Orang Ada Blog, Dia Pun Nak Ada Blog. Tapi Sampah!

justkhai-plagiat

Disclaimer: Tiada satu pun artikel walau dengan sepatah ayat di Justkhai mengambil (copy paste) artikel dari mana-mana blog di dalam dunia ini. Boleh dikatakan, 100% artikel di blog ini adalah tulen dan kualitinya, korang tentukan. Ianya akan berterusan, InsyaAllah selagi mampu dan waras otak ini berfungsi.

Kenyataan: Terlalu banyak blog sampah di luar sana (terutamanya dari blogspot), mengambil (copy paste) artikel-artikel di blog ini dan dijadikan artikel blog mereka. Yang peliknya, dia malas nak beri kredit dari mana artikel di ambil, tapi rajin pulak tu tukar sebiji-sebiji nama “KHAI” di dalam artikel dengan nama dia sendiri.

OK Tamat Mukadimah versi amukan Puaka Niyang Rapik dan tiada kata-kata yang lebih indah dari itu. Sebenarnya bukan apa, tadi masa Khai merajinkan diri untuk join satu web projek anak tempatan kita, Geng Blogger, saja usya apa yang ada dulu kat website tersebut. Apa yang paling menarik minat, tentunya diruangan “artikel paling popular” lah kan? Terus klik artikel yang No 1 kat situ. Masuk je sebuah blog ni dan baca ayat pertama je, Khai dah kenal itu ayat yang Khai tulis. Baca sampai separuh, rasa nak muntah darah dan nasib Khai tak baca sampai habis kalau tak boleh kena demam terkejut. Artikel tersebut adalah copy paste dari artikel Khai yang bertajuk, “Teknik meningkatkan trafik blog yang dijamin berkesan“.

Kemudian Khai cuba baca entri-entri lain dalam blog tersebut, boleh dikatakan hampis semua (sebab entri pun tak banyak) copy paste dari Justkhai. Kalau niat mereka tu nak copy paste bertujuan untuk berkongsi ilmu, berilah kredit asal pada pemilik artikel. Bukan susah mana. Ini kasi kredit malas, tapi pergi tukar nama “KHAI” kepada nama blog sendiri rajin. Dan nama blog tersebut adalah “justtherangers” di mana confirm’lah, nama pun saja nak lebih kurang. Samalah macam fenomena “OH!” yang tiba-tiba melanda Malaysia. Bermula dengan OH! Bulan, Oh! Artis, Oh! Tidak dan macam-macam lagi, tiba-tiba semua orang nak buat website ada nama “OH!” dan yang tak tahan, sengaja buat interface warna dan logo, ala-ala warna OH! Artis untuk biarkan orang ingat web dia tu pun satu geng dengan OH! Artis. Apa punya chelaka la perangai kan?

Berbalik kepada blog plagiat tersebut, perbuatan tersebut kalau di dalam dunia nyata, samalah macam orang bodoh sombong, curi hak korang secara terang-terangan. Korang ambil masa berbulan-bulan buat research untuk melihat hasilnya menjadi atau tidak kemudian dengan ikhlas berkongsi apa yang koran tahu kepada semua, tiba-tiba ada yang lain tak sampai masa 1 minit copy paste artikel korang then claim itu artikel yang dia keluarkan. Lepas tu boleh jadi top artikel pulak lagi. Korang nak berdiam diri?

Tiada salah menggunakan Blogspot dalam berblog tapi yang membuatkan Blogspot ini berada di dalam standardnya sendiri adalah kerana lebih banyak blog plagiat dari yang benar-benar blog. Maklumlah semua orang boleh mempunyai akaun blogspot bukan?

Bukan apa, dalam hidup Khai, dah banyak sangat jumpa blog-blog dari Blogspot yang copy paste artikel dari blog lain dan claim itu artikel mereka. Almaklumlah Blogspot tu percuma dan nak buat beribu-ribu blog pun boleh kalau rajin. Tapi kalau rajin copy paste artikel orang lain dan claim artikel sebagai milik sendiri, ape maknanya? Oh, come on. Hidup hanya sementara.

Dan jangan rasa Blogspot tu, orang tak dapat detect siapa owner’nya. Kalau tak mampu nak detect, tak tertangkaplah Aduka Teruna dan beberapa blogger lain yang melakukan jenayah ringan atau berat melalui Blogspot dan online di mamak berdekatan. Bagaimana, korang tanya sendiri dengan ahli risik’kan Malaysia.

Eh tolonglah, boleh dikatakan kebanyakkan artikel berunsur ilmu di Justkhai ni, dikongsikan secara percuma dengan hati terbuka. Berjam-jam masa digunakan untuk perkongsian (research n development). Tapi kalau wujud orang-orang yang macam ni, susah lah kan? Dari niat ikhlas dah jadi lain.

Isu plagiat di blog kat Malaysia ni pun dah boring diperkatakan. Tapi blog-blog plagiat ni selalunya tidak akan bertahan lama. Kalau dah buat kerja macam tu, insyaAllah tak berkat punyalah. Tepuklah dada tanyalah iman.

Thanks Kak Jie!
http://gengblogger.com/thread.php?t=1162

Update: Artikel di blog tersebut telah dikeluarkan dan permohonan maaf telah diberikan. Jangan buat lagi ya?!! Dan harap jelas “blog sampah” yang dimaksudkan adalah “plagiat blog”. Dan tidak pernah terniat nak tujukan pada sesiapa yang tidak berkenaan. Tolong jangan salah erti’kan maksud entri ini.

Ditulis pada 7:23 AM 9 March '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 5,189 views | Dalam kategori: Blog, Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

150 Comments

Comment by Kujie
2010-03-09 07:29:12

Berita hangat pagi ni Khai… Kak Jie dah create thread kt GB untuk kes ini….

Plagiat post blogger top..dah sah2 pembaca tegar dia ramai, boleh kenal gaya penulisan seseorang.

Guna blogspot tapi bagi tutorial wordpress siap plugin bagai..huhuhu…

Comment by arnamee
2010-03-09 10:33:26

Salam khai. Anem terbaca semalam,”macam khai lah dia tulis”- tapi Anem takde nk tegur terus, baru nk tanya harini kat khai, terus khai dah post entri ni.huhu.adeh, kalo bgi kredit takpe gak. ni knon2 dia tulis, segan la if jadi dia, buat malu blogspot yg mcm daku shj.huhu. Ingat senang, nak smpai tahap sekarang,kena bertatih2 dulu beb ;p

*tetap baru dalam wp.
p/s:good job kak kujie ;D

 
Comment by Azah
2010-03-09 10:47:19

gengblogger? taktau nk kata apa laa..
huhu…

 
Comment by abdfatah
2010-03-16 15:53:20

lawak laa… guna blogspot pastu citer pasal wordpress…. hehehe

gua pun ada blog copy paste… hehehe

 
 
Comment by syin
2010-03-09 07:31:27

” Kepada pencipta website Geng Blogger, projek anda rasanya akan lebih baik jika disertai para blogger yang benar-benar blogger. Bukan blogger copy paste. ” – ayat best ni…hehehe…

skejap je dah siap posting…mantop la bag khai kita ni…xpe khai, org dapat menilai sejauh mana posting dari kita sendiri…tu nk cepat feymes la tu duk copy paste entri blog org..haha..
:p :p

Comment by syin
2010-03-09 07:35:19

hahaa…bersemangat aku buka blog tu…kaw-kaw ayat komen khai bagi…..haha..kasi lebam muka sama dia..

