Kenapa anda perlu menyokong Pak Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6?


Ini entri pertama yang ada di blog ni selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 menggantikan Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Kalau Abdullah Ahmad Badawi kita panggil Pak Lah, boleh tak Najib kita panggik Pak Najib? Hehehe.

Hari ini hari ke-2 Pak Najib kita menjadi Perdana Menteri Malaysia. 3 April 2009 merupakan tarikh keramat dalam lipatan sejarah negara. Memang terlalu awal untuk kita membuat keputusan betul atau tidak Pak Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Apapun ianya satu pengalaman paling bersejarah untuk diceritakan pada anak cucu kita nanti. Khai masih belum lahir ketika Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehinggalah juga perlantikkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Tetapi penyerahan kuasa dari Tun Mahathir kepada Paklah dan dari Paklah kepada Najib dah tentu memberi seribu makna buat Khai yang pasti akan menjadi seorang bapa kepada anak-anak yang akan lahir kelak. Ini mungkin cerita yang mereka nak dengar kerana pada masa itu, dah ada pun soalan dalam subjek Sejarah SPM mungkin. Hehehe.


Begitu ramai rakyat Malaysia yang menyokong Datuk Seri Najib dan tidak kurang hebatnya mereka yang menentang secara membuta tulis macam diri tu layak nak mengemudi Malaysia. Salute’lah pada PM kerana mereka berani memperjudikan nasib diri sendiri untuk sebuah negara. Apa sangatlah kekayaan tu kalau dah memang dia seorang yang dah kaya sejak azali.

Ibarat sebuah kapal yang mempunyai seorang Nakhoda baru. Kalau anak kapal memberi sokongan padu kepadanya, mana mungkin sebuah kapal itu akan karam. Apa pula yang jadi bila anak kapal tidak memberi bantuan dan sokongan kepada seorang nakhoda yang baru ingin mengemudi sebuah kapal yang terisi lebih 25 juta orang rakyat Malaysia. Ianya bukan sesuatu yang mudah kan?


Perdana Menteri kita yang baru ni juga sangatlah maju. Ada weblog dan boleh layan Twitter lagi. Korang boleh follow Pak Najib melalui @NajibRazak di Twitter atau di website 1Malaysia. Walaupun ada kemungkinan Twitter dan web’nya dikawal selia orang mereka yang diupah, who cares kerana kita cuma nak tahu dengan lebih dekat siapa pemimpin kita. Apa guna jadi pemimpin kalau rakyat tak tahu menahu pun apa yang dia cuba buat untuk negara kan?

Lupakan saja kes Altantuya Mongolia atau apa saja sebelum ini. Itu antara dia dan Allah dan siapalah kita untuk menjatuhkan hukum pada orang lain yang belum tentu ada kaitan pun. Apa yang penting, kita nengok bagaimana cara Pak Najib mengemudi Malaysia ni. Lautan dunia tidak pernah tenang bahkan sentiasa bergelora. Bukan mudah jika menjadi seorang Najib Tun Razak.

Apapun kita kena ingat, siapa pun yang menjadi Perdana Menteri, tidak membefi effect yang besar pun pada kehidupan kita melainkan kita sendiri yang ubah cara hidup kita untuk menjadi senang atau susah di masa hadapan. Semoga kepimpinan Pak Najib ni memberi sesuatu yang boleh memberi kesan yang dalam kepada rakyat Malaysia.

Apejadah aku menulis skema gila plak kat Justkhai ni ye? hahaha. Takpe, mungkin ini entri tribute to Pak Lah dan Pak Najib. Korang camana pulak? Apapun Khai dah pun berusia 21 tahun dan sudah pun mempunyai kuasa menentukan masa depan negara tercinta.

Ditulis pada 3:23 AM 4 April '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,054 views | Dalam kategori: Politik, Tergempar | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

93 Comments »

Comment by Jaws
2009-04-04 03:42:47

aku pun dah 21 tahun..
haha..
tol kata ko..
sape memerintah takkan efek idup kita kecuali kita yg ubah..
bagus gak ko buat entry nih..
kita kene sokong pemimpin kita..
:p

..
Comment by Khai
2009-04-04 07:49:08

ini entri kiranya untuk masa depan Malaysia je. Pemimpin kita kan. Nak cakap banyak pun tak guna. Dah memang najib tu pemimpin kita.. support je la dia demi negara. Hehe..

