PRU 13 di mata aku

20130509-120138.jpg

PRU dah pun selesai. Tapi seperti apa yang dijangkakan, ianya takkan terhenti di situ sahaja. Tepat sangat jangkaan itu. Pihak A umum kemenangan lebih kurang jam 1 pagi dan tak menyabar nak angkat sumpah sebagai kerajaan baru. Siap bangkitkan isu yang pada aku agak racist untuk memecah-belahkan penyatuan kaum yang depa sendiri laungkan sebelum ini. Pihak B yang tewas pula bangkitkan isu penipuan SPR dan macam-macam hal lagi dan terus-menerus membangkitkan rasa kemarahan dalam diri rakyat Malaysia kepada kerajaan.

Malam pengumuman, jelas dapat kita lihat di kaca TV kawalan mereka, yang menang banyak pada BN dan DAP sahaja dari chart yang dipertontonkan dan diumumkan. Apa lagi tujuannya kalau bukan nak rakyat Malaysia kata “Haaa kan orang cina yang banyak menang. Sokong lagi si parti B tu!!“. Pada aku ianya telah dirancang menyebabkan kemenangan dari PAS dan KEADILAN disimpan dahulu dari diumumkan awal dan ada darinya langsung tak diumumkan pun.

20130509-120038.jpg

Bila jam dah 1 pagi, seluruh akhbar di Malaysia akan ambil apa yang sudah diumumkan memandangkan mereka perlu mencetak akhbar untuk dipasarkan ke seluruh negara. Jadi keesokan harinya, semua akhbar melaporkan DAP menang besar yang teramat besar sehingga jam 1 pagi malam tadi. Pakcik Makcik di kampung pun apa lagi, sakitlah hati mereka apabila diprovoke sebegitu rupa walhal ianya keputusan sehingga jam 1 pagi sahaja. Biarpun ya mereka kehilangan kerusi, tapi tidaklah berbatu jauh bezanya dari yang diumumkan pada malam tersebut dan di dalam akhbar keesokan harinya.

Terus terang, aku melihat keadaan politik di Malaysia amatlah teruk. Perkara paling utama yang aku nampak apabila media arus perdana di Malaysia ni yang sangat berat sebelah. Kalau TV kerajaan nak berat sebelah orang boleh faham. Tapi kalau TV swasta pun habis dikawal, tak ke menyedihkan? Perbualan dengan beberapa orang yang kerja di syarikat TV ni membuka mata aku yang memang mereka dikawal oleh kerajaan sebelum publish sebarang cerita. Jangan sesekali cari pasal. Sebelum ni aku dengar orang sampai menyampai sahaja tapi bila dah dengar sendiri dari mulut orang yang boleh aku percayai, nak kata apa lagi? Aku sendiri pernah ingin dibayar berpuluh-ribu ringgit untuk menyebarkan video lucah pemimpin dari pihak B yang tak siapa dapat buktikan ianya video betul atau fitnah. Boleh dikatakan jika media yang ada di Malaysia ini benar-benar adil, dah lama kerajaan kita bertukar tangan.

20130509-115831.jpg

Pendek kata, semua orang nampak sendiri bagaimana semua laporan di TV berat kepada pihak A sahaja. Semuanya cerita baik sahaja tentang pihak A langsung tiada keburukan dan semuanya berita buruk sahaja tentang pihak B dan langsung tiada kebaikan. Sebagai rakyat yang tidak memandang kepada sebelah pihak, aku amat kecewa bila kata-kata Nik Aziz disalah-ertikan seperti orang pihak A sembahyang tak dapat pahala dan itu yang dipaparkan setiap hari di kaca TV dan akhbar tempatan sebelum ini. Mereka hanya paparkan klip tidak habis (separuh) apa sebenarnya yang dikatakan Nik Aziz. Mereka yang celik IT sahaja yang tahu apa hal sebenar yang dimaksudkan Nik Aziz apabila video sebenar dapat ditonton tanpa sebarang kawalan di internet.

