Justkhai » Advertlets
Bagaimana kad kredit sebenarnya memudahkan kita
Salam guys. Pada artikel kali ini, Khai akan menunjukkan barang-barang yang Khai dah beli dengan menggunakan kad kredit dan juga sedikit tips untuk mereka-mereka yang berminat menggunakan kad kredit tetapi takut untuk menggunakannya. Sebelum ini Khai ada menulis pengenalan mengenai Maybankard 2 ini, jadi korang baca entri tu dulu ya? Untuk itu, diharapkan para pembaca dapat bersangka baik dengan apa yang akan Khai sampaikan. Semuanya hanya sebagai perkongsian. Langsung tidak berniat untuk show off, menunjuk-nunjuk atau bangga diri. Khai bukan macam tu. Kalau korang dah lama follow blog ni, korang tahulah. Lagi satu, kalau ya nak menunjukpun, bukan dengan korang sebab korang kenal blog ni sahaja. Bukan kenal Khai secara in-person. Hehe.
* American Express atau AmEx (atas) dan satu lagi, MasterCard
Khai menerima dua kad kredit terbaru dari Maybank ini sebulan yang lalu. Perasaan tu memang tak boleh tipu yang Khai amat-amat teruja kerana menjadi antara yang terawal terpilih untuk menggunakan kad kredit terbaru dari Maybank ini. Alhamdulillah, Khai sendiri tak pernah sangka yang suatu hari nanti Khai akan menggunakan kad kredit. Dan hari ini, terus dapat pakai dua kad kredit sekali gus. Satu Mastercard yang Khai biasa gunakan gunakan ketika di Malaysia dan satu lagi, AmEx untuk dipakai jika ke luar negara..
Dapat sahaja dua kredit kad dari Maybank ini, Khai dimaklumkan yang Khai dah boleh terus guna dua kad tu berkuat-kuasa serta merta. Walaupun duit cash tu alhamdulillah ada la sikit untuk beli apa yang Khai hajati, tetapi dengan kad kredit ini membuatkan Khai dapat ketepikan duit yang ada tu untuk perkara-perkara lain yang lebih penting. So contohnya, kalau Khai dapat payment projek tengah bulan, awal bulan Khai dah boleh beli awal-awal apa yang Khai inginkan tanpa perlu menunggu tengah bulan (menunggu itu menyakitkan bukan?). Dah dapat duit tengah bulan, baru bayar semula kad kredit tersebut (bayar apa yang kita beli pada awal bulan tadi). Bayar sebelum due date, memang tak akan dikenakan apa-apa tax kad kredit.
Itu antara satu dari banyak sebab mengapa kredit kad sebenarnya amat diperlukan dalam hidup kita. Kalau rasa mampu, mengapa perlu dengar kata orang lain? Kita yang kawal diri dan perbelanjaan kita, bukan orang lain yang kawal kita. Jadi, tepuk dada tanya income lah kot? Hehe. So sebulan berlalu selepas Khai dapat dua kad ni dengan credit limit RM6,000 apa yang telah Khai lakukan dengan kad kredit terbaru dari Maybank ini?
Canon EOS 550D / Lens + +
Orang kata, DSLR adalah antara hobi kedua termahal selepas golf. Sejauh mana kebenaran kata-kata ini? Ya, ianya memang benar. DSLR memang tak mahal mana, tapi bila sentuh bab lens dia dan juga aksesori lain, gosh!. Oleh kerana Oh! Media memerlukan DSLR untuk menghadiri undangan banyak event penting, jadi Khai perlu keluarkan sedikit modal syarikat untuk mendapatkan DSLR dengan lens yang sesuai untuk apa-apa event yang dihadiri.
Untuk sebuah DSLR, 1 memory card (Class 10, 18GB), 2 memory card (Class 4, 8GB), 1 bateri simpanan dan 2 biji lens tambahan, Khai perlu modalkan dalam RM5,200 untuk kesemuanya. Kalau nak bayar cash RM5,200 tu, rasa macam tak berbaloi sebab duit banyak lagi nak dipakai ketika itu. Dan untuk itu, terima kasih kepada Maybankard 2 MasterCard kerana tolong membayarnya dulu. Hujung bulan baru I bayar balik ye? Hehe.
Review Canon 550D ini akan Khai keluarkan dalam entri yang akan datang, insyaAllah.
Apple iPad
Oleh kerana Khai memerlukan satu tablet untuk Khai gunakan untuk surfing dan buat kira-kira perbelanjaan peribadi dan syarikat sebelum tidur, jadi Khai terpaksa menghabiskan RM1540 untuk sebuah Apple iPad yang dibeli di Mac Studio, Plaza Low Yat. Since Khai dah dapat biasakan diri dengan produk Apple, jadi pilihan untuk iPad ini adalah yang terbaik berbanding membeli sebuah lagi Netbook baru (yang lama Khai dah jual lepas beli Macbook Pro harit tu). Dan sekali lagi, terima kasih kepada Maybankard2 MasterCard untuk Apple iPad ini. Hujung bulan I bayar sekali ye dengan DSLR tu. Haha.
Review mengenai Apple iPad ini ada dikeluarkan di dalam entri berikut: {link}
PS3/PS Move Games
Khai beli PS3 tahun lepas. Then beli pula Playstation Move. Sejak ada PS3 ini, memang Khai terus tinggalkan dunia game melalui komputer. Apa yang menjadi masalah tentang PS3 ni, semua game perlu beli original dan harga original bukanlah murah. Paling cikai pun pada harga RM120 untuk game yang tak menarik langsung. Tapi selalunya untuk game yang menarik, harga selalunya akan melebihi RM200. Dan di sini, sekali lagi Maybankard2 datang membantu. Hehe.
Semua barang yang ditunjukkan ini, dibeli di Plaza Low Yat. Kalau korang tahu Low Yat tu apa, korang akan tahu bagaimana ramai’nya manusia berpusu-pusu membeli dan mengenali apa itu teknologi di sana. Kalau korang pergi bawa cash, bila cash tak cukup terpaksa berpusu-pusu pula beratur panjang di mesin ATM. Lagi sadis bila sampai part kita je, duit dah habis dan kadang-kala, mesin ATM rosak. Terduduk korang kat tepi tangga hisap rokok sambil menggigit jari. (Merokok membahaya kesihatan ya? Hehe).
