Saya sayang Chickenpox

Tajuk macam nak lempang diri sendiri je! Haha. Disaat kitorang tengah buat-buat sibuk untuk renovate office Oh! Media, boleh pulak aku sebagai mastermind diserang Chickenpox! Habis tertunda segala perjalananan office yang telah dirancangkan. Tapi takpelah, mungkin ini dugaan. Allah beri awal-awal sakit macam ni sebelum aku benar-benar terpaksa buat-buat sibuk nanti. Setiap kali aku kena sebarang penyakit, ianya membuatkan aku sedar tentang bertapa kerdilnya aku di sisi dia dan betapa banyak dosa aku di sisinya. Sakit inikan memadam dosa lampau kita.

Ini hari ke 4 aku di kampung. Di sinilah dulunya dunia kecil aku. Tempat aku jatuh bangun, dibuli dan membuli. Di sini tiada apa lagi yang istimewa kecuali ada dua insan yang paling aku sayang. Bila kena demam macam ni, memang membuatkan aku semakin rindu untuk ke sini menikmati udara yang amat segar dan menikmati kasih sayang sepenuhnya insan yang dipanggil ibu dan bapa.

Minggu lepas, dah kena demam dah. Ingat demam biasa-baisa je. Minum 100Plus sebotol dengan telan dua biji Panadol Activfast, terus elok. Tapi esoknya demam balik. Then demam tu datang balik dan kali ini memberikan simptom-simptom seolah-olah denggi. Keluar satu dua bintat macam kesan gigitan nyamuk dan bintat tu akhirnya berisi air. Badan pula satu badan rasa sengal-sengal. So dalam hati Khai, ni sah nak kena denggi ni sebab dah banyak malam sebelum tu overnight di office. Dalam office memang takde nyamuk tapi bila turun bawah teman member smoking, nyamuk memang buat party la kat atas kepala.

So malam Khamis lepas, kawan-kawan dah mula risau dah dan yang paling risau siapa lagi kalau bukan budak comel saya tu. Khai taknak pergi klinik tapi kena paksa juga Khai pergi. Khai memang tak suka pergi klinik. Tapi bila dah 1 vs 3, kenalah juga pergi. So kitorang beramai-ramai terus ke Klinik Kita, Desa Pandan.

Doktor kata dari simptom awak ni, ini bukan denggi tapi ada kemungkinan demam campak. Khai pun cakap, “Demam Campak? Maksud Doktor, Chichkenpox?”. Doktor pun mengangguk. Chickenpox atau Demam Cacar Air. Dia cakap setiap orang dalam dunia ni mesti akan kena at least sekali seumur hidup. Mana yang tak kena tu istimewa sikitlah sebab dia dah arwah dulu sebelum terkena Chickenpox. Hehe. Eh, pandai bergurau pulak doktor ni. Dah la doktor perempuan comel. Malau taw dia usha badan I yang one pack ni. Kahkah!

So masa ambil ubat, kena RM80. Dalam hati, cis ni kalau aku pergi klinik gomen ni, kena sehengget je. Selebihnya boleh masuk tabung masjid. Hehehe. Tapi takpelah, nak baik cepat punya pasal. Balik je rumah, member Khai tolong sapu krim putih yang doktor kasi tu satu badan. Sebelum pergi klinik ada 2 je bintat tu, tapi bila balik rumah dah penuh dah kat badan semua. Tapi masih kecik-kecik lagi. So sapu la ubat tu penuh kat muka semua. Then sarung seluar pendek dengan jeket, terus keluar pergi makan McDonalds. Orang semua pandang je, tapi buat muka tak tahu sudah.

Before ke McDonalds, singgah mamak dulu bungkus air kelapa. So jadilah aku seorang pengidap Chickenpox berjaya yang makan di Mcdonalds sambil berbungkuskan air kelapa muda. Hehe. Esok nya satu hari duduk rumah je layan Astro. Tengahari member datang bawak Subway. Apa lagi yang nak dimakan? Makanan yang gatal tak boleh, makanan berminyak tak boleh dan macam-macam lagilah pantang larangnya.

