Sejauh mana browser internet akan menyusahkan anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri Khai kali ini insyaAllah akan ringkas sahaja. Artikel ini mengenai sejauh mana browser internet yang korang guna tu akan menyusahkan korang sendiri. Bagi yang menggunakan sebuah komputer peribadi untuk melakukan urusan harian termasuk bersosial di internet, tahukah korang bertapa bahayanya bila komputer atau notebook korang tu digunakan oleh orang lain (termasuk kawan-kawan) apa lagi jika laptop korang dicuri oleh orang lain?

Kita ambil contoh terdekat, Facebook. Tiap kali korang dah taknak main, korang akan logout dan korang rasa amat yakin yang akaun Facebook korang takkan dapat diakses oleh sesiapa lagi walaupun orang tersebut menggunakan laptop korang sendiri. Ok, agak logik di situ sebab korang memang dah buat apa yang patut korang buat. Nak lebih selamat lagi, korang pun clear cache dan cookies semua nak bagi betul-betul selamat. Takut member korang hijack akaun korang dan tulis status macam-macam la ni ye? Hehe.

Percayakah, sebenarnya orang yang menggunakan komputer kita dapat mengetahui segala jenis password kita dengan begitu mudah sekali. Tiada apa-apa software yang diperlukan dan ianya tidak memerlukan sebarang kepakaran dalam bidang hacking dan sebagainya. Mari lihat sedikit penerangan yang sempat Khai buat ini.

Contohnya, jika korang menggunakan Firefox (tidak kira apa version sekalipun) sebagai browser utama yang mengedalikan segala aktiviti harian korang di internet, cuba buat apa yang akan ditunjukkan ini.

1. Pergi ke Firefox Setting

2. Klik pada tab, Security dan klik pada Saved Password

3. Segala website yang pernah korang login akan tersenarai bersama username

4. Sekarang klik pada, Show Password dan lihat sendiri apa hasilnya.

Tadaaa!! Semua akaun yang pernah korang akses akan tersenarai satu-persatu lengkap dengan username dan juga password dan perkara ini dapat dilihat oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses ke dalam sistem komputer korang. Kalau ikut logik, di komputer kita sendiri pastinya kita akan “remember” semua password website yang pernah kita daftar bukan? Siapa yang nak susahkan diri sendiri padahal online di komputer milik sendiri.

Dari sini, harap para pembaca akan nampak betapa bahayanya bila korang memberikan kebenaran kepada sesiapa sahaja untuk menggunakan komputer korang tidak kiralah pada kenalan yang korang kenal atau lebih lagi mereka yang tidak korang kenal.

Untuk itu, hati-hati dan pastikan, komputer peribadi korang tu benar-benar peribadi dan dalam dunia ni, hanya korang seorang yang menggunakannya. Jangan terlalu murah hati beri orang lain pinjam atau kebaikan korang, selalunya akan diibaratkan sebagai melepaskan anjing yang tersepit.

Kalau dah terpaksa sangat beri pada orang lain pinjam lebih-lebih lagi pada orang yang korang curiga, delete la semua simpanan username dan password korang tu dulu.

Dari sedikit research yang Khai lakukan, ramai antara kita semua yang tidak mengetahui perkara ini even seorang yang bergiat aktif dalam dunia perkomputeran. Dan kalau ada antara korang yang dah tahu pasal perkara ini, baguslah dan terus berhati-hati dan pada yang baru tahu, ini masa untuk korang bertindak dan lebih berhati-hati.

Tapi bagaimana nak selesaikan masalah di atas tanpa perlu memadam semua password yang dah korang save? Ye lah kalau padam karang, takut korang sendiri pun lupa apa password yang dah korang padam tadi tu. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, Firefox didatangkan dengan satu fungsi dipanggil “Master Password”.

Kalau korang refer gambar pada point nombor 2, korang akan nampak satu button yang dipanggil Master Password. Jadi set’kan Master Password ini dan lepas ni, untuk view senarai username dan password yang tersimpan, korang akan diminta untuk memasukkan Master Password terlebih dahulu. Apapun pastikan Master Password ni korang akan ingat sampai bila-bila kerana kalau korang sendiri lupa, takkan ada sesiapa yang dapat membantu.

Untuk sesiapa yang dah nengok tapi ruangan username dan password tu kosong sahaja, itu bermakna korang tak pernah save apa-apa password atau korang sedang menggunakan browser baru atau mungkin komputer baru. Untuk itu, lepas ni pastikan korang lebih berhati-hati dalam apa jua yang dilakukan.

Semoga artikel yang Khai sampaikan ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Teehee!

