Dah hampir sebulan rasanya Khai gunakan TuneUp Utilities 2010 ni untuk Miss Merlot yang ber’platform’kan Windows Se7en Ultimate. Tapi serius tak rasa pun nak tulis entri kat Justkhai. Betul-betul dah lupa dulu blog ni pun selalu review pasal software-software. Sekarang langsung tak ingat je sibuk punya pasal.
Sehinggalah ada pembaca Justkhai yang selak-selak artikel lama mungkin, komen kat entri pasal TuneUp 2009 yang dipublish awal tahun ini. Katanya keygen untuk TuneUp 2009 tu dah expired. Jadi dia minta Khai update yang baru. Jadi untuk menjawab perkara tu, Khai keluarkan artikel pasal TuneUp Utilities 2010 yang terbaru ni. (more…)
Posted on 15 November '09 by Khai, under Download, Software. 90 Comments.
Tak tahu apesal tangan ni rasa gatal je nak update blog. Haha padan muka korang. Dulu bila tak ber’update sibuk suruh update, sekarang dah ber’update tak renti-renti, korang plak mengeluh sebab terpaksa nak baca jugak. Kan kan? hehehe!! Khai rasa happy dan dihargai bila ada yang email cakap dah baca habis semua entri dalam blog ni dalam masa beberapa jam. Ada yang tak tido baca start pukul 10 malam sampai 6 pagi. Fuh! mental ke ape korang ni? So pada yang baru terjerumus masuk ke blog ni, boleh la cuba-cuba baca entri yang lepas. InsyaAllah dapat la sesuatu yang tak disangka-sangka kan?
Apa yang buat Khai sendiri rasa menarik dengan blog pink ni, bila blog ni takde niche yang di’khususkan. Kiranya semua perkara dalam 1 blog. Ini pun dikira menyahut seruan kerajaan untuk 1 Malaysia la iye tak? Hehe. Blog ni juga sebenarnya menjadi bahan rujukan Khai untuk perkara-perkara yang dah lepas. Kadang-kadang bila Khai baca balik entri-entri lama, rasa macam baru je terjadi. Nengok tarikh entri tu, leW!! dah dua tahun rupanya. Terus tersenyum sendiri macam orang gila. Untuk yang takde blog tu, jangan memperlekeh akan kewujudan blog since korang tak pernah rasa mempunyai sebuah blog.
See! Ni la yang jadi bila tangan gatal nak update, tapi tak tahu nak update pasal ape. Kan dah membebel macam mak nenek. Hahahah!! Nasib tulisan je, kalau guna suara, mahu bernanah telinga korang nak mendengar.
Ok disebabkan dalam entri ni ada menyebut pasal 1Malaysia, so meh Khai kongsi perlbagai one lain yang paling terbaik. Rolf!!
1Wallpaper
Ini wallpaper yang korang akan nampak di Apple iPhone. Hakikatnya, ianya bukanlah milik Apple Inc tetapi digunakan dengan izin oleh Apple untuk wallpaper rasmi bagi iPhone. Jadi download wallpaper kat bawah ni untuk letak di desktop korang pula. Nama ikan tu Clown Fish tapi Khai panggil dia Nemo je since ikan ni famous gila lepas berlakon filem Finding Nemo. Hehehe.

Clown Fish Wallpaper | 2560 x 1600 | 500kb
1MP3
Mula-mula tercari-cari jugak apa MP3 paling best dalam dunia ni untuk di’share dengan korang. Tengah cari punya cari, terjumpa (more…)

