Selamat Hari Raya 2009 Kepada Pembaca JustKhai


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Wallawei! First time ni tulis entri kasi salam dulu. Selalunya main redah je taip tak ingat dunia. Ye lah bulan puasa ni kot, sekali-sekala nak memikat hati bakal mak mertua kalau-kalau lah dia baca blog ni. Wawawa..

Khai dah shopping malam Isnin lepas kat Downtown Shah Alam dengan member-member. Thanks Edie sebab drive’kan pergi sana. Khai kalau jalan Shah Alam ni memang failed la kot. Petang sebelumnya dah pergi Mid Valley sebab ada sale. Ingat nak beli baju melayu tapi last-last tak jadi sebab takde yang berkenan. Khai kasi je RM100 kat akak Khai suruh carikan. Selera perempuan ni rasanya lagi tinggi dari lelaki kan? So kita suruh la orang perempuan ni yang carikan. Hehehe.

Khai ada buat live blogging masa shopping tu. Kalau ada yang rajin jenguk-jenguk Blog Live Bloging Khai tu, tahu la kot?

Raya mungkin hari Ahad tapi Khai balik awal sikitlah sebab nak tolong apa yang patut mak abah kat kampung tu. Korang pun jangan lupa balik awal sikit kalau berkesempatan. Tolong’lah lap tingkap ke, kipas ke, cat rumah ke, kacau dodol ke, buat kuih ke atau apa je la pun yang boleh ringankan beban diorang. Khai kalau dah nak raya memang suka tolong mak Khai buat kuih raya je. Tapi tak tolong mana pun setakat kacau tepung dengan telur guna mesin tu boleh lah. Dari kecik memang Khai suka buat benda tu sampai la ke besar. Hahaha!

Lagi satu kalau mak Khai buat kuih gunting, Khai suka main mesin leperkan tepung tu. Lepas tu masukkan pulak dekat mesin yang gunting tepung tu. Pebret oh! hehehe. Yang lain maaf mak sebab orang makan kuih raya tahu la kot. Belum sempat jiran-jiran nak datang habis satu balang Khai belasah. Lepas tu malas nak isi balik pulak tu. Kene lah bebel kejap. Pokpekpokpek macam mesin 20 sen. hahahaha!! Love u mak!

Tapi tahun ni rasa sedih sikit sebab tak dapat nak pasang pelita minyak kat depan rumah. Kalau tak mesti bercahaya laman rumah tu dengan lampu pelita. Baru ada feel nak sambut raya. Kalau tak hampeh. Raya pun tak macam raya. Dah la budak-budak kecik yang selalu datang rumah mintak duit raya dulu-dulu tu pun dah besar panjang. Haram tak datang rumah lagi dah sebab segan. Dah besar la katakan. Lagi la hilang suasana raya ni. Kampung pun tak macam kampung dah.

Jumaat ni dah nak gerak balik kampung dah. Harap selamat sampai lah nanti kami semua adik beradik. Taknak la jadi macam cerita “Daun Ketupat Kering” tu kan? Berderet van jenazah masuk di pagi syawal. Mintak-mintak’lah dijauhkan. Amin. Korang pun hati-hati. Cuba tahun ni kita buat rekod Malaysia takde satu pun kemalangan maut yang berlaku. Nampak mustahil tapi takde apa yang mustahil dalam dunia ni kan? Kalau semua orang berhati-hati, kita mampu mengubahnya! Hehehe.

Ok lah, Khai pun dah macam mesin 20 sen jugak. Membebel tak hengat dalam blog. Hahaha! Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Dengan ingatan tulis Ikhlas, Khai susun 10 jari memohon kemaafan dari korang semua kalau-kalau ada salah silap yang Khai buat sejak korang kenali Khai tak kiralah di dunia nyata, internet atau dalam mimpi sekalipun. Kadang-kadang cara Khai menulis ni buat orang sakit hati, tapi maaf kadangkala ianya bukan termaktub di hati. Terima kasih juga sebab banyak menyokong Khai dalam dunia blogging ni. Tanpa korang takdelah blog ni. Takde juga tempat Khai nak membebel macam mesin 20 sen. Hehe.