Itulah dia fitnah namanya kepada seorang ulamak yang sangat aku hormati bukan kerana dia dari parti apa, tapi since dia terlalu berpengetahuan luas tentang agama jauh lebih baik dari aku sendiri, terasa wajib untuk aku hormati orang begitu. Kalau tak mahu hormati terpulang, tapi tak perlu menyebarkan fitnah mngundang kebencian orang kepada insan sebaik itu.

190458_599827870028623_737377028_n

Rata-rata pandangan yang kita dengar pun, semuanya penuh dengan ayat “aku rasa” yang mana suka hati melabelkan orang itu dan ini mengikut apa yang dia rasa walhal dia sendiri tak tahu ianya betul atau tidak, semuanya mengikut rasa telahan hati. Mana yang dah jelas terbukti mencuri hasil balak rakyat di Sarawak sana, itu langsung didiamkan. Nak bawa ke muka pengadilan jauh sekali.

Penguasaan dan keterbukaan internet mampu menjadikan rakyat lebih bijak untuk berfikir jelas terbukti apabila PR memenangi banyak kerusi di bandar-bandar besar yang lebih berkembang dan mempunyai banyak medium lain terutamanya internet untuk mereka terokai dan hadamkan sendiri. Tidak melingkup di dalam satu dua sumber media yang berat sebelah sahaja tanpa berpeluang untuk membuat perkiraan sendiri mana yang betul dan tidak.

20130509-115943.jpg

Tidak kurang juga dengan pihak A yang apa gila memainkan soal perkauman di dalam media mainstream hari-hari. Kebangkitan kaum cina diperlihatkan sebagai racist sedangkan tiada sebab lain kebangkitan mereka dek kerana tak buta hati dengan kelopongan dan korupsi yang ada di dalam kerajaan hari ini sama macam ramai orang Melayu yang lain. Si pemimpin yang nun jauh di sana dah jelas terbukti mengambil duit rakyat dari pembalakkan pun, langsung tak di bawa ke muka keadilan. Siap menang lagi dalam PRU. Siapa yang tidak marah?

ohtidak-apa-lagi-cina-nak-2

Apapun bagi aku, samaada PRU 13 yang telah berlalu ini memang ada penipuan atau tidak, tak mengapalah itu mereka boleh jawab di akhirat nanti since kita pun tak pasti betulkah ada penipuan. Depa makan duit rakyat tanpa izin pun depa jawab nanti. Depa lupa dalam rakyat tu ada fakir miskin dan anak-anak yatim yang amat berat balasannya jika memakan harta mereka. Serahkanlah royalti yang anda simpan. Binalah kemudahan untuk rakyat Malaysia seluruhnya bukan perlu tunggu anda memerintah di sana baru anda nak bina.

Pada aku buat masa ini adalah untuk melihat kerajaan yang memerintah semula ketika ini untuk menunaikan janji-janji mereka dengan baik. Depa dah dapat pengajaran dari kebangkitan rakyat Malaysia sebelum ini, insyaAllah mereka akan tampal segala lubang-lubang yang ada biarpun bukanlah mudah kerana dah berakar-umbi pun. Cuma tolonglah jangan bangkitkan isu perkauman lagi wahai kerajaan ku. Mainkan peranan anda untuk menyatukan semula rakyat Malaysia. Laksanakan apa yang rakyat mahu. Jika tidak boleh, beritahu rakyat mengapa tidak mampu dilaksanakan biar semua faham. Tolonglah abaikan pihak kroni yang memaksa biarpun sukar. Harapnya agar mereka lakukan yang terbaik memegang amanah dari rakyat Malaysia.

Rakyat adalah BOSS, BOSS anda adalah rakyat! Tolong jaga kami dengan baik atau ucapkan selamat tinggal pada PRU yang akan datang kerana jelas mereka tidak kalah, tetapi mereka belum menang. Tolonglah laksanakan media yang adil, biarkan rakyat pilih sendiri siapa yang terbaik di mata mereka. Tolonglah hentikan politik lucah, kerana ianya hanya merosakkan mentaliti anak muda di negara ini.

