Business Card – Failed pada pandangan pertama

Artikel ini mungkin ringkas, tapi harap diambil berat oleh kita semua. Member Khai cerita, ada orang ni datang kat dia ajak join bisnes. Orang tu kata bisnes dia macam MLM tapi bukan MLM (kenyataan yang agak palat di situ). Then dia pun kasi member Khai ni business card, dan cakap akan datang beberapa hari lagi.

Dengar dari cerita kawan Khai tu pun, dah memberi Khai first impression yang agak tidak baik. Lepas tu Khai pun mintak business card yang orang tu kasi. Nak jugak tahu business apa dia buat dan power sangat ke? Dan sekali lagi, first impression pada kad tersebut teramat-amat mengecewakan dan harus kita semua elakkan dari buat perkara yang sama.

Lepas nengok kad kat atas ni, terus Khai cakap dengan member Khai, jangan layan orang tu lagi dan silalah buat bodoh walaupun sebenarnya tak perlu dibuat-buat lagi kebodohan itu. Hahaha. Mengamuklah kalau dia baca. Anyway, apa yang silapnya pada business card tersebut? Ini adalah pendapat Khai lah ye untuk direnungkan bersama.

Design
Ouh come on. Sekali lagi, first impression tu teramat-amatlah penting. Kalau tersembur air liur korang bercerita company korang buat business 30 juta, tapi bila nengok business card korang macam hidup segan mati tak mahu, sumpah orang akan cakap korang menipu walau hakikatnya betul. Kerta kad gunalah yang mahal sikit dan pastikan nak kasi kat orang, keadaannya adalah BERSIH!

Warna
Kalau nak nampak serius dan profesional, cubalah untuk guna dua source sahaja dalam business card iaitu hitam dan putih macam Limkokwing University buat tu. Tapi terpulang la pada minat dan segi karier masing-masing. Sometimes, dalam business card tak perlu pun nak nampak formal sangat kan? Atau mungkin why not mainkan warna font dan card dengan warna logo syarikat.

Gerenti?
Nengok slogan diorang yang bergaris tu. 1st impression dah hancur, sanggup cakap gerenti boleh buat orang lain berjaya? Siapa nak percaya? Nak mengajar cara mendapatkan duit 5 angka sebulan dalam masa selama 6 bulan pulak tu.

Kata-Kata Pujangga
Come on. Dalam business card tak perlu nak letak kata-kata pujangga atau “qoute” tu. Buat semak je. Itu bukan poster, website atau flyers.

Website
Ini part paling failed dalam business card di atas di mana website yang dinyatakan adalah based-on free webhosting sahaja. Kalau diorang kononnya ada formula untuk dapat 5 angka dalam sebulan, takkan nak beli domain dengan hosting pun tak mampu? Tak kiralah kalau website dibuat secanggih mana pun tapi still, langsung tak nampak tahap professional dan serius di mata client. Zaman sekarang dalam business card memang boleh dikatakan wajib untuk ada sekali alamat website dan kalau korang nak buat business card nanti, jangan sesekali korang letak alamat blogspot, webs atau apa sahaja yang percuma. Langsung tak nampak yang korang bersungguh-sungguh dan serius dalam perniagaan.

Email
Dalam kad kat atas tu, email yang digunakan adalah Yahoo! Mail yang semua pun tahu, satu dunia pun boleh pakai. Email juga adalah sesuatu yang amat harus dititik-beratkan dalam business card. Itu sebabnya korang perlu beli hosting dan domain sendiri. Contohnya, kalau website syarikat Khai alamatnya tanpawarna.com dan apa yang sepatutnya menjadi email dalam business card Khai adalah khai@tanpawarna.com atau mungkin support@tanpawarna.com dan bukannya tanpawarna@yahoo.com. Itu email personal boleh la bro.

