Review: Filem 2 Alam terbitan Dr Rozmey

Petang tadi bertempat di Midvalley, krew Oh! Media sempat menge’had’kan masa kami yang padat untuk menonton filem 2 Alam terbitan Dr Rozmey (DDR) yang dikatakan oleh para media “Indah Khabar dari Rupa“. Ingin mengetahui sejauh mana kebenaran itu, jadi kami pun pergilah menonton untuk berkongsi kenyataannya dengan seluruh pembaca Oh! Artis.

Filem ini terlalu hebat penangannya biarpun belum sempat dikeluarkan. Bermula dengan poster filem 2 Alam yang menciplak poster dari filem Hollywood, Exorcist dan berterusan dengan target-target tak masuk akal Dr Rozmey.

Masuk ke panggung, hanya ada 22 penonton (termasuk kami) daripada 140 kerusi yang tersedia. Ini menandakan filem ini LANGSUNG TIDAK mendapat sambutan penonton di panggung wayang. Kutipan 2 juta pada hari pertama yang dihebohkan DRR sebelum ini, tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Mungkin sengaja direka-reka kerana dari maklumat yang kami terima, kutipan pada hari pertama tidak sampai pun 80 ribu. Maklumlah bersaing dengan Harry Potter, langsung tak masuk akal 2 juta pada hari pertama.

Sedikit Sinopsis filem 2 Alam

Mengisahkan seorang PONDAN yang dah siap convert jadi fully woman telah meninggal dunia kerana membunuh diri. Adam atau nama pondannya, Amy yang juga seorang artis popular membunuh diri kerana tekanan yang diterimanya.

Adam, atau Amy terlalu taksub hidup dalam dunia penuh kemaksiatan’nya walau sebelum dia menjadi seorang “wanita jadian”, dia adalah seorang pelajar yang bijak dan pandai mengaji Al-Quran. Kehidupan kemaksiatan Amy dan teman lelakinya berterusan hinggalah pada suatu hari, Amy dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki dan akhirnya berita tersebut telah sampai ke telinga pihak media dan tersebar seluruh negara. Itu yang membuatkan Amy menjadi buntu dan nekad membunuh diri.

Filem ini diselang-seli dengan flashback semasa hayat dan semasa mati’nya. Semasa hayatnya, dapat dilihat kehidupan Amy yang penuh sosial dan ketika mati, ditunjukkan azab dan seksaan semasa mayatnya ingin di bawa ke kubur. Macam yang kita selalu nengok dalam drama (even drama jauh lebih baik penyampaiannya.

Apa yang best dengan filem 2 Alam

– Pengajaran yang disampaikan walaupun ianya agak lame!
– Cara kawalan kamera yang patut dipuji.
– Editing yang boleh dipuji di sesetengah bahagian.
– Sound effect yang agak mantap.
– Pelakon baru yang hebat membawa watak masing-masing.

Apa yang tidak best dengan filem 2 Alam

– Satu perkara yang paling kami benci dan mampu membuatkan korang blah terus dari panggung wayang tu adalah flashback yang ada dalam cerita ni. Boleh dikatakan flashback scene-scene yang sama kerap sangat dilihat dan menutup segala yang menarik yang ada dalam cerita ini. Ianya juga dilatar-belakangkan dengan dua lagu iaitu Salam Terakhir dan juga Andai ku Tahu (nyanyian semula Amy Search dan Ramli Sarip). Ianya menjadikan filem ini TERAMAT-AMAT membosankan dan menjadi sebab utama kenapa filem ini dikatakan INDAH KHABAR DARI RUPA!

– Plot cerita memang merepek. Kejap bincang kahwin dengan orang lain, tiba-tiba masa kahwin dah dengan orang lain pula.

Belum sempat cerita habis, kami melihat satu demi satu orang keluar dari panggung. Ini adalah pertama kali kami melihat orang bangun dari tempat duduk sebelum filem habis. Dr Rozmey, adakah anda tahu kenapa mereka keluar sebelum filem yang anda bangga-banggakan ini habis?

Pada kami Dr Rozmey hanya menyedapkan hatinya sendiri dengan melaungkan kata-kata indah mengenai filem ini di Twitter dan Facebook miliknya. Pada hakikatnya, jelas kami rasa DDR bukan buta IT untuk membaca 1001 kritikan mengenai filem’nya di Internet.

Pengejaran terbesar DDR untuk filem pertamanya ini, agar untuk filem’nya yang akan datang (jika ada), janganlah terlalu hebat mempromosi dengan iklan-iklan yang penuh dengan kata-kata tidak masuk akal yang membuatkan orang jelak dan menyampah untuk pergi menonton. Kalau duit dah banyak sangat, cukuplah keluarkan iklan di TV, di Billboard, di akhbar tempatan dan sebagainya. Tidak perlulah iklan yang penuh dengan kata-kata penuh syok sendiri.

Kami faham kenapa ramai rakyat Malaysia terutama’nya bangsa Melayu sendiri kelihatan seperti tidak langsung menyokong filem tempatan sendiri. Sebenarnya mereka bukan tidak mahu menyokong filem melayu kerana filem dari pengarah melayu lain sentiasa sahaja mendapat sambutan hangat. Kenapa tidak filem DDR? Ini kerana satu sebab, rakyat Malaysia sememangnya menyampah dengan orang bongkak dan terlalu kerap mengeluarkan gosip murahan dengan kata-kata yang langsung tidak masuk akal.

So kesimpulan untuk filem ini, kami tidak terkilan kerana apa sangatlah tiket berharga RM9 tu tapi kami kecewa kerana bagi kami filem tersebut tempatnya hanya di dalam slot Cerekarama TV3. Dr Rozmey, maafkan kami kerana ini komen jujur dari kami selaku penonton filem anda. Ambillah teguran sebagai pengajaran untuk terus berjaya dalam bidang perfileman kita pada masa akan datang. Rakyat Malaysia mungkin boleh menerima filem terbitan DDR ini kerana ini pertama kali DDR mencuba nasibnya di dalam arena filem tempatan cumanya sikap bongkak dan promosi keterlaluan dari DDR sendiri yang menjadikan orang cukup meluat dan menyampah.

Pihak Oh! Artis memberikan 1.5/5 bintang untuk filem “hebat” seperti yang digembar-gemburkan ini.

– Artikel oleh Khai Hassan.

P/s: Artikel ini dikeluarkan di Justkhai dan bukan di Oh! Artis kerana pihak Oh! Media sedang giat melakukan proses pembaikkan untuk Oh! Artis pada ketika ini.

Note: Dr Rozmey juga memadam komen-komen kritikan membina yang dikirimkan di fanpage’nya. Yang dia mahu hanyalah komen menjilat punggungnya sahaja. Memalukan! Rujuk status di Oh! Media.

Ditulis pada 10:32 PM 19 November '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 6,066 views | Dalam kategori: Hiburan | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

133 Comments »

Comment by rawa89
2010-11-19 22:47:25

cammaner la filem melayu nak maju..
belum kuar lg dh kene kutuk..yg kutuk pulak org melayu sendiri..
lepastu keluar kenyatann industi filem malaysia tak penah maju la aper la..
korang sendiri yg tak sokong..
dr nie dh la pengarah baru..
kenapa xnk bg peluang kat dia..
kalau kena kutuk mcm nie lepas nie die nk buat filem pun fikir dua kali..
sumer benda org wat ko nak kutuk letihla..

