Bila mana lelaki menjadi DAYUS!


Entri ini agak menarik untuk dikongsikan. Makna dayus seperti yang semua orang tahu adalah lelaki yang takut pada perempuan. Contoh seperti si suami yang takut kepada bini. Hurm, harap Khai nanti takde la jadi macam tu. Taknak tidur kat luar weii.. Hehehe.

So dalam entri kali ni, Khai nak menyampaikan apa yang Khai tahu kepada korang semua. Sama-sama kita berpesan-pesan kepada kebaikan. Untuk panduan diri Khai sendiri dan mungkin juga korang semua. Apapun ingat, Saidina Umar RA pernah berkata yang sehina-hina lelaki adalah lelaki yang tunduk pada wanita. Jika ada lelaki-lelaki yang takut pada bini kat luar sana, mahukah korang menjadi lelaki yang hina. Dan tahukah korang bahawa lelaki dayus, tiada ruang’nya untuk bau Syurga Allah Swt. Nauzubillah..

Apapun dayus bukan saja bermaksud untuk lelaki yang takut kepada isteri atau lebih mudah lelaki yang takut kepada kaum wanita. Khai cukup benci bila dengar orang perempuan kata yang diorang ni setaraf je dengan kaum Adam. Agaknya mereka sedar atau tidak, mereka hanya dijadikan dari tulang rusuk Nabi Allah, Adam. Hanya tulang rusuk. Bagaimana boleh dikatakan setaraf. Jangan cakap korang setaraf dengan lelaki bila mana korang tak pernah mampu kencing berdiri. Hahaha. Gurau je wei.. Jangan marah yer coz entri ni bukan nak ‘down’ kan kaum wanita ke ape, cuma nak beri sedikit kesedaran.

Berikut adalah sebab-sebab bila mana jatuh dayus kepada seseorang kaum lelaki seperti yang di sampaikan oleh seorang ustaz:

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa ‘sporting’ yang memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, One In A Million, Mystarz LG dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Dayus ini hanya akan jatuh jika si suami dah tahu, cuma buat endah tak endah. Jika tak tahu atas kecurangan si isteri, maka takkan jatuh dayus itu di kepala si suami. Kepada korang wahai pembaca wanita di Justkhai ni, janganlah buat sesuatu yang men’dayus’kan kami kaum lelaki. Kadang-kadang kami sendiri tak sedar, apa yang kami lakukan membuatkan kami menjadi lelaki dayus yang tiada lagi ruang syurga buat kami. Nauzubillah.. Apapun if korang belum kahwin dan bujang trang tang tang macam Khai, dont worry kerana kita semua takkan jatuh dayus melainkan dah ada tanggungjawab pada mereka yang bergelar “wanita”..

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi, ertinya :

Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Ustaz tersebut berpesan, selepas membaca artikel ni pasti akan terdetik dalam fikiran korang ” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”.. Hurm, sebenarnya, apa yang penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Bukan sibuk nak mengata orang.

Khai teringat akan kisah saudara Khai yang rumah-tangga dia agak berkecamuk pada satu ketika. Hadir seorang Ustazah yang melihat apa yang menyebabkan rumah-tangga yang bahagia selama ini menjadi begitu. Kata Ustazah tersebut, dia dapat melihat setiap doa yang datang dari si suami, semuanya terawang-awang di langit. Tidak sampai kepada Allah SWT. Mengapa semua benda ni terjadi? Ini kerana, si isteri tidak bertudung yang membuatkan jatuh “dayus” kepada si lelaki. Hurm, lihat tu selain tiada ruang syurga kepada lelaki yang dayus, doa-doa mereka juga tidak pernah sampai kepada Allah. Apa lagi untuk diterima. Berbalik kepada kisah saudara Khai tadi, lepas si isteri bertudung, sehingga hari ini keluarga mereka kembali bahagia. Alhamdulillah. Harap kita semua dijauhkan daripada menjadi seorang lelaki yang dayus.