Pengajaran yang boleh kita nampak dari perkara ni sama juga dalam kehidupan website dan blog. Perkara yang paling terutama dalam sesebuah pembangunan website adalah nama domain’nya. Lagi korang guna domain yang dibeli, lagi serius korang di mata orang dan lagi cepat korang maju ke hadapan. Pastikan domain mudah diingati dan betul niche’nya. Jangan nama domain bajukurung.com tapi kat dalam korang bantai jual bikini. Hehe.

Dan kesudahan kisah kawan Khai ni, berakhir dengan pesanan ikhlas dari Khai iaitu “kalau orang tu datang lagi, ko suruh dia main jauh-jauh”. Hehe. Dan kalau kita susah nak faham orang speaking english, kita suruhlah orang tu speaking melayu sebab kalau kita dah tak faham apa orang tu cakap tapi ktia buat-buat faham, last-last takut memakan diri sendiri akibat main sign je segala benda yang diri sendiri pun tak faham.

Apa pendapat korang?

Ditulis pada 9:08 AM 20 April '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,776 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Tutorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

59 Comments »

Comment by Wan Perlis
2010-04-20 09:43:11

mmg fail la
aku x pernah layan or tawar diri nak join bisnes ni

..
Comment by rashid
2010-04-20 12:50:57

tu la…Kompani terpaksa rela ni…hehe

..
 
 
Comment by syin
2010-04-20 09:55:13

sal email tu xde la berat sangat masalah…hehehe… tapi jgn panjang2 sudah…haha..xmuat nk letak kat business card.

memang berserabut gila business card tu. :p :p

..
 
Comment by titan
2010-04-20 10:00:50

diorang tak tahu tu bro..

..
 
Comment by FCUKZBLOG
2010-04-20 10:24:21

tengok main tangkap muat je kad tu.tak professional langsung.

bab MLM ni kita kena hati hati sikit.kerajaan pun nak buat pindaan undang-undang baru untuk mencegah pengguna dari tertipu.

tapi kalau nak jelas bolehlah rujuk kat website ustaz zaharuddin.net.

..
 
Comment by Eriyza
2010-04-20 11:06:04

Lawak tul laa.
Actually Khai mmg teliti.
Caiyolah. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Meow
2010-04-20 11:40:05

hehe…bagus khai…aku suka …ghe ghe…

aku pun buat bisnes gak, buat bisnes online…

yup…aku pun guna domain berbayar gak…ghe ghe…baru org yakin kan…tapi part email aku tak guna…

tak perasan gak…betul gak kata hang tu…

nanti la…aku pun nak berubah gak…banyak benda yang aku belajari daripada dunia bisnes ni..

aku buat bisnes topup jer ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by eiyda
2010-04-20 12:15:37

perasan lak ek khai..hehhe..teliti..bagus2..huhu..dorang tu men tangkap muat jek…

..
 
Comment by rashid
2010-04-20 12:47:38

Ni business tak fikir jangka masa panjang..kalau iye pun wat la proper..Kalau kau pun tak kan nak guna email yahoo je…kahkah..dengan free webhost…deng..

..
 
Comment by dneo
2010-04-20 13:32:12

Betul tu, suruh kawan tu buat repot kat Bank Negara.

..
 
Comment by lanchini
2010-04-20 14:10:44

Kalau kad pun cincai, InsyaAllah bisnes diorang pun cincai.. Begitula sebaliknya. Bisnes kad ni antara tool penting utk bisnesman, rugila kalau tak buat elok2..

..
 
Comment by AMR
2010-04-20 14:19:12

failed2…

..
 
Comment by safwan
2010-04-20 14:58:31

kompeni tu br je nk start. lepas dh klepet org br la boleh wat website sendiri. 8)

..
 
Comment by Sein
2010-04-20 15:32:06

yep, biznes kad memang memainkan peranan yang penting dalam ape jua jenis perniagaan pun..

ade jugak MLM yang kad die memang smart gile, kalah company aku, siap timbul2 lagi..

..
 