..
Comment by Khai
2010-11-20 05:41:02

Kutuk dengan kritikan, sangat besar bezanya. Kutuk untuk menjatuhkan. Tapi bila dikritik, tujuannya adalah satu untuk memajukan pihak terbabit. Kena profesional lah menerima kritikan.

..
 
 
Comment by azrul_stylo
2010-11-19 23:06:10

mcm mane die menipu orang utk lakukan produk die,mcm tu jugak lah die buat utk filem ni.MENGEJAR KEKAYAAN

..
 
2010-11-19 23:25:19

yeap… seperti yang disangka…. rata2 inilah jawapannya….

..
 
Comment by stop kutuk kaum sendiri
2010-11-19 23:26:43

ni la perangai org melayu..suka kutuk sn cni..mcm mn nk maju..
n sikap org melayu yg penuh hasad dengki..n x blh tgk bangsa sndir maju..
kutuk..kutuk2..mmg teruk la korg..

..
Comment by Khai
2010-11-20 05:42:57

Kat atas tu review filem selepas menonton filem tersebut. Jika filem orang putih pun cerita tak menarik, tentu akan dikutuk juga. Tapi kita tak kutuk lebih-lebih sebab kita takde kena mengena. Ini kerja bangsa kita, kita kena la kritik jika ada kekurangan. So pihak terbabit nampak di mana kelemahan mereka. Kita sebagai penonton yang membayar tiket wayang sahaja yang mampu menilai.

..
 
 
Comment by z
2010-11-19 23:39:14

rawa89..dia dh ckp..ni komen jujur dari penonton..kalo u mkn ns x sdap,u msti ckp x sdap kn kalo u jujur..i x tgok lg tp dia pnye iklan hari2 kt kosmo target sampai 40 juta,apa tuh maksud nye?psiko org suh p tgok filem dia?cam tuh?then bila tgok,half cter dh blah…u rs berbaloi ke even rm9?bkn x nk sokong filem malaysia.adnan sempit 2x kot aku tgok..sbb puas ati..mcm2 komen aku dh dgar..so,sblm aku myumpah DDR ni,baiik x yah tgok lgsh..aku rs pnonton yg blah tu msti maki hamun DDR.kalo 40 org asyik maki dia je,paham2 amik la korg sume..salam…

..
 
Comment by Cikgu Azid
2010-11-19 23:42:54

Hmm..usaha dan fikiran positif beliau wajar dijadikan contoh. Cuma bercakap besar tu…errr..mengerikan dan menimbulkan rasa menyampah kepada segelintir masyarakat di Malaysia..Teringat kepada dokumentari P.Ramlee yg ditayangkan di History Channel Astro (555),bagaimana beliau disisihkan kerana hasil kejayaanya..Apa2 pun,sokonglah harta intelek tempatan dan berfikiran positif.

..
 
Comment by paique
2010-11-19 23:42:55

bukan kutuk ler… cuma menyatakan benda yg betul..
x salah kan??

..
 
Comment by amirulez
2010-11-19 23:47:43

aku pun rasa wartawan xpatut kutuk filem nie.. lepas dah tayang barulah kutuk.. kalau xmesti rugi besar ddr3 nie.. tapi aku rasa kat jitra 2 mesti orang kena bayar dgn die kan. 2 yg pecah panggung..

..
 
Comment by mz
2010-11-19 23:49:16

filem ni xlayak dipanggil filem…
dr sepatutnya belajar mcm mana nk wat filem dan ak hargai usaha dia nk wat filem utk majukn industri hiburan kita, tp satu perkara yg dia perlu bljar adalah merendah diri…mcm prof aku ckp(ak event line) “bila kita buat event, jgn syok sendiri sebab xkn ada participant yg nk dtg tgk muka penganjur puji diri sendiri”… sma jgk spt buat filem, kta hanya berada di belakang tabir…bila kerja bgs, orang yang akan hrgai kita…xperlu memcapap lebey2… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by aslina
2010-11-19 23:50:20

errr… apa beza drama kat cerekarama tetiap malam sabtu tu dengan filem eh??? sampai skang takleh nak beza…

huhu… ke i mmg buta seni???

..
Comment by Khai
2010-11-20 05:45:27

Drama dihasilkan dengan modal ribu-ribu sahaja. Dan filem dihasilkan dengan modal menelan jutaan ringgit. Paling nampak bezanya, drama tentulah ditayang di tv dan filem ditayang di panggung wayang. Time raya baru masuk TV. hehe..

..
 
 
Comment by Admiral Hafiz
2010-11-19 23:52:35

kutuk bukan bermakna x support filem Melayu
tapi kerana kami tidak menyokong orang yang berlagak, sombong dan bongkak
benci…baru 1st movie,
dah pandai bercakap besar

“macam mana Melayu nak maju?”
statemnt tersebut sepatutnya ditujukan kpd filem 2 Alam

macam mana Melayu nak maju kalau filem berkualiti cikai dan tiada kualiti
digembar-gemburkan secara hiperbola???

semoga ini menjadi pengajaran kepada Dr. Rozmeyeh, filem Pam Anderson nanti, target berapa juta?Nak kalahkan filem Avatar ke? ahaha

Admiral Hafiz Official Website: Admiral’z Legacy

..
 
Comment by Pear
2010-11-19 23:57:54

hmmm…bila kau sentuh bab kamera dan editing tu…cam takleh caya laks…coz ayat tu tak diguna pakai…heheh

..
 
Comment by lasmania
2010-11-19 23:59:50

aku x fhamlh knpe nk sebut pasal kutuk melayu….knpe,org melayu mcm kite ni xleh terime kutukan,teguran n kritikan???????sbnrye,sikap xleh terima kutukan,kritikan n teguranlh yg mnyebabkan kite masih di blkang kaum len….mb cre kritikan tu kasar sb klu kritik lembut2,org yg bongkak xkan nk dgr….tp aku tgk,org kritik kasar2 pn,ye wat x thu je….

..
 
Comment by syima
2010-11-20 00:25:41

Slm…btw sy pun dh tgk movie tu…adoi…..1 panggung yg besar ada 8 orang je….. kurang dialog & tlampau byk flash back nya….
btw, choose movie ni sbb dah xde movie lain nk gk…abis sume cite da tgk tmasuk la HP yg bru elease rabu lepas =)
rating tuk cite ni 3/10

..
 
Comment by dani
2010-11-20 00:32:09

La… Mcm mne mlayu klu asyik kne kutuk? Abes, kne puji lah ye…
Ouh.. Ok. Filem 2 Alam gler bpk best. Mngalahkan filem Exorcist yg jd watermark wallpaper filem nih. Kpd smue mnusia di bumi ni, baik korg g tngok cter ni. Best wo0… I support sbb cter ni best gle.
Hmm… Sbnrnye ak xtngok pon lg cter ni. Dh klu ade org kata jnji filem mlayu kita xbleh kutuk, ak pon sokongla. Nk bwt cne kan… Wlau ak blom tngok ke, dh tngok n skit ati ke, or dh tngok n puas ati, ak ttp kene puji sbb SMUA FILEM MELAYU KITA JANGAN KUTUK.
Apa daaa…. Kutuk tu la yg bwt org brubah jd lbeh baik… Haih… ๐Ÿ˜

..
 