Comment by lizz
2010-03-09 16:18:13

erk. macam kena pulak ngan entry aku kat blog pengupas jalanan ek? huhuhu. inilah contoh yg terbaik untuk entry aku tuh. huhuhu

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by beliamuda
2010-03-09 07:31:45

nampak baik punya warning ada kat blog tu. muahaha.

tak perasan lak mula2 baca artikel tu ambik dari sini, tapi macam kenal (padahal gambar tu siap ada watermark justkhai lagi.)

plagiat artikel tu satu, pastu takde kredibiliti pulak nak cakap pasal trafik.

 
Comment by Lee
2010-03-09 07:33:48

sabar je kai, kasi repot je..
kalau ader innity,adsense,nuffnang….
lagi senang, aku penah wat dulu…hehe
org nak jadi blogger, dier nak jadi blogger, ๐Ÿ™‚
tapi mencuri….. ish3

 
Comment by Scromix
2010-03-09 07:40:14

rilek bro.. dlu aku pon rasa bengang gak. tp bila fikir2 ramai yg buat keje mcm nie musti ada sebab dan yg paling gembira itu menandakan web kita ni popular , right? ๐Ÿ™‚

bwk bncang baik2… jgn smpi saman 2 juta plak! haha.
kalo nk saman , nk join gak.. 8)

Comment by ayong_qiela
2010-03-09 07:49:42

tapi kan, popular tu satu hal, tp plagiat tu yg tak siok ooo~ huhu~

 
 
Comment by AMR
2010-03-09 07:42:28

Panas2.. Benda camni memang lama dah berlaku.. Sekali dia mengamuk, ambik kau.. Haha.. ๐Ÿ˜€

Memang dasar plagiatisme… ๐Ÿ˜

 
Comment by ayong_qiela
2010-03-09 07:44:00

susah la kalau entry nk copy paste, tk gune la ade blog. blog idea kite, olahan kte, tak paham manusia mcm ni kadang2~ huhu~

 
Comment by Kreuger
2010-03-09 07:46:36

tension gak jenis plagiat ni. macam haram. lagi mencik kalau artikel yang di cilok tu tutorial.. lagi la gampang. penat dowh crop image.. taip karangan tutorial… upload images… taip pon dah nak dekat 4 5 jam.. lepas publish ade plak kutu yang copy paste dengan gambar-gambar yang ade watermark sekali. macam celaka. pemalas betoi la.

 
Comment by Nasrulz
2010-03-09 07:57:50

ade juga yg malas nak menaip nie..,asyik copy paste jea..hampeh btul..aku pun guna blogspot..,tapi x penah la copy paste lagi dari blog org yea..,bagi khai..,sabar jea la..,itu la ujian bagi org yg popular macam khai.. ๐Ÿ˜‰

 
Comment by zelo55
2010-03-09 07:58:55

okla khai…
ak mitok maap…
xbuat dah pasni..
eh…terperasan plak..
wawawawawaaaa…

Comment by cik epal
2010-03-09 13:54:16

menggelabah. hahahaaha ๐Ÿ˜€

 
 
Comment by joegrimjow
2010-03-09 08:04:30

sebelum tido di kejut dengan benda camni
hehe
macam2 da sekarang

eh
yg pasal review dulu da ada pemenang ke?
yg rm 50 untuk 3 orang tu

Comment by Khai
2010-03-09 09:13:09

Belum sempat check.. komen terlampau banyak.. Hehe, akan datang dalam entri seterusnya..

p/s: kena upah orang tolong check’kan ni.. leh rabun mata.

 
 
Comment by menteil
2010-03-09 08:09:58

huhu.. dulu pun banyak artikel aku di copy paste.. secara 100% ataupun diedit serba sedikit.. memang naik hangin.. yela.. kita penat2 taip n berfikir dia pakai mark n copy jer.. tapi lama2 aku biar jer.. tak larat nak marah.. cuma bagi peringatan kat tuan punya blog.. pastu hebahkan macam ko buat nie.. huhu… (tapi tak sampai buat entry =P)

aku rasa semalam aku dah masuk blog tu.. patutla aku rasa macam penah baca.. penat aku pikir.. tapi tak dapat.. haha.. rupanya dari blog ko.. =P macam mana la aku tak perasan yang no 10 tu.. huhu..

so.. senang jer.. kasi kutuk :o: .. ish! jahatnya aku..

 
Comment by MQ
2010-03-09 08:24:50

salam, hrmmm buat penat je tgk blog tu khai sbb kat blog khai dah ader semua…..buang masa ja…..

pembaca dah matang, dah tau nak menilai antara emas gan suasa…. :choler:

 
Comment by yanmie
2010-03-09 08:31:54

pagi tadi masuk blog tu..1st perenggan dh agak tu entry khai..haha.. ๐Ÿ™‚

adoii kot yea nak sharing pun bglah kredit kat tuan pnya blog, bkn main susah lagi tuan punya tu pulas sana sini ayat, alih2 ada plak org copy je tanpa memberikan kredit…huhuhu

yg tak tahan komen khai kat sana..tu bdk tu mesti xleh nk tido tu ๐Ÿ™‚

psstt!! lg kelakar mcm yg kakjie kata tu ‘Guna blogspot tapi bagi tutorial wordpress siap plugin bagai’….haha, klu tnya pasal wordpress agak2 dia tau tak?? ๐Ÿ™‚

 
Comment by Khairi
2010-03-09 08:35:48

Aku nak wat blog aku ‘JustKhairi’ lak aarrr… musti gempak hahaha.

Err… GB takleh ban ke profile blogger tersebut? Boleh kot.

Perkara mcm ni sgt tak best. Walaupun blog aku takde orang nak plagiat, tapi bila aku cuba bayang bayangkan, ish, mmg tak rasionallah.

Baca yang original, beli yang original! ๐Ÿ™‚

 
Comment by akma
2010-03-09 08:44:17

tu deh….maghah boto khai.. hambik kau

 
Comment by razis
2010-03-09 09:00:08

Wah ini bukan cobaan..ini betul2…
Kpd yg nak copy orgnye post tu, at least bgla kredit.
Letak link original banyak2. Brla hati org pun xmeluap2.
tol tak otai2 blogger?? :bloody:

 
Comment by blowie
2010-03-09 09:20:01

bodoh gile, ini baru ler beloger cap ayam ๐Ÿ˜›

 
Comment by lalock
2010-03-09 09:53:30

salam,

1st time komen disini.
teruja bgn2 pgi nmpak just khai kt GB. ๐Ÿ™‚
tp x sangke plak entry yg sy bce tu dicopy sebijik2 dr justkhai.cesss!!hampess tol.. :choler:

nway salam perkenalan.sabar ye. ๐Ÿ™‚

 
Comment by Liyana
2010-03-09 09:55:08

hee org popular mcm ni pn kene plagiat confirm mengamuk inikan blogger kecil kecilan mcm i T______________T

nak buat cane, kalau ada depan mata memang dh tumbuk dh. :beurk:

 
Comment by ismail noh
2010-03-09 09:55:38

Hahaha~ siapa lah orang itu? ๐Ÿ™‚
Sabar Khai, hentam sama dia ikut prosedur. ๐Ÿ˜€

 
Comment by cikgu jai
2010-03-09 10:01:07

tapi sapa yg rajin dtg justkhai ni mesti leh trace gaya penulisan khai…. ๐Ÿ˜†

 
Comment by miyuqiu
2010-03-09 10:08:26

gile kesian owner blog tu kena tibai, haha..:)
aku pun gune blogspot jugak.. jangan la berkate begitu khai.. =(

 
Comment by sweet.ants
2010-03-09 10:16:46

owner blog tu xtau undang2 ber-blogging kot..ish siannyer dia…
:((

 
Comment by lazaac
2010-03-09 10:17:16

pergh.. bdak2 zaman skrg… perangai mcm setan… plagiat la, meramas la… merogol la.. ishk3x… nak traffic free, tapi cara harem… sumpah tak berkat… huh.. :p

 
Comment by zik
2010-03-09 10:19:36

Sabor khai… isu ini memang ada dah lama… kalau nak amik tuh..pandai2 le edit..kalau dah tak boleh nak edit.. just bagi kredt kat khai sudah… kesian khai… tup2 budak tuh dapat entry paling fofular.. grrr :p :p

 
Comment by nursarah
2010-03-09 10:24:10

bak kata tagline rancangan bang2 boom “takde pasal, cari pasal”. hahaha.!

