Wajah Baru ServerFreak dan Promosi Merdeka

Lama tak menulis pasal hosting kan kat Justkhai ni? Rasanya ramai pembaca-pembaca baru yang berminat nak buat blog, semua refer artikel yang pernah Khai tulis sebelum ni iaitu Tutorial Membina Blog dari Zero sampai la complete. Kalau korang refer artikel tu pun, terdapat pakej khas buat pembaca Justkhai yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging ni.

Wajah Baru ServerFreak dan Pakej Promosi

Untuk artikel ini, korang juga akan diperkenalkan kepada beberapa pakej murah dari pihak hosting Server Freak bersempena dengan bulan kemerdekaan nanti. Tapi apa yang lebih menarik, mengenai wajah baru website mereka yang boleh diberikan 9/10 bintang di mana mencakupi pelbagai aspek web rating seperti design (warna, font, kekemasan etc), kadar loading dan mesra pembaca/pengguna.

Dari menu dan interface dia, rasanya memang lagi senang (berbanding dulu) kalau korang nak cari mana-mana pakej yang sesuai untuk hosting yang korang nak angkat. Good job ServerFreak! Masuk website mereka kalau nak nengok. {dan ini gambar website lama mereka}

ServerFreak’s Blog (WoW)

sf-wow
ServerFreak juga dah memperkenalkan satu blog khas untuk pengguna mereka mengikut perkembangan terkini dan pengumuman. So lepas ni if korang rasa ada apa-apa problem, boleh refer blog diorang lah sebab apa-apa announcement akan dibuat di situ. So akan jadi lebih mudah kan? Bagus betul. Bak kata diorang sendiri, kewujudan WoW tersebut bagi memberi connection anda ServerFreak dan pelanggan mereka. [detail]

URL: http://wow.serverfreak.com

ServerFreak on Twitter

serverfreak-twitter
ServerFreak juga akhirnya memperkenalkan akaun Twitter mereka kepada umum. So dengan adanya ServerFreak official Twitter account mereka ni, lepas ni dapat memudahkan pelanggan mereka (seperti Khai) untuk menghubungi mereka secara terus tanpa perlu submit ticket atau mungkin dapat mengetahui sebarang berita terkini dari pihak ServerFreak. Sebut mengenai Twitter, rasanya kalau ada syarikat yang tidak mempunyai akaun tersebut, mungkin akan dilihat agak ketinggalan sikit kot lagi-lagi jika syarikat yang berkait dan berhubung dengan dunia internet.

Pakej Promosi Merdeka

Sempena 53 tahun kemerdekaan negara, rasanya memang inilah yang kita semua tunggu tiap-tiap tahun bila pihak hosting berlumba-lumba mengeluarkan promosi sempena bulan kemerdekaan. Dan selalunya bila ada pakej promosi, mesti la ada contest sekali kan? Hehehe. Banyak untung. Untuk pakej promosi bulan merdeka ni, ServerFreak memberikan promosi untuk Virtual Private Server & Elite Shared Web Hosting. So kalau rasa berbaloi, sila grab ASAP.


1. Promosi Elite Shared Web hosting : elite53merdeka


2. Promosi VPS : vps53merdeka

* klik mana-mana pakej kat atas.

Contest


Selaras dengan imej korperat baru mereka, sebab tu adanya contest yang diberinama FreakyFoto ni. Contest bermula hari ini (15 Julai 2010) sehingga 15 August 2010. Senang gila kot nak menang. Korang just amik gambar muka terkejut diri korang sendiri. Buat la muka terkejut beruk ke macam nampak hantu. Confirm menang! Hehehe. [detail]

Guys, Khai sanggup habis masa untuk tulis entri ni, tentulah sudah terang lagi bersuluh yang Khai sendiri menggunakan servis dari mereka. Tapi korang kena faham bagaimana rasa puas hati dengan servis dari mereka. Selain hosting dari Fivio Hosting, dan satunya lagi (termasuk blog JK ini) adalah di bawah seliaan terhebat dari ServerFreak.

Pengalaman Khai dengan hosting dah banyak since 2005 lagi. Dah hampir 6 hosting pernah Khai gunakan (termasuklah Exabytes) dan akhirnya hanya stick pada dua hosting yang sedang Khai gunakan sekarang kerana mereka memang benar-benar terbaik! Kalau tak bagus, Khai pun tak berani nak menyampaikan.

Ditulis pada 4:29 PM 15 July '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 879 views | Dalam kategori: Review | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

25 Comments »

Comment by Anarm
2010-07-15 16:34:14

bleh la angkat satu pasni.. ASAP gi korek tabung ayam.. :o:

..
 
Comment by ejam
2010-07-15 16:37:55

SF nmpk kacak dah website nyer, harap terus kacak dgn servis2nya juga…
blog aku juga menggunakan serverfreak gak..

*SF dh bleh tukar ler banner utk promosi affiliate tu, bykkan pilihan saiz…tukar design skali…

..
 
Comment by x-po
2010-07-15 16:47:12

nak join contest tu kena pakai serverfreak dulu tak? hehe aku ty sbb aku tak masuk lg link tu sbb beruk aku tgh slow ๐Ÿ™

..
 
Comment by Khairi
2010-07-15 17:13:49

Ku pakai enom aje khai huhu.

..
 
Comment by ashraf
2010-07-15 18:36:53

Mereka memang bagus, kalau ada masalah tak perlu tunggu lama untuk dibantu. thanks khai.. 8)

..
 