Comment by aizuddin
2010-04-20 15:56:39

memang mantap r 5 angka dalam 6 bulan..tapi memang nampak pelik lah kad camtu..kad jemputan kawin lagi lawa kot. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by MQ
2010-04-20 16:21:20

hahaha..fail3

..
 
Comment by joegrimjow
2010-04-20 16:28:05

jenis syarikat tu pentg jugak
paling di suggest, jangan guna kawan
sebab kalau kawan
janji minggu depan dapat
tahun depan pun belum tentu dapat
kawan katakan
huhu

..
 
Comment by Scromix
2010-04-20 17:04:35

aku sokong 2 benda. web dengan email.

tp email ok gak la boleh diterima pakai tp web tu kalo 5-6k month xkn nk guna webs.com lg kan?

hahak :[

..
Comment by serol
2010-04-20 18:28:51

betul2..rasa macam dah kantoi disitu..haha :p

..
 
 
Comment by Jaws
2010-04-20 17:07:44

memang sngat fail kad ni..
aku rasa ni bukan kad nama..
flyers boleh laa..
adui..
kesian tgk orang2 camni..

..
 
Comment by h3r0
2010-04-20 17:13:16

tak kena gaya..
komen dari aku.. he he he

..
 
Comment by ejardkethot
2010-04-20 18:04:05

peh….nice komen larh khai…hahaha
sem ni aseiment kna wat koprat identiti…warh…
org tu x de duit nk tmpah graphic design kot..haha :o:

..
 
Comment by iffa yuna
2010-04-20 18:53:09

lain2 tu mgkin leh pejam mata lg..
tp yg xleh terima kad tu…… KOTOR!

..
 
Comment by nizam6281
2010-04-20 19:12:29

bercakap pasal mlm ni teringat kisah kawan saya..
die kena ugut studen uitm masuk mlm
mula2 belanje makan kemudian slowly cucuk ayat..
kemudian bila da tanak diorang kutuk2..kesian kat kawan saya
sampai pukul 2 pagi kena..esok da lah ada test..
lepas tu yang ajak tu plak kawan die..
lokasi shah alam……astagfirullalazim

..
 
Comment by amirul
2010-04-20 19:24:20

so pakai la slf-hosted blog! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by toru
2010-04-20 23:31:01

toru lagi parah kawan sendiri duk kutuk2 x hingat sebab x mo join die nyer biz kat internet nih..

pastu sampai toru terpaksa invisible kat ym ..asal online je dia pm cite pasal mlm…bile ada duit??join la aku da dapat banyak nih…

ye lah aku join kalau ko da paka kereta…aku ada jugak motor..ko yg dpt byk motor pun x mampu beli ke bro…

mcm2 org ada

..
 
Comment by syahirul
2010-04-20 23:33:48

bagi aku la, bila aku dapat aje situasi macam ni aku akan layan org tu habis2an dan pastu dia bg ape aku amek.. last2 aku akan wat buduh aje… hahaha… aku takkan bg ape2 maklumat diri… sbb semua ni bakal perangkap kita… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by samanosuke_04
2010-04-21 00:00:32

kehkehkeh guna free blog platform.. tue yang klakar tue.. hoho, adik aku pun pakai yang bebayar.. haha… nasib baik ko ade ngan kawan ko tue, kalo tak kesian dia kena tipu..

..
 
Comment by x-po
2010-04-21 00:53:00

hikhik maybe diorg ni hebat dlm bisnes, tapi fail dlm soal teknologi ICT

..
 
Comment by Anarm
2010-04-21 06:31:46

aku nk komen 1 je.. business kad cam haram!! :aie:

..
 
Comment by Azizi Zulkefli
2010-04-21 09:19:33

MLM ni kdg2 bukannya pentingkan produk sgt, tapi lebihkan nak cari org kononnya nak cepat naik dan kaya

..
 
Comment by Pisyek
2010-04-21 09:21:07

oh~ patut consult dgn pisyek dlu tuk buat namecard yg cam profesional…

haha.. 8)

..
 