Kepada yang sakit hati, dengki, tak puas hati dan macam-macam lagi’lah dengan Khai dalam internet ni, Khai maafkan dosa-dosa korang semua. Ingat yang mak ayah kita tak pernah ajar kita suruh dengki dengan orang lain. Panas perut ibu yang mengandung tu nanti. Kalau diorang ajar korang menda macam tu sampai korang jadi manusia yang kaki dengki dan sakit hati macam sekarang ni, memang bangang la mak bapak korang tu. Tak bagus sakit-sakit hati ni. Orang lain nak berjaya sampai sakit-sakit badan. Yang kita ni pemalas lepas tu nak sakit hati dengan orang lain. Susah lah kan. Sama-samalah kita majukan diri. InsyaAllah berjaya sama-sama. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Wassalam..

Ditulis pada 4:15 AM 16 September '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,031 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

78 Comments »

Comment by lelabi
2009-09-16 04:18:36

pes… hehhehe…
selamat hari rayew khai.. n padew sumew..
umat islam…
hehhehehe…..
insyaAllah..
ahad rayew.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Obefiend
2009-09-18 16:19:23

hey khai

selamat hari raya. maaf zahir batin kalau trolling terlebih!

lim kok wing maju jaya

HHAHA

..
 
 
Comment by zelo55
2009-09-16 04:41:24

ape bnde eh mesin 20sen yg bleh pot pet pot pet tu khai oi?

..
Comment by black_white_cici_
2009-09-16 22:16:47

mesin air sukida la..yg msok 20cent kuar air 2..hahahh!! :p

..
 
 
Comment by stonez145
2009-09-16 04:55:38

ak br nak tya zelo…haha mn ntah mesin 20sen nya…mesin air mineral yg suka berckp sepjg kita mewngisi air tu ka…haha…
mtk maaf byk2 gak la khai oii slalu menyibuk kat cni…

..
Comment by Khai
2009-09-17 16:12:50

ape ape mesin je la.. gambaran je tu.. hehe… slamat ari raya..

..
 
 
Comment by sabah2u
2009-09-16 05:11:54

selamat hari raya ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mello
2009-09-16 05:23:54

err..kenapa skarang takleh pasang pelita minyak depan umah?
anyway, selamat hari raya..maaf zahir je la eh? hehe ๐Ÿ™‚

..
Comment by fifie ierina
2009-09-17 14:40:27

nie kes xnk mtk maaf secara batin la nie kn? hahaha! ๐Ÿ™‚

..
Comment by aremir
2009-09-19 02:19:38

mkn ketupat smpei gumok

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by Khai
2009-09-17 16:13:50

mintak maaf secara batin lagi ok what? hahaha.. bukan x nak pasang pelita, tp kat KL ni sekor pon x pasang.. karang ada yg jakun lak kang.. hehe

..
 
 
Comment by Afiq Danial
2009-09-16 05:24:54

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin buat khai..

Kalau tersinggah Melaka tu, roger3 lah aku eh..

Duit raya untuk aku ade tak?

Kad raya untuk ko aku dah tag kat sini http://www.permata-merah.co.cc/2009/09/selamat-hari-raya-aidilfitri.html

Semoga selamat balik kampung, makan lomang tu jgn lupa aku eh..

..
Comment by Khai
2009-09-17 16:14:24

singgah melaka? hurm, last jejak kaki kat melaka masa form 5. hehehe.. insyaAllah ๐Ÿ˜‰

..
 
 
Comment by x-po
2009-09-16 05:33:19

ko pun ati2 bro ms blk nnt…aku maapkan ko sbb asik cari awek je kat blog aku sblm ni..hoho

..
Comment by d|n
2009-09-17 01:46:19

ade ramai ke?xpasan lak..haha:[

btw..selamat ari raye..
maap zahir batin..

lagu raye plg bes taun ni..
hujan & raihan~~salam aidilfitri
jom usha ramai2..hehe
๐Ÿ™‚

..
Comment by fifie ierina
2009-09-17 14:42:36

lagu 2 best eik? ok nanti sy usha! (gle lmbt baru nk dgr lagu raya nie weh) :bloody:

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by luthtextile
2009-09-17 19:43:18

xpo memang tokei awek ,
tambah2 sejak dia solo ni, menjadi2 dia

..
 
 
Comment by hazwan
2009-09-16 05:39:47

selamat hari raya khai…
meh ar singgah blog aku…
meh3

..
 
Comment by megat
2009-09-16 06:00:05

selamat hari raya khai.

mohon maaf dan keampunan jika ada salah silap komen-komen di blog, di ruang komen, twitter dan di facebook.

mudah-mudahan ramadhan kali membawa seribu erti. dirahmati dan menginsafi diri kita.

