Brands Headquarters #1

headquartest-post.gif
Harini update blog awal skit. Belum pukul 12:04 minit pun lagi. Takpe la.. semalam dah ter’update lambat so harini, tebus balik la. Ok harini Khai nak review sikit (skit je tak banyak) mengenai Headquarters (HQ) untuk beberapa jenama yang popular di dunia. Kebanyakkan dari kita selalunya hanya tahu pakai tetapi sedikit pun tidak mahu mengambil tahu dari mana barangan tersebut datang. Ada seorang kawan aku haritu, sampai bertengkar-tengkar ngan kawan dia, tahu bertengkar sebab apa? yang seorang ni cakap jenama Samsung berasal dari England dan seorang lagi cakap Samsung berasal dari Australia. Dalam hati aku terdetik, “Bengong betul.. Samsung dari Korea la Ngok!” .. sorry bahasa kasar sedikit sebab itu hanya kata-kata yang lahir dari hati aku. Bukan aku luahkan. Jadi post kali ini, aku akan menerangkan sedikit-sebanyak tentang jenama-jenama popular yang berkait rapat dengan dunia perkomputeran.

Microsoft

800px-microsoft_building_17_front_door.jpgJenama ni kalau ada yang tak kenal, boleh lah hantuk kepala tu kat dinding. Headquarters Microsoft Corporation terletak di Redmond, Washington, USA. Ditubuhkan pada 4 April, 1975. Ini adalah sebuah company yang telah mencetuskan revolusi di dunia ini dengan adanya pelbagai jenis Operation System (OS) untuk kegunaan kau. Kau membaca tulisan ini pun kerana atas jasa besar Microsoft. Antara orang yang paling penting di dalam Microsoft seperti Bill gates (Chairman), Paul Allen (Co-Founder), Steve Ballmer (CEO) & Ray Ozzie (CSA atau Chief Software Architect). Barangan industry yang dijanakan oleh Microsoft terbahagi kepada 5 kategori iaitu Computer Software, Research & developement, Computer Hardware, Publishing dan Video games (PC dan XBox). Mempunyai pekerja seramai lebih dari 73 ribu (73000) sehingga kini. Slogan Microsoft buat masa kini ialah ‘Your potention, Our passion’. Ingat, Microsoft adalah product dari USA. Tidak dilupakan, Microsoft memang dibenci ramai kerana harganya yang terlalu mahal dan kerana itulah, nama Microsoft telah diubah menjadi Micro$oft.

Red Hat

redhat.jpgHeadquarters Red Hat Inc. terletak di Raleigh, North Carolina, USA. Ditubuhkan pada tahun 1993. Tentu ada yang mungkin baru pertama kali tahu tentang brand ini. Red Hat adalah sebuah company yang banyak membina open source software (applikasi sumber terbuka). Antara yang paling terkenal ialah GNU/Linux OS dan Unix US. Antara mereka yang mentadbir Red Hat ialah Matthew Szulik (Chairman & CEO), Bob Young & Marc Ewing (2nd Founder). Red Hat hanya menumpukan sepenuhnya kepada Computer Software Industry. Mempunyai pekerja seramai lebih 2200 orang sehingga kini. Alamak! Mereka tiada slogan la. Huuuu…. biar aku cadangkan mereka satu slogan. Bagaimana kalau slogan mereka ‘cat in the hat’. Ok tak? lol..

Mozilla

mozillaheadquarters.jpgHeadquarters Mozilla Corporation terletak di Mountain View, California. Kerjasama ini ditubuhkan pada tahun 2005. Mozilla bukanlah satu jenama asing lagi bagi kita semua selaku pengguna internet seharian. Mozilla amat sinonim dengan internet browser paling kool masa kini, Firefox. Kau pakai browser ape? Internet Explorer? gile kau!! cepat tukar Firefox! Mitchell Baker (President) adalah ‘key people’ bagi syarikat ini. Antara product cam best yang telah dihasilkan lebih 60 orang pekerja mereka adalah seperti Firefox, Thunderbird, Kondom, Sunbird, Chatzilla dan macam-macam lagi. Eh, Kondom? cuba kau lihat di bawah. Ianya tipu.. hehe!!
kondomcf3.jpg

Apple

applecomputerheadquarters.jpgHeadquarters Apple Inc. terletak di 1 Infinite Loop, Cupertino, California. Ditubuhkan pada 1 April 1976, Apple kini bukanlah hanya diketahui sebagai nama buah, malahan telah begitu senonim dengan industri perkomputeran. Betul ni kau tahu Apple? Pernah makan buah yang berwarna merah & hijau tu? Itulah Apple atau dalam melayunya, buah Epal. Huhu.. itu buah, tetapi ini sebuah syarikat yang menghasilkan gadjet seperti iPod, iPhone & Apple TV. Beberapa Software yang dibangunkan mereka pula adalah QuickTime, Safari, Logik Pro dan termasuklah Operation System seperti Mac OS X “Leopard”. Key People untuk Apple Inc ialah Steve Jobs(CEO) dan Steve Wozniak (Co-Founder). Apple mempunyai 17,787 pekerja sepenuh masa dan 2,399 pekerja separuh masa.