Selain Itu (perkara lain yang kecil-kecil)
1. Nak menonton wayang? Kalau dulu beli guna Maybank2u, sekarang dah boleh laju je terus ke lorong Gold Class. Swipe je untuk pembelian tiket dan terus masuk menonton filem penuh aman damai dan berselimut sambil berbaring. Siap dihidang makanan lagi. Kool kan?
2. Perut lapar? Ok jom Zaasss.. Makan sekali ajak member-member. Kalau rasa ada lebihan rezeki dari Allah tu, mungkin itu bukan milik kita seorang, tapi rezeki yang patut dikongsi bersama orang lain. Jadi, selalu-selalulah belanja orang lain dengan penuh ikhlas. InsyaAllah akan dimurahkan rezeki. Btw, Khai makan kat mamak je. Memang dilahirkan dalam keluarga yang penuh bersederhana dalam segala hal. Sekali-sekala boleh la berangan jadi “orang kaya” sikit makan tempat mahal-mahal.
3. Tak bawa cash pergi Lowyat. Survey punya survey, terjumpa pula External Hard-drive ni. Western Digital My Passport 1TB. Sebab apa nama dia My Passport, sebab saiz dia memang hanya sebesar passport sahaja. So tak perlu nak beratur di ATM atau risau cash dalam debit card tak cukup, terus guna AmEx untuk beli. Tapi carilah kedai yang tak charge untuk servis kad kredit ya.
Kalau sebelum ni, keluar mana-mana pun Khai memang tak bawa duit banyak-banyak sebab guna Maybank Debit Card yang gambar buah ceri tu. Bawak duit untuk makan dan minum je. Yang lain semua Zasss! Swipe ajelah untuk beli apa-apa. Dan baki duit dalam akaun akan terus ditolak. Lepas ada Maybankard2 ni, dalam poket bawak habuk je. Hehe. Nak makan pun swipe juga. Cukup bulan baru bayar balik. So duit dalam akaun, boleh guna untuk perkara lain yang lebih memerlukan. Tapi kalau lepak-lepak mamak tu, jangan la korang mengada-ngada nak swipe pulak. Tak pasal-pasal mamak swipe kepala korang dengan garpu nanti. Hehe.
Oleh sebab Khai dah dapat dan dah pakai pun Maybankard 2 ni, so rasanya tak salah untuk menjadi antara yang terawal berkongsi informasi mengenai 2 kad terbaru yang amat menarik dari Maybank ini. Nak lagi best, bila korang baca entri ni, potensi untuk korang berbelanja beli barang dari Machines tu amat tinggi kalau menang contest yang dianjurkan Maybank sempena pelancaran Maybankard 2 ni. Kalau nak beli barang dari Machines tu, try la refer entri-entri produk Apple dari blog Justkhai ni ya? InsyaAllah, ada maklumat yang bermanfaat untuk dibaca.
Korang perlu ingat yang Maybankard 2 ni tak pernah sama dengan kredit-kredit kad lain yang pernah korang dengar atau guna sebelum korang baca entri ini sebab dua kad ini terlalu banyak keistimewaan dia berbanding kredit kad yang lain. Silalah rujuk semula entri pengenalan kepada Maybankard 2 yang dah Khai keluarkan untuk maklumat lanjut. Kalau tak bagus, Khai sendiri tak pakai kot? Apa lagi nak berkongsi pengalaman dengan korang semua.
Dari cerita Khai kat atas tadi, dengan jelas memang kenalah dengan slogan Maybankard 2 ni iaitu, 2 is all you need. Nak pergi shopping, bawak kad pengenalan dan dua keping kad ini, balik rumah dah penuh satu kereta. Haha. Ingat, beli mengikut keperluan ya. Bukan ikut nafsu. Nanti bergadai pulak nak bayar balik hutang kad kredit dengan pihak bank.
Maybankard Contest
Sebelum terlupa, nak ingatkan balik mengenai contest yang dianjurkan Maybankard melalui Facebook Page mereka. Ianya tak susah mana pun. Korang just join then cuba jadi top recruiter.
Gambar di atas antara hadiah yang akan di let go kepada para pemenang setiap minggu dan bulan. Apa yang paling tak tahan, hadiah untuk top recruiter adalah RM10,000 baucer pembelian di Machines (Apple reseller) tu. Takde siapa nak kasi korang senang-senang macam tu je RM10,000 tu. Satu-satunya cara senang nak cepat kaya, rajin-rajinlah join contest. Kalau dah memang murah rezeki korang, menanglah korang kan?
Bila kita cuba, kita dah menghampiri kejayaan. Tapi bila kita langsung tak mencuba, bayang kejayaan tu pun kita takkan nampak.
Cara join contest
Contest ni dah bermula 18 Januari 2011 lalu dan akan berlangsung sehingga 17 April 2011 ini. Macam biasa, tiada paksaan untuk korang sertai contest yang mudah ini. Khai sekadar berkongsi sahaja di blog ini mana yang termampu.
Keterangan lanjut mengenai contest ini boleh dilihat melalui website mereka, www.maybankard2cards.com.my. Macam-macam korang boleh baca kat dalam tu pasal Maybankard 2 ini.
Last but not least
Apapun ingatlah, nak guna kad kredit tu pastikan yang korang jadi seorang yang bijak berbelanja terlebih dahulu. Maklumlah ramai sangat orang Malaysia ni yang muflis gara-gara kad kredit ni. Apapun, rasanya kad kredit tak bersalah kot? Yang salah mereka-mereka yang tak pandai nak manage perbelanjaan diri sendiri. Itu nak, ini nak. Nengok orang tu pakai, dia pun nak pakai. Lepas tu? Nangis sorang-sorang dalam toilet ye tak? Takde sapa nak ikut korang pulak. Hehe. Jadi, tak perlu takut dengan kad kredit kerana ianya memudahkan korang. Kalau rasa menyusahkan tu, bukan kad kredit yang salah, tapi salahkan diri sendiri.