No politik2 :p

..
Comment by TipsGoda
2009-04-04 12:05:48

betul,sokong that statement.Harap PM baru dapat mengubat luka yg ada dekat negara sekarang.No more politic fuss,lets get down to business!

(Comments wont nest below this level)
Comment by Obefiend
2009-04-04 19:47:46

i dsiagree with you with passion. so you are telling me he is maju because he is using twitter? coz he is a web savvy politician? in what planet were you born son? since does web presence and ability to twitter makes a person a great leader. if that is the measuring stick you are using then lindsay lohan will be a better pm candidate.

plus we all know he didnt write all those entries. he would probably gave the PR and speechwriter the main ida and asked them to run with the story. this is a political fact. barry obama might be well known for his Yes We Can slogan but he didnt coined the term. Favreau, his speechwriter was the person who coined that famous slogan for him.

btw

as a malaysian i cannot and will not give najib an easy time just because he is now the PM. I cant understand how you can push aside the mongolian murder case like its a minor road traffic infringement. this involved the death of a fellow human being. if he is really innocent why isnt a royal enquiry set up to clear his name. instead we have him keeping mum while Mr Bala the private investigator is still missing at the time of writing. this is just plain scandalous

if that isnt enough najib was also responsible for making a racist comment in an umno rally decades ago. it wouldn’t be much of an issue if malaysia is a UNIRACIAL country. but for a multiracial country what he did is simply unforgivable

this is just a few among the litany of “sins” done by najib.

i am not a religious man but even i know a man with so much dirt shouldn’t be chosen as a head of state. let alone for a so called negara islam.

or is he trying to emulate Idi Amin. the so called muslim who kill people left and right for the lulz. ha ha

best of luck to him though… have fun keeping the hot seat. i foresee some really bumpy roads along the way for Pak Najib. Let’s see if he got the cojones to do the right thing. but judging by the company he is keeping i dont have high hopes for this fella. he surrounds himself with some really seedy people and you and I know what he did to Pak Lah.

btw khai and Tipsgoda

who say no more politics.. what are you waffling about? no more politics? are you asking for communism? please think before you type. as a malay i sometimes feel ashamed at the mindless dross my fellow malays write online. engage the cerebral cortex before clicking that ADD COMMENT button my brothers. Other “bangsas” might be reading and came to a conclusion that we malays are indeed a dumb bunch because of what you wrote.

 
Comment by Khai
2009-04-05 05:14:55

kalaulah dosa manusia itu tertulis di dahi, pasti mudah kan Obie? Hehehe..

Suatu hari nanti kebenaran akan terurai jua.. tidak di dunia, akhirat nanti.. :bloody:

 
Comment by gman
2009-04-05 16:03:39

obefiend senyap! benci haku baca statement macam bagus kau. Kau bijak, aku tau. Kau cerdik, aku tau.

tapi jangan ingat diri bagus sangat boleh tak?

p/s english bagus, saya kagum jugak.

 
Comment by alio
2009-04-10 12:38:47

obie wan kenobi, stfu!
i could eat a bowl of alphabet and craps out a better coversation than you.what a f*ckin bs u play hre.just bcoz u know how write it down(english that u learn in kindergarden),doesnt mean u damn clever,boy.
im not a proctologist,but im sure u’re e dumbass.
u wanta mke e shit hre then hve a pop bout it,hve a fool fame,u’re such a lame la bro.obie,u jackass u know.
baru speaking english kat umah sket@dgn kengkawan kat kolej,dah nak kerek sgt.
blah la lu
blog pon xbes n xpop summore,wat malu ja.
ko tukau je la wane font blog ko,wat pedih mate same macam aku bace entri ko yg ntah pape,obie wan kenobi,starwars!
kalu ko bijak ko tau apedia aku cakap.