Pertahankan keluarga korang. Nabi pernah bersabda barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka matinya adalah mati syahid.. (Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Satu je soalan Khai kepada reader blog ni yang bermisai, korang tak dayus kan?

Psstt: Khai sangat kecewa dengan sikap admin sebuah website hiburan yang langsung tidak professional. Dek kerana “terasa pedih” dengan kritikan yang diterimanya mengenai website, dia sanggup memalukan Khai, menghina dan memfitnah kononnya Khai seorang “lelaki Gay” dan “Dayus”. Satu dunia habis di’cerca’nya. Khai dah nak buat report polis dari minggu lepas lagi (proses untuk saman) atas nasihat family Khai, cuma sengaja Khai lambat-lambatkan kerana banyak nasihat yang Khai terima dari mereka-mereka yang jauh senior dengan Khai. Mereka kata, biarlah orang buat jahat dengan kita, asal kita jangan buat jahat dengan orang. Kepada admin website tersebut, kau berhutang dengan aku dunia akhirat. Sila langsaikan di Padang Masyar.

Sedikit Update:
Admin website tersebut dah close komen di thread yg dibukanya. Katanya, Khai saja nak minta simpati orang dengan buat entri keagamaan di Justkhai.. Hurm.. betul ke? Mungkin admin yang bacul seperti itu patut usya entri-entri lain sebelum ni yang berkaitan dengan keagamaan. Cermin diri sendiri.. Sehina-hina blog ni, ada juga la share something yg bermanfaat untuk semua. Dari blog hiburan kau yang ternyata nothing untuk masyarakat.

Konon berani di saman. Tapi takut nak dedahkan identiti. Suruh send address via email Khai pun tak berani. Beri alasan yg bacul.. Kalau betul-betul la nak lawan court, sama-sama la kita fight dgn cara baik kan.. Hehehe.. Lain kali jangan suka memfitnah ye saudara. Di dunia tak terbalas, akhirat baru kenal langit tinggi ke rendah.

Wonder, agaknya komen-komen yang menyebelahi dia dalam entri dia tu, mungkin datang dari orang yang sama.. Isk Isk.. orang berakal boleh berfikir sepadan atau tidak apa yang dia buat tu sebagai balasan untuk Khai yang mengkritik website dia secara terbuka.. Shame on You..

Ditulis pada 1:53 AM 23 January '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,301 views | Dalam kategori: Religion | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

62 Comments »

Comment by Azizwanâ„¢
2009-01-23 02:28:23

seriously, good info. jari ke atas utk kau.

kpd lelaki2 di luar sana, jgnlah menjadi dayus even kau seorg yg tersangat baik kononnya.. nanti tak menghidu bau syurga.

dan kpd wanita2 pula, sila jgn jadikan suami anda seorg yg dayus. kasihan kt depa =(

psstt: boleh kau bg link blog hiburan vunguks tu khai?

Khai says: Jari ke atas camne tu Azizwan? FCUK pon jari ke atas gak taw.. wahahha… ape blog tu? Hurm, baik ko x yah tahu.. sbb itu baru totally blog yg dayus dan gay.. Hehehe

..
Comment by saifullahism
2009-01-23 04:19:27

thumbs up laa bro……

..
Comment by Azizwanâ„¢
2009-01-23 05:11:01

aku lemah BI ni.. tu fasal tulis dlm bm.. tp tak sangka plak, BM aku lg lemah :bloody:

(Comments wont nest below this level)
Comment by PakciQue
2009-01-23 16:01:22

Mungkin “Ibu Jari Ke Atas” lebih sesuai.

 
Comment by Azizwanâ„¢
2009-01-24 05:38:36

@pakcique memang aku nk buat ayat tu pun sbenarnya.. tp tak prasan perkataan ibu tu tak tertulis. kononnya nk buat kelainan tp akhirnya nmpak sangat sungguh lain. hahaha 😉

 
 
 
 
Comment by o_0
2009-01-23 02:30:48

khai…1 bende je aku nk tny kat ko.. 8)
btol ke citer pasal sedara khai tu, part ustazah nampak doa2 terawang2an kat langit…???? :[ :[
sukar nk bayangkan..terangkan sket..ekeke 🙂 🙂

Khai says: Salam o_O.. ya ianya memang benar. Ustazah ni dapat something dari Allah iaitu boleh melihat hantu syaitan dsb yang tidak dimiliki oleh kita. ya, memang benar.. percayalah..