Comment by iela abul
2010-11-20 00:38:42

dgr name dr romzey tu pon da tau yg cter 2ALAM ni kompem tak bes punye! :[

..
 
Comment by Eriyza
2010-11-20 00:39:46

Inilah penangan kalo takbur dan riak.
Sorrilah Dr Rozmey, walopun tpt ni baru ada
pawagam tp sy bukan kaki wayang yg akan
meluakkan masa sy tuk menonton filem anda.
Lagi best sy layan drama Korea. Hehehe!!! :p

..
 
Comment by Thomas Anderson
2010-11-20 00:40:10

I won’t comment on our Malay’s culture or whatsoever that related to the race. Tp secara tak langsung Dr Rozmey ni yang mencemarkan bangsa Melayu itu sendiri. Macam filem – filem Melayu yang lain jugak, MOST of the movies tak patut ada dalam panggung! Kenapa pengarah or penggiat filem kita langsung tak rasa malu untuk keluarkan filem2 sampah macam ni? FINAS pulak takkan la pejam mate je bila duit kita disebat tiap kali tengok filem melayu? Kebanyakan filem melayu setakat nak amik untung je, tak lebih dari tu. Rasanya kita xpernah mimpi filem melayu akan sampai kutipan 40 Juta, tapi macam mana plak Dr. Rozmey ni terdetik di hati dia boleh sampai kutipan macam tu sekali? Rakyat Malaysia ada 28 Juta bayangkan kalau semua rakyat Malaysia tengok muvie tu. RM9 tu ditolak cukai, panggung n kos lain2 tinggal la beberapa ringgit je. Korang rasa logik tak seluruh rakyat Malaysia tengok filem tu? Yang tua nak mampos, yang baby tengah menyusu pun semua pergi tengok. Pergghhh kalau Universal studios dapat tahu ni tak pasal-pasal kite jadi the next industri filem yang paling maju selepas Bollywood! Banggenye sayeeee!!!!

Aku cakap ni bukan kutuk, tapi orang tua tak sedar diri tu memang tak boleh dengar kritikan. Cuba korang kritik tentang filem tu kat fb dye xsampai 5 minit dah delete! Pemikiran masih pada tahap dunia ketiga! Bila nak maju cenggini????

..
 
Comment by wajib-tayang
2010-11-20 00:45:04

yg ampa dok gaduh2 pasai ape???
lantak pi si khai ni nak kritik ape…dye dah tgk at least…so dye berhak kasi komen…wey…kalau x nak kena komen,buat filem syok sendiri pastuh…tayang dalam bilik sendiri…kasik laki bini tengok…habih citer….

si khai dah cukup baik kasik moral support…tgk citer sampai habih…yg ampa nak marah2 kate dye melayu x sedaq diri awat lak???aku sendiri tengok promo giler babi dye pon aku jadi menyampah…syok sendiri…kalau kate target tu,kasik ar realistik skit…jgn ar masuk bakul angkat sendiri….

..
 
Comment by Lembing89
2010-11-20 00:58:09

@rawa89 kau ni slow ke apa? masalahnye skrang kita tak ade kutuk usaha die ke apa.. tapi sombong dan riak die tu yang buat kite naik benci. lagi satu.. kau tengok penerbit2 lain ade ke dorang heboh2 target kutipan dorang macam rambut kelepet ni? ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by izz
2010-11-20 01:06:55

Aku kurang setuju dgn ape yg korang ckp tntg filem 2 Alam ni..
Memang lah.. ternyata filem ni x sehebat cte harry potter 7.. tp atleast jgnlah terlalu memburukkan filem malaysia.. at least kalau betul teruk pon.. jgnla condemn habis.. nasihat saja sudah cukup.. Cube ktekan ko yg jadi Pngarah.. Filem ape ko bleh buat? adkah sehebat filem2 transformer? atau harry potter? atau lebih hebat lagi?

buka mata la beb. condemn je tau.. memang industri filem luar negara ternyata hebat dari malaysia.. tp support local.. kte bkn ada pengarah mcm Michael bay.. We’re malaysian. 1 Malaysia la..

..
 
Comment by xero
2010-11-20 01:08:36

yg mara2 ni mesti dealer jusmate5..hehe..psl cite ni aku da tgk da..agak kecewa..tiket da la mahal aku gi time 1st day kuar kot..jgn ckp aku x sokong filem org melayu..ni bkan psl bangsa..x de kene mengena pon..tp mmg jalan cerita filem ni kurang..kurang sgt3..1st time aku rase nak kuar panggung awal..tp sbb cite org kite aku stay la gak..da lah 1 line je yg ade org..tu pon blom setgh jam separuh penonton da kuar..korg yg mara2 filem ni kene kutuk da tgk ke ek??ckp nak sokong filem org melayu..sokong kosong x gune gak..krg2nye yg kutuk2 ni gi tgk jgk.. :aie:

..
 
Comment by rashid
2010-11-20 01:10:00

Syok sendiri…!!!

..
 
Comment by ejardkethot
2010-11-20 01:10:11

bg saya ini bukan lah kutuk..tapi satu kritikan … [^_^]

..
 
Comment by aku melayu
2010-11-20 01:12:11

aku rasa tak salah kalau kita nak kutuk ke ape ke kalau da btol filem tu mcmtu.m’sia kn ngara demokrasi,klu kt negara luar tu aku rase lg terok filem dua alam ni kene bahan.at lis dr rozmey kene la amek n pk scare positif,jgn poyo sgt.da poyo klu bgus xpe.ni bru 1st filem da belagak mcm penah mgarah cite taraf2 holiwud.die bajet die mcm steven spielberg.aiiyoo.pape pun filem2 malaysia msih byk perlu diperbaiki dan dipelajari.-aku support filem melayu– ๐Ÿ˜

..
 
Comment by mat
2010-11-20 01:19:39

masih ada yang memuji-muji setelah berbakul bakul ayat2 bongkak ddr ni disiarkan di suratkhabar…adakah mereka ini jenis takde perasaan??…atau jenis tak boleh berfikir dah…?? ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by Lembing89
2010-11-20 01:26:09

bukan aku mengutuk cerita melayu ke tidak.. masalahnye setiap orang berhak memberi pandangan masing2. kalau kite tak tegur sampai bile cerita melayu nak maju? kan? macam cerita luar negara pun ade yang tak best kite kutuk macam tu la cerita melayu.. macam cerita jgn pandang belakang cerita die menarik.. ade ke terima kritikan macam cerita cendawan ni?

..
 
Comment by z
2010-11-20 01:27:58

aku komen lg..hehe..ni nk ulas korg pnye komen lg..mmg aku x tgok lg..@xero,lbih baik aku x tgok dari aku tgok then myumpah n maki hamun org yg wat cte ni..@izz plak,,,kata kn aku jd pgarah atau org lain..aku xkn ckp target 40 juta kot..org lain pun mcm tuh..david teoh yg jutawan filem pun x pnah nk ckp mcm tuh…org mrh sgt sbb dia pnye iklam sblm filem sgt2 hebat…kte xde michal bay tp kte ada ahmad idham.ok je cte dia wlu pun xde iklan ari2 kt kosmo..adnan sempit xde promosi gler2 kt luar tp meletop jgk…aku amik cnth la..mcm bola malaysia…time tgah hebat org,sanjung melangit..ble time komdem,org kutuk2 smpai ke tnah..tu sume lumrah la..kne trima..ko nk down ke,nk up ke,terpulang kt diri sndiri…shbby ulas omputih main bola tp dia hanya plyer malaysia…mcm tu jgk kte…pk2 kn la..salam

..
 