 
Comment by AkuTypo
2010-03-09 10:25:52

=( aku guna blogspot..tak mampu nk ada hosting sendiri.. adakah aku dibenci?
hehehe.. biasa lah khai… aku klik topik tu smlm ada pasan gak mcm pernah kenal tajuk ni.. tu yang aku klik.. rupanya sah mmg source asal dari ko punya.. satu lgi byk source copy n plagiat ni kt blogged.my.. adeh..pun sama gak.. :p

 
Comment by zaza
2010-03-09 10:31:17

wah! entry panas arini! berapi2…sabar khai. 8)

 
Comment by alang_khai
2010-03-09 10:32:02

huhuh faham sgt perasaan ko tu.. bila kita usaha keras.. perah otak.. cari idea.. tetiba org dok syok tunggu, copy dan paste! arggghhhhh… fahamilah bahawa semua org tidak suka di cetak rompak.. !! :o:

Comment by alang_khai
2010-03-09 10:38:14

sis sendiri pun guna blogspot.. even hosting sendiri .com ada tp dh biasa senang dgn blogspot di samping time tu menci dgn kita hhehe.. takde masa nk update yg .com tu khai hehe..
.
sis phm maksud khai. Khai tak salahkn kita yg guna blogspot ni.. or memandang rendah pun kita tp pada org yg nk menjana income dgn cetak rompak org lain pya hasil dan dgn blogspot yg free pulak tu.. nmpk sgt la kesiannya itu orang lor.. cuma byr internet or cc ke.. then dpt income hasil titik peluh usaha org lain yg kena korban masa, duit , tenaga etc.. lor! tak ptt tak ptt.. sis yg blogspot free ni pun .. org dok cedok pun pya leh rasa hampas! ni kan pulak khai yg kena byr hosting ting ting tong!
:love:

 
 
2010-03-09 10:35:33

Khai..
Jangan mengamuk..rilex..
Orang tahu mana yang paling ORI..
Zaman sekarang, nak dapatkan trafik memang susah..!

 
Comment by ejam
2010-03-09 10:52:12

“Samalah macam fenomena โ€œOH!โ€ yang tiba-tiba melanda Malaysia. Tiba-tiba semua orang nak buat website ada nama โ€œOH!โ€ then buat design ala-ala warna OH! Artis. Apa punya cilake la perangai kan?”

ah tidak…aku pun terlibat gak dgn fenomena oh ini…tp OhMelaka jer pun…xde kaitan dgn artis2 dan tiru theme ohartis…lagipun aku dh mintak persetujuan kau kan kat twitter…kan…kan…hehe

semoga khai terus sukses, lagipun org yg jenis copy paste ni tak lama…

 
Comment by ..ein..
2010-03-09 11:00:19

hampeh nye blogger…wat malu diri sndr je bila dah kantoi…tau nak senang je…copy then paste…then editt nama…adoooii..nape la nak wat camtu…guna la pemikiran sndr utk taip entry…ni mesti kes nak trafik tinggi…

*khai, dia jelles dgn kamu tu..tu yg dia tiru kamu semua nye…

 
Comment by Zairul
2010-03-09 11:08:55

Bese la Khai.. tab gitar yg aku buat pun dah banyak kena cilok tanpa kredit.. sabor je la =(

 
Comment by Meow
2010-03-09 11:46:23

haha…ada lagi manusia cam ni…hidup atas hasil orang lain..

nak tiru entry dr khai yg banyak peminat, mestilah dapat kesan…

apa salahnya letak kredit kepada owner dia….rasanya xda lah khai nak marah2 kan..

aku rasa dia tu ada udang di sebalik meggie ni…dia nak kelentok orang utk orang beriklan dia situ kot..

ye la…try tgk entry nuffnang of nuffnang tu, kan ciplak jugak tu…

 
Comment by ishak
2010-03-09 11:51:15

khai theme aku ada ciplak iras-iras theme blog ko,ko tak kisah ke khai..? ko kutuk aku sikit khai heheheheh

 
Comment by y0ng
2010-03-09 12:34:16

sabar ajelah khai… kita kena pk positive ckit… ni menunjukkan yg hasil karya khai tu berkualiti n ramai peminat… biasalah tu org sampah2 camni suka amik kesempatan ats kesusahan org lain…

 
Comment by eiyda
2010-03-09 12:36:04

huhuhu…sangt annoying lah… :aie:
ni kes mls nk menaip ke xder idea ke saje2 wat blog..tp xtau..n than cilok org punyer…huhu..dah la xbg kreadit..siap dapat entry paling fofular tuh..perrgghh…sangt sangt lah teruk..n memalukan..huhu…

 
Comment by smaelz83
2010-03-09 13:03:49

Aku meniru pon aku letak kredit.. x pon alih bahasa ke bahasa lain… dan still bg kredit kat penulis asal..

p/s: aku pon blogspot user gak..

 
Comment by aizuddin
2010-03-09 13:31:03

patutlah aku baca..ayat mcm sedap semcm..igtkan sengaja nak letak watermark justkhai..mungkin dy tak pasan kot..huhu :bloody:

 
Comment by HelmiFairuz
2010-03-09 13:32:19

Kalau guna blogspot, Flag je khai…

 
Comment by Eriyza
2010-03-09 13:33:41

Khai takkan ada galang gantinya walopun kat luar sana ramai bloggers yg ingin jd spt Khai. Kekadang sesama blogspot pun depa tiroo tutorial tp kupik (kedekut) nk bg kredit.

 
Comment by Daus
2010-03-09 13:40:08

hihi, ramai yg cakap aku suka plagiat, sebenarnya tak pon… blog JustTheTaik tu blog taik kuceng je tu… Lebih baik tutup je lagi senang… :bloody:

Pssst: dah la amik gambar org negeri aku, of course cik Heliza…

 
Comment by tenteraangin
2010-03-09 13:44:52

bos, apa lagi, letak la function right click disabled !!!
Marah ni… dulu ada jer orang plagiat blog aku!!!

Comment by Melz
2010-03-09 14:00:46

Bro no right click disable ? Rofl useless

Musang Berapiยฒ
Tools > Options > Content > Unclick Enable Javascript ๐Ÿ˜‰

To Khai , Sabaq na aku tau benda nie sangat bikin panas .
Tapi takbest lak nak salahkan Gengblogger . tuh jer la kot akunyer comment .

Kepada penulis lain . Takmo la plagiatยฒ nie . Bikin entry sendiri baru mantap okeh !

