Harga rokok RM6.20 minimum la pakcik! Bukan maksimum!

Rokok 1

Tersebutlah kisah di zaman Hang Tuah dulu, ada satu pakcik ni lepak sebelah meja Khai kat mamak. Pok pek pok pek dia berborak pasal rokok. Lepas tu dia pandang Khai dengan member, dia bebel cakap apejadah nye mamak ni jual rokok mahal lagi. Dunhill 20 patutnya dah RM6.20 dah kata dia. Apesal kat mamak still jual RM9 something lagi.

Dengan buat-buat macam tak tahu perkembangan semasa, Khai pun tanya pakcik tu mana dia tahu rokok Dunhill 20 harganya dah RM6.20?

Dengan buat-buat muka macam kacak, pakcik tu cakap dia nengok Buletin Utama tadi. Terang-terang dalam berita tu dah cakap rokok 20 batang harga maksimum RM6.20 bermula hari ni (28 oktober 09).

Khai pun dengan buat-buat muka lebih kacak dan teruja dari pakcik tu pun cakap, “Oh ye ke pakcik. Haah ek apelah mamak dengan 7E ni tak reti-reti nak turunkan harga lagi. Teruk betul”. Nak jaga hati orang tua-tua punya pasal.

Dengan muka bangga pakcik tu pun geleng-geleng. Mungkin dalam hati dia cakap teruk betul budak-budak zaman sekarang ni. Perkembangan semasa pun tak amik tahu. Sigh~

Ok tamat kisah dengan pakcik tu.

Entri ni khas untuk pakcik. Itupun kalau pakcik rajin surf internet la. Tapi selalu nampak pakcik lepak kedai mamak yang takde WIFI je pun.

First of all pakcik, saya memang tak nengok Buletin Utama. Saya juga tak nengok TV walaupun TV ada je kat luar tu. Ada Astro lagi taw pakcik! Bernama pun saya boleh nengok kalau saya nak. Hehehe. Saya nengok TV bila ada bola je pun.

Biarpun saya tak nengok TV pakcik, tiap-tiap pagi sebelum saya tidur, saya pergi beli paper dan saya baca. Belum cukup paper, saya masuk pulak 3 4 web-web surat khabar dan politik untuk tahu hal semasa. Ape barang pakcik nengok Buletin Utama pukul 8 malam tu. Saya pagi-pagi dah tahu dulu.

Kedua, saya confuse la dengan pakcik ni. Pakcik nengok berita guna mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar ke, atau pakcik guna telinga untuk melihat dan mata untuk mendengar ni?

Ketiganya, saya tahu pakcik dah makan garam dulu daripada saya dan sebab tu pakcik ada darah tinggi. Jadi kerana taknak biarkan darah pakcik tu naik dan meninggal dunia kerana saya, saya iye’kan aje apa kata pakcik. Bukan pakcik je, tapi semua orang tua lain. Sebab saya malas nak bertekak. Orang tua ni faham-faham je la kalau kita yang muda ni tidak’kan kata-kata dia, dia kata kita ni budak kurang ajar. Mak saya cukup ajar saya pakcik, cumanya saya je belum apply’kan sepenuhnya apa yang mak saya ajar. Hehehe.

Rokok 1

Untuk pengetahuan pakcik yang rajin nengok Buletin Utama, kerajaan umumkan harga minimum untuk rokok adalah RM6.20 untuk 20 batang. Bukannya maksimum ye pakcik. Pakcik makan garam dulu, how come la pakcik tak tahu beza maksimum dengan minimum. Terlebih makan garam kot pakcik ni? Tiba masanya pakcik makan gula buat sup pulak.

Dan harga minimum RM6.20 untuk 20 batang tu bermula pada 1 Januari 2010 ye pakcik. Bukan hari ni, esok atau lusa. Yang pakcik nak membebel marahkan kedai mamak dengan 7Eleven tu buat apa? Kalau pakcik bertekak dengan orang yang bukan perangai macam saya, dah lama pakcik malu sendiri. Mahu pakcik masukkan kepala dalam lubang jamban dan flush sendiri nanti.

Pakcik, bila kerajaan dah kata rokok akan naik harga RM6.20 untuk 20 batang, ini bermaksud rokok yang murah seperti Rokok SAAT 20 batang yang berharga RM6 tu akan jadi RM6.20. Dunhill 20 yang berharga RM9 something tu, mestilah lagi mahal pakcik. Ape bodoh kerajaan dah susah payah buat kempen itu ini tapi last-last pergi letak harga maksimum rokok RM6.20 pulak? Kalau kerajaan buat macam tu, saya pun nak merokok balik pakcik. Hahaha!

Pakcik, saya harap lepas ni pakcik rajin-rajin la surf internet. Baca berita semasa dalam internet ni lagi bagus pakcik. Dari pakcik nengok Buletin Utama tu. Pakcik nengok malam, saya petang lagi dah tahu cerita pasal harga minima rokok ni. Pakcik baca Justkhai ni pun dah macam-macam pakcik boleh tahu. Memang la pakcik makan garam dulu dari saya, tapi pakcik lupa makan kismis. Saya makan kismis taw pakcik! Hehehe.

