0308 – Surprise Party dan Kasih Sayang

Alhamdulillah. Ini official entri dalam Justkhai ni sempena birthday aku yang ke-22 tahun. Entri semalam bertajuk tu, mukadimah je kot. Dan entri ni tak panjang, tapi hanya untuk menyemadi’kan gambar-gambar kenangan dan peribadi untuk mengukir senyuman aku sendiri di masa hadapan. Kerana apa? Kerana hari ini adalah hari paling istimewa dalam hidup aku. Sebab gua kena surprise party gila babeng punya. Hasil usahasama berminggu-minggu si dia dengan family Khai dan kawan-kawan. Terbaek la korang sebab aku memang betul-betul surprise habis kot? Rasa nak geget je idong sorang-sorang time tu terkujat punya pasal.

Plan’nya pukul 9 Malam dengan Cik Eifa, gerak ke McD. Dari haritu lagi dia dah warning untuk tempah aku awal-awal. So dengan senang hati malam tu aku ready nak celebret besday ala-ala romantik la dengan berdua-dua’an. Masa lepak tu, aku nengok sibuk sangat dia dengan phone. Kejap ummi call la, kawan call la. Padahal tu semua kawan dengan akak aku yang call nak teruskan planning kejam diorang. Hahaha. Pandai ek dia? Hehe.

Lepas lepak-lepak makan, dia cakap nak turun bawah jap amik barang dalam kereta. So aku memang agak dia pergi amik hadiah la kan sebab dah tentunya dating malam tu sebab nak sambut birthday aku berdua. So aku biarkan dia pergi. Tunggu punya tunggu, sekali dia datang bawak kek yang memang cantik gila! Masa tu aku ingat aku dengan dia je lah. Sekali dari belakang aku dengar suara yang memang familiar sangat tengah nyanyi lagu happy birthday. Aku toleh belakang dan memang terkejut gila rupanya suara-suara tu datang dari akak-akak kandung kesayangan aku dengan sahabat-sahabat baik aku. Semua ada satu pun tak tinggal. Hahaha!

Suasana meriah gila kat McD time tu. Sorry la kalau korang ada lepak Mc Donalds Bangsar malam tadi ye? Hahahaha! Jom la layan beberapa gambar terpilih. Oh ya, thanks untuk kawan blogger paling rapat aku, siapa lagi kalau bukan Syahirul sebab dalam Miss Merlot ni memang bersepah gambar DSLR dia yang merakamkan terlalu banyak kenangan antara aku, family, chenta dan kawan-kawan. Gambar semua cantik-cantik pulak tu. Celet sket! Hehe.

Banyak gambar ni taw? Kalau nak nengok, tunggu 10 saat dia habis load semua gambar dulu. Kalau nak nengok versi HD dan ada caption bagi gambar-gambar kat bawah ni, boleh nengok kat Facebook Khai. {HERE | Privacy: Friend only}

Gambar-gambar sebelum kejadian..

Taraa!! Happy birthday to you…..

Sepanjang masa aku menulis entri ini, tak tahu kenapa aku tersengih sorang-sorang. Mungkin ini kenangan yang sangat indah buat aku sampai bila-bila. Mengenangkan susah payah akak-akak aku dan suami mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan harian mereka sanggup datang sambut birthday aku. Sungguh aku terharu. Begitu juga dengan kawan-kawan yang ada esok harinya ada kuliah dan ada yang nak masuk office. Terharu sampai tak mampu nak berkata.

Semua yang berlaku sebulan dua ini, adalah suatu perkara yang aku anggap sebagai satu anugerah terhebat disebalik 1001 kesakitan dalam percintaan yang aku rasai sebelum ini dengan penuh sabar (hanya Allah yang tahu betapa sakitnya). Perhubungan aku dan dia sikit demi sedikit memadam kesakitan yang sekian lama wujud jauh disudut hati ini. Restu hubungan ini dari family dan kawan-kawan juga, memberi 1001 makna untuk aku dan dia untuk meneruskan ke peringkat yang lebih serius. Benarlah, restu keluarga itu penting. Jangan hanyut dalam kecintaan berdua-dua sahaja yang nyata sampai masanya tidak akan ke mana-mana.

Kisah silam kami berdua memang lebih kurang sama. Dan seperti yang selalu kami bincangkan masa dating, agar hubungan dan kebahagiaan kami tidak wujud di atas air mata orang lain. Harapnya tidaklah kerana setahu kami semasa 3 kuntuman mawar merah dan kuning aku berikan pada dia, adalah ketika aku dan dia single dan sedang disakiti. Ketika itu datangnya sebuah anugerah yang dipanggil cinta yang mana tidak pernah terjangka. 100% datang dari hati dan naluri masing-masing. Kami sahabat baik dan good listener antara satu sama lain sebelum itu.

