Media Sosial Bukan Milik Kita, Tapi…

56 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

24 jam sebelum ke Bali jadi rasa nak menulis dulu di Justkhai ni. Ok macam ni, bila korang terlalu aktif menjalankan media sosial (dari sudut bisnes bukan main suka-suka), pernah tak terfikir yang itu semua bukan milik kita? Apa yang kita cipta kat sana, bila-bila pun boleh hilang. Bila-bila pun boleh kena ban, zuppp hilang terus dari radar. Menangis kat bucu katil. Huhu. Berlainan dengan website atau blog, apa yang kita kongsikan, semua milik kita sepenuhnya. Kita ada kebebasan untuk menulis apa sahaja, berkongsi apa sahaja, dan tak perlu nak takut apa-apa. Nak buat carian pun lebih mudah. Itulah sebuah rasa kebebasan yang pernah kita kecapi dulu.

Tapi ramai yang tak sedar betapa pentingnya sebuah blog dan website. Sebesar mana kita cipta jenama kita di sosial media, akhirnya kita sebenarnya tetap menumpang “dalam rumah” orang lain. Kau ada 100 juta followers di TikTok sekalipun, sampai masa kalau akaun nak kena ban/hack, hilang segalanya. Kau ada Facebook Pages sampai 10 juta likes pun, kalau Facebook nak buang pages kau tu sekelip mata juga akan hilang. Kena flag 3 kali pun dah bye!

Sebab itu, kita kena ada “rumah sendiri”. Apa tu rumah sendiri? Mestilah domain dan hosting yang mewujudkan sebuah website sebagai rumah kita sendiri. Bila rumah sendiri, tak ada sesiapa yang lebih berhak melainkan kita sebagai empunya. Macam blog ni juga, cukup untuk buat backup sebulan sekali. Kalau ditakdirkan hilang sekalipun, kita ada backup. Kalau syarikat hosting tak best, kita boleh tukar hosting lain pada bila-bila masa yang kita suka.

Kalau ikut pengalaman Khai sendiri dari sudut perniagaan, sosial media kita ada berjuta pengikut sekalipun, itu sebenarnya akan jadi aspek ke-2 bila sampai masa kita nak lepaskan segalanya. Itu semua. bakal jadi sokongan sahaja. Apa yang pertama dilihat dahulu adalah website kita. Dah berapa lama wujud, berapa banyak pageviews, unique visitor, dan banyak lagi. Akhirnya harga branding kita ditentukan melalui data pada website kerana logiknya, itu sahaja yang hak kita semutlaknya.

Itu sebab kalau selama ni bila Khai jumpa adik-adik yang bergiat dengan media sosial ni, kalau diorang tanya macamana nak mantapkan lagi apa yang dah sedia ada jawapannya adalah selain perlu daftar brand kat SSM, MYIPO & buka akaun bank syarikat, kalau boleh buat dulu website khas untuk jenama kau sendiri. Kalau tak tahu nak buat website apa, nak tepek muka kau besar-besar untuk sementara pun takpelah asalkan dah ada rekod bila domain tu wujud.

Faham kan apa yang nak disampaikan? Dulu tak ada sesiapapun pernah beritahu Khai pasal ni makanya pengalamanlah yang telah mengajar. Untuk korang yang dah baca sampai sini dan berada dalam liga yang sama, sekarang korang tahu la kan apa yang perlu dibuat? Hehe.

Ditulis pada 2:38 pm 31 July '22 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 56 views
Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post