Comment by Lembing89
2010-11-20 01:42:23

@izz kau jgn jadi tak bijak.. sbb die melayu die rakyat malaysia kite kena sokong.. takkan la kau xde hati sampai tak dapat menilai mana baik mana tidak.. takkan kau tak reti nak mengkritik sekadar menerima apa saja walaupun tidak bagus. cuba kau pegi kedai makan pastu kedai tu sediakan makanan tak sedap.. takkan kau cakap sedap? pastu esok kau pegi juga kedai tu makan rasa yang sama.. macam tu la filem ni.. kite bgtau mana elok tak elok.. supaya boleh diperbaiki.. Seperti kite tak puas hati dengan pemerintahan.. takkan kite nak diam?

..
 
Comment by hafiz
2010-11-20 01:46:36

alahai..cam aner la org melayu x kutuk org melayu….cete lom kua dah bongkak lebih…filem pertama lak 2…ader lak pengarah lain camtu lak…aish..apew da…agak2 la klau nk ape pun…biar la berpada2…tau la duit dah byk…xyah nak bongkak pun…bkn ley bwak mati hrta 2….target lbh2…bongkak pun lg r lbh2 riak lg r xyah ceter…lyan pun cete lom abeh rsa cam nk blah je…~~lbh baik lyan cete P.Ramlee klau camtu….lg best~~~ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by saifudin
2010-11-20 01:54:50

lepas baca review ni aku rasa xmau gi tgk filem ni..rasa bakal menghampakan…

..
 
Comment by Lynn
2010-11-20 02:18:44

Biasala.. mungkin ianya disebabkan percubaan pertama?

..
 
Comment by sabon
2010-11-20 02:20:40

satu pembaziran mnonton filem ni..gle bosan..gebang je lbih..stju ngn pdpt yg mengatakan cekerama lg mnarik utk ditonton..yg mane mrh2 tu msti pgikut jusmate5 rmbut kelepet ni..hehe..

..
 
Comment by shark
2010-11-20 02:22:18

hahaha.,pdn muka dr rozmeyes..poyo sgt nk pecah panggung, vs harry potter la ape la..bikin malu melayu jer…cter cm sampah…org tgk pun pecah punggung jer..hahaha…

..
 
Comment by syahirul
2010-11-20 02:41:46

usha review aku plak meh.. hehehe…

..
 
Comment by hasrulhassan
2010-11-20 02:44:33

Salam …
kaedah promo pun nak war2kan juta2 kutipan … bukan nak hebohkan pasal jalan cerita, pasal karyawan, pasal teknik … selalu org buat promo camtu, DDR ni lain lak .. tapi tak tahulah .. maybe org tiba2 naik angau dengan nilai RM

..
 
Comment by aizuddin
2010-11-20 02:46:04

panggung jitra mall fullhouse ke tiket tak de orang beli langsung ni..konpiuslah :o:

..
 
Comment by faer
2010-11-20 02:51:22

Erm, nak sokong DDR pown tak sampai ati, yela, promo hu-ha-hu-ha~ WHI tetiap pagi muka dia. Pasni agaknya nampak lagi tak> :((

..
 
Comment by x-po
2010-11-20 03:01:28

cite ni mungkin hanya sesuai utk org yg mempunyai hati yg mudah tersentuh je kot..sape yg tak puas hati tu yg ckp cite ni xbest, mungkin org tu ada hati kering, ssh nk tersentuh dgn adegan yg menyayat hati..hehehe

..
 
Comment by syahiran
2010-11-20 03:02:29

bodohlah korang yang marah orang kutuk dr. Rozmey. Dia tu terang lagi bersuluh bongkak !! Korang suka ke kat orang melayu Bongkak ~! Sah2 penipu lagi

Please lah.

..
 
Comment by Sassy Balak
2010-11-20 03:04:26

Baru ke veteran ke, a critic is a critic. Kenape nk bwat double standard? just bcoz he’s new, we can pandang sebelah mata his film? kalau nak bagi peluang kat dia, then he should bagi peluang kt kite supaya harga tiket jadi lagi murah. double standard kan?

kalau betul filem tu bagus, xde masalah (for me) to watch it. tapi kalau 1001 review hentam, baik guna RM9 belanja adik aku beli kad pokemon.

x habisยฒ dgn “catchphrase”: ni la bangsa melayu, x nak tolong bangsa sendiri. habis tu, nak sokong membabi buta je?

..
 
Comment by key
2010-11-20 03:06:55

erk? kmo sedar x point utama entri ni? n bce smpai abes x? :bloody:

..
 
Comment by key
2010-11-20 03:08:52

erk? kmo sedar x point utama entri ni? n bce smpai abes x?
:bloody:

..
 
Comment by iNtan
2010-11-20 03:20:18

untuk orang yang marah melayu kutuk kaum sndiri tu:

camne lah melayu nak maju kalau x boleh terima pendapat dan kritikan orang lain kan?

kamu masih di takuk lama.

..
 
Comment by Paliey
2010-11-20 03:20:50

cait die kata jitra mall aneka full tengok filem die taik kucing…aku tengok haram x dak org pown nak tengok cite die kat jitra nieh..kosong je pangung..pangung dah macam pekan koboi dah..habuk ja ada..40 juta..tah2 400k pown x sampai…

..
 
Comment by fadhly
2010-11-20 03:29:43

yg sokong ddr dh tngk citer 2 alam tu ke blum? kalu wat telemovie lg ok agaknya.
=)

..
 
Comment by malas nk layan
2010-11-20 03:53:38

bio ler..tu duit die..duit die byk..ikut suka die la nk bt ap.. korg xpyh la nk sakit otak pkir…

..
 
Comment by andyhowtt
2010-11-20 04:05:59

salam,

kita disini bukan untuk mengutuk atau tidak mahu menyokong orang melayu sendiri, aku tak suka Dr. Rozmey sebab perwatakan atau personaliti beliau di Facebook ataupun di Twitter, beliau amat riak, bangga dan bongkak itu yg dpt aku lihat dari Facebook dan Twitter…sapa yg suka sifat2 ini ? korang suka ke? aku yakin korang tak suka kan..

so tak salah jika kita pergi lihat sendiri Filem 2Alam ini macam khai buat, at least dia pergi tgk dan review untuk korang kat sini, korang? ada pergi tgk Filem nie? kalo pegi takpe lah, kalo tak jgnlah nak marah2 kat sini hehehe..

aku bukan nak cari gadoh..tapi nak betolkan keadaan, kita semua manusia biasa, kalo Allah tu nak tarik nikmat yg diberi tu sekejap je dia tarik “kun faya kun”

kalo dr.Rozmey baca entri ni..harap dia boleh perbaiki apa yg perlu dibaiki…

waalahualam…

..
 
Comment by redz
2010-11-20 04:17:25

pergi jahanam 40 juta,.angan2 nak untung mcm hollywood,baru buat satu filem…bajet dah top…

..
 
Comment by moody
2010-11-20 06:01:20

semua orang ada hak masing masing nak cakap apa..lagi pun,kalau tak kritik, DDR tu tak tau la kesilapan dia kat mana! kita tgk diri kita mmg ok, tp org lain as a general ckp tak ok,maknanya..kena lah ubah perangai..

org tak marah dia kaya,orang tak dengi dia berjaya, orang cuma marah kerana dia terlalu riak dan takbur..