Resmi seorang Khai dalam percintaan, aku tidak pernah mencari “awek” atau “girlfriend” seperti kebanyakkan remaja lain, tetapi aku mencari wanita yang dipanggil “isteri” dan “ibu” kepada anak-anak aku nanti. Usia 22 tahun mungkin agak muda pada pandangan orang yang lebih tua dari itu, tapi di usia 22 tahun sudah cukup mampu mematangkan diri kita jika kita mahu dan inginkan ianya berlaku. Kita lebih kenal diri kita kan berbanding orang lain? So gunalah akal yang waras untuk berfikir dan menilai.

Percintaan ini, mengapa aku anggap ianya suatu anugerah? Kerana cinta yang tidak lahir dari pandangan mata tetapi lahir dari hati yang tulus dan ikhlas untuk saling menyintai. Syukur Alhamdulillah. Untuk pihak-pihak yang terasa kehilangan atas perhubungan kami, mohon seribu kemaafan kerana aku sendiri memang terdidik untuk menghargai orang yang kita sayang di depan mata. Bukannya cuba menghargai sewaktu telah tiada. Mungkin sudah terlambat. Maafkan aku, maafkan kami. Maafkan. Percayalah ajal dan jodoh pertemuan, semuanya ditangan Tuhan yang menciptakan Qada’ dan Qadar.

Untuk Nur Irfah, Terima kasih kerana bukan sahaja menyintai ku, tapi juga menyintai keluarga dan sahabat-sahabat ku. Subhanallah. Tiada kata-kata yang mampu aku luahkan atau coretkan di sini melainkan benar-benar ikhlas untuk menyintai kamu dunia akhirat dan memperisterikan kamu yang kemudiannya, menjadikan kamu seorang ibu mithali kepada anak-anak dan zuriat kita berdua. InsyaAllah. Sungguh kalau boleh aku canangkan pada dunia, satu dunia aku ingin beritahu bahawa kau adalah anugerah terhebat cinta mati’ku tiada tandingan.

Pssttt: Malam Jumaat ni, member ada bincang nak buat sedikit bacaan Yassin di rumah dia untuk kami semua dan pada aku, untuk umur aku yang ke-22 tahun ini. Kalau boleh memang nak ajak korang (ajak-ajak ayam, hehe) tapi takpelah. Cukup sekadar doa korang untuk Khai sebagai hadiah yang paling bermakna.

Pssttts: Syahirul pun ada menulis entri pasal party ni. Thanks babe! Korang boleh baca entri dia (lagi detail kisah-kisahnya) di blog dia. {here}

Ditulis pada 7:38 AM 3 August '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,780 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa, Kisah Cinta | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

65 Comments »

Comment by iZwaN
2010-08-03 07:45:28

gle meriah…best2…
apa yg penting…mandi tepung…hehee…

..
 
Comment by joegrimjow
2010-08-03 07:45:59

ku baca di blog syah dulu kot
hehe

happy besday dan moga cepat kawen

..
 
Comment by Dauspozi
2010-08-03 07:50:10

haha… Khai punya muka ke tu?, yg tiup lilin?, btw… mamat yg pakai baju bertulis “VE” tu mcm Nabil raja lawak r… siyes bro!

http://justkhai.com/blog/fhoto/jk-birthday-party-3.jpg

..
 
Comment by cj'alhafiz
2010-08-03 07:51:13

best2! hey dude…yg gambar blurr tu ko ka? u know what? two pictures tak blur pun muka mamat tu. πŸ™‚

..
 
Comment by Dauspozi
2010-08-03 07:52:04

Selamat menyambut hari lahir yang ke 22 buat Khai dan semoga berbahagia di samping keluarga tercinta terutama cik Eifa… cepat kahwin!… πŸ™‚

..
 
Comment by syahirul
2010-08-03 08:02:49

Happy birthday to u khai.. dan juga eyra, kembar ko 7 jam.. aku takde komen nak letak.. entri tu dah cukup memadai.. erk, dauspozi leh kata muka hanz macam nabil raja lawak.. jap aku nak berdekah2 gelak.. ada benda leh bahan dia.. gyahahahhahahahahaah~ πŸ™‚

..
 
Comment by aisyahkama
2010-08-03 08:04:24

happy birthday pakcik khai. 22 is just a number. πŸ™‚

..
 