Hewlett-Packard

hpheadquartersentrance.jpgHewlett-Packard atau nama singkatannya, HP sememangnya sangat dikenali kerana kualitinya dalam pengeluaran computer dan notebook. Headquarters mereka terletak di Palo Alto, California dan juga sebuah branch (cawangan) lagi di Israel (fcuk u israel). HP mendapat nama dari dua orang founder’nya iaitu Bill Hewlett & Dave Packard. Kini HP memang menjadi antara vendor computer yang paling terkenal di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1939 di Palo Alto, California. HP begitu aktif mengeluarkan barangan elektronik masa kini seperti Computer dan Notebook, Printers, Digital Camera, Scanner dan macam-macam lagi termasuklah Calculator. HP mempunyai 156 ribu (156000) orang pekerja dan masing-masing pastinya hafal dengan slogan HP yang pendek ini iaitu, ‘Invent’.. Heh!

Google

googleplexsouthsidesecondangle.jpgNgeee!! kalau Microsoft kau tak tahu, kau kene hantuk kepala kat dinding.. tapi kalau ini pun kau tak tahu, kau adalah jauh lebih terencat dari orang yang terencat.. kan? Headquarters Google Inc. terletak di Googleplex, Mountain View, California. Apesal la semua kat California yer? jeles betul la aku!! sapa ada awek California lebih-lebih, aku nak jadi orang sana!! AKu rasa kehadiran Google dalam dunia ni betul-betul memberi impak kepada kehidupan kita yang bergelumang dengan dunia Internet. Ianya menjadi Enjin carian No. 1 Paling popular di dunia. Orang kuat bagi Google ialah Eric E. Schmidt (CEO/Director), Sergey Brin (Co-Founder & Technology President), Larry E. Page (Co-Founder & Products President) dan juga George Reyes (CFO). Ia tidak mempunyai Slogan tetapi mempunyai 12,238 orang pekerja yang rata-ratanya tidak terencat kerana mereka tahu apa itu Google.

YahoO!

yahoo_headquarters.jpgIni website favourite aku! Ditubuhkan pada 2 Mac 1995 di Santa Clara, California. Headquarters Yahoo! Inc terletak di Sunnyvale, California, USA. Antara orang yang paling penting dalam kewujudan Yahoo! ke atas muka bumi ini ialah Jerry Yang (CEO, Chief Yahoo! and Co-founder), Susan Decker (President), Terry Semel (Chairman) dan David Filo (Chief Yahoo! dan Co-founder) Mempunyai pekerja seramai lebih 11,700 orang dan mampu berbangga dengan slogan mereka yang kreatif, ‘Do You Yahoo!?’.

Cukuplah tu. Dah hampir 3 jam aku menulis entry ni. Tahu kenapa lama? sambil menulis, sambil aku mencari maklumat. Thats mean baru sebentar tadi sudah berlaku perkongsian maklumat antara kita semua, Alhamdulillah. Tetapi ini antara beberapa jenama yang sangat popular sahaja. Banyak lagi jenama lain yang berkaitan dengan perkomputeran seperti Intell, AMD, Acer dan macam-macam lagi yang tak sempat aku nak review’kan semua. Esok aku akan menceritakan juga serba sedikit mengenai jenama (Brand) untuk handphone pula. Pasti ianya lebih menarik. Nokia? Samsung? Sony Ericsson? Tungguu..

Hari ini Nieza akan bertolak ke Kuala Lumpur dan bermalam di rumah bapa saudaranya di Cheras. Esok atau Lusa baru balik ke Hostel di Cyberjaya, semoga perjalanan dia selamat. Khai akan ke Cyberjaya esok dan insyaAllah, kalau internet OK, dapatlah Khai online macam biasa. Kalau tidak, mungkin blog ini akan aku pause’kan tanpa post untuk beberapa hari. Salamx!

Psstt: Untuk gambar yang besar, kau kena klik di gambar HQ tersebut.

Ditulis pada 3:06 AM 13 July '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 330 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

19 Comments »

Comment by Vile Dante
2007-07-13 05:15:47

aku rasa google dasyat lg….
aku ada ngk kat youtube…
xigt link..
Kat tmpat kerje tue, dia siap ade kafe, tmpat gunting rambut, gimnasium dan macam-macam lagi.

..
 
