Ada Apa Dengan Penjara Pudu

penjara-pudu-1

Penjara Pudu. Hurm, rasanya siapa yang tak pernah tahu kewujudan Penjara Pudu ni, korang memang bukan rakyat Malaysia (syuh syuh). Dulu masa Khai kecik (5 ke 6 tahun macam tu), selalu teruja bila lalu sebelah Penjara Pudu ni. Time tu lukisan kat tembok dia cantik lagi sebab terjaga. Nak nengok dalam memang tak dapat la, tapi teruja dengan lukisan pemandangan sepanjang tembok penjara tu. Memang sangat cantik dan menarik. Tapi lagi teruja bila dah besar sikit, baru tahu yang lukisan tu dilukis oleh banduan-banduan yang pernah menghuni penjara tersebut. Tembok (mural) sepanjang 384 meter tu (terpanjang di dunia) diorang lukis menggunakan 2,000 liter cat! Hebat kan diorang. Korang boleh buat? Hehe.

So baru-baru ni heboh yang Penjara Pudu ni akan dirobohkan dan kini dah pun dirobohkan sikit demi sedikit. Serious rasa sedih tu memang ada sebab tempat tu banyak kenangan untuk ramai orang dan diri Khai sendiri. Bukanlah bermaksud kenangan pernah menghuni kat dalam dia, tapi Penjara Pudu ni memang ada sentimental value dia, biarpun ia hanya sebuah penjara (tempat orang jahat). Kisah hantu dia pun ada sebab ada 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati kat sini. Woot!!

penjara-pudu-2

So malam tadi dalam pukul 4 pagi macam tu, lepas habis layan Argentina VS Greece kat Dataran Merdeka (yay! Argentina menang!), terus pergi buat lawatan sambil belajar menggedik kat Penjara Pudu jap nak nengok keadaan terkini dia. Dari pintu utama penjara tu, tembok sebelah kiri memang dah habis dimusnahkan. Tembok belah kanan, sedang manangis mengenang nasib beberapa hari lagi.

Terkilan memang tak hengat. Sebab apa? Time penjara ni dibuka untuk umum dulu, tak nak pulak pergi. Dah nak roboh, baru nak sibuk-sibuk nengok. Anak harun betul. Hehehe. Nasib boleh catch-up balik sejarah Penjara Pudu ni di website Jabatan Penjara Malaysia.

Beberapa gambar yang sempat di’snap malam tadi menggunakan my little bitchy, Miss Satio.

penjara-pudu-3

penjara-pudu-4

penjara-pudu-5

penjara-pudu-6

penjara-pudu-7

penjara-pudu-8

Well, tertarik dengan respon dari seorang pembaca Oh! Tidak bernama “Low Profile” yang memang ada betulnya.

penjara pudu ada lah satu sejarah..bukan sejarah sbb family aku pernah masuk sana..tp sejarah sbb dia banggunan yang lama..penjara tertua..tembok terpanjang…korg bayang kan suatu hari nnt (masa depan)..KLCC menara tertinggi di roboh kan..kabel car (Langkawi) terpanjang / tertinggi dimusnah kan..Menara condong (menara paling unik) di hancur kan..apa perasaan korg???..adakah korg akan setuju dengan semua tindakan tuh??…

TAPI…
dia roboh kan bersebab…sbb x nak kasi jalan jem..kira untuk rakyat jugak la..jd, dorg TERPAKSA roboh kan demi kesenangan rakyat sendiri…soo aku terpaksa terima benda nih..apa guna nya, ada banggunan bersejarah, tp rakyat sengsara..xguna jugak..rakyat mesti di utama kan…

Ye lah, kata 1 Malaysia kan? Pergi Google balik apa dia punya slogan. Hehe. Oh ya, dia bukan roboh sebab nak luaskan jalan je, tapi nak buat jalan bawah tanah dan nak bangunkan tapak segi tiga emas tersebut menjadi tapak komersil. Jadi buat Penjara Pudu, selamat tinggal. Untuk roh-roh yang tidak tenteram di sana (jika ada), korang boleh pergi pindah kat Times Square pulak (sebelah je pun, jalan la kaki sket!). Jangan pindah kat rumah aku sudaaa… Teehee!

– Khai 23 June 2010, 7:55 pagi.