So oleh kerana doktor suruh makan ubat 4 kali sehari tiap kali selepas makan, dan Khai pulak makan sehari sekali camne nak makan ubat sampai 4 kali sehari? So ambil keputusan untuk pulang ke kampung. Ingat taknak susahkan mak abah tapi terpaksa juga susahkan mereka untuk pastikan diri ini sihat cepat dan boleh terus membanting tulang mencari rezeki (membanting tulang jari je pun padahal).

So here i am. Online dengan Macbook menggunakan hotspot dari iPhone 4. Superb eh iPhone 4 boleh jadi Wireless WiFi Router untuk Macbook ni. Senang nak online dah bila kat kampung ni. Badan Khai pulak tengah diselaputi hasil kisaran Daun Semambu dan Beras. Ini memang ubat tradisional untuk orang yang kena Chickenpox. Ubat orang tua-tua kita ni juga yang mujarab. Ubat-ubat moden ni, bukan taknak percaya tapi takyah percaya langsung pun takpe. Hahaha. Elok memang elok tapi effect dia kat badan memang jahanam.


* Daun Pokok Semambu. Unik sangat daun dia ni.

Orang-orang lama ni selalunya tahu rupa pokok ni dan pokok ni memang senang untuk dijumpai di rumah-rumah orang India.

Dan ingat, kalau tak pernah kena lagi, korang mesti akan kena lagi. Khai boleh kena umur 23 tahun dan lagi tinggi umur seseorang, lagi teruk effect yang akan dia terima. Ingatkan sempatlah tunggu kahwin dulu ke nanti. Haha. Tapi takpelah biar Khai kena dulu sebab nanti bila isteri Khai kena, boleh Khai jaga dia takdelah Khai lari sebab takut berjangkit. Hehe.

Macam gambar bawah ni, kesan jangkitan pada seorang wanita berusia 30 tahun. Ini gila babeng banyak dowh! Orang yang tengah kena Chichkenpox ni pun naik bulu roma nengok.

Kalau nak nengok gambar lain, korang Google sendiri. Sedih bila nampak baby baby comel yang kena demam ni. Kita yang dah besar ni pun rasa seksa inikan pula mereka yang kecil tu. Baby kalau kena, silap-silap boleh membawa maut kalau tiada tindakan susulan yang berpanjangan.

Apapaun terima kasih kepada kedua ibu bapa Khai yang susah payah cari daun Semambu la, air bali la, dan macam-macam lagi. Thanks pada adik-beradik yang ambil berat sangat-sangat kat adik bongsu dia ni. Terima kasih pada kawan-kawan especially Hanz yang belikan aku Subway la, Redbull la masa aku kat KL dan terima kasih pada kawan-kawan lain yang datang melawat aku masa aku kat kampung ni.

Ok la panjang lebar membebel. Sakit macam tak sakit je aku ni pun. Hehehe. So jaga diri baik-baik ya dan kalau rasa kena Chickenpox tu, boleh lah tanya patik lepas ni. Patik dah ada pengalaman. Seksa ooo badan. Serius tak tipu. Sebab tu la setiap orang akan kena sekali (atau mungkin dua kali) dalam hidup. Kalau boleh kena banyak-banyak kali macam demam biasa tu, tak tahu lah nak cakap apa. Mengucap ajelah banyak-banyak.

InsyaAllah esok Khai update lagi. Ini adalah artikel paling istimewa kerana sekali je akan ada artikel pasal Khai kena Chikenpox ni dan tanggal 15 July 2011, memang sukar untuk Khai lupakan. Dengan itu, Assalamualaikum dari Presiden persatuan Chichkenpox sedunia.

Ditulis pada 10:36 AM 19 July '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 3,488 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

53 Comments »

Comment by Fazreen
2011-07-19 11:16:55

aku penah kena masa f4..tp naik sekejap je..sehari then esok tu dh hilang..ak pn hairan..kmngknan nak kena lg tu tinggi

..
Comment by Khai
2011-07-21 17:57:37

Mungkin ada la tu kali ke-2 dia. Hehehe…

..
 
 
Comment by onetrg
2011-07-19 13:26:09

ltk ubt t prut bnyk,xencm,nk2 kt mke hehe

..
Comment by Khai
2011-07-21 17:57:56

Orang lelaki kena la ada parut bro.. Memang saja nak ada parut pun sebenarnya. Hahaha..

..
 