Jangan nak menggunakan sentimen MELAYU didalam kontex ni..tak wujud pun pasal kaum. ini adalah perangai peribadi beliau.
sekian

..
 
Comment by schidat
2010-11-20 06:03:07

kalau dah keluarkan iklan sendiri cakap filem dia dah kutip RM2 juta tu apa maknanya???????????

padahal xbetol pon.

bodohla statement nak cakap pasal Melayu tak sokong Melayu!
wei pembodek/penyokong DDR buka lah mata luas2 sikit woi ddr korg tu RIAK, TAKBUR, SOMBONG!

n xsedar diri!

p.s. baik ak tunggu tgk HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH 9disember nati

..
 
Comment by arnamee
2010-11-20 07:09:34

Salam.

huhu.kritikan itu penting. ini adalah pengajaran buat dr:)

..
 
Comment by jejaka
2010-11-20 07:17:05

salam

org melayu memang tak suka kena tegur.. tak suka kena kutuk..

mana istilah berlajar dari kesilapan dan teguran ?

ambik contoh bangsa lain jela kalau rasa bangsa melayu ni takde kelas..

DDR, mawi, dan ramai lagi berjaya kerna mereka menggunakan EQ.. bukan IQ

renung2kan dan selamat beramal

sekadar cetusan rasa..

:8

..
 
Comment by sari
2010-11-20 07:23:59

Aku pun xpaham la dorg ni. pasal benda ni pun nk kecoh! i mean org yg ckp kite x sokong melayu. standard la tu kan… klo kite tgk wayang ke ape.. confirm kite comment. aku dok terfikir la kan… org yg marah2 ckp kite ni kutuk cerita melayu, ko tu dh tgk ke x? ke ko ni xdak perasaan bile dh tgk. aku klo tgk cite inggeris pun klo cite dia mcm bodo aku kuar panggung aku sumpah2. standard la tu kan. x kire la cite melayu ke, inggeris ke, cina ke… klo dh cite standard cap ayam, mmg aku sumpah2 aje… at least bile cite melayu bile kite kritik boleh la improve kan dorg pny hasil utk mse akn dtg. ni kire pengarah yg second aku x suke yg berlagak. berlagak cite bgus gile.. yg pengarah first ak x suke tu pun sama gak. dulu ckp cite dia tu best la sgt. pdhl cite bodo aje… baik aku tgk cerekarama kat tv3. lagi ada maksud dan diterap nilai2 murni.. moral of da story utk yg comment2 kat sini.. jgn la asyik nk condemn org lain pny entry. cube korg pulak try tgk cite ni, then share korg pendapat pula…
actually ak dh lme da perhatikan org yg comment2 ni sume mcm nk tnjuk baik aje. asal ape aje entry yg kuar msti nk dijadikan isu. dorg kuarkan entry tu untuk tatapan bersama. igt satu aje la… dorg keluarkan bukan utk memalukan atau menjatuhkan sesiapa, tp utk pengajaran pd kite supaya sntiasa berfikir. igt la tu.

p/s: aku ni bukan org kuat oh media ke.. justkhai ke ape eh… aku bgtau ni aku sbgai org biase yg selalu dok surfing internet. ๐Ÿ˜‰ so yg terasa tu, maaf okhay~ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by linda
2010-11-20 08:34:49

alaaa tak payah lah buat filem…jual je just2 tu…lg baik kot…. hehee

..
 
Comment by atok
2010-11-20 09:34:09

target 40juta tu utk tayangan selama 8 tahun ke ๐Ÿ˜€ ….hahahah..tu pun mcm xmungkin je kakaka ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by TheSharkox
2010-11-20 09:40:56

Dalam seminggu 10 juta rasanya senang je citer ni sauk..

Cukup sebulan dekat 83 panggung, 40 juta tak mustahil

hari ni lepas makan kenduri, aku ngat nak pi tengoklah kat jitra mall..dekat je dengan tempat aku :p

..
 
Comment by grafiquee
2010-11-20 11:40:51

filem kita xbest kita kutuk xpe..(pengajaran kpda penerbit utk trus bangkit)

filem kita xbest kita puji2 utk jga melayu la kononya itu lg menjatuhkan melayu sb penerbit akn syok sndri dan x akan meningkatkan kualiti…

..
 
Comment by b2k
2010-11-20 11:48:59

kite tunggu tahun2 akan datang, compom keluar tv mase raye/sewaktu denganya…
kutukan ngan kritikan mmg lain, kalo nk maju, belaja dari kesilapan… terima kritikan penonton utk maju kehadapan…
jgn sembang itu ini itu ini tanpa mengetahui akibatnya kelak…

sebab kritik le kite take care bangsa kita, xkan kita nk membenarkan ape yg salah, ape yg kurang…
tp pujian patut diberikan kat DRR… berani mengambil risiko utk membuat filem 2 alam… tp hasilnya???? LU PK LE SENDIRI…
*jgn cakap besar, takbur, gebang sane, gebang sini… strategi pemasaran yg kurang berkesan…

..
 
Comment by dr perot
2010-11-20 12:45:19

hihi..
aku rasa promosi die melampau” mcm orang lama dalam industri filem ni..
Banyak lagi pengarah yg low profile..
yang diam” ubi berisi..
sekali filem meletop…
ddr pulak filem belom meletop die da meletop pungpangpungpang alexender betul!… :bloody:

..
 
Comment by luth textile
2010-11-20 13:20:20

kalau cara promosi dia betul mesti filem dia yg tahap drama ni boleh blah kat panggung. serius. ni belum apa lagi dah nak besar punggung.

..
 
Comment by Wan
2010-11-20 13:23:10

dr rozmey ni sapa?

..
 
Comment by Dr. Rozmey
2010-11-20 13:25:11

ak bongkak~!! kutuklah ak…hahah!

..
 
Comment by zuarxpdc
2010-11-20 13:27:14

hahaha..indah khabar dari rupa filem ni..kecian kt dr rozmey.sbb tu nak cover balik siap nak bwk pamela anderson simbol sex tu belakon..nk pppecah panggung la konon:-D

..
 
Comment by leh
2010-11-20 15:32:42

dr rozmey bohong dia punya produk sama jer ngan dia punya filem macam mane bangsa sendri nak tlg kira nak untung…jer.hampeh :-[)

..
 
Comment by ANDRIAN
2010-11-20 15:45:20

ERK!!!!

..
 
Comment by fendidahada
2010-11-20 17:00:26

nak tgok ke tunggu tuk download je..huhu…pecah pungkoq

..
 
Comment by ulap
2010-11-20 18:05:52

aku dh tgk cite ni..
siap tgk hari 1st lg..
x mau kutuk.. nk rate je..
cite ni aku bg 9/10.. yg bodoh!!!!!
filem pendek lg best la woi!!

..
 
Comment by Kid
2010-11-20 18:56:12

erk, aku ingatkan gempak gila cerita ni.. mana taknya, setiap hari tengok paper, ada je iklan pasal filem dia… Ayat-ayat dalam surat khabar tu tak le tahan…, berjaya buatkan aku percaya yang filem ni gempak gila… Sekali ko review, barulah tahu macam mana..haihh..

..
 