..
 
Comment by sweetalia
2009-01-23 02:34:49

pergh…banyak nye punca yang boleh membuat lelaki tu jadi dayus….bila baca ni baru tau… :oups:

..
 
Comment by aman
2009-01-23 02:40:59

huhu…baru aku taw definisi lelaki dayus..huhu…maybe tak tergolong kot, sebab sama cam ko, single & available..haha 🙂

Khai says: bila ko dah single n not available, jangan lupe kenalkan si dia dengan aku yerk amanz.. hehe

..
 
Comment by .AzFaRuL.
2009-01-23 02:58:18

Camtu rupenye definisi sebenar lelaki dayus. baru tahu.

jgn risau khai, byk phalanya dgn blog ni. diorg tu sentap, sbb tu cm tu. dh mkn cili, trasa pedas lah kn? 😉

..
 
Comment by JRY
2009-01-23 03:10:49

Jangan delete entry ni, sbb bila aku dah ada pasangan nnt or dah nak kawen bleh rujuk balik kat sini.hehe.. nice info

..
 
Comment by nadia
2009-01-23 03:20:39

fuh, banyaknya sebab lelaki boleh jatuh dayus. OMG, padahal sekeliling kita banyak je jadi perkara yg disebutkan tu. Cuma maybe kita je yg tak perasan kot (atau tak tahu).huhu

p/s: nasib baik bukan lelaki. Fuh!

..
 
Comment by saifullahism
2009-01-23 04:17:00

salamx bro!!

bru nk bgtau bri psl blog s***an tu kt bro….
bajet cambest jer nk modified gmbar leklok jd Planet Of The Apes..

to that blog, aku nasihatkan guna cara leklok sikit kalau nak tegur org pun… kalau org laen buat blek kt ko cmtu, ko jgn mare plak yek!!! :choler: :choler:

Khai says:ni junior Khai masa kat Limkokwing dulu.. boleh la tanya dia untuk mengetahui lebih lanjut gay ke Mr Khai kat limkokwing tu…pondan ke Khai sebab ada blog yg ala-ala pink ni.. hahaha.. buta seni sungguh si admin web hiburan tu..

to bro, Hehe, takpe.. aku berasa sungguh bangga orang berpenat-lelah mengedit gambar ku sebegitu sekali.. terasa seperti artis ada orang yg nak super impose.. hahaha.. dan aku tahu admin blog tu pembaca tegar blog ini. Mana taknya, hal-hal dalam kain yg terselit celah-celah blog ni pun, semua dia tahu.. wow!!

..
 
Comment by amalina
2009-01-23 04:17:07

pastu klo y tengah berdating berchenta…ramai j kan?mesti kuar g dating kan?xd yang x dating lani.

“4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.”

korang sanggup k ayah korang di gelar dayus?to perempuan la~

macam xsayang bapak sendiri aja….

ke cenggana?
just my 2cent aja~

Khai says: Itulah pasal.. Khai pun berdating gak.. nasib Khai lelaki.. Huhu.. tapi tak berdating nanti, takde proses kenal mengenali plak dalam hubungan. Kalau zaman dulu-dulu boleh la kahwin mak bapak yang tentukan, zaman skang ni, mau memberontak budak-budak remaja ni. Termasuklah Khai pun..

Apepun, nak berdating (kepada awek awek tu), pakai la pakaian yang menutup aurat.. kalau tidak, kami laki-laki ni yang terseksa menahan nafsu yang memberontak.. bak kata No 8 tu, nafsu lelaki takkan hilang.. walaupun hanya berlakon.. Ikhlas dari seorang lelaki bernama Khai.. cewah!