Ini sekadar pandangan peribadi yang terbuku di hati ini. Maaf jika ianya tidak sekapal dengan anda kerana masing-masing punya tanggapan dan telahan sendiri untuk disuarakan. Apapun jauh disudut hati aku adalah ingin melihat rakyat Malaysia kembali bersatu untuk memajukan diri dan keluarga. Aku percaya ianya boleh dimulakan dengan diri kita sendiri juga para pemimpin untuk mengembalikan rasa sayang dan kepercayaan rakyat kepada anda dengan meninggalkan segala perkara yang mendatangkan tidak puas hati kepada rakyat.

Ditulis pada 3:20 AM 9 May '13 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,134 views | Dalam kategori: Politik | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

25 Comments »

Comment by Fazrol
2013-05-09 04:22:19

Setuju!
Kalau tv tak berat seblah,..

..
 
Comment by aizuddin
2013-05-09 05:23:57

Respek rakyat Selangor, walaupun hari2 keluar berita, siap ada lagu sendiri. Tapi tengok la, keputusannya..

Kesian sebenarnya dekat orang yg dapat berita satu pihak je, sedangkan orang di bandar boleh percaya, apa lagi orang kampung.. Renungkan..

Moga kebenaran akan muncul..insya Allah 🙂

..
 
Comment by Megat Azfar
2013-05-09 05:39:17

Tahniah Khai kerana berfikiran terbuka dan tidak menjadikan medium mainstream untuk menyatakan hujah sebelum mencari sumber alternatif.

Kalau kita tengok, PRU kali ni PR menang banyak kawasan bandar besar, yg maju, membangun dan tidak di kawasan pekan kecil.

Ini membuktikan, daya intelektual utk masyarakat berfikir itu dipengaruhi teknologi, kemajuan bandar, ICT itu sendiri. Mereka berupaya mendapat maklumat diluar daripada mainstream medias.

Bagi aku, untuk PRU akan datang, tumpukan pada pekan-pekan kecil. Pencerahan Wardina #gerrymandering perlu diambil kira. Pecahan territory atau district tidak seimbang menyebabkan PR menang dikawasan populasi yg besar, jumpah kerusi parlimen yg sedikit, tapi BN banyak menang dikawasan populasi rendah dengan bilangan kerusi yg banyak.

..
 
Comment by coklat
2013-05-09 07:27:52

btul pe yg khai ckp..tgk america obama mik alih relax je bush..ni melayu islam plak xtakut dosa pahala..

..
 
Comment by azrijohan
2013-05-09 10:18:56

kan best kalau aku jadi khai, boleh menyatakan pendapat macam ni kepada orang lain tanpa ada yang butthurt -_-

..
 
Comment by Top Niaga
2013-05-09 10:29:52

tak mengapa lah . jika betul mereka menipu , tunggu lah kerajaan yang sebenar di akhirat nnt lebih adil .

..
 
Comment by iZwaN
2013-05-09 10:33:30

Tahniah khai atas ulasan anda..
Sy sememangnya setuju dgn anda.. =)

..
 
Comment by Jannah
2013-05-09 10:48:21

Assalamualaikum.

Bismillah.
Khai anda adil & jujur. Terima kasih Ya Allah krn kurniakan kami sahabat yg jujur seperti Khai utk lantang bersuara menyatakan pendirian yg begitu jelas & benar. Benarlah sesungguhnya Allah ada bersama dgn org yg jujur & amanah. Alhamdulillah.

Khai, minta tolong utk sedarkan kaum melayu yg rasis, mereka tak boleh terima kemenangan byk kerusi DAP skrg. Ramai melayu rasis x senang duduk, takut dan risau krn mrk berprasangka buruk jika ramai DAP maka akan naik sorg PM dr DAP utk memerintah Malaysia dan hilanglah keistimewaan melayu. Kolot rasanya prasangka ini. Pls share your opinion.

TQ

..
 
Comment by fendy
2013-05-09 10:49:04

setuju…sy masih ingat DS najib kata nak wujudkan media yang adil. Jika adil, bagi satu TV untuk pembangkang..1 je…cukup untuk membuka mata rakyat…

Cuba la fikir, kenapa rakyat tak suka DS najib jadi pemimpin. Bukan kami tak suka BN, tapi kalau BN menggunakan cara yang baik dan elok, rasanya tiada masalah utk kami menyokong..

Tapi, guna media massa untuk mempergunakan rakyat sampai ibu dan ayah saya sendiri percaya 100% ayat TV3…

Menyedihkan…

..
 