Comment by da
2010-11-20 19:03:08

aku bajet link TWITTER dan FACEBOOK tu adalah link account DRR.. rupa-rupanya link OHTWEET,ngn OHMEDIA.. boleh tak kalau aku nak cakap OHMEDIA pun nak promote tweet ngn facebook? aish!

..
Comment by Khai
2010-11-21 02:23:04

tu automatik setting. bila ada perkataan yg terpilih, ianya akan auto-linked..

..
 
 
Comment by clop
2010-11-20 19:49:33

biasala tuh.hell yeah filem Melayu ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by shahrol
2010-11-20 22:02:08

ini bkn kutukan tp kritikan… ok btl die pngarah baru dan perlu diberi peluang tp sedarlah diri da tau bru dlm bidang nie jgnla promosi melampau sampai org meluat… ini x ltk target x masok akal… adeh… farid kamil dlu mule2 kuar filem pon x wat promosi gni melampau… tp mletop gak filem…
๐Ÿ˜Ž ๐Ÿ˜Ž ๐Ÿ˜Ž ๐Ÿ˜Ž ๐Ÿ˜Ž ๐Ÿ˜Ž ๐Ÿ˜Ž ๐Ÿ˜Ž ๐Ÿ˜Ž ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by manueng
2010-11-20 22:56:38

pada aku, kebanyakan drama kat cerekarama lebih berkualiti drpd filem2 melayu kat panggung. jalan cerita lebih menarik. sebab tu kitorang (family aku) slalu berpendapat calon-calon anugerah skrin (drama terbaik) lebih baik drpd calon-calon festival filem malaysia (filem terbaik). drpd aku spend duit rm10 kat panggung mlm sabtu, baik aku duk dpn tv tgk cerekarama. huhu ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Dzex
2010-11-20 23:03:31

OH NO! Anda Telah Menaikkan Lagi Jumlah Bilangan Walaupun Anda Saje2 Nak Pegi Tengok! ahahaha..Tak Payah Tengok Len Kali..Tunggu Je Depan Panggung Bile Org Kuar..Pastu Intebiu Je Diorg..hahaha.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by nabilpotter
2010-11-21 00:00:36

mmmm…cmtu ke..
ak xsempat p tengok lagi…
mungkin ada benarnya apa yang ko cakapkan ni khai..
thanks for sharing..

..
 
Comment by blog5zal
2010-11-21 00:29:54

Ha,orang berlagak memang macam tu.Masa dia kawin dulu,kuar paper dia hadiahkan wife dia kereta berharga RM1 juta.Padahal Merc tu RM600k++ je.
Pasal filem dia ni,bukan nak kutuk,tapi bila hati dah menyampah,serius cite tu jadi hampeh,ditambah dengan adegan flashback yang terlalu banyak.Mamat yang komen pertama tu (Rawa89)bengong la,ada ke dia cakap belum tengok dah kutuk.Tak tau baca entri ke?Gambar tiket wayang pun ada.Dah tengok punya pasal la Khai bagi review ni.
Untuk rawa89;
“Kamu semua pengampu orang kaya!”,-Pendekar Mustar

..
 
Comment by anak lipas
2010-11-21 01:35:18

oh. nampak gayanya, filem ini bakal berdepan dengan pelbagai cemuhan dan kritikan yang tidak enak didengar / dibaca, namun apakan daya, mungkin bukan langkah kanan penerbitnya.

belum tonton, tetapi kini merasakan tidak mahu pula. jimat duit untuk sarapan. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by booolan
2010-11-21 02:50:20

dari sumber yg boleh dipercayai kutipan 2 alam sehingga 20hb mencecah 20k (bukan 2m ok)…. tp x boleh dipercayai 100%… tp berdasarkan kutipan ini berjaya menewaskan crayon yg masih ditayangkan…

..
Comment by Khai
2010-11-22 00:29:10

Haha.. tu la kan terserlah penipuan si DDR tu.. Kalau Crayon tu di tewaskan, no wonder la sebab Crayon pun takde la promote gila babeng macam 2 Alam tu.. hehe..

..
 
 
Comment by mosyar
2010-11-21 10:28:36

satu je aku nak tanya, apa perasaan Aaron Aziz berlakon dalam filem 2alam ni…pelakon fevret@pelakon smart tu….

tak pasal2 jatuh rating kerana filem 2 alam. hehehe.

..
Comment by Khai
2010-11-22 00:28:10

Pelakon ni cari makan dengan berlakon. So bila dioffer dengan bayaran yang tinggi, so diorang akan ambil sahaja.

..
 
 
Comment by sickchild72
2010-11-21 10:53:11

fakap. RM9 baik gi makan KFC la wey

..
 
Comment by badtzmar00
2010-11-21 13:07:35

thanx for the review..kalau dah ramai yg kritik filem ni, baik xpayah tengok..kalau pergi jugak, memang nyesal..bleh kua dr cinema tu or tido je…aku jenis yg akan tanya pendapat org yg dah tengok movie sblom aku plan nk g tgk movie…so kalau dah ramai kata xbest, membazir duit rm9 la kalau nak pegi gak..bukan xnak sokong filem melayu..baik gi beli mknn or sedekah kat masjid..tunggu aje filem ni masuk tv…filem melayu memang patot pun cheaper than english movie coz bleh nmpk perbezaan kualitinye. kritikan sperti ini dihrp dpt mmberi pengajaran kpd semua yg terlibat dlm pembikinan filem melayu..InsyaAllah!

..
 
Comment by katak
2010-11-21 13:11:48

everyday-ee-yah– yeah! yeah! yeah!

teringat kata2 seorang penulis..
“filem2 macam ni sebenarnya yg membuatkan industri filem tanah air jahanam! merendahkan martabat.”

..
 
Comment by Werra
2010-11-21 16:22:37

Yang penting, hit kan? hit blog ni ngn hit filem tu. as much u criticize the film, u hold as much agendas as drrozmey hope for his film. x kisah la kritik ke kutuk ke. yg penting niat kan.. kalo da niat elok, elok la consequence nye.. kalo niat x elok, semoga Allah turunkan balasan. yg pasti mmg sukar memuaskan hati sume pihak.. nway, gratz on ur second life.

..
Comment by Khai
2010-11-22 00:27:14

Dah memang itu kerja blogger kan? hehehe..

..
 
 
Comment by nur
2010-11-21 17:40:37

emmm… da agak dah. menyampah seh tgk publisiti melebeh. belum ape2 lagi da nak btau semua orang bakal pecah panggung lah hapelah

..
 
Comment by samanosuke_04
2010-11-22 02:45:04

hoho, hehe aku memang tak layan movie m’sia kecuali senario.. haha, weyh ko ade crew ke? coolnyee… nak join bleh?

..
Comment by Khai
2010-11-22 04:28:19

Silalah apply melalui email support@ohmedia.my ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by eszol
2010-11-22 05:20:03

org melayu mmg senang kne tipu or mudah terpengaruh

tp takde la sampai ke tahap rendah sebegini rupa

alahai

..
 
Comment by numerow
2010-11-22 05:36:17

Tgk rambut dr.Rozmey ni pun da bole agak filem ni xbest.. :bloody:

..
 