..
Comment by amalina
2009-01-25 17:37:52

but you know….tutup aurat pun xjamin nafsu tu x memberontak right?
It is much better kalau terus elak.
summore…zina itu bukan in 1 bentuk aja…
ada zina hati zina mata zina telinga etc etc….
zina hati bila dok teringat kat si dia.terindu2.
bile kapel…mmg x akan lari dr rindu right?

dating means kuar berdua2an?not right.makan berdua.also wrong.love is much sweeter after nikah.
in my opinion la~

heh…mcm ustazah plak aku.

Khai says: Thanks.. setuju yang amat…

..
Comment by smaelz83
2009-01-30 09:39:16

Bercintalah selepas kawen… matlamat aku~~~ ingin mencontohi pasangan2 veteran yg bahagia apabila bercinta selepas kawen… :8

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by Emkay
2009-02-09 15:54:55

err..lelaki or perempuan,tetap haram,kan?

matlamat tidak menghalalkan cara..

..
 
 
Comment by ape2jela
2009-01-23 08:00:56

lelaki tak dapat hidup tanpa wanita dan sebaliknya. lelaki takkan setaraf dengan wanita, n wanita juga takkan setaraf dengan lelaki. sbg contoh, lelaki bolehke mengandungkan anak selama 9 bulan n melahirkan anak sampai putus2 urat separuh mati? So jgnla kita merendah2kan gender org lain.

wanita n lelaki tak mungkin setaraf sebab wanita n lelaki ni masing2 ade kelebihan n keburukan tersendiri. Sebab tu la Allah menjadikan wanita dan lelaki untuk complement each other. Untuk menjadi lebih sempurna.

..
 
Comment by lin
2009-01-23 08:30:48

info yang menyedarkan aku..
hak3..thnks khai!! :bloody:

..
 
Comment by annyss
2009-01-23 08:33:50

tibe2 je aku terasa entry yg ko buat ni terkena kat aku bro..
hahaha3…
pe pon thanks utk info yg ko bagi ni

..
 
Comment by cookdong
2009-01-23 09:55:59

tepat..tapi xkisah la datangnya istilah dayus sbb apa y dsenaraikan khai tadi, ape pun y haram tetap haram..hukum agama jgn ditolak n amek mudah, ianya tetap maksiat. mereka faham hukum n faham al Quran(even arab pun sama je pangai cam tahik), tapi tetap buat, munafiq la mereka!

Khai says: Lihat saja bangsa arab yang masuk malaysia.. tak jadi manusia.. contoh terdekat dgn khai, student2 limkokwing yg datang dari arab… perangai cam jamban! x kira lelaki, atau perempuan.. siap boleh bermegah2 dgn love bite kat leher.. ohtidak.com!

..
Comment by cookdong
2009-01-24 05:46:30

ak kat negara arab pun..hehe..masa kat klsentral pcik2 y bawa teksi musti ngumpat2 arab,ak pun masa tu cam xsuka gak pcik tu ngata arab..bila dah dok negara diowang, perangai melayu lagi mulia dari arab =(

..
 
 
Comment by ejardkethot
2009-01-23 10:45:15

nice info khai !!~
two thumbs up 🙂
baru ku tahu apa itu “DAYUS”
hohoho…nasib x penah dating ngan laki lg..
sbb abah mmg x bg..hohoho 😉

Khai says: itulah dia ayah contoh… tahniah!

..
 
Comment by nana
2009-01-23 10:48:56

“biarlah orang buat jahat dengan kita, asal kita jangan buat jahat dengan orang”…
sgt setuju dgn pendapat ni… jgn sekali kali jadikan api kemarahan tu menjadi dendam…
kalau betul dia buat jahat kat kita skali pun, biarlah Allah yg menghukumNya.. kita hanya doakan moga dia insaf dan diampunkan olehNya…

anyway… entri ni sgt2 menarik, berilmu dan berguna….
keep it up..!!!