Cheer
Sekian Melz .

 
 
Comment by cik epal
2010-03-09 13:52:12

jangan la saman saya. tolong lah saya tidak bersalah. wakakaka. over pula.

rileks bro. chillll. jom lepak mamak makan tosai dulu ๐Ÿ˜€

p/s: blog ni memang best. ramai yang masuk. mesti kalau orang curi artikel mana mana sooner or later kantoi punya la. thanks to kak jie ๐Ÿ™‚

 
Comment by apis
2010-03-09 14:34:11

huh.betul tu.apebile sampah melakukan pekerjaan yg sampah,maka sampah lah yg die patut makan.hahaha… maka,visit lah blog aku.huhu… khai,bile nk dtg utp lagi?

 
Comment by Eldy
2010-03-09 14:53:28

Giliran bro dah smpai xD bulan lepas gua pun kena :p Tapi benda ini mmg xkan habis gua rasa, orang yg x tau menghormati tu boleh ada di mana-mana saja :love: erm, yg penting kita perlu byk sabar ~

 
Comment by Bean Moreno
2010-03-09 16:19:29

ok simple je bro…dalam blogging kene cool,kene positif…Even orang tu salahpun jangan sampai kita kasi perkataan yang tak sedap didengar.Kata Oh!Islam…Mungkin dia tak de idea so maafkan je dia…

So chill bro!!! ๐Ÿ™‚

 
Comment by Amir Zones
2010-03-09 16:22:42

aku ada baca blog tu.. x perasan plak artikel diplagiat dari blog khai.. sbb pernah tbaca 1 artikel kt situ. mmg mantap penulisan’nya’…. maca baca, agak kagum r ngan si ‘penulis’… tp bila tgk artikel2 lain, mmg sah ditiru bulat2 dari justkhai…

 
Comment by Mus
2010-03-09 16:38:41

kesian si plagiat tu..
kalau tiada idea..
pos jer lirik lagu ker..

Comment by Nurul
2010-03-09 16:53:18

hahaha, nice one :p

 
 
Comment by Omar
2010-03-09 16:56:57

hmm…kalau nak plagiat sangat…suruh jer dia buat post pasal lirik lagu..settle masalah…

habis ko dah saman ke budak tu?

 
Comment by waneechombi
2010-03-09 17:21:33

konpem2 khai boleh saman je budak tu..sbb budak tu tak kate pun “jangan saman saye,saye orang susah”…ahha…

ape tunggu lagi khai? ๐Ÿ™‚

 
Comment by Wan Perlis
2010-03-09 17:46:35

orang yg terawal komen blog dia ucap terima kasih..ahaha utk sapa sebenarnya terima kasih. boleh saman ka camni.cepat la kaya khai.jd cam artis la ni hehe

 
Comment by Azrul
2010-03-09 18:51:12

salam bro khai..ni first time komen kat sini…

actually saya pun geram ngan blogger copy-paste ni….main copy je…kalu bagi kredit pun takpe gak…

bawak bersabar bro… ๐Ÿ™‚

 
Comment by fira
2010-03-09 18:56:33

sabar khai.
bukan melayu lah namanya kalau tidak plagiat/ copy paste etc.
sama macam kita buka warung. kita jual nasi lemak, esok lusa ada orang jual nasi lemak gak, tapi dia tambah rencah lain , jual sekali dengan cekodok pisang.
mungkin dia sangat mengagumi blog khai sampai tahap nak terikut2,
ala macam budak2 tergilakan miley cyrus, esok dressing pon dah macam miley cyrus.
tapi miley tak cakap diorang sampah pasal income dia sumber dari peminat fanatik.
hahaha. kidding2…chill2…
tahla..maybe orang macam tu, tak boleh jujur dgn diri sendiri kot. dia nak menulis dan ada blog tapi tak tau apa nak tulis. tapi dia pon nak ada blog dan ada response traffik.
camne tuh??

 
Comment by Fazreen
2010-03-09 19:04:52

Pergh..ak lambat plak bca entri ni..ye la bgun pagi kul 6 siap2 g intern skg bru blik..apa2 pn pada korang yg mnggunakan blogspot kononnya menggelarkan diri blogger sila ambil perhatian bila otai blogging dh mengamuk..

aku setuju sgt bila khai ckp “ranking berjuta2 ada hati nak cakap pasal trafik..”

 
Comment by Rokku
2010-03-09 19:20:38

Aku pon penah kene gak..tp blog yang lagi popular copy paste idea dengan artikel aku..lagi power..mcm siot..kasi credit pon tak.. :o: :o: :o:

 
Comment by Ryehanna
2010-03-09 19:48:12

giler…

camni pun ade ke? yg xleh blah tu, gmbr siap ade watermark justkhai.com tu!! bengong!!

kalo aku pn, aku bengang…. tp nasibaik la blog picisan cam aku xde sape nk copy paste pun. ๐Ÿ˜€

 
Comment by DaHLia
2010-03-09 19:56:29

salam justkhai…

heheh klikbaca entry ni sbb tajuk entry ni hampir tersama laks dengan entry sis dulu… Orang Ada Belog, Korang Pun Nak Ada Belog… tapi tajuk, xde masalah apa pun kan..hehe yg penting isi Khai lebih extravaganza mantap laa daripada sis ni…

anyway, sis pun baru je click post pencuri tu…memang 150% hakcipta Khai…huhuh…xlama lagi tutup laa tu blog dia tu… :o:

p/s: salahke blog ku hanya blogspot??? =( kecik hati pengguna blogspot macam akak ni tauuu… :bloody:

 
Comment by are-pa
2010-03-09 20:29:41

budak tu, kalau nak copy paste, copy aku punye entri ma. tapi lau blog aku dah pemes, aku wat cam khai. :8
hoho! marah khai ari ni.

btw, khai, government aku tak sure deorang tegaskan copyright sume ni. tapi kalau ye, ko leh saman ma! kasi 10 ribu, kongsi ngan aku.

p/s: cadangan saman lagi. hahah! ๐Ÿ˜Ž

 
Comment by nadey
2010-03-09 20:59:54

khai……….xrase ke die sje je nk wat awk marah…….
justkhai ..justtherangers…emmm mcm ade motif

 
Comment by Wan Perlis
2010-03-09 21:24:34

loser sejati?
blog aenaz pun kena biskut tawar
tapi yg best bila jadi camni blog brader tu dapat byk visitor dan comment. ahaha

 
Comment by shiMawar
2010-03-09 21:36:17

erm..serius tak paham dgn org yg suka plagiat entri org lain..agk2nye ape yg ade dlm kepala otak die ek..? klu rasa cam sengal sgt tak boleh fikir nk taip ape, meh le mintak kt aku..sbb aku byk jek idea merapu utk dikongsi..haha.. :p

saman die khai, jgn tak saman..nanti kau dah jadi jutawan, boleh belanja kami makan..hoho.. ๐Ÿ˜‰

 
Comment by bom321
2010-03-09 22:17:04

@khai : benda kecik je ni, tak perlu nak besar2kan, suruh je owner blog tu padam je entri kau tu, jgn bagi malu orang lain,
sume orang tak pernah lari dari silap, mungkin hari ni hari dia, but satu hari kau pulak di tempat dia mcmane? kalau kau ikhlas nak berblog bukan kerana populariti, setel baik je ok ๐Ÿ™‚ peace!