Pssttt: Khai saja join DiGi WWWOW Award ni dan submit blog ni kat sana untuk memeriahkan penganjuran yang dilakukan pihak DiGi bagi menghargai para pembangun web di Malaysia. Satu-satunya blog di bawah Oh! Media yang disubmit oleh pihak DiGi sendiri adalah Oh! Artis. Untuk Justkhai ni, Khai letakkannya secara manual dan kalau berkesempatan, sama-samalah kita mengundi blog ini ya. Satu hari satu undi lagi molek. Terima kasih.

+ Respon pembaca di Oh! Media.

Ditulis pada 3:39 AM 11 May '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 884 views | Dalam kategori: Tutorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

65 Comments »

2011-05-11 03:53:44

oouuu… macam ni rupanya… *bookmark entri* :p

..
 
Comment by BOM321
2011-05-11 03:55:59

Benda ni memang sangat bahaya, dulu pun terkantoi password sebab benda ni.

..
 
Comment by ecar182
2011-05-11 03:57:32

wah!mmg tak pernah taw!! google chrome cne lak khai??
thanks f0r sharing πŸ™‚

..
 
Comment by sapitque
2011-05-11 04:00:49

yaa.. dgn adenye akses secara fizikal lappy/pc kite kat org laen, risiko kena hijack mmg tinggi, rasenye Khai kena ngan kwn sendiri kot hari tu.. sabar je la.. jgn baek sgt ngn org yg dengki ngan kite.. dlm diam2, ade yg menyimpan niat tak baek.. jgn percaya sgt kat org.

..
 
Comment by komeng
2011-05-11 04:05:13

Kalau untuk google chrome senang shj.
1. Klik gambar spanar dekat sudut belah atas kanan..
2. Klik pada Options
3. Akan terdapat 3 tab di belah kiri.
4. Pilih Personal Stuff
5. Korg akan nampak field Passwords. Klik pada manage saved password
6..Tadaa..sama seperti entry ini..siap boleh show and hide kan lg.. πŸ™‚

..
 
Comment by Farid Casablancas
2011-05-11 04:09:50

Benda nie xkan terkantoi kalau JK tak bagitau pasal nie !! arghhhh !! so lame !! :choler:

..
 
Comment by Farid Casablancas
2011-05-11 04:11:03

Benda nie xkan terkantoi kalau JK tak bagitau pasal nie !! arghhhh !! :choler:

..
 
Comment by kulat
2011-05-11 04:21:34

tapi yg ni kalo korang tekan save password, bagi memudahkan user (owner). kalo tak tekan save password setiap kali ditanya masa login, takde kuar pun. maybank2u.. confirmed x save.

..
 
Comment by Amin007.Ledang
2011-05-11 04:25:17

aku memang tak simpan password dalam ff.
bahaya

..
 
Comment by NAZRI aka MOJI
2011-05-11 04:28:21

buka 1 Guest Account dlm laptop sudeyy..
org lain yg login dlm laptop mac hanya bole access application sahaja..benda2 lain xleh main..haha πŸ˜€

..
 
Comment by MFI
2011-05-11 04:38:44

entry ni sgt berguna..tp kan khai..aku try kt mozilla aku xjadi pun…xder langsung yg mcm ko ckp tu..kosong jer bila aku klik kt “Saved Passwords”.. aku gune firefox 4 beta 8)

..
 
Comment by Sin-X
2011-05-11 04:59:15

apa susah..klu kt firefox set jela master password… πŸ™‚

..
 
Comment by sha myheart
2011-05-11 05:05:31

Kena sign out dulu ke kalau nak tutup laptop? Kalau guna kat tempat awam, buat la macam tu. Tapi kalau guna laptop sendiri, main tutup jer, tak log out pun.

Ooo, macam ni.. Ni yg takut sikit nk bg org lain guna lappy ni. Nasib baik la tak de orang nak pinjam lagi. Kalau nak pinjam, memang kena set kan la Master Password tu.

Perkongsian yg baik.

..
 
Comment by nabel
2011-05-11 05:11:52

ekk eeeyy khai ni payah payah je letak banyak banyak password. patut la dia pegi save kat komputer. jangan save ohh. tetap dikira bahaya. hik hik. letak satu password untuk semua. tapi password tu kena la sangat strong gila sampai payah nak detect. ada ke macam tu? -.-‘ ada punya. haha πŸ™‚ tak pa, apa pun, dari pengalaman timbanya pengajaran ekk thanks info dude..

..
 
Comment by hacker
2011-05-11 05:15:38

saye rase ni bukan firefox….ni safari…btol kan?

..
 
Comment by sha myheart
2011-05-11 05:18:31

tumpang tanya, firefox setting tu kat mana? Nak buka apa, mula2?

..
 