Ok guys, selamat mencuba dan kalau berjaya, belanja Khai teh tarik pun dah ok. Tak payah la susah-susah belanja mahal-mahal. Terima kasih kerana mengmabil sedikit masa beharga kalian membaca artikel panjang lebar ini.
Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 2
Ini adalah kesinambungan artikel Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 1. Baca part 1 dulu baru lebih kool untuk part 2 pulak. Hehe.
Di part 1, Khai ada tulis mengenai pengalaman Khai sebagai Full Time Blogger ketika ini. Ya di masa depan kita tak boleh ramal apa yang dah ditentukan Illahi. Jauh lagi perjalanan hidup Khai yang harus dilalui itupun kalau masih diizinkan untuk bernafas. Nak sambung study pun tak tercapai lagi ni. Entah mana melayang mood study yang kemain berkobar-kobar sebelum ni. Sigh~
Kita ambil Facebook atau Myspace sebagai contoh bagaimana pengiklanan mampu menguntungkan mereka. Senang je pun. Lebih tinggi pelawat maka lagi tinggi permintaan iklan. Dan setiap tempahan iklan yang diorang terima, memberikan keuntungan yang berbeza-beza dengan sekelip mata.
Facebook dan Myspace kedua-dua website ni menjual iklan based on CPM (Cost per Thousand Impression). Kalau pengiklanan nak iklan tu dilihat sebanyak 1000 kali, Facebook dah dapat keuntungan antara 1 hingga 10 dollar dari situ. Itu kalau pengiklanan nak iklan dia dilihat sebanyak 1000 kali je tapi selalunya ada yang nak mencecah juta kali kot. Dah berapa Facebook untung kat situ? Itu baru dari seorang pengiklanan. Kalau 10 juta tempahan pengiklananan, Khai rasa Facebook dah boleh beli negara Malaysia kita ni secara cash kot? Whoaa! Hehe.
Ok cuba korang bukak Facebook dan nengok kat Footer. Nampak yang Khai tanda warna merah kat gambar bawah ni?
Bukak Google pulak. Nampak?
Myspace? Nampak tak?
Jadi sekarang korang tahu betapa pentingnya pengiklanan untuk sesebuah website untuk terus hidup. Samalah macam TV3. Korang nengok free je hari-hari tak perlu bayar macam Astro. Tapi TV3 iklan dia punyalah banyak sampai korang rasa nak lempang je muka Datuk Farid Ridzuan CEO TV3 tu. Tapi kita kena fahamlah kenapa TV Station percuma ni ada banyak iklan. Kalau takde iklan banyak macam tu, memang pekerja-pekerja TV3 mati kelaparan la tak bergaji. Rancangan kat TV3 tu pun jadi rancangan sampah jugak sebab takde duit nak beli cerita yang best-best macam Nur Kasih tu. Sepengetahuan Khai beberapa tahun lepas, satu iklan kat TV3 tu berharga RM60,000 dalam beberapa hari tempoh tayangan. Harga terbaru tak tahu la dah naik berapa memandangkan TV3 makin popular hari ni.
Dari cerita kat atas, itu sebabnya kita perlu jana website sehingga dikenali ramai dan popular itu akan datang sendiri tanpa kita duga. Jangan buat satu dua blog, kemudian korang target nak jana income yang tinggi dari beberapa advertising program yang ada kat Malaysia ni. Kalau sekadar RM100 sebulan tu memang la boleh untuk tampung bil internet, tapi cukup ke nak tanggung kos kehidupan dalam sebulan? Tidak.
So Jangan berharap pada satu-satu blog sahaja. Come on. Up lagi banyak-banyak website. Buat brainstorm sikit untuk pilih weblog ber’niche’kan apa kemudian running terus jangan banyak bunyi lagi. Bila dah ada semua tu, baru fikir mengenai iklan. Bila blog dah benar-benar popular, akan ada banyak tempahan iklan dari perseorangan yang mahukan banner mereka di weblog kita. Itu kalau blog dah popular dan ada permintaan mengenai iklan dari orang perseorangan. Kalau takde permintaan, apa yang patut kita buat adalah mendaftarkan diri di beberapa syarikat pengiklanan tempatan yang ada (untuk blogger).
1. Innity
Antara pilihan utama Khai dalam bidang pengiklanan di internet adalah Innity. Innity ni dah lama wujud cumanya bukan semua publisher iaitu blogger dan web developer boleh mendaftar. Mereka yang mempunya sebuah website dan blog yang agak tinggi sahaja akan diterima. Boleh lihat “site requirement” kalau blog korang lepas atau tidak. Iklan Innity ni selalu dapat kita nengok di Hmetro, Forum Cari dan banyak lagi website popular lain.
Syarat Innity juga agak menarik di mana iklan Innity boleh saja dicampur satu tempat bersama iklan yang lain tidak seperti Nuffnang dan Advertlets yang tidak mengizinkan iklan lain dicampur dengan iklan mereka di sesebuah blog. Ini sebenarnya bagus kepada mereka tetapi tidak bagus kepada blogger. Kerana apa? Kerana pendapatan korang dah puh di’had’kan kepada satu sumber sahaja.
Berikut adalah bukti pendapatan Innity Khai di salah satu website Khai dan juga salah satu kempen yang sedang running.
* Klik untuk paparan saiz sebenar
Gambar kat atas ni pendapatan untuk 2 minggu pertama bulan Disember 2009 bagi sebuah website Khai dengan Innity dan Khai target untuk Innity sahaja di satu website tersebut maybe akan berjumlah dalam RM4,000 untuk bulan Disember ini.. W00t! Dengan Innity sahaja, Khai hanya perlu duduk dirumah bermain PES2010 tanpa perlu jadi seorang web developer atau Software Engineering atau pensyarah mungkin, untuk mencari sesuap nasi sambil mengkayakan orang lain. Wohha!
