Archive for 'Celebrity'

Anak Pontianak Mengamuk Lagi

anak-pontianak_banner.jpg
Korang semua tentu tahu dengan drama bersiri terbaru kat TV3 ni. Anak Pontianak as sequal dari filem Pontianak Harum Sundal Malam. So jangan lupa saksikan setiap hari Khamis jam 9 malam. Kalau malas nak nengok tv pon, korang boleh nengok online setiap episod di website utama TV3. So harini korang bersama Khai, bukan lagi bersama Nas Ahmad.

Jom kita TERJAH beberapa aksi belakang tabir Zarina An-Julie ..

anak_pontianak_1.jpg

anak_pontianak_2.jpg

anak_pontianak_3_edit.jpg

WARNING: Gambar selebihnya di bawah ini mengandungi unsur yang agak lucah. Walaubagaimanapun, Khai telah mengaburkan gambar2 tersebut bagi menyesuaikan paparan untuk semua. Bagi mereka yang tidak mahu melihat gambar2 tersebut, jangan lihat. Mahu lihat, itu tanggungjawab anda sendiri.

Untuk aksi belakang tabir katil.. sila baca lagi.. (more…)

Posted on 14 January '08 by , under Breaking News, Celebrity. 167 Comments.

Gegar U! 2

bersama-dafi.jpgAku baru lepas potong rambut. Ah rimasnya badan tapi nanti la mandi, baik update blog ni dulu untuk menunaikan janji satu hari satu post untuk blog ini. Hurm.. study di Limkokwing sangat untung. Dunia kau sudah cukup di hostel. Jika kau nak gunting rambut, kau boleh cari member yang amik course Hair Design. Kalau kau nak buat fashion kau sendiri atau seluar kau koyak, kau hanya cari member yang amik course Fashion. Aku beruntung sebab room-mate aku adalah seorang budak fashion. Jika kau perlu membuat editing atau web, kau hanya perlu cari member seperti aku kerana aku budak Creative Multimedia dan jika kau ingin tankap gambar kau dengan menarik ala-ala seorang model, kau hanya perlu cari member yang amik course Photography. Hah! tu baru sikit contoh aku bagi. Kau boleh bayang’kan tak bagaimana gembira’nya aku hidup di sini?

dsc01134.jpg

Oklah, sebenarnya aku still penat ni. Pagi tadi bangun tidur lambat. Maklumlah dulu ada alarm handphone aku yang bunyi takpun awek aku call, sekarang ni takde apa-apa bunyi dah. Handphone dah hilang la kata’kan. So aku naik bas pukul 12 tengahari. Sampai campus, aku nengok orang dah ramai. GEGAR U! dah start dari jam 10 pagi lagi. Ah aku terlambat! Aku jumpa member-member aku di sana. Masing-masing nak tunjuk gambar diorang bersama artist. Haiya! Yang aku nampak tadi adalah Aqasha, Dafi dan beberapa budak Akademi Fantasia lain. Lepas tu ambil air tin free sumbangan Power Root. Cakar dinding la aku kejap lagi. Kawan-kawan aku amik ber’tin-tin. Langsung tak tinggal orang belakang. Apa la diorang ni.

Lepas je minum air, masing-masing busy bawa haluan sendiri. Tangkap gambar dengan artis la, main game yang ada la dan yang duduk lepak-lepak pun ramai. Aku ada la amik sekeping dua gambar dengan Dafi. Dengan Aqasha sorry la, tak berapa nak minat la. Kesian aku nengok Dafi, kene serbu sampai dia kena bawak lari pergi tempat lain. Gayat juga student-student Limkokwing ni. Buat malu betul. Kawan plak kepada Pat yang janji nak kasi hadiah cenkodok ntuk besday aku tu. hahaha.. Sibuk terjerit-jerit Dafii!! Dafii!! nak aje aku sekeh!! Nieza (awek aku) pun dua kali lima je. Tu la perempuan. Pantang nengok jantan jambu sikit terus mental! Awek kat atas tu takyah cakap la. Nyampes!

Then artis-artis tu semua perform la sket. Disambung ngan band dari student (member-member aku gak). Aku dan (more…)

Posted on 2 August '07 by , under Celebrity, Event. 22 Comments.

Chris Benoit’s death part of a double murder-suicide

benoit_with_guerrero.jpg
“Dua-dua dah rest in peace.. peace la sgt”

What a breaking news.. especially for die hard fans of World Wrestling Entertainment.. huhu.. baru je beberapa haritu writed entry pasal Vince McMahon mati dibunuh dalam letupan limosin nya (Tuhan je yang tahu betul ke tipu), arini dikejutkan ngan kematian Chris Benoit plak (khai la yg baru tahu).. haha.. bunuh diri la plak.. ternampak dari feedback yang si Khairilz tulis kat shoutbox tepi tu.. Lepas satu, datang satu hal plak.. Benoit nye kes ni lagi gila gila.. dah bunuh family dia, dia plak bunuh diri.. wut the heck? ape nak jadi ngan wrestler WWE lagi lepas ni pon tak tahu la.. huhuhu.. bunuh diri aje la… x pon kene bunuh sia sia.. itu la dia.. kapir!!