 
 
Comment by dinie
2009-04-09 17:37:09

aku skong kdang plek gk tgk org yg sbok mbgkang ni
slgi dia bwk kmjuan dlm ngare mkneny dia dh tnaikan amanah dia.lg yg aku plek org g kait maslah sosial kt pemimpin.bkan ke mslah 2dtg dr dri sendiri.klu dri xbtol nk g tding jri kt org plak bnci bnci bnci

(Comments wont nest below this level)
Comment by dinie
2009-04-09 17:40:59

obie ni kt ne2 pn ade ke ko xde keje len ke obie

 
 
 
 
Comment by bd fabregas
2009-04-04 04:28:22

wow, pak najib kita ni ade twitter.. barulah rakyat dapat mengetahui aktiviti terbaru PM kita ni dengan lebih pantas..

..
 
Comment by Kill-Vearn
2009-04-04 04:49:18

aku baru 18 tahun… so takleh nak undi.. sian aku… tapi entri ni ko tulis macam ko pro-najib lak kan.. hehehe.. mesti happy sebab paklah dah blah kan khai? okey takpe bg peluang kat najib, kita tengok ape yang dia leh buat untuk negara & rakyat… tapi kalo pisang berbuah 8 kali macam paklah, mmg abes la najib neh… oppss terlebeh suda… aku tamatkan ucapan dengan “selamat pagi malaysia”… ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-04-04 07:51:13

haha. Yurp.. sangat happy bila Paklah nak undur diri.. :p moga ada byk pembaharuan dibawah Najib nanti sepertimana bila Malaysia di bawah Tun M.. :8

..
Comment by hytiq
2009-04-05 00:26:41

hey,pnjnayah,ttap pnjnayah..
die ingat die jdi PM bley ttup kes??
ni kes international,bkan kes M’sia..
mmg la antre die dgn Tuhan,tpi mlbatkan mnusia lain..
len r klw dye mnom ark ke pe..mmg sah2 dse die sndri.

(Comments wont nest below this level)
Comment by zieyn
2009-04-05 00:46:27

Btol2…aku sokong 100% :p

 
Comment by shamzettai
2009-04-06 19:22:04

walaupun aku ni tak memihak kat sapa-sapa…demi kepentingan negara,…kadang2 kepentingan politi perlu diketepikan buat seketika….pembangkang yang berkualiti hanya membangkang soal pembangunan dan pentadbira…bukannnya menyerang aspek peribadi….menjatuhkan maruah orang lain…menabur cerita yang dia sendiri tidak tahu kebenarannya….

 
Comment by dinie
2009-04-09 17:43:00

aku pn xske care2 brkmpen bkak2 aib org ni
cm 2 ke nk jd pmimpin.xlyak boooooooooooooo

 
Comment by suri
2009-04-14 14:23:20

korang ni fikiran letak kat lutut ke tapak kaki…mahkamah pun tak dapat nak putuskan apa2 n yg korang mulut mcm longkang kata PM kita 2 penjenayah apa hal hanjing2 oi…ramai yg kata sebab dia berlatar belakangkan anak bekas PM jadi dia kebal…hello…sultan pun boleh didakwa k…kalu x masakan sultan johor penah didakwa ayahndanya kerana membunuh orang awam( tgk kat wikipedia)…kalau korang ni pro-pembangkang especially anwar…korang percaya tak yg kes liwat dia yg pertama dulu..mesti tak kan walaupun mahkamah putuskan dia bersalah jadi nmpk sgt korang ni b’fahaman politik bukan berteraskan keadilan undang2..dah r aku pun x tau nak tulis per g

 
Comment by Rust_Noel
2009-12-04 00:49:22

aku sokong btol ngan suri nih…. hytiq kata nih international punya kes… abis tu x de pun PBB ka mongolia punya orang ka dtg tangkap najib…… kalo dah bodo baik ko tukar nama hytiq ko tu jd itik bru padan :o:

 
 
 
 
Comment by menteil
2009-04-04 05:28:30

aku baru 12 tahun.. maka soal politik bukan kerja saya..
maafkan saya.. huhu…

siapa pon pm kita, jangan dia kacau waktu berak aku sudah..
buat t/jawab ko dan jangan biarkan rakyat marah..
itulah maksud sebenar aku…

n aku follow twitter mu ye pak ajib.. boleh follow aku balik? haha..

aku dah lapa nie.. jom muplay..

..
Comment by suri
2009-04-14 14:25:56

12 tahun??? dah dpt kebenaran ibu-bapa ke belum ni ketika melayari internet (mcm iklan kat tv 2)

..
 