Comment by Melayu
2013-05-09 11:10:36

Tulisan awak juga akan dipertanggungjawab di akhirat nanti jika ia adalah fitnah. Sebaiknya pihak yang kalah tu terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka… Muhasabah diri

..
 
Comment by puteri
2013-05-09 16:39:15

setuju dgn khai..sbb kami sama2 bwk forte.. :p

..
 
Comment by Akuro San
2013-05-09 16:52:07

neutral~ ulasan yg menarik…

..
 
Comment by ShibliVision
2013-05-09 19:47:05

Apa yg fitnahnya? At least tak tuduh org liwat/seks/zina.

..
 
Comment by ShahWC
2013-05-10 02:42:25

nice opinion drpd Khai! aku setuju. Media yang berat sebelah mnyebabkan mereka masih lagi bertapak. Next GE InsyaAllah kebenaran akan terbongkar.

..
 
Comment by airaniez
2013-05-11 04:03:40

Alhamdulillah..baguslah orang muda mcm Khai & berpengaruh kat dunia maya ni bagi pendapat macam ni…ni barulah orang yang bijak mengkaji sebelum bersuara…Oh Media kena banyak nasihat2 orang2 yang mengamalkan budaya perkauman yang melampau.Kadang2 kesian kawan2 dr bangsa yang lain…Mungkin boleh suggest buat pertandingan ambil gambar & tulis entri pasal “sahabat baik sy dr pelbagai kaum ke?” huhu

..
 
Comment by ZZ
2013-05-11 11:11:51

aku suka org yang sampaikn pendapat dengan menggunakan hujah yang bernas. 🙂 tak kira sape pun yang menang, negara kita perlukan pembangkang untuk check and balance sistem kerajaan..

..
 
Comment by kris
2013-05-19 01:26:11

actually comment u ade sket bias kpd kerajaan pembangkang..my personal opinion.. penguasaan media..well, tu mmg betul..pape pun media mmg alat propaganda kerajaan..kat mane2 lokasi atas muka bumi ni pun.. n pasal isu racist i personally think..kerajaan meluahkan rasa kecewa atas sokongan masyarakat cina yg kebanyakannya berpaling tadah.. n setakat yang saya tahu.. DAP = PAP = komunis.. jangan membuta sokong.. fahami sejarah penubuhan parti tu dulu.. cara terbaik untuk hidup adalah dengan memahami sejarah..

..
 
Comment by Lim PekAK sIang
2013-05-19 13:37:17

Dah tiba masa kerajaan berubah,tapi jangan la jadi sperti Ayam Menang, Kampung Tergadai.

Pru13 kali ne sy neautral. Sebab jelas ada keburukan dr kerajaan memerintah. Tp tak bmakna sy redha jika pakatan yang memerintah jika meraka yang menang negeri sy. Pas perjuangkan islam sy tahu,sy sokong. Tapi sy reject bulat 2 dap=komunis yg terang2 musuh kita. Kenapa!

*Sebagai orang melayu,sy tidak ingin melayu hilang spt di singapura.
*Penjajahan cina paling jelas terang di dpan mata anda,kenapa populasi meraka banyak di negeri2 ini-penang,selangor,johor. Fikirlah utk 20 tahun akan datang. Malaysia akan berpecah sekiranya kita org melayu masih menikam bahu menanggung beban mengingatkan org2 cina
berjasa dan membiarkan meraka menguasai tampuk pemerintahan malaysia. Mrk tidak lain hanya ingin melihat kejatuhan org melayu dan menikmati kekayaan malaysia utk kaum mrk shj. Berpijaklah pd dunia yg nyata.

Kita tidak mungkin mengusir meraka keluar dri malaysia,buktikan kpd warisan yg akan dtg anda tidak lemah,melayu tidak lemah. Kita mampu hidup dengan atau tidak tanpa orang2 cina.

Adanya org2 cina disini hanyalah satu kelebihan urk kegigihan mrk berkerja,keburukan org2 cina iaitu ketamakan & kesinisan yg meraka miliki hanya akan menimbulkan keresahan kpd semua penduduk malaysia selain org2 cina.

