Review: Apple Time Capsule

Salam guys. Dah lama tak buat review apa-apa device kat sini. Jadi pada review kali ini, Khai akan tulis sikit mengenai Apple Time Capsule yang baru dibeli petang tadi di Machines, Midvalley. Apemende Time Capsule ni? Ok jangan risau kerana review ini akan dikeluarkan secara ringkas sahaja untuk pengguna produk Apple terutamanya dan juga para pengguna Windows kerana pengguna Windows juga boleh menggunakannya tapi macam biasalah, pastinya banyak kelebihan untuk pengguna Mac.

Time Capsule dikategorikan sebagai sebuah aksesori oleh Apple sebagai satu peranti tambahan kepada Mac dan PC. Dicipta untuk mengutamakan fungsi Backup kepada pengguna dan juga sebagai router modem. Senang cerita ianya adalah sebuah Wireless External Hard Disk + Wireless Router Base Station.

.

Time Capsule ini melakukan backup tanpa wayar (wireless). Di sini, dua perkara paling jelas korang akan nampak di mana korang dah dapat jimatkan satu slot USB untuk external hdd dan bayangkan proses backup segala data korang akan dilakukan secara automatik sepanjang masa tanpa korang sendiri perasan. Korang pindahkan satu keping gambar ke dalam pc korang, dan gambar tu terus di’backup ke dalam Time Capsule ini.

Kalau korang menggunakan printer juga, connect USB printer tu terus ke Time Capsule dan lepas ni automatik printer korang tu boleh berfungsi secara wireless. Time Capsule ni selain memudahkan kerja kita, ianya juga memastikan yang PC korang tak serabut dengan wayar-wayar.

Selain dari Wireless Data Storage dan juga Wireless Router, dalam masa yang sama ianya dapat digunakan sebagai Wi-Fi Base Station segala device yang korang ada. Untuk spec Time Capsule ni, sila refer di website Apple.

Dan seperti yang diketahui para pengguna Mac, dengan Time Capsule ni, ianya akan membuatkan Time Machine dapat beroperasi dengan amat baik dan mudah sekali. Khai selama ini menggunakan WD Passport 1TB External Hdd sebagai storage untuk Time Machines. Jadi dengan adanya Time Capsule ini, backup akan dibuat secara wireless dan dapatlah external hdd tu digunakan untuk tujuan lain dan tak perlulah nak connect ke Macbook lagi bila nak buat sebarang backup.

Apa itu Time Capsule? Tonton video berikut:

Untuk cara nak setup Time Machine ni, memang senang sangat. Semuanya dah sedia ada bila kali pertama korang switch on Mac korang tu. Untuk tutorial, boleh refer di Oh! Apple MY.

Ada sedikit gambar yang sempat di’snap masa unboxing tadi.. Sorry gambar tak berapa cantik. Tak sempat nak edit pun. Hehe.

Khai beli Time Capsule ini kerana keperluan sebab tak lama lagi bila nak guna menda ni sebagai Wi-Fi base station di office Oh! Media dalam masa yang sama, untuk backup segala data yang kami ada. Jadi sebelum nak beli apa-apa, fikirlah dua kali dulu samaada perlu atau tidak. Harga untuk Time Capsule 1TB ini adalah RM1,099 dan untuk Time Capsule 2TB berharga RM1,799.

Jadi itu sahajalah yang dapat Khai kongsikan. Harap artikel ini memberi sedikit maklumat kepada korang semua kalau-kalau nak beli atau ada member-member yang cakap nak beli. Jadi dapatlah korang berkira-kira balik samaada Time Capsule ni betul-betul perlu untuk korang atau sebaliknya. Kalau ada apa-apa soalan, silalah refer sendiri di website Apple atau bertanya di bahagian komen. InsyaAllah Khai akan balas nanti.

Pssttt: Habis sudah kutebas lalang dan semak-samun di blog ini. Hehehe..

+ Respon pembaca di Oh! Media Network.

Ditulis pada 11:06 PM 21 May '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,556 views | Dalam kategori: Apple, Review | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

25 Comments »

Comment by aman
2011-05-21 23:27:03

laju tak dia backup wireless? bape transfer rate?

..
Comment by Khai
2011-05-22 03:59:12

Dari pengalaman aku sendiri tadi, untuk first time nak backup ikut Time Machine, Time Capsule ni mengambil masa 1 jam untuk buat full backup lebih 200GB data secara wireless. Itu untuk full backup, lepas ni dia akan update je mana data yang baru masuk tu.

..
 
 
Comment by anjungstreamyx
2011-05-21 23:29:30

great stuff untuk letak kat ofis.mmg bnyk function

..
 