Comment by Rust_Noel
2010-01-18 00:45:57

butul2…… selagi dia x kaco ak main game ak sokong trus… hehe (mende ak ckp nih????)

..
 
 
Comment by Daus
2009-04-04 07:20:17

Hooray…
Aku yang ke 4…
Salam Khai…
X der pape nak komen pasal entri politik…
k…
8)

..
Comment by Khai
2009-04-04 07:51:40

tapi komen jugak :(( hehe..

..
 
 
Comment by Sy8
2009-04-04 08:21:55

smoga lahirnya abd razak kedua…

..
 
Comment by Khai
2009-04-04 08:27:20

R – Tunku Abdul Rahman
A – Tun Abdul Razak
H – Tun Hussein Onn
M – Tun Mahathir Mohamad
A – Tun Abdullah Ahmad Badawi
N – Datuk Seri Najib Razak

kat atas ni macam x bapa nak logik… R pandai plak amik Rahman..nape Abdul Razak tu amik A (abdul) instead of R (rezak).. ehehe

..
Comment by beliamuda
2009-04-04 09:12:47

biarlah.. asal senang budak2 ni nak hafal nama2 PM… huhu~~

..
 
Comment by Eriyza
2009-04-04 09:34:39

Tul gak tuh. Asalkan mudah nak hapal nama depa cukup arrr. :love:

..
 
Comment by rexzar
2009-04-04 17:17:02

ade citer disebalik tu sebenarnyer…korang je tak tau.. ๐Ÿ˜†

..
 
 
Comment by nikillas
2009-04-04 11:38:54

21 tahun..??!! betul ke ni khai.?? selama aku kenal kau ni baru aku tahu yang kau muda setahun dari aku.. haha..

..
 
Comment by fazrewl
2009-04-04 11:42:13

teori RAHMAN dah jadi laa…
pas nie, senang la anak-anak nak ingat sejarah PM… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Abangwan
2009-04-04 12:58:23

Harap2 banyak la pembaharuan yang akan di buat oleh PM kita ni. Kroni Lebai Pak Ya jangan sekali2.

..
 
Comment by izzat aziz
2009-04-04 13:02:11

mmg btol apa slh dia, itu dia dgn Allah.. tp dlm Islam ada kata klau nk plh pmmpn plh lah yg plg hmpr dgn Rasulullah.
Bkn nk bnth mmbabi buta.. scr factnya aku ingt ustaz kata yg malaysia dulu kagumi Mustafa Kamal Laknatullah, yg kononya “memodemkan” islam, dgn menghilangkn sistem pemerintahan yg Allah bgtw. Malaysia pun ikut je.. sbb tu british bg merdeka sbb dia taw, dgn cr pmrnthn skrg umat Islam kat malaysia x kn mmpu nk lwn kuasa bsr dunia.

UMNO memrintah elok, x lah kacau bilau negara.. tapi yelah.. mengasingkan agama dgn politik adalah ajaran baru dlm kristian.. kita nk ikut ke?

..
Comment by suri
2009-04-14 14:29:37

boleh ko bagi contoh2 peristiwa atau fakta yg menunjukkan UMNO mengasingkan agama dan politik…ke cakap sedap mulut jer…ingat kalu x der bukti cepat jer dosa 2 dicatat oleh malaikat

..
Comment by Rust_Noel
2010-01-18 00:50:49

seorang melayu 2 x kan lupa keislammanya……. (kecuali bdk2 bodo x sedar diri)

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
2009-04-04 13:07:15

Ape yang penting…..die kena beri perubahan positif kepada negara…

..
 
Comment by muhdzahari
2009-04-04 13:31:20

beri peluang untuk memerintah dulu, ye tak?
kita tengok macam mana

..
 
Comment by amy ; amiera
2009-04-04 13:36:39

ya mudah-mudahan..

..
 
Comment by cik salmah hibon
2009-04-04 13:49:54

8)

..
 
Comment by freemp3movie
2009-04-04 14:00:00

Mudah-mudahan kita dapat concentrate pada ekonomi kita menghadapi ekonomi global…. Udah2 laaaa pasal politik…. Kalau ekonomi hancur, politik pun hancur…

++++++++++Klik Disini untuk download movie ++++++++++

..
 