Khai sering termenung sendiri.. memikirkan apa yang nak aku update kat blog hari ni.. Hurm, kalau nak update blog senang je sebenarnya. Korang boleh cerita hari ni korang buat ape. Korang gosok gigi lepas tu ubat gigi korang habis. Tapi peduli ape. Siapa nak baca cerita korang pasal ubat gigi yang habis tu. Hehe. Itu satu sindiran la untuk blog-blog yang rajin menulis cerita sebegitu. Kalau korang ni artis takpe la jugak. Nak la jugak orang amik tahu pasal ubat gigi korang yang habis tu. Tapi kalau korang awek cun, kebarangkalian orang nak baca cerita korang tu adalah tinggi. Fikirkan, apa yang orang dapat dari cerita tu? Bukan ke buang masa je untuk orang baca? Lain la diorang nak sponsor ubat gigi korang tu. Hehe..
Umur Khai 3 Ogos ni, dah masuk 21 tahun. So secara automatik korang akan nampak perkembangan entri-entri di blog ni, makin lama makin berat. Kalau korang refer balik entri-entri beberapa tahun lepas, korang sendiri akan nampak beberapa entri ringan atau mungkin setakat share gambar-gambar lawak je (baik korang usya Oh! Tidak je ye tak?). Kalau orang nak cakap, Justkhai ni macam blog budak-budak pun, who cares. Dah memang owner dia 21 tahun kan, memang budak hingusan pun lagi. Tapi, kira ok la ada usaha nak majukan diri dari budak 21 tahun yang lain. Ada yang merempit, ada yang jadi penagih, ada yang.. errr… jadi perogol berdaftar. Hahaha.. Ape nak jadi lah..
Berkata mengenai entri, lama Khai tak berkongsi sesuatu kat sini. Maksudnya ada something yang boleh korang download dan sangat berguna untuk kegunaan sendiri. Itu sesuatu yang Khai suka buat dulu. Who cares about bandwidth. Syia je yang patut cares sebab dia yang sponsor Justkhai ni. Hehehe. Kan Syia kan? So apa yang Khai nak share untuk korang download kali ni?
Macam title yang korang nampak atas tu, Khai nak share satu software terhebat yang pernah Khai gunakan sejak Khai kenal apa itu komputer, iaitu TuneUp Utilities. Dah banyak version dan lately, TuneUp Utilities 2009 (TU2009). Kalau korang dah pun guna TU ni, jangan risau sebab confirm komputer korang berada dalam keadaan paling “tip top” punye lah.
TuneUp Utilities ni bagi Khai, ibarat (more…)
Posted on 5 February '09 by Khai, under Download, Software. 57 Comments.

Gambar atas ni adalah sedikit dari screenshot desktop Khai. Nak lihat yang penuh, click sini. Cantik kan? So entri ni tak lain tak bukan nak share dengan korang beberapa wallaper yang cantik lagi menarik untuk bulan ni. (more…)
Posted on 24 November '08 by Khai, under Download. 25 Comments.

Apa browser yang sedang korang gunakan? Internet Explorer? Oh come-on la.. tak trendy la beb kalau guna Internet Explorer lagi. Well, nak dibandingkan dengan semua internet browser yang ada dalam dunia ni, Khai lebih prefer Mozilla Firefox dan Khai pasti begitu juga dengan mereka yang berfikiran “Professional” mengenai browser.
Tapi smalam masa kat office, bukak la Google. Terperasan plak ada satu note kecik yang ada kat situ. Google Chrome? nama beskal ke ni? Khai pun click.. Upernye Google pun dah keluarkan browser mereka sendiri dah. Dan seperti biasa sebagai makhluk tuhan paling sexy yang mahukan segalanya percuma lagi-lagi keluaran dari Google, Khai pun download dan install. Dan pagi ini, terus menulis blog menggunakan Google Chrome. Sangat puas hati rasa macam nak tinggalkan Firefox terus. Huhu. Mungkin benda baru la kot.
Tujuan Google mengeluarkan browser mereka sendiri bukan bertujuan untuk bersaing dengan browser yang lain, tapi untuk menyeru mereka semua mengikut jejak langkah bagaimana Google meng’adaptasi idea-idea baru (yang tak pernah kita fikirkan) ke dalam Google Chrome ni. Korang boleh usya karton khas mengenai Google Chrome ni. Apa kelebihan pada browser dari Google ni? (more…)
Posted on 4 September '08 by Khai, under Download, Technology. 49 Comments.
Eh, Khai ade blog rupanya. Hahaha. Punye la busy dengan internship sampai dah kurang masa nak update blog ni. Lagipun tengah nak develop balik Scukz tu. Kesian ko JustKhai. Apepun, ni nak update la ni.
Ini mengenai dua plugin untuk Firefox. Sebelum ni Khai tak amik berat sangat pun pasal dua extension ni. Tapi bila dah internship kat company web design ni, nak taknak, kat PC office pun pakai, kat Laptop pun pakai.
Thanks to Peter (Khai punya office mate yg kacak bergaya) sebab memperkenalkan dan tunjuk Khai satu-satu semua fungsi kedua-dua extension Firefox ni. Jika korang seorang yang bercita-cita menjadi web designer or web developer, Khai wajibkan untuk korang download. Kalau cita-cita korang just main internet untuk Myspace yang langsung tidak memberikan korang duit, abaikan saje lah.
1. Firebug - Firefox Extension/plugin