Comment by semantikus
2010-11-22 09:20:24

review yg ok…pada aku dr rozmey ni sorang yg mempunyai mental dan eq yg tinggi. tu pasal korang kutk ke kritik ke dia tetap selamber jek…macam baru org kata buat cara sendiri, jgn peduli kata org. baru lah boleh berjaya. kritikan yg membina itu bagus untuk meningkatkan mutu produk yg akan dikeluarkan lg selepas ini..

p/s:kalo dr rozmey ni jenis org kata skit terus stop, xkaya raya la dia…nak niaga kena la bijak

..
 
Comment by SESTER
2010-11-22 11:58:32

filem ni amatlah lame sehingga cari torrent atau rapidshare pon xde

..
 
Comment by Apizz
2010-11-22 15:05:23

Firstime jumpe penerbit cam ddr ni… nak tegelak aku… hu hu

..
 
Comment by ketong
2010-11-22 16:34:25

Sikap dia yang angkuh, bongkak n riak yang jadikan org ramai yang tak suka dgn dia ni…aku rasa kalau dia x over promote n target kutipan yang xmerepek tu…at least boleh dapat kutipan biasa…silap diri dia sendiri….even sekarang walaupun ramai yang da kutuk & kritik filem dia….dia still menipu dgn kata kutipan dah 2 juta la…pecah panggung sana sini… file terhebat la…pung pang pung pang….oh rozmey…alangkah bongkak & angkuhnya diri kau….sedarlah diri…. anda sendiri yang menjatuhkan maruah bangsa…..

dia selaku penerbit saja untk filem tu..bukan pengarah…
tapi kenapa time roadshow cume muka dia yang muncul n sign autograph?…dia yang berlakon?….meluat aku dgn org macam ni….aku harap sgt dia sedar segala kesilapan dia… hentikan sikap angkuh & bongkak….merendah diri lebih baik….Insyaallah ramai yang akan menerima dia semula…

..
 
Comment by shark
2010-11-22 22:21:25

ak juz nk ckp yg aku sgt meminati fsyen rmbut Dr rozmey cz sgt3 stail dipndang 8)

..
 
Comment by Ahmad Jer!
2010-11-22 23:35:06

Woa. Filem ni okay ke? cam tak okey jer? huhu..

ape-apepun Dr Rozmey walaupun akhlak anda tuh okay sikit, tapi jangan la terlalu angkuh. :8

..
 
Comment by dr Rozmey jr
2010-11-23 09:05:32

u all ni smua dah xde ke nk kutuk filem i.. ahaks,, khai ko nk aku byar brape ntuk puji aku? 1 juta 2 juta? ahaha xheran la,, filem aku dah untung 40juta ko taw x,, ahaha gusi aku cntik kn? ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by abd
2010-11-23 09:25:19

1st time ak komen blog just khai nie..hehehe
xpyh la sapot filem melayu..hahah
men snooker lg best..

..
 
Comment by Ahmad Jer!
2010-11-23 18:38:10

haha. dr rozmey jr. i saman u. hahahaha. hahaha. marah dr rozmey..

DR ROZMEI- Jangan kutuk filem saya karang panggung pencah! hahaha :8

..
 
Comment by nizam
2010-11-23 23:07:38

err.. sesapa dah ada upload kat memana uploader, gtau aku aaa.. err…. kalu bnyk sgt flashback blh forward cepat2.. :love:

..
 
Comment by abe LI
2010-11-24 02:35:23

agak2 la nk kutuk filem melayu khai oiii.ko tu pn malyu jgk..memalukan!

..
Comment by Khai
2010-11-24 11:02:14

kutuk dengan kritik pun x leh beza.. memalukan!

..
 
 
Comment by Pink Cat
2010-11-24 10:06:09

Pecah PUNGGUNG sebab gelak kuat sangat.. ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by kimicnol
2010-11-24 10:43:25

komen gua yang puji beliau pon kene blocked..sabo je la.. :oups:

..
 
Comment by azlan
2010-11-24 16:41:26

suka tgk cicakman,walaupun tak sehebat hollywood kita da tau tahap teknologi yg kita gunakan setakat mana,tp klu mcm ni punye heboh nak mengalahkan hollywood, dah agak mmg tak kemana punye la. dia ingat buat felem ni mcm buat jusmate die kot. naseb x pegi kot..haha

..
 
Comment by apis
2010-11-24 22:44:58

ak x kutuk 2 alam, kalo ikutkn ak nk tgk sbb ak mmg mnat cte seram (p/s ak tgk poster mcm seram). tap smua 2 xjad kenyataan sbb ak xske cre die yg blagak sgt. kalo cte ni best sgt n meletop pn xyh la nk blagak sgt. pengarah filem len xde pn mcm ni.

..
 
Comment by dilla molly
2010-11-25 04:43:08

.khai cuma beri pendapat, itu bagus bagi pihak dia. yang lain2 masuk bilik cermin diri sendiri dulu sebelum nak kutuk lebih-lebih.bukan dapat apa pon..lain la kalau kutuk korang ley dapat income..muahhaha.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by wanskin
2010-11-26 01:38:40

huhuhuu dr romzey de bst

..
 
Comment by Humanity Life
2010-11-26 07:43:11

apa pon tahniah buat DDR kerana berjaya membuat filem buat pertama buat pertama kalinya. Setiap kritikan diluar sana.. diharap DDR dapat mengambil iktibar sebelum DDR mengolak langkah untuk filem2 yang akan datang. 8) 8)

..
 
Comment by safarin
2010-11-26 09:50:11

mula2 bile baca review ni macam ok la support sket2 filem ni tapi bile baca lagi..tu dia,kutuk jugak…tapi memang patut pun kita kutuk dan kritik

..
 
Comment by mamakembar3
2010-11-26 15:25:56

mula mula tau ttg filem ni terdetik gak tringin nak tgk, tp lepas dah baca review merata rata dlm internet kata tak best, dah tadak semangat dah nak pi

..
 
Comment by anna
2010-11-26 21:21:38

halo sume,
hehe… jgn marah saye taw, sy pun tak suke dia gak, sbb rambut cendawan & hari2 muncul paper metro / kosmo.. smpi naik letih sy nk bace paper… dia dh beli kot paper tu… huhu….

tp bab dia ckp psl juta2 tu (over-optimist), erm, pernah x korg terpikir mungkin itu bukan satu keangkuhan tp adalah strategi bisnes. bukan je wayang tu, ape2 soal kutipan JDM5 dan produk2 dia pun dia hari2 bg ckp besar. tp sy rasa itu adelah strategi bisnes, sbb akan mempengaruhi kiter utk beli sbb igtkn hebat sgt, kan jadi fenomena terlampau hebat sume org kecoh, maka kita pun terpengaruh jg nk beli la kan….

& if ade yg rasa tertipu dgn statement dia menyatakan 20juta tu sedangkan hakikat hnya sekadar rm80ribu je dikutip, itu juga biasa dlm bisnes. setiap sykt yg nk tumbang dh sekalipun, diorang xkan heboh kat public. diorang akan kuar statement kata sykt kukuh. sbb kalo tak, org akan hilang kepercayaan dan nt gulung tikar la pulak biz dier.