Comment by nawla
2010-08-03 08:05:46

happy ulangtahun encik. minta copy ayat cinta dalam satu paragraph tu. suke!

..
 
Comment by Meow
2010-08-03 08:08:23

wahh…memang meriah habis…

khai mmg bertuah dpt orang yang menyayangi ko dan sanggup berbuat apa untuk ko…

hargailah mereka…huhu :8

..
 
Comment by faiezesa
2010-08-03 08:17:53

gila best jd ko khai… nk joinnnnn… ko ada x ckp kat kamera ‘wakenabeb’ masa kene suprise πŸ™‚ … hahahaha

..
 
Comment by Azam
2010-08-03 08:19:53

xdpat ak nk tgok pic ko kt fb…
asl la ko blok ak.. haizz~ 😐

..
 
Comment by AyongQiela
2010-08-03 08:24:41

happy birthday en.khai. eifa dkt ngn u, so die boleh plan suprise for u. hehehe. i do plan suprise for mr.bf, tapi dari kejauhan je. haha, feel tak sama! but, HAPPY BIRTHDAY! may ALLAH bless uu πŸ™‚

hargai orang di sekeliling anda. πŸ™‚

..
 
Comment by alang_khai
2010-08-03 08:41:38

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Bkn sng nk cr shbt yg bnr bnr shabat.. If adik beradik tu lain la kan or awek lg lain.. Tq to olsssss sb sudi gembirakan our khai. Sgt respect semua ni.. Semuga keakraban berkekalannn.. Tq to korg yg support khai selamani.. Go justkhai n tak lupa geng geng ohmedia! Cayokkk

..
 
Comment by Abd Karim MJ
2010-08-03 08:47:13

Salam.. Selamat menyambut ulangtahun Kelahiran yang ke 22 Tahun… semoga di permudahkan rezeki.. di panjang umur dan di berikan kesihatan — untuk beribadat KepadaNYA… mendapat kebahagiaan dan kejayaan di dunia hingga ke syurga… amin ! πŸ˜‰

..
 
Comment by kisahsensasi
2010-08-03 08:55:41

Slamat ari lahir to u bro…. Upacara TEPUNG memang acara standard untuk celebrate besday….. ;-p

..
 
Comment by Anarm
2010-08-03 09:19:42

lama siot aku x kene tepung camtu.. hahahaha :o:

..
 
Comment by Fazreen
2010-08-03 09:41:38

Khai! selamat menjadi tua! berbahagia selalu

..
 
Comment by putcomey
2010-08-03 09:44:34

happy birthday khai!! moga khai dipnjngkn umur,murah rzeki,bhgia dunia dan akhirat dan berjaya dlm hdp:)

khai,nape ada pict yg x blur??

moga khai ngn eifa kekal smpai kawen,ada ank cucu dan smpai hujung nyawa……amin…

..
 
Comment by lazaac
2010-08-03 09:52:16

happy birthday khai…

tapi,knapa ada gmbr tak censored..? :p

..
 
Comment by hamba Allah
2010-08-03 10:05:56

hepi besday my fellow leo;khai~

besday aku minggu dpan
first time dlm bulan pose…:)

http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/cinta-sebelum-kahwin/457467466082

..
 
Comment by RoziAhmad
2010-08-03 10:10:23

happy belated besday khai.. moga panjang umur dan dilimpahi rezeki yang banyak..

..
 
Comment by eyra
2010-08-03 10:21:40

HAPPY BIRTHDAY. sumpah jeles. petang semalam rasa nak lari balik KL. tp ongkos tarak πŸ˜›

bestnya suprise birthday party… nape ade gambar tak blur?

..
 
Comment by adieyza
2010-08-03 10:21:56

happy birthday khai..

semoga segala yang dihajatkan akan dimakbulkan Allah hendaknya..

..
 
Comment by aizuddin
2010-08-03 10:47:12

tgk gambar pun dah mcm meriah..baguslah khai..yassin pun tak lupa πŸ™‚
btw..epi besday lg skali..

..
 
Comment by shams
2010-08-03 11:08:56

selamat hari lahir gak..
moga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan nikmat Allah..

..
 
Comment by jaysya
2010-08-03 11:18:49

wah khai ensem…
patot la xnk show off muke,, πŸ™‚ huhu

..
 
Comment by Dauspozi
2010-08-03 11:45:44

@Syahirul
time blur mmg cam Nabil… telinga dan bibir… kalau x blur, x sama pon… kah3

..
 
Comment by Ali ridha
2010-08-03 12:17:10

berseronok gile……..meriah gile…………

..
 