Ditulis pada 7:51 AM 23 June '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 818 views | Dalam kategori: Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

62 Comments »

Comment by nyetok
2010-06-23 07:56:46

Selamat tinggal penjara pudu.. pasni otw nk gi lowyat aku xkan nmpak penjara pudu dah

..
 
Comment by hudromel
2010-06-23 07:59:57

Aku komen ni pun sebab aku nampak baru je khai post , 7.55 . my FIRST comment . Selalu jadi silent reader jer .

..
 
Comment by ad_hoc
2010-06-23 08:05:28

terbayang2 dah..bila shopping complex baru dibina, ada antu x? teruk r pak guard2 yg keje kat c2 nanti ek
(ha ha haaa) belum apa2 dah pk yg ngarut2!) 😆

..
 
Comment by blowie
2010-06-23 08:07:55

penjara pudu tu time bukak utk umum, ade banyak kes. ada yang masuk tak jumpa jalan keluar, ada yang keluar tp prangai jd tak betul 8)

..
 
Comment by tongkatali
2010-06-23 08:13:20

Kecoh juga ya pasal Penjara Pudu ni…ada sentimental value…historical value bla…bla…bla…entahlah. Bagi aku elok juga dirobohkan dan bina benda lain…ia hanya sekadar PENJARA…tak elok dikekalkan di situ…tapi kan…nak buat apa di situ ya…tak “berhantu” ke ? 😉

..
 
Comment by Boss
2010-06-23 08:18:01

Aku google cari pasal penjara pudu alih2 jumpa artikel awang adek bagi penerangan. umph. secara automatik teringat judi, teringat BN, teringat kroni…

..
 
Comment by en_me
2010-06-23 08:19:42

1st time tengok gambar pudujail dari atas ghitewww.. uhuhu

..
 
Comment by Khai
2010-06-23 08:25:29

@boss – erm no komen.. lihat sekeliling kita, semuanya adalah kroni.. even nak apply kerja gomen pun, kena ada kabel.. kalau ada tender, cari kroni.. well said…

..
 
Comment by miss madiey
2010-06-23 08:29:29

ad_hoc: bahahha.. aku pown pk yank sme..
mesti ade hantu nnti….

..
 
Comment by Hidup Sihat
2010-06-23 08:35:31

Penjara Pudu tak patut dirobohkan.

‘Meluaskan jalan’ hanya alasan mengabui mata rakyat. Lepas tu nak buat shopping complex pulak. Jalan lagi jem ade la kan?
:[

Artikel menarik boleh dirujuk: http://basuhbaju.blogspot.com/2010/06/penjara-pudu-roboh.html

..
 
Comment by Lynn
2010-06-23 08:35:46

Haha,ak pn 1st time tgk gmba penjara tu dr ats..mmg mnarik..cam skolah asrama pn ade,tp lg cun.. 🙂

..
 
Comment by aizuddin
2010-06-23 08:40:07

jangan roh-roh tu cari rumah baru sudah 🙂

..
 
Comment by jebat durhaka
2010-06-23 09:03:17

aq bagus r dy runtuhkan untuk kesenangan rakyat malaysia jgk..nk tak nak kite kne pandang ke depan dan pikir positif 🙂

..
 
Comment by jebat durhaka
2010-06-23 09:05:10

but pasal roh-roh hantu tu nanti dieorang cari la rumah-rumah yang berdekatan untuk tumpang hehehe kisian dieorang.. 🙂

..
 
Comment by oldtrafford
2010-06-23 09:27:50

aik bila masa pulak Chile sekali kumpulan dengan Argentina..tak silap lwn ngan Greece smlam..

..
 
Comment by safwan yg cool
2010-06-23 09:42:20

ak rs roh2x tu pindah nail lrt hang tuah kot….huhu…pindah penjara kajang plak

..
 
Comment by sheedajelita
2010-06-23 10:20:54

selamat tinggal penjara pudu tyme ade xde plak perasaan nk amik gmbr huu sedeynyee~~ =(

..
 
Comment by paeh
2010-06-23 10:52:40

hahaha. aku rasa tenteram je roh2 dorang… TS kat sebelah. shopping je la kejenya…. miahahaha. silap2 dorang buka pusat komersial sendiri di alam gahib nun. ngeeee

..
 
Comment by Anarm
2010-06-23 11:21:36

btol ke tanak bagi jem? ntah2 makin bertambah jem..

..
 
