
Sebelum kita semua mengenali lebih rapat siapa sebenarnya seorang perempuan tu, Khai nak buktikan kat korang betapa kentalnya jiwa Khai mahu menonton Geng: Pengembaraan Bermula. Buktinya dari tempahan tiket di bawah. Hahaha. Yang sedihnya awek jauh and member plak ramai yang dah takde sini, so Khai buat pertama kalinya akan masuk panggung seorang diri. Nak taknak amik seat tepi sekali tapi still dalam bahagian tengah walaupun banyak lagi yang kosong. Hell no.. Lonely boy betul aku ni ~

So kalau korang taknak bosan beratur panjang time beli tiket, pandai-pandai’lah gunakan kemudahan yang ada. Sila booking tiket secara online. Sure ramai yang jeles bila diorang kena beratur panjang-panjang, dan korang dengan muka penuh slenga terus je ikut lorong reservation untuk ambil tiket. Hahaha. Indahkan dunia? InsyaAllah akan ada entri khas Upin Ipin lepas Khai keluar panggung nanti. Hah korang? Bila lagi. RM10 aje weiiii… ape sangatlah RM10 tu untuk menonton hasil seni anak-anak Malaysia yang menelan belanja lebih 4 juta ringgit ni?
Nak order online? – TGV | GSC
Ok, ini adalah entri untuk Justkhai readers yang mempunyai ***** atau lebih mudah dikenali sebagai lelaki-lah. Hehe. Kepada yang tiada ***** tu, baik jangan baca sebab entri ni bulat-bulat melekat kat muka korang. Hurm, perlu ke Khai nyatakan ***** tu eh? Kan lebih mudah sebut lelaki perempuan je. Kan entri ni lebih ringkas. Ah, itu adat resam di blog ini. Tiada entri yang pendek. Pandai-pandai korang la nak baca. Tak baca kita tak marah pun.. Tapi sakit hati je. Hehe.
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. (more…)
Posted on 11 February '09 by Khai, under Anime, Fun & Jokes, Love. 65 Comments.
Pernah menonton animasi pendek bertajuk Misi Mustahak? Misi 3 orang tua yang mahu menonton televisyen terhalang oleh seorang wanita berbadan sasa penjaga rumah orang tua. Hah, kalau tak pernah nengok, kau masih lagi seorang yang berbumbung’kan tempurung. Untuk animasi pendek itu, sudah cukup membuatkan aku terbayang-bayang malaysia akan ada animasi yang hebat tidak lama lagi. Berikan pula animasi kita kepada dunia luar. Bukan hanya membayar animasi luar untuk dibawa masuk ke sini. Aku pilu melihat animasi kita seperti Usop Sontorian dan Keluangman. Aku sangat sukakan jalan cerita kedua-dua animasi itu tetapi apa yang membuatkan aku pilu adalah akan ‘kecantikkan’ animasi’nya. Jalan cerita yang baik perlu diikuti dengan animasi yang baik. Bukan lagi seperti animasi Doraemon yang sudah wujud sejak 30 tahun dahulu apakan lagi jika animasi kita lebih biasa dari Doraemon. Oh, itu satu disaster!
Aku pernah berbicara dengan seorang senior aku yang kini menjalani praktikal di sebuah studio animasi terkenal di Malaysia. Aku bertanyakan tentang dunia’nya di sana. Aku terkejut mendengar mereka membuat kartun untuk projek terbaru bagi animasi di TV1 menggunakan Adobe Flash. Adobe Flash? ah, patutlah kartun Malaysia tidak pernah berubah. Belajar di Universiti yang penuh dengan dunia kretiviti, membuatkan aku lebih celik mengenai animasi. Aku tidak lagi memandang animasi hanya sebuah cerita kanak-kanak tetapi lebih memandang di mana keunikkan sesuatu animasi yang ada. Menonton animasi dari luar terutama dari Jepun membuatkan kita berfikiran ianya sudah biasa. Akan tetapi, bagaimana jika kita dapat melihat animasi seperti mereka wujud di Malaysia?

pemegang watak suara bagi animasi Upin & Ipin.
Aku terpaku melihat sebuah animasi dari Malaysia bertajuk Upin & Ipin yang berkisarkan tentang kehidupan dua beradik kembar melalui bulan puasa. Jalan cerita’nya sangat baik membuatkan aku ketawa tidak kering gusi. Upin dan Ipin terlalu comel bagi aku walau kepala mereka terlebih besar sedikit dari badan. Melihat animasinya pula, eh, betul ke ini animasi dari Malaysia? Ya, ianya betul. Lihat sahaja rekaan watak yang ada. Tersangatlah kemelayuan dan ini adalah sebuah animasi 3D. Akhirnya, slogan Malaysia Boleh akhirnya menjadi kenyataan. Bukan sekadar angan-angan kosong.