Comment by bobhandburry
2007-07-13 05:21:37

best kan kalu dpt keje kat tempat2 femes cam ni.. lagi tambah dgn environment tempat keje yg kau3 cam google and pixar.. doakan aku dpt keje ngan google weh .. wakakakak..

p/s: Umpama mimpi dalam mimpi..(Lagu)

..
 
Comment by Khai
2007-07-13 06:00:25

[Comment ID #10883 Will Be Quoted Here]

ok post updated!! letak google n yahoo! hehe…

[Comment ID #10884 Will Be Quoted Here]

isk.. ape plak mimpi… isyaAllah.. kalau kau betul2 niat camtu..

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-07-13 08:40:37

perghh! hebat giler info! cantek! hmm.. bila la HQ ni nak wujud kat malaysia pulak ek? ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by rokudaime_jr
2007-07-13 09:21:33

Erk….bagus info nih….lagi satu bro..ko lupe kot…aku tau nokia tuh asal dari finland…coz ada kuar info tuh dlm citer transformer….(btol ke apa aku dgr ek??)Hehhehehhe…

..
 
Comment by Aviator
2007-07-13 11:04:36

Sedikit clarification…

Red Hat Inc hanya mengedarkan distro Red Hat, iaitu pakej GNU/Linux + software. GNU dihasilkan oleh FSF, manakala Linux dicipta oleh Linus Torvalds. Unix yang asal tiada kaitan langsung dengan Red Hat mahupun Linux, (melainkan Linux adalah ‘implementation’ of Unix), dan pemilik sebenar copyright Unix selalu menjadi subjek kontroversi.

..
 
Comment by manchurr
2007-07-13 12:15:50

huhuh building microsoft tu mcm best je dr yg lain.. hm, 2nd google kot..

..
 
Comment by Khai
2007-07-13 13:18:39

[Comment ID #10886 Will Be Quoted Here]

tahun 2020 pon belum tentu kalau internet kita masih slow macam sekarang.. sigh*

[Comment ID #10888 Will Be Quoted Here]

yup.. nokia mmg dari findland.. aku akan tuliskan dalam entry akan datan.. Brands Headqurters No. 2

[Comment ID #10890 Will Be Quoted Here]

itu la. pening gak nak cari info yang betul.. neway thanks bro coz berkongsi dengan pembaca blog ini.

[Comment ID #10891 Will Be Quoted Here]

ngeh ngeh..!! nape takde yang HQ tinggi macam KLCC ek? kira Petronas lagi besh la.. haha

..
 
Comment by Vile Dante
2007-07-13 15:29:46

dh jumpa link video youtube…

http://www.youtube.com/watch?v=7gsvoROqfFU

tes ngk…^^

..
 
Comment by aman
2007-07-13 18:51:05

jom wat bangunan kita sendiri… ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by anonymous
2007-07-13 20:05:20

semua HQ tu ada di lembah silikon a.k.a silicon valley. rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Silicon_Valley untuk maklumat lanjut.

harap makl0ng.

..
 
Comment by Khai
2007-07-13 20:41:10

[Comment ID #10894 Will Be Quoted Here]

one word, AWESOME!!

[Comment ID #10897 Will Be Quoted Here]

oh ye ke… ok ok.. dah maklong dah.. hehe

..
 
Comment by zati
2007-07-14 13:45:50

bagus2…info yg sgt useful…leh la sy dtg sini lagi..huhu

..
 
Comment by dinokage
2007-07-15 12:59:02

waaaa!!! tarikh apple ditubihkan sma ngn ari jadi aku la.. xsgka ipod yg ayah aku bagi dulu 2, ada kena mngena ngn ari jadi aku..

..
 
Comment by shadowX_19
2007-07-15 15:31:05

hoho.. baik puyer info… bagus a ko nih..

..
 
Comment by HaRiZ
2007-07-16 14:08:31

wah…information ko memang bagus la…baru aku tau mane tempat patut aku lancarkan bom dan peluru berpandu nanti…hahahaha

..
 
Comment by fiffy
2007-07-20 20:47:34

info yg bagus…menambahkn lg pengetahuan yg sedia ade…
sume brand2 yg femes ni dtg dr california ek…
mest best klu dpt jln2 kt sane coz dpt tgk byk jenama skali kat satu tmpt…

..
 
Comment by Khai
2007-07-21 01:19:28

[Comment ID #11022 Will Be Quoted Here]

betul tu… best betul california tu ek.. patut pon sampai ada lagu.. hehe

..
 
Comment by Jacquie Mcmorran
2012-05-31 08:30:32

Thanks for these pointers. One thing I should also believe is that often credit cards providing a 0% rate of interest often attract consumers in with zero rate, instant endorsement and easy on the web balance transfers, but beware of the number one factor that will certainly void that 0% easy street annual percentage rate and to throw you out into the very poor house in no time.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post