Comment by Khai
2010-03-09 22:54:05

tak kena lagi, kecik lah… semua orang pun boleh cakap.. ini bukan artikel bagi malu, ini artikel bagi nasihat. Tapi dah jadi kebiasaan, mana ada nasihat dalam Justkhai ni yang penuh ayat puitis2.. Berani buat beranilah tanggung.

Apa kaitan entri ni dengan ikhlas berblog bukan kerana populariti?

Comment by Roslan
2010-03-10 00:22:58

yup aku setuju..sape nak sampah berleluasa kat malayasua ni..settle baik? lebih baik kasi warning..sbb lately sume byk sampah jer..entri copy paste jer..tak pernah pikir kepaler otak sendiri create..cube la amik cite dari blog org ko olah sendiri..baru ler betul..nak pun bubuh kedit dari sape…ni tak amik terus dari sume blog2 best.. em org tu pun hampir same..spam

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by mohdisa
2010-03-18 23:36:34

haha…tp klu takda ayat2 pedas camni mana org nak faham cik abg oi…rasanya isu plagiat ni dah lama…dah berkurun org tulis jgn lakukan aktiviti plagiat…tp still ada gak…betul tak?

 
 
Comment by H3r0
2010-03-09 23:14:23

Blog yang popular leh di plagiatkan..
Silap banyak la.. xkan xtau khai banyak follower..

Lain cam blog aku… Kalu orang lain copy paste, orang len kata bukan aku punya…

Tapi biarlah berblog dengan hati.. Jangan ikut perasaan utk duit…

Anyway khai, teguran, kadang2 kena kasar.. baru orang paham…

 
Comment by Luth Textile
2010-03-09 23:21:39

kopi paste lg? adehh.. bosan..
kopi gula la baru sedap..

bosanla ada orang belagak pandai nak jadi blogger..
otak ada suh fikir, tapi dia buat cara senang nak raih populariti.

 
Comment by Mr Kamikaze
2010-03-09 23:26:35

Salam..

Byakkan bersabar dan berdoa kat Allah, semoga org yg curi karya bro bulat2 tu mendapat balasannya..doa org teraniaya nie makbul eh..

babay..PeAcE No War!!

 
Comment by marki
2010-03-09 23:33:29

Palagiat dalam pelajaran, palagiat dalam mencipta dan palagait dalam berblogging. Haku pernah buat dan haku pernah terkena .. tapi bila haku dapati usaha sendiri lagi berharga .. haku berusaha membuat sendiri dari meniru ..

 
Comment by Khai
2010-03-09 23:43:15

Salam. Sebelum ada lagi yang lain membuat spekulasi salah faham mengenai entri ini, Khai cuba jelaskan.

1. Penulisan tidak menggambarkan keperibadian seseorang. Dari beribu entri di Justkhai, tidak pula disebut dan digambarkan soal peribadi, tetapi bila wujud entri emosi begitu, mulalah soal keperibadian disebut.

Mengenai soal “sampah”, bukan kerana blog dia x popular dan baru dia digelar blog sampah. Apa yang sampah adalah SEMUA (diulangi SEMUA) entri di blog tersebut adalah copy paste. Jika bukan dari Justkhai, dari blog-blog lain (ianya telah dibuktikan). Bukankah itu boleh dikategorikan sebagai blog sampah? copy paste?!!! Dont get it wrong.

Mengenai isu OH, tidak pula dikatakan siapa yang awal-awal membina blog bermula dengan OH tetapi yang diutarakan, tepat kepada batang hidung siapa yang terasa iaitu membina blog berdomainkan OH, dan blog dengan design logo yang hampir sama serta warna yang sebiji (hex code) sampaikan ramai yang bertanya adakah itu blog anda.

Jadi di situ, apa lagi yang dapat anda simpulkan kalau bukan sengaja memperlakukan begitu atas tujuan-tujuan yang dia dan Allah sahaja yang tahu.

Lastly, entri ini langsung tidak ditulis dalam keadaan emosi. Itu memang antara gaya penulisan yang dah wujud sekian lama di Justkhai (which mean orang baca dah kenal). Kalau ikutkan banyak lagi blog lain yang melakukan perkara copy paste ni, tapi mengapa blog tersebut di’highlight begitu sekali?

Blog tersebut boleh dilihat dan dibuktikan, sengaja memperlakukan begitu dengan niat yang tidak baik. Lihat saja pada nama blog’nya dan persamaan yang ada di sana sampai ada yang bertanya adakah blog itu tuannya sama dengan Justkhai? Dan yang lain-lainnya apa yang terjadi, tidak perlu diberitahu umum.

Dan dari artikel copy paste’nya dari merata-rata, blog nya boleh menjadi no 1 top article. Bolehkah anda melihat dengan perasaan gembira?

Mengenai isu soal halal haram yg dikaitkan dalam entri ini, hanya di dalam ruang lingkup pencuri artikel dengan sengaja. which mean samalah sikapnya dengan si pencuri di dunia nyata. Jangan libatkan perkara-perkara yang tidak berkaitan entri kerana anda tidak tahu semuanya apa yang orang lain lakukan dan anda tiada hak untuk berkata-kata.

 
Comment by mello
2010-03-09 23:50:56

salam khai.. lama x komen blog ko.. sempat baca je..huhu
aku dah tgk blog yg plagiat ko tuh..mmg sbijik! kdg2 aku x phm nape ada jgk org yg prangai mcm tu.. dulu dah ada sorang yg plagiat entri ko kan?

papepun, sabar banyak2.. ๐Ÿ˜€

 
Comment by Frantz-Senpai
2010-03-10 00:00:19

Kalau nak copy paste pun, compare la dulu ketulenan tuh.. jangan copy paste straight je.. dah la copy paste, memandai je hotlink pic org.. pengebas bandwith!

 
Comment by miss keroppi
2010-03-10 00:18:21

sabar….banyakkan bersabar.. bak org tua-tua kata, rambut sama itam, ati len-len..inikan pula rambut da banyak bertukar kaler..hehe ๐Ÿ™‚

 
Comment by magsob
2010-03-10 00:37:00

ape punye hayamlah ade jer hayam2 yang nk fofuler care mudah..ish2…tuh yang aku pelek..pasal orang tuh kate tips tambah trafic..blog tuh kate tambah trafic..ish2…potong setimlahh….*** aik..emo plak aku..mane tak emo..banyok kali aku keen bende same jeee..***

 
Comment by zool
2010-03-10 00:51:29

Terasa plak aku bila ko kata pasal fenomena Oh! tu..
AKu buat ohpemandu tapi takdelah tiru cam ko…
cuma tiru perkataan OH je.. tu pun tak berapa ramai nak datang.. huhuhuh

 
Comment by juan
2010-03-10 01:00:15

demm..panjang gilow komen..da jadi isu hangat plak..ramai gila y kondem blog tuh..bodo2 ja kena gam..haha

 
Comment by Alan
2010-03-10 01:08:03

Ilmu kita tak kan hilang kalau kita share kat orang ramai dengan niat yang ikhlas. Bukan setakat tak hilang tapi menjadikan diri kita bertambah-tambah ilmunya.

Comment by Khai
2010-03-10 04:48:39

Kongsi ilmu tu dah kongsi dah. Tapi cara tu yang salah. Penghargaan harus diberi kepada real author..

 
 
Comment by samanosuke_04
2010-03-10 03:24:38

waaa… maksudnya aku sama macho ngan ko la khai.. aku pun kena plagiat gak sebijik2.. nanti aku nak marah2 gak kat blog aku.. hohoho!

sabar jer khai, ko tetap pojaan smue orang, ngahahah!