Comment by eyra
2010-06-23 12:31:37

my mum tak pernah jalan kaki mcm i dari hang tuah ke TS *hobi anak dia setiap hari isnin* tapi semalm dia yg sedih gila tgk TV1. my mum said; “tinggal kan lah pintu gerbang tu tak boleh ke? bagi kenagan sikit” i jawab, tak boleh. cmne nak besarkan jalan? terus dia sedih T___T

lepas ni dah takde makna la nak rasa seram sepanjang perjalanan i dari hang tuah ke TS. tskkk

*kalau jem jugak lepas ni, i sekeh kepala sapa yg buat jalan*

..
 
Comment by imabiz
2010-06-23 13:25:44

imabiz kalau lalu sebelah penjara pudu.. mcm seram je… huhu..

..
 
Comment by Sy8
2010-06-23 13:37:03

rugi siot..aku x pnah g pnjara pudu..

..
 
Comment by Sy8
2010-06-23 13:43:36

nak tye ni..bhagian tembok je dia robohkan kan? bgunan x roboh?

..
 
Comment by Kereta Buroks
2010-06-23 13:45:39

Malaysia nie semua benda nak roboh sblm nie flat bersejarah kat kl flat pekeliling dah roboh skrg penjara plak. Next projek perobohan plak tu haaa airport sg besi. Tunggu masa aje tu.
Apa plak lepas tu Kg Baruuuuu????

..
 
Comment by cinta.com
2010-06-23 14:03:01

Apsal x roobohkan je A Famousa?..hahaha… sakit hati betul.. negara lain pun maju gak.. tp xlah sampai nak robohkan sana sini bangunan bersejarah..

..
 
Comment by Meow
2010-06-23 14:25:48

tak pernah pun pergi sana…jadi tak tahu apa…huhu 🙂

..
 
Comment by din
2010-06-23 14:36:26

samela..xpenah pegi..tahu gtu2 je..hahaha.. 8)

..
 
Comment by Khai
2010-06-23 14:48:46

@sy8 – semuanya akan dirobohkan secara berperingkat..

@kereta buroks – itulah.. kg baru menanti masa je untuk dimusnahkan.. ilanglah warisan tempat2 makan best kat situ.. bila dah membangun, harga semua x sama dah macam harga “kampung”.. hehe..

..
 
Comment by arnamee
2010-06-23 19:04:52

pernah masuk sane time dibenarkan masuk, sedih:(

..
 
Comment by Nasrulz
2010-06-23 20:11:38

huhu..sedih nye..,time diorang robohkan tembok tu aku ada kat situ..,time tu memang ramai giler org kat situ..,aku jumpa pemenang Top Host Tv3 dan pemenang tempat keduanya,Ally Iskandar pun ada..,wartawan 8tv,ntv7,rtm,astro..bla bla..hero citer Kapten Kit Tv3(yg nama kassim tu)..,dan aku juga jumpa Juliana Evans ngah bergambar kat tepi tembok tu..ehhh..dah lari topik plak..hehe
klu la aku bawa lori,kumpul semua camera time tu..,penuh rasanya..,sbb ramai giler org..hehe

memang ramai yg xstuju penjara nie dirobohkan..,namun terpaksa akur jea la dgn kehendak kemodenan..itu lah lumrah dunia..,nak cakap lebih2 pun cam sia2 jea..,bukannya menteri2 tu nak dngar cakap kita nie..

Anway..,penjara pudu..,i will miss u nanti..bila naik monorail kat hang tuah ke bukit bintang,takkan nampak lagi nanti penjara pudu..huhuhu

shedihhhhh..huwaaaa

ps:aku ada amik serpihan tembok penjara pudu tu.,harap xde ape..kpd antoo2 kat situ..,Peace No War ok..:P

..
 
Comment by muddbean
2010-06-23 22:07:04

agax kalau MIchael Scofield duk dalam tuh leh lobos tak? tgk penjara pudu ingat Prison Break…LOL!

..
 
Comment by adha
2010-06-23 23:08:21

agaknye ‘hantu’ penjara pudu tu x memberontak ke..xpun wat demonstrasi ke..protes ke..g court ke..bagi pampasan je..xkan redha camtu je kot.. 🙂 😀 🙂

..
 
Comment by anis izyan
2010-06-24 00:48:34

kenape sy tak leyh nak follow?sbb ini wordpress kah??
like this site..
just wanna follow :((

..
 
