Blogger Jalanan ke Blogger Aircond

blogger-jalanan

Hi guys. Disebabkan dah takde apa kerja lagi nak buat, ini masa paling sesuai untuk update Justkhai. Tak tahu nak update apa. Ada lagi ke orang yang nak baca Justkhai ni? Hehe. Hope ada lagi la yang sudi membaca walau dah beberapa minggu kecundang tanpa update. Artikel kali ni lebih kepada personal, sekadar nak mencari mood untuk kembali menulis blog ini

Khai sebenarnya takde la busy mana, cuma saja buat-buat busy. Dengan buat-buat busy, kita akan mengisi setiap kelapangan masa yang ada dengan sesuatu yang bermakna dan berguna. Orang kata, “busy is a good problem”. Ya memang betul lah tu.

Dari blogger jalanan ke blogger aircond.

Maknanya, dulu Khai adalah blogger yang boleh online di mana-mana sahaja Khai suka tapi sekarang dah ada office sendiri. Oh! Media kini alhamdulillah, dah lebih meluas dari dulu dan kini dah ada beberapa krew yang bekerja kerana sayangkan jenama ini. Ada yang rasmi, ada yang sementara. Kena lihat dulu bagaimana prestasi mereka. Dulunya, kita try untuk push online market, tapi sekarang kita try untuk push offline market pula. Dengan lebih ramai kakitangan ni, satu sahaja harapan agar jenama ini dapat berdiri lebih gah dan bukan masih ditahap yang sama sahaja.

Bila diri bergelar graduan pada tahun 2008, Khai masih tidak pernah bekerja di mana-mana kompeni lain. Belum pernah lagi bergelar pekerja yang memiliki bos. Dahulunya, sayalah bos dan sayalah kuli. Kalau malas, tiada hasil. Bila rajin, hasilnya selalunya lebih dari pekerjaan yang mempunyai bos. Orang malas selalu rugi.

Sebelum ini lebih prefer untuk online di rumah. Alhamdulillah, rumah ada aircond dan dipenuhi dengan pelbagai barangan peribadi yang memberi inspirasi untuk diri sendiri. Jadi bila ada suasana yang selesa, baru kita pun rasa selesa nak lakukan sesuatu. Baru idea boleh datang mencurah-curah lebih-lebih lagi jika kita bergelar seorang penulis blog sepenuh masa.

blogger-jalanan
DJ Oh! Media FM, Aim Dot Dot dan krew yang lain

Sebab tu bila dah ada office pun, susah kerja nak siap. Bila online kat Mc Donalds, mamak atau yang sepertinya, baru kerja boleh siap. Kadang-kadang rasa pelik, tapi Khai tahu untuk melakukan satu perubahan pada diri, bukan perkara yang mudah dan ianya memang memakan masa. Walaupun itu office kita punya, tapi kenalah tanamkan disiplin pada diri dan tunjukkan contoh yang baik pada yang lain. Bangun pagi-pagi untuk masuk office, sumpah berat gila sebab tu memang bukan diri kita.

Kadangkala sikap orang di sekeliling kita mampu menjatuhkan semangat kita. Takkan semua perkara perlu ditegur kan? Lebih-lebih lagi bila dah ditegur, tapi tiada feedback. Tapi memanglah bukan senang nak menjadi nakhoda sesebuah kapal ni. Macam-macam perkara yang perlu kita fikir dan selesaikan. Belum sempat selesaikan, sampai lagi satu masalah baru. Khai dari dulu dah biasa kerja seorang diri, jadi bila kena manage orang lain ni, memang “kureng” sikit sebenarnya tapi ianya satu perkara yang baru untuk Khai ceburi dan meluaskan apa yang diusahakan selama ini.

Apapun, apa yang penting kesabaran dalam diri dan jauhkan rasa cepat putus asa. Kita baru bermula dengan dunia baru, kenapa perlu kita akhiri dengan begitu cepat kan? Kejayaan bukan datang dalam sekelip mata.

Itu sahaja artikel pembuka untuk blog yang dah bersarang ni. Hehe. Lama gila tak update. Kesian blog ni touching je nengok tuan dia buat tak tahu je dengan kewujudan dia. Hehe. Kepada kawan-kawan blog yang mengenali diri ini setakat melalui blog atau peribadi, doakanlah Khai dan yang lain untuk terus memperjuangkan sesuatu yang telah pasti, cuma untuk sampai ketahap pasti itu, bukanlah sesuatu yang mudah.