..
 
Comment by MiLza_gaDis ciNta
2009-09-16 06:49:17

mohon maap gak yer brader khai..
law clap komen ker sblm ni..
smpai de rase blog ni cm hrta sndiri.. :o:
maap yer..10 jari tgn,10 jari kaki
driku hnya mnusia biasa,slalu khilaf..

salam m’jelag aidilftri yer..
poce de monteg x rmdhan ni???
cedey nyer x dpt raya kt mlysia
seumr idop x penah rya cni..
msti epy kn rya cni…

..
 
Comment by MiLza_gaDis ciNta
2009-09-16 06:53:09

brader…jgn tukar yer komen kt cni.. =(
cntik,x penig kpla
mcm oh artis n oh tidak…
sy suka ruag komen cmni..
law org lain x suka sowy ek.. :oups:
pndgn prbdi sy jer….

slmt ari raya,minal aidil wal faizin tuk sumer y rajin bca komen sy.. :love:

..
 
Comment by kliaman
2009-09-16 07:25:04

Smat hari raya Khai dan pada sume p’baca blog ni… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by finalcross
2009-09-16 07:39:51

Di kesempatan ini,selamat hari raya diucapkan kepada semua muslim & muslimah. Di harap supaya raya nanti tidaklah keterlaluan kita melantak sampai tak hengat dunia. hehe

P/S: Raya? macam-macam juadah ada,rendang,ayam masak merah, ketupat,kuah kacang & lain-lain…nyam-nyam. he

..
Comment by fifie ierina
2009-09-17 14:44:01

hahaha.. komen ini wat sy lapaq… 8)

..
Comment by MiLza_gaDis ciNta
2009-09-18 03:20:50

poce2 kak..ha3

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by vanilla millo
2009-09-16 08:26:06

slamat hari raya utk semua

..
 
Comment by kyrul
2009-09-16 08:38:31

anyway aku sebenarnya silent readers blog mmang tiap2 ari aku bukak tapi jarang aku bagi comment kat cni
oh artis pun ari2 aku bukak
tapi aku mmang jarang sesangat bagi comment
so dekat2 nak raya ni
aku nak ucapkan camat rayew maaf zahir batin pada sumew owang
terutamanya tuan blog ni khai (kebetulan sama nama ngan aku )

..
Comment by MiLza_gaDis ciNta
2009-09-18 03:23:01

x nk gthu ke nma pnynyi sme ngan nma awk gak..he3
camat ari raya

..
 
 
Comment by joegrimjow
2009-09-16 09:22:57

slamat beraya
tak sempat nak blajo live ngn kamo

..
 
Comment by nur
2009-09-16 10:16:51

Selamat Hari Raya Aidilfitri Khai..Hati2 blik kampung..

..
 
Comment by iZwaN
2009-09-16 10:55:12

Selamat hari raya diucapkan kpd khai dan keluarga…
Maaf zahir dan batin…
semoga khai terus maju pada masa hapadan…
dan juga kpd semua warga pembaca blog ini…
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..

..
 
Comment by Eriyza
2009-09-16 12:02:54

Selamat hari raya aidilfitri Khai.
Akak pun nak minta ampun maaf kalo
selama akak menulis komen di blog ni ada
bait-bait ayat yang mengguris hati Khai.
Semoga lebaran ini membawa seribu rahmat
wat Khai dan rakanยฒ yang lain. Mudahยฒan Allah
mengampunkan semua dosaยฒ kita.

..
 
Comment by ejam
2009-09-16 12:08:37

selamat hari raya gak, hati2 di jalan raya semasa raya.

..
 
Comment by sofia
2009-09-16 12:19:22

selamat ari raye semua!!!
semoga lebaran kali nih membawa lebih makna kepada semua
maaf zahir dan batin

..
 
Comment by misseda
2009-09-16 12:22:45

salam..
agak lm x comment entry2 lam blog khai ni…juz baca jek..hurm..

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin
kepada dAk Khai dan semua pembaca2 setia blog best ini..
sowy kalo der terkasar atau tersalah eja lam komen2 lepas…heheh.. ๐Ÿ™‚
nak uet raya khai…heheh

..
Comment by fifie ierina
2009-09-17 15:06:39

sis, npe lme hilang? 8)

..
 