Comment by Sassy Balak
2010-06-24 04:46:48

dulu2 bile I naik monorel nk gi TS dr Hang Tuah, mesti I lalu PePu (Penjare Pudu) ni. I suke sgt, I bole byg kan penjare ni jd muzium or something. Dh la kt tgh2 kemajuan, mcm diamond in a coal gitu…

Haha, khai. xyah tunggu hantu Pepu pindah TS. Dah ade dh pon kt TS tu. Hantu Pepu pon takut nk dtg tgk “hantu” kt TS.

..
 
Comment by Eriyza
2010-06-24 10:55:03

Akhirnya bangunan pelik ni dimusnahkan juga.
Khazanah sejarah negara tu.

..
 
Comment by ivan
2010-06-24 13:46:42

aku xphm la ngn kerajaan m’sia neh,bangunan besejarah 2 pon dier nak robohkan,, walaupon tempat 2 kenangan pahit bg sesetengah org, yang paling penting usia bangunan tu lebih daripada 100 tahun maa…maner nak cari lagi bangunan yang usia 100 tahun dalam m’sia nieh untuk dijadikan bhn sejarah,patutnya kerajaan m’sia bangunkan penjara 2 untuk dijadikan tempat lawatan untuk rakyat m’sia dimasa akan datng dan cerita disebalik penjara pudu tu..ini dier kasi pecah la..!! plak..A’Famosa kt melaka tinggalan sejarah penjajah xnak plak dier robohkan..lepas nieh aper lagi yang nak dirobohkan aku pon xtau..jgn robohkan umah aku sudah..huhuhu

..
 
Comment by nick si budk kg
2010-06-24 20:45:56

tetiba je rasa sdih gle bila tahu pjara pudu nak d robohkan time elok2 dulu x g tgk pun w’pun duk dkt je….bnd ni ada udng dsebali pizza di robokan pjara pudu.. :beurk: :love: =( =( =( =(

..
 
Comment by nick si budk kg
2010-06-24 20:47:08

klo blh mintak RTM ke TV3 ke bt dokumentari bekaitan pjara pudu..

..
 
Comment by Nasrulz
2010-06-24 23:15:15

Penjara Alor Setar tahun 1893
Penjara Pudu tahun 1895..
harap xdirobohkan penjara Alor Setar
yg lebih lama dari Penjara Pudu tu..
=(

..
 
Comment by ieqa swetluv
2010-06-25 00:28:48

seram tengok.. tapi ika rasekan roh2 tu takkannya pergi dari situ..

..
 
Comment by Anwar Osman @ Computer Technicians
2010-06-25 16:59:50

Sayang la Pudu jail tu.. kalau kat Eropah mmg banyak dorang preserve bangunan2 lama.. tp nak buat mcm mana kan. Pudu Jail tu dah tua lepak plak tgh2 KL. Menghalang pembangunan plak. Lagila mmg x boleh nak simpan. Terpaksa la demi pembangunan. Kita terpaksa akur demi kemajuan bersama.

Semoga roh2 yang x lepas2 lagi x jumpa jalan pulang tu. Singgahla penjara baru, walaupun feel dia x sama dah. hehehe..

..
 
Comment by riznum
2010-06-25 19:26:33

off topic sket,

Lawak kampus baru dah keluar! lawak kampus : move on

sekian

..
 
Comment by arrizz
2010-06-27 00:14:12

penjara pudu kekal diingatan..lgi2 diingatan para bekas banduan di situ..hehe

..
 
Comment by fifi
2010-06-27 01:11:50

tpt semadi botak chin..
robin hood versi malaya..
tp xtra ganas n xtra jht..huhuhu.
so long penjare pudu…

..
 
Comment by Bukan Eciz
2010-06-27 08:24:55

erk. roh tak aman. lalalala~ nasib baik tempatku jauh.

tapi biasanya, mereka da insap sebelum mam ti. lalalala~

da taubat nasuha, kot!

jadi, roh aman. negeri aman, jalan raya aman. lalala~

erk, merapu tak hengat aku ini. :[

..
 
Comment by Bukan Eciz
2010-06-27 08:26:56

erk. saya penah masuk sini ke? smpai shoutmix kena banned. =(

..
 
Comment by Jamal Rafaie
2010-06-30 23:41:52

Saya tak pernah masuk, tau2 dah kena roboh..

