Releven Lagi ke Kad Raya?

Raya dah nak dekat. Rasanya macam baru semalam Khai tulis entri hari raya untuk 2009. So meh Khai tulis pasal raya tahun la pulak kan untuk menceriakan suasana hari raya yang makin lama makin tak terasa kemeriahan dia. Puasa dah puasa dah sebab orang tua-tua kata orang tak puasa memang tak rasa kemeriahan raya. So di mana silapnya?

10 tahun lalu, hari raya lah hari paling dibenci posmen. Almaklum’lah, kerja yang dah memang susah sebelum tu, menjadi berkali-kali ganda susah lagi bila sampai musim raya. Setiap satu rumah nak kena stop letak surat. Paling tak tahan, rumah cina dengan india pun kena stop. Ye lah dulu kan selalu kita ni Gong Xi Raya (raya cina dan aidilfitri hampir-hampir). Then Deepa Raya pulak lagi (Deepavali dan aidilfitri hampir-hampir)

Semua orang nak pos kad raya. Untuk family, untuk kekasih dan untuk kawan-kawan. Masa tu peluang yang baik untuk pekerja kat Pejabat Pos buat over-time cari duit lebih (eh ade OT ke? haha). So hari ini, zaman ini (tahun 2010), masih releven’kah kad-kad raya ni? Ada yang cakap releven dan ada yang kata dah tak musim lagi.

Neway, ini dua website kad raya digital untuk korang gunakan. + via Mohd Isa.

1. Free Online Kad Raya
2. Kad Raya dari kartunis Ubi (RM37 untuk beratus kad raya digital)

Pada Khai, sebagai manusia yang berpijak di bumi yang nyata, zaman kad-kad raya ber’setem ni memang dah tak musim lagi. Dan taklah releven seperti dulu. Sebab sekarang ni semua orang nak buat kerja senang dan menjimatkan. Kalau boleh berak berdiri anywhere everywhere, semua orang pun nak berak berdiri sambil jalan pergi kerja.

Tapi kita kena ingat, yang kad raya ber’setem ini dia punya sentimental value tu tetap sama dan tak pernah berkurang macam 10 tahun lalu. Dulu kalau dapat Kad Raya ber’setem ni, lepas baca terus main gantung-gantung kat pokok bonsai then tampal kat dinding rumah. Sekarang? Nak dapat sekeping kad raya pun susah oh!

Berbeza kalau korang send kat raya melalui MMS, Email atau zaman sekarang ni dari Facebook je, habis je orang baca, terus dah terlupa yang korang ada kirimkan kad raya. Di mana istimewa’nya kad tu untuk penerima kalau contohnya di Facebook, satu kad raya digital korang tag member sampai 50 orang. Kad kad tu korang tulis benda dah nak muntah darah orang dengar iaitu “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”. Itu yang korang nak orang anggap sebagai istimewa? In your dream. Kalau Khai la, remove tag tu then buat tak tahu je. Hehehe.

So di kesempatan ini, Khai nak ucap Selamat Hari Raya buat korang. Maaf zahir dan batin la ye if ada salah silap tu. Khai cuba untuk tidak berbuat silap atau menyakitkan hati sesiapa. But if ianya terjadi, bukan perkara yang pelik. Kesabaran orang ada turun naiknya dan nobody is perfect right? Meminta maaf tanpa disuruh dan memaafkan tanpa diminta itu lebih baik sebenarnya. Kita semua masing-masing ada saham buat salah dan silap. So better sedar diri dari terlupa terus kan? Kalau nak duit raya, jemput datang rumah ok?!! (ajak-ajak ayam.. hehe)

Lagi satu raya tahun ni, Khai beraya kat KL.. aduhai tak rasa macam raya la macam ni sebab lebih prefer suasana raya di kampung. Ada pelita, ada lampu kelip-kelip yang banyak, ada asap orang buat dodol, lemang dan macam-macam lagi la. Kat KL ada ke semua benda tu? Bosan seyh! Untuk si dia, raya kat Kelantan tu baik-baik. Takmo main mercun nanti hilang jari tu, camne saya nak sarung cincin kahwin nanti? Sarung kat jari kaki? Hehehe.