Orang nampak senang, tapi ianya tidaklah semudah dan seindah yang disangka. Selamat maju jaya juga untuk korang semua. Ini sekadar sedikit perkongsian hidup ku seorang blogger picisan. Harap adalah antara perkongsian pengalaman ini menjadi pengisian kepada yang lebih sempurna.

Ditulis pada 11:12 PM 8 October '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,020 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

36 Comments »

Comment by hazwan
2011-10-08 23:40:47

jadi bos sndiri senang… boleh buat keje ikut diri sdiri je,..tp bila dh ade pekerja mmg susah la manage kn..hho ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2011-10-08 23:55:47

awal komen eh bro? Tak sempat nak letak gambar lagi kat entri ni. Hehe.

..
 
 
Comment by kpah k-poh
2011-10-09 00:33:17

entry-entry dari blog ini banyak membantu akak untuk menjadi blogger.terima kasih.. ๐Ÿ™„

..
Comment by Khai
2011-10-09 01:23:41

Allhamdulillah jika begitu kak. Seronok saya dengar. Teruskan ya.

..
 
 
Comment by Sakoz
2011-10-09 02:43:01

Salam… Wah khai! X sangka ko dh semakin maju! Tahniah bro! Mgkin ko dh x igt sape ni ๐Ÿ˜‰ hehehe

..
 
Comment by paihujey
2011-10-09 02:53:07

oh tidak..sungguh jelez dgn khai..haha..tapi aku tetap malas..aduyai.. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Safwan Seth
2011-10-09 05:01:52

khai tak sedih ke steve job dah meninggal. (off topic pulak ) hehe ๐Ÿ˜•

..
 
Comment by Megat Azfar
2011-10-09 05:08:52

Gunakan konsep “POLC” Planning, organizing, leading, controlling. InsyaAllah company tak bermasalah. Master it orang kate. haha. Good luck, khai !

..
Comment by Khai
2011-10-09 20:25:17

Yeah. Thanks Azfar.

..
 
 
Comment by farass
2011-10-09 06:20:32

hai~~

semoge berjaya khai…

..
 
Comment by naiem
2011-10-09 09:40:43

good luck, sebelum ni just silent reader sahaja. blog ni merupakan salah satu faktor saya kembali berblogging setelah di hijack pada 2010. 2011 bangkit balik buat blog baru dan berdomain sendiri sebab baca entri dalam ni. thanks and good luck khai ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-10-09 20:25:38

hanks Nalem. Selamat maju jaya juga buat anda.

..
 
 
Comment by Omar
2011-10-09 10:42:00

Semoga berjaya Khai~

Kalo boleh, introducekan Oh Media! kepada offline pulak, sebab cam trending FB ni semua mungkin ikut musim, 1 hari nanti, tak mustahil FB kurang populariti, takkan Oh Media! nak berkubur sekali bersama-sama FB?

Good luck Oh! Media!, I’m waiting for that day… ๐Ÿ˜ฎ

..
Comment by Khai
2011-10-09 20:28:47

Ya betul. FB tu sebenarnya antara satu perkara dalam tidak sengaja. Bila ramai pembaca blog LIKE, jadilah jumlahnya yang seperti sekarang. Kami masih cuba untuk terus memantapkan blog-blog network sedia ada dan juga yang bakal dikeluarkan nanti. InsyaAllah, akan bawa Oh Media Network ke dunia offline dengan lebih pesat.

..
 
 
Comment by Pacifista
2011-10-09 12:44:13

aku baru je berjinak2 kat sini.nampak meriah jugak kat sini ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by sukacuka
2011-10-09 15:03:45

Salam Khai.

Sememangnya blog ini sudah besawang hendaknya. Hinggakan labah-labah sudah jumpa tempat baru untuk didirikan rumah yang indah. Apapun syabas kerna berjaya hilangkan sawang yang boleh menyebabkan penyakit.

Saya hendak tolong pun saya tidak tahu untuk tolong apa yang patut. Tapi, sebagai rakan maya yang seagama iaitu Islam dan sebangsa iaitu Melayu, saya mendoakan agar Khai sentiasa maju terus kehadapan.

Perbodohkan sahaja apa yang orang katakan. Mungkin satu hari nanti mereka akan terbuka hati untuk memperdengarkan apa yang disuarakan Khai.

Terima Kasih.
Penghantaran Beg Khai :mrgreen: :mrgreen:

..
Comment by Khai
2011-10-09 20:30:21

Thanks Suka Cuka. Dengna usaha kami semua dan berkat sokongan dan doa dari followers seperti anda, insyaAllah akan dipermudahkan jalannya nanti. Beg? Hari ini insyaAllah. Hehe

..
 