Les’ Copaque Production, sebuah produksi yang sama menghasilkan Misi Mustahak yang aku ceritakan di atas tadi telah muncul untuk merubah persepsi animasi di Malaysia. Les’ Copaque menjadi bumbung kepada anak-anak muda kita yang menjadi tiang kepada Les’ Copaque sendiri. Kebanyakkan dari mereka datang dari pelajar lulusanMMU dan lebih 90% dari mereka adalah anak Melayu. Tidak cukup membuatkan aku teruja dengan itu, lihat pula apa yang sudah mereka ada. Mereka telah menang banyak award. Lihat sahaja di sini. Projek terbaru mereka ialah animasi Geng:The Adventure Begins yang akan beraksi di kaca televisyen atau mungkin panggung wayang pada akhir tahun ini. Cuba lihat trailer mereka. Hopefully bukan di RTM atau Astro!! Ini adalah filem animasi CGI Malaysia yang pertama. So, tulis dalam diari atau note sedikit dalam handphone kalian!! Made in Malaysia by Malaysian you know!
Berbalik kepada animasi Upin & Ipin, ianya adalah kesinambungan bagi filem animasi Geng dek kerana Upin & Ipin juga turut beraksi dalam filem animasi tersebut. Sebuah lagi produk berkualiti dari Les’ Copaque. Sehingga artikel ini di tulis, animasi ini baru 4 episod keudara di TV9 setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 7:30 malam. Masih menunggu dua (2) episod lagi bagi menggenapkan enam (6) episod kesemuanya. Minum segelas air, pergi solat Maghrib dan makanlah di hadapan televisyen bersama Upin & Ipin. Aku terlalu banyak ‘miss’ dengan animasi ini tetapi terima kasih kepada Youtube. Pergi ke sana dan tonton’nya. Kau tahu, animasi ini membuatkan aku rasa yang Kak Rose si cantik manis itu betul-betul wujud. Oh, aku admire akan beliau. Kak Rose….. juga ingin saja ku tarik jambul Upin dan sekeh kepala botak licin si Ipin yang kuat sangat melantak ayam goreng!
Download – Right click & save link as
Kalau dah sedar diri awak tu guna Streamyx yang lembap, takyah la nengok sekat2 camtu buat sakit hati je. Ni aku ada sediakan link untuk terus Download. Sila Right Click & save Link As. Tambahkan extension .flv di belakang nama file dan perlukan any FLV Player untuk dimainkan. Dapatkanlah GOM Player!!

Download Upin & Ipin Episod 1 – Esok Puasa

Download Upin & Ipin Episod 2 – Dugaan

Download Upin & Ipin Episod 3 – Nikmat

Download Upin & Ipin Episod 4 – Terawih

Download Upin & Ipin Episod 5 – Esok Raya

Download Upin & Ipin Episod 6 – Hari Raya
Ini paling wajib kalian download. Aku rasa sampai nak menangis melihat kehebatan trailer ini.

Download Geng: The Adventure Begins Trailer
Panjangnya aku menulis. Dah pukul 8:45 pagi aku masih belum tidur lagi. Dah lebih 2 jam 45 minit waktu tidur aku.. Huwaaa…
* Dua lagi episod telah di tambah pada 16 Oktober 2007.
Tentu ramai yang minat anime Naruto kan? Khai dah tak berapa nak minat le plak coz dah banyak episode tertinggal. Tak sempat download coz kat Limkokwing ade proxy le.. hampeh sungguh.. ni bila cuti, dapat la download sket sket anime dia.. tapi bila dah banyak tertinggal tu, rasa tak bersemangat plak nak layan dah..
tapi takpe la .. kepada yang minat naruto, ni khai ade scan kan profile kesemua character dalam anime naruto tu.. sebenarnye saja try Scanner baru, dah terlanjur terscan profile character naruto ni, so khai upload aje la ntuk korang sedut dan jadikan koleksi.. Kalau blur korang kene Zoom la yer coz besar benar pic ni… Orait ..
Download it here ..
Posted on 6 October '06 by Khai, under Anime. 13 Comments.