 
Comment by cityiklan
2011-07-19 13:49:10

chicken pok?
kenapa g jumpa doktor??
masih ada cara yang baik selain daripada telan ubat

petik kelapa muda(yang muda)
jangan sampai jatuh ke tanah
pastu kupas dan minum air dia separuh
separuh wat mandi..insyallah penyakit tu hilang lepas 2 hari

kalau x pun minum minuman berkarbonat seperti 7 up,coca cola x boleh..nanti melarat(untuk buang racun)

mandi dengan air rebusan daun peria yang sudah kering(biasanya ada jual kat pasar) insyallah lepas 2 hari kering tu chicken pok..

kalau demam akibat chicken pok plak minum air suam dengan sedikit garam..insyallah berkurangan demam tu..untuk anak kecil pulak rendam kain di air suam + garam tu pastu tekap kat kepala anak..insyallah..

harap tips ni dapat membantu kepada yang terkena chicken pok..

Salam
Cityiklan
:8

..
Comment by Khai
2011-07-21 17:58:26

Alamak ai? Tak tahu plak ada petua-petua yang macam ni.. Apapun thanks. Lepas ni kalau ada member-member kena boleh apply kat mereka.

..
 
 
Comment by fazrol
2011-07-19 13:59:24

Bila masa plak ko jadi presiden chickenpox nie? ha ha…

Yang aku tau petua dia… minum air kelapa bnyk2…
balik kg mmg sesuai sgt berbanding dok kat KL nie…

Anyway! semoga cepat sembuhbro.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-21 17:58:51

Baru je dilantik petang semalam. Hahaha.. Terima kasih.

..
 
 
Comment by syahirul
2011-07-19 14:43:54

dah pernah kena ๐Ÿ™‚ alhamdulillah ๐Ÿ™‚ sakit ni tanda Allah sayang kita.. jadi kena redha dan jangan mengeluh.. insyaAllah akan dihapus dosa jika redha dan sabar.. dan ingatlah, waktu sakit ni kena lagi kuat beribadat dari biasa, walau tak larat, paksa diri untuk solat, mengerjakan ibadah lain.. sebab mati tu hampir sekali dengan kita.. dan bila dah sihat jangan lupa istiqamah dalam beribadat.. ingatlah bahawa Allah yang menyembuhkan penyakit, bukan ubat mahupun doktor.. yakini Allah, kita akan selamat dunia akhirat.. innalillahi wainna ilaihiroji’uun sahabatku ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-21 17:59:15

Terima kasih untuk nasihat dan doa (kata-kata) itu wahai sahabatku, Syahirul..

..
 
 
Comment by sukacuka
2011-07-19 15:45:34

semoga cepat sembuh bro/

..
Comment by Khai
2011-07-21 17:59:28

Terima kasih.. Amin..

..
 
 
Comment by ash kutcher
2011-07-19 19:46:29

err aku penah kene cikenpox ni mase zaman kanak2 ribena..n parutnye lekat sampai tua ni..udahla bebetol tepat kat dahi..udah mcm nandek org india dh..hahahah..ade la 2 3 4 5 parut die tinggal sampai skang x ilang2..aku slu dgr org ckp minum air kelapa kalo nak elok, jgn mkn kicap kalo tanak parot, jgn men ujan la.. betoi idak x tau la..ape2 pon get well soon khai..

err, cikenpox ni kalo x silap aku bejangket. so bawak2 la dok kt kg tu dediam khai..kang x pasal2 ko sedekah cikenpox ko tu kat org lain…:)):))

..
Comment by Khai
2011-07-21 18:01:00

Ahahaha.. Adui.. Si dia pun ada la parut kat dahi. Mesti kes yang sama ni. Hehe. Apapun pantang larang tu macam betul je. Ramai orang Khai jumpa, semua cakap benda yang sama. Hehe… Berjangkit? Fuh nasib baik yang dalam rumah kat kampung ni semua dah pernah kena. Hehe..

..
 
 
Comment by Aqif Azizan
2011-07-19 20:10:08

Mudah-mudahan Khai cepat sembuh. Banyakkan berehat dan makan berpantang. Biasanya chickenpox memang lambat nak sembuh.

Nak cepat sembuh, minta doa ibu bapa. Hehe. ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2011-07-21 18:01:09

Amin amin amin..

