Saya suka Langkawi

Hari ini hari ke-7 Khai di Langkawi. Genap dah seminggu kat sini. Serius dah rasa rindu dengan KL. Langkawi ni senang cerita, kalau korang dah biasa hidup di KL, pergi Langkawi 4 ke 5 hari ok la untuk bercuti. Lebih dari tu korang akan rasa banyak benda tak cukup. Tapi mungkin sebab bukan bermastautin di Langkawi ni. Maksudnya banyak benda yang kita risaukan. Office Soho, kereta, ikan (sebab takde orang kasi makan) begitu juga Hamster dan macam-macam lagilah bermain di kepala. Belum nak story pasal rindu dengan insan-insan yang kita sayang lagi.

7 hari kat sini memang berbelang. Hitam habis kat sini. Haha! Buka jam, berkesan putih kat bahagian jam tu. Buka sandals pun sama, nampak berbelang. Pakailah sunblock ke apa, langsung tak berkesan. Haha. Kalau dah hari-hari berjemur panas kat Langkawi ni. Tapi habis event terus berjalan sana-sini sampai kalau sebut je nak pergi mana, gerenti takkan sesat dah. Hahaha. Langkawi ni kecil je. Pusing-pusing pun last-last jumpa tempat yang sama balik.

Well, Khai kat sini atas dua perkara. Satu kerana Khai betul-betul mahukan mood bercuti. Tapi disebabkan takde ruang masa untuk bercuti (iyelah saya dah sibuk nak kahwin dah), jadi bila ada peluang untuk cover Langkawi International Mountain Bike Challege 2012 ni, memang tak lepaskan peluang untuk join sekaki. So satunya lagi tentulah atas urusan kerja. Sepatutnya tak perlu pergi sebab dah ada crew dah cover dan boleh bayar beberapa orang lagi untuk ikut sama, tapi jauh dilubuk hati ni memang tersimpan minat terhadap dunia photography jadi bila lagi nak main DSLR dengan serius kalau bukan dekat event-event macam ni. Selain tu untuk monitor krew-krew lain termasuklah krew Oh! Media TV bekerja dan menasihatkan apa yang patut. Tapi even saya tokey Oh! Media pun, saya tempatkan diri saya tak ubah macam kuli kepada diri sendiri untuk buat yang terbaik seperti yang diharapkan client dari Oh! Media. Sampai mati pun saya takkan letak kepercayaan pada orang untuk jalankan Oh! Media bagi memuaskan pihak lain diluar pengetahuan saya. Itu cara yang saya pakai untuk menjaga jenama yang kita cipta.

Beza dia sangat mudah. Ada dua beza orang bekerja sebab sayangkan company dan orang yang bekerja semata-mata kerana duit. Orang yang sayangkan company ni akan buat yang sehabis baik untuk company serta jenama tersebut dan meletakkan wang ringgit di tempat kedua. Untuk orang yang kerja semata-mata kerana duit ni, dia buat kerja asal siap je yang penting hujung bulan gaji masuk. Nampak tak bezanya tu? Semua yang ada dalam Oh! Media setakat ini, saya harap semuanya yang nombor dua tu lah (dan saya rasa ya). Ini prinsip basic yang saya pegang biarpun pandangan orang lain berbeza. Dan bila orang bertanya, ini yang akan saya kongsikan. Cubalah fikir-fikirkan sendiri.


Gambar kat atas ni korang akan nampak untuk perjalanan dari Pekan Kuah nak ke Cable Car. Betul-betul sebelah Petronas lepas korang lalu jalan bengkang-bengkok dah macam naik Cameron Highland. Hehe. Pemandangan dia cantik sangat sebab ada banyak kapal layar mat saleh berlabuh kat sini. Sangat mendamaikan.

Ini pula cara kita buat live update dari lokasi event kalau tak jumpa kedai-kedai mahupun tempat duduk. Mountain-bike ni banyak masuk hutan so kena struggle sikit. Letih dan melecehkan. Tapi still having fun sebab ini pengalaman pertama cover event yang lasak macam LIMBC ni. Cabaran utama dia di Langkawi ni line 3G tu hanya ada di tempat-tempat terpilih sahaja. Bila sampai tempat takde coverage, memang lepak ler.