Comment by Marzuki
2009-04-04 14:14:20

tak suka Najib, ahaha.

..
 
Comment by unactive
2009-04-04 14:38:10

hehe cerita politik yek…topik nie memang best, tapi buat masa ni aku tak menyokong kerajaan, so faham-faham je la…aku ada reason sendiri…

..
 
Comment by baem
2009-04-04 15:09:02

aku…suka najib….sokong najib…sapa nak negara kacau bilau,jadi mcm negara thailand…sokonglah sukati kau orang…apa-apapun…najib tetap najib..bkn anuar :-[)

..
Comment by suri
2009-04-14 14:30:29

bagus baem aku pun mempunyai pendapat mcm ko…hidup najib

..
 
 
Comment by umar
2009-04-04 16:40:30

salam
actually
youtube dgn flickr pon dia ada
ni link
http://www.youtube.com/user/MohdNajibRazak

ni flickr

http://www.flickr.com/photos/30712758@N04

gile hot
:8

..
 
Comment by umar
2009-04-04 16:42:47

nyway
post ni best

..
 
Comment by umar
2009-04-04 16:43:38
..
 
Comment by erk
2009-04-04 16:48:34

aku xsuke pn najib ni..hahaha..dhla byk skandal..ceh..tuko la pm lain..kakaka

..
Comment by suri
2009-04-14 14:31:58

skandal x bererti sumer 2 betul…kalau kerana skandal terus nak tukar PM… apa hak ko

..
 
 
Comment by nu_Ox3r
2009-04-04 17:06:02

pembunuh tetap pembunuh.xkira die ada twitter ke sebab kat akhirat nanti,Allah xkata pemimpin yg bagus,adil mesti ada twitter.menilai pemimpin dari luar dan bukan dari sifat kepimpinan,bukti kita ni bodoh kerana xdapat beza pemimpin adil,telus dengan pemimpin jahil.dilantik jadi PM bukan bermakna Allah meredhai beliau jadi PM,munkin juga itu istidraj(diberikankan kesenangan,kemewahan untuk menambahkan kefasikannnya.

..
Comment by Rust_Noel
2010-01-18 00:53:49

itu kalo ko btul…… kalo ko x btul apa jawapan ko kat akhirat nanti ble kena tanya nape fitnah org???????

..
 
 
Comment by BAEM
2009-04-04 18:02:28

apa-apapun…aku tetap sukakan najib….suka bukan kerna aku gay..suka kerna (lu fikirlah sendiri).. :o:

..
 
Comment by pembaca
2009-04-04 18:43:07

hah? Pembunuh menjadi PM ??? belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia. Sudah lah pembunuh ada penyokong pembunuh pulak??? Ya allah . Apa nak jadi . Tolonglah sedar anak-anak muda luar sana. Ambil tahu dan fahamlah situasi sebenar sekarang nih. Jangan asyik leka sangat dengan perkara-perkara sia-sia nih. Mana boleh kita biarkan orang seperti ini naik memerintah Malaysia bumi bertuah ini.Jangan nanti bila sudah terhantuk baru terngadah ! Ingat ! kita bukan nak lantik dia jadi ketua kelas.Tapi sebuah kerajaan.Integrity above unity !

Bagi saya:

Biar mati adat
Jangan mati anak !

..
Comment by Rust_Noel
2009-12-04 00:53:52

senang je tuduh orang …. ehhh bagi aku ko tukar la pepatah ko tuh
biar ko mati
jangan mati agama

tok guru mana la ajar ko tuduh org nih………. nama je ada agama :choler:

..
 
 
Comment by deennasour
2009-04-04 20:42:17

….dan aku sedang bertaruh nak dapatkan projek treller khas utk najib!!! yargh!!!

..
 
Comment by BAGAK
2009-04-05 00:07:27

biar siapa pun dia, sebagai blogger yang paling penting ialah

trafik dengan “keywords” terkini.

kalau tak entri tentang hal semasa rugilah kita ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by hytiq
2009-04-05 00:09:58

nak buat camner ex klw x ske??da ni sstem ngre kte,bkan ade spe yg bley nak ubah pon..
rakyat pon time je r walau mmbrontak.
hrap rje je r cmpor tgn mcam kes nizar mb perak 2..