- Khai terpegun dan terpersona dengan ke’dasyat’an plugin seperti ini. Pendek kata, dengan plugin seperti ini, korang boleh detect apa yang salah dan betul dalam website korang tu dalam sekelip mata. Korang juga boleh inspect any coding dari mana-mana website sekalipun. Untuk kaki curi design n theme orang, rasanya plugin ni wajib untuk korang. Kalau before, korang nak try and error dengan cara leceh like download upload guna ftp file korang tu, dengan Firebug korang boleh buat editing any coding secara live. Untuk apa-apa website sekalipun. Nak menjahanamkan website orang pun boleh tapi untuk suka-suka korang je la. Web sebenarnya tetap macam tu jugak. Korang cubalah sendiri. Tahu la apa yang Khai bebelkan ni. Atau lihat DEMO dia di sini.
Firebug Download Link: Here | download & counting…
2. Web Developer – Firefox Extension/plugin

Ini lagi satu kegunaan para pembangun website di dunia. Nama plugin pun dah “web developer” ye tak? Apa yang seronoknya kalau korang ada plugin ni? Banyak juga function yang sama seperti Firebug, tapi Web Developer ni bagi Khai kelihatan lebih complete untuk para web designer n developer. Nak disable Myspace CSS pun boleh supaya korang lebih senang nak customize page kat sane. So ini satu lagi plugin yang tidak merugikan korang langsung malah amat menguntungkan untuk dicuba. Boleh lihat DEMO di Youtube.
Web Developer Download Link: Here | download & counting…
Pssttt: Ini tips berguna untuk mereka yang menggunakan Photoshop untuk edit gambar yg nak diletakkan dalam blog/website. Bila nak save, janganlah save as (ctrl + s), tapi gunakan save for web (ctrl + alt + shift + s). Untuk gif, gunakan dafault setting. Kalau Jpg pula, set kan quality hanya 75 sahaja. Inilah tips yang digunakan oleh para web designer untuk hasil gambar yang tiada cacat cela tapi bersaiz ringan.
Posted on 13 June '08 by Khai, under Computer, Download. 15 Comments.

2 Minggu lepas, Khai gi Alamanda, Putrajaya untuk shooting video clip. Untuk final assignment bagi last semester ni, Khai pilih lagu dari Sixthsense bertajuk Tak Bisa Memilihmu untuk Khai jadikan video clip. Video clip diorang kat Youtube tak banyak membantu pun. Bak kata Lecturer Khai, sah-sah diorang tak banyak budget nak buat video clip tu. hahaha. So habis shot kat Alamanda, Kitorang gi Genting plak shot kat sana dan sampai Cyberjaya balik dalam pukul 11 malam. Nanti dah siap editing video clip ni nanti, InsyaAllah Khai publish’kan untuk korang semua komen.

So untuk sesiapa yang tak tahu lagi, GSC Alamanda dah dibuka kepada semua. So jom la merasa nengok wayang kat Alamanda plak. Hehehe. Rasanya ni adalah GSC yang paling besar dan cantik yang ada kat Malaysia ni. Agaknya ada yang tertanya, apesal cerita 2 minggu lepas Khai cerita hari ni plak, ini adalah disebabkan ketidak-boleh-belah-an Internet di Limkokwing Hostel ni. Memang siot. Memang Khai akan cuba jugak dapatkan Maxis Broadband nanti.
Evolusi: KL Drift

Ini pulak kisah hari Ahad minggu lepas (6 April). Lepas frust cari rumah/bilik untuk disewa tak jumpa-jumpa, boleh pulak melencong gi IOI Mall nengok KL Drift. Serious, memang tak rancang langsung. So kalau korang still tak nengok lagi sebab terdetik dalam hati tu cerita ni macam taik, sebenarnya korang tu yang taik sebab cerita ni bagi Khai memang awesome! Kalau nak dibezakan dengan Impak Maksima, macam langit dan bumi bezanya. Cerita ni bagi Khai sangat OK (bagi standard cerita negara kita). Lagi-lagi ada satu scene yang memang susah nak lupa time Farid Kamil kene langgar kat Jambatan Cinta tu. Memang real and powerfull!! Kepada yang dah nengok, betul tak? Tahniah kepada Skop Production. Dashat jugak anak Yusof Haslam ni ek? Bapak dia pun tak boleh nak buat cerita macam ni agaknya sebab bapak dia dah tua. Ni kan cerita remaja. Hahaha. Jangan saman saya, saya orang susah :P
Pssttt: Usya tiket wayang tu, apesal la duti hiburan mahal sangat. Sampai RM1.60 sedangkan harga tiket just RM6.40 jerk! Semua nak cukai. Makan KFC pun nak cukai. Cam siak je government ni!!
IMAX Theater

