Baju Raya?

justkhai-hari-raya-2

Bulan Ramadhan tahun ni lain macam sikit untuk aku. Iyelah buat pertama kali dapat bersahur berdua dan berbuka berdua suami isteri. Alahai indahnya hidup bila difikirkan. Heehee. Kadang-kadang kita kejut dia, dan kadang-kadang dia pula kejut kita. Kadang-kadang dua-dua bangun lepas azan subuh. LOL! Dulu kalau bukan dengan member, kadang-kadang berbuka pun seorang-sorang apalagi bila bersahur. Sedih rasa hati. Perut yang lapar pun jadi kenyang sebab hilang terus selera makan.

Raya tahun ni tentulah lagi menarik sebab selama ni dalam family, Khai je yang tak ada pasangan lagi dalam 6 beradik kami. Lain semua dah kahwin (4 akak 1 abang). Bila ambil gambar family tu memang tak balance sebab ada sorang budak ni forever-alone sorang-sorang je tak ada orang kat sebelah dia sudi jadi pasangan. Jadi tahun ni mestilah best lagi sebab kekosongan telah diisi dengan begitu sempurna. Terasa dia amat champion. Cewah!

Raya tahun ni juga si dia request nak tema warna biru putih. Dah macam warna tema Barisan Nasional daa. Si dia cakap suruh pakai samping masa nikah hari tu. Jadi hanya perlu beli baju ajelah nanti. Sebenarnya Khai ni bila raya langsung tak pernah kisah pasal baju raya baru apalagi sibuk pasal warna tema segala ni. Kalau elok lagi baju raya 2 3 tahun lepas, itulah yang disarungkan bila raya sebab memang jenis malas betul nak shopping cari baju raya ni.

Mungkin kerana dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan langsung tak punya sikap meminta-minta. Apa yang ada, itu yang dipakai sejak dulu. Tapi tahun ni atas permintaan yang istimewa dan aidilfitri yang lebih isterimewa, tak apalah dan ok juga tu sebab baju raya 3 tahun lepas dah agak ketat. Biasalah baru lepas menikah badan naik sebab bahagia dan cukup makan kononnya. Hahaha!

Kalau ikutkan pun baju raya ni, Khai akan pakai pagi raya aje. Lepas balik solat sunat Aidilfitri dan bergambar kenangan bersama family, terus salin Tshirt biasa. Teringat lagi mak selalu pesan tak rasa beraya la kalau tak pakai baju melayu tu. Tapi entah bila dah besar ni nak beraya apa sangat je kan? Hahaha.

justkhai-hari-raya-1

Apapun dikesempatan ni awal-awal nak minta maaf pada sesiapa yang pernah terkesan dihatinya akan tutur-kata saya, perbuatan saya atau apa sahaja yang dirasakan ianya berpunca dari kesilapan saya. Ialah tentu banyak yang terlebih dan terkurang. Sesungguhnya kita ni manusia yang tak boleh lari dari kesilapan. Cuma memang sentiasa cuba minimize perkara-perkara macam ni tapi apakan daya kadang-kala kita tak perasan orang lain berkecil-hati dengan kita. Kalau boleh dengan semua orang kita nak berkawan, dengan semua orang kita nak berbaik-baik dan dengan semua orang juga, kita tak mahu lukakan.

Moga Aidilfitri tahun ini memberikan 1001 makna kepada anda semua juga. Jaga diri dan jangan mengada-ngada main mercun nanti hilang jari tak bermakna plak internet ni untuk korang sebab susah nak menaip. Sia-sia aje kan? Hehe. Hati-hatilah memandu bila nak pulang ke kampung tu ya? Tahun ni Khai beraya dulu di Negeri Sembilan dan hari raya ke-3 akan ke rumah mentua di Kelantan. Kalau boleh balik awal, baliklah awal sikit. Selain dari dapat membantu apa yang patut kat kampung tu, dapat juga mengelak kesesakan atas jalanraya Malaysia yang tak best ni.

Oklah, till then insyaAllah.