Comment by tarmizishukri
2011-05-21 23:31:33

salah satu yg best tentang apple, mementingkan unsur minimalist dalam setiap produk..

..
Comment by Khai
2011-05-22 03:59:59

Orang kata luar setinggan, dalam macam kondo. Hehehe. Tapi setinggan dia pun, setinggan jenis smart. Untuk pengguna yang simple but smart kata mereka.

..
 
 
Comment by Emmet
2011-05-22 00:23:06

kalo macamni aku nak jd seorang appler jugak la ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by cepek
2011-05-22 03:30:00

wah!!! nak mac sbijik ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by nabel
2011-05-22 04:00:17

ada orang yang perlukan benda ni kalau dia banyak menggunakan file file dalam kerja harian dia. rasanya untuk nabel belum lagi kot. nice info, teruskan khai. ;D

..
 
Comment by Omar
2011-05-22 04:25:55

Dalam review tu ada cakap yang pengguna Windows pun boleh guna kan, adakah perlu sebarang peranti tambahan bagi membolehkan Time Capsule digunakan di Windows..

p/s: Kalo ada peranti tambahan, harap Khai boleh buat artikel demostrasi.. maybe leh cuba kat Ms. Merlott (kalo ada lagi la..) ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-05-22 08:12:14

Mr Merlot dah lama terjual. Hehe. Omar, menurut manual yang Khai baca, untuk pengguna Windows, tiada sebarang peranti tambahan diperlukan. Fungsinya tetap sama dengan pengguna Mac dan cara pemasangannya pun, sama mudah. Buktinya, boleh lihat ruang compatibility di http://www.apple.com/timecapsule/specs.html

..
 
 
Comment by hisham
2011-05-22 08:33:58

perh…. mmg up to date nko nih khai…. best gile dapat time capsule nih… xpayah nak berserabut dengan wayar lagi

..
 
Comment by ejardkethot
2011-05-22 09:59:10

huhuhu….ejard mmg tgh carik router nieh…tp ejard pkai windows ja….
:bloody: :bloody: * menyepikan diri* :o:

..
 
Comment by Hisyam
2011-05-22 11:05:04

Wah, cayalah ko khai. Memang betul2 advance dah ko ni, semoga maju jaya.

..
 
Comment by mosyar
2011-05-22 15:16:47

lepas ni xde la kena hack…terbaik. online kat umah je.

..
 
Comment by Lagenda teragung
2011-05-22 15:26:19

harga dh seribu lebih ..xmampu lagi ar rasanya…

..
 
Comment by afzal laidin
2011-05-23 20:31:04

produk dari apple betul-betul menggoda. Walaupun dalam “dunianya” yang tersendiri.

..
 
Comment by Yaaser
2011-05-23 22:12:16

Bro, kalau boleh reiew2 apple tulis kat website ohapple la. Teringin nak baca justkhai macam dulu2.

Apepun satu entri yang “menggoda.” ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Nasrulz
2011-05-24 00:47:13

Memang shemart benda nie,sesuai dengan nama dia..ada gak usher kat Machines Pavilion temph hari..
ps:bila khai nak grab iMac lak?..letak kat office ohmedia best tu..:)

..
 
Comment by samanosuke_04
2011-05-24 20:16:11

hahaha.. duta apple…

..
 
Comment by survey2u
2011-05-25 14:38:49

Review yg menarik khai. Menarik gak, kne bli nie..hehe

Teknik Buat Blog dalam hanya 45 minit dan Menjana Duit Dari Internet Setiap Bulan

..
 
Comment by sukacuka
2011-05-26 00:02:01

Khai khai khai. Aku sebenarnya tak phm sangat benda nie tapi aku seronok baca blog kau. Boleh tinggalkan komen kat blog aku biar aku boleh up lagi.

..
 
Comment by amri
2011-05-30 11:44:40

salam khai,sori kalau salah tempat untuk komen..saya ada menepah iklan dan telah membuat pembayaran.semua detail iklan dan bukti pembayaran saya dah emailkan ke email yg diberikan..semoga beri respon ya.terima kasih. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ash kutcher
2011-06-12 00:27:34

bace mcm beh, harga pon beh..kalo mampu semua boleh je..x rugi melabur banyak, pulanganya berbaloi.. semoga ko terus berjaye khai..:)

..
Comment by Khai
2011-06-12 08:18:48

sobsob.. terima kasih.. Amin.. Alhamdulillah rezeki ada sikit murah untuk buat pelaburan untuk diri sendiri..

..
 
 
Comment by mamat
2011-08-19 15:15:59

smart gila…terbaik la..harga pun terbaik..he3

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post