Update pendapatan March 2011:
* Klik untuk paparan saiz sebenar
2. Nuffnang
Menyentuh tentang Nuffnang, Khai nak mohon maaf kepada newbie-newbie yang terasa masa Khai tegur dengan cara keras sebagai penulis blog jemputan di sebuah blog tempatan tempoh hari. Team-team klik Nuffnang ni dah semakin melampau. Bukan kita tak pernah tegur cara elok sebelum ni, tapi langsung tak di’endah’kan atau langsung tak terbukak mata dia untuk membaca. Bila kena tegur cara macam tu, masing-masing baru nak menggelupur macam kena santau. Dan itulah cara teguran sebenar untuk yang dungu tak reti dengar cakap.
Berbalik pada Nuffnang, pada pendapat peribadi khai Nuffnang ni memang boleh pergi jauh lah kalau apa yang mereka ada sekarang di teruskan dengan lebih baik. Tiada syarat untuk korang join Nuffnang even blog baru release 1 jam sekalipun. Cumanya di Nuffnang, untuk mendapatkan status Glitterati (geli hati hehe), korang tak boleh mencapuri iklan Nuffnang bersama iklan-iklan yang lain dari Asia. Itu sahaja syarat mereka kalau korang nak pendapatan lumayan dan pembayaran yang lebih cepat berbanding yang non-glitterati.
Berikut adalah cek pendapatan yang Khai terima hasil cashout tempoh 2 minggu juga bagi bulan November (Khai cashout duit iklan 2 minggu sekali). Dan ini pendapatan dari sebuah website yang tidak dicampuri dengan iklan-iklan lain termasuk Innity.
Khai dah dapat banyak sangat dah cek Nuffnang ni tapi semua Khai tak ambil gambar. Buat apa nak tunjuk-tunjuk kat blog kan? Tapi untuk entri kali ni, buat pertama kalinya Khai snap gambar dan upload untuk tatapan umum supaya korang sendiri boleh consider, dengan usaha berterusan apa yang menanti korang di hadapan.
Oh ya, Khai juga dah tolak jemputan Nuffnang untuk join Project Alpha #2. Maaf ya para blogger sekalian yang nak sangat Khai join. Khai lebih senang dikenali sebagai underground blogger berbanding menempa populariti sampai orang kampung pun nak mintak sign otograph kejap lagi. Hahahaha! Tak kose i.
3. Advertlets
Advertlets ni adalah sebuah rival terkuat dari Nuffnang. Advertlets pada awalnya lebih berkuasa dari Nuffnang bukan seperti apa yang korang nampak dan nilai sekarang. Sehingga satu-persatu masalah yang datang merosakkan reputasi Advertlets sedia ada. Seingat Khai, bermula dengan domain yang expired sehingga menyusahkan ramai blogger yang blog tak dapat load kerana iklan Advertlets yang domain’nya dah expired tersebut telah redirect’kan setiap website ke sebuah web landing. Bermula dari situ, ramai blogger telah mengeluarkan iklan Advertlets dari blog dan berasa serik.
Kemudian diikuti dengan masalah pembayaran yang tidak berkesudahan. Tetapi sekarang Advertlets kembali memuncak apabila memberikan banyak advertorial kepada blogger-blogger bertuah serta melunaskan duit pembayaran blogger yang telah lama tertunggak. Untuk yang masih menggunakan Advertlets dan ingin request pembayaran iklan terdahulu, boleh hubungi mereka melalui email dengan cara baik dan berhemah.
Itu kalau korang masih pakai Advertlets lah. Kalau tidak, memang ianya tidak akan dilayan. Ialah kan, sokongan penuh diperlukan untuk siapa-siapa pun kembali bersaing seperti dulu dan ini berita baik untuk semua blogger menandakan dunia blogger di Malaysia ni semakin berkembang maju seiring dengan kelajuan internet Malaysia yang tak lama lagi dah pun 15mbps. Wohha!
Tiada screenshot untuk pendapatan dari Advertlets buat masa ni mahupun cek, sebab diorang selalu bankin je dalam akaun Khai. Apapun cuma nak cakap yang Advertlets memang bayar tak kiralah siapa pun. Bukan pilih bulu atau apa. Kena dengan cara ok lah. Pendapatan Khai dengan Advertlets ni ada lah dalam 6 ke 7 ribu.
4. Lain-lain
Buat masa ni, selain 3 yang kat atas ni bagi Khai nonsense, merapu dan ntah-apa-apa. Catcheye la, Gokita la or whatsoever yang entah wujud entah tidak lagi tak payah la korang buat masa nak join melainkan mereka menunjukkan prestasi yang baik dari segi pembayaran, kempen dan sebagainya. Kalau nak join juga, itu hak korang. Khai senyum je. Hehehe.
Ok segala-galanya tentang 3 syarikat pengiklanan di atas telah di ceritakan untuk bacaan pembaca blog ini. Itu tak termasuk kalau korang obses dengan pengiklanan secara terus dari reader tanpa pihak ketiga, advertorial atau sebagainya.
Tiada apa-apa dengan artikel ini dari segi personal’nya. Hanya berkongsi pengalaman buat sesiapa yang berminat sahaja moga buat korang semua yang tercari-cari kebenaran sejauh mana blog boleh buat duit, adalah something kat atas tu yang akan membakar semangat korang untuk lebih berusaha.
Dan ini mungkin kali pertama dan terakhir Khai ceritakan mengenai pengalaman sebagai Full Time Blogger walaupun di awal usia 21 Tahun. Kalau Khai boleh korang lagi la boleh. Korang buat sesuatu yang korang nak, dan korang terima ganjaran seadaanya. Tak perlu join affiliates, ebook or whatsoever tu. Bagi Khai, itu semua bullshet!
Biar kita ramai-ramai jadi Full Time Blogger. Woohhaaa!
Kenapa anda perlu beralih semula pada Advertlets
Entri ni Khai nak bercerita sikit pasal Advertlets, satu-satunya advertising network yang masih bertahan hingga kini, selain dari Nuffnang. Ok baca entri sampai habis dulu. Jangan dengar nama Advertlets je korang nak blacklist, padahal korang dengar dari cakap orang jer kan? Entri ni wujud dari diri Khai yang dah mencuba sendiri dan bukan desakkan dari mana-mana pihak.
Beberapa blogger melayu tempatan dah kembali menggunakan Advertlets. Antaranya saudara Azman dan Marzuki.