Comment by nuyu
2011-05-11 06:15:56

ohhh… saya mmg pakai master password. sbb pakai ni lagi selamat.. huhu..
kadang2 kita tkleh jangka bila kawan kita nk pkai laptop kita.. sbb diorg jugak kadang2 main rembat jer. mentang2laa laptop sy ni on jer sepanjang masa..

sesapa lom tau better korg hati2… exceli sy pon slalu curik password org melalui tu. so no wonder laa sy mnjaga semua password sy dgn selamat.. kehkehkeh.. mmg seronok dpt perdajal kawan. tp jgn sampai nnti jadi lawan.

..
 
Comment by bunny
2011-05-11 07:12:38

This happen if you save your password or remember password masa you guys try to login, if you choose never save password dia takkan ade kat situ pon. huhu.. but good info for those yg tak tau, for precaution. πŸ™‚

..
 
Comment by aizuddin
2011-05-11 07:20:26

tak pernah pulak aku nak tengok bahagian password tu..harini je baru nak try tengok :((

@sha myheart..kat firefox tekan option mula-mula..lebih kurang sama je

..
 
Comment by syahirul
2011-05-11 07:53:36

ok, selesai buh master password.. wakakaka..

..
 
Comment by tokey password
2011-05-11 08:32:44

gune la CCleaner….
xpun xpyh la saved password..ingat sendri suda…

..
 
Comment by farass
2011-05-11 09:04:26

tapenah pun terfikir sampai mcm nie sekali….

so pakar2 internet berhati hati…

..
 
Comment by zullnadz
2011-05-11 09:54:48

Khai..saya punye saved password kosong coz x pernah save password time login email/fb dll..hehe ape2 pun thanks info yg sgt berguna =)

..
 
Comment by Eriyza
2011-05-11 09:55:17

Caiyolah Khai.
Credit tuk artikel ni sbb nk tiru. πŸ™‚

..
 
Comment by wazy
2011-05-11 10:13:09

Bagus entri ni
kadang-kadang kita terlupa ayng firefox ada fungsi macam ni
kalau kat rumah menggunakan komputer peribadi memang tak kisah sangat,tapi kalau di tempat awam seperti cyber cafe,tu yang kita kena ralat pasal hal ni

..
 
Comment by ran
2011-05-11 10:13:36

dah tau lama benda ni. aku tak tau kalau Mac boleh ke tak, tapi kalau windows kan boleh create guest user. even pc aku sendiri, aku ada create account guest user. untuk firefox tu, khas untuk account aku je, tak share dengan user lain. so kalau adik abang kakak nak pakai pc, aku suh dia guna guest account. instead of remember another password (master pass firefox), why not create another user?

..
 
Comment by me amor
2011-05-11 10:23:21

baru aku tau….hahaha…

..
 
Comment by paeh
2011-05-11 10:38:07

GAGAGAGA. WIN….!
TU SEBAB AKU BUAT USER AKAUN LAIN KAT PC AKU… KORANG NAK PAKAI. PAKAI AKAUN GUEST. HAHAHA

..
 
Comment by setsuna xeonoex
2011-05-11 10:40:21

aku mmg tahu internet threats ni, sbb 2 aku mmg x la nak save passwords ni sume…plus, aku lepas every session mmg clear abes..mmg xkn ade trace…haha!

..
 
Comment by QISz
2011-05-11 11:05:10

x tntu gak..tiap kali kite login website yg first kite bukak pkai browser yg bru kte pkai pastu website yg kite msuk tu require username ngan password browser tu akn tnye nk saved ke x password tu..slame nie bleyh je korg igt password tu x yah lar suh firefox savekn..ape ade hal

..
 
Comment by arnamee
2011-05-11 11:30:43

Salam khai bagus berkongsi. kekdg ramai je tau, tapi mereka ambil mudahh .aiyak

..
 
Comment by Moco
2011-05-11 12:09:20

Tips for newbies..

..
 
Comment by kamihidup
2011-05-11 14:29:03

good info. πŸ™‚

..
 
Comment by taip pantas
2011-05-11 14:45:05

thanks, for info..selalu je save dlm browser..hehe

..
 
Comment by Isda
2011-05-11 15:09:00

thanks info yg berguna nih…
kalau google chrome plak macam mane?

..
 
Comment by fendidahada
2011-05-11 19:28:32

ler..baru aku tahu..thanks khai for sharing… πŸ™‚

..
 
Comment by Syed
2011-05-11 22:28:55

nice share khai..baru taw pasal bnde ni..bahaya btoi..

..
 
Comment by Eyroll
2011-05-11 22:43:13

Aku mmg x bagi internet browser save password mana website yg aku daftar…. walaupun guna personal computer… kalau pasal taip password aku mmg rajin sbab tu aku x bagi mana2 internet browser save password… hahaha πŸ™‚ πŸ™‚ :-[)

..
 