Ini pula cara krew Oh! Media nak dapatkan shoot yang menarik. Nak kejar diorang naik basikal dengan berlari, memang mati katak la atas jalan. Haha. Nak kejar dengan kereta pula, leceh sebab banyak jalan polis akan tahan kereta untuk beri laluan basikal lalu. So cara paling berkesan dengan menaiki motosikal.

Ini sebenarnya kali ke-2 Khai sampai ke Langkawi. Last pergi masa sekolah rendah dulu kot? Hehe. Memang dah lain sangatlah rupa Langkawi sekarang ni pendek kata dah maju. Tapi masih best sebab jalan tak jem macam kat KL tu dan nak beli apa-apa pun, semuanya murah-murah. Maklumlah pulau bebas cukai. Tapi bukan semua baranglah murah. Apa yang Khai perasan, barang yang murah kat sini seperti rokok, arak, coklat, barang-barang camera, kasut, baju, pinggan-mangkuk dan perfumes original. So kalau datang Langkawi tu, ini contoh benda-benda yang korang boleh cari. Not to mention, rokok Dunhill kat sini RM6.40 sahaja berbanding KL, RM10. Jadi kalau kaki rokok tu, sini memang syurga untuk koranglah. Haha.

Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan macam-macam lagi kat Langkawi ni dah terlalu mainstream untuk dilawati. Kalau korang tanya Khai, tempat wajib korang try kat Langkawi ni memang Panorama Langkawi Cable Car ni la. Kalau jenis takut tinggi, gerenti korang takkan berani naik. Memang menyeramkan dan bila dah tergantung tu, macam-macam la benda bukan-bukan masuk dalam fikiran. Tapi kalau tak naik karang, memang menyesal sebab dengan menaiki cable car ni aje peluang untuk lihat seluruh Pulau Langkawi sampailah ke Thailand tu. Memang menakjubkan pemandangan dia bila dah kat atas.

Dalam gambar tak nampak macam tinggi sangat. Tapi bila betul-betul, rasa teruja gila camana diorang boleh bina benda ni. Macam mustahil tak tercapai dek akal sebab terlalu tinggi. Pokok-pokok yang saiz balak tu semua nampak macam sayur je. Hehe.



Kereta atas jalan kat sini semua mewah-mewah. Ada tokey motel pun pakai Nissan GTR (ini orang Langkawi yang cerita). Mat Saleh pakai Lambo tu memang biasa nampak. Kereta kat sini murah-murah sebab bebas cukai. Tapi biasalah kereta mahal-mahal dapat main dalam pulau ajelah. Malam-malam memang bahaya sebab jalan persekutuan kat sini (orang Langkawi gelar Highway) memang tempat diorang-diorang ni nak test kereta. Lampu isyarat semua mana depa nak heran.

Semalam lepas habis event, terus dengan beberapa krew lain singgah Pantai Kok mandi laut kejap. Serius best sebab rasa dah lama sangat tak mandi laut. Lepas habis mandi, dengan badan kuyup-kuyup tu, terus jalan makan Pasembor kat tepi laut. Pasembor dia sedap gila dan itulah pertama kali Khai makan Pasembor pun. Hehe.

Then banyak la pengalaman lain macam kena gigit pacat dan sebagainya. Khai membesar di kampung tapi kampung Khai tu takde pacat. Yang biasa jumpa masa kecik-kecik dulu lintah je lah kalau pergi memancing dengan kawan-kawan. Seriau tengok pacat tu sampai dua ekor naik kat kaki. Nasib baik perasan. Dia punya cara jalan tu yang tak tahan tu. Grrr!

Ahad ni dah balik KL. Banyak benda nak kena urus bila dah sampai KL ni. Apapun harap client berpuas hati dengan servis Oh! Media di Langkawi ni. InsyaAllah kalau ada rezeki, lagi banyak peluang Oh! Media untuk cover event-event international macam ni lagi lepas ni. Apapun terima kasih kepada Datuk Malik Maidin kerana memberi peluang pada Oh! Media untuk mengembangkan jenamanya diperingkat antarabangsa pula. Ianya juga adalah satu dari sasaran saya selama ini. Alhamdulillah.

