Ada Apa Dengan Crocs?

Justkhai-Crocs-Logo

Crocs? Rasanya satu Malaysia dah kenal apa lagi dunia. Walaupun korang tak minat, tapi mesti selalu nampak orang pakai kan? Tak pun kalau pergi Uptown Downtown, itulah yang paling banyak kedai jual. Dah macam takde benda lain nak jual. Semua nak jual brand buaya darat ni. Ada seorang makcik ni dulu Khai perasan dia jual kain baju kat Downtown. Sekarang ni dah tak jual kain dah tapi jual Crocs. Huh! Anyway, ini adalah sebuah cerita pendek (cerpen?) dari mana diriku mengenali dan bagaimana diriku boleh berminat dengan jenama dan design si buaya darat yang diberinama, Crocs!

Last year, Khai nampak seorang mamat Chelsea kerek ni pakai CrocBand warna biru line merah. Oleh kerana mamat tu kerek semacam (mungkin dia bajet awek dia tu cun), terus rasa meluat nengok dia dan kasut-kasut tu sekali. Dan tak pasal-pasal dengan awek dia yang tak bersalah tu pun meluat jugak nak nengok. Hahaha. Errr, tapi memang awek dia cantik pun!

Then penghujung 2009, tali selipar putus kat Time Square. Nak taknak, harus jadi desperados jap untuk cari selipar baru. Jalan punya jalan, terbeli pulak kasut Crocs. Tapi fake punya la harga RM25. Dari sepasang, sampai la kedua pasang beli kat Time Square dan terus berkenan di hati. Tapi kalau korang nak beli yang fake, beli kat Time Square. Kualiti dia walaupun fake tapi jauh lagi bagus dari yang terjual di Uptown/Downtown.

justkhai-crocs-danau-kota

Tapi pelik jugak kenapa Crocs ni biarkan je orang jual pirate kat Pasar Malam Downtown tu. Lagi pelik bila Kat Time Square pun boleh ada jual jugak. Takkan la buta sangat Crocs sampai tak nampak. Atau diorang memang buta hati? Hehehe. Jangan kata Crocs, segala jenis macam pun ada. Kalau diorang tiba-tiba rasa nak saman, abislah abang-abang dan akak-akak yang meniaga kat Downtown tu. Silap-silap dah meninggal nanti pun tak habis bayar saman (sambung suruh cucu bayar).

Tapi rasanya, mungkin Crocs rasa semua tu sebagai satu promosi percuma kepada brand mereka sendiri. Kalau takde jual kat Downtown tu, manalah orang nak kenal Crocs ni. Bila dah ramai yang pakai, maka jadilah Crocs sebagai satu trend. Bila dah pakai yang tiruan, mesti nak rasa yang ori kan? So orang pun belilah Crocs yang original.

Crocs Yukon Woven
* klik gambar kat atas kalau nak tahu harga dia details #ohkhai

Dan semua yang Khai tulis tadi ter’apply’lah pada diri sendiri semalam. Rembat Yukon Woven satu kat Crocs, Mid Valley. Eh, bukan rembat tapi beli! Hehehe. Kenapa Yukon Woven? Erm, boleh lah dikatakan sebagai cinta pandang pertama. Kenapa pulak bukan Crocband? Dah tentulah korang takkan ada selera nak beli Crocband yang ori (RM130) sebab dah nak termuntah nengok ramai sangat orang pakai. Kalau Yukon Woven buat masa ni belum ada jual lagi yang fake, so nak jumpa orang lain pakai, susah’lah sikit.

crocs-midvalley

Semalam masa survey kasut jenis Crocs lain, korang bayangkan Crocs yang design macam selipar jepun tu harga dia RM130. Siapa yang sanggup beli kan?. Design pun kebanyakkan’nya buruk ya amat. Ada certain-certain design je yang cantik dan boleh diterima akal macam Yukon Woven Khakis, Crocband, Santa Cruz Corduroy dan beberapa jenis yang lain.

Dan tak kiralah Santa Cruz Corduroy, Crocband, Yukon Woven atau mana-mana jenis Crocs yang lain, berikut adalah sebab kenapa korang perlu pakai Crocs?!!

Confortable, Fun & Versatile
– Sebenarnya kita hidup tak perlu terlalu mengikut trend asalkan kita rasa selesa. Dan Crocs adalah jawapannya. Trend? Jangan sampai tak ikut langsung. Buruk bebenor perangai nye macam tu. Dan dengan gaya kasual, dah tentu-tentulah korang boleh pakai dalam apa-apa majlis sekalipun.