Free gift untuk raya tahun ni takde. So jangan kecewa. Hehehe. Tapi freegift tahun-tahun yang lepas still ada dalam Justkhai ni. Korang sarch la “raya” kat search form atas tu. Paling tidak pun download wallpaper raya Upin Ipin ni atau letakkan stip Raya kat blog korang bagi memeriahkan majlis. Beberapa tahun dulu Khai ada buat page download lagu-lagu raya kat Justkhai ni (page ini), tapi nampaknya semua link dah broken. Ada masa Khai fix balik. InsyaAllah.


*Pssttt: Bila kali terakhir korang balik kampung? Hehe..

Anyway, mengenai kad raya, itu sekadar pendapat peribadi Khai. Bagi Khai mana-mana pun ok asalkan tak terasa menyusahkan diri. So apa pula pendapat korang?

Ditulis pada 7:57 AM 3 September '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,092 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

42 Comments »

Comment by little
2010-09-03 08:30:06

hehe .setuju ngan statement letak kad raya kat pesbuk then tag sampai 50 orang tu ,pastu remove n buat tataw je ,menyemakk je komen banyak2 .kad raya dah takdapat dah skang .tapi kad yang dipos memang special la drp digital :love:

..
 
Comment by iZwaN
2010-09-03 08:56:28

ok je mne2 pon…
mungkin kita semakin sibuk dgn bebanan kerja dan mungkin x sempat nk pegi bli kad raya…nk bli setem lg..nk tulis lg…nk pos lg…so..the easiest way…anta kad digital je…
tp..klu ada masa lbey tue…anta la kt raya yg authentic…yg mana akan menjadi lebih bermakna…
Selamat Hari Raya Khai…

..
 
Comment by Ryehanna
2010-09-03 09:05:28

Tak suka org tag kat facebook. huahuahua… kalau jemputan kahwin tu lain la.. (cos aku pun buat camtu dulu :P)

dulu, selalu berlawan ngan adik-beradik sape dpt kad raya plg banyak… selalunya aku la menang. hehe.. tp kini, mmg betul kata ko… nak dpt sekeping pun susah.. ๐Ÿ˜›

ape-ape pun, zaman berubah… orang dah malas nak abiskan duit beli kad raya and setem… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by menteil
2010-09-03 09:06:55

sentimental value beb!
selamat hari raya….

..
 
Comment by azleah
2010-09-03 09:07:48

Semua orang dah tak ada mood nak beli, tulis, send kad raya… Zaman dah berubah…

Btw, tak balik kampung pun. Haha.

..
 
Comment by Kereta Buroks
2010-09-03 09:10:40

Walapun aku dah berkahwin 6 thn yg lepas tapi aku masih simpan lagi kad2 raya masa tgh hangat bercintan cintun dulu. Bila baca semula aku pasti tersengeh sorang2 bukan pasal teringat saat2 romantik tapi disebabkan ayat2 yg digunakan dalam kad raya tuh. Kalau tujukkan semula kat wife mesti di kata eeee gelinya ayat. Padahal dia jugak yg tulis…. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2010-09-03 09:12:31

Hahaha.. sama macam my sis. Terbaca surat2 lama time bercinta. Zaman sekarang susah la nak jumpa lagi sebab sekarnag semua main sms/email dan tambah2 lagi sejak wujudnya Facebook. Semuanya mmg mudah tapi tak kekal lama dalam ingatan..

..
 
 
Comment by syahiran
2010-09-03 09:10:51

yes.. kad raya ade sentimentel value tersendiri.. agak susah nk hantar tp org akn igt dan kekal sampai bila2 tp kalau sekadar post kt fb memang takder la org nk igt sgt… hehe..

anyway di kesempatan ni aku nk ucapkan Selamat Hari Raya to empunya blog nih..

semoga raya nih bertambah barakah la dan berbahagia la di hari lebaran nih yea khai….