Penginapan kat sini boleh kata susah nak cari yang murah-murah. Kat Langkawi ni, semua media ditempatkan oleh pihak penganjur di Resort Tok Senik. Menarik juga resort ni sebab dia bertemakan rumah-rumah kampung. Siap ada pokok getah dan sawah padi lagi tu sebagai view luar tingkap bilik. Nice la udara memang segar. Servis dia pun not bad cuma kadang-kadang internet memanjang problem so memang menyukarkan sikit kalau nak buat kerja. Nak taknak kena guna Maxis 3G tak pun kena call pihak resort untuk ambil korang kat bilik bawa pergi Warung Tok Mat (Cafe resort ni). Nama je warung sebab diorang memang nak nampakkan style kampung.












So, kalau nak bercuti tu, pilihlah Langkawi sebab memang tak menang tangan memilih tempat menarik korang nak berjalan apalagi kalau korang kaki shopping. Oh ya, kalau datang tu pastikan sewa kereta. Patah kaki kalau tak sewa kereta kat Langkawi ni. Bila malam, yang buka hanya KFC di pekan Kuah dan McD di Pantai Cenang sahaja. Kalau takde kereta dan korang call teksi, memang kene sembelih la jawanya. Hehe.

Ok guys, Thanks kerana membaca.

Ditulis pada 1:35 PM 19 October '12 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 3,165 views | Dalam kategori: Acara, Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

30 Comments »

Comment by Adha
2012-10-19 13:48:13

Bro khai kat langkawi tu bole borong barang banyak2 tak? n then bwk balik KL? :8 ohh yee biasa kalu khai update ade gambar.. ni xde pun huh 8)

..
Comment by Khai
2012-10-19 14:31:46

Adha, saya dah update dengan gambar-gambar. Hehe.

Pasal barang borong tu, boleh je borong banyak2 tapi ada limit dia masa nak keluar naik feri nanti. Saya pun tak pasti tapi setakat satu dua beg tu, takde masalah menurut apa yang orang Langkawi beritahu saya.

..
 
 
Comment by hafizrahim
2012-10-19 14:04:02

seronok betul bekerja sambil makan angin..dah lama tak jejak ke langkawi..macam teringin nak pergi sane lagi.

..
Comment by Khai
2012-10-19 14:32:06

Saya pun last pergi zaman sekolah rendah. Hahaha. Lain betul dah Langkawi ni sekarang.

..
 
 
Comment by munafar
2012-10-19 14:32:32

nk jd parttime kt oh media la… smntara tgh tggu intake thun dpn msuk… bleh???
๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2012-10-19 14:40:09

Cubalah risik-risik http://ohmedia.my/corp/jobs kalau-kalau ada kekosongan boleh apply. Hehe. Tapi kita mahukan pemohon full time untuk job berkaitan.

..
 
 
Comment by Sukacuka.com
2012-10-19 15:23:29

nak coklat khai.. =)

..
Comment by Khai
2012-10-19 16:21:00

Nah ambil! (plastik je. hehe)

..
 
 
Comment by Fazrol
2012-10-19 20:56:03

Aku last sekali pergi Langkawi masa honeymoon.. Khai nnti mesti honeymoon luar negara punya… Sbb tue pergi Langkawi siap2.. He he…

Nak minta kerja kosong kat oh media gak laa.. Ha ha..

..
 
Comment by ejam
2012-10-19 21:27:00

kami merancang utk ke langkawi juga CNY tahun depan, nak honeymoon utk kali ke-2 kot2 boleh dapat adik untuk Haq. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Shahrul
2012-10-20 00:57:01

nampak mcm best je…InsyaAllah nnt sampai Langkawi

..
 