Hari ni, Khai dah buat first cash out RM 100 so kita nengok perubahan yang dilakukan Advertlets samaada masalah pembayaran kepada blogger tu benar-benar masih ada atau dah berjaya diselesaikan. Jika benar masalah seperti itu dah pulih, tidak mustahil Advertlets akan menjadi pilihan semula para blogger di Malaysia.
Frankly speaking, Khai lebih prefer gunakan Advertlets dari mana-mana Advertising Network yang wujud. Dan korang boleh lekatkan iklan Advertlets di blog dan lihat perubahan ketara yang ada pada Advertlets. Ingat, jangan dengar apa kata orang melainkan korang dah cuba sendiri.
Ramai blogger yang mengadu nak tunggu first cash out dari Nuffnang bagai menunggu kucing beranak lapan, so boleh try Advertlets pula dan jika rasa tak sesuai, pilihan sentiasa di tangan anda.
Renung-renung’kan dan selamat beramal.
Psstt: Kalau ada blog yang masih tak letak iklan tu, cuba-cubalah. Hobi pun hobi juga, tapi tak salahkan buat kos tampung hosting dan domain. Kalau guna blogspot pon jangan fikir tak keluar modal, sebab bil internet korang kena juga bayar. Kalau guna internet kat office pun, at least, penat lelah korang share something dengan reader, terbalas jua tanpa perlu reader keluar 1 sen pun dari poket.
Entri ni sekadar berkongsi pengalaman owner blog ini sendiri. Tiada hasutan atau paksaan untuk korang cuba mana satu pengiklanan yang ada (Advert of NN). Jika pendapatan dah cukup bagus dengan NN, kenapa perlu bertukar pada Advertlets kan? Tapi jika sebaliknya, why not mencuba yang baru kalau-kalau nasib korang ada di situ. So, consider yourself..
Hadiah Hari Jadi Terawal
Semalam sepatutnya Khai terima email dari Advertlets, tapi hari ni baru usya inbox. So terlambat sikit untuk inform berita gembira ini. Hari ini 01 Ogos, dan ini bermakna lusa adalah birthday Khai. Semalam lagi, Khai dah dapat berita gembira dari Hotlink iaitu pada 03 Ogos ini, Khai boleh menghubungi sesiapa sahaja dalam satu hari itu dan semuanya di jamin percuma. SMS dia berbunyi begini.
Selamat Harijadi! Nikmati panggilan Maxis ke Maxis PERCUMA pada 03/08/2008. Ganjaran Hotlink untuk pelanggan setia kami. Akaun yang aktif diperlukan.
See, akhirnya Maxis sedar betapa perlunya ganjaran untuk orang terus menggunakan khidmat mereka. Orang Kuning dan Biru dah lama pun buat iye tak? Kalau korang pengguna Maxis/Hotlink dan birthday korang dah lepas, jangan kecil hati kerana mungkin mereka lupa since korang tak berapa penting. Hahaha. Gurau je jangan kecik hati oi. Hahaha
Berbalik kepada email dari Advertlets, mungkinkah ini juga sebuah hadiah harijadi awal kepada Khai. Email mereka macam ni.
Excerpt removed!!
So.. Selepas menerima pembayaran yang dijanjikan, Khai akan teruskan sokongan kepada mereka. Thanks Advertlets kerana mengembalikan kepercayaan Khai.
Dan esok lebih kurang 2 pagi, Khai akan adakan satu contest buat julung-kalinya di blog ni. Semua boleh sertai kerana ianya terlalu mudah. Hadiah lumayan dan rasanya tak berbaloi dengan apa yang perlu korang lakukan. So stay tune mungkin dalam jam 3 pagi nanti, akan ada entri baru di Justkhai mengenai contest ini. Sayang korang!
Pssttt: Kalau perasan, link untuk teruskan bacaan email tu Khai gunakan Tinypaste. Sangat cool website ni dan korangpun boleh cuba. Siap ada plugin untuk Firefox lagi.
Updated 3 hour leter: Khai edit skit entri ni memandangkan perbincangan antara Khai dan Advertlets tu adalah antara pihak kami berdua dan bukan untuk umum. Sorry Advertlets.
Advertlets? Apakah itu?
Khai tak tahu ape dah jadi dengan Advertlets. Dahulunya mereka sebuah syarikat pengiklanan di internet yang paling Khai percaya instead yang satu lagi tu, Nuffnang. Di blog merata sana-sini orang bercerita pasal Advertlets. Iklan Advertlets dilihat merata-rata. Letak iklan Advertlets pernah diperkatakan sebagai satu kemestian. Kalau kau tak letak, kau bukan blogger namanya.
Tapi itu dulu. Situasi seperti itu susah sekali untuk dilihat hari ini. Ramai blogger yang dah mula jemu dengan taktik mereka. Bahkan, penyokong tegar Advertlets seperti Mohd Ismail juga dah lama menurunkan iklan Advertlets dari blog beliau. Pastinya Rumpun II tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Kalau ada pun, pastinya tanpa Advertlets. Duit iklan amat susah sampai ketangan kita. Berbanding dengan yang satu lagi, Nuffnang. Sebulan dua lambat kita boleh terima lagi. Mungkin mereka ada problem. Tapi kalau dah berbulan-bulan, itu bukan problem lagi, tapi biggest problem yang tidak berkesudahan atau lebih mudah dipanggil sebagai buat-buat lupa, buat-buat tak nampak.
Khai buat entri seperti ini bukan untuk menjatuhkan mereka, tapi untuk meluahkan apa yang Khai rasa dan lalui. Khai masih sayangkan mereka, kalau tidak masakan iklan mereka masih megah di “header” blog justkhai ini. Kira orang cakap dah jadi first blog impression gitu. Sekadar melihat jumlah duit yang kita dapat di website mereka, langsung tidak menggembiarakan Khai kalau bukan sampai ke tangan kita pun duit tu.
Khai ade sound mereka melalui section komen di official website mereka. Macam biasa, komen yang pasti menjatuhkan air muka mereka, pastinya takkan di publish kepada umum. Sehari dua lepas tu, sampai satu email yang bertanyakan ada kita contact diorang punye customer services atau tidak bertanyakan mengenai masalah yang terjadi. Macam biasa, itulah email terakhir yang kita akan terima dari mereka walau korang reply dengan 1000 patah perkataan sekalipun. Cukuplah sekadar “ada-ada” respon yang mereka berikan.