..
 
 
Comment by titan
2011-07-20 00:43:24

aku dah kena dulu..so..dah imun dah badan aku sekarang. haha..

..
Comment by Khai
2011-07-21 18:01:33

Haha.. sure ke bro dah imun? hehehe

..
 
 
Comment by Megat Azfar
2011-07-20 03:15:09

Haha. Aku pun dah kena chicken pox tahun 2008. time tu cuti sekolah.

Memang azab gila bila dapat. Tambah lagi bila nak tidur. Tumbuh kat vontot. Kau dapat jugak? Berapa bijik? Ahahaha!

..
Comment by Khai
2011-07-21 18:02:07

Hoho.. sorry sikit.. Alhamdulillah part tu memang dia takde. Hehe. Banyak kat badan je. Tak sampai part bawah. kaki pun boleh kira je berapa. Hehe..

..
 
 
Comment by ScaniaZ
2011-07-20 08:51:44

huhu..itu cikengpok manyak langsi wooo….manyak susah itu macam kalu kena….loreal pun talak mulih bikin bagus itu muka wooo….

..
Comment by Khai
2011-07-21 18:02:38

ce try pakai Temulawak nengok. Hahaha

..
 
 
Comment by arnamee
2011-07-20 09:57:23

azab oh.cian khai, semoga cepat sembuh ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-21 18:02:52

Rilek je.. anak lelaki kan? Hehehe..

..
 
 
Comment by Safwan Seth
2011-07-20 11:24:14

Semoga cepat sembuh, jangan berjangkit kat org pula. =(

..
 
Comment by TheSharkox
2011-07-20 19:53:48

Aku kena dulu masa form 5.. time tu agak2 nak dekat ngn menatang SPM jugaklah. hui..seksa..

..
Comment by Khai
2011-07-21 18:03:13

Fuh, itu yg kita xnak tu.. Kena part tarikh yang penting-penting.. Memang menggerunkan. Hehehe..

..
 
 
Comment by nizam ijam
2011-07-21 02:09:07

semoga cepat sembuh yer khai..hu2

..
Comment by Khai
2011-07-21 18:03:25

Amin… InsyaAllah..

..
 
 
Comment by afeeqah
2011-07-21 02:35:27

kesian kan ko..xpela dok kampung tu rehat betul2 k..aku ni la mangsa yang kena time baby =( ..baru kuar hospital balik kg terus jangkit ngn pak cik aku. nak pulak mak aku pun kena sekali…cian opah aku kena jaga 3 sekali..aku x pernah rasa tapi parut ada tinggal.cantik punya ๐Ÿ™‚

semoga cepat sembuh bro ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2011-07-21 18:03:53

Wah! tapi ok la baby lagi dah kena.. Sebab baby kena biasa je tak macam yang dah tua bangka ni kena. Hehe..

..
 
 
Comment by Famili Ceria
2011-07-21 08:08:49

semoga khai cepat sembuh…besa la tue… ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-21 18:04:22

Terima kasih.. hehe.. Haah biasa la tu kan.. Orang lelaki kena enjoy bila dilanda sakit2 sikit je pun. Hehe..

..
 
 
Comment by muhammad fakhruddin
2011-07-21 11:16:13

Semoga Allah menyembuhkan dengan segera ye bro ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Naz
2011-07-21 13:55:24

dah xingat bile kena chickenpox…rasanya kecik sangat kot kena sampai xingt…

dah besar2 baru kene chickenpox..kesian2..byk2 berpantang la ek…

semoga cepat sembuh

..
 
Comment by ZiahSu
2011-07-21 16:07:34

Semua cepat sembuh:)

..
 
Comment by Mr Rileks
2011-07-21 18:27:31

biasa dlm seumur hidup, skali jer chickenpox nie.. tp ada stgh org dpt 2 kali, kira beruntung ler tu… ekeke…

..
 
Comment by spanargirl
2011-07-22 00:07:43

relar bro…ok r kena sblm kawin sempat lg tu parut nk hlg ๐Ÿ™‚
Anyway bl plan nk tmt zmn bujang… hehe..

..
 
Comment by aimannajmy
2011-07-22 21:39:46

Semoga cepat sembuh bro! aku memang supporters setia oh media ๐Ÿ™‚ byk gmbr unik

..
 