Benoit’s Profile

benoit.jpg

Height: 5 foot 11
Weight: 220 pounds
From: Atlanta, Ga. (originally from Edmonton, Alberta, Canada)
Finishing Move: Crippler Crossface

Career Highlights: World Heavyweight Champion; 3-time World Tag Team Champion; 3-time Intercontinental Champion; 4-time United States Champion; WWE Tag Team Champion; 2004 Royal Rumble Winner; 2-time WCW Tag Team Champion, 3-time WCW Television Champion; ECW Tag Team Champion

WWE Debut: Jan. 31, 2000Trained By: Stu Hart

Keratan Articles dari beberapa web dan akbar tempatan..
(more…)

Posted on 28 June '07 by , under Breaking News, Celebrity. 7 Comments.

Hot Kiss dari selebriti kita..

deanna-yusof-kiss.jpg

Dah lama tak bukak cerita pasal artis kat blog ni.. Tak tahu la bagi y’all ini cerita lapok ke atau tidak. Maybe dah ramai yang tahu.. tapi mungkin juga ada yang taknak amik tahu.. tapi takpe la.. kasi tahu jugak.. wakakaka.. Last week, masa Khai nak beli newspaper, ternampak satu kat muka surat depan Malay Mail.. Kisah pasal aksi cium penuh bernafsu dari selebriti terkenal Malaysia ni.. Dalam hati Khai.. alahai lembap nye suratkhabar ni sebab baru nak kuarkan cerita padahal kat forums Scukz tu hah dah lama dah ade.. Masuk akhbar muka depan, tapi semua yang kene mengena ngan artis tu dikaburkan. Snapshot website YouTube yang ada tertulis nama artis tu juga, di blur kan.. Ape punye newspaper la cerita nak best aje kat muka depan.. tapi craps.. bukan ke akhbar ni tempat memberitahu kepada umum.. bukan kasi news yang blur tu… Agaknya dia takut artis tersebut saman malu kot.. Pada pendapat Khai, ape nak takut.. sebab artis tu bukan tahu malu pun.. tahu plak dia pasal saman malu ni.. haha..
(more…)

Posted on 19 June '07 by , under Celebrity. 17 Comments.

Datin Norjuma Habib Muhamed

nojuma_habib_muhamed
“Datin Norjuma kah ini? Cute nyeee!!”

Wanita ini pernah Khai admire suatu ketika dulu. Tapi itu semua tinggal kenangan.. Ecececee.. Kat atas tu Khai dah combinekan sekali gambar Datin Norjuma Habib Muhamed ni dulu dan kini. Kini tu mean dia dah ade cahaya mata la tuh.. Belum terlambat untuk ucapkan tahniah kepada Datuk dan Datin.

juma2.jpg
” Gambar diorang masa khawin dulu “

Datin senyum je coz dia tak perlu risau coz banyak duit.. Nanti pergi Slim Centre, slim balik ek? Tapi betul2 berubah kan orangnya. Bak kata seorang forumers di scukz.com, “macam di pam-pam”.. tu diorang yang cakap yer.. bukan Khai .. minta diri duluu..

pssttt: hopefully wife aku nanti nak beranak ke, tak beranak ke.. nak buang air besar kee.. maintain slim n slender.. Haha!! cam Wardina ke? Ermmmm…

*** Tolong sign kat guestbook Khai ni yer.. Click link di bawah

AUTOGRAPH MY GUESTBOOK!!

Posted on 21 February '07 by , under Celebrity. 39 Comments.

Rosnah Mat Aris cari nahas!!


“Penghinaan yang melampau dari pandangan khai!!”

Seperti yang dilihat, inilah themes terbaru blog ini yang telah dimodified kan dari keluaran aslinya. Dan pertama kalinya Khai nak upgradekan blog ini ke Version 2. Saja je ngada2. Khai tertarik ngan themes ni bila si Acul (Scukz.com Graphic Designer) suruh Khai usya web baru dia. Dah pindah server juga akhirnya member aku yang sorang ni. Hope tak la sakit jiwa cam sebelum2 ni ek? Tak gitu Acul oi?

Ok, Khai just terkejut ngan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rosnah Mat Aris ni. Apesal la bangang sangat dia tu. Kalau dah jahil agama tu, x payah la nak sebut pasal hal keagamaan. First time Khai lihat orang melayu islam kita sendiri berani menghina isteri Rasulullah S.A.W nabi sanjungan kita. Ape pendapat y’all ek? sebagai umat Islam, Khai sendiri berasa sangat sedih dan tersentuh dengan kata2 beliau dia. Janganlah nak membezakan sesuatu dengan Rasulullah kalau anda seorang yang jahil dan bermulut longkang!!