Syahiran | Syahir Halili. ;p

..
 
Comment by Cursefinger
2010-09-03 09:44:07

Pak cik posmen sekarang dah tak macam dulu la. Kalau kat kampung aku tu dulu, ada pak cik posmen sorang ni siap tak puasa. Tatau la samada gara-gara penat hantar kad raya atau sebaliknya. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by mrnamie
2010-09-03 10:07:31

teringat dulu nak raya je beli kad raya kat kedai buku or supermarket… beli yang bundle dalam tu ada 5-10 kad raya.. pastu kena listkan nama-nama yang nak di hantar.. haha

..
 
Comment by gua
2010-09-03 10:29:04

salam kai..
nok tanye mung ni skit leh?
biase arr tgk lawor la editing setiap gambor kt belog mung nih kn..
cume nok tanye mung pakai software nape ek utk editing tuh ek?

p/s:raye nt jeput la datang ganu! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mohdisa
2010-09-03 12:01:09

pergh, mantap seh. lepas komen kat blog aku terus up entri ni, anyway thanks for backlink untuk kad raya digital tu.

seriously aku cakap, memang sekarang ni semua orang nak mudah. jimat masa jimat wang, penyelesaiannya guna kad raya digital.

tapi yang jiwa sentimental macam aku ni, aku lebih gemar gumbira lagi dapat kad raya bersetem (kata khai…haha) siap simpan buat koleksi.

kalau kad raya digital nak simpan kat mana? dalam laptop? esok lusa rosak? ada lagi ke kad raya tu? itu baru rosak, kalau kena curi? ilang terus la jawabnya. tak syoknya. ๐Ÿ™

..
 
Comment by bubbles182
2010-09-03 12:03:42

so far tahun ni dah antar 20 kad raya. XD

..
 
Comment by ejardkethot
2010-09-03 12:05:45

bg saya…saya masih suka kad raya yg DI POS atau di beri by hand !!~ yahh..lebih sentimental value !!~ :love: kita leh tatap byk kali..pastu rasa mcm dia igt kiita lebih !~ pengorbanan nmpk jelas di situ ya..
berbanding digital lam pc…
[>.<] yeah..kadang2 request kt fb tu…nk approve pon malas..
hahahahahha… =(

apa2 pon..slmt ari raya kpd khai , cik eifa dan pembaca2 justkhai !~

psstt…wish raya raya jgk…ni bln posa x abeh lg nie!!~ [^.^]

..
 
Comment by afiq aiman
2010-09-03 12:36:58

kad raya…err aku baru berumur 18 tapi seingat aku la baru satu atau dua kali je kengkawan hntar kad raya…pergh memang payah giler nak org nak hntr kad raya…nak kena keluarkan duit untuk setem la…adess..alih2 hntr je guna email suma tu free..padahal sama jela…internet tu dia byr jugak bulan2..gyahahah ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by joegrimjow
2010-09-03 14:11:30

e card raya tu ape?
ekeke

masih dengan kad raya berstem mcam dlu2
=)
no reason, just like it

..
 
Comment by neyrashazeyra
2010-09-03 14:30:21

i setuju 101%!!

*entry mcm ni pon i dah taip tp ta publish lg. tnggu balik kuantan sbb nak amek gambar kad2 raya hahaa*

for me, kad raya bersetem adalah lebih ada value dari yg digital. sumpah i pn mcm khai. ta ske ada org tag2 kat FB. apa value? takda! mmg la ada org kata bersyukur je ada gak yg bagi kita, ingat kita. tp dari dlu, kalau setiap taun i tak pos lebih 20 kad mmg tak sah.

teringat semua kenangan zaman skolah. even dah 1 kelas, tp kami ttp pos jugak ke rumah msg2. semangat kan? mmg la setem da mahal. tp apa salahnya berkorban skit kan? at least, kad tu boleh simpan and tgk lg bila2 nnt.

