…bkan cam citer lawak spastik mamat khalid tu..

Sila reply komen aku kalo x stuju apa yg aku ckp πŸ˜‰

..
Comment by Khai
2008-11-08 23:51:55

Pergh.. class bro.. 100% stuju !!! clap clap clap!!…

1. itula, lagu sume buat orang tido.. cuma amik satu dua band band indie.. idop x idop la kan..

2. betul tu.. cite sepi deserved to win.. bukan cite mamat khalid yg ntah hape2… (cite mamat khalid ni mmg dari dulu sume cam bodoh… lawak spastik)

..
 
 
Comment by shaxx
2008-11-09 03:02:37

memang amat membosankan. tengok kejap jer pastu tukar channel. TV3 had done much better before tapi tak tau lah why this one is quite bad… in my opinion laaa…

..
 
Comment by saifullahism
2008-11-09 14:55:27

terpacak kat depan tv cme 20 minit aje…. pastu terus masuk bilik maen cs…

komen: too bad laa tahun nie nyer anugerah skrin….. πŸ™

..
Comment by Khai
2008-11-09 15:57:16

Hurm.. semuanya kerana salah memilih pengacara.. pengacara tu Master of Ceremony .. dah dia x best, satu acara tak best…

tv3 patut berhati2 lepas ni.. Bukan masa untuk “try test” pada majlis anjuran besaran2 tu…

Aku lebih rela fafau, raja azura or agy sendat tu jadi pengacara tiap2 tahun asalkan sentiasa menjadi melihat teletah mereka di pentas..

bukan lawak x jadi macam si adlin dan makcik skema seperti nurul syuhada….

..
Comment by saifullahism
2008-11-09 20:48:56

t’calar lgi laa rekod TV3…. dh brp kali jadi cmnie…….
better watchout TV3……………

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by KNizam
2008-11-09 18:21:27

tu la kan. aku pun rasa hambar je malam tadi. haha

..
 
Comment by Aby RAd
2008-11-09 18:45:33

sungguh rajin khai senaraikan satu2 :E

..
Comment by saifullahism
2008-11-09 20:47:03

detail itu penting cik Aby………. klu x masakan org yg x tgk nk tahu…. πŸ˜€

..
 
 
Comment by bantingboy
2008-11-10 09:30:29

hehe. dah tak yah tengok. baca kat sini pun leh faham dah..

..
 
Comment by NuNu
2008-11-10 10:15:34

NuNu yg gie mjlis tur pon ley terlelap lam PWTC tur…bygkn jer la betapa boring nyerk anuGerah tur..

..
 
Comment by deena
2008-11-10 10:15:56

ye, memang macam cipan anugerah skrin neh. pemenangye pun ntah ape ape. wan sharmilla? oh please! muke hitam ade shine keh? xnampak la sinar sinar wudhuk die. nape yek?

..
 
Comment by deknon
2008-11-10 13:35:48

aku plak x puas ati ngan cite Bicara Aur Dengan Tebing..camane boleh menang? Bukan ke undi base on AC Nielsen ke? kalo compare ngan Bella, Manjalara aku rs cite lg ramai org tengok.. ntah hape2.. ada udang sebalik batu kut.. ada org ckp penerbit cite 2 semacam je..

..
 
Comment by Hamdi
2008-11-11 06:56:14

tv3 tak der idea la tuh nak letak orang lain
tuh yang terpaksa ambik adlin ngan NSNA…. NSNA?? malas aku nak type nama dia
panjang sangat!

..
 
Comment by haziri
2008-11-12 16:12:33

Ala, malaysia kan xde orang nk jadi artis bahagian pengacara2 ni. Nk jadi penyanyi berpusu-pusu la.

..
 
Comment by sleepy
2009-07-06 16:57:42

anugerah skrin 2008 membosankan? tp cite2 ni mcm kaji habes sape menang kalah, pakai baju ape la, sume la.. nmpak sgt dia perati habeh..tu pn ckp bosan..klo bosan org xtonton dh, tutup je tv trus..haha..

..
Comment by Khai
2009-07-06 22:33:59

sebab aku wartawan la bodoh… terima kasih… 😐

..
Comment by sleepy
2009-07-10 09:24:59

time kaseh khai..

(Comments wont nest below this level)
Comment by sleepy
2009-07-10 09:36:06

wartawan buat review tgk kt tv je..xdpt jemputan khas wartawan ke anugerah tu ke..

 
 
 
 
Comment by LumiGlow
2009-12-03 19:13:16

Memang betul bosan. Dulu suka tengok sekarang cam dah tak.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • satellite tv on pc