 
Comment by bhahmz
2010-03-10 03:58:05

huhu..truly, I feel sorry 4 u..

kalo aku nk copy paste..of coz minx kebenaran dulu an..pastu linkkan ke entri 2 sndiri..tp x la sampai org pnye blog 100% copy n paste an..rsenye 2-5% je copy paste, yg laen ori..huhu..

=(

 
Comment by amiera25
2010-03-10 07:12:39

hyep2… baru ingt nk g skodeng blog berkenaan.. sekali dah xdak.. isk2… ingtkan berani sgt… -_-

-my 1st komen-

 
Comment by Azizi Zulkefli
2010-03-10 09:07:38

sindrom copy paste tanpa bagi kredit atau sumber artikel tu dah bnyk sgt kat dunia blog ni. Ni semua gara-gara nak jadi blogger ‘segera’.

 
Comment by qimie
2010-03-10 10:01:07

aku belajar blog dengan khai.. beli hosting pun dekat sini.. kalau emel tanya pasal masalah blog khai tak pernah tak balas, Jadi kesimpulanya khai seorang yang baik hati, secara peribadi mungkin terdapat niat yang tidak baik dalam penghasilan justherangers tu, kalau betul dia newbie xkan mampu dia nak buat semua tu.. aku rasa le…

 
Comment by onetrg
2010-03-10 11:00:52

marah betol ko khai,ha3 kalau aku pon aku marah..aku mengaku blog aku pon copy n paste gak tapi aku biasanya bg kredit blog yg dicopy 2..rase2 ko khai salah x cam2..?

 
Comment by onetrg
2010-03-10 11:07:43

marah betol ko khai,ha3 kalau aku pon aku marah..aku mengaku blog aku pon copy n paste gak tapi aku biasanya bg kredit blog yg dicopy 2..rase2 ko khai salah x cam2..?
ape-ape pon ko mmg smart…blom penah jumpe blog sehensem n seterer justkhai ni..

 
Comment by IzwaN
2010-03-10 19:42:55

xpe khai..
apa2 pon…u hv ur own follower…
keep it up dude!!

 
Comment by marilynn
2010-03-10 21:18:17

okay, you people are gonna bash me for this, and Khai, I am not on anyone’s side.

I tak sangka your reaction will turn out to be like this. Have you ever thought, yang si dia copy paste your article is because dia admire your work?

Lagipun, what are you going to lose, kalau dia copy you atau tak. Traffic you tak terjejas, masih dapat revenue lagi, blog si dia pun tak la famous sangat, so apa yang kecoh?

And ini kan internet, di panggil WORLD WIDE WEB. Normal la bila ada je orang nak tiru you. And you said, this blog is meant to share knowledge, etc etc, so, you should be flattered when someone helps you do your job. Melainkan you marah sebab ada orang lain try to “curi” your blog traffic, and you feel insecure, but that’s another story.

Khai, you’re a very talented blog writer. It’s just sad that you have to degrade other people like that. You punya loyal reader tau mana satu ori mana satu tak. So you rilek jer la. You kutuk2 si dia tu, you dapat aper? And then apa bezanya you dengan si dia, dalam entry ni jer you dah habiskan masa kutuk hanya pasal tu, dia plak habiskan masa copy paste article you, dua dua tak datangkan hasil.

His blog won’t last anyway, don’t worry. You dah ada nama dalam dunia blogging kat Malaysia, tak yah risau la. Cuma one last piece of advice, kalau you nak your readers to stick to you, jangan la keluarkan entry emotional. If si dia tu tak menggugat Khai, tak yah la gelabah.

๐Ÿ™‚ Good luck.

P/S: I takde niat nak menyakiti hati sesapa, comment ni ikhlas, it’s up to you to judge.

 
Comment by RespectOftheJustice
2010-03-10 22:53:31

inilah dipanggil dunia akhir zaman…asyik ske nak menghukum org je,try ar bagi advice ker,org macam die tu xpatut diperlaku acam tu..bagi advice jer ar…lagipun aku jenguk blgo die skrg ni,die dah dlete n mintak maaf utk admin blog ni,so ape yang admin blog ni nak lagi ? nak terus kutuk die dgn wat entri macam ni…

– u kena ingat,Allah adalah Maha Pemurah dan Maha Pengampun….Dia xske kalau kite permalukan peribadi seorg itu wlpn die just wat a few little mistake…just forgive him n all this things have been done bro… 8)

 
Comment by Ijoey
2010-03-11 01:12:39

ape kejadah pegi buat entri camni,kalau ye pun die tu salah,xpayah la buat entri macam ni,ni dah kire mencemarkan maruah die..ko tahu ape hukum mencemarkan maruah org ?
berdosa besar dan dosanya sama cam bunuh org…

aku setuju dgn respectofthejustice,kalau die wat salahpun xperlu hukum die wat entri camni,ko tu blogger popular,kang tak pasal2 ko kena boo jgk nnti pasal xpandai solve problems…

admin justtherangers tukan dah mintak maaf…ape kejada ko post entri mcam ni,ko xtahu hukum dosa pahala ker …

anyway kerana mulut badan binasa,so pandai2 lah berblogging lepas ni

wslm

Comment by ishak
2010-03-11 07:46:04

aku rasa khai tertekan kot,sebab susah nak dapat idea update blog,aku tengok khai pun dah jarang update blog..khai boleh tak ko tulis toturial tentang pemasangan plug in wordpress pada blog ? macam plug in wp post view tu,ada gak plug in yang agak susah dipasang,ataupun ko buat toturial mengubah theme ke…please khai

 
Comment by Rust_Noel
2010-06-05 05:14:52

respectofthejustice ngan joey………… apsal IP sama….hehe ๐Ÿ™‚

 
 
Comment by e-liex
2010-03-11 04:56:38

ades.. lambat bc.. x sempat nk bc ur komen kat blog tu..huuu

at first, kina rase cam tak patut jek khai buat entry camni.. cam entry taufiq mansor tu. yela, bak kate respect of juztice & joey ni, cam memalukan org tu.

tapi, bila kina masuk blog justheranger tu, even dier da delete sume entry, tapi ayat entry terbaru dier, x macam insaf atau menyesal pun. mintak maaf sekadar cakap ‘maaf’. yang taufiq mansor tu ye ye jek punyela ayat sadis gle dalam entry loser tu, tapi kat justtheranger kat cbox stil kutuk2 khai x insaf ape pun.
kesimpulannya, klo jenis org camni, mmg better di exposekan. baru sentap sket. klo setakat tegur suh mntk maap, comfirm xlayan. dah malu camni, baru la terhegeh2 mntk maaf. tu pun, belum tentu ikhlas and insaf nak berubah

 
Comment by ejardkethot
2010-03-11 07:31:22

huuuuuuu…ini la satu sbb sy x buat blog..tkot blog sampah !!~
huhuhu..lebeh suka baca blog org..pastu promote blog org!!~ agagagaga…khai….jgn jual kt ebook..kalu x..mmg x dpt la ejard nk bca..tutorial free..sobs sobs..

pada pencurik!!~ kau silap la kacau khai…..terimalah padahnya!!~ wakakakkaka…khai ngamok dh ni

 
Comment by ishak
2010-03-11 07:39:51

Khai..dah lah tu khai,buat toturial lagi khai…..,ko pasang jer plug in untuk susah orang nak copy paste tu,abis cerita khai….nanti tahulah tuhan nak balas,kepada manusia curi artikel macam tu

 
Comment by x-po
2010-03-11 09:10:57

dia dh delete entry yg dia copy paste, ko xnk delete gak ke entry ni bro? hehe

 
Comment by yana
2010-03-11 10:19:42

khai, apa nak pelik kalau orang copy paste artikel dalam blog anda, anda pun ada share benda pirate gak macam activation key tune up utilities dan 7 loader.