Kalau blogger menubuhkan sebuah badan seperti “Along”, mungkin mereka semua tidak berjari hari ini kerana “berhutang”, tidak reti bayar. Alasan-alasan yang diberikan diorang tanpa bukti, amat menjengkelkan. Alasan lapuk orang cakap. Orang bodoh je yang percaya. Blogger tak bodoh bukan?
Adakah korang masih menyokong syarikat pengiklanan seperti mereka ini?
Hutang Advertlets Makin Tinggi!
advertisers + bloggers = nothing + sadly
Advertlets kata:
Payments cycle are at the end of every month. Please note that payments are processed 30-45 days from the end of the month which you cashed out.
Korang boleh lihat janji di atas dalam page “earning” dalam akaun Advertlets. Tapi apa yang terjadi pada Khai dan mungkin ratusan pelanggan Advertlets mungkin seperti gambar di bawah.
Apa yang menjadi tanda tanya di sini, 4 kali Khai membuat pengeluaran pada bulan November. Jika sekarang dah sampai bulan Februari, ini bermakna sudah 4 bulan berlalu tanpa menerima sebarang cek dari Advertlets. Mengapa Adverlets hanya pandai cakap tapi tak serupa bikin? Semuanya unpaid! unpaid! unpaid! dan unpaid!!!!
Mengapa Advertlets hanya mendiamkan diri tanpa sebarang alasan? jika perlu, mengapa tidak emailkan kepada kami menyatakan apa sebenarnya yang menyebabkan payment lewat dilakukan? Seperti yang korang nampak kat blog Khai ni, iklan dari Nuffnang sudah mula menempatkan diri. Mungkin juga Khai perlu cuba Nuffnang Glitterati dan menerima sumbangan lumayan dua kali ganda seperti beberapa blogger yang lain selagi menanti “hutang” Advertlets yang makin beranak pinak dibayar. Agak kecewa sokongan yang diberikan kepada Advertlets, di balas dengan gaya begini. Emas yang kita beri, Tahi yang kita dapat. Bukan Khai tak pernah email kepada mereka bertanya mengenai hal ini, tapi agaknya, mereka tak jumpa button reply!! Dan entri di blog menjadi penyudahnya.
Kalau korang juga mengalami masalah yang sama, nyatakannya di sini kerana Khai pasti Josh Lim mahupun team Advertlets pasti akan masuk ke blog ini dan bersuara. Itu yang selalu mereka lakukan. To Advertlets, please jangan buat begini pada blogger yang menyokong anda. Khai cuma takut suatu hari nanti, jikalau’lah Advertlets hilang dari dunia maya ini, duit kami pun hilang begitu saja. Sangat sia-sia dan menyedihkan. Please wakeup Advertlets. We Watching You!!
Better MP3 for the Rakyat
Wow, sejak blog Khai menjadi ala-ala separa lucah dengan gambar-gambar pelbagai posing oleh pelakon Anak Pontianak itu (kau pun tahu siapa), blog ni bagai diserang pelbagai jenis peluru dari seluruh pelusuk dunia. Dalam beberapa jam, Akismet dah berjaya menapis lebih dari 300 SPAM yang cuba masuk ke dalam bahagian komen. Yang terlepas sekor dua tu, Khai jentik sendiri lah. Advertlets juga macam biasa, kau pun tahu bagaimana lajunya. Ada yang bertanya, aritu kata nak remove Nufflets dan dulu cakap taknak pasang Nuffnang, buat pengetahuan korang, Khai akan busy dan tak sempat nak edit. Ditambah pula dengan kelembapan tahap kritikal bila cuba nak masuk direktori Scukz ni. Alahai.. Anggap saja internet ini yang lembap. Ah Damn!! Mungkin masa korang masuk ni, nampak Advertlets je yang ada. Ya, mulai hari ini, Khai takkan lambakkan iklan-iklan yang menyakitkan mata tapi hampeh! Nuffnang, ah mana mungkin ketika Advertlets bergerak bagai nak rak, duit Khai di Nuffnang bergerak macam siput. Seminggu RM1 dan jelas di sini, ada sifat pilih kasih dek kerana orang tahu, aku Pro Advertlets..
Ok lupakan pasal gambar-gambar separa lucah dan iklan-iklan di sini. Kali ni Khai nak mempromosikan satu lagi cabang division Scukz dot Com. Usia Scukz dot Com dah masuk 2 tahun pun. Kalau Scukz ni adalah nama seorang baby perempuan, mungkin sudah pandai menyanyi lagu Anuar Zain.
Dek kerana kini tiada satu pun manusia NORMAL yang tidak suka mendengar lagu termasuk Khai, Khai terpikir kenapa tak buat satu blog khas untuk download MP3. Kalau before Khai banyak masuk weblog anak melayu yang menyediakan pelbagai MP3 untuk di download, kenapa Khai tak buat sendiri. Bukan tak boleh. Bukan susah. Student di Limkokwing ini juga gemar mendownload MP3. Sebut sahaja band underground kita seperti Hujan, Bintang Batu, Bittersweet dan pelbagai lagi, mereka sudah hafal setiap patah lirik lagu. Mungkin kewujudan web ini, membuatkan mereka tidak perlu lagi mendedahkan komputer kepada sebarang Spyware atau Virus dari web yang ntah merapu apa kerana Khai jamin, setiap website yang dibawakan Khas oleh Scukz, tidak akan sesekali cuba menyelitkan sebarang Spyware atau Virus. Itu kerana, Khai juga bencikan depa (speaking utara aku).. haha
Illegal?