Comment by Jebat
2012-10-20 03:06:22

Prinsip kerja syg company yg khai ckp tu boleh disokong dgn hadis nabi.. “Allah swt menyukai seorang hamba yg apabila dia melakukan kerja, dia melaksanakan dgn itqan (memperelok) kerjanya” (Riwayat al-Baihaqi)..

(p/s : Pagi2 sabtu selak majalah SOLUSI, dpt sket benda nak dikongsi..hehe)

..
 
Comment by Moshed
2012-10-20 06:10:30

Tahniah kepada Oh Media ! Saya orang kedah pun pernah pergi langkawi sekali sahaja..sekarang nak jalan2 kekangan masa pula sbb bekerja..aisehh

..
 
Comment by inna_risma
2012-10-20 09:49:52

bila abg khai citer pasal langkawi nie, teringat pula masa percutian inna kat langkawi tahun 2010. awesome la langkawi nie. tp yg inna perasaan, makanan kat langkawi nie mahal la. mybe sbb tumpuan tourist kot, tu yg mahal. lagi2 kat are pantai chenang tu. tp apa2 pun, dtg langkawi memang best.

..
 
Comment by Omar
2012-10-20 17:10:10

Dah seminggu cover event, confirm berbelang. Haha. Nicelah prinsip yang Khai gunakan. By the way, macam ada something wrong dengan perenggan ke-empat tu. :8

..
 
Comment by Fazreen
2012-10-21 13:44:02

nasib baik lah langkawi tu kat kedah tak ada la aku jeles sangat. Lepas ni singapore pulak ye dak

..
 
Comment by Lawrence Vision
2012-10-21 13:53:08

Tak pernah pergi lagi langkawi ni, kalau ada peluang nanti rasa macam nak pergi je

..
 
Comment by Iza
2012-10-22 03:15:02

Baca entry ni, buat saya rindu pada Langkawi. Perlu plan untuk datang ke sana lagi nampaknya..hehe. Masa study dekat sana dulu, saya pernah naik cable car pada hari openingnya, naik free hehe tapi waktu tu belum siap sepenuhnya. Kena pergi lagi ni. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Syed
2012-10-23 13:14:22

pergi langkawi 3 thn lepas, tapi tak dapat naik cable car. Masa tu angin kuat. :o: Tapi mmg best lah. Hugo Boss satu!! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by AzharZailan
2012-10-24 09:36:48

Salam..khai,nk tnye laa…kalau nak minta kerja,anta resume dgn video?.emm tak brape buat video la..tapi tugas2 management tau laa sikit2…bleh ke?

..
Comment by Khai
2012-11-08 03:19:19

Boleh. Hantarkan saja ya nanti kami tengok.

..
 
 
Comment by eszairy
2012-10-24 13:24:07

Lama dah x pergi langawi,sejak zaman sek menengah..kena p gk ni..

..
 
Comment by mohd firhan jasni
2012-10-29 14:17:51

sekarang ni aku duduk kat kuala perlis, hari2 boleh nampak pulau langkawi :p

..
 
2012-10-29 15:22:25

tempat yg sesuai buat bercuti ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by khairul
2012-10-31 02:43:34

sungguhla, saya pun baru balik bcuti disana.

memang sangat seronok!

..
 
Comment by zool
2012-11-08 23:55:29

Langkawi memang best untukk bercuti.. ntah bila aku nak bercuti agaknya

..
 
Comment by AD
2013-01-03 05:55:00

terigt dulu pergi langkawi, tak sempat ronda2 kat pantai chenang sbb kesuntukan masa.
dapat tgk dari jauh jer.. huhhuuu.. =(

..
 
Comment by yang
2013-01-19 00:46:42

langkawi memang the best!! lom pernah pergi tapi harap taun ni leh gi

..
 
Comment by fiena halim
2013-04-14 20:34:38

wah…dtg langkawi xbtaw pon kna… sy org langkawi ja pon…

..
Comment by Khai
2013-04-19 03:37:52

Haha. Mana ceq nak tahu.. Krew kami before pergi dah inform dah di Facebook Oh! Media. Mungkin anda x perasan kot. Kalau x boleh bawa kami ronda2 keliling Langkawi. Hehe.

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post