Design
Design yang tahan lasak dan unik (bukan semua) dan memang serupa macam kasut (juga bukan semua). So pergi opis boleh pakai dan bos pun takkan perasan melainkan bos korang pun pergi kerja pakai Crocs jugak yang bini dia baru belikan kat Downtown semalam. Haha. Dan Crocs ni ringan jadi tak menyumbang kepada faktor memenatkan.

Apa itu Stokin’?
Dah pakai Crocs, memang tak payah lagi pakai Stokin. Kaki korang takkan melecet (kalau ori’lah) dan kaki korang takkan bau macam bangkai. Sebabnya lubang pengudaraan dia punyalah besar dan kalau kaki korang still berpeluh juga, ketahuilah korang ada 3 hari Jumaat je lagi. Sorry ek kalau Khai ada buat salah silap. Sobsob.

Kesesuaian
Nak naik motor pun boleh pakai. Atas motor kalau kena air, takdelah bertakung macam korang pakai kasut. Lambat sikit jemur, memang bau bangkai la kasut tu. Encik Polis pun tak rasa nak saman sebab dah memang Crocs ni macam kasut pun dan memang susah nak tertanggal dari kaki korang kalau korang sangkutkan tali dia kat belakang. Batu halus kat Highway kena kat kaki pun, korang senyum je. Kalau naik kereta, lagilah grip sebab tapak dia getah kan? Dan tapak dia tidaklah setebal capalrela.

Untuk peminat Crocband, korang boleh beli Jibbitz secara online (mahal sikit) dan kalau nak lagi senang, pergi je Uptown atau Downtown. Lagi macam-macam pilihan sampai kepala ular keluar masuk lubang Crocband tu pun ada. Hehehe.

Jibbitz-Crocs

Kalau dipasang, akan jadi lebih kurang macam gambar kat bawah ni la. Pandai-pandai korang lah nak create tema yang menarik dan kretif.

Update: Beza Crocs original dan Crocs fake

Sempat bincang kat Facebook jap tadi.

What more can I say? Kalau minat korang sama dengan Khai, go get one lah kat mana-mana kedai Crocs berhampiran. Midvalley ada, The Mines ada. Beli satu dapat satu (bukan free satu der. Hehe). Kalau rasa nak nengok sesuai pakai dengan style korang atau tak, pergi beli yang RM25 dulu dan kalau rasa cantik tapi tak berapa selesa, itulah masanya untuk korang beli yang original.

Orang tua-tua bangka zaman dulu pun pernah kata, “Kalah membeli, menang memakai”. Kalau menang membeli, tapi kalah bila memakai, nak buat apa kan? Jadi pandai-pandailah fikir sendiri. Duit kata pergi, Crocs kata mari. Hehehe. Betul tak?

Pssttt: Nak kenal siapa pencipta Crocs dan dari mana Crocs ni berasal, tak reti-reti nak selak Wikipedia? Berapa kali nak kena kasitahu? Hehe.

KHAI: MAK SELALU PESAN KALAU ORANG LAIN SUKA SESUATU TAPI KITA TAK SUKA, JANGAN KITA PERLEKEHKAN APA YANG ORANG SUKA. KERANA APA? LAIN ORANG LAIN CITARASA. KALAU SEMUA ORANG MEMPUNYAI CITARASA YANG SAMA, HILANGLAH WARNA-WARNI KEHIDUPAN DUNIA.

Update 25 May 2010: Mengenai isu logo Crocs yang menyerupai tulisan Allah di bahagian tapak kasut atas (bawah tumit) seperti yang dikeluarkan di Oh! Tidak, Khai dah check yang Yukon Woven tiada logo pada bahagian tersebut. Yang ada hanya pada Crocband dan kasut sejenisnya.

UPDATE: APA KATA USTAZ MENGENAI ISU LOGO CROCS?

Gambar dari http://joegrimjow.blogspot.com

Ditulis pada 3:46 AM 7 May '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,568 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa, Review | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

84 Comments »

Comment by Scromix
2010-05-07 03:58:05

haha, x leh blah rempit budu. ekekeke

lawo gak kalo dah taruk jibbitz tuh..