Disclaimer: Kalau pakcik baca blog ni, jangan pulak pakcik cincang saya lumat-lumat esok. Hahaha! Kira ok ape saya tulis dalam blog dari saya malukan pakcik dekat mamak tadi. Oh ya pakcik, gigi depan dah takde tu. Elok sangatlah pergi buat gigi palsu. Lagi hensem bila pakcik nak membebel kat kedai-kedai mamak satu malaya ni. Hehehe. Oh ya pakcik, saya memang tak berapa gemar dengan orang yang tak tahu tapi bercerita macam dia tahu semua ni. Pakcik pernah nengok tin kosong yang bila bergolek bunyi keleting keletung? Tapi nengok dalam ape pun takde!

Ditulis pada 11:05 PM 28 October '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 3,184 views | Dalam kategori: Motivasi, Tergempar | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

98 Comments »

Comment by syin
2009-10-28 23:09:30

bagi perokok tegar, xkisah harg anaik ke x…mula2 je mengeluh time harga naik…

..
 
Comment by x-po
2009-10-28 23:11:09

haha awat la ko tak tegur je pakcik tu…biar dia tau psl ni on the spot kat situ gak..kdg2 nk tgk gak muka cmne muka org tua tersipu2 malu..ekekeh

..
Comment by Khai
2009-10-29 05:32:31

orang tua kalau tersipu-sipu malu mesti comel kan? haha..

..
 
 
Comment by alif azran@aleen90
2009-10-28 23:12:08

teruk pak cik tu kena bahan ngan ko khai..padan muka pakcik..haha ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Kill-Vearn
2009-10-28 23:15:05

haha.. lawak seh pakcik tuh.. nasib baik surya gudang garam pack 16 original (indonesia mali) tak naik harga, maintain rm4.50 di puchong dan rm5 di kajang… hohoho…

..
Comment by Khai
2009-10-29 05:33:19

kalau nak isap rokok pun bro, biar la yg standard skit. haha. Gudang Garam tu setahu aku rokok untuk tempah tiket ke kubur. Haha.

..
Comment by Kill-Vearn
2009-10-29 13:16:10

nak wat camne kalo dah terbiasa tu takleh watpe la bro.. mcm ko la, bila dah 24/7 isap dunhill aje, cuba ko try isap saat ke, kompom takleh blah kan? aku takleh isap dunhill dan sedara maranya sebab bila nak sedut aje tekak rasa sakit, kalo surya plak waktu sedut rasa lembut aje walaupun aku taw efeknya dabel dari dunhill.. ajal maut di tangan tuhan, so takde isu tiket ke kubur.. hohoho..

(Comments wont nest below this level)
Comment by (n_n)
2009-10-30 15:43:45

“ajal maut di tangan tuhan, so takde isu tiket ke kubur”

haiyooo! aku kenal sorang prokok yg bila ku stop mrokok,ayat ni la yg dia suka sebut! nension!

 
 
 
 
Comment by Alon
2009-10-28 23:15:43

mahai ..pakcik tak mampu

..
 
Comment by elyaszbha
2009-10-28 23:23:28

habislah..
bnyklah lepas ni pakcik2 serbu blog hang.. ๐Ÿ™‚

eh, pasal rokok..
igtlah org yg tersyg ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by kliaman
2009-10-28 23:24:20

huh..marah tul kau kat org tua tu yer khai..klu dia baca nih mesti nangis ni..x pun dio x ambik ko jadi calon nantu dio..hahahaha.. 8)

..
Comment by Khai
2009-10-28 23:35:14

Jadi calon menantu?! w00t!! Doa-doakan la yang pakcik tu ayah Lisa Surihani ek? hahaha!

..
 
 
Comment by Rjuna
2009-10-28 23:51:06

Aku lagi kesian khai, harga sekotak rokok pon tak tau berapa sekarang, baca blog ko ni baru tau, lihat jujurnya orang yg tidak merokok ๐Ÿ™‚

ko boleh tegur orang tua dengan cara puji dia dulu, pastu baru ko selitkan ayat menikam kalbu (kalau ada bukti hujah ko lagi best)..nescaya dia akan terdiam n tersenyum malu tak terkata

..
Comment by Khai
2009-10-29 05:35:43

Rjuna,

aku kalau Dunhill mmg tahu sbb Dunhill ni rokok termahal dalam kelasnya kan? Tp yg lain tak tahu. Nasib ada member yg pakar pasal ape jenis rokok dalam dunia pun dia tahu. Hehehe. So leh tanya apa yg patut.

Ok esok aku gi cakap ngan dia. Kalau dia x caya, aku kasi URL entri ni je la.. baca la sendiri pakcik! hahaha :bloody:

..
 
 
Comment by yash
2009-10-29 00:02:49

adoiyai… lawak2.. kalo dia bace sedih giler da dia.. huk3 :bloody:

..
Comment by (n_n)
2009-10-30 15:50:42

aku mau avatar kiut mcm ni!
huhuhu :8 :8

..
 
 
Comment by hana
2009-10-29 00:38:36

hahaha. lawak gle khai.
btw pakcik, kalau pakcik bc komen sy, nak wat gigi palsu pakcik amat2 dialukan utk dtg klnik gigi ukm ye pkck.. tgh xde patient ni… ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2009-10-29 05:36:55

sempat lagi promo klinik dia. hehehe. eh u doktor gigi eh? mesti comel ni.. lala..

