Antara Internet dan Bulan Kemerdekaan Negara

Salam 1Malaysia guys! Motif entri ni dimulakan dengan Salam 1Malaysia, tentunya lah artikel ni lebih bersikap patriotik. Kalau tengah-tengah bulan Ogos ni orang sebut pasal partiotik, apa lagi kalau bukan sebab Merdeka kan? Takkan sebab Deepavali pulak? Hehehe

Oleh kerana Khai nengok suasana sekeliling Khai, langsung tak nampak inisiatif kerajaan kita dan rakyat untuk sambutan bulan kemerdekaan negara untuk tahun 2010 ni, So Khai cuba la sampaikan sedikit sisa-sisa patriotik yang ada dalam jiwa Khai ni melalui blog. Kalau nengok kat TV pun, macam nak taknak je iklan merdeka tu diorang buat. Mungkin tak boleh salahkan diorang sebab merdeka tahun ni jatuh pada bulan puasa dan nak dekat-dekat raya pulak tu. So mungkin ramai antara kita yang lebih rela habiskan duit untuk beli baju raya dan juadah hari raya berbanding membeli bendera untuk dikibarkan di depan rumah mahupun di kenderaan.

Khai pun sama je sebab tu sama-sama la kita hayati bulan merdeka ni melalui internet. Ok la ada juga dari takde langsung kan? Ok dari hanya pandai berbicara tapi tiada tindakkan. Yeehhaa! So kita mulakan dengan menanam semangat kemerdekaan melalui internet dahulu. Bagaimana?

1. Wallpaper Desktop dan Handphone

Kalau sebelum ni korang main tukar-tukar wallpaper korang dengan gambar girlfriend/boyfriend korang je hari-hari, apa kata mulai sekarang korang tukar dengan wallpaper-wallpaper yang berbentuk semangat kenegaraan atau kata lainnya lebih patriotik? Khai dah pakai dah wallpaper berbentuk semangat kenegaraan yang langsung mengetepikan gambar kekasih yang sentiasa menghiasi wallpaper notebook Khai selama ni. Hehehe. (takpe lepas habis merdeka, I letak balik eh gambar u?!! Huhu)..

Ini screenshot desktop Khai. (Klik untuk tumbesaran tulang temulang)..
screenshot-merdeka-miss-merlot

Agak cute kan? Kalau korang nak rasa semangat patriotik merdeka tu hari-hari, boleh guna mana-mana wallpaper merdeka juga. So tiap kali korang on komputer je, automatik hati rasa bunga-bunga patriotik. Hahaha. Oh ya, wallpaper merdeka ada dua yang Khai akan kongsikan. Ianya di’design oleh saudara Andy. {deviantart}

2. Contest Bulan Kemerdekaan

Bulan-bulan ramadhan ni, selalunya nasib korang kalau selalu malang tu, mungkin akan ada luck sikit kot? Hehe. So ini masa yang baik untuk korang join contest sempena bulan kemerdekaan. Untung badan (rezeki anak, rezeki isteri, rezeki awek), mana tahu menang kan nanti? Hehehe. So contest apa yang boleh korang join buat masa ni?

Blog hell or heaven {hellorheaven.net} ada menganjurkan satu contest kemerdekaan. Hadiah dia bukan setakat gula lollipop, tapi terbeliak mata korang kalau nengok. Hadiah lumayan dan soalan-soalan yang perlu korang selesaikan, budak darjah satu pun boleh jawab (kalau diorang refer buku teks la kan? Hehe). So apa tunggu lagi? Mana tahu nasib badan menang korang hadiah tu semua. Khai menyampaikan je. Langsung tak mintak apa-apa kalau korang menang. Sebelum join, baca baik-baik promo contest ni kat bawah.

Detail untuk contest tersebut, korang baca di blog hellorheaven.net atau klik gambar promo kat atas ni.