Fuh, kenapalah Khai tak pergi IMAX ni dari dulu lagi. Semalam, Faculty of Multimedia Creativity Limkokwing University buat satu program ramai-ramai gi IMAX, Time Square KL (Level 10). Harga tiket RM11 je tapi kepuasan dia tuhan saja yang tahu. Sampaikan cerita hampir 1 jam Khai rasakan macam 5 minit aje. Tak puas! Nak lagi nak lagi!! Kitorang nengok cerita Hunted Castle. Kalau still tak tahu, IMAX ni adalah wayang terbesar di dunia. Bila korang masuk je, korang akan terpegun dengan screen dia setinggi 3 tingkat bangunan dan sound dia, 5 bintang! Cerita kat IMAX ni semua cerita 3D yang akan membuatkan korang seakan-akan watak dalam cerita tu. Mean macam korang berada dalam cerita tu lah sebab gambar dia akan timbul membuatkan korang rasa nak pegang je apa yang ada kat depan korang. Contoh macam Khai nengok semalam, ada satu hantu yang mengerunkan cucuk camera pakai tombak. So kitorang kat dalam semua jerit sebab rasa macam hantu tu nak cucuk kitorang. Hehehe. Burung terbang pun rasa macam boleh tangkap je. Bila try tangkap, tak dapat pun. hahaha. InsyaAllah, ada masa Khai akan ke sana lagi. Nak nengok cerita T-Rex la plak. Sure rasa macam nak kena makan dengan Dinosour nanti.
Kalau korang tidak menggunakan Kaspersky Anti-virus atau BitDefender Anti-Virus, Korang adalah termasuk dalam golongan yang tidak mementingkan kualiti atau lebih enak dikatakan golongan yang pikir “asal ada antivirus sudah”. Asal ada anti virus je, korang pikir pc korang dah cukup best dan selamat. Kejadah? Tak pernah tahu bila anti-virus tak popular bila scan tak detect virus tapi bila pakai anti-virus yang pemes ni boleh detect beratus-ratus virus? Tidak, pilihlah anti virus “majoriti dunia” atau yang sudah terbukti hebat dan berada dalam kedudukan ranking yang baik. Tapi Khai lagi suka menggunakan Kaspersky Antivirus. Cnet memberitahu BitDefender Antivirus berada dalam kedudukan nombor 1 meninggalkan Kaspersky Antivirus di tangga No 2. Namun perbezaannya langsung tak ketara. Mungkin BitDefender di atas hanya kerana namanya bermula dari B dan bukannya K seperti Kaspersky. Apepon, Khai berani mengatakan orang biasa-biasa seperti kita di Malaysia ni, mungkin 1 dalam 1000 sahaja yang menggunakan anti virus yang original. Betul tak? Limkokwing pun guna yang free je oiii..
Untuk pengguna Kaspersky Antivirus, masalah terbesar korang buat masa sekarang mungkin hari-hari akan dapat notice seperti di bawah.
Product license expires in (number) days. You are advised to renew the License.
Hari artikel ni Khai tulis (04 April), license key sebelum ini akan expired lagi 3 hari. So jangan malu-malu dan segan untuk apply License Key baru yang boleh korang download di bawah.
Download Kaspersky New License Key.
orang sudey download taw!
Before this dah lebih 30ribu download. Atas masalah teknikal, Khai terpaksa reset balik couter kepada 0.
How to update your license key? (more…)
Posted on 4 April '08 by Khai, under Computer, Download. 78 Comments.

Dah nengok Dunia Baru the Movie? Nieza dah nengok. Dia cakap best gile.. kelakar gile gile.. Deenasour juga kata begitu. Khai juga yang masih belum nengok. Masih takde masa nak pergi nengok lagi. Tapi Khai janji nak pergi nengok juga nanti. Mana mungkin penonton setia Dunia Baru setiap minggu di TV3 boleh lepaskan Filem Dunia Baru ni.

Ok jangan lupa ke pawagam berhampiran ok. Sediakanlah bajet lebih RM30 sebab korang mesti akan terpikat dengan dua lagi filem wajib tonton selain Dunia Baru the Movie iaitu CJ7 lakonan mantap Stephen Chow dan juga Kungfu Dunk. Kungfu Dunk betul menarik minat Khai untuk pergi menonton juga. Sebuah filem yang diadaptasi dari manga japun, Slam Dunk. Lakonan mantap Jay Chou (Hero Initial D) mungkin akan mengatasi kehebatan Shaolin Soccer? Mungkin kungfu + basketball lebih best kot.
Ok lupakan pasal itu, sebenarnya Khai just nak kongsikan dengan semua 13 Official Wallpaper Dunia Baru the Movie. Its Free!! memang ranggi dijadikan wallpaper untuk peminat setia Opie, Madhihah, Tajul, Adif, Suzanna, Anizah mahupun Darius.

