Burger Bob yang best!

bob-burger-keramat

Tadi Khai dengan beberapa member yang lain try nak makan kat satu tempat baru ni, tapi tempat tu tutup pulak. So bila dah tak tahu nak makan kat mana, Khai suggest diorang untuk cuba satu burger yang pemes ni kat Keramat. Siapa lagi kalau bukan Burger Bob.

Burger Bob ni memang best dan memang tak jumpa kat tempat lain. Dari satu blog yang bercerita tentang kedai burger pernah Khai baca sebelum ni, dia cakap hanya ada dua stall burger sahaja yang paling best kat Malaysia ni. Kiranya dia yang memang rajin jalan-jalan cari burger paling best tu, hanya suka kepada dua burger ini sahaja. Satu di hadapan 7 Eleven, Pandan Jaya dan satu lagi di AU 5C, Keramat.

bob-burger-keramat

Ini kali kedua Khai ke Burger Bobby ni atau lebih mesra dipanggil Burger Bob. Dulu sedap, sekarang pun still sedap lagi. Dengan kedai burger dia yang dalam kawasan rumah dan amat jarang ada kereta lalu-lalang, still ramai orang yang datang. Memang ramai yang sanggup datang dari jauh untuk cuba sendiri Burger Bob ni termasuklah kitorang sendiri.

bob-burger-keramat

bob-burger-keramat

bob-burger-keramat

Kalau nengok dari si Bob yang buat burger ni, memang kita rasa yakin akan tahap kebersihannya. Orangnya juga peramah. Selama kitorang kat sana, walaupun sibuk dengan pembikinan berbiji-biji burger tempahan pelanggan dia, dia stil beramah mesra dengan kitorang yang tengah syok makan tak ingat dunia. Siap cakap kalau nak tambah sos ke, mayonis ke jangan malu-malu beritahu dia. Kool eh?

Bob ni juga bila kitorang ajak berbual dan tanya macam-macam pasal burger dia, semua dia cerita dengan penuh mesra. Hehe. Bagus Bob! Kerana itulah anda berjaya walau sekadar menjual burger. Patut menjadi contoh kepada remaja lain untuk melibatkan diri dalam perniagaan dari awal.

bob-burger-keramat

Ni number plate yang tergantung rapi betul-betul kat depan kedai dia. Khai tanya ada apa dengan number plate tu. Bob ni cakap, number tersebut ada kisah yang tersendiri buat dia. Apa ceritanya Khai tak tanya pula cuma menurut Bob, itu number plate yang membawa tuah untuk’nya.

bob-burger-keramat

Kalau korang rasa nak cuba burger ni, pergilah try sendiri kat Keramat tu. Terus cari kat Jalan AU 5C/14. Nombor rumah Bob ni nombor 3. Kalau takut sesat, bawak-bawaklah guna GPS ye? Hehe.

Khai beri 5 bintang terus untuk Burger Bob ni. Serius sedap dan memang tak pernah lagi jumpa burger sesedap ini sepanjang usia 23 tahun Khai di atas muka bumi ni. Kalau nak compare dengan burger si badut belang merah tu, lagi la bagai langit dengan bumi. Hehe.

Ok tu je nak berkongsi untuk artikel kali ni. Lama dah tak update blog ni. Maaflah kalau ada siapa-siapa yang tertunggu-tunggu artikel baru. Khai sibuk sikit ketika ini. Moga suatu hari nanti diberi kelapangan untuk sentiasa mengeluarkan idea-idea dan perkongsian bermanfaat melalui blog ini. Untuk artikel kali ini, berkongsi kedai burger pun kira bermanfaat jugaklah tu kan? Hehehe. Till then!

+ Lagi gambar dan respon pembaca di Oh! Media.

Ditulis pada 10:38 PM 21 September '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,865 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

55 Comments »

Comment by afiq aiman
2011-09-21 22:46:09

besar kot burger bob ni. sesuai la dipanggil bob hehe. nampak sedap kot

..
 
Comment by Asy
2011-09-21 22:58:54

untung brader bob ni free advertising tapi memang berbaloi. wahai sedara khai lu kat desa pandan wa kat ampang teringin rasa nak tengok muke lu depan2 ๐Ÿ™‚ bilakah kita ada peluang untuk ngeteh bersama harapan ni kot haha

..
Comment by Khai
2011-09-26 02:59:41

Aiyark! Hehe. Desa Pandan tu opis je. Rumah bukan kat Desa Pandan, Hehe. InsyaAllah ada rezeki kita katemu..

..
 
 
Comment by aku
2011-09-21 23:11:20

pe kata post skali google maps , takyah lee sme org nak kne beli gps chet

..
Comment by Khai
2011-09-26 03:02:09

Search je la kat Google Maps. Takkan nak kena paste peta kat artikel ni juga kot? hehe..

..
 