Tak tau la anda cakap begitu sebab prinsip atau sebab ianya merugikan anda. kalau sebab prinsip, mesti apa yg anda buat adalah apa yang anda sendiri cakap, tpi nampak sangat apa yang anda cakap adalah berdasarkan untung rugi sebab saya ingat lagi xkesah nak pakai windows yang pirate sebab bill gates dh kaya.

Kesimpulannya, kalau ikut apa yang ada cakap macam artikel kat atas, anda dan keturunan anda juga adalah keturunan sampah.

Comment by vidic
2010-03-11 13:10:29

kantoi la JustTheRangers.
nak nyamar tapi still luahkan perasaan. wakaka. ko mmg sungguh klaka. ๐Ÿ™‚

 
 
Comment by Budak Mantap
2010-03-11 13:34:07

perghh..mmg marah abis nampaknye..tp khai marah mmg bersebab..dah gatal tangan nk buat blog pandai2 la cari bahan sendiri..kalu nk ambk bahan org lain pon bg la kredit
mcm xreti nk wat keje je…
kalu aku malu la..mujur aku xde blog..hehe

 
Comment by Bam
2010-03-11 19:02:08

Kepada Yana,
Lawak la komen ko
Plagiat dengan Kongsi lain makne dia sayang oii
hahahaha

 
Comment by Bam
2010-03-11 19:06:19

Kepada Khai,
Nape akhir2 ni ko lebih emo berbanding dulu?
Dulu entry ko lebih matang berbanding sekarang
Ko bz ek skang ni?

 
Comment by zool
2010-03-11 19:07:09

aiyooo.. abg khai da mara.. x tahu..

Comment by zool
2010-03-12 10:39:27

Eh nama serupalah….
Nanti kita buat pertubuhan manusia bernama ‘Zool ‘nak??

p/s :- Sori Khai.. Lari tajuk..

 
 
Comment by Khai
2010-03-11 19:37:51

yana, ko ni paham entri ke tidak ni? hahahaha

 
Comment by Khai
2010-03-11 19:41:24

RespectOftheJusticec & Ijoey, x payah la tukar2 nama kalau nak kasi komen.. IP anda berdua tetap tak berubah. Entri ni wujud dahulu sebelum entri di sana wujud. Dan apa yg mencemar maruahnya? Mencemar maruah blognya yang sampah itu ada. Cheers..

 
Comment by Amar Amirah
2010-03-11 19:51:45

saya rasa dia dah tahu apa salah dia…siap betulkan nama dan location dia sebab yg khai kasi tuh salah. ok lah tu, berdamailah. Tak elok benda ni dibiar lama2.

 
Comment by QeMa
2010-03-11 21:32:25

OMG~ aku baru je bg kredit kt pemilik blog yg dimaksudkan. bleh tgk kat post aku tajuk Sekali lagi @ http://eznysa.blogspot.com.

Rupe2nye salah kdt la pulak. ๐Ÿ˜† Aku xtau plak tu artikel khai. btw, sorry & nnt aku update dat entry dgn kredit yg btol.

 
Comment by waneechombi
2010-03-11 22:57:41

setuju ngan Bam… memang wajarlah untuk khai rase bengang…tapi rasenye lagi elok klau rase bengang tu disalurkan dengan kate-kate yang lebih kepada sindiran n bukan kate-kate berbentuk caci maki… barula nampak lebih matang….so, takdela nampak cam perempuan tengah period kan…huhu…

ni cume pandangan…klau rase tak setuju pun takpe…
ok khai? teruskan usaha! chaiyok!!~:)

 
Comment by sero
2010-03-12 10:19:31

makin aku nyampah dengan si “kopipes” ni… wpun aku bukan khai n entri ditujukan bukan kepade aku… tapi aku pulak yang sakit hati membacenye, ini ke gaye org yang insaf?…

mcm la superstar nak malu kat org2 lain… baikla malu kat tuhan beb… ๐Ÿ˜

Good Job Khai!

 
2010-03-12 18:13:10

just kasi kredit kepada tuan blog artikel / blog adalah perkara yang mudah untuk dilakukan….

 
Comment by syah
2010-03-15 03:10:04

the blog that mention dh takder asenyer.. =.=’

 
2010-03-15 14:35:05

hadoi macamยฒ la citer.. nasib blog tu dah tak de.. kalau tak leh tengok korang maki dia kat sana. hehehe..

pape pun khai.. live blog bila nak update.. hahahah..

 
Comment by NURZAMAN BIN ABD HAMED
2010-03-15 18:51:38

AKU MINTA MAAF JUST KHAI.com(KENA AMARAN-PeNgAjArAn BuAt AkU)

krna pasl copy&paste NAK TENGOK blogspot.com/budakcc.com (blog aku)…l—-JOM BINCANGKAN COPY&PASTE ATAU PLAGIAT…..TIME TU AKU NEWBIE …biasalah baru bukak blog..TP aku biarkan blog tu…malas nk update(BKN ORG NK TGOK BLOG GUA-SAJE SYOK SENDIRI BUAT BLOG)…TD BUKAK JUSTKHAI.COM …PERGH SEDIH SIOT….WALAU BUKAN AKU…TP “HATI GUA PANAS BEB”(SBAB GUA ORG YG KDUA TU) DISINI SAYA PEMILIK “BLOG SAMPAH”(NK TAHU PEGI JUST KHAI.com) Blogspot.com/budakcc.com MEMINTA MAAF ZAHIR JUGA BATIN TERHDAP JUSTKHAI.COM P/S THERANGERS LAGI TERUK(JGN SAMAN GUA ORANG MISKIN)-KOT2 JUSTKHAI ADE KT YOUTHSAYS.COM—JOM BINCANGKAN ISU COPY&PASTE ATAU PLAGIAT DAN CARA BINA BLOG YANG BETUL—GUA NEWBIEEE————-COPY KAT YOUTHSAYS.COM—COMMUNITY—(GUA PUNYE) —PEMILIK BLOG (Blogspot.com/budakcc.com)”BUDAK BARU BELAJAR” “BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH” (PLEASE KHAI TOLONG MAAFKAN ….EMELKAN KAT AKUBUDAKCC@GMAIL.COM KALAU ADE PEPEHAL)GUA Subscribe KHAI DAH LAMA….SEKIAN -PENGAKUAN SEORANG PEMILIK BLOG YANG MENGAKU SALAH- =( =( =(

 
Comment by mohdisa
2010-03-18 23:30:18

ayo…khai dah mengamuk…amukan naga pink…hehe…apa2 pun betul apa yg dikatakan oleh ko bro…ptt blogger tu respek dgn blogger lain…kalau nak plagiat tanpa kredit baik mati la…ades…susah betul la dak2 skg ni…

 
Comment by Aby RAd
2010-03-21 00:06:33

Aku pelik btul la..byk sgt org guna nama OH skrg. dah jmpe ohmisteri, ohmelaka, ohdawie. ni lg 1..dah la guna oh..guna dawie plak..pastu emel dawielp. 1 signature dia justdawie.blogspot..korg jgn plak igt ni blog aku ek..aku slalu guna nama dawie+LP sblm ni..ni dah mcm gabungan aku dgn khai plak. sape la owner web tersebut..mgkin kebetulan je kot nama camtu~

 
Comment by pawaka19
2010-03-22 23:30:15

aku juga penguna blogspot..jgnla sebab nila setitik rosak susu sebelanga..

saya tengok khai macam da lupa daratan.sebabnya..