Sebagai seorang yang profesional, korang tentu dah faham-faham sendiri penolakkan liabiliti bila kita buat sesebuah web atau blog. Itu fungsi term & condition. Macam di weblog MP3 under Scukz ni, sudah tentu Khai takkan host kan sendiri di Scukz. Ramai yang bertanya aritu.. Dan kerana itu, Blogspot di rasakan tempat yang paling sesuai. Setiap MP3 yang di download juga bertujuan sebagai promosi semata-mata. Tidak akan ada satu pun full album yang akan diberi senang-senang di situ tanpa perlu korang mengeluarkan sedikit duit untuk menyedapkan telinga dengan membeli album mereka. MP3 yang diberikan PERCUMA di sana perlu dipadam dalam masa 72 jam dari masa di download. Heh, kalau Khai jadi korang pun, mana mungkin nak padam. Haa, itu yang dinamakan penolakkan liabiliti kata lecturer Khai. Kalau korang tak padam, itu masalah korang dan bukan tanggungjawab kami lagi.
Promosi?
Ya, memang setiap lagu di situ bertujuan sebagai promosi. Kalau rasa sedap, beli album. Rasa tak sedap, tapi kalau nak support artis kita, beli la jugak album diorang. Ada Indipendance (underground) band yang PM khai sendiri di YM untuk mempromosi lagu mereka. Antaranya Am, Drummer Hujan dan Roland, Guitarist Batu Bintang. Memang itu satu penangan dari Scukz selepas Fara Fauzana sendiri telah menjadi VVIP di Forums Scukz. Kalau tak percaya, lihat sendiri di sana.
Apa tunggu lagi?
Dan ini dia link yang perlu korang tujui selepas ini. Lupakan web download yang lain. Di sana korang bebas untuk mendownload dan boleh membuat request lagu dengan mudah. 100% free dan uptime 99.99%..
http://emp3s.blogspot.com
Khai juga seperti korang, cukup menyampah dengan domain yang leceh untuk di taip. Jangan risau mungkin beberapa bulan lagi, Khai akan dapatkan satu domain dari Wizurai jika dia masih kekalkan promosi domain dengan harga yang murah tu. Mungkin emp3s.net .. mudah untuk diingat bukan? so jom ramai-ramai, berikan support tak berbelah bagi korang. Khai juga mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi uploader Crew di sana. Kini sudah ada 3 orang dan Khai perlukan dua lagi. Sila hubungi Khai dengan segera. Jangan risau, Crew akan diberi gaji kerana iklan Advertlets atau Nuffnang dari Crew juga akan diletakkan di situ. Jangan pelik kalau iklan pemanis mata di sana dilihat mempunyai pelbagai owner.
Oh ya, Khai dah ada laptop idaman yang gila kool.. bila la nak dapat..
Gerhana Cinta Luka
Tajuk macam orang putus cinta jerk. Hehe, tension tension.. awek suka cari pasal then susah betul nak online. Dapat online pun sekali sekala je tambah plak hujan sampai 3 hari tak henti-henti. Allahuakbar! Tak sabar nak tunggu bulan satu. Huhu. Bila kat hostel baru dapat online hari hari. Masuk blog member, alahai, macam-macam ada. Update sana sini. Masuk blog aku, ahaks! paham-paham la sendiri. So sorry ye buat sesiapa yang kerap kunjungi blog ni dan yang subscribe sejak sekian kalinya tak pernah jemu. Untuk yang masih belum register, ape tunggu lagi, gi reg skang! Buat masa ni Khai agak busy join venture dengan seorang member UTeM sebab dia minta Khai design’kan membership card dan buat editing sikit untuk logo Negeri Sembilan 4-Stroke Club yang dia nak tubuhkan. Actually dah melambak member pun dalam masa seminggu.
Isk, tension betul bila masuk blog member, dah tulis komen panjang-panjang, sekali tekan send tahu ape yang keluar? SQL problem kejadah ntah. Untuk tulis lagi sekali, minta maaf je la. Time is tissue you know! so Crazychild, apekejadah lagi la blog ko tu, gi betulkan. Hehe.. Sedar tak sedar, Khai sendiri pun tak perasan yang blog ni makin lama makin skema bahasanya. Bila dah kene tegur dengan beberapa orang pembaca blog ni dan ada juga yang tegur melalui entry, rasa tersedar plak. Mana pergi identiti Encik Khai dulu? Sebenarnye, ape yang korang baca skang ni, ni la yang Khai buat dulu masa tulis Entri Blog. Niat di hati nak mempraktiskan diri menulis bahasa melayu yang kene dengan lenggang-lenggoknya, tapi bila baca balik kelakar la kau ni Khai! hihi..
Advertlets ku Sayang!
Yahoo Messenger 9 BETA
Pasal ni for sure ramai dah tahu. Actually Khai dah pun pakai lama dah, tapi baru harini la sibuk nak buat entri, Korang tak kisahkan? Ok, Untuk sesiapa yang masih belum install tu, pergi sana dan download. Untuk install, jangan la jadi sengal sampai buang YM yang lama dulu. Tak perlu, korang just terus install je yang baru ni terus! Tapi ingat, ianya still in BETA mood. So ada apa-apa masalah, paham-paham sendiri la yosh! Bila dah install je, apa yang pertama kita nampak, preference dia dah banya berubah sampai keliru dan tak berapa selesa. Jangan salahkan Yahoo! kalau ada PC yang hang sebab YM ni memang makan RAM yang agak besar. Salahkan diri sendiri sapa suruh kedekut sangat nak tambah RAM. Kalau dulu sampai sekarang still nak buat sesebuah application max pun untuk mereka yang RAM ciput je, camana la nak maju ye tak? Messenger List agak memakan ruang tapi boleh ubah sebab boleh pilih compact view atau detailed view. Banyak juga kelemahan untuk yang baru ni bila kita chat dengan mereka yang ketinggalan zaman coz masih guna version YM yang berabad lamanya dulu contohnya seperti banyaklah function-function yang di’disable’kan yang membuatkan versi baru pun langsung tak berguna. Banyak cakap tak guna, cuba nengok promotion video di sini atua boleh cuba sendiri. Download sana!
Scukz Portal
Sibuk-sibuk pun, sebagai satu-satunya insan yang mempunyai privilage sepenuhnya dengan semua network Scukz ni, terpaksa juga la Khai luangkan masa untuk ini dan itu. Dimaklumkan di sini, pada bulan Januari hingga Februari nanti, rombakkan besar-besaran sidang kabinet akan dilakukan di Scukz Portal. Theme juga dimodified biar kasi gempak lagi dan forums akan di promosi secara besar-besaran. Theme sekarang pun korang dah nampak perubahan sikit demi sedikit. Untuk yang masih belum join, terus ke sana sekarang dan register. Kalau dah register tu, tak reti-reti nak masuk forums ke? Serious, korang mesti addict nye!