..
Comment by buaya
2010-06-01 15:21:44

‘buang t kt name tuah’???
ello..
bm cmne ni?
lau nama orang huruf kecik ke?
Tuah k
not tuah

..
Comment by sayang
2010-06-17 03:31:31

mksud kat c2,,
tuah ta smstinya yg pd nme sahaje.. 😐 😐

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by ejardkethot
2010-05-07 04:12:23

heh…..kasut2 design crocs yg lain mmg slalu nmpk org pkai..
tp yg khai beli…x pnh nmpk lg org pkai!!~
hoho..design dia lawa…padan dgn harga!!~ yatttaaaa =P πŸ˜‰
hurm…..duit…[=.=]

..
 
Comment by Izo
2010-05-07 04:15:04

Chantek nuhh yukon woven.cisss..! :bloody:

..
 
Comment by Ramdzi
2010-05-07 04:27:21

comel je nama benda yang letak kat crocs tu.. jibbitz. hehe.. πŸ™‚

..
 
Comment by julietANNA
2010-05-07 04:29:46

hee setakat ni dah ada 2 original punya πŸ™‚
memang puas hati gila pakai, sampai tak pandang dah kasut lain. nak pergi mana2 je mesti pakai crocs. macam selesa sangat kan? syok kot. kaki pun tak sakit ke melecet ke. basah ke apa takde hal. pakai berapa tahun pun tak rosak. kotor je boleh basuh camtu jek n cepat pulak tu kering. memang the best!

tapi satu je tak best crocs ni, sebab banyak orang jual fake. bila kita beli yang ori pun orang ingat fake. tapi takpelah, untuk keselesaan sendiri kan, apedehal! hehehe πŸ˜€

..
Comment by Khai
2010-05-07 10:06:48

apa2 kasut pun sekarang ni semua ada clone. Nike, Adidas, Paul Smith, Onitsuka bla bla bla, cari je kat Downtown/Uptown. Tak gitu? Tapi itulah, pegang je kata pepatah kalah membeli menang memakai.

Kita beli yg ori bukan nak kasitahu satu dunia yg kita beli tu ori (orang pon x heran), tapi kita sendiri yang rasa best dan puas hati lagi2 kalau beli dgn duit hasil penat lelah sendiri kan? berbaloi2 bak kata Kamdar. Hehehe.

..
Comment by the F
2010-06-11 17:47:28

khai : x tau ke , skrg ni croc x leh pkai dh, sbb ade kalimah ALLAH, pastu kite snang@ je pkai kat kaki, dorang 2 nak sesat kan Islam laa.. :bloody: :aie:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
 
Comment by mrRollies
2010-05-07 05:34:12

cantik la kasot ko T_T

..
 
Comment by aizuddin
2010-05-07 07:12:33

bagus lah bila dah ramai orang jual…harap2 nanti harga cepat turun…tapi ape kaitan dengan chapalrela pulak ni?haha

..
 
Comment by Nasrulz
2010-05-07 07:20:02

Aku xde lagi Croc nie..,niat nak beli tu ade la juga dari dulu..penah survey croc nie kat tepi Lot 10..,tapi xde design yg cantik la..design yg paling buruk skali pun harga dah dkat rm200…tapi masa aku tngok croc kat pasar malam tepi Aeon Au2 Setiawangsa tu lagi best..,design pun cantik..Rm10 jea..murah jea beb..hehe..nanti nak cari juga la satu.. πŸ™‚

..
 
Comment by cik qiqi
2010-05-07 09:02:13

cik qiqi da bli da tp bli kt psr mlmnye je…nk bli yg ori xmampu…wakakakka….

tp slesa la….hehehhe…cute pon cute cm cik qiqi…nge..nge..nge… πŸ™‚

..
 
Comment by afkar
2010-05-07 09:45:45

hehe..best la pkai crocs..prnh dgr ade chemist ckp dlm crmah,crocs ni mahal sbb die sadur dgn nano silver..anti bakteria..

lagi 1,klu org bli fake,pastu msti xpuas ati,n then end up wif the ori gak kan,lg best…hehe..sbb tu crocs wt xtau je kot..:)

..
Comment by Khai
2010-05-07 10:11:19

Haah, kat label dia mmg ada tulis “anti microbial”. Rasanya no wonder masa dah sebulan pakai Crocband fake aritu, tiba2 jari berdarah tanpa rasa sakit. Bakteria la tu.

..
 
 
Comment by iZwaN
2010-05-07 09:51:57

Nway…cantik crocs tue…
nnt nk bli jgk laa… πŸ˜›

..
 