Comment by rayban wayfarer
2010-07-15 18:38:48

dengar macam best je nak angkat gak satu insyallah kalau ada duit

..
 
Comment by Riza
2010-07-15 18:41:26

Assalammualaikum,bro..

Aku rase aku nak pakai gak la. Tapi aku ni baru je masuk dunia blogging. Aku actually dah lama start, tapi semalam memang all out la. Aku leh berblogging sampai kul 5pagi.

Ko leh tak tengokkan aku nyer blog tengok ada cacat2 yang aku leh baiki tak? Kalo khai ada masa la eh?
If andai kata apa yang aku buat ni betul, mmg pikir nak beli je domain satu. BAru semangat! :o:

..
 
Comment by Khai
2010-07-15 19:02:33

@anarm: Harus angkat.. Takpe, korek tabung ayam hari ini demi memenuhkan tabung ayam gergasi pada masa akan datang. Hehehe..

@ejam: banner aff SF tu ada banyak pilihan saiz dah.. Tapi diorang boleh consider la kot untuk tukar design. Kasi gempak habis macam design official web siorang sekarang.

@xpo: Aku x sure la pasal tu. Rasanya semua orang leh join tp result dia mesti la berat pada pelanggan diorang dulu kot? Hehehe.. Cuba tanye via twitter diorang (@serverfreak)

@Khairi – Nanti kalau nak beli hosting lain, boleh cuba try test SF or Fivio pulak ye? Hehehe..

@ashraf – yup.. SF n Fivio bukan nak puji melangit, tp service diorang, terbaik. Nak minta bantuan apa-apa, via YM pon boleh terutama Serverfreak sebab diorang rajin online 24/7

@rayban – Amin.. moga dipermudahkan. Ala x mahal pun. Tp puas hati. hehe..

@Riza – Dah ok dah tu. Harus beli domain cepat-cepat. Baik bermula dari awal dengan domain sendiri kerana itulah yg terbaik. Mengenai komen pasal blog kamu, design semua mmg default lah kah sebab kat wp free mmg x leh nak edit template diorang. Kalau ada hosting n domain sendiri, baru leh modified gempak2.. Hehe. Pasal content pun dah ok cuma lagi best kalau banyakkan gambar kat artikel-artikel. Bukan artikel-artikel yg ada gambar berkaitan cerita je yg kita letak gambar tapi apa-apa artikel pun, pastikan ada “eyes candy”.

..
 
Comment by aizuddin
2010-07-15 19:25:03

aku pun guna serverfreak..servis memang terbaik..cepat je reply..
aku kompius jugak dulu..kenapa serverfreak.com tak wujud2..akhirnya ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Riza
2010-07-15 20:42:22

Assalammualaikum.

1st of all, thank you banyak2 sangat sebab sudi membalas saya punyer komen. It means a lot to me. Susah betul nak jumpa orang tak kedekut ilmu nie. bertuah jumpa kawan macam khai.

Thank you again sebab bagi tips2 yang leh bagi manfaat kat my blog. Will get the domain cepat2 from serverfreak!

Last je nak mintak tolong. Yang ‘Readers’ yang ada nombor tu, kat my blog tu, dia punyer subscribers tu if let’s say kawan i subscribe, dia akan naik ke? or bergantung?
:8

Thank you very much again,sedara.

..
 
Comment by mohdisa
2010-07-15 21:47:55

serverfreak memang terbaiklah dengan kualiti yang ditunjukan dan khidmat pelanggan yang diberikan amat memuaskan. wajah terbaru serverfreak memang menarik. comel gitu. hehe

..
 
Comment by h3r0
2010-07-15 23:20:09

masih tercari cari hostingyg terbaik..

..
 
Comment by uncle_jebat
2010-07-16 11:10:41

peh..superb!!!!!!! wa respct la lu bro ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Eriyza
2010-07-16 12:07:55

Entah bila nak ada hosting seniri. :-[)

..
 
Comment by blowie
2010-07-16 22:09:19

bro, fivio or serverfreak.
which one better?

..
 
Comment by soccermaniax
2010-07-18 03:34:50

Blog bola aku pon pakai sever freak jugak..serve terbaik mat!!

..
 
Comment by Tungku Moden
2010-07-18 21:46:20

8) Bro, takdeke sponsorship dari serverfreak ni?Ade nak jugak hantar website huhu

..
 
Comment by Wan
2010-07-19 00:17:30

tahniah
kualiti pun mau tiptop

..
 
2010-07-20 12:19:24

ahak bila lah koz akan ade hosting sendiri^^ 8)

..
 
Comment by mrnamie
2010-07-20 12:36:05

trima kasih tuk info ni khai, baru igt nak tnya2 kat ko ikot facebook tadi.. keke

..
 
Comment by mrnamie
2010-07-22 11:34:54

Salam khai, trima kasih tuk info kat page ni. Alhamdulillah dah berjaya aku set blog aku sendiri ikot tutorial yang ko sediakan. Terima kasih bebanyak.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ejardkethot
2010-07-23 01:17:25

bila la saya nk start berBLOG … =(

..
 
Comment by Anip
2010-08-08 18:46:54

serverfreak ok kan..tringin nk ade domain sniri..
:[

..
 
Comment by emas free untuk semua
2011-02-21 18:20:46

wah ada tarikh tutop x?ke dah penuh?

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post