(Entri Khas) Salam Maulidur Rasul 1430H buat pembaca JustKhai


Memang tak patut dan sangat kejam bagi blogger beragama Islam seperti Khai dan kamu kalau hari raya boleh buat entri khas ucap Selamat Hari Raya, tapi bila sampai hari sambutan Maulidur Rasul, boleh buat “dont know” je pulak yer? Thanks Azizwan kerana mengingatkan.

Hari ini, 12 Rabiul Awal 1430 Hijrah bersamaan 9 March 2009, kita menyambut ulangtahun hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam) sebagai nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Baginda dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Hampir 1438 tahun dahulu.

Alhamdulillah, sampai hari ni, penganut Islam masih lagi yang teramai di dunia ni. Tapi tak payah nengok jauh lah, di Malaysia sendiri memang ramai beragama Islam, namun malang hanya Islam dari segi nama dan keturunan. Orang tua-tua cakap, Islam turun-temurun. Bila ibu bapa Islam, anak pun ikut Islam tapi hidup tak serupa orang Islam. Mulai hari baik bulan baik ni, Khai berpesan kepada diri Khai sendiri dan semua pembaca blog picisan ini, marilah kita bersama berubah ke satu tahap yang lebih baik dari semalam.

Harap kat tempat korang adalah dibuat sambutan Maulidur Rasul ni kerana keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja diterima oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Jika korang dah membaca hingga ke baris ini, sama-sama kita berselawat ke atas rasul junjungan kita, Muhammad s.a.w.

Akhir kata, kita semua tahu yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Oleh itu, sama-samalah kita mengurangkan apa yang dikatakan buruk itu kerana setiap yang baik itu, pasti akan menerima ganjaran yang setimpal begitu juga yang buruk, pasti akan ada balasannya. Terima kasih kerana terus membaca blog ini dan terus melayan hiburan yang tercetus di semua projek Oh! yang sedia ada.

Dan anda adalah manusia paling bertuah, kerana hari ini kita dapat bersama-sama memberi pujian sebagai cara mengingati Baginda. Dengar dan ikuti selawat berikut sehingga habis. Itulah permulaan sebagai umat sejati dengan Izin-Nya. InsyaAllah.

[audio:hijjaz-selawat.mp3]

Ditulis pada 4:45 AM 9 March '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,563 views | Dalam kategori: Religion | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

39 Comments »

Comment by anarm
2009-03-09 04:52:27

arrkk.. aku pn terlupa.. nasib baik aku masuk blog ko ni khai.. huhu.. thanks =(

..
 
Comment by azizwan(dot)com
2009-03-09 04:59:09

thanks 4 the nice link dude.. kau buat hidung gua kembang kempis la πŸ™‚

tp kan khai, hari ini bukan 10 Rabiul Awal tp 12 Rabiul Awal. huhu.. tp aku tau, itu cuma typo. betul kan? hehehe..

akhir kata, marilah kita sama2 berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. boleh kan?

psstt.. knp kau tak pasang mp3 selawat atau video mungkin utk kitorang dgr @ lihat? hu2 πŸ™‚

..
Comment by Khai
2009-03-09 08:33:07

alamak… nasib baru beberapa jam release entri ni.. ya ya typo sahaja.. buktinya kan ada satu lagi tarikh yg betul kat bawah tu (nasib tarikh kelahiran Rasulullah betul. Ulangtahun dia je silap skit).. hehe

Haah ek.. sat gi kasi update itu lagu :8

..
 
Comment by x-po
2009-03-09 16:07:31

hoho beruntung la bro bila khai ltk link ko..konpem trafik ko mencanak2 msk cam aku aritu bila khai ltk link aku psl video org kurang upaya tu..trafik masyuk beb..hoho

..
 
 
Comment by Marzuki
2009-03-09 05:27:52

Aku rasa Oh patut ditukarkan dengan Arghh…

Selamat menyambut Maulidur Rasul, semoga kita sentiasa dirahmati.

πŸ™‚

..
 
Comment by nizam_5282
2009-03-09 06:09:36

Kesilapan kecil mungkin akan jadi perkara besar kalau ianya masih tidak diperbetulkan. Sememangnya Maulidur Rasul hanya akan di sambut pada 12 Rabiulawal dan bukan 10 Rabiulawal. Walaupun salah taip, ianya akan membawa impak besar pada setiap pembaca.

..
Comment by Khai
2009-03-09 08:33:59

i’m sorryy…. tagline si amir.. hehe.. yg sebenarnya entri ni lom sempat siap sepenuhnya, elektrik tiba2 padam (kul 5 pagi tadi).. ni baru dapat online balik.. skali dah ada 4 komen daaa.. hehe.. πŸ˜‰

..
 
 
Comment by Jaws
2009-03-09 09:53:12

owh..
entry yg sgt bagus..
aku pun tak terlintas nak buat entry nih..
maybe sebb bz kot..
tapi aku akan cube berselawat sebanyak mungkin..
semoga Allah merahmati kita semua..

..
 
Comment by Eriyza
2009-03-09 10:38:02

Salam maulidur rasul.
Mudah²an bertambah amal dan iman. :love:

..
 
Comment by atokk
2009-03-09 10:47:22

selamat menyambut maulud nabi

..
 
Comment by fendidahada
2009-03-09 10:57:17

just nak betulkan skit…smlm ak ade dengar ceramah dari ustaz Abu HasSan Din.dia cakap yang sebetulnya “Maulid” bukan “Maulud”.”Maulud bermaksud bayi manakala “Maulid” bermaksud kelahiran…harap sama2 kita notice benda nie k… πŸ˜‰

..
Comment by deah
2009-03-09 15:03:47

ni msti g konvensyen maulidur rasul kat k17 kn..
hehe sye pn ade gak kat sne..=)

..
 