Comment by hisham
2010-05-07 09:55:48

Aku xkan kelihatan jambu ke bila pakai kasut2 camnih?? hee

..
 
Comment by Meow
2010-05-07 10:03:06

wah…cun giler….nak rembat la satu…hehe πŸ™‚

..
 
Comment by serol
2010-05-07 10:05:50

wah, crocs ni dulu aku pandang sebelah mata jek. memang tak minat design dia. Tapi bila tau bab keselesaan crocs ni, baru aku pikir-pikir macam nak beli. tapi sampai sekarang tak terbeli-beli..LOL

..
 
Comment by razis
2010-05-07 10:15:25

artikal kat blog kahai sentiasa terbaek..lengkap kajiannya. Syok baca.

Crocs merupakan fenomena terbaru kat malaysia nie. Syok gak pakai crocs nie. Senang dan tahan lasak.

..
 
Comment by Khai
2010-05-07 10:34:19

Lupa nak inform, Crocs ada warranty 3 bulan. Dan hanya Crocs yang ori sahaja dibina menggunakan Croslite.

*************

Question: What is Crosliteβ„’?

Crosliteβ„’, a proprietary Closed Cell Resin (PCCR) which is NOT plastic NOR rubber. Crosliteβ„’ is closed-cell in nature and anti-microbial, which virtually eliminates odor. it is an extraordinary impact absorbing resin material developed for maximum cushioning. its closed cell properties resist odor, inhibits bacterial and fungal growth and are nonΒ­toxic. this versatile material can be worn next to skin and be cleaned with just soap and water.

Question: What is the warranty on Crocs footwear?

The warranty for Crocs Footwear applies to defects in materials and workmanship for 90 days from the date of receipt of product. Upon return of defective merchandise to the proper address, it will be inspected, evaluated, replaced, returned or credited in a timely manner.

Source: Crocs Malaysia.

..
 
Comment by gudum
2010-05-07 10:36:40

Crocs… kikiki
bukankaa.. ada budak pakai ksut cmnie yg trsangkut kat tangga escalator tuu…
potong kaki bebb…

..
Comment by Khai
2010-05-07 11:29:17

Haah. Tapi silap eskulator tu jugak kot sbb ada ruang yg agak besar antara eskulator dan dinding tepi dia. Apa2 kasut pun boleh terselit. Tapi kalau terselit dengan Crocs, lagi la parah.

Tapi Crocs dah buat warning dah kat label dia. Disclaimer la tu kot? Hehehe.

..
Comment by eyra
2010-05-07 12:17:17

adik i pakai crocs tersekat kat escalator. selepas bangla mana rempuh dia then naseb baik sempat tarik kaki dia maka terputus la crocs itu. putus? erkkk terkoyak habes kot kat escalator LRT tu hahaha

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by acikame
2010-05-11 12:00:36

bukan kerana kasut jdik mcm tu…50-50 jer…kadng2 escalator tu xpenah servis kot..

..
 
 
Comment by khairil
2010-05-07 11:22:04

sekarang ni semua orang nak ada croc sbb tu ramai jual yg tiruan…haha

..
 
Comment by x-po
2010-05-07 11:38:29

memang smart kasut ni tp aku beli yg tak ori je..hehehe tak kuasa aku nk beli yg ori2

..
 
Comment by fatinmahirah
2010-05-07 11:39:42

style gile crocs hitam tu.. lawaa! πŸ™‚

..
 
Comment by Fazreen
2010-05-07 11:51:22

aku suka croc selain kaler hitam..tapi ini design buat aku rasa nk beli kaler hitam..feveret aku merah hijau dan putih..rasa remaja dowh pkai croc

..
Comment by eyra
2010-05-07 12:12:08

crocs i belikan pakai lg tak? hahaha

..
 
 
Comment by encikchekodok
2010-05-07 12:04:52

encik khai,
dkt uptown shah alam ade satu gerai je kt tengah2 uptown tu jual crocs ori,,
arge dye murah ckit le dr yg ori kt kdai2 crocs tu,,, πŸ˜€

..
 
Comment by eyra
2010-05-07 12:15:07

saya memakai Prima kaler red ruby, bersama jibbitz Hello Kitty. wakakaka.

ade gak crocs lain Santa Cruz biru putih, then ape nama ntah lg. sampi ta engat nama. yg penting, semua ori, kuantan takde downtown hahaha

..
 