P/s – Teringin nak pakai baju melayu Johor macam gambar adik kat atas tu sejak kecil lagi tapi tak pernah tercapai sebab mak tak kasi. Katanya tak payah mengada-ngada nak jadi orang Johor (padahal saya memang lahir kat Johor tu. Haha). Tahun ni kalau jumpa, gerenti angkat satu.

Ditulis pada 8:11 PM 28 July '13 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,700 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

18 Comments »

Comment by Azrulampard
2013-07-28 21:22:07

Macam aku lah kau ni. 4 akak 1 abang. Lahir Johor. Duduk N9. Lol

..
 
Comment by Anuar
2013-07-29 00:03:54

Saya pun suka pakai baju Melayu Johor… Tapi pernah pakai sekali jer, lepas tu tak pernah pakai lagi…. Baju Melayu Johor simple, tentu ramai orang suka memakainya…

..
 
Comment by Sylarius
2013-07-29 01:53:49

Tahniah Khai sebab dah kahwin. Baru aku tau ko dah kahwin. Selamat Pengantin Baru! ๐Ÿ™‚

Aku percaya, bukan takat tahun ni je ko akan ‘terpaksa’ beli baju raya. Bahkan, raya tahun depan pun berkemungkinan ko akan beli jugak baju raya baru. Macam tahun ni ikut tema kaler biru Barisan Nasional, maybe tahun depan ko akan beli baju ikut tema kaler hijau Pas pulak misalnya.

Hahahaha.

..
 
Comment by Sylarius
2013-07-29 01:57:33

Tahniah Khai sebab dah kahwin! Aku baru tau yang ko dah kahwin. Selamat pengantin baru! ๐Ÿ™‚

Aku percaya bukan takat tahun ni je ko ‘terpaksa’ beli baju raya ikut saranan wife. Bahkan raya tahun depan pun ko akan beli baju raya baru.

Hehehe

..
 
Comment by Riduan
2013-07-29 04:37:59

Tahun depan kena tambah satu baju raya lg lah kot.. Hikhik..

..
 
Comment by Adha
2013-07-29 17:51:20

aku pon pakai baju raya 2 tahun lepas kot tahun ni. biasa lah. student bujang tarang tang tang haha.

..
 
Comment by azrijohan
2013-07-29 19:14:00

baju melayu johor, leher teluk belanga

..
 
Comment by titan
2013-07-29 23:02:43

angkat ajelah baju melayu johor tu. baru JDT sikitt..haha

..
 
Comment by Man
2013-07-30 08:32:16

orang Johor panggil baju kurung.

..
 
Comment by fahmimustakim
2013-07-30 12:14:33

best kawin dah berdua,beli baju raya pun dh bertema, balik kg pun bawa kia, selamat hari raya ๐Ÿ˜‰ hehe

..
 
Comment by wazy
2013-07-31 08:47:53

Ada rezeki mana tahu la kan,dapat beraya pakai baju teluk belanga tu

..
 
Comment by Azman Ismail
2013-07-31 16:39:28

Sapa2 yg cukup umur eloklah nikah cepat2….rugi woo hahaha…

..
 
Comment by Fazrol
2013-07-31 21:16:07

Khai!
Duit raya… ha ha…

..
 
Comment by adarain
2013-08-01 03:49:41

dah kahwin ni lain…semoga berbahagia sehingga ke akhirnya…aku pula tak berapa gemar dengan baju teluk belanga..

..
 
Comment by cheq syira
2013-08-04 12:05:16

selamat hari raye..
happy je bace blog di atas.
raye nanti nak duit raye oke..

..
 
Comment by IzwanIsaac
2013-08-08 11:16:36

Aku raya tahun ni ala-ala Pakistan je…pakai jubah ada hoodie…hehehe

..
 
Comment by ejardkethot
2013-08-10 03:52:45

huhuhu.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat khai dan isteri tercinta ~ …

sonok bca khai bahagia..kita pon
turut terasa dia pnya bhagia XD .
apa apa pon smoga success selalu..
waiting for khai jr plak nih..hohoho

..
 
Comment by ahmad ijat
2013-09-01 07:46:19

Bersiap sedialah utk terpaksa memakai baju baru setiap kali raya dan mengikut tema warna yang telah ditetapkan. Hehe

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post