Pesanan kepada beberapa orang yang nak menumpang sedikit ruang hdd server Scukz ni, harap maklum yang sekarang ni CGYhost melarang keras sebarang fail yang tiada kena mengena dengan Scukz diletakkan di dalam server. Ini bermakna kepada mereka yang sms Khai untuk meminta sedikit ruang server untuk upload something yang tiada kena mengena atau mendatangkan makna untuk pihak Scukz dan penaja, mohon maaf ok! Kepala y’all, blog ni akan kembali di update setiap hari bulan Januari nanti. Kata-kata kat sebelah kanan blog ni harap buat-buat tak nampak dulu la ye. Please.. hehe..
Media Prima TV Online
Oww.. rileks rileks.. kat bawah ni sekadar iklan dari Media Prima jerk. jangan terkejut.
Sengaja Khai ingin tayangkan iklan ini secara besar-besaran. Bukannya perlu pun sebenarnya. Actually, just tergoda dan terpesona dengan kecanggihan iklan ini. First time khai lihat, Wow..!!amacam? Wow tak? Anyway, kalau ada antara kalian yang blog ada pasang iklan bersaiz ini tetapi iklan Media Prima tu tak keluar, jangan sedih kerana hanya bloger terpillih sahaja yang akan megeluarkan iklan seperti di atas. Aku adalah diantaranya. Syukur..
Itu saje update kali in, Jom nengok TV online.
Advertlets & Mobile88
Pelbagai perkara menarik terjadi dalam hidup aku hari semalam. Seperti biasa aku tidur pada pukul 6 pagi dan terjaga pada jam 11. Lewat pula hari ini mungkin kerana terlalu penat kelmarin. Pukul 4 petang aku ke campus gara-gara pensyarah mahukan kami menonton filem sebagai kesinambungan assignment untuk menulis movie review. Meskipun hari ini sepatutnya aku tiada kelas, tapi dengan berat hati, aku pergi juga menonton cerita Jeeper Creeper 2 itu. Menyampah aku nengok pelajar perempuan terjerit sana, terjerit sini. Tahu la seram tapi cara mereka menjerit itu, aku tahu tidak lain tidak bukan sekadar menarik perhatian sang lelaki untuk mengurat. Aku menyampah lihat orang seperti itu. Di dalam panggung wayang Limkokwing tu, ada satu perkara yang aku tidak sangka-sangkakan kerana aku terjumpa sesuatu. Alhamdulillah. Habis menonton filem dalam pukul 8 malam aku terpaksa menunggu bas pula dihadapan Limkokwing University. Dalam kebengangan menanggung kelewatan bas sampai, aku duduk berborak bersama Nieza dan rakan-rakan. Tiba-tiba datang sebuah Produa Kancil putih meluncur laju ingin membuat aksi ‘drift’ dihadapan kami semua yang lebih dari 100 orang ni. Tiba tiba terbalik la pulak. Berlari aku dan beberapa pelajar lain ingin membantu. Kereta yang terbalik itu kami tolak sehingga normal semula. Mereka bertiga yang kesakitan + malu terus naik kereta dan berambus pergi tanpa sebarang ucapan terima kasih. Tidak mengapalah sekurangnya butiran cermin kereta mereka yang pecah tu tetap bersama kami menunggu bas. Haha. Nasib tak sempat nak ambil gambar dek keadaan huru hara sangat. Kalau sempat, tentu menarik entry aku hari ini.
Aku menjenguk lagi ke akaun Advertlets. Alhamdulillah, permohonan aku dah pun diluluskan. Terima Kasih Advertlets. Kepada yang mempunyai blog atau website tidak kiralah dihostkan sendiri atau yang percuma, jangan segan-segan pasang iklan advertlets kat blog atau web kalian kerana ianya betul-betul tidak merugikan even pendapatan tak seberapa pun, siapa nak kasi kau duit senang-senang macam tu je? Dalam banyak-banyak advertising campaign, Advertlets adalah yang paling mendatangkan hasil untuk aku. Nuffnang? sehingga kini baru beberapa sen dek bahana cost per click campign yang mereka perkenalkan :P
Aku juga ingin memperkenalkan sebuah website handphone preview kepada kau semua yang menghimpunkan semua jenama handphone di dunia dan ianya dari Malaysia. Aku tak tahu di mana kau mencari info dan maklumat mengenai sesebuah handphone yang kau minat. Almost i think di official website mereka bukan? tetapi bagi aku, Mobile88.Com adalah tempat paling sempurna pernah aku jumpa. Mungkin aku sukakan angka 88 di penghujung nama website itu kerana itu adalah tahun kelahiran aku. Kalian cubalah dan pastinya, aku tak sabar menanti hadiah N73 dari Kak Lea tu. Betul kata Kid, aku ni lucky guy kerana aku juga merasakan begitu kerana aku memang bertuah mengenali seorang insan yang sungguh baik hati seperti Kak Lea. Semoga beliau terus sukses dalam kerjaya’nya. InsyaAllah.
Psstt: Internet aku esok dah expired tapi tak boleh nak topup lagi coz pihak management membekukan penjualan topup prepaid broadband. Mungkin kerana ingin memboikot Go Lightspeed Broadband kerana servis taik mereka. What can i do now, go to Cyber Cafe to make a research for my assignment and update this blog or just kill myself in boring mood without internet. Nak nengok gambar hantu yang member aku tangkap?
Aku dah resizekan size gambar ini kepada 500x500px. Saiz asal 2000x2000px yang membolehkan aku melihat bayangan hantu itu lebih detail. Kalau kau seorang yang berani mahu lihat, sila PM aku secara personal. Gambar itu diambil oleh member baik aku semasa di Melaka baru baru ini. Beliau seorang student Limkokwing University yang mengambil course Diploma in Digital Photography. Mohd Shahrir namanya atau lebih dikenali sebagai Big Show.