..
Comment by Khai
2009-04-05 05:17:15

negara demokrasi, nak x nak, kene jugak ikut suara majoriti. Tapi memang tak best sbb bukan rakyat yang dapat undi siapa yang akan jadi PM.. tapi turun temurun… ๐Ÿ˜Ž

..
Comment by hanif
2009-12-04 15:08:48

Kabaaabommm mmmm !

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Azman Ishak
2009-04-05 00:48:17

muhahaha… first of the first memang aku nak cakap
pasal entri hang yang agak skema giler ni. salute la
macam rambut belah tepi siot… tapi aku ade terjuntai
skit.. hahaha *skang dah potong botak~

ape ape pon.. aku cume nak tengok ape perkembangan
teknologi yang najib nak bawak untuk kite. tunggu dan
lihat jer la… *die x menteri pertahanan kan? sure la
die nak carik black head hackers or white head hackers…
ekekeke… die tadek nak buat contest ker khai? :bloody:

..
Comment by budeen
2009-04-05 07:05:39

adalah dia buat contest.. pegilah kat link 1malaysia.. ada photo contest.. hehe 8)

..
 
 
Comment by princess84
2009-04-05 01:41:55

๐Ÿ˜‰ apa pun….
saya cuma mengharapkan pemimpin kita betul2 akan menjadi pemimpin sebuah negara islam… especially abt aurat wanita…. hope lepas ni Datin Seri blh menjadi contoh kepada seluruh rakyat malaysia. dan tunjukkan ciri2 seorang isteri kepada pemimpin negara islam…
AURAT ADALAH WAJIB DITUTUP WAHAI WANITA2 YANG BERAGAMA ISLAM…..

..
 
Comment by azleah
2009-04-05 16:17:24

Buruk2 manusia pun ada juga baik dan kehebatan dia… Apa2 pun aku harap Malaysia ni jadi negara telus la…

..
 
Comment by aida.JJ
2009-04-05 17:30:00

wait, bukan laa nk ckp kan,
tapi ..
korang tak rse ke bibir die tu HOT ? ๐Ÿ™‚

die pakai lipstick brand ape arr smpai jdi mcm tu ?
maybeline ke ? ๐Ÿ˜€

..
Comment by Rust_Noel
2010-01-18 00:56:58

maybe lipstik cap no rokok kot???……hehe

..
 
 
Comment by titan
2009-04-05 21:52:52

agree. Jadi, berubahlah untuk diri sendiri. :p

..
 
Comment by Aby RAd
2009-04-06 01:29:33

actually aku sendri xtau sape yg btul2 layak jd PM. smua aku xminat

..
 
Comment by aidilx
2009-04-06 12:07:57

bagi peluang kat Najib dulu walaupun dibayangi isu Altantuya. 8)

Kalau takut dilambung ombak, jgn bicara soal politik. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Rust_Noel
2009-12-04 00:57:44

salah tuh…. kalo takut dilambung ombak, jgn tengok citer ong bak….. hehe ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by megat
2009-04-06 16:59:40

klu ikutkan panjang berjela aku nak komen tapi cukup lah sekadar perenggan yang mewakili apa yang aku rasa.

One Malaysian itu sendiri punyai maksud tersendiri yang mana tersimpul segala peri pekertinya.

Dengan One Malaysian insya allah, kita bakal mencapai apa yang kita impikan.

Syaratnya, semua rakyat Malaysia perlu bersatu hati menyokong apa yang PM baru kita rancang kerana Najib punyai rekod yang membanggakan!

Jika tidak jangan mimpi apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. Malah ekonomi dan perkauman akan menjadi bertambah sukar!

..
 
Comment by scerdboy
2009-04-06 17:21:53

heh!! 8)

..
 
Comment by KNizam
2009-04-06 23:53:24

aku suka speech pertama dia. padat dan ringkas adjer. hehe ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-04-07 20:49:31

Kita patut bersyukur coz PM kita still melayu lg. Buatnya kalau cina yg duduk kat kerusi PM tuรขโ‚ฌยฆ Aku rasa hari ni mungkin korg yg melayu2 ni ketawa sambil mengeluarkan airmata coz pedih hati memikirkan nasib anak cucu akan dtg.. Negara kita akan lebih teruk dari negara Singapore.