Comment by zaraki kenpachi
2010-05-07 13:47:42

khai,, crocs ni da ade fake punye khai,, sebijik macam ko punye, kt uptown shah alam,, malam tadi aku tengok, hampir2 terbeli.. hahahaaa..
tapi,, minat aku tetap ke converse.. hehehehe.. bye2 crocs.. :p

..
 
Comment by Zul
2010-05-07 14:02:45

AMBOI2! themes pun dah dicrocskan! hehe!

..
 
Comment by Azleah
2010-05-07 14:39:41

Dari dulu mengidam crocs putih, tapi bila ada sales crocs fake, just intal sebelah mata je, kengkwn bkn main lagi beli smpi 3 4 pasang =P . Entah la, penah try2kan kaki ni dlm crocs tepi2 jalan tu, memang best tapi mungkin hati nak crocs yg ori gak kot. =) Tengok la ada masa nnt, pi Mid V beli ladies pny yg ori kaler putih sebab suka kaler putih πŸ˜€

..
 
Comment by sepet
2010-05-07 16:05:29

ku x pakai crocs..ku pakai asadi jer…tpi desingn die still ade lubang2 kat depan… πŸ™‚ πŸ™‚ pakai pn selesa….heheh..
tpi ku mmg respek kt ko khai…antara blog yg x pernah menghampakan aku kalu membaca….ku nie silent reader jer…komen kat blog kau ni pun skali dua jer….. πŸ™‚

..
 
Comment by azizuan
2010-05-07 17:02:07

aku dari dulu sampai skang tak pernah nak minat kat crocs..better pakai slipper/sandal ja..sedap woh..haha

..
 
Comment by ery
2010-05-07 18:28:20

mak aih.. lawa la plak…

..
 
Comment by syahirul
2010-05-07 18:54:47

esok kat midvalley ko belanje aku satu crocs mcm atas tu oke.. sama kaler.. hahaha… jeles seh.. aku beli crocsband aje aritu.. cis.. :8

..
 
Comment by Menteil
2010-05-07 19:16:36

Haha.. Aky tak tau nak cakap aper.. Aku selesa lagi pkai selipar jamban.. Lg banyak ruang udara nak masuk.. Haha..

Nntlah kalau tergerak hati aku ( mcm kau ) nak neli kasut nie ( macam kau ) hehe.. Boleh?

..
 
Comment by Adziim
2010-05-07 19:27:31

Design crocs memang makin menarik sekarang ni.

..
 
Comment by Eriyza
2010-05-07 20:00:29

Selalu tgk benda ni tp tak
penah amik tau namanya.

..
 
Comment by fatin
2010-05-07 20:19:28

setuju dgn khai. crocs memang sgt selesa eventhough aku cuma pakai crocs pasar malam harga rm15. hehe

..
 
Comment by hilmi
2010-05-07 21:41:56

haku pun ade gak crocs ni,, beli kat abg kwn aku, die dealer so dpt la murah siket.. aku bli crocs baya RM65 je dgn dealer die tp x de waranti la

..
 
Comment by epulafea
2010-05-07 23:05:04

i love crocs.. tunggu masa ja nak beli nih! pape pon orang cakap pasal crocs, berbaloi or tak, lebih puas beli ori jugak kan..
hanya jauhari mengenal manikam, hanya johari mengenal manian, hanya jenny mengenal mariam.. gitu la kot..

..
 
Comment by .SaYa SeDaP.
2010-05-08 00:52:52

x minat sgt crocs, ttiba baca entri ni terdetik plak nk beli. & opkos yg ori sbb menarik la plak. x tau plak ada mcm2 jenis. lolz.

πŸ˜‰

..
 
Comment by arrizz
2010-05-08 09:08:05

waa ak pon lookg forward nak bli satu..bgus ar idea ko khai, try yg rm25 dlu bru bli yg ori..cntik3..hehe..anyway, thanks for the info k..

..
 
Comment by joegrimjow
2010-05-08 10:44:35

dalam maksud mak tu
hehe

dah xde promosi 2 for 1 price
klu ada
angkut jugak

..
 
Comment by syinrayafa
2010-05-08 18:40:34

aku hampir terbeli gak crocs ni dkat crocs, queensbay penang…crocs band….masa tu xde lagi org pakai crocs band ni…bila pikir2 balik, aku tak jadi beli…angkat time indiglo satu..