3. Tonton iklan-iklan Merdeka

Dari korang sibuk masuk Youtube untuk search video Maria Ozawa, adalah lebih baik korang search dan tonton balik video-video lama mengenai merdeka. Iklan-iklan merdeka kita dulu banyak hasil kretiviti arwah’nya Yasmin Ahmad. Since arwah dah takde ni, agak bosan kot iklan yang terhasil. Memang orang yang berbakat besar ni selalu pergi awal kan? Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad.

Antara iklan merdeka paling Khai ingati, adalah mengenai kisah percintaan Tan Hong Ming (video di bawah) dan juga iklan yang pengantin kena kejar tebuan tanah tu? Hahaha!

4. Tulis artikel mengenai kemerdekaan di blog


Yang ni paling senang. Kebanyakkan antara korang ada blog kan? Tak kirala popular ke tak (itu belakang cerita). Apa yang penting, apalah susah sangat untuk korang tulis apa-apa sahaja artikel yang berkaitan dengan kemerdekaan macam Khai buat ni? Tak susah pun. Mungkin korang boleh cerita apa korang nak buat time hari merdeka nanti atau mana korang nak bawak anak korang cuti sempena hari merdeka. Kalau anak-anak korang sejak lahir sampai berbulu tak pernah pergi Muzium Negara atau Tugu Negara, mungkin ini masanya untuk korang bawak diorang pergi sana dan bila balik, masa untuk korang upload gambar dan bercerita mengenai pengalaman korang dan anak-anak tadi. Itu kalau korang dah ada anak, kalau takde anak, apa kata korang sendiri yang pergi dan blog mengenainya? Khai dah buat hari tu lagi.

Ok so, kalau korang ada wallpaper merdeka yang korang design atau orang lain yang design dan korang nak kongsi kat sini, sila tinggalkan di bahagian komen ye? Begitu juga dengan mana-mana contest yang ada. Benda-benda macam ni nampak kecil dan macam tak menyumbang pada semangat cinta negara, tapi sebenarnya ianya sangat menyumbang dan paling penting, baik ada dari takde langsung kan?

Dan yang terakhirnya, apa kata kita sama-sama laungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! sebagai tanda semangat merdeka kita semua. Korang tak payah la nak laung kuat-kuat nanti kena baling kasut pulak dengan jiran sebelah. Hehehe. Cukuplah setakat dalam hati. Teehee!

Khai 19 Ogos 2010 03:45 pagi

UPDATE 23 Ogos 2010: Ok Petronas dah keluarkan iklan Merdeka diorang. Boleh dipuji kerana terdapat banyak pengajaran untuk kita semua.

Ditulis pada 3:14 AM 19 August '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,214 views | Dalam kategori: Daily Craps, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

41 Comments »

Comment by mrnamie
2010-08-19 03:18:21

wah, insyaAllah aku buat artikel pasal merdeka gak khai… hehe memang dah terfikir, cuma belum berkesempatan nak terjemahkan ke dalam wordpress je.. waka waka eh eh 8)

..
 
Comment by scromix
2010-08-19 03:19:02

good job dari andy ~

..
 
Comment by x-po
2010-08-19 03:23:10

hoho sekarang gak aku join contest tu..kredit ada pun tak guna2 gak..biasalah, org tak ada awek kan..huhu

..
 
Comment by luth textile
2010-08-19 03:30:05

tungguuu ni baru 19hb.. kat rumah dah gantung bendera? kat blog tak ada bendera pon bai?

Khai replied: Aku memilih untuk tidak menggantungkan bendera di blog tapi menterjemahkannya dalam entri seperti ini.. Hehehe.. Pasal bendera tu, nanti akan diletak juga (sebentar lagi mungkin). Kat rumah? Mungkin tidak kerana duit nak beli bendera tu, dah diketepikan untuk duit baju melayu hari raya.. huhu..

..
 
Comment by syahirul
2010-08-19 03:32:08

merdeka yeah! artikel merdeka akan dtg.. nantikan.. gyahahhahaha~ ๐Ÿ™‚

lawa seh wallpaper tu.. aku nak pakai jap..

..
 