Comment by eiyda
2010-08-03 12:34:04

heppy beday..May Allah bless u always En.KhAI πŸ˜€

..
 
Comment by Cik Nass
2010-08-03 13:31:18

HAPPY BIRTHDAY TO YOU KHAI!!!! INI UNTUK KAMU!

K: kerana
H: hanya
A: anda
I: istimewa

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI…~

BEST FRIEND FOREVER!

..
 
Comment by sheila
2010-08-03 13:45:53

Selamat Hari Lahir yg ke 22……Semoga Panjang umur,dimurahkan rezeki dan bertemu jodoh cepat ye……Baru nampak muka Khai yg selama ni tak tunjuk tu…………….lupa nak blurkan lah tu agaknya…………..

..
 
Comment by cuz
2010-08-03 14:20:57

perghhh!!!!mmg sonok birthday party tu…mmg ssh nk dpat kawanΒ² sggup dtg nk smbut birthday..hehe
gambarΒ² yg diamik mmg smue cantikΒ²…

..
 
Comment by rawa89
2010-08-03 14:47:23

gler gedix nk blur2 kan pic ko tu..
klau xnk bg org tgk muker bek xyah upload..
bajet cool adoyai¬

..
 
Comment by Faisal Reza
2010-08-03 15:41:45

Salam….
Khai happy birthday… semoga berbahagia hingga ke jinjang pelamin wahaha… anyway pic ke-25 n 26 ko lupa nk blur kan ke?

..
 
Comment by syahirul
2010-08-03 16:24:33

kepada alls.. dia bukan taknak blur… aku pon terkujat gak bila tgk ada pic tak blur.. tapiu katanya “sayang sgt nak blur pic tiup lilin ni”… kenangan… gyahhahahaha.. so rezeki la pada sape2 lom tgk dia lagi.. kepada musuh2 yg masih mempertikaikan ape jua, bawak2 la sibukkan diri korg ngan benda lain, asek nak cari salah orang aje apesal? org nak blur ke taknak ke lantakla dia..

..
 
Comment by Khai
2010-08-03 16:36:31

thanks untuk yang mendoakan.. Hehe..

To rawa89, nanti aku sms parent ko tanya diorang ada share ke dengan mana2 website under Oh! Media especially Justkhai ni.. Kalau dia kata takde, ini ucapan ikhlas untuk ko.. “if u hates me or this entri, then F* you n pls get out from here!” πŸ™‚

Psstt: From now on, I’ll always be “nice” with such a loser.. yeah!

..
 
Comment by eyra
2010-08-03 16:51:05

rawa89; ishhh ade2 je spesis cmni. hikhikhik. kan ade pic ta blur. sian diek nak tgk yek? tgk puas2 k. hahahaha

..
 
Comment by rawa89
2010-08-03 17:28:21

haha..
bapak aku mmg xder share pn… sebab bapak aku bangang tak pergi sekolah dulu.. kesian bapak aku…… bangang dia turun kat aku….

..
 
Comment by fiD
2010-08-03 17:43:58

salam khai, semoga ko berbahagia, heee…

umur dah meningkat, kerjaya dah ada, awek dah ade…

ape lagi? kawen la.. πŸ™‚

..
 
Comment by hazwan
2010-08-03 18:34:26

lame x mandi tepung

..
 
Comment by bell
2010-08-03 18:53:58

ya Allah…. cute gileee 2 kids tu…. !!! :love:

..
 
Comment by Kay
2010-08-03 19:21:55

Fuyyyoooo!!! Gempak siott besday party ko bro… Aku jeles ni… Hehe… Ko patut sentiasa bersyukur dengan orang sekeliling yang sentiasa support ko Khai… Rasanya banyak sangat yang support ko… Orang yang nak menjatuhkan ko tu, ko buat kering jer… Sebab orang-orang macam tu patut di buang ke longkang.. Hahaha… πŸ™‚

..
 
Comment by Wan
2010-08-03 20:21:10

happening..xdak ka org nak suprise aku

..
 
Comment by ZE
2010-08-03 20:56:47

selamat hari jadi bro..=)

..
 
Comment by Rosmerah
2010-08-03 21:23:09

Khai yang katanya kaki sakit belum sembuh dh boleh main lompat2 rupa nya…hehe.

Happy sgt tgk khai dan semua happy…

Eifa sayang Khai, Eifa sayang u all!!!

..
 
Comment by hello
2010-08-03 22:20:52

selamat berbahagia ek encik khai… gyahahahaha…

from Taufik Mansor…. πŸ˜€

..
 