Comment by safwanz
2010-04-21 09:51:30

pisyek mn ade kompeni 8)

..
 
Comment by Shahrul
2010-04-21 09:53:12

Dia org x tahu tu. Dia org ingat dh habis profesional berbanding org lain yg x tahu langsung psl website dan bkn semua org tahu yg website tu free je..

..
 
Comment by farenova
2010-04-21 09:56:44

setuju first impression sgt penting, mungkin bisnes org tu baru nak naik kot, pastu tak sempat upah graphic designer, tu yg semua benda nak cite dalam kad tu huhuh.

bagi saya pula, saya mmg tak suke apa bentuk mlm pun. :8

..
 
Comment by Finaz
2010-04-21 10:09:24

susah² suh akak jelah designkan namecard tuh kasi cun hehehe…

Tapi n3 Khai nih, buat akak TERrealize satu perkara, iaitu akak kena cepat² siapkan website & template blog akak, kang orang salah faham lak hehehe…. (busy tul lately banyak order..almaklum buat kerja sorang-sorang..)

..
 
Comment by oh!dawie
2010-04-21 11:06:32

haha…mmg sgt xleh bla design card die tu..
Aku slalu bgtau client aku,salah satu sbb utk wt website adalah dpt gunakan email under domain kita..Xpyh guna yg free…Sbb bila nk deal antara company,keyakinan tu sgt penting..

Nice entry der..!! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Ramdzi
2010-04-21 14:03:23

aku benci MLM… sebut je pasal MLM, memang tutup telinga le.. haha.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by biskut
2010-04-21 14:10:23

saya langsung tak reti dalam design ni.. saya bodoh mungkin sebab mak bapak saya pun bodoh sama.. kasihani la saya wahai kawan2 sekalian.. saya kecewa dilahirkan sebagai org bodoh…

..
 
Comment by ezad
2010-04-21 14:25:22

Hahaha…. aku p0n cam nie gak.. suke tng0k bisnes kad orng.. kalo teruk semacam.. ni mesti bisnes gempak jer… padahal xde pe p0n…

adalah sorng yg aku kenal ni p0n samer ngaku director FBT PRODUCT.. wakil malaysia… tapi bisnes kad die mak ai.. dh la buat sndiri xcantik plak tue.. dh tu laminate… hahahah…. :o:

..
 
Comment by fira
2010-04-21 20:33:48

malas gila nak fikir cara cara untuk memblahkan diri daripada orang yang tak dikenali datang tiba tiba dan buat friendly dan terus membuat penawaran join business.
sian…

..
 
Comment by fadz
2010-04-21 21:01:26

Haha. 6 digit pertama sebijik macam aku la khai haha. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by arnamee
2010-04-21 23:10:33

thanks khai..nk pi redesign ni..:P

..
 
Comment by SYAHIRAN
2010-04-21 23:14:11

bak kata khai…. hidup segan,mati tak mahu..haha..ble diperhati mmg ade kekurangan di situ..heh.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by fiezaradzi
2010-04-22 12:20:54

mmg buss card ni ptg.. lau smart, cantik but simple, mmg org suke.. tapi lau cam cincai je, nak buat sampingan utk bantu buss leh la..

jumpe card yg camtu dr pomen2 kereta jer..

..
 
Comment by mello
2010-04-22 15:54:11

hahaha..yg part website tu pling takleh blah.. nak meniaga tp website ber’dot blogspot.. yela,kan perniagaan yg income ribu2,juta2.. at least pakai la domain sendiri.. kalau berblog suka2 mcm aku ni takpe la kot tp ni projek besar.. org nengok pun tak yakin..

member aku pun de join mlm neh tp habuk pun takde. baik niaga benda yg nyata & jelas..lg bgs.

..
 