..
Comment by hana
2009-10-29 18:40:45

belum lg.. going to.. insyaAllah.. ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by yanie
2009-10-29 01:06:08

lagi afdal klu khai taruk pic pacik tu..mana la tau..kot2 terjumpa..leh mintak otograp.. :[

..
Comment by Khai
2009-10-29 05:37:47

Isk x mo ar.. tadi dah nak snap pic pakcik tu tp tak jadi. Sebabnya kot skali pakcik tu ketua gangster area sini, orang lain makan nasik guna sudu, Khai makan nasik guna straw plak nanti ๐Ÿ˜›

..
 
 
Comment by hazim
2009-10-29 01:20:06

haha,khai
apsal ko tak hentam je org tua tue tadi?
kasi kebas dia punya muka…
hahaha…
pak cik2..
lagi satu,kalau la dia baca blog ko nie..
confirm hangin satu bdan ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-10-29 05:39:50

Ko ni dah kenapa Hazim? haha. Ni mesti selalu belasah orang tua-tua ni. Ape nak jadi la ko ni. :love:

Aku kalau dunia nyata, orang yg tua setahun dari aku pun aku panggil abang. Ini kan pula nak belasah org tua. Nak menidakkan pun aku x mampu. Hehee ๐Ÿ˜€

..
Comment by hazim
2009-10-30 16:46:43

hehe..aku still panas ngan org tua
sebab kan dulu aku biasa kena hayun helmet dengan org tua ๐Ÿ˜€

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-10-30 20:07:54

Mesti ada sebab ni nape dia hayun ko.. boleh story sket? hehe

 
Comment by hazim
2009-10-30 20:50:50

okeyh..aku story…tapi secara ringkas la ek..

aku on the way nak pergi hospital,
singgah isi minyak dekat shell,
dalam keadaan hujan renyai,aku parking la moto ex5 aku tu
sebelah moto pakcik nie,jarak tak la berapa dekat sngat..kira org tua tue bole langkah la moto dia..
aku pergi bayar duit,pakcik tue dah usya panas aku dah..
aku senyum je lah..ingatkan tak da apa…
lepas habis bayar,pegi balik kat moto..tengok pak cik tue membebel sorang2..aku buat donno je lah…
sambil aku tengah isi minyak,dia beralih kat aku sambil cakap mcm nie ” HANG NIE TAK RETI PARKING MOTO KA? PARKING SAMPAI NAK JOLOK LUBANG IDONG ORANG!” wtf? bukan dekat sangat pon aku parking moto aku ngan moto dia….aku diam je..sekali jerit,WOI,HANG KENA HORMAT AKU…AKU TUA LAGI PADA HANG..DOK BUAT TAK TAW PASAI PA?…dengan kemarahan yg agak panas…aku halalkan baki minyak aku lagi 2 ringgit kat shell tue..aku letak nozzle, then aku cakap..AWAT? LA PAK CIK TAK PUAS HATI PA? ….dia jawab, HANG TAK RETI NAK HORMAT ORANG TUA KA? HAH? ๐Ÿ˜ aku jawab,PAK CIK NAK SURUH ORANG HORMAT PAKCIK!,PAK CIK KENA HORMAT DULU..TIMBANG RASA LA SIKIT…KAN HUJAN NIE….MAU TANYA MAKAN GARAM LEBIH DARI SAYA.!! :p ..dia jawab senang je…KUANG AJAR PUNYA BUDAK!!! ๐Ÿ˜† DESYUM!!!HELMET LEKAT KAT MUKA AKU :aie: =( ..

aku singkatkan cerita nie..tak larat nak tulis panjang-panjang ๐Ÿ™‚

P/s:- kalo pakcik tue baca blog nie..aku nak cakap..

weks!!awat tak puas hati? saya tak dok kedah dah..mai ar cari..hahah ๐Ÿ™‚

 
Comment by Khai
2009-10-30 20:57:09

hah?!! dayum!! haha..

aku pernah baca la cerita ko ni kat blog ko.. hahahaa!! then bapak ko datang bla bla bla. pakcik tu kene bawak lokap kan? kan? hehehehe..!!

aku dah pernah baca dulu dan komen.. ingat2 lupa dah..

 
Comment by hazim
2009-10-30 20:59:21

yup2..betul..tapi entri tue tak sempat backup..
heheheh ๐Ÿ˜€ ingat jugak ko ๐Ÿ˜€

 
 
 
 
Comment by ejardkethot
2009-10-29 02:28:49

haish….ada kesan ke pada perokok tegar? 8)

..
 
Comment by joegrimjow
2009-10-29 06:57:20

xyah isap rokok kan senang
kan kan?

..
Comment by hmmm...
2009-10-31 11:41:07

Setuju Sangat!!!

Family aku x merokok..Bapa dan Abang la.. (Alhamdullillah..Panjang umur org2 kat rmh..hehe)
xmati pun x merokok tu..

Walaupn adik dah berhenti dulu tp smbg blk sbb stress dgn perempuan, ttp x berani merokok dkt rmh sbb effect dkt org yg merokok kurang berbanding dgn org yg menghidu asap rokok tu..