 
Comment by mezzahot
2009-09-16 12:28:00

selamat ghaye to all readers….. kite ponn gerak blk kg hari jumaat gak… mari kita super hati2 di jlan raye…. moga selamat smpilah sumenye ye…
MAAF ZAHIR DAN BATIN

..
 
Comment by ejardkethot
2009-09-16 12:32:21

saya pon nk wish…selamat ari raya mtk maaf byk2
sbb kalu ada terkaco khai sbb2 mende remeh temeh
huhuhu..baju raya kaler apa ? hehe…planning wane pink ke khai? kes kes kes !!~ apa2 ponk…..kalu nk makan kuihtart nenas…dtg ah umah…[banyak BELI]..hehe :love:

..
Comment by MiLza_gaDis ciNta
2009-09-18 03:25:17

ajak brader khai je ker..
rmai kt cni nk gak ni..he3 :o:

..
 
 
Comment by belalang
2009-09-16 12:44:49

cayalah khai…. selamat hari rayer gak…
pstt: xde rase2 nk buat open house ke??? ha3 ๐Ÿ™‚

..
Comment by fifie ierina
2009-09-17 14:46:14

belalang,

pak cik sorang nie da macam artis.. bpe riban agaknye die kne kuar belanja sekali wat open house daa.. hikhik! :love:

..
 
 
Comment by hytiq
2009-09-16 13:02:29

ok,slamat ari raye 2 all of u..

..
 
Comment by JHafiz
2009-09-16 14:08:26

selamat hari raya jugak utk khai.. ampun maaf dpinta.. meriah tak raya dah besar2 ni khai? =(

..
 
Comment by samanosuke_04
2009-09-16 15:24:03

waaa… bestnyer raya kat tanah air.. tapi apa2 pun aku raya awal sehari drpd korang.. haha..

selamat hari raya kepada khai dan pembaca..

..
Comment by fifie ierina
2009-09-17 14:48:20

nippon? afghanistan? atau zimbabwe? :[

hehehe, gurau2! camat raya utk awak.. ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by Anarm
2009-09-16 15:40:04

selamat hari raya bro.. kem salam sume ye..

..
 
Comment by Fatin Pauzi
2009-09-16 15:44:46

Selamat Hari Raya, Khai.
Maaf Zahir dan Batin. :

..
 
Comment by neoiera
2009-09-16 15:50:37

SELAMAT HARI RAYE SEMUA!! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Syah
2009-09-16 16:50:58

..selamat hari raye to khai and all members yg support blog melayu…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Roslan Nazri
2009-09-16 19:04:54

khai selamat hari raya maaf zahir batin..jgn lupe hapdate live blogging tu time ari raya..jangan ler bior bersawang jer..hehehe :love:

..
 
Comment by fiza
2009-09-16 21:39:27

slamat ari rayeee………….. :love:

..
 
Comment by Akuro San
2009-09-16 23:46:08

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin buat khai juga~

..
 
Comment by beliamuda
2009-09-17 04:00:22

selamat hari raya khai.. hati-hati masa nak balik kampung tuh.. moga selamat sampai ke kampung halaman tercinta~

..
 
Comment by boyah89
2009-09-17 04:03:49

selamat hari raya khai..
urgh..raya lagi di perantauan..
takpe,2011 n berikutnye raya di msia..
bye2 embassy,tak raya dah nanti
hahaha :o:

..
 
Comment by azizwan(dot)com
2009-09-17 05:36:57

selamat hari raya aidilfitri..

dkesempatan ini aku juga minta maaf zahir dan batin kat ko.. mklumlah, aku bknnya perfect utk terlepas dr melakukan kesilapan. aku rasa ko pun tau itu kan..

apa2 pun, semoga ko dan family selamat dalam perjalanan. amin

..
 
Comment by kentank91
2009-09-17 09:48:37

selamat hari raya kepda sume blogger

..
 
Comment by munkin91
2009-09-17 09:51:11

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada sume para blogger..

bagi yang ingin bergaya di pagi raya dengan jam berjenamaa,
jom singgah di blog saya

..
 
Comment by Andy
2009-09-17 11:26:53

Selamat Hari Raya to all of my muslims friends.

Especially to Khai the owner of this blog. :’)

..
 
Comment by sara
2009-09-17 12:22:42

selamat hari raya khai & seluruh umat Islam
maaf zahir & batin

selamat hari-hari & selamat semuanya ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by deennasour
2009-09-17 12:33:28

selamat hari raya khai.
kang otw balik kampung tetiba nampak moto aku, ko langgar yang bawak tuh. haha

..
 