Comment by pjan
2010-04-26 11:52:52

pasal card tuh aku x mo nak komen sgt la sebab skrg ni memang kebanyakkan org akan buat business card dia mcm flyer..even company yang besar2 pun ada cam2…

lagi satu pasal dia kata bukan mlm tuh aku memang x setuju la..apa benda pun skrg ni semua mlm..kalo x mlm takkan boleh sembang dapat duit juta2..hahaha…
cuma konsep mlm yang diaorg bwk tuh x berapa betoi la..kerana 2-3 org tak betoi habis semua kena tempiasnya..ada juga org buat mlm dgn cara berhemah jadi kaya raya..so kat sini jgn salahkan mlm..

aku lebih mengatakan apa yang org tuh cuba perkenalkan adalah skim cepat kaya…hahaha

manusia ni kadang2 bila kita tgk skrg ni melambak skim2 yang penipu dalam internet ni…yang paling aku benci skim bulksms la n apa2 jadah lagi yang berknaan dgn sms yang sememangnya menipu hidup2..

..
 
Comment by .SaYa SeDaP.
2010-05-01 22:47:19

setuju. setuju. SETUJU.

kalau betul bukan MLM kenapa nak mention it’s not at 1st place. obvious betul. ๐Ÿ˜

..
 
Comment by suraya
2010-05-04 13:54:35

Setuju sgt2.. first impression tu penting.

..
 
Comment by BAGAK
2010-05-04 15:45:55

aku kalau dapat kad macam tu dan ajak join bisnes
aku nak suruh dia “bersunat” dulu

kalau dia jawap “sudah potong”

aku suruh dia potong sekali lagi..muahahaha

..
 
Comment by kisahsensasi
2010-05-04 18:57:36

Suatu pengajaran kepada orang yang involve pasal business nie…

..
 
Comment by sufian
2010-05-15 04:32:22

bagi pulak pada dia, sapa2 punya business card utk design business card..biar dia fikir kenapa…

..
 
Comment by ndlala network
2010-05-15 16:23:21

jangan pandang MLM sebagai penipu..mungkin ada setengah syarikat cuba menipu&memperdayakan orang..dalam perkara ini kita harus hati-hati..tapi ada syarikat yang mengikut undang2..kalau nak tahu syarikat tu tipu kita ambil no.pend perniagaan tersebut.kemudian cek di KPDNHEP.bg saya kenapa org gagal/paksa.orang yang gagal dalam MLM sebab dia tak ikut sistem perniagaan yang betul.kenapa ada orang paksa..sebab diaorang nak cepat balik modal dan untung..siapa yang buruk sangka terhadap MLM lain kali selidik betul2 jgn melemparkan tuduhan sahaja!!setiap perkara bersangka baik dahulu..bukan senang nak hidup senang..mana ada perniagaan mudah..MLM ni kira tak mudah dan tak susah..ramai yang join MLM ni melayu dan ramai yang berjaya…perniagaan ini sajalah yang mampu meningkatkan pendapatan..nak tahu lebih lanjut hubungi saya 0173091875 hafiz..saya akan bawa anda berjumpa dengan orang yang tahu selok belok MLM.PERCUMA!terima kasih

..
 
Comment by ah moy
2010-05-19 17:39:05

haha–kelakar la–jgn cepat percaya dgn org yer…dan mestila berisi ilmu di dada sebelum org lain nk kelentong kita suh masuk ini dan itu… :[

..
 
Comment by Benrauf
2010-06-03 23:14:08

Bisnes mlm tolak jauh2. suh suh

..
 
Comment by honey
2010-06-04 15:15:49

gud advise..tq khai..! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by shaharil
2010-06-04 22:52:17

memang fail. kalau macam tu aku tak nak join biz.

Tips yang bagus.

..
 
Comment by Benjamin Edwards
2010-08-12 11:24:53

i always make my own business card through adobe photoshop and ms word, they are satisfactorily made though”~”

..
 
Comment by fadli
2010-12-19 18:50:33

die wat karangan kot khai..huhuhu..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post