eh dah terbuat mcm entry. nanti korg baca je la yer kat blog i. sampai kuantan esok i publish wakakkaka

..
Comment by Khai
2010-09-03 14:45:58

Hehe.. Kad raya untuk I mane? ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by hisham
2010-09-03 16:25:23

pepe pon kad raya clasik tuh lg bermakna dari kad raya digital…

lebih spesifik la ucapan yg dituju tuh…
xda la randomize jer… macam kat facebook…

kalo kad raya clasic tuh leh ar cita dari ujung rambut sampai ujung kaki dosa dosa korang kat org yang nkorang bagi kad… ye x?? ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by hanz
2010-09-03 17:23:27

dear khai,

tahun nie aku raya rumah ko sebelum raya boleh khai?
gyahahahah :p

..
 
Comment by luth textile
2010-09-03 17:35:59

tak dapat sekeping pon kad raya tahun ni. entah, tak rasa macam nak raya pon. tak meriah

..
 
Comment by zoul
2010-09-03 21:47:54

Entri ni mengingatkan aku sewaktu kecik dulu.. aku simpan duit semata-mata nak buat beli kad hari raya. Tapi sekarang semua tu dah tinggal kenangan.

..
 
Comment by maz
2010-09-03 23:10:28

dulu ms dapat kad raye dari kawan2 rase seronok sgt ๐Ÿ™‚ ..betul2 terase semangat raye..then bile wujud khidmat sms n mms..dh mule kurang sikit semangatnye tu..then bile zaman semakin canggih..tag pic selamat ari raye..terasa semangat raye tu hilang terus..xde yg tinggal..harapkan pd kad raye lame jer la wat kenangan..for me..raye skrg ni dh x semeriah dulu..x tau la nk salahkan sape..teknology, or else..setiap kali raye terase ader yg kurang..tp x tau ape..sebab x dpt kad raye n duit raye kot..huhuhu.. =( zaman dh maju katekan ๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by aizuddin
2010-09-03 23:24:01

nasib baik aku sempat alami zaman2 guna kad raya berstem..memang rasa lain bila dapat..yg best bila dibalas balik..tapi zaman dah berubah sekarang.. :bloody:
btw..selamat hari raya jugak..

..
 
Comment by Eriyza
2010-09-04 01:03:48

Kad raya mempunyai nilai kenangan yang tinggi.
Sayangnya, kini ia semakin luput ditelan zaman. ๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by Jihan
2010-09-04 02:28:37

sape wehh nk bg kat raya kat aku…. :o:

..
 
Comment by h3r0
2010-09-04 06:42:56

Sokong.. kad raya mmg ada sentimental value..
Cuma skrg zaman dah berubah..
orang lebih prefer kad digital.. senang…

raya pun dah kurang meriah berbanding dulu…

..
 
Comment by fiD
2010-09-04 09:21:02

selamat sambut ari raya bro…

..
 
Comment by eiyda
2010-09-04 12:00:51

tahun ni tahun paling malas kot…satu kad raya pon xpos..dan satu kad pon xdpat,,huhuhu,,
pasal yg tag kt Fb tu xder la kisah sangt..ok pe kan..pas bg ucaapn kt kad tu..remove la tag..heheh…dorang sekadar nk berkongsi kad rsnyer tak salah kot…so hargailah dorang…
wallahualam

..
 
Comment by shaiful
2010-09-04 15:44:51

sama ada kad raya digital atau yg dihantar secara pos,matlamatnya tetap sama,sebagai perantara empunya diri utk menyambut Hari Raya.
Masaalahnya,kad raya bersetem ni mudah rosak ditelan zaman.
Anyway,Selamat Hari Raya kepada semua pembaca Justkhai.Balik kampung tu berhati-hati dijalanraya.

..
 