Apapun.. harga naik atau x ttp x dpt sedarkn perokok tegar nie sbb klu d Sabah, rokok murah boleh import dr Labuan (Pulau Bebas Cukai) xpun dr Sandakan, Tawau, n Kudat yg hampir dgn Indonesia tu..2x ganda murah siot.. :[
Sudah la Sabah ni antara negeri terbesar selepas Sarawak, mmg kebanyakkn kaki rokok berlambak la d sini, blm msk warga Indon dan Filipina lg, sungguh menjana ekonomi betul la diorg nie… ๐Ÿ˜

..
 
 
Comment by Daus
2009-10-29 08:01:48

Itu la org tua, nk nengok sgt brita tp kurang paham, adoii…
Baik surf internet…
Aku tau pasal hal semsa pun melalui internet…
Kenapa Khai x tegur je pkcik tu?, rasanya x salah kot.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-10-29 10:09:45

kalau ko nengok pakcik tu bercerita kat dua orang yg lain selain aku, ko pun x sampai hati nak menidakkan kata-kata dia. Malu dia nanti. Kita jagalah air muka dia.. iyekan aje. Hehehe.

Kalau aku borak dgn dia dua orang je, insyaAllah boleh je mencelah apa yg patut dicelah. Hehe.

..
 
 
Comment by unaizah
2009-10-29 08:35:56

Mmg betul khai, selalu jugak saya jumpa ramai orang tua2 yang suka cakap terlebih yakin dan buat2 muka kacak n macam orang pandai segala hal. Tapi kalo saya dalam situasi khai tu, saya akan buat2 tanya la “eh,bukan ke minimum RM6.2 pakcik??” Kalo lepas tu, dia nak pertahan jugak pendapat dia, barulah saya biarkan aje….tapi saya konfirm, pasti dia chek balik harga tu dan akan malu sendiri sorang2…that’s better! Betul tak?

..
Comment by Khai
2009-10-29 11:18:52

kalau khai borak dgn dia 2 orang je maybe la unaizah.. ni ramai lagi kat situ. Yg lain tu pun rasanya tahu pakcik tu salah. tp hormati la kot org tua yg over-confident ni. hehe

..
Comment by unaizah
2009-11-03 12:26:53

o….ingat khai terduduk berdua sambil minum2 dgn acik tu… kalo ramai takpe lar… cian gak kat acik tu… ๐Ÿ˜€

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by YaNa
2009-10-29 09:01:20

waaaa sukanya rokok dah nek harga..
arap2 pakwe ada inisiatif tok benti merokok..asyik janji2 manis je nak benti..menci tau…
duit beli rokok simpan wat belanja kawen lagi bagus,kan khai..?
klo rokok tu rm50 satu kotak lagi bagus..bia sume org xmerokok… ahahahahahaha
i x suka hidu asap rokok tau… erk….

..
 
Comment by adieyza
2009-10-29 09:35:57

patutnya perokok sedar bahawa semua yg kerajaan lakukan adalah demi kebaikan mereka..

apapun, pokok pangkal hati.. if dah nekad dlm hati utk stop merokok, insyaAllah berjaya..

..
 
Comment by hakimi
2009-10-29 09:53:54

dont break my heart… :bloody: 8)

..
 
Comment by katak
2009-10-29 10:23:19

khai, aku dah bagi link blog ko kat pakcik tu.. kejap lagi die komen la tu.. :aie:

..
 
Comment by Roslan Nazri
2009-10-29 10:46:07

aku ade member mak dia atau pun parent dia tak kasi isap rokok campur2 dan murah2..bg dunhill jer..sbb pe? kalo campur2 dan tak standard nti cpt mati…kah3..biar betik aku dengar org camtu..
ko camtu gak ke khai?

aku tak merokok…yg penting tu..aku tak nak org merokok dkt aku tanpa kebenaran dan wat noheng cam syial..
at least tanye aku merokok ke tak so dia tak merokok or hembus hala lain..(tu kalo dia dah sanggap sgt)
๐Ÿ™‚

..
 
Comment by PakCik
2009-10-29 11:13:47

Waaa, kutuk pakcik nampak??.. nak makan nasik pakai straw ke? ahahaha.. aku tau gak la pasal harge2 rokok ni sebab member selalu kirim walaupun aku x merokok.. sekeliling aku hampir semua merokok… adakah aku akan mati dulu sebelum diorang ๐Ÿ˜›

..
Comment by Khai
2009-10-29 18:33:01

siapa yg x isap rokok maybe akan mati dulu la kalau ada member2 yg merokok.. sebabnya member korang yg isap rokok tu, sedut asap hembus balik.. dan korang? sedut tak hembus2.. haha

..
 
 
Comment by x-Bf Fasha
2009-10-29 11:30:39

aku harap lepas ni harga rokok naik lagi..sebatang rm5 ke..baru dia..Ya Allah kau jauhilah aku, keluarga ku keturunan ku dari asap rokok..Amin

..
 
Comment by fadli
2009-10-29 11:34:53

semua orang ley katekan merokok..mungkin ini akan merencatkan perkembangan kita..Roko makin urah adalh satu kesilapan..aku x merokok..siapa yang nak mati cepat ley isap rokok…jika rokok mahal pun x ad masalh pun bagi perokok…duit x penting janji dapt rokok…

..
 