..
 
 
Comment by azhelmy
2009-04-08 07:53:49

huh, walau pun letak sesiapa pun asalkan dia bn, aku takkan restui pentadbiran yang mebelakangkan Islam…Tambahan si Pok Jeeb nie..lagi hampeh..( bersedia lah dengan C4 anda) hehehahahahha

..
Comment by azgugu
2009-04-08 14:22:18

aku setuju…aku tolak pemimpin yg tolak hukum Allah…utk menjadi seorang pemimpin mesti ada kriteria2 yg terpuji barulah negara luar respek…ni tak newspaper luar duk hentam PM tp wat donno jer…x wat penafian pun cam penah wat jer…sanggup ke ko nak jwb di depan Allah dgn aper yg dilakukan sms jd pemimpin…aku nak jadi presiden kelab pun mikir byk2 kali bulih ke tidak aku memimpin nih…apatah jd PM…berebut2 sbb nak kaya cepat…

..
Comment by Rust_Noel
2009-12-04 00:59:52

ooh hukum Allah…… ada ka dalam kitab kata tuduh org tanpa bukti tuh hukum Allah jugak

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by suhz
2009-04-08 11:19:08

hehehe, ade kate najib pembunuh?,.. whatever. penah tgk dpn mata ke fact ni? aku rasa sume dgr dari mulut org dan melalui media. media dua blh pihak yg berlainan pendapat :love: sape dgr pihak1 trus pecaya, then kpd yg dgr pihak2 pun pecaya ape yg didengar.

bg aku aku tak kisah sape pun memerintah Malaysia. Asalkan tak huru hara, aman Malaysia ni, nak jalan2 kat mana-mana pun takde org “block jalan”, takde la aku lambat g klas mcm tahun lepas :aie:

..
 
Comment by Taufik SM
2009-04-09 10:58:56

najib ? mampukah dia mimpin malaysia ???

wait and see la ye !!!!

isu panas y.b. najib belum selesai lagi ….

apa kes ? ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by miss d
2009-04-09 19:56:34

erm….lame dah meluahkan rasa hati..
entah betol entah tidak Najib ni pembunuh…
sume org tahu kot yg ‘dosa org yg memfitnah adalah lebih besar dr membunuh..’
so,,,,kpada sesiapa yg megatakn najib ni pembunuh,
dan mengeluarkn kenyataan bahawa najib adalah pembunuh, berhati2lah anda…..buatnye najib bukan seorg pembunuh., maka dosa korg lebih lagi dari seorg pembunuh…;
pikir2kan lah sbelum membuat kenyataan dan mepercayai kenyataan…lebih baik dengar utk djadikn sempadan dan tauladan jerk….. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by ejardkethot
2009-04-10 14:20:03

:(( hurm…hatiku masih pada anwar ibrahim.. :oups:

..
 
Comment by rahsiamalampertama
2009-04-10 19:45:13

ya btul tu..
kita harus sokong pm kita..
kalu bukan kita..sapa lg

..
 
Comment by mads xy
2009-04-12 01:58:26

ape pn tgok dulu cmana malaysia di bawah pemerintahannya…bicara soal politik, pengikut bukan brfikir seperti ‘asal dia x menyusahkan aku, x ganggu aku, aku tak kisah’. tapi ideologi perjuangan tu yang yang perlu mnjadi ikutan.

..
 
Comment by Penyokong Parti Islam Se-Malaysia PAS
2009-04-13 01:15:47

Orang Umno @ BN terkenal dengan suka melakukan MAKSIAT.Rasuah(Politik Wang la konon),Zina,Judi,minum arak,layan pelacur,pondan,dan banyak lagi kemaksiatan menjadi amalan dalam hidup mereka yang terdiri dari golongan bawahan hinggalah kepada pemimpin.UMNO & BN lah pembuka segala jalan kemaksiatan dengan mewujudkan pusat hiburan(berfungsi sebagai pusat pelacuran dan penjualan dadah),tempat perjudian(kasino di Genting Highland masih lg wujud dan masih lagi mashur di Asia Tenggara) dan banyak lagi.
Adakah anda menyokong peminpin yang suka melakukan maksiat?.Tanyalah iman anda.