Comment by cleverspider55
2011-07-23 16:26:58

ada org kata jgn bg kena air hujan,kalau tak parut susah nak hilang.

..
 
Comment by sejukstudio
2011-07-24 22:26:37

peh… ayampox. aku lupe la penah kena ke x. haha ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by sutera
2011-07-26 04:03:54

mak kata sy dh prnh kena masa kecik..tp ada jugak yg kena smpai dua tiga kali kan huhu

..
Comment by Khai
2011-07-26 07:52:08

Wah ada yang sampai 3 kali ye? Selalu Khai dengar ada yang kena 2 kali. Siapa yang dah kena sekali tu, jangan over confident untuk tidak kena lagi. Hehe..

..
 
 
Comment by zool
2011-07-28 09:33:58

zaman muda remaja dulu penah kena. sekarang dah takde lagi kot..

..
 
Comment by Izral
2011-07-29 17:57:05

dulu saya kena satu family kecuali mummy je..nasib baik laa ada dia utk jaga kitorg suma…klau tak dah terbaring tak terurus suma2 anak-beranak dlm umah tu :’)
anyway, tcare and cpt2 laa sembuh yea ^^

..
Comment by Khai
2011-08-02 15:47:47

Alhamdulillah dah sembuh dah. Hehe..

..
 
 
Comment by Sya Isya
2011-08-02 16:48:19

Sya belum pernah kena lagi. Adik beradik yang lain pun sama gak. Rasanya kena masa kecik lagi bagus, sebab takyah ganggu kerja klu kena masa dah besar.

..
Comment by Khai
2011-08-02 17:13:43

Ya. Kesan kena Chickenpox ni masa kecil jauh lebih sikit berbanding bila dah besar. Paham2 ajelah.. Hehe..

..
 
 
Comment by Ajeyy Rawk
2011-08-18 19:46:20

oohh, saya belum pernah kene nie ..
taktau laa lepas ni saya ke yg terpilih.. huhu :oups:

..
 
Comment by mieyra
2011-08-19 21:27:41

Khai…!!!cmtula aku kena 1hb 8.mule ingat gatal kepala biase je…skali penuh muka.kejap je die naik.sampai mak ak ckp katak puru tu licin ckit kulitnya dri kulit ak.penuh 1 badan ak sebijik cm gmbr tu ler.mmg ak pon seram nk tengok.dalam mulut…dlm hidung…dlm telinga pon ade.tuhan je tau.tmpt lain seganla nk ckp kt cni.ak pon amik gmbr simpan kenangan.bkn kna selalu.tp tengok sekali je gmbar ak xbrani tgk lg dh.seram…xsgka pas ko kena ak plak kena.ak jgkit kt ank sedara ak sal die kna n ak jge die kt spital.tp mmg if bdk2 truk.ank sedara ak smp kena sawan.kesian…baby bru 1 thun.anyway…ak dh mkin pulih.cme gtal gile bdn skrg…dh smgu xble tido.p keje muke cm org gile.ko dh fully sihat ke.alhamdulillah.hrp parut xterukla.tp muke ak dh ade lobang2…sktnye hti.doktor pesan beli krim high in vit E.so nk sharela ngan ko.jomla kte mencantikkn dri semula….eh pjgnye ak bebel.ok bye

..
 
Comment by mamat
2011-10-08 21:21:15

haha dulu masa sekolah rendah pernah kena..hbis bebintik2

..
 
Comment by mohd azli
2018-05-25 22:39:26

Sekadar nak tanya , saya kene chicken pox tapi xbanyak mcm gbr tu , adakah chicken pox saya keluar xhabis , masa kene mcm mutiara rupenye tu terus makan ubat doktor (xde knowledge nak handle penyakit ni kekeke).Ade kat muke , ade kat badan dan kaki . Setiap bahagian sikit je , tolong bagi pencerahan chicken pox ni ade yang teruk ade yang tak teruk ke , atau mmg chicken pox hamba mmg xkeluar habis huuuuuu. T_T

..
Comment by KhaiHassan
2019-03-15 20:58:36

no worries.. memang banyak tu ajelah chicken pox awak.. ๐Ÿ˜€

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post