Comment by Adney
2009-10-29 12:18:24

harge rokok da naek ek? bru taw.. hehe

..
 
Comment by ain
2009-10-29 12:28:18

haha mcm2 hal.
naseb la die borak ngn anak mude yang still tau jage air muke die.
kalo yg jenis liberal tuh, amu kene tegur je pakcik tu depan2.
baru die tau langit tinggi rendah.. hehes

takpe la, yang penting, kite tau de fact harge rokok tu bape skang kan ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by samanosuke_04
2009-10-29 12:45:35

hoho, kesian pak cik tue.. iyelaaa.. org tua2 nie memang camtue, dah tak berapa nak receptive kepada pendengaran ngan penglihatan.. hoho, bagus gak ko khai tak malukan pakcik tue.. haha, atleast ko jaga hati diakan?

..
 
Comment by hytiq
2009-10-29 13:30:49

ala ko ni pon khai,pakcik yg da ilang gigi dpan pon ko nx gdoh gx ke??siap bt 1 artikel khas plak 2 utk die.ni yg nx g cri psal ni,kot esok lse ade artikel psal aku plak kn??mne r tau..hakhakhak ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-10-29 18:34:49

Haha.. artikel ni sebenarnya nak cerita info pasal harga rokok 2010 tu je.. Tapi saja diolah dengan kisah dgn pakcik takde gigi depan tu.. :p

..
 
 
Comment by Eriyza
2009-10-29 14:07:01

Hohoho!
Pakcik tuh tesalah tapsir laa.
Kesiannn!!! :p

..
 
Comment by eda
2009-10-29 14:08:05

Asal Khai xcakap jek kat pak cik… ‘pak cik, kalo da tau rokok tu mahal..asal pak cik isap lg..pak cik da tua..xelok isap rokok..kang mati cepat’..ekekek gile kejam ayat kan…heheh ๐Ÿ™‚

rokok ni, mahal ke mrh ke..bebel kt mult…pastu isap gak…same jek kan… :p :[

..
 
Comment by megat
2009-10-29 15:32:59

nasib baik aku belum sampai umur pakcik tu lagi atau lebih mudah belum tua lagi (ha3)

atau pun tak sempat tua!?

makin tua, mata dan telinga sudah makin berkurangan fungsinya. klu tanya derang sudah pasti mereka tidak mengaku. tak percaya masuk bilik kedap bunyi, amik test (ha3).

apa pun merokok sememangnya membahayakan kesihatan! walaupun aku merokok dan sedang berusaha untuk hilangkan ketagihannya.

..
 
Comment by Berita Semasa
2009-10-29 15:53:52

Perokok tegar ini, letakla…harga macammana pun
rokok tetap bergayut dekat bibir punya

..
 
Comment by rizzar
2009-10-29 16:14:44

hahahaha artikel kejam berunsur nasihat

..
 
Comment by Akuro San
2009-10-29 17:26:43

nampaknya, cuma org kaya jer la yg boleh hisap rokok kalau macam nih. yelah, kalau hari tu yg masa harga minyak naik, ada yg kata, “aku peduli apa harga minyak naik? gaji aku besar…”
dan sekarang nih, harga rokok naik? ada mereka yg kaya-kaya nih peduli ker?
cuma 1 antara kebaikan dinaikkan harga rokok nih, bebudak sekolah tak berani la nak beli rokok sampai 1 kotak. sebab harga dah mahal…
err… agak2 Dato’ PM hisap rokok tak? :beurk:
eh~ tolong… jgn saman saya! saya anak org susah..
(dah lama tak baca Khai taip ayat mcm nih.. huhu~)

..
Comment by Khai
2009-10-29 18:36:21

hahaha!! ok kepada pakcik tu, jgn saman saye.. saye org susah ๐Ÿ˜›

..
 
 
Comment by hunnyy
2009-10-29 17:53:22

suke bce khai tulis pnjg2 ni.. ๐Ÿ™‚
ksian pkck tu. haha

..
 
Comment by ishak hasimi
2009-10-30 02:53:30

orang tua dulu 2 dan sekarang berbeza,orang tua dulu w makin kita hormat dia,makin dia hormat kita balik,orang tua sekarang,makin kita hormat dia makin dia kata kita kurang ajar.. :love:

..
 
Comment by ishak hasimi
2009-10-30 03:39:12

kesian pak cik tu

..
 
Comment by Faer
2009-10-30 08:49:13

Hahahahahaha~ nice! Nyway, say taknak to rokok! =p

..
 
Comment by aiensOo
2009-10-30 09:35:33

mcm2x komen….i like ๐Ÿ˜€ ..ain kalu ckp gn abg2x xde pekdah mrokok..kompem dorg reply..”rokok sumbang ekonomi pd negara…”LOL…wtf =( ..byk ag jln dorg bley tlong ekonomi ngara kn khai…isk3x abg2xku.. :bloody:

..
Comment by Khai
2009-10-30 20:11:11

wallaweh.. dasatnye alasan abang2 kamu.. hahahaha.. ckp ngan diorang nak menymbang pada ekonomi negara pun, jgn lah sampai membunuh diri.. hehe

..
 