Telah di download sebanyak kali.
Bonus untuk korang. Dua lagu Original Soundtrack/OST Dunia Baru the Movie kalau belum ada..
Duta – Milik Ku.mp3 (4.29 MB) – download times.
Duta Ft. Baizura Kahar – Cinta Antara Kita.mp3 (6.8 MB) – download times.
Download pelbagai lagi lagu secara percuma hanya di Emp3s!

Wow, sejak blog Khai menjadi ala-ala separa lucah dengan gambar-gambar pelbagai posing oleh pelakon Anak Pontianak itu (kau pun tahu siapa), blog ni bagai diserang pelbagai jenis peluru dari seluruh pelusuk dunia. Dalam beberapa jam, Akismet dah berjaya menapis lebih dari 300 SPAM yang cuba masuk ke dalam bahagian komen. Yang terlepas sekor dua tu, Khai jentik sendiri lah. Advertlets juga macam biasa, kau pun tahu bagaimana lajunya. Ada yang bertanya, aritu kata nak remove Nufflets dan dulu cakap taknak pasang Nuffnang, buat pengetahuan korang, Khai akan busy dan tak sempat nak edit. Ditambah pula dengan kelembapan tahap kritikal bila cuba nak masuk direktori Scukz ni. Alahai.. Anggap saja internet ini yang lembap. Ah Damn!! Mungkin masa korang masuk ni, nampak Advertlets je yang ada. Ya, mulai hari ini, Khai takkan lambakkan iklan-iklan yang menyakitkan mata tapi hampeh! Nuffnang, ah mana mungkin ketika Advertlets bergerak bagai nak rak, duit Khai di Nuffnang bergerak macam siput. Seminggu RM1 dan jelas di sini, ada sifat pilih kasih dek kerana orang tahu, aku Pro Advertlets..
Ok lupakan pasal gambar-gambar separa lucah dan iklan-iklan di sini. Kali ni Khai nak mempromosikan satu lagi cabang division Scukz dot Com. Usia Scukz dot Com dah masuk 2 tahun pun. Kalau Scukz ni adalah nama seorang baby perempuan, mungkin sudah pandai menyanyi lagu Anuar Zain.
Dek kerana kini tiada satu pun manusia NORMAL yang tidak suka mendengar lagu termasuk Khai, Khai terpikir kenapa tak buat satu blog khas untuk download MP3. Kalau before Khai banyak masuk weblog anak melayu yang menyediakan pelbagai MP3 untuk di download, kenapa Khai tak buat sendiri. Bukan tak boleh. Bukan susah. Student di Limkokwing ini juga gemar mendownload MP3. Sebut sahaja band underground kita seperti Hujan, Bintang Batu, Bittersweet dan pelbagai lagi, mereka sudah hafal setiap patah lirik lagu. Mungkin kewujudan web ini, membuatkan mereka tidak perlu lagi mendedahkan komputer kepada sebarang Spyware atau Virus dari web yang ntah merapu apa kerana Khai jamin, setiap website yang dibawakan Khas oleh Scukz, tidak akan sesekali cuba menyelitkan sebarang Spyware atau Virus. Itu kerana, Khai juga bencikan depa (speaking utara aku).. haha
Illegal?
Sebagai seorang yang profesional, korang tentu dah faham-faham sendiri penolakkan liabiliti bila kita buat sesebuah web atau blog. Itu fungsi term & condition. Macam di weblog MP3 under Scukz ni, sudah tentu Khai takkan host kan sendiri di Scukz. Ramai yang bertanya aritu.. Dan kerana itu, Blogspot di rasakan tempat yang paling sesuai. Setiap MP3 yang di download juga bertujuan sebagai promosi semata-mata. Tidak akan ada satu pun full album yang akan diberi senang-senang di situ tanpa perlu korang mengeluarkan sedikit duit untuk menyedapkan telinga dengan membeli album mereka. MP3 yang diberikan PERCUMA di sana perlu dipadam dalam masa 72 jam dari masa di download. Heh, kalau Khai jadi korang pun, mana mungkin nak padam. Haa, itu yang dinamakan penolakkan liabiliti kata lecturer Khai. Kalau korang tak padam, itu masalah korang dan bukan tanggungjawab kami lagi.
Promosi?
Ya, memang setiap lagu di situ bertujuan sebagai promosi. Kalau rasa sedap, beli album. Rasa tak sedap, tapi kalau nak support artis kita, beli la jