
Disclaimer: Tiada satu pun artikel walau dengan sepatah ayat di Justkhai mengambil (copy paste) artikel dari mana-mana blog di dalam dunia ini. Boleh dikatakan, 100% artikel di blog ini adalah tulen dan kualitinya, korang tentukan. Ianya akan berterusan, InsyaAllah selagi mampu dan waras otak ini berfungsi.
Kenyataan: Terlalu banyak blog sampah di luar sana (terutamanya dari blogspot), mengambil (copy paste) artikel-artikel di blog ini dan dijadikan artikel blog mereka. Yang peliknya, dia malas nak beri kredit dari mana artikel di ambil, tapi rajin pulak tu tukar sebiji-sebiji nama “KHAI” di dalam artikel dengan nama dia sendiri.
OK Tamat Mukadimah versi amukan Puaka Niyang Rapik dan tiada kata-kata yang lebih indah dari itu. Sebenarnya bukan apa, tadi (more…)
Posted on 9 March '10 by Khai, under Blog, Blogspot, Hidup Khai. 150 Comments.

Rajin Khai update blog kan? Boleh kata setiap hari Khai akan update dan ada tarikh tertentu yang sehari sampai 2 entri baru Khai tulis. Entahlah, mungkin ilham nak menekan keyboard ni tiba-tiba datang, dan tanpa buang masa, Khai tekan je la apa yang terlintas. Sambutan yang diterima pun alhamdulillah, makin hari semakin meningkat. Online users pun makin hari makin bertambah dan dalam sehari untuk terima 30 komen dalam entri tu bukan sesuatu yang susah lagi untuk Justkhai. Ada yang letak iklan terus untuk setahun (RM100 jer pun). Terima kasih atas sokongan korang. Allah je yang membalasnya.
Tadi, melalui reader Khai cuba nak masuk blog DesignZen yang beralamat di http://designzen.wordpress.com. Malangnya, apa yang keluar adalah seperti di bawah.

Itulah penangan paling ditakuti mereka yang ber’blog menggunakan khidmat blog percuma. Sayang sekali untuk blog yang bagus begitu disuspend dengan sangat mudah.Tapi jika blog WordPress percuma korang di’suspend, masih ada peluang untuk mendapatkan balik blog tersebut dengan cara menghubungi mereka kerana WordPress menggunakan robot untuk mengawal mana-mana blog di bawahnya yang mempamerkan scam link di dalam network mereka. [ini contoh satu kes]
Begitu juga pernah terjadi dulu, Blog Tun Mahathir di Blogspot yang di’suspend untuk selama-lamanya akibat dicop sebagai scam dan tiada apa lagi yang dapat diselamatkan. Biar menangis air mata darah sekalipun, korang tiada hak nak marah mereka kerana blog korang adalah percuma dan korang dah tentu takde 1% pun share dengan mereka di Blogspot.
Kalau ditanya Khai mana satu yang bagus Khai akan jawab dua-dua pun bagus kerana WordPress dan Blogspot masing-masing ada pengikut dan cara persembahan mereka yang tersendiri. Lagi-lagi Blogspot yang dimiliki sepenuhnya oleh Google dan dah cukup lama dalam dunia blogging ni. Paling best dengan Blogspot korang boleh create berapa banyak blog yang korang suka dengan mudah hanya dengan satu akaun. Kan? Pendek kata, mana-mana pun, hasilnya tetap sebuah blog yang boleh ditulis dan dibaca oleh orang lain se’antero dunia.
Sekarang lupakan mana satu yang terbaik dan korang hanya perlu fikirkan satu perkara iaitu bila blog korang di WordPress (Free Version) atau Blogspot disuspend sementara atau mungkin untuk selamanya. Mesti ada yang menangis air mata darah nanti kan? Berputih mata kerana ada antara blogger yang menggunakan Blogspot berjaya generate income sampai bertatus dollar US melalui Adsense tapi akhirnya berputih mata selepas blog di suspend. Khai juga nampak awek-awek cun yang memiliki blog di Blogspot, sangat pandai menghias blog mereka sehingga nampak begitu ranggi, funky, pinky, cutey dan mantap habis. Kalau kena suspend, pasti menangis bagai hilang dara sebelum berkahwin. LOL! (more…)
Posted on 22 February '09 by Khai, under Blog, Blogspot, wordpress. 67 Comments.

10 Hari terakhir sebelum menjelang tahun 2009 dah pun tiba. Yay! Secara tak rasminya, umur korang semua pun bertambah la satu lagi. Umur Khai baru nak masuk 21.. Muda lagi… lambat lagi nak kahwin tu.. Leh enjoy-enjoy dengan chick-chick yang ada (takde maknanya Khai).
Tadi masuk satu blog ni. Blog adik Nurfarahin. Comel budak ni. Kalau rasa nak ada pakwe mitahli, call Khai eh? Hahaha. Sebab apa Khai boleh termasuk blog dia yang cute tu? Kalau dah dia puji Khai melambung-lambung sampai ke bulan, Pakcik Google pun laju je la index. Hehehe. Thanks ye Adik Nurfarahin. Nanti raya 2009 nanti Khai kasi duit raya eh? buat beli aiskrem.. Taknak? Taknak sudah, Khai je la makan.
Dalam kepala Khai sekarang ni terasa macam nak sambung belajar. Well, Khai rasa nak masuk Uitm, Shah Alam. Tadi tanye budak Uitm sorang ni, dia cakap next intake bulan 5 ni. Khai rasa nak study bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat. Rasa ilmu yang ada sekarang ni sangat-sangat la tak cukup. Thanks to Sir Rozhan yang sedikit-sebanyak beri Khai semangat untuk sambung belajar. Kalau ikutkan nak kerja je terus. Tak sabar nak jadi kaya-raya kan? BMW sebijik. Hehe. Apapun bulan 5 tu lama jugak tu. Sempat la kalau nak kerja kat mana-mana. Still tunggu status kat sebuah kompeni hosting ni. Approve je, terus masuk kerja je lah. Atau kalau korang ada offer untuk Khai, kontek-kontek la insan hina ini yer.
Ah sudah. Mana tutorial’nya ye tak? ok ok.. (more…)