..
 
Comment by Nizam Amad
2010-07-01 01:52:35

penjara oh penjara

..
 
Comment by 16571
2010-07-02 19:38:26

salam sejahtera,salam 1 malaysia semua…. pada dasar nya,mungkin juga PENJARA PUDU perlu melalui peristiwa yang kita sedia maklum kerana dasar pembagunan negara…. Tapi,di sebalik arus dasar pembagunan banyak pekara yang kita perlu korbankan…. tak akan menjadi kemuskilan jika BAGUNAN BERKEMBAR PETRONAS akan di ranapkan dan tinggal nama pada suatu ketika nanti…. di sebalik pembagunan,kita rugi dari segi pengetahuan…. saya salah seorang daripada anak BEKAS PEGAWAI PENJARA,dan tak pernah mengetahui rutin PENJARA sehingga saya bertugas JABATAN PENJARA…. Dan kini saya telah mengenali apa itu PENJARA… Pada dasarnya PENJARA mungkin BUKAN BANGUNAN WARISAN tetapi ia adalah BAGUNAN yang penuh dengan SEJARAH…. PENJARA PUDU DALAM KENANGAN….

..
 
Comment by therband
2010-07-03 11:44:25

ish..lepas ni sape2 yg minat geocaching hilang lah satu tempat kat Pudu….:)

..
 
Comment by mohdisa
2010-07-05 07:57:05

wah, ada juga untuk roh2 yg tak tenteram tu. pandai2…g time square yerk. haha

..
 
Comment by rayban wayfarer
2010-07-06 00:37:20

mesti ngeri punya klau buat tapak perumahan seram tu

..
 
Comment by syahrilhafiz
2010-07-16 22:36:38

penjara pudu..
kenangan je lah lepas ni..
huaaaaaaa

..
 
Comment by mrs jude
2010-07-20 22:58:04

…tulah the price of development..tak fhmlah..dh terllu banyak shopping cmpx kat kl ni. tak laku pun….kroni…. la punya kerja…saya pernah masuk situ cos my father kerja situ membesar pun kat seberang jalan pg sekolah bbgs jalan kaki je..mengaji kat belakang tu..tapi my father kata memang keras tempat tu…dia jumpa banyak kali…. :o:

..
 
Comment by eone
2010-10-07 12:38:45

pasni ni shoping kompleks tu punyer name mesti PENJARA MALL atau PENJARA SQUARE …hahahaha

..
 
Comment by tidak dikenali
2011-06-09 16:06:17

ermm..bole la bwat lowyat no2..hahaha :bloody: :(( :aie: 😀 :beurk: 8) :p :love: :choler: :[ :o: 😐 =( :oups: :8 🙂 😉 😉 😉 😉

..
 
Comment by tidak dikenali
2011-06-09 16:07:06

ermm..bole la bwat lowyat no2..hahaha :bloody: :(( :aie: 😀 :beurk: 8) :p :love: :choler: :[ :o: 😐 =( :oups: :8 🙂

..
 
Comment by toysdark
2011-06-10 11:45:10

kat pjr(penjara) xde hantu la….puas dh ak cari, mrata pjr dh ak g…tetap xde!!x pasti la kowt2 antu2 ni takot ngan staff..antu2 ni cume kacau ob(orang banduan) je.yang pasti ak teringin sgt nk tgk antu…….hahaha!!

..
 
Comment by banduan
2011-07-25 15:56:53

apa??? ko x pandai buat blog ker??? bahasa cam sial la….
itu penjara pudu bukan taman bunga…buat apa nak rasa sedih kalo di robohkan….. :choler: :[

..
Comment by Khai
2011-07-25 21:48:49

Lah..? Sukahati orang le nak tulis apa pun. Nak peluk cium penjara pudu ke, apa ke.. susah ke hati kau? haha.. As long tak mencarut2 mcm org x berilmu.. ngeh3..

..
 
 
Comment by spanargirl
2011-07-25 23:23:29

Aik..banduan..emosi plak…
Penah msuk ke hehe 🙂

p/s jgn mrh2,jgn gdh2 poso dh dkt 😉

..
 
Comment by qimbeek
2011-08-04 17:53:52

uhuuhuhuh…apasal di robohkan…ni lah di namakan demi kemodenan…..nak kejar kemodenan semata2 ….

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post