1) suka memperaga barang yg baru dibeli hasil dari duit blog cth:tv plasma samsung dan ps3

2)tidak mengendahkan perasaan org lain.cth menghina kami pengguna blogspot.

3)suka menghentam dan mengaibkan org di blog.

dan oleh sebab itu sy sudah muak dengan justkhai…mungkin khai tak kisah sebab sy seorang yang muak membaca blog khai..ramai lagi masih setia dengan blog ni..tapi terpulang pada khai sendiri.

hanya sekadar nasihat..peace.

Comment by Khai
2010-03-23 20:04:40

Salam.

1. Memperagakan? Sebenarnya itu satu penyampaian maklumat yang sukar anda jumpa di mana-mana (bahasa melayu). Terpulang pada pemikiran masing-masing nak menganggap bagaimana. Apa yang pasti, ana semua tidak mengenali pemilik blog ini, dan tiada guna sifat mahu berlagak dengan memperagakan gadget yang diberi. Blog ini juga mempunyai kategori “gadget”, dan tidak salah ada artikel sebegitu. Mungkin jarak masanya yang dekat antara satu sama lain. Rezeki Allah.

2. Tiada sebarang artikel yang menghina pengguna blogspot. Yang ada mungkin cuma kritikan buat pengguna blogspot yang membuat salah. Jika anda berblogging cara yang betul menggunakan blogspot, mengapa harus terasa..

3. Kalau tiada angin, masakkan pokok bergoyang..

Consider yourself ๐Ÿ™‚

 
 
Comment by amat
2010-03-26 10:02:56

dah mintak maaf oklah tu khai….kalo knak tangkap plagiat time buat assigment bleh dapat 0 ow…hehehe

 
Comment by mokteh
2010-03-26 18:17:00

wah…..bagaikan bom atom yang menghentam nagasaki dan hiroshima

 
Comment by KhaiTakPandaiSolveProbs
2010-04-10 23:47:55

:beurk: ko kate ko xaibkan sesape ? kepala hotak ko…ko siap bagi tulis name n lokasi si plagiat tu menatang ape tu ? pastu banner tu plak ? siap ko jahanamkan lagi,tu ape kes tu ?

cakap tak serupa bikin,ko ni diibaratkan bunga layu yang akan semakin hari semakin layu….

 
Comment by abdfatah
2010-04-11 15:50:15

aku guna oh untuk oh senang hamil dot com okay kan kan kan? boleh kan kan kan??? hehehehe

 
Comment by mien
2010-04-12 04:39:39

kawan-kawan yang baik hati, saya nak tanya sikit lah. mcm mana nak bagi kredit dekat orang mcm en.khai cakap tu ye?maaflah pertanyaan obvious sangat buta IT! *blushing*

Comment by Khai
2010-04-12 09:14:14

Hehe.. diakhir entri tuliskan..

” kredit kepada xxxxxx” atau “rujukan dari xxxxx”

 
 
Comment by rezeki oh rezeki
2010-04-25 12:16:01

salam,

ada ke manusia begitu ?
sungguh tidak bermaruah.tiada harga diri…
susah sgt ke nak letak sumber ambilan
memang tidak ikhlas dlm berblog…

 
Comment by linglung
2010-04-26 22:35:34

gua pun pakai blogspot der ๐Ÿ™

 
Comment by alfablue7
2010-04-29 02:22:10

uuuiiihhhh…umar,jgn malukan org kampong muuuu

 
Comment by .SaYa SeDaP.
2010-05-01 20:58:04

mmg x suka blogspot. cuma tunggu masa nak pakai wordpress. harap2 tahun ni dah boleh tunai hajat kalau tiada aral melintang.

๐Ÿ˜‰

 
Comment by Anne
2010-05-17 07:04:10

Khai, me amat minat sangat baca dengan sume ur blog…but then, bab tang blogspot tuh, tersentap walaupun tak bersikap sedemikian (plagiat)…ur words mcm merendah2kan pengguna blogspot. Ini sekadar teguran from ur fans. ๐Ÿ™‚ hope len kali jgn la sampai macam tu sekali kalau nak marahpon…sikap individu itu tak semestinya orang yg pakai blogspot je… ๐Ÿ™‚ ada gak pakai domain n hosting tapi still plagiat…sumenya atas sikap keperibadian seseorg tuh…just my 2 cents.. ๐Ÿ™‚

 
Comment by J. Love
2010-06-03 12:34:19

Ya rabbi. Vain nye lu ni!

Lu cakap blogspot tu sampah la ape la. Gua tau lu terer blogging ni. Successful siap. But do you have to generalise? Ape jadi pada pandangan lu yang dalam setandan pisang, tak semuanya busuk?

Hidup tak semestinya selalu kat atas bro. Nanti lu dah jatuh, jangan hairan dan wonder kat mane salah lu.

Comment by Khai
2010-06-03 14:40:05

laa.. kalau menuntut ilmu biarlah habis. Begitu juga dengan baca artikel. Yg sampahnya blog di blogspot yg amalkan copy paste content. Susah nak jumpa blog berbayar yang amalkan perkara begitu. Maklumlah blogspot tu free, so mmg si kaki copy content suka gunakan blogspot.

Jangan sebab anda gunakan blogspot, anda nak terasa dgn teguran sampah itu. Kalau dah anda x mengamalkan perangai plagiat artikel orang lain, kenapa perlu terasa?

 
 
Comment by ikemal
2010-06-16 21:09:07

haha. zaman sekarang mmg macam2 . Copy paste sebb diorg budak baru nak up kot.

 
Comment by me
2010-06-19 20:40:20

sabrla ..mamat to mybe nk try berbloging …rs nye seng je nk buat ayt…np la dia copy paste..lg bngga wat ayt sndirik n research sendirik…. :love:

 
Comment by eszol
2010-06-20 21:58:33

kalau blog tu blog sampah
blog khai ni blog ape plak?

mmg yg menilai kita tu adalah org lain dan bukan diri kita sendiri
tapi siapakah anda utk mengatakan sebegitu rupa

hebat sgt kah? 8)

 
Comment by Khai
2010-06-20 23:22:50

saudara eszol, kenapa anda begitu susah memahami? yg diperkatakan sampah itu adalah kerana blog tersebut mengamalkan pencurian pada blog orang lain. penat lelah orang lain menulis artikel langsung tidak dihargai. Copy kemdian paste berlagak seperti itu penulisan dan hasil penat lelah research’nya yang tersendiri.

Bagi saya blog ini mmg hebat dan saya sendiri amat berpuas hati dengan apa yang saya mampu lakukan setakat ini.

Lain kali baca artikel sampai habis baru komen. Kalau tidak, anda x perlu komen dan tak perlu juga susah payah membaca blog ini. Terima kasih.

 
Comment by syaz
2010-06-21 07:26:19

eszol tu blogger baru tu..
semangat nak komen kat sini je.

 
Comment by syaz
2010-06-21 23:09:29

ape masalah kau sebenarnya ni eszol?
kau new reader blog khai ke? semacam je psiko.
kat sini nak test2 org pulak. :choler:

 

Sorry, the comment form is closed at this time.