Aidilfitri 2007 dalam erti sebenar bagi Khai

Khai AF1 mungkin menangis melihat namanya bukan lagi di atas. Tadi, aku search “KHAI” di Google. Akhirnya kepopularitian aku menjadikan aku yang pertama menjejaskan kepopularitian Khai AF1 yang suam-suam kuku entah ke mana tu. Khai Education juga tidak sepopular aku. Hahaha. Eh, Popular ke aku?

Wohoo.. Cuti semester akhirnya menjelma lagi. Tak sabar rasanya untuk aku tamatkan sahaja lagi satu semester tahun depan kemudian terus dengan praktikal 6 bulan. Kalau ada rezeki, sambung Degree. Kalau takde rezeki tu, faham-faham aje la. Kerja! Untuk semester 4 ni, tahap kesibukkan aku dua kali ganda dari semester yang lepas. Jika semester lepas, aku sering membebel di blog menceritakan tentang assignment yang aku terima, tapi semester ini, aku lebih suka senyap dari berkata apa-apa dan pastinya, kau sendiri tahu apa yang aku rasa. Apapun, thanks God sebab semua assignment semester ini lebih banyak kepada kerja individu kecuali untuk subjek Malaysian Studies. Kalau ingin diungkit apa yang terjadi semester 2 dan 3 lalu, betul-betul mengecewakan aku. Kerja berkumpulan yang diberi, puratanya, aku seorang yang buat dan pastinya untuk semester ini, tiada lagi insan yang cuba membuktikan kepada lecturer yang dirinya rajin pada hari presentation padahal bukan buat kerja pun. Sememangnya, aku cukup tidak suka akan kerja berkumpulan di Universiti. Serius!

Dua hari lagi, Aidilfitri menjelang tiba dan lihatlah, aku masih di sini. Di hostel keramat ini. Tiada masa lagi untuk melayari internet, Counter-Strike, Need for Speed dan semua perkara yang aku suka lakukan sebelum ini sebagai hobi. Masa terluang? apa itu? Tiga hari lepas, aku telah selesai membuat presentation mengenai Final Projek untuk subjek Web Publishing. Aku dan berpuluh pelajar Creative Multimedia lain ditugaskan untuk membina sebuah Online Megazine atau lebih mudah disebut, Ezine. Syukur Alhamdulillah, web aku, proposal dan segala macam lagi mengenai tugasan itu diterima sebulat suara oleh pensyarah tanpa sebarang komen. Dalam lebih kurang 70 pelajar, hanya kerja aku seorang yang diterima dan yang lainnya, hantarlah tugasan kalian selepas raya ini. Ezine itu telah aku upload di dalam server Scukz dan kalian boleh lihat jika mahu di alamatnya, http://ezine.scukz.com. Apalah yang aku ceritakan di Ezine itu, kalian lihatlah sendiri di sana. Tugasan poster juga telah selesai, di atas tu adalah kerja aku dan Nieza. Aku design poster mengenai kemerdekaan dan nieza mengenai Festival Muzik.

Hilangnya beban Ezine dan poster dalam hidup aku, belum cukup untuk membuat aku berehat panjang di rumah selepas lebaran ini. Seminggu selepas raya, ada lagi 2 assignment yang perlu aku submit, Flash Website dan juga Photo Montage. Alamak! jejak kampus lagi! Jika dikenang akan tugasan ini, boleh kena stroke otak ini. Apapun, mungkin ini menjadi satu sejarah dalam hidup aku bila dalam kesibukkan sahabat handai berkunjung ke rumah, aku masih di depan notebook menyudahkan tugasan ini. Raya ini juga adalah raya buat pertama kali’nya aku sambut dengan Nokia N73 ini hadiah dari Kak Lea. Raya ini juga aku sambut dengan kehadiran orang baru dalam keluaga dengan kelahiran anak abang aku beberapa bulan lalu selepas hampir 10 tahun berkhawin. Raya ini juga adalah kali pertama sejak aku menjadikan Nieza sebahagian dari hidup aku. Raya ini juga adalah kali pertama aku pulang beberapa jam sebelum raya. Oh, mungkin inilah hari raya untuk orang yang semakin dewasa seperti aku. Yay, aku dah dewasa.

Dikesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Aku juga ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada kedua ibu bapa aku yang nun jauh di kampung dan 5 akak & abangku yang menyara hidup aku di perantauan ini. huhu. Kepada semua sahabat handai yang mengenali tak kiralah realiti atau sekadar fantasi di dunia Internet sahaja. Mohon maaf juga kepada segelintir komentar blog ini yang tidak mampu aku balas setiap persis komennya. Kepada yang PM di YM tapi aku sekadar buat bodoh je tu, faham-faham sahajalah, aku sibuk dan aku tidak minat membalas soalan yang kurang bijak atau ditanya dengan cara kurang di ajar. Pendek kata, Kalian 0 dan aku juga 0. Kita seri! Setuju? Tapi dia ni, tak mungkin akan aku maafkan. Sorry!

Ditulis pada 1:11 AM 11 October '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 554 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!

Eat This Google!: , ,


RSS feed | Trackback URI

18 Comments »

Comment by musnaz
2007-10-11 09:55:52

– cayalah khai scukz mengatasi khai AF, bagus!
cuba check ‘musnaz’ kat search engine, hanya saya dan musnaz.com iaitu muzium ntah kat mana ntah, ha ha….

– pergh! super sibuk betul khai ni ek? macam ni la baru dewasa, kan? hu hu

– ok lah khai, semoga sukses layan projek dan selamat hari raya aidil fitri…. kita memang 0 – 0! ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2007-10-11 13:34:42

ala.. khai dah nengok.. nama bro no 3 dalam google.. ok la tu… hihhihi

..
Comment by musnaz
2007-10-23 09:42:23

ok, memang la ok… cuma masih belum berpengaruh lagi… sapa la yang nak search ‘musnaz’ kat tenet? ha ha

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Fahmishah
2007-10-11 13:27:54

selamat hari raya khai! semoga sihat2 dan cepat kahwin..amin.haha penting tu kahwin

..
Comment by Khai
2007-10-11 13:38:54

kalau leh malam ni gak aku nak khawin.. tapi apekan daya… duit tak ada… tapi hati ingin khawin.. apa dayaku…. wohooo…. ๐Ÿ˜›

..
 
 
Comment by aie_84
2007-10-11 18:26:09

samat ari raya, moga rayer lebih bermakna ngan si ‘dier’
sajer singgah2, nice Ezine yang hang buat 2…

..
Comment by Khai
2007-10-11 20:28:43

hehehe… thanks yee…. mudah-mudahan macam tu la.. amin!! thanks komen pasal ezine tu…

..
 
 
Comment by gurl life
2007-10-11 18:57:43

uwaaa…….poster nieza xlawa….jeles nyer poster khai lg lawa…weksss

..
Comment by Khai
2007-10-11 20:29:25

bukan orang lain punye.. pakwe mithali awak jugak…

..
 
 
Comment by skycrew
2007-10-12 08:58:09

selamat hari raya untuk anda. semoga raya anda meriah ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2007-10-16 01:54:01

terima kasih..

..
 
 
Comment by pat
2007-10-12 21:19:36

slamat hari raye khai…kalo aku ade wat silap sowi ek 0-0 kan…

to nieza…aku nak mintak maaf banyak2 kat ko..selame ni mesti ko ade rase cam sakit ati ngan aku n membe2..sowi banyak2… aku n membe2 kan juz manusia biase…hope lepas ni hubungan kiter ngan membe2 jd baik cam dulu2,aku rindu sume tu…’5 happy friends’

..
Comment by Khai
2007-10-16 01:55:10

aiyaa…. selamat ari raya pat… tapi apesal la kowang asib nak salah paham je ni.. isk isk….

..
 
 
Comment by gurl life
2007-10-12 23:43:29

hehe….aku pon rindu tu pat…tp apekan daya…aku sedih….aku maafkan korang n aku pon nk mntak maaf gakz ngan ko la…….maaybe aku lg byk terwat salah ngan ko keee…..sume tu sorry k….love u all..frenz

..
Comment by Khai
2007-10-16 01:56:04

yang ni dah kenapa plak daaa…… bila masa kowang gaduh2 ni ek?

..
 
 
Comment by gurl life
2007-10-16 09:31:36

iskkk cyg niii syeeebokk je laaaa..weksss

..
 
Comment by fiffy
2007-10-16 21:23:52

selamat hari raye khai…
sori r lmbt wish raye…
xsempat nk access inet r coz ari2 sblm raye bz ngan final exam…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • MEGAT