..
 
Comment by jika ku pergi
2010-05-08 20:17:33

tak berkenan dengan crocs nih..
haha..pakai selipar biasa pun dah okay..nak ikut trend..sampai bila2lah takder tabungan untuk masa hadapan..okay

..
 
Comment by student
2010-05-09 09:50:53

syuk pun dok pakai croc ni..yukon gak..
setahun lebih dah..mmg puas hati la..
tak rugi membeli..rider naik motor rileks jer..
syoookkk woooo… πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚

..
 
Comment by onetrg
2010-05-09 11:23:18

background pon crocs.cantik he3..

..
 
Comment by Kie-yu
2010-05-09 16:03:26

aku pun pelik kenapa crocs cap ayamz dah bersepah. :8

kesian org yg pakai crocs ori~ still dipandang cap ayam. huhu. =(

aku xmampu so tak pakai la. pakai je apa2 brand asalkan kaki tak melecet. πŸ™‚

..
 
Comment by ana
2010-05-09 23:47:32

aku pun ade buaye ni sekor,setiap kali lepas pakai jer mesti basuh…sebab aku nyer kale pink lembut,kalau kale hitam mmg x kan basuh selalu lar,bnyk lagi benda yang nak kene buat πŸ™‚

..
 
Comment by yoy
2010-05-10 02:06:03

aku pakai crocs rm20 je..hehe ok la..best gak:)

..
 
Comment by acikame
2010-05-11 11:46:52

khai,yoken woven..aku tgk kat uptown rm90…bak kate akak tu ni yang ori,cap ayam belum kuar lagi……….tapi mmg pon aku rase..cz dalam bayk2 kedai,kedai akak tu jer ade jual yoken woven…..smart jgk,aku nak rembat satu,tapi bajet aku xde time tu (cuci mate jer time tu)….hahahaha..

..
 
Comment by fiezaradzi
2010-05-12 12:20:35

dulu masa tgk org pakai kasut ni nak gelak pun de.. sbb dele getah camtu, pastu depan besar tu.. cam kasut mcD tu… hhaaa
tapi sekarang anak kecik pun dah pkai kasut ala-ala gitu..

..
 
Comment by akusape
2010-05-12 17:13:25

skrg tgk trend owg ske pkai ksut ni..
tp nape aku xske?? :o: :o:

hehe~ pki le pape jnji safety..
jgn pakai selipar jmban suda..

..
 
Comment by kapak
2010-05-14 11:04:58

budak2 skarang pn dah gile jibbit…!! :o:

..
 
Comment by kakzana
2010-05-14 15:48:45

akak lebih suka scholl drp Croc….nk tau psl apa? sebab akak tak penah pakai Croc……hehe..

..
 
Comment by cikeju
2010-05-15 01:21:09

lebeh kurang je original ngan yang danau punye..hehe
πŸ™‚

..
 
Comment by KNizam
2010-05-16 04:30:21

kat islamabad xde crocs pun. last2 aku kena beli kat terminal building klia gitu. hehe πŸ™‚

..
 
Comment by grafiquee
2010-05-17 21:38:43

kisah bermula dengan crocs adik aku..aku pakai sb kasut basak tp dah lambat nak gi kija..n skang aku pkai slalu..haha

..
 
Comment by mohdisa
2010-05-18 00:33:39

kat sini pun ada pasal crocs yerk. ingat kat oh!khai jerk. meleleh beb. bilalah aku mampu nak rembat sepasang ni. baru boleh bawa bercuti kat port dickson. haha

..
 
Comment by tiQa
2010-05-24 00:49:48

Salam, menarik la kata2 mak khai tu.
hehe.

..
 
Comment by HAN
2010-05-24 18:47:42

TAPAK CROCS ADA NAMA ALLAH

..
Comment by Khai
2010-05-24 19:45:00

Tapak Crocs? Lambang Crocs pun takde.. Camna nak ada nama Allah.

Isu logo Crocs bila diubahsuai sikit jadi nama Allah tu mungkin kebetulan. Kalau disengajakan, biarlah pencipta logo tu menjawab akhirat nanti.

..
Comment by rashid
2010-05-24 23:02:30

bukan tapak crocs, tapi kat bahagian alas kaki die…betol tu, biar founder dier yang jawab…wallahu’alam…

(Comments wont nest below this level)
Comment by HAN
2010-05-24 23:44:53

u walk with that??