 
Comment by Syah
2009-10-30 16:23:54

tu la pasal..kekadang org lame nie cpt nek marah..wlpn dier salah tp still nk mngakkan benang yg bsh..susa2..

..
 
Comment by Jaws
2009-10-30 20:02:18

haha..
pakcik camtu aku selalu jumpe..
dalam ati aku cakap,
tulaa time muda2 pg sekolah nyorok dalam tandas..
dah tua2 memalukan diri..
=(

..
Comment by Khai
2009-10-30 20:11:45

hahaha.. ko lagi kejam jaws… :bloody:

..
 
 
Comment by Fadzli
2009-10-30 20:14:41

aiyoo pakcik.. ada mata pandang ada mulut diam.. eh mcmn ea lagu lama tuh.. lpa lak.. hehe.. buat malu jer.. kononnyer dia dah tgk buletin utama tuh dia igt dia paham isinyer.. rupanya salah da.. hahahah.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Lun
2009-10-31 03:40:14

ayat sgguh pdat~ tapi bermakna

..
 
Comment by beliamuda
2009-10-31 09:20:14

sungguh bermakna kata-kata ini. berisi dan padat dengan segala perasa, gula, garam dan kismis. enak sekali. hehe~

..
 
Comment by haritz
2009-10-31 09:28:56

aku pun tertipu gak, ingat turun serta merta ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by denaihati
2009-10-31 12:07:04

Aku memang tak minat dan tak pernah merokok tapi kawan2 yang merokok ni apa kisah berapa janji dapat merokok tak beli beras pun tak apa ..heeee

..
 
Comment by hmmm...
2009-10-31 12:13:23

X semua pak cik2 dkt M’sia nie yg jenis mcm Khai jmpa nie… Ada yg menghormati pandangan org muda dan sering mengikuti isu2 semasa dalam dan luar negara gitu..

‘Yang Tua Dihormati..Yang Muda Disayangi..’
‘Budi Bahasa Budaya Kita…’

Tapi, bila sdh jumpa dgn org tua yg x reti hormati org lain, nak berbudi bahasa mcm mn.. dia la yg jd Mentor segala kejahatan…wahahah…kejamnya.. ๐Ÿ™‚

Nak d jdkn cerita, ada 2 lelaki dewasa awal 40-an nie nak repair pintu kediaman prmpn dkt kmps nie (kira bhgn maintenance la nie).. hormat la jgk kan diorg dtg, kita biarkn diorg buat keja.. Yg x bestnya tu, boleh2 sorang pck tu slamber badak ja mrokok d bhgn balkoni pastu asap msk tingkap blk aku yg hampir dgn balkoni tu..dah tu, keluar msk area ruang tamu & balkoni..terus on d spot aku tegur pck tu spy jgn merokok n ckp cni area larangan rokok.. Muka dia yg relax dgn senyuman manis madu tu tetiba jd masam mcm mangga.. siap nak habiskn sisa2 rokok tu lg..Gerammnnyaa…
Yg pck sorang2 tu senyum2 saja la smpi repair pintu tu..Alih2 x smpi 5 minit aku msk bilik diorg dah blah.. x repair lampu lg.. :[

Apapun..pck tu mmg carik pasal betul..Sudah la msk kediaman perempuan merokok..dah tu blah mcm tu ja.. pintu tu pun x repair sgt pun.. ๐Ÿ˜

Pck tu sblm msk kampus x nmpk ker sign Kawasan Larangan Merokok.. klu ya pun nak rokok, consider la skit dgn student perempuan k.. kami x merokok n kami xnak mati awal terhidu asap rokok pck tu.. ๐Ÿ˜ Eeiii..bengang betul la… Nmpk sgt x hormati org lgsg..Benci la.. :o:

..
 
Comment by Fahmishah
2009-11-01 12:49:21

tak logik betul rokok turun harga dengan mendadak macam tu. fikir dulu pakcik.

..
 
Comment by nor
2009-11-01 13:25:59

khai2 awk nie mmg sk hemtam org kan… hehehe… tp xpe bgus jgk kalu bab rokok nie… kalu mrkok nie gne myk wngi mhl pun blum tntu hlg bau rokok tue

..
 
Comment by zool
2009-11-01 19:33:39

Biasalah Khai diorang tak belajar tinggi..
lepas tu tak rajin cari ilmu…
cari ilmu tak semesti pegi kat Universiti..
Mak aku surirumah je tak belajo U tapi byk ilmu dia tau…
terutama ilmu kehidupan.. =(

..
 
Comment by azizan4444
2009-11-01 20:41:25

haha..dahsyat pacik tu…up to date sunggh

..
 
Comment by Khairudin
2009-11-02 01:24:14

teringat kata member tentang rokok Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang..(DUNHILL)..Tapi nak study kena merokok boleh stay up. Harga naik pun belasah katanya ada ubat untuk bersih paru2 ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by saya
2009-11-03 22:08:26

sy rasa xsalah nak betulkn ayt pkcik tu,maybe pendengarandie kurang jelas.tp klo die still xmahu denga abaikn saja dri awk mengata pkck tu kt sn, xelok jgk.

..
 