Comment by juan
2010-09-04 22:51:42

khai…just nk tnyer…
xley k update sume blog2 ko tiap2 hr??
tiap2 hr aku duk buka blog2 ko tp xder update pown…
alangkah best lau ko dpt update tiap2 hr..baru puas ht..
dah r aku dh mula jatuh cinta ngan blog2 ko…adusss

..
Comment by Khai
2010-09-05 00:11:10

Hi Juan.. Hehehe.. Thanks.. Idea tu ada tapi nak update tiap-tiap hari, takut nanti ada plak yang tak ter’follow. Hehehe. apapun InsyaAllah akan cuba selalu update lepas ni. Hehehe..

..
 
 
Comment by Aunty Yin
2010-09-05 03:14:01

ye la khai.. update la 3 hari sekali ke…. ๐Ÿ˜›
btw,mmg pun khai… card dah takdek lg dh skrg ni,
kalo nk gantung pun, bisa gantung card kosong ajaaaa sih..
haha…
tp,if nak gak hantar card,bia nampak special..
x salah rasanya habiskn sket duit kita tu utk hantar kat insan teristimewa…..
nk nk yg takdek acc FB etc ๐Ÿ˜‰
so,khai… jgn lupe card raya untuk i yer..
i jarang b’FB ni… :p
maba pn takdek FB .. along along agh kc juga.. x-(

utk eifa tu pn,pe slhnye…
bape sgt rege card bg khai,kn…
beli la yg paling canggih… bg kat dia.. bestny :-*

tp kn dik.. bak kata dik d atas tu ingatan x lama,
nk lama kena la print out mana kata2 manis dr eifa…
nnt dah menikah…. @ masa nak rasa bahagia lek d hari tua…
leh bukak kotak berkunci@kotak beracun :p
ms tu s dia pun akn rasa d hargai–utk yg punya perasaan ala2 rmce gitu j laa… yg xde, lupekn ajaaa!! :p

tata~

..
 
Comment by mankuchai
2010-09-05 21:33:08

dah lama tak terima dan hantar kat raya,e-kad raya byk la.. =(

..
 
Comment by Ali ridha
2010-09-05 23:08:50

semua org nk cepat zaman skrng ni.
setuju hantar kad Raya digital kt
pesbuk. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by neyrashazeyra
2010-09-05 23:48:37

u mntak kad raya dgn i? i mntak ngan u dlu tau! pegi cr sampai dpt. jgn bg alasan takde kad raya dah kat KL. grrrr

..
 
Comment by tongkat-abu
2010-09-12 17:02:51

yo.
awek ko dok di mana?
aku pon org klantan leh pegi tengok2 kan .
huhu ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by hoOda
2010-09-13 00:10:35

rugi bdk2 zaman skang.. org dh jrg gune kad raye.. sume nye digital.. kalo dpt pon seketul dua je .. x best..!!

sape bdk zaman 80an msti pnah merasa dpt kad raye byk.. syok ooo.. aku siap gantung kat kipas.. ok lg.. pastu kene marah ngn mak sbb gantung kat ariel kete..:bloody:
wakakaka..=( :aie:

..
 
Comment by Heartless Angel
2010-09-14 22:44:03

setuju dgn khai…
ok skang juga aku de-tag kad digital, buat semak wall je.
hahaha.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ishak
2010-09-18 10:37:05

rasanya kad raya yg posmen hantar lagi best. boleh gantung2. kad raya digital ni tak thrill langsung. kalau tak online, mmg tak tahulah ada org send kad. huhu

..
 
Comment by Anip
2010-09-22 08:28:10

hmm..ye kan pasmen sekarang aku tgk relax je ulan pose aritu..maybe kad x byk utk dihantar..btol x?

sbb teknologi dh cnggih sume anta pakai internet…tp aku lebih suke trime pos…best woo rse dpt kad rye..rse x sabo jer nk rye..hehe

..
 
Comment by nafisa81
2010-09-25 14:29:30

kompeni koi bg 10 keping kad raya…semua habis koi anto kat rodong2…sorng pon tak membalas..balas kat facebook adelah,..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post