Comment by yukimi90
2010-08-03 22:47:02

whahahaha rambut yg itam bertukar jd outih tros! kalah goku XD

epi bufsay~~~ X3

..
 
Comment by ahmad sahwal
2010-08-03 23:02:27

Khai…..

Setahun umur kita meningkat…
Setahun umur kita singkat….

Semoga hidupmu diberkati…

..
 
Comment by hazimie
2010-08-03 23:35:36

happy birthday super duper senior ku.. lololol..
btw, sape yg pakai baju GB 2?? ^^

..
 
Comment by Nina'
2010-08-04 00:45:12

romentik!…

best ayat2 perenggan bawah tu..

moga22 hub khai n eifa kekal selamanya..

amin.. =)

..
 
Comment by Aunty Yin
2010-08-04 02:19:15

sayang Khai…
moga Khai bahagia untuk kini & selamanya..
bahagia dunia akhirat…

setiap detik kami syg adik… k.
muahhh :-*
ingat, biar ape pun yg berlaku.. πŸ™‚
x kata x tulis x semestinya x syg, kn kn kn… πŸ˜‰

ok, kami harap2 sgt moga dik akn bahagia bersama eifa pilihan hati pengarang jantung adik…

tahniah buat Khai….

~kc~

..
 
Comment by arrizz
2010-08-04 02:41:15

aku antara org yg lucky dpt tgk muke ko khai, haha..tp dah lpe la..adoi..anyway, happy birthday bro..pray only the best for ya n yr love one..meriah btol smbutan bday ko ea..hehe..

..
 
Comment by mello
2010-08-04 04:35:26

selamat hari lahir khai..moga panjang umur,murah rezeki & hidup diberkati Allah selalu.. =)

..
 
Comment by ketuk_angel
2010-08-04 16:30:08

wah wah wah… dah 22tahun yer… dah semakin matang dan semakin mantap di persada bloging… tahniah dan selamat panjang umur..

..
 
Comment by mea:darling
2010-08-04 17:37:08

bhagianyer bila baca bab cintan2 tu…hehehee :love:

..
 
Comment by ohmed1a-diehard-fan
2010-08-05 01:49:29

tempat ni hya utk yg sokong khai or yg sokong ohmedia lepak lepak je.. sapa yg tak sker.. silakan la undur diri.. buang karen and potongggg aje dok sini.. tmbh dosa je nk ngata2.. lebih2 lg u re not welcome.. if ada share takpe la jgk.. wa ka ka.

sesaaaat ka?
senang je nk cr jalan pulang.. tekan X kt atas kanan tu and dont come back! HAAHA siannn.. siann..
=(

..
 
Comment by ash
2010-08-05 10:15:48

kadang-kadang Allah sorokkan matahari dan datangkan hujan serta ribut. kita tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar. rupanya Allah nak beri pelangi.

selamat hari lahir khai.
semoga sentiasa diberkati didunia dan akhirat..=)

..
 
Comment by Rosmerah
2010-08-05 19:34:01

Thanks to Aunty yin, doa dan restu keluarga akan terus buatkan hubungan kami berkekalan.. insyaAllah..

To all jgk, thanks sbb sentiasa support khai dn mendoakan yg terbaik utk hubungan kami… sungguh indah bila hidup dgn penuh kasih sayang… Semoga kalian jgk sentiasa di limpahi dgn kasih sayang sentiasa πŸ™‚

Amin…..

..
 
Comment by akuzle ayu
2010-08-06 02:50:30

the best thing that money can’t buy are family, soulmate (sahabat) and future wife….

happy 1 year older, mr. khai….

..
 
Comment by Amirez
2010-08-07 20:49:20

kenangan yang sangat manis. happy belated birthday khai.

..
 
Comment by Anip
2010-08-08 18:29:44

happening gile sambut ari jd..
kwn,family, yg terchenta pon ade..
mkn plak kt mcd..huh!..
last kene function..yg tu yg terbaek..!!
πŸ™‚ πŸ™‚

..
 
Comment by sahibul hikayat
2010-08-09 08:02:11

awek ko yang ni lbh cantik n sweet daripada dl…..

..
 
Comment by i'msorry
2010-08-09 21:31:05

aku fan oh media gak, tpi gambr ni betul buat aku geram ah…
ape pun, hepi bday khai…mmg awek ko lawa..

..
 
Comment by Hamdi
2010-08-10 13:12:53

giler meriah birthday kau

..
 
Comment by niaz
2010-08-11 13:20:14

hepi belated bufday khai..awek khai mmg comel..jaga dia baik2…hargai saat ada…jgn dah xde baru nk kenang..hehhe

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post