Comment by awis
2009-11-03 23:40:33

gle a khai..karangan yg bgus..haha

..
 
Comment by KertaZ
2009-11-04 23:32:50

Naik arga lagi.. =.=’ Pasni kena berhijrah ke curut @ rokok daun plak ah.. ๐Ÿ˜

..
 
Comment by cik peanut
2009-11-05 03:59:03

hem…bukan lah niat di hati nak bangkang kata2 incik khai…
cuma nak suarakan pandangan di hati…

peanut tul2 tak setuju dengan cara khai tegur pakchik ni dalam blog khai..yes..for sure..ramainya yang sokong khai..kan? biarlah peanut mewakili orang yang tak sokong dengan entry di atas…

peanut tak suka cara khai teggur pakchik tu..like nak menjatuhkan air muka pakchik tu..macam mane kalau anak pakchik tu bace..kecik hati dia kan?

banyak alternatif len khai leh wat..leh bagitahu pakchik itu dengan sopannya..mungkin dia tersalah faham dengan berita yang dia dengar.yelah..mungkin bahasa berita terlalau advance bagi dia…

kalau ikutkan situasi diatas..yang first cerita yang khai dok cerita kat atas tu, pakchik tu tak de lah marah kat khai kan?
so, tak perlulah nak ajak ramai2 pengomen2 kat atas2 ni tuk gelakkan pakchik tu kan..

thats all,
writing from my view,
bukan berdasarkan emosi semata2…
tq
๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-11-05 05:25:42

Gals, terbitnya artikel serupa ini sebenarnya tidak langsung berniat mahu menyakitkan pakcik tersebut. Kerana itu identiti pakcik itu tidak diberitahu, gambar juga tiada atau sebagainya.

Pakcik tersebut juga tidak mungkin akan melayari internet. Dia juga tidak kenal Khai ni seorang blogger. Kalau dia terbaca pun artikel ni, dia pun x ingat yang dalam cerita ni dia. Yang dia akan tahu, “Oh! aku salah dengar ni.. malunya”..

Satu je sebenarnya intipati artikel ni iaitu lebih kepada memperli mereka yang selalu berlagak tahu walau sebenarnya tak tahu. Ibarat tin kosong seperti yg dikatakan di penghujung artikel.

Bagaimana artikel ni boleh menjatuhkan maruah pakcik tu? sedangkan tiada sorang pun yg akan mengenali pakcik tu dan ramai saja yang berperangai macam pakcik tu dalam cerita ni, so siapa yg makan cili dia yang terasa pedas.

Entri ni tak straight to ampang point. Tapi dia belok belok sikit gi Desa pandan la, pandan jaya la, pandan indah la dan macam2 pandan lagi. Hehehe. Conclusionnya siapa yang bijak membaca sesuatu yang tersirat, maka kali pertama baca artikel ni, mesti dapat tangkap apa yang nak disampaikan semua.

Siapa yang ejek2 pakcik tu, maksudnya dia x nampak la tu. Masing2 ada cermin masing2 untuk menilai peribadi diri. Wassalam.

..
 
 
Comment by techofman
2009-11-05 16:54:48

fuhh..nasib minimum. tapi still sakit gak..

..
 
Comment by lanchini
2009-11-05 21:55:47

Khai, umur pakcik tu agak2 berapa ye? Mungkin dia tak berapa dengar sangat ayat minimum tu. Atau, dia ingat minimum ke maksimum ke sama je? Kedua-duanya dia paham maksimum kot…
Anyway mesti cute pakcik tu kan…

p/s : teringat kat tokki tersayang..

..
Comment by Khai
2009-11-05 22:27:24

Hehe. Kalau sapa2 kenal pakcik tu, korang akan rasa “tak patut nak hormat” sebab dia.. hurm.. malas nak cerita keburukkan orang. Tp dia bukan pakcik2 biasa yang baik2. orang masjid pun tak kot.

Dari perangai pakcik tu, rasanya nak tegur dia pun x boleh. Takut makan pelempang. Hehehe.

..
 
 
Comment by boyah89
2009-11-07 19:17:10

aduh
balik msia aritu,1st time gua layan sempoerna,trus ketagih..
tpi aku bukan perokok tegar pon,baru2 je
khai,pos 2cutton sempoerna kat tempat aku ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by cucutokku
2009-11-08 11:38:03

nape xtrus trang je ngan pakcik 2..skuang2 die leh tau..ni kutuk die dlm ni,bile la leh mtk maaf ngan die..die tua smestinya die mati dulu..bkan cari gaduh ni,tp sbgai sedara boleh kan nak gtau..idea menulis utk kutuk megutuk mmg best tp smpai bile n kemana n ape manfaat kelak? :oups:

..
 
Comment by cucutokku
2009-11-08 11:56:26

kite xleh nak mengata org bkan org baik2,bkan kaki msjd kalo kite xkenal die btol2..kalo kenal btol2 pun xleh..mgata xleh,bg pesan bleh..yg kita xnak “akhir” kita nnt,adkh lg teruk dr org yg kita mengata..sy mtk maaf jika kamu tersinggung..bkan niat benci pad kamu,tp artikel kamu yg keterlaluan.

..
Comment by Khai
2009-11-08 15:48:17

cucutokku..