..
Comment by sauber
2009-06-26 11:19:02

hbis, yg tok ulama kita yg sgt2 kita snjung kluar fatwa ntah kebende ntah tu knp? aku islam gak, solat, puasa, baca quran, tp bkn baca je, fhmi ayat2 Allah, refer pd quran n sunnah sblm wat fatwa. malaikat di keliling anda.

so, if kita bg pmbgkg perintah krajaan, alamat umno n pas pun hancus hbs…

air mata darah bercmpur keringat, bumi dipijak milik org…

..
Comment by Rust_Noel
2010-01-18 01:05:13

biar aku check…… kat kedah n kelantan walaupun di bwh pas tp ada jugak pusat hiburan…. maksiat lagi la banyak siap masa aku pg umah kwn aku kat kelantan sampai dia pun x leh ingat mana port skodeng ramai sbb banyak sangat……. tu blom masuk film ehem2…… cuba la download ares search kat video kelantan tengok la berapa banyk yg kuar….. so benda nih bkn benda yg ptt dipolitik kan tapi kena tanya diri sendiri……. ni sebab politik ke ataau sbb salahkan semua kat politik

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by lyzatarja
2009-06-05 11:01:34

ala..kwn aku sokong pembangkang tp berZina,Judi,minum arak,layan pelacur,pondan gak..pehal??
sama je klu sape-sape yg memerintah n dok kat atas tu..

xpyh ckp pandai la ingt semua pembangkang baik sgt ker??

pepun afundi najib!!!

..
Comment by Rust_Noel
2009-12-04 01:03:23

afundi najib hantar ke 32000… untuk mengundi secara pukal sila…….. argghhh apa aku melalut nih………. yg penting hidup Najib

..
 
 
Comment by misa
2009-06-26 11:33:42

suka btul msa mngundi thn lpas…msa kelas sejarah x hbis2 ckgu ngajar psal ni…siap cta lg prti mna bgus..
yer la kan nak bg anak murid lbeh pham…
last2 ckgu ckap camni..’kamu tu bwah umo lg x bleh dgar psal ni.msuk ISA susah lak skolah”…(baru nak sdar brcerita dkat bdak2 bwah umo)..alahai ckgu sejarah ku… :aie:

..
 
Comment by hamba allah
2009-07-11 14:13:50

salam…

demokrasi tetap demokrasi. tp u all nie yg xtaw permainan politik negara kiter.. if pak najib x bersalah, buktikanlaaa..
then please jgn korbankan (menjadikan orang lain kambing hitam) coz orang lain ader family n ank untuk di jaga. setakat nie ntah kan yg kena hukuman bunuh kes altantuya tu betol ke x, bersalah atau juz jd kambing hitam pada orang2 yg ada pangkat n ada nama. tolong jadi pemimpin yg disegani, adil n baik budi pekerti. nie pm, kalo da letak jawatan tu, aset dowank bley simpan sampai 7 keturunan. hahaha… bez gak jd pm ley kumpul harta bebanyak.. sampai langit ketujuh bak kata azharina.. nie bawu jadi MB da ley wat umah banglo gedebuk besar jin lagikan pm.. amalkan demokrasi.. :love:

..
 
Comment by asmoham
2009-10-18 08:20:34

8)

..
 
Comment by sofia
2009-12-04 15:00:57

Yer!!! sokong dengan entry justkhai nih.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by akudanmuzik
2009-12-04 16:45:10

Artikel ini ada menjelaskan bagaimana memilih pemimpin yang sebenar mengikuti landasan ISLAM.

http://bukucatatan-part1.blogspot.com/2009/04/kriteria-memilih-pemimpin-dalam-islam.html

..
 
Comment by ahmad albab
2010-03-11 08:18:18

sekarang dah 2010.. ape hasilnyer yer..??????

..
 
Comment by englishbroken
2010-06-29 15:12:11

suke baca komen obefiend, outstanding english bro….point2 yg menarik, tersentap sekejap otak yg beku ni…..also read yr comment on pengebom bali……interesting…kind of agree with you but…..i can really see them smiling….cuba tgk betul2….bersangka baik ajelah….

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post