..
Comment by hafreze
2009-01-24 02:05:02

hehe, mane blh biar. orang buat jahat, kita kene balas. tapi balas cara bijak, ikut prosedur. gunakan pihak berkuasa.

berdiam diri umpama tindakan seorang bacul. sanggup diri dihina, biarkan orang yg menghina terlepas. mana boleh mcm tue.

maafkan orang pun ada had nya. jangan maafkan orang tak tentu pasal.

ya, memang betul nabi pun maafkan umat.

satu pertanyaan, kita ni taraf sama nabi ker? nabi tu maksum, tak buat sebarang kesalahan.

renung2 lah

Khai says: Haha.. ko ni bro dari YM sampai ke blog aku, tak abis abis api aku suh saman budak tu.. Hahaha.. takpe bro.. kau pun tahu aku tengah tunggu sapa kan… yeah.. saman 1 juta cukup tak? hehehe…

..
 
 
Comment by Shaffik
2009-01-23 11:13:45

Lelaki denagn perempun tak sama bro..pemikiran dan perwatakkan semua tak sama…aku pun tak suke kalau pompuan merendah2 martabat lelaki…sebab memang dah ditulis lelaki adalah ketua..maaf kalau kata-kata aku menginggung perasaan orang perempuan kat sini..tapi itulah hakikatnya..

..
 
Comment by x-po shop
2009-01-23 12:34:59

cmne dgn laki yg duk sbuk nk rmpas awek or isteri org?? hohoho

Khai says: merampas awek orang boleh la dikatakan kurang ajar sbb tak menghormati hak orang lain walaupun sememangnya kita takde hak pada awek kita. cuma kalau boleh, hormati lah sesuatu yang bakal menjadi milik orang.. jangan pentingkan diri sendiri..

untuk lelaki yang merampas isteri orang pulak.. itu bukan setakat dayus. tapi dayus kuasa dua, bacul, bengong, sengal, mangkok.. hahaha

..
 
Comment by lilacfla
2009-01-23 13:12:48

erm.. nak tambah sket yr en khai.. 8)

dayus seorang lelaki tu bukan hanya pada isteri dan anak-anaknya saja tau, tapi pada adik2 dan kakaknya sekali.
melindungi wanita yg bukan ada hubungan darah ngn dia pun perlu..

melindungi dr pandangan gatal lelaki n pengkid n sewaktu dengannya
melindungi dr azab seksa di akhirat kelak…

rujuk sini..

http://wadahwanita.blogspot.com/2004/12/lelaki-abai-tugas-lindungi-wanita.html

wallahu’alam…

Khai says: Thanks Nadrizah for the info.. sama2 la kita semua orang melayu tambahkan ilmu keagamaan yang sememangnya rendah paras lutut..

..
 
Comment by faiz
2009-01-23 13:13:36

aku ni dayus kew???
tak kowt…
hehehe… 😉 😉

..
 
Comment by me amor
2009-01-23 14:03:08

dlam paper ari ni ada psal lelaki yang sngt dayus…usya2la paper ek… 8)

..
 
Comment by ain
2009-01-23 14:32:22

encik khai..entry ni sangat informative.. sesekali bagus juga menulis berkaitan agama supaya dapat saling mengingatkan.. erm..sy link blog ni di blog saya ya? thanx

..
 
Comment by skeblognie
2009-01-23 14:46:33

nk insaf r cmni…hehe~ :8

..
 
Comment by pembacategar
2009-01-23 14:54:56

bro…kasi preview sal windows 7 lak..

Khai says: Ok, coming soon.. hehe.. mesti ada punye.. tinggal khai lom guna windows 7 lagi.. so rasa x best nak berkongsi sesuatu tanpa dah mencuba sendiri.. orang kata, nak share maklumat, biar telus.. jgn ada niat tersembunyi.. hehe

..
 
Comment by Faiz
2009-01-23 15:22:21

erm..smua isteri dan ayah….kalau single mcm mana?

psssst…sikit sebanyak blog ko akan ramai dtg..kira dia promosi free la..admin2…gado2…mcm budak2…

Khai says: mmg skarang kita single bro, but someday, tak single dah.. so just take note info ni, simpan dalam2 masuk ke hati.. ingat sampai tua.. ada la ruang kita kat syurga.. InsyaAllah.. aku yg berpesan2 juga kepada diri sendiri.hehe

..
 