Comment by Khai
2009-03-09 20:31:42

Thanks dendidaha untuk informasi tersebut. Tapi sedikit bercanggah dengan apa yg ada di Wikimedia..

http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulid_Nabi

di wikimedia, Maulid Nabi dikatakan bermaksud Rumah Kelahiran.. Hurm.. 😐

..
Comment by Sapikk
2009-03-10 19:24:32

dah nama pun wikipedia.. sama gak mcm tv3 yg outdate.. πŸ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by yasha
2009-03-09 11:36:46

selamat menyambut Maulidur Rasul sume!! πŸ˜‰

..
 
Comment by fazrewl
2009-03-09 16:36:32

Tahniah bro..
Selamat maulidur rasul..

..
 
Comment by wan
2009-03-09 17:08:50

selamat menyambut maulidur Rasul…patut la ari ni cuti… πŸ™‚

..
 
Comment by cookdong
2009-03-09 18:29:21

sempena maulidur rasul ni, boleh x aku request?tuko katun kat Oh!Tiny tu..uhuk

..
Comment by Khai
2009-03-09 20:27:48

kartun bogel ke tu? jangan cakap kartun macam tu leh buat saudara ni “stim” atau mungkin “klimaks”?.. hehehehe πŸ˜€

..
Comment by cookdong
2009-03-09 21:57:16

adoyaii..ko cakap camtu dalam artikel camni?uhukk..khai..maksud aku manelah tau golongan ustaz ustazah pun nak guna..kan kan =( ak merayu ni..hehe

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-03-09 22:24:33

takpe.. ustazah leh guna website lain…. please.. jgn off topik. sebarang cadangan, gunakan form contact dalam blog ni yer..

terima kasih.. :beurk:

 
 
 
 
Comment by hunny
2009-03-09 18:30:13

Bkn ke nabi Muhammads s.a.w lhir hr Isnin??

..
Comment by Ecah
2009-03-09 20:56:36

hmmm….mmg Nabi Muhammad s.a.w lhir hari Isnin…
mybe Khai t’lupe sbntr…
πŸ˜€

..
Comment by Khai
2009-03-09 21:13:37

not sure about that.. sbb tu refer kat wikipedia. Tak tahu la kat situ pun ada laknat yg sengaja nak palsukan info kan.. tapi mmg rasa hari Isnin.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

(Comments wont nest below this level)
Comment by Merah&hitaM
2009-03-09 22:56:28

salam maulidur rasul…

erm khai tgk ni.. aku penin la.. wiki ada 2 version ke?

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w

Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M).

 
Comment by memyselfanis
2009-03-11 01:38:15

hurmm…
juz nk tambah….
jgn gunakan wikipedia sbg rujukan….
sbb xde bukti pengesahan….
anis nasihatkan… lbh bek bkk web yg btl2 cerita psl Islam . cthnye: iluvislam….
juz nasihat jer….
mende2 ni kne ade approved br leh pkai…
nway, nice job khai!

 
 
 
 
Comment by fendidahada
2009-03-09 20:47:56

deah pun ade ke kt k17?kolej bpe ye..pasan mamat yg berdiri pakai batik biru..itulah saya…hehe..

..
Comment by Khai
2009-03-09 21:16:28

oo.. yang ada mata, hidung, mulut, 2 tangan, 2 kaki tu ke? oh yang tu.. x perasan.. ekekeke.. saje menyampuk πŸ™‚

..
 
 
Comment by fira
2009-03-09 21:24:16

bubur asyura ade waktu hari ni ke?
8)

..
Comment by miss kaka
2009-03-09 22:33:15

bubur asyura biasanya org wat time awal muharam..

..
Comment by Sapikk
2009-03-10 19:26:07

ape2pun..bubur asyura ni sedap πŸ™‚

:o:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by ejardkethot
2009-03-09 23:19:09

rindunya zaman skolah….time maulidur rasul slalunya kt skolah ada perarakkan !!~ wuwuwu :bloody:

..
Comment by Sapikk
2009-03-10 19:22:22

yg beznye..siap ade mknan lg tu.. tu yg bez tu (ikhlas..x nk hipokrit) πŸ™‚

..
 
 
Comment by deennasour
2009-03-10 03:17:17

salam maulidur rasul khai.
moga ko sukses dlm apa jua bidang yang diceburi.
dunia nak kiamat~

..
Comment by Khai
2009-03-10 05:40:40

u too deen… hurm tahu pun nak kiamat.. gi la nikah cepat.. hehe πŸ˜€

..
 
 
Comment by Sapikk
2009-03-10 19:20:54

Aku cintakan Allah dan Nabi Muhammad…
Aku sayanggggggggggggggggg nabi Muhammad lebih dri syg awek… Awek bole pegi tdo bawah jamban sahaja..(sbb ngade2 mcm pensel!) :aie:

..
 
Comment by Azman Ishak
2009-03-10 23:56:14

khai… aku rase masih sempat untuk aku
mengucapkan Salam Maulidurrasul untuk
hang dan keluarga.

semogak lepas ni nko boleh plak bukak beberapa
lagi cawangan Oh! iaitu OhDuit & OhMelayu… mesti gempak
ma~ :bloody:

..
 
Comment by azleah
2009-03-13 21:14:40

according to wikipedia….orang islam 2nd largest in world selepas penganut kristian. uiks, camna tu????

:choler:

..
 
Comment by chocolateice
2009-07-23 08:21:25

salam…..

isra’ n mi’raj yg lepas xde plak ea…?

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post