 
Comment by Don Hussayn
2011-09-21 23:13:17

Nak kena try ni. Dengan satu artikel ni pasti ramai yang akan menyerbu burger bob.minggu ni jugak nak try.haha ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by CypherHackz
2011-09-21 23:24:09

Berger Bob ni memang terbaik. Dah banyak kali makan dekat kedai tu. So far, memang tidak mengecewakan. Cumanya, kena standby bawak tisu lebih sebab confirm comot! :mrgreen:

..
Comment by Khai
2011-09-26 03:02:28

Haha itulah pasal kan.

..
 
 
Comment by Sukacuka
2011-09-22 00:01:45

Peh, Tak muat mulut kalau makan tu. Memang besar, termasuk orang yang bikin burger itu sekali. Tak tau nak start makan dari mana. Semua sudut nampak sseeeeeeeeeeeeeeddddddddddaaappp sangat.

..
 
Comment by Narong
2011-09-22 00:21:16

Simpang 3 ๐Ÿ™‚ Heheh orang dalam.

..
 
Comment by Fazrol
2011-09-22 01:55:13

Boleh try gak nnti nie…
Besar gila… Brapa rggt khai?

..
Comment by Khai
2011-09-26 03:03:24

Yang dalam gambar tu, RM5 sebiji. Double Cheese Burger..

..
 
 
Comment by alex adriana
2011-09-22 09:16:37

aih, baca khai tulis macam sedap bebenor lah burger ni… nak kena try ni.. huhu. g keramat semata2 nak carik burger Bob. malam je ke bukak?

..
Comment by Khai
2011-09-26 03:09:03

Tak sure la bukaknya pukul berapa. Tapi kalau Khai pergi makan kat situ, memang belah malam je.

..
 
 
Comment by akulertu
2011-09-22 11:38:16

memang sedap pun. sy yg x minat mkn burger pun kata sedap. dia guna worchester sauce, black pepper gravy. pastu bawang digoreng dulu. mmg lain drpd yg lainlah. disyorkan jgn tapau sbb nnt balik rumah burger dah benyek sbb pemeluwapan. makan je kat situ.

..
 
Comment by wandisini
2011-09-22 11:41:10

wah…kolestrol..i like…. hehe… ๐Ÿ™‚ macam sedap ni, nak kena try

..
 
Comment by azrain
2011-09-22 14:59:46

demmm kene try nih…

..
 
Comment by Zarul Umbrella
2011-09-22 19:17:33

fuhh da lama tak makan burger kat stall burger ni..terliur la plak

..
 
Comment by kamal
2011-09-22 22:06:37

“Burger Bob ni memang best dan memang tak jumpa kat tempat lain”….Kat Kuantan ade la Burger Bob…cube try lagi best..penangan burger rare…hihihiih

..
 
Comment by W.R
2011-09-22 22:43:54

perghhh dah la besau owner pun besau hihihi…gaya persembahan mcm sedap…:)

..
 
Comment by aibat
2011-09-22 23:44:49

mcm mana nak sumbat lah burger besar tu…:)

..
 
Comment by Kodet
2011-09-23 01:02:27

Kalau orang KL yang tulis , maknanya semua burger yang best di Malaysia pun dekat KL. Cuba bagi orang Perak , Kedah , Kelantan tulis .

..
Comment by Khai
2011-09-26 03:12:47

Orang KL bukan hidup di KL sahaja seumur hidupnya.

..
 
 
Comment by hisham
2011-09-23 02:24:53

perh berger bob…. untung nko si khai makan kat situh…. dapat masuk tenet… kot kot pas nih leh terima tempahan online lak… ahaks

..
 
Comment by Hunny_Qtn
2011-09-24 11:46:34

dah lama x follow justkhai, rindu nye zaman tu.tahun 2008-2009.hehe. klu online je first skli bukak msti justkhai. second baru facebook. hari2 tggu entri baru, xprnh bosan. since 2010 kot khai jrg update entri baru. hehe. skrg dh sllu update ni. buat balik la hobi lama ngadap justkhai :mrgreen:

..
Comment by Khai
2011-09-26 02:42:35

Hehehe, Thanks Hunny.. Ya, memang ingat lagi dengan nickname “Hunny_Qtn” ni.. Hehe..

..
 
 
Comment by syafieq
2011-09-24 17:48:45

kat miri ada KFCK…hehe.

..
 
Comment by adha
2011-09-25 01:41:07

bro makan burger yg rm6 ke 17.50 hinggit… ๐Ÿ™„
student price xde ke hehe… :mrgreen:

..
Comment by Khai
2011-09-26 03:22:15

Makan yang RM5 tu je. Tak pernah try lagi yang sampai RM17.50 tu. Pengsan kot kalau makan karang.. Hehe.

..
 