Comment by Hamdi
2009-01-23 19:49:28

hahah
lelaki dayus???
sapa?? bagi aku contoh satu khai
ehehehe

Khai says: Ini lagi satu.. member Khai di Limkokwing.. budak chubby.. hehe.. aku gay ke hamdi? wakakaka… contoh siapa dayus.. Err… bapak angkat ko kot.. Tan Sri Lim kok wing kot.. Gulps!!

..
 
Comment by fira
2009-01-23 20:07:11

apekah gambar d atas itu?
siapakah mereke?

Khai says: Sekadar gambar hiasan..

..
 
Comment by akmal
2009-01-23 21:39:50

aku bukan dayus tetapi akan ku rasa kesian kepada sesiapa yang dayus kerana sebab remeh temeh syurga yang indah dan tidak terkata musnah,hilang mahupun tidak dapat dikecapi masyallah berikan rahmat kepada umatmu =(

Khai says: Itulah, zaman skang ni tahap remeh temeh nya dah sampai tahap parah… tak sama lagi macam zaman dulu-dulu.. anak-anak dara semua duduk rumah.. sampai tahap malu nak keluar rumah.. zaman skang, rumah plak yg malu nengok anak dara.. Hurm..

..
 
Comment by aLi
2009-01-23 22:21:33

kita kene pakaikan Azwan Ali mende nih..bru SYOK!!! :choler:

..
 
Comment by balletza
2009-01-24 02:13:51

omg, aku dah jmp blog hiburan murahan tu (puke!!:beurk: )

ko jgn lawan bro, nnt dia lg sonok, bia je

keep it up, aku suka blog ko, entry yg variasi 🙂

Khai says: Thanks bro! Hurm, mula-mula dulu lawan gak, tapi lama-lama hati ni rasa tawar.. macam ngah melayan orang ****** plak.. Konon2 dia pandai bermain kata-kata, leh dikatakan, orang kurang bijak je percaya dgn kata-kata orang kurang bijak seperti dia… Khai pondan? Khai gay? Hehehe.. bila dah takde point..

..
Comment by balletza
2009-01-24 13:44:19

org percaya ke x psl pe yg org mngata kt kita, tu hal diorg, just let it be, kalao benda tak betul buat pe nak rasa pe2..

as for me, klo kte lawan/argue benda yg sah2 xbetul psl kte, nampak sgt benda tu betul, so diam kan aje, nnt dia penat la, dets my theory, it’s simple, org lain ny stail xtau la..

plus, klo ble klo ko nak buat pe2 entry libat kan org lain, jaga sket sensitiviti, aku phm kdang2 ko mlawak, tp klo ble elak kan ko ckp hal2 org, xkira artis ke spe2, klo buat caption tu jgn rasa nak naik kn amarah @ pe2 prasaan yg xsnang..

sori la aku ckp ni sbb aku suka baca blog ko, esp psl bab2 pc n dunia2 iT n psl life ko..

good day bro 🙂

Khai says: Kalau diam orang kata diam tu tandanya betul la tu.. kalau bising plak, orang kata kalau tak betul buat apa nak bising-bising.. hehehe.. dunia..

..
 
 
Comment by Hanep
2009-01-24 05:25:47

Aku sekali Google keyword hot ko dah jumpa blog tu. Pergh, panas..panas…

..
 
Comment by sudin
2009-01-24 12:57:59

“11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan”.

Salam khai, sy sudin, sy ada sedikit komen/pndpt tntng prkara diatas, prkara trsbut prnh brlaku keatas diri sy, mungkin sbilngn besar rkyt m’sia yg prnh msuk kedlm bilik brsalin hospital kerajaan, apa yg sy liht dpn mata sy, bidan yg mnymbut bayi buknlh doktor lelaki, akan tetapi doktor pelatih yg mmbuat kajian kdoktorn berada dibilik brsalin, apa pndpt khai tntng pekara ni? dlm hal ni sy cuma bg tau kt doktor bidan prmpuan, “jgn bg doktor pltih @ doktor lelaki msuk” itu je…..tapi doktor bidan prmpuan tu ckp diorg ada praktikal tntng kebidanan, sy jd srba slh plak…. ada sesiapa yg boleh jwb x tntng pekara ni?