Comment by aimannajmy
2011-05-12 00:10:56

thanks khai baru tahu akan hal ini huhu.. pasni boleh setting balik apa yang ptt

..
 
Comment by awek cun
2011-05-12 07:54:43

bahaya btol..
tak penah pun terfikir sampai mcm nie sekali….
thank khai..

..
 
Comment by yas
2011-05-12 20:32:34

Biasanya aku guna chrome dan pas surf aku akan buat clear cache..tp aku tambah satu lagi software ccleaner jika aku baru je lepas masuk acc bank…tu je. rasanya okeh dh kot..tapi bab2 nak bg org pinjam lappy….whoooo….kim salammm jee laaa…hahaha :-[)

..
 
Comment by Anuar
2011-05-13 16:34:33

terima kasih di atas informasi yang diberikan..

Lepas ni boleh ikut step by step yang diajar.. Supaya akaun-akaun internet tak kena ceroboh..

..
 
Comment by Ceqla
2011-05-13 16:42:57

ini cara org HIJACK yang paling mudah….
kna clearkan la kukis tu :love: :p

..
 
Comment by LawrenceVision
2011-05-13 21:57:44

pergh tak pernah tahu pun sebelum ini,thank for da info khai

..
 
Comment by awek cun
2011-05-13 22:25:57

saya sudah bookmark blog ni..byk info..terbaik..

..
 
Comment by Nine
2011-05-15 14:21:26

betul, cari nih kadang2 kita guna bila terlupa pass kat website yang kita masuk even kita remember…just show pass jer…

..
 
Comment by zezebel
2011-05-15 17:33:10

Memang sangat-sangat berguna. Terima kasih atas info ini ya.

..
 
Comment by ansav
2011-05-15 20:07:40

x pyh ssh2…letak je pasword mse nak log in..abes citer..haha…mmber nak gne x dapt la der…

..
 
Comment by Mr M
2011-05-16 00:54:16

Katakan kita online di cyber cafe, then login semua akaun yg kita ada termasuk acc bank online, maknanya memang bahaya lah ye? ayooo =(

..
 
Comment by JanganKalot
2011-05-16 13:23:30

Maklumat berguna!

..
 
Comment by Myvitrd
2011-05-17 12:31:39

dah lebih 10 tahun aku duduk dalam dunia IT ni.. baru ku tahu hari ni.. betapa banyaknya benda lagi yg aku tak tahu rupanya.. tq Khai.

..
 
Comment by faizal
2011-05-17 19:14:06

mm, dah tau sekarang.. thanx..:)

..
 
Comment by chai
2011-05-17 19:18:06

mana ek nak cari FIRE FOX setting?

..
 
Comment by Fuza Marquis
2011-05-17 19:50:49

good article! thanks justkhai.

..
 
Comment by Lagenda teragung
2011-05-19 02:11:16

wah baru aku taw hal ini… nti g cc boleh ar try…hahah…
tq bro for this information…

..
 
Comment by Atikah
2011-05-19 22:51:19

thanks Khai.info yang bagus demi keselamatan privacy kita.

..
 
Comment by Atikah
2011-05-19 22:54:32

perkongsian info sebegini memberi kesedaran buat kawan2 dan orang yang kadang2 terlepas pandang etika keselamatan dari segi password/login…ambil perhatian semua ya!

..
 
Comment by ishak
2011-05-19 23:34:56

wah baru aku tahu..terima kasih khai…grekkkkkkkk….nak g cc jap nak ambik pasword orang…..heheheheh :p

..
 
Comment by acapabdulrahim
2011-05-21 23:17:42

tq! satu info yang berguna. maklumlah sekarang ni zaman hackers dah mula naik kepala. semua benda nak di hacknya.

p/s: untuk hackers, jangan butthurt eh.

..
 
Comment by ejardkethot
2011-05-22 10:03:52

tetiba ak rasa mnda ni berguna utk aku…
*slalu sgt lupa pasword sndiri*

thxxxxxxx for sharing :love:

..
 
Comment by ejardkethot
2011-05-26 12:13:12

kat tools >> option

..
 
Comment by zairy
2011-06-10 07:18:29

Wahh.bahaya betul ni.tq :[

..
 
Comment by moque
2011-06-23 16:29:15

wahh…terima kasih atas info neh.. πŸ˜‰

..
 
Comment by ren
2011-07-07 22:07:41

aku prnah ari 2 jmpe mnde nie mse pkai google chrome. ps 2 trus aku dh xsave passwood ag kat browser. aku igtkn google chrome je, rpenye mozilla pn sme… huhuhu

..
 
Comment by ame
2011-08-19 22:07:37

kalau guna opera cam mne??

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post