Comment by MuJE
2010-08-19 03:33:11

seyes terbeliak mata aku tengok hadiah kontest tu!! haha… eh, ni fes time aku dpt update from blog khai ni dengan pantas sekali.. bravo! 8)

..
 
Comment by MuJE
2010-08-19 03:34:46

eh, cane nak bagi ada gambar muka kat sbelah komen ni ekh? ke utk para pengguna wordpress jer?

Khai replied: Untuk ada gambar kat sebelah komen ni, daftar email yang digunakan masa menulis komen ni di gravatar.com .. Then mana-mana blog lain pun yg dikomen dgn email yg sama akan keluar gambar yang didaftarkan tu.. Hehe..

..
 
Comment by hanz
2010-08-19 03:40:12

wah best lah khai sayang ko lebih nie kekekeke
sekali dia masuk kan http://zerohanz.com nt aku belanjer makan kat kedai cik warnie ok …kekekekke ๐Ÿ˜‰

Khai replied: Belanja makan kat kedai wanie? kedai wanie tu makan asap ye la ramai.. kemut sungguh.. Hehehe.. Mcd esok! ok deal! hahaha..

..
 
Comment by azizan4444
2010-08-19 03:44:37

contest tu mcm menarik..sekarang ni macam2 kot contest boleh jumpa..hadiah plk lumayan..hoho..

tahun ni x banyak lg kot yg iklan kreatif psl kemerdekaan..yg selalu ada psl beli kete n budak 3 org yg jual kt gerai tu..haha

..
 
Comment by MuJE
2010-08-19 04:01:28

ala, orang baruuuuuuuuuu jer siap setup kat gravatar ney…. tgk balik kt sini khai da reply da.. xpela, yeyey!!

..
 
Comment by atokk
2010-08-19 04:01:30

wah..dah publish entri merdeka dah…haha..btw tq khai hehehe…salam kemerdekaan untuk semua

..
 
Comment by MuJE
2010-08-19 04:13:30

adoi, tetibe la plak aku “ter”komen byk sgt kat sini. sori2.. ni last punye komen. Nk tanye Khai, nape saya punye komen kat shoutbox die kuar cm gini,

Your IP address 203.135.190.6 has been banned from this shoutbox.

Please try again later.

huhuhu… nape kena ban? x paham…

Khai replied: Maybe ada user lain yang kena ban kat shoutbox tu tapi IP dia sama dengan kita (sebab IP kan berubah2).. Jangan risau nanti seminggu dua, dia reset balik.. Hehehe..

..
 
Comment by luth textile
2010-08-19 04:39:20

hakhak. laptop beribu – ribu boleh angkat bai tapi bendera rm5-rm6 sehelai tu pun takley gantung. hihihihihi selamat merdeka. merdeka jiwa dan raga

Khai replied: Ko bai dah kibar ke belum? Ke guna mulut je? (aku pon boleh buat).. Takpe, masing2 ada cara masing2. Bukan setakat kibar bendera je then habis merdeka, bendera ntah ke mana. Selamat merdeka jiwa dan raga juga.. Hehe

..
 
Comment by menteil
2010-08-19 05:08:12

pergh… banyak gak tu hadiah tu…
dan mesti banyak jugak kredit aku habis.. huhu..

..
 
Comment by hazwan
2010-08-19 05:59:55

selamat mnyambut bulan kemerdekaan khai ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by iZwaN
2010-08-19 06:08:34

Selamat menyambut kemerdekaan khai…
semoga kita semakin cinta kpd negara yg bernama Malaysia… ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mello
2010-08-19 06:38:34

teringat masa zaman budak-budak dulu..pagi 31 ogos tu mesti duk depan tv tgk perbarisan.. lpas tu sambutan hari merdeka kat sekolah pulak dapat bendera kecil yg ada coklat bulat2 kat dalam tiub bendera tu.kakaka ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ProfHariz
2010-08-19 07:20:26

Sejak Kebelakangan Ini Apa Yang Hariz tengok.
Semangat patriotik warganeara masalah dah mula terhakis.
dulu ramai sangat2 kibarkan jalur gemilang.
sekarang?
sekolah pun kebanyakkan masih “tiada” jalur gemilang dikibarkan?
mana semangat patriotik rakyat malaysia?