Khai says: Hurm, Khai rasa, saudara sudin sangat dan tersangat berhak untuk buat keputusan. Dan mereka support to respect ur decision.. ape punya hospital la macam tu…

..
 
Comment by aidilx
2009-01-25 20:40:57

aku dengan tak sengaja browse satu site yang berkaitan ngan dunia artis bagai.. tetiba aku ternampak satu imej dan tertulis
“justkhai owner is gay”… lebih kuranglah..

aku sentap :[ ! owh benarkah apa saksikan? :bloody:
aku rasa ko normal! straight! 🙂

Khai says: kerja orang berhati busuk.. aku kadang2 rasa aku ni dah jadi selebriti ke, sampai ada gosip2 fitnah macam tu.. haha.. xpe la, kita redha je.. bukan ada effect pun.. Allah yang maha tahu siapa insan yang diciptanya..

..
Comment by aidilx
2009-01-26 09:06:14

Haku rasa ko leh wat saman malu kat dorang.. :p
Tapi, takpelah Khai yg benar tetap benar.yang salah tetap akan salah. Itu dah termaktub! 8)

..
 
 
Comment by khairilz
2009-01-26 03:36:58

hahaha,
selalunya pompuan kata “laki yang tampar pompuan dayus”
tapi rupanya salah…
mulai saat ni, sama-samalah jaga aurat adik pompuan kita dan awek kita…

..
 
Comment by Eriyza
2009-01-26 15:30:08

Didiklah diri kamu wahai lelaki agar tidak menjadi lelaki dayus. :love:

..
 
Comment by flip9
2009-01-27 09:09:02

bagus entri nih..
boleh aku bg kt orang yg ckp aku dayus sbb pkul pompuan..
huhu..

..
 
Comment by Anip
2009-01-27 16:22:06

Wahai lelaki2 di sana jgn jd dayus ok…
Kite nie lelaki…
Kpd admin website yg memalukan Khai, menghina dan memfitnah kononnya Khai seorang “lelaki Gay”
dan “Dayus”…
Ko g la mntk maap…Huhu..

..
 
Comment by hydir
2009-01-28 11:22:46

huh… lelaki itu dayus…
jika membiarkan kemungkaran … tidak menjaga maruah wanita, bergantung pada wanita untuk sara hidup …

[lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita] – Hadis

tapi … ramai ke yang mencegahnya … ni dok berkapel ramai nih…

..
 
Comment by fvhgjvmkugv
2009-02-04 08:22:05

TQ…tapi… benda2 x elok patut langsung dimuatkan dlm oh tidak sungguh zaman sekarang ni “open mind” (konon..tgk pada tempat la bro)…cth vedio n gmbar….
tp terbaca dlm blog khai ni,bgus sgt cerita pasal dayus…
ini satu dakwah..teruskan..tq.

..
 
Comment by liza
2009-04-28 09:55:58

Tp bagi sy kta ni tak layak nak kta lelaki ni dayus..siapa la kita ni nak tentutakan baik buruk manusia..dunia ni makin lama makin kehadapan..tuhan maha mengetahui..bagi si lelaki di di unia ni tuhan dah berikan kamu akal dan pikiran jd kamu cari yg psgan hidup kmu yg perkertinya sebagai calon isteri…tapi kita manusia biasa mmg tak lepas dari kesilapan..setiap yg berlaku mesti ada balasan dari_Nya yg maha mengetahui..

..
 
Comment by pening
2009-06-09 22:22:09

Wahai kaum lelaki..jdkan ni sebagai panduan utk mmimpin keluargamu…

..
 