 
Comment by fazrol
2011-10-09 17:16:47

Akhirnya ada gak update dari blog ini. he he..
Good luck khai… Walaupun ada orang yg dengki dgn Ko..
Sabar je laa… Memang dah jadi lumrah orang yg berjaya…
Keep going org putih kata… Xpun, ikut cam azwan ali…
Ada aku kisah.. he he he…

๐Ÿ˜€

..
 
Comment by cik kucing
2011-10-09 17:41:06

Go khai, You are my inspiration. Harap-harap lepas lagi ramai blogger ikut jejak langkah ohmedia ngan Amanz ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Aqif Azizan
2011-10-10 00:19:45

Semoga Khai dan OhMedia terus memperoleh kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Amin. ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2011-10-12 23:43:34

Thanks Aqif. Doa saya untuk anda dan team Majalah Niaga juga.

..
 
 
Comment by inspirasicyber
2011-10-10 13:56:32

tahniah sebab dah buka comp sendiri…semoga sukses

..
Comment by Khai
2011-10-12 23:43:46

Terima kasih ya.

..
 
 
Comment by ZaimKasturi RBWatch
2011-10-10 16:27:38

Salam Khai.

Suka dgn ayat nie ” buat-buat busy” hehe…
Kdg tu kwn2 tny, hang nie bz ka bt2 bz?
Saya jwb cam Khai jwb…pastu sesama gelak.

Tapi mmg betul.
Bila kita sibuk dgn kerja, kita lupa sekejap segala permasalahan kt sekeliling kita, kita seolah2 dlm dunia kita ja…larian yg sebentar..
Sikap orang sekeliling kdg2 mmg menganggu jiwa kita dlm bt sesuatu keputusan, kita terpaksa “lari” agar keputusan yg tepat dpt dibuat..
Khai cakap betul, sabar penting dlm diri kita…biasala org muda…hehe…
Yg penting, misi perlu dteruskan…keep going Khai!!

Salam.

..
Comment by Khai
2011-10-12 23:44:52

Orang lain, takkan tahu busy kita tu bagaimana selagi mereka bukan diri kita. So bila orang tanya, kita jawab je lah begitu. Tak perlu cerita apa yang kita lakukan dan sebagainya. Bila ada hasilnya, mereka akan faham mengapa kita busy sentiasa. Hehe.

Thanks Zaim btw.

..
 
 
Comment by Cikgu Hairul
2011-10-11 02:00:24

Akhirnya ada juga update yang ditunggu-tunggu. Memang banyak info dan pengalaman yg boleh dikongsi bersama dengan orang yg buat biz sendiri ni.

OhMedia tu kalau buat offline marketing kat stesen KL sentral pun ok gak.. Ramai lagi yg blm kenal. ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2011-10-12 23:45:40

Ya insyaAllah. Itulah target kami sekarang. Nak grab offline market. InsyaAllah. Thanks Cikgu Hairul.

..
 
 
Comment by wandisini
2011-10-13 02:08:37

dulu pernah curi gambar kereta polis Evo dari blog ni letak kat blog sendiri. tapi masa tu pakai blogspot, tak tahu apa kesannya pada empunya gambar, sehingga lah khai dah lock semua gambar dlm blog ni kuar kat blog lain. baru tahu semua tu ada kaitan dgn bandwith kan ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by suffer8zine
2011-10-13 09:30:02

semoga semakin suksess wahai sahabat

..
Comment by Khai
2011-10-15 02:12:35

Terima kasih, Suffer8zine. Lama tak nampak ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by onetrg
2011-10-14 07:44:42

nk update yg mcm dlu2..iklas n jjur..hehe’

..
 
Comment by lAl
2011-10-15 22:30:46

Blogger yang memberi inspirasi! Sentiasa berusaha agar boleh bekerjasama satu hari nanti. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by arnamee
2011-10-25 20:09:07

Semoga terus semangat.

p/s: dulu anem pernah dapat email :

“macammana nak edit blog macam justkhai?”
-dan anem rasa jejaka tersebut malu beremail dengan khai terus.

*anem balas email beliau guna keyword : photoshop, css , & wordpress .

..
 
Comment by aPiP
2011-11-05 16:28:23

selamat maju jaya bro khai ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by titan
2011-11-22 15:06:03

hoho.lama gila dah aku tak masuk sini. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by kartikel.com
2012-01-12 13:43:34

untungla..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post