New Entry Prof-Hariz
Ayie Tak Puasa Tapi Nak Raya.

..
 
Comment by joegrimjow
2010-08-19 07:48:06

baru pasan jarang org buat entry pasal merdeka termasuk diri ini
hehe
ok
thx for remind

..
 
Comment by RoziAhmad
2010-08-19 08:50:33

waaaa.. wallpaper terbaikkkk!! wa amik wallpaper lu beb!! selamat menyambut kemerdekaan!! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by PakciQue
2010-08-19 09:09:22

FIY, tema hari kemerdekaan pada tahun ini adalah “1Malaysia, Menjana Transformasi”

Jangan tak tahu.

..
 
Comment by ejardkethot
2010-08-19 09:09:51

8) merdeka…cuti…hoyeah..erk..alamak x patriotik la aku nieh :bloody:

..
 
Comment by safwan yg cool
2010-08-19 09:35:19

wallpaper dekstop..waktu dlm kul 2 pg…huhu

..
 
Comment by ashraf
2010-08-19 16:08:15

cun wallpaper yg warna hitam tu, selamat menyambut hari kemerdekaan khai…moga rajin update entri baru..hehehe ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Jihan
2010-08-19 16:18:04

wallpaper lain x de ke ? kalu lg byk lagi meriah..hehe 8)

..
 
Comment by luth textile
2010-08-19 16:48:01

apasal la khai tak enable thread comment. huhu aku dah kibar dah bendera. siap hilang lagi. ntah la apa nak kata dengan orang kita. tak ada duit kot nak beli bendera. walaupun dari segi luaran kita tak nampak patriotik tapi yang paling penting dalaman tu, semangat cintakan negara. tu yang penting

..
 
Comment by mijie
2010-08-19 20:42:29

aku belum lagi kibar bendera, em dah dpt tapi belum pasang kat keter, hohoho

apa2pun aku pasti akan terbitkan entri erti kemerdekaan

..
 
Comment by fiD
2010-08-19 20:56:05

kibarkan bendera tak menunjukkan segalanya bro. ๐Ÿ˜‰

Dalam hati sifat patriotik lagi penting kan? ๐Ÿ™‚

Salam 1 ummah

..
 
Comment by afiq aiman
2010-08-20 00:24:37

merdeka! aku tengah tgk the arrivals…nak memerdekakan bangsa aku dari penjajahan secara sunyi sepi ni

..
 
Comment by aizuddin
2010-08-20 19:44:35

tapi kan..zerohanz tu sape pulak? ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by catt
2010-08-21 10:17:25

sy amik wallpaper tu tau! lawaaa <3

Selamat Hari Kemerdekaan Justkhai :))

..
 
Comment by kisahsensasi
2010-08-21 10:20:41

tahun memang tak banyak blog buat contest sempena merdeka… neway blog zerohanz tu sempoi gak…. ;-p

..
 
Comment by Ali ridha
2010-08-21 10:43:39

rasa cam xseronok je.bulan Kemerdekaan pada
bulan Ramadhan.tapi Merdeka tetap Merdeka. :[

..
 
Comment by castmeniey
2010-08-22 19:30:29

selamat menyambut hari merdeka…… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by mello
2010-08-23 20:18:24
..
 
Comment by pilotHans
2010-08-30 19:13:40

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

sometimes we take it for granted…….this is surely a day to celebrate or to remember those who fought for it…whether their names have been mentioned or not…im sure some have been forgotton and many have never been metioned or even known! to our pass patriots, i salute u!

my merdeka entry > http://www.yohanibrahim.com/blog/the-true-meaning-of-independence

..
 
Comment by titan
2010-09-02 03:17:01

aku download wallpaper tu. Thanks.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post