Comment by fifie ierina
2009-09-17 15:00:22

wa’salam w.b.t pak cik..

wah, npe rse cm baru malam semalam sy wish hari jadi pak cik? tbe2 nk raya dah, masyaAllah cepatnye ms berjalan.. hehehe ๐Ÿ™‚

baiklah, nk cakap gk selamat hari raya utk pak cik si owner blog dan rakan2 readers.. rsenye ramai je rakan2 blogger yg sy kenal melalui justkhai.com, mmg 1 kenangan yg manis..

so nk pesan pd pak cik dan yg len, semoga berhati2 dalam perjalanan.. dan sempurnakanlah hari2 terakhir ramadhan dgn bersungguh2 sebelum berpindah ke fasa kemenangan (bulan syawal)..

p/s selamat hari raya aidilfitri utk family sy yg tersayang gk.. korang2 yg tgh sedap makan almond london 2 nti jgn la lupe pos ckit kt cik fifie eh? perberet tuh! hux3, sedeynye.. =(

ok daa and take care~ :love:

..
 
Comment by safar
2009-09-17 15:36:02

Khai tahun dapat puasa penuh tak.harap penuhlah.

Selamat Hari Raya 1430……
kalau ada salah silap.mohon maaf.

..
 
Comment by Taufik SM
2009-09-17 16:08:05

ohhw ko balik kampung jumaat ni …. huhuhu …blog ko memang best !!!
apasal x tumpang kete aku … untuk ko khai aku sanggup tumpangkan ko …cewah ……

aku kenal ko sebelum justkhai ni popular agi …. so aku ade simpan FOTO ko yg ko upload kt myspace dulu …sori ….apasal low-profail sangat ….. muke ko hensem pe !!!!

apapun selamat hari raya MAAF zahir batin

from: Taufik SM

..
 
Comment by Faiz
2009-09-17 23:56:46

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!” ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by starlight86
2009-09-18 07:09:21

dikesempatan nih nak ucapkan selamat hari raya kepada khai dan semua umat islam..:)

Really love ur blog.walaupun selalu bukak blog nih tapi jarang nk anto komen. ๐Ÿ™‚ ….(silent reader)..last but not least, berhati2 mase balik kpg .. 8)

..
 
Comment by atiqahadnan
2009-09-18 13:45:04

selamat menyambut syawal buat khai dan keluarga..
semoga berbahagia di hari lebaran nanti ye..
jaga diri.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by anyss
2009-09-18 15:44:05

slmat ari raya…
jgn lupa aya kat kte ni ha..

..
 
Comment by eyeman
2009-09-18 20:14:19

hoho..selamat hari raya! =(

..
 
Comment by miss madiey
2009-09-18 23:07:02

salam aidilfitri bt khai…

..
 
Comment by Sy8
2009-09-19 14:35:40

KHAI!! SelaMat Hari RAyA AidilFitRi MaAp FiZikAl dAn MeNtal!!!!

..
 
Comment by muyyaQ
2009-09-19 14:38:40

selamat hari raya, xnak mintak maaf. sebab aku rase aku xde salah ape2. ok ar korang raye la elok2. aku xraye kot tahun ni huhu. kene keje,.

..
 
Comment by zieyn
2009-09-19 14:56:31

Selamat ary Raye en Khai…
moge cpt dpt jodoh..ahahakz ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Nelder
2009-09-19 19:17:15

raya!jom main mercun!

..
 
Comment by wati
2009-09-19 20:56:51

selamat hari raya khai.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by paes
2009-09-22 20:22:53

selamat hari raya khaiii..!!! :o:
maaf zahir dan batinn khaii..!!! :o:
moge sukses selalu hehehe.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Berita Semasa
2009-09-23 00:32:17

neway, Selamat hari raya Aidilfitri
ketika makan rendang n ketupat di sana
ingat2lah orang di sini

..
 
Comment by zool
2009-09-23 01:19:17

Selamat Hari Raya Khai.. Walupun dah abis raya sepatutnya..

..
 
2010-09-21 20:28:20

saya rasa belum terlambat… selamat hari raya maaf zahir batin speacial to justkhai.com dari BLOG KISAH PALING KELAKAR (www.awan-fantasia.blogspot.com)

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post