 
Comment by Khai
2010-05-25 01:12:25

ntuk pengetahuan korang, tapak yang ada lambang crocs tu hanya pada crocband dan yang sejenis dengannya. Kalau Yukon Woven kat atas tu tiada gambar di tapak.

Isu ni untuk yang tak tahu boleh nengok artikel terbaru di ohtidak.com

 
 
 
 
Comment by ejardkethot
2010-05-24 20:11:40

hm..tp bla ushar balik..a’a ..mcm lmbg kalimah ALLAH..
logo tu mmg kt bhgian tumit kaki kta..zzzzzzzz

..
Comment by stonez145
2010-05-25 09:14:03

assalamualaikum…

biasa la mereka… jarang benda2 gni dibuat scr x sengaja…
agenda yg xkan berhenti smp kiamat nnt…

mrk bekerja keras hsilkan produk terbaik yg d promosi habis2an spy diterima semua…
target : muslim…

bla dah sgt dtrima, kluar la bnda2 gni…
spy kta rs x pa memijak nama Allah sbb ia selesa dan mengandaikan ia x sngaja berbentuk mcm tu…
sbb mrk tahu, lemahnya muslim pd prinsip…
bila dah suka,x ksh…

walaupun itu nama Allah yg mencipta kita…

nak pakai sgt, cri crocs yg xda lambang tu mcm khai kata, yukon woven tu…
tp klu syg duit,beli yg ori,syg nak buang…
heh pk sndiri la…

..
 
 
Comment by blowie
2010-05-25 06:34:30

baru je usha crocs kat one utama tadi, teringin nak beli. tapi kena collect duit dlu πŸ˜›

..
 
Comment by azie
2010-05-27 01:28:57

khai..promote nampak… 8)

..
 
Comment by azie
2010-05-27 01:31:36

apa beza nyer crocs ori n x ori?tgk nk mcm sm jer…kalu beli 130 bleh dapt 1 jer…downtown rm20 bleh bli byk pasang kan…. πŸ˜€

..
Comment by Khai
2010-05-27 01:37:03

azie, dari luaran nampak sama. Tapi bila anda dah pakai yang fake kemudian pakai pula yang ori, anda sendiri akan rasa perbezaannya. Hehehe..

Antar aperbezaan yang dah Khai rasa:

1. Pakai crocband fake, kaki cepat berpeluh.. tp bila pakai yg ori, takde peluh pun.

2. Masa pakai fake, pernah kaki Khai tiba2 berdarah kat tepi2 kuku tapi tak rasa sakit. Rupanya yang original tu anti-kuman dan yang fake hanya getah biasa.

3. Tentulah kalah membeli menang memakai bukan? hehe..

..
 
 
Comment by Lady Nass
2010-05-31 17:32:40

haish. Aku peminat tegar cr0cs ORIGINAL 0k. sangat selesa dipakai samada di majlis formal [majlis kawen ke. kenduri arwah ke.] dan di majlis tak formal [shopping kat upt0wn shah alam ke. jalan2 kat sunway pyramid ke.] walaupun harga hampir cecah RATUS. tp berbaloi sebab tahan lama. bak kata pepatah. tak basah dek hujan. tak lapuk dek panas. tak lembab dek mendung. he. I LOVE CROCS. πŸ™‚

..
Comment by the F
2010-06-11 17:51:08

heiiiiiiii………croc x leh pkai dh… korang x tau ke.. ade kqalimah Allah kat mlut Buaye bdoh tu…!!! =( :8 :(( :o: :[ :bloody: 😐 :choler: :oups: :bloody: :aie:

..
 
 
Comment by sapphire Lisa
2010-06-15 19:22:19

niat nk m’beli crocs dh dilupekn.xde size..sedih je =( nk pkai size 5,kecik sgt.nk pkai size 6,rs cm x pkai kasut (crocs t’tanggal bl jln)

..
 
Comment by kAza
2010-07-13 04:41:15

khAi Lawa La kAsOt/sLipAr kOe tu…
kALau dAh xNak pkAi pAss kAt aQ La Ok gAk tu 2Nd haNd…
huhu…

Lagi sAtu byk2 bLOg aQ mAsuk bLog kOe pALing Lawa pEnah aQ jMpa…(ikhLas nEy)… πŸ™‚

..
 
Comment by Ona Frutchey
2011-01-12 04:39:23

Great article. Waiting for more.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post