Dua misi utama yg ingin disampaikan dari artikel ini..

1. Maklumat mengenai harga rokok dah naik.
2. Jangan jadi tin kosong.

Itu sahaja. Langsung tak niat nak cerita keburukkan pakcik tu. Siapa pakcik tu pun tak diberitahu. Apa yang terjadi dari pengalaman hanya dijadikan jalan cerita untuk menyampaikan pesanan.

Usah dipandang dari sudut pakcik tu pula. Itu tak penting kerana bukan itu yg saya nak sampaikan. Pandanglah dari maksud yang tersirat.

P/s: x salah kita jadikan contoh orang yg jahil untuk mengajak org ramai tidak mencontohi perangai yg tidak betul. Anggaplah ayat “pakcik” dalam artikel ni sebagai “si polan dan sipolan”.. :8

..
 
 
Comment by cucutokku
2009-11-08 21:13:40

saya minta maaf kalo itu niat sebenar kamu..sesungguhnya Allah sajalah yg tau niat sbenar kita..lidah bleh menipu tp xdak ati..mmg bagus niat kamu 2,tp bgmana kamu mengatakan tiada niat memburukan pakcik 2 tp dlm mase yg sama kamu telah menulis ttg kelemahan fizikal/peribadi pakcik 2..adkh kamu bleh menulis tanpa niat @ mereka2 cerita? kalu ini crite rekaan sy bleh terima.itu saje..bkankah lg elok pesanan itu bersifat semata2 “manis” tanpa bercampur “manis+pahit” yg akan menyeksakn lidah? bg pendapat sy sorg,artikel yg bagus/bermanfaat adalah didlmnya 1%keburukan,99% lg cara membaikinya.itu saje.

..
Comment by Khai
2009-11-08 22:19:28

Thanks cucutokku atas nasihat. Cuma biar saya jelaskan. Ini benar2 lahir dari hati ya bukan ditokok tambah atau buat2 cerita.

Memang tiada niat nak menyerang peribadi pakcik tu. Cuma ambil contoh perangai nya yg tak bagus untuk dijadikan bahan cerita.

Perkara pertama yg harus diingat, saya tidak sesekali menggambarkan siapa pakcik tu. Duduk mana, dia kerja apa atau mungkin gambar beliau.

Kalau ada di dalam artikel seperti gigi depan dah takde, masukkan kepala dlm lubang jamban dan flush, minum sup gula dan sebagainya, itu semua cuma skop humor yg dimuatkan di dalam artikel ini. Itu mmg gaya blog ini.

Saya x nampak di mana artikel ini mampu mengganggu walau 1% pun kehidupan pakcik tersebut mahupun saudara mara yg berkait dengan dia..

Harap segalanya jelas. ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by cucutokku
2009-11-08 22:55:59

Baguslah kalo begitu..humor pntg tp humor yg mencela fizikal individu tersgtla xelok..mmg sy xkenal pakcik 2 tp kamu yg kenal die kn..kamu yg ingat muka die n gmbrkn disini..kamu nmpk x “perhubungannya” di situ..di sisi kita ada malaikat yg mencatit segala perbuatan kite.then “buku” kita akan di buka di akhirat nnt, stiap yg kita lakukan “ghaib/xnmpk” di mata manusia tidaklah ghaib bg Allah.

sy tidak benci kamu malah memuji kamu..kamu berbakat dlm penulisan, penulisan kamu yg mengajak org mengenal Allah sgt bagus jika dibandingkan artiekl2 sebegini..sy sygkan “diri” kamu sbb 2 sy berdikusi di sini. sy xpenah beri komen sbegini di mana2 blog kcuali kamu. sy xharap kamu fhm ape yg ingin sy smpaikan sgera tp utk renungan kamu di dpn ari.
..sy ni org yg byk dosa sbb 2 sy bgtau kamu.itu saje.

..
Comment by Khai
2009-11-09 03:31:10

ye terima kasih. no problem kerana teguran kamu ni sangat halus dan bisa menusuk ke hati. mmg admit, patutnya tak perlu kutuk2 pakcik tu dalam artikel biarpun org tak kenal dia.

takpe.. ikhlas kalau nanti jumpa pakcik tu, saye akan jelaskan apa yang patut dijelaskan pada dia. Biar dia faham. one by one.

terima kasih ye, cucutokku.. ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by sharinginfoz
2010-01-01 12:17:30

hmmm memang golongan yang berpendapatan rendah dan yang dah bersara akan menerima impak yang tinggi….

..
 
Comment by BAGAK
2010-02-23 09:57:17

hidup Pakcik!!

pakcik kena hisap rokok mahal baru telinga pakcik tak ada masalah

..
 
Comment by Amir
2010-04-18 23:52:27

Hahahaha memang gempak la lu punya kutuk kat owang tua yg sengal tu..aku rasa die tu sengal sebab sepanjang hayat die hanya isap rokok daun jek tak pernah isap rokok dunhill..tu yang tak tau menahu pasal perkembangan rokok ni hahaha

..
 
Comment by Bieber
2010-06-21 05:43:54

ap beza ajal dan maut??kalo bnde same asal repeat 2x?ak nk taw skang gak!!!! :[ :[ :[ :[

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post