& psl dia delete komen2 negatif kat FB dia, itu juga lumrah biz. bygkan korg ada biz, misti korg del juga komen2 negatif n tglkan testimoni positif je utk hebah kat public. xkan nk takutkan org ramai nk beli produk kita dgn keep komen2 negatif kan?

so, walopon ade sbb utk kite tak suka dia, tp kalo kita fikir scra rasional, byk benda yg dia buat adelah demi utk jaga kepentingan biz dia, & pkara2 yg dia buat mmg pkara normal dlm dunia biz. so lantak dia la, biarla dia nk buat mcm mana pun, biz dia & duit dia kan.

cuma skdr kritikan membina, hehe, dr. rozmey tlg la kurg2kan thp propaganda tu, yg tu la sbnrnya buat org nyampah sbb propaganda lebih sgt. takat muncul kat paper sminggu skali dah la, ni hari2 muncul… perghhh… jemu weh…. kurgkan ckit la thp keagresifan tu. huhu. (but again, it’s for biz kan). tp yelah, kalo nk jual brg kat rog, ckp secukup rasa dh la, kalo kejar lebih2, pelanggan lari pulak. kan dr kan? huhu

..
 
Comment by gransazer
2010-11-27 23:16:16

baju dah gosok, seluar dah gosok..smua dah siap tuk pg tgok flem 2 alam kat jitra esok..tp, bila sdh bca wall ni, aduh..hlng selera aku..cncel balik..baik beli ais krim duit rm 9 tu..hehe ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by chichakscobeng
2010-11-28 05:35:03

aku nak komen skit kat sini…aku rasa rakyat malaysia bukan bodoh kowt y nak biar benda y tak patut tayang ditanya…dr kritikan le lahirnya hasil y lebih bagus…mungkin mamat y cakap kita tak sokong filem melayu tu jenis bangsa apa ada likje je betul tak betul…macam ne nak maju ?? kita sebagai pononton berhak utk bersuara….aku baru tengok ngangkung….aku rasa cite tu ala2 bodoh tp best..tk meleret….tk flashback banyak..& paling penting apa y nak disampaikan tu sgt2 le tepat & penuh isi…bukan just flashback melambak bagai tapi hujungnya kalau suh budak skolah buat kesimpulan aku rasa garuk kepala deme….orang y biasa ngan brg y cantik2 ni tk semestinya tangan dia boleh menghasilkan filem y cantik jugak..mengarah..membuat filem adalah bakat semulajadi kalau rasa tkda bakat jgn nak riak2 sendiri masuk bakul….naik menyampah le…..!!!! tolonglah jadi melayu y kritik demi kemajuan…bukan dok ngangkang mengiyakan segala MELAYU buat…..jd bangsa y respect dengan kritikan & ianya akan menghasilkan kerja & produk y baik..percayalah….!!!

..
 
Comment by musnaz
2010-11-29 10:43:59

Lepas ni kita tunggu filem dari Dr. Fadhilah Kamsah, tak pon filem dari Dr. Sheikh Muzaffar, Dr. Alban ke, Dr. M ke….

Kita mesti beri peluang kepada Doktor2 kat malaysia ni (baik doktor perubatan mahupon doktor falsafah) untuk bekarya…

Biarkahlah luncai dengan labu-labunya (itu pon setelah dinasihati)

p.s: sorry ek, gua bantai mengarot, ha ha 8)

..
 
Comment by kak dila
2010-11-29 20:24:44

Bukan KUTUK….tapi NASIHAT……

Semasa dia tu jual jm5 tu ok jer….takder yang ngutuk pon…..semua masyarakat tumpang bangga…..cuma lama2 biasalah….. itulah namanya manusia ( tapi bukan semua manusai lah )….dah kaya….dah dilambung sana sini tu yang terlupa sesekali pasti akan dihempas kepantai juga…..begitulah juga nasib ngan dia….bukan nak KUTUK tapi NASIHAT…..

Itu nasib baik Allah swt bagi kesedaran cepat pada dia supaya len kali jangan cakap sombong…..jangan bermegah…jangan riak….jangan takbur……tak baik tau…..kitakan orang islam…..

..
 
Comment by reezluv
2010-11-30 12:19:49

haha..nasib baik aku tak pegi tengok..lau tak mesti menyesal..tengok Harry Potter puas hati amat..:D

..
 
Comment by Jom Beli Online
2010-12-01 19:13:02

dah agak dah..memang hancur filem dia nie…nak dapatkan modal balik pun payah..ni kan nk kutip 40 juta..lawak2

..
 
Comment by FARIZ
2010-12-04 01:34:43

sangat setuju… harap dr rozmey boleh berubah..

http://fariziliofernando.blogspot.com/2010/11/2-alam-rm-40-juta-kah.html

:love:

..
 
Comment by PRO sket la!
2010-12-04 23:53:26

8) kalo kritik sket dkatan x mnyokong nmpk sngt la kurg budaya professional dlm negara kita .. sbb tuh industri MY sush nk ke pasaran dunia, bak automobil ke, filem ke.. amik msa btaun2.. ble kritik xnak beki diri.. mcm ble ketam aja anak dierbjln btol tp sbnanye salah. ditego oleh si penyu.. penyu tuh plak kna marah… ๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by Im Jitra
2010-12-05 15:39:10

Walaupun saya orang Jitra tapi saya sangat membenci manusia bongkak yang suka cakap besar seperti individu ini..

..
 
Comment by gg
2010-12-09 09:50:24

pada manusia yg xdapat bezakan kutuk n kritik.. mohon anda cari makne tersebut.. jgn nampakkan ketidak profesional anda itu.. pada sy khai hanye membuat kritikan yg membina.. demi sape?? demi bangse jgk.. sy w/pon xtgk.. dan mmg tak terlintas langsung di fikiran nk tgk cerita ni.. tp sy dpt rskan yg cerita ni indah kabar dr rupe.. pd sy xperlu beliau terlalu bongkak dan “overconfident”. ape la salahnye kalau besederhana.. ingin kata kan ini salah 1 marketing attracttion??.. setau saya.. salah satu membuat promosi yg baik adalah.. maklumat tepat, ringkas, padat, dan menarik perhatian (gambar, corak, warna, font). Pd DDR, tahniah kerana anda berani. Tapi tolong jgn terlalu yakin. sekarang?? anda lihat di surat khabar?? ada lagi x keluar iklan yg mengatakan kutipan cerita DDR ni?? xde kan??.. kenapa xnk keluarkan?? kenapa xnk umumkan?? kami ingin tahu.. adakah sama dgn kutipan cerita “Ngangkung”.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by cik kiah
2010-12-24 16:15:09

manusia yang tidak mahu menerima kritikan adalah manusia yang tidak mahu berubah… tq

..
 
Comment by hasrulhassan
2010-12-25 00:59:50

Salam .. hehehe .. tak perasan pulak dalam Anugerah Skrin 2010 .. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Anip
2011-01-13 20:17:49

wooo~ aku tengok tak best pon. tapi promosi dia memang giler2. heheeh :[

..
 
Comment by pneumedic
2011-02-06 04:04:33

silapnya satu aje..promosi besar besaran dan sikap yang terlalu yakin buat org ramai rasa meluat..dari 10 juta naik 20 juta pastu 40 juta plak..tarikh selalu plak tunda..low profile sudahlah..pastu kalau nak pukul canang barula boleh heboh satu dunia..last2 filem dah keluar..apa cerita??..40 juta ke?..nape x dedahkan dapat berapa?..

..
 
Comment by slimdiet2
2011-02-09 13:39:02

pada tanggapan saya, tu cuma cara dia nak mempromosikan jenama dia dan produk dia. filem tu cuma sebagai landasan je

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post