Comment by ciKoda
2009-07-02 16:28:41

nk komen jugak. best entry nie~ 😀

betol ke lelaki yg bujang tra tang2 (bak kate khai.. ahakzz) tlepas dripada golongan dayus??

silap tue… :aie:

bukan nk ckp pandai la kan, tp, kalo da name lelaki, tanggungjwb mmg besar woO..

bukan setakat isteri taw, kpd adek pompuan, kakak, n kwn2 pompuan..ahah

lelaki mudah ditarik ke dlm neraka oleh insan bname wanita..kerane, adek or kakak die pakai seksi, kalo die x tegur, die pon bole same2 kena tarik masok neraka..(nie ade hadis sebenornye..tp xigt..uhu~sesape yg igt sile btau k.)

so, kpd semua, lelaki maupun pompuan, jaga diri sendiri, perbaiki amalan diri..jgn nk menyusahkan org laen dsebabkan kejahilan diri.. 8)

tu saje..hee tq salam~

..
 
Comment by Moteto
2009-07-21 16:47:36

Senarai yang khai bagi tuh karang sendiri ke atau memang disenaraikan oleh JAKIM? Jangan main seronok jer listing kang kena diri sendiri satu hari nanti naya beb…

Sekadar bagitau…

..
Comment by Khai
2009-07-21 18:11:30

dari buku.. banyak-banyakkan lah membaca. 🙂

..
 
 
Comment by nora
2009-07-24 18:59:49

salam, khai dah kata beberapa kali, “wanita x setaraf lelaki” rasanya perkataan yang lebih sesuai adalah wanita x sama lelaki. Ya benar, Hawa diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam a.s, tetapi itu tidak bermaksud lelaki lebih tinggi tarafnya dari wanita. Dalam al-Quran dinyatakan dgn terang dan jelas apa yang membezakan antara lelaki, wanita dan jin di sisi Tuhan adalah ibadah. Sekadar peringatan =) wallahualam.

..
 
Comment by sylarius
2009-08-08 12:59:44

Seronok juga bila mana aku membaca artikel khai nie tentang lelaki dayus nie.. teringat aku dengan citer P Ramlee yg btajuk, ‘Do Re Mi’.. Watak arwah A.R. Tompel sebagai Re di dalam filem tersebut amat sesuai dijadikan contoh bagaimana lelaki dayus mengikut cakap isteri.

“Eeeeeeeeee….. Tak Maaluu.. Takut bini ye… ” =p hehe

..
 
Comment by Syalala~
2009-10-05 19:10:08

Ape link blog tu? Teringin gak nk tengok. Klu nk gaduh face to face la. Stakat bashing kat blog ape kelas.

..
 
Comment by RON
2009-11-25 15:32:31

Sebagai tambahan, Ustaz Kazim ada terangkan dalam ceramah beliau:

Jika kita berzina dengan isteri orang, sedangkan suaminya tidak tahu mengenainya, maka dosa si suami tu kita yang tanggung, manakala pahala amalan2 yang kita dah buat bertukar kepada dia. Dengan kata lain, kita ambil dosa dia, manakala pahala kita dia ambil.

Manakala bagi si isteri pula, jika berzina dengan lelaki lain, maka seluruh azab manusia dalam kubur dihimpun dan akan kena pada dia dalam kubur kelak.

Dan tambahan lagi, suami kepada artis juga adalah dayus, tak kira penyanyi atau pelakon..So kesimpulannya janganlah kahwin dengan artis..haha~

..
Comment by jaded
2010-04-30 14:42:52

setau aku, dlm Islam xde org pikul dosa org lain.

– nk berguru jgn taksub percaya bulat2. guru2 sekarang bukan maksum, terpelihara from hasutan syaitan iblis.

..
 
 
Comment by aka
2010-08-29 19:15:16

salam sejahtera khai…khai mcam mana nak buat komen2 yang dikomen di entri kita dishow spt yang terdapat dalam blog awak ne?…. 😉

..
 
Comment by Ali ridha
2010-11-17 12:15:33

selalu aku dengar lelaki Dayus.
tapi aku tak tapi maksudnye. :o:

..
 
Comment by Ali ridha
2010-11-17 12:25:03

aku sedar dah sekarang ni.
kena la berubah jadi lelaki
sejati.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post