Yang herannya, manusia jahil yang berani macam dia tu selalu aje keluar kat rancangan Sensasi di TV3. Haritu si Kartina Aziz beri pendapat pasal pelakon pakai tudung. Abis kene serang ngan penyokong industri tanah air. Ni pompuan yang sorang ni pulak. Alahai.. Apa pun Rosnah Mat Aris ni telah menarik balik kata2nya. Kalau memohon maaf pun kepada siapa kerana isteri Rasulullah telah lama wafat. Mungkin ini satu pengajaran untuk artis atau sesiapa sahaja yang ingin bercakap, sila jangan ikut sedap mulut aje ok. Nanti diri sendiri yang susah…

Pssttt: Housemate aku yang 24 orang ni semua cakap kalau jumpe perempuan ni, mmg kene belasah. Diorang yang cakap yer.. Khai tak tahuuuu… Terkejut housemate khai sampai 24 orang? hehe.. dapat rumah condo penthouse daa.. biasa la tu.. Lagi satu, Dunia Baru 2 da tamat.. waa.. sedih-sedih lepas ni dah takde cerita best dah setiap hari isnin. Ape pun tunggu je Dunia Baru the Movie yang sedang giat shooting sekarang ni.

Posted on 9 February '07 by , under Celebrity, Religion. 43 Comments.

Protected: Pendedahan berani Dato Siti Nurhaliza

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Posted on 19 January '07 by , under Celebrity. 117 Comments.

Pengacara TV yang memalukan..

raja_hendon_mastura.jpg

Kadang2 Khai rasa cam tertipu plak ye. Betul jugak kata orang, ” Dont judge a book by it cover ” .. tapi bidalan ni selalunya menyeru kita supaya tidak memikirkan yang buruk-buruk mengenai seseorang. Tapi bidalan ni juga kadang-kala menyebabkan kita menyilap tafsir kepada seseorang yang dikaca tv pijak semut pon tak mati.. Punye la sopan santun.. kalau keluar kat MHI atau Medik TV tu, abis semua mak nenek kat Malaysia ni mengidam nak jadikan menantu.. tapi lepas nengok gambar2 yang Khai akan dedahkan ni, pastinya mak nenek di Malaysia ni akan menganggap mimpi ngeri je la jadikan that girl menantu.. Hoh!! Hipokrit sungguh!! buat topic khas dalam rancangan Sensasi kat TV3 bagus ni. Kasi hentam personality satu bumbung!! Hehe..

Susah nak percaya dia ni boleh berpakaian macam ni. Bukan agak memalukan, tapi sangat-sangat memalukan. Awak tu melayu, buat cara melayu.. yang Daphene Iking tu tak kisah la. Dia bukan melayu pon dan paling pentingnya bukan Islam. Dia nak berbogel, telanjang bulat or ape pon, dia punya pasal. Tapi yang melayu ni, alahai.. memalukan la.. ingat awak tu minah salleh dari Australia ke ape? Har har har…

raja_hendon_mastura-2.jpg
” GULP!! GULP!!.. dapatkan GULP di 7E berhampiran.. huhu ”

Nak cakap bangang kurang bijak, kebanyakkan personaliti TV ni semuanya lulusan University dalam bidang masing-masing. Kot ye pon nak tangkap gambar berbikini bottom spongebob sekalipon (haha), pandai-pandai la simpan.. Ape pon semoga selebriti ni bertaubat dan berpikir dahulu sebelum buang!! Tak salah rasanya nak scuba diving ke, mandi laut ke atau apa sahaja, pakai la pakaian yang bersopan sikit. Bukan berbikini macam tu. Awak kan public figure.. heh!

raja3.jpg raja4.jpg raja7.jpg

raja5.jpg raja6.jpg raja9.jpg


Trackback : Scukz.Com Forums. Post by kak Haryani.

Pssttt: Bile lagi Melodi mau terjah orang dalam? Kepada beliau tu, sorry, i malas nak blur kan muka you sebab i dapat gambar tu pun dah mmg macam tu. Camana i boleh dapat? pikir balik camana pic personal pon boleh masuk dalam internet… tepuk dada tanya iman ye..

Posted on 16 January '07 by , under Celebrity. 114 Comments.

Protected: Anak Seorang Motivator

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Posted on 16 January '07 by , under Celebrity. 85 Comments.

Comment D-va About Scukz.Com!!


Video ni dah lama dah. Dirakamkan awal tahun aritu. Tapi ade yang request nak nengok balik.. Video ni adalah komen oleh salah seorang member scukz.com, Shahs yang juga seorang vokalis sebuah band tempatan, D-va.. Ala band yang popular dengan lagu Aku, Dia dan Kamu, Dikala Sepi & Cinta Boneka tu.. Video ini dirakamkan di sebuah pusat karaoke berdekatan dengan Bangsar Shoping Center (BSC) oleh Reporter Scukz.Com.

Jom nengok si Shahs ni perform live kat TV.. Click Here!!

Pssttt : forums mana lagi yang korang boleh jumpe artist join wei selain Scukz.Com? hehe!! ape pon nantikan album baru diorang yang akan release tak lama lagi!!

D-VA OFFICAL MYSPACE : http://myspace.com/dvaonline

Posted on 29 November '06 by , under Celebrity. 14 Comments.