 
Comment by mamat
2011-09-27 18:10:19

besar betul saiz burger tu.. selalu burger yang kedai2 jual semua kecik2.. burger bob jual memang besar la..baru la pelanggan puas hati..

..
 
Comment by Penyu
2011-09-27 18:28:15

betul. kalau nak banding burger kat restoran fastfood, memang takleh celen langsung dengan burger tepi jalan.

aku sampai sekarang tak suka makan burger fastfood. burger tepi jalan boleh letak memacam dalam. mayonis lebih, sos lebih. daging garing. pergh. enak gila.

..
Comment by Khai
2011-09-29 07:04:31

…dan paling penting, jauh lebih murah kan dari fast food yang ada. Hehe. Murah tapi kepuasan, double Triple!

..
 
 
Comment by Abe Am
2011-09-28 02:40:34

harga brapa ek burger die?

dah try OM Burger? Makcik yang bungkus tu slamber je buat. Bungkus asal bungkus je..sos, daging burger, roti sume sepah2

Tapi ramai orang suka. Huuhuuhu pelik2

..
Comment by Khai
2011-09-29 07:05:17

OM burger di 7E Pandan Jaya tu ke? Kalau situ dah try. Pun sedap juga. Tapi presentation dia biasa sahaja. Tak macam Bob ini yang menyelerakan biarpun kompem mulut comot. Hehe..

..
 
 
Comment by Pacifista
2011-10-04 23:50:48

perghh…ni kalau makan,takyah makan lagi untuk 2 hari 2 malam.kenyang giler kalau makan ni ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Bukit Gambang
2011-10-05 04:26:20

terliur bro, nak try la nanti..:-)

..
 
Comment by zool
2011-10-05 06:53:46

Sekali imbas pandang muka si bob tu ada rupa aku la.. tapi aku kena tambahkan lagi ketembaman pipi tu.. huhuhu

..
 
Comment by alique
2011-10-06 17:28:41

Salam bro, bole bagi GPS coordinate tak lokasi stall ni. Dulu penah try cari tapi sesat larat.

..
Comment by Khai
2011-10-08 21:07:58

Alamak.. Tu masalah gak tu. Tapi dah ada nama jalan tu. Kalau jumpa jalan tu, jumpalah kedai si Bob ni.

..
 
 
Comment by Qaseh Gifts
2011-10-21 00:32:46

Alamak, macam kena try ni…… nampak sedap betul!

..
 
Comment by atie
2011-10-26 12:53:21

ceq teringin nk mkn burger ni la…
antaq mai kedah boleh dak ? ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by mumsy
2011-10-26 16:40:39

uish…. Conpem nak kena g try ni….

..
 
Comment by RenTunG
2011-10-29 15:24:59

koordinat cmana nk cari ek dlm maps ni.. 3 12 7 N, 101 45 16 E

..
 
Comment by titan
2011-11-22 15:15:18

ko ni, dari dulu lagi dok asyik cite beger aje..hehe

..
 
Comment by Sukacuka.com
2012-01-11 04:57:17

Terliur bila tgk gambar yang pertama tu…peh!!!!!!!!!!!!!!!!

..
 
Comment by amal
2012-02-08 20:04:50

wahh..bole la try nnt..klau khai pg penang bole try ed burger..area permatng pauh..hehe.. :D..

..
 
Comment by jaerul
2012-03-24 03:30:17

arrgghhh,.. meleleh air liur tengok,.. pui,.. haahaa :o:

..
 
Comment by akmalhilmi
2012-04-07 13:16:57

aku duk puchong sanggup pi beger bob kat keramat tu sbb lapa..muahaha…

..
 
Comment by syazwaneeyzahari
2012-04-24 16:00:16

keramat AU5 ?
org yg duduk keramat hujung nie pun x pernah rasa lg , nanti nak g lahh ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by hezzi
2012-04-24 16:21:51

emm..mnarik nie…tapi ada lagi tmpt jual burger yg mnarik n sodap..aku pnh g kuching thn 2006..smpat la merasa burger ketam..mmg femes la kat kuching..

tp awal thn nie..aku berpeluang lg ke sana..tp tmpt tue da tutup la..kempunan nk makan burger ketam nie..

lg 1..try g alor setar..ada gak stall burger yg memang full slalu meja..kat ngn area rumah kelahiran dr mahathir..

..
 
Comment by syafiq
2012-04-24 18:11:51

bapak lah rm5 dapat burger besar cam 2, lagi berbaloi daripada mcd.

..
 
Comment by dinardirham2u
2012-04-24 18:30:33

best gilerr…

..
 
Comment by kratos
2012-04-25 03:52:30

AU5 ni kawasan Lembah Keramat ni dekat2 Giant Taman Permata

..
 
Comment by kurus
2012-04-25 04:08:13

bro khai…agak2 telur yg digunakan tu dia dah basuh bersih2 dulu ke belum????

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post