Andainya benar org2 melayu ne keturunan yg mistik . Aku sumpah setiap bangunan ciptaan org2 cina malaysia dan singapura akan bergegar dan menyembah bumi,tanah2 org melayu yg meraka miliki akan memberikan meraka penyakit sifilis dan aids utk 7keturunan mrk,rumah2 mrk akan bergegar sehingga runtuh . Pulanglah ke negeri china tmpat moyang anda bersama harta anda,anda akan selamat disana dr sumphan ini.

..
 
Comment by tomas teo
2013-05-26 06:26:42

Baca dan renungkanlah PERSPEKTIF Peminpin PAS dan insafi diri akan situasi benar!!
NEWS FROM MALAYSIAN INSIDER:Menurut Mursyidul Am PAS itu lagi, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. turut menyelar Umno yang dikatakan gagal mewujudkan demokrasi sebenar di Malaysia.
“Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh Umno.
“Ketelusan di dalam pilihan raya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia,” katanya.
Menurut Nik Aziz lagi, beliau bukanlah bersikap anti Melayu akan tetapi anti kepada tindakan hipokrit Umno melakukan penindasan kepada Melayu Kelantan selama berdekad-dekas semenjak negeri itu mula diperintah oleh PAS pada tahun 1990.
“Dalam nampak bersungguh membela Melayu, Melayu Kelantan ditindas lebih dua dekad hanya kerana memilih PAS di dalam pilihanraya.
“Royalti dinafikan, projek lebuhraya dicabut, peruntukan perumahan entah kemana dan banyak lagi senarai kezaliman Umno kepada Melayu Kelantan,” kata bekas menteri besar Kelantan itu.
Salam kesejahteraan negaraku Malaysia!

..
 
Comment by tomidakarteo
2013-05-26 06:35:57

Salaam semua, aku seorang anak bangsa Malaysia, keturunan kaum cina…dan aku ingin kongsi ini kerana aku sgt mengkagumi terhadap hemat seorang membuat post diMSN dgn nama pena Salam Muafakat. Aku ingati pendiriannya dibentuk keagungan agama Islam dan menunjukkan keunggulan Allah SubahanuWataalah.
•Salam Muafakat • 2 hours 27 minutes ago from MSN post
ALLAH sayang semua manusia…tidak kira dia Islam atau tidak….Kalau ALLAH dikatakan sayang satu kaum dan satu agama sahaja…..maka senarionya hanya UMAT ISLAM sahaja yang akan menjadi kaya dan sejahtera di dunia ini…..orang lain selain Islam akan semua sengsara…tetapi REALITI nya bukan begitu…..so …..kalau kita asyik melihat sesama manusia warna kulitnya serta agamanya…..kita memperlekehkan kebesaran ALLAH yang menciptakan manusia dalam kepelbagaian ras dan agama….Jadikan lah hasrat 1Malaysia itu sebagai satu realiti…bukan sekadar retorik sahaja…..

..
 
Comment by azman
2013-06-04 02:12:37

Terima kasih tuan… informasi yang sangat bagus… teruskan share ilmu nya ya…

..
 
Comment by Ahma Yusdi
2013-06-12 03:48:52

Setuju dengan pandangan admin…

..
 
Comment by PasPisPus
2013-06-28 07:26:25

Erk, aku tahu la kau macai Khai.
Asal buruk dekat PR semuanya FITNAH. Asal buruk dekat BN itu semuanya betul. Hebat pemikiran orang PR ni… kah3x

Gajah depan mata kata fitnah, semut yang beribu kilometer jauh katanya realiti.

Pelik2 macai PR ni.

..
Comment by Khai
2013-07-16 04:29:50

Saya berbicara guna fakta, dan anda berbicara guna lutut.

..
 
 
Comment by adminDR
2013-09-30 23:17:48

isu perkauman takkan abes. nak xnak negara dibentuk dgn 3kaum besar cina, india, melayu. Ada saja sikit xpuas hati orang akan banhkitkan kaum, yang penting kawalannya. Dan Melayu paling xpandai nak kawal sebab duk gaduh sama sendiri. Melihat suasana pru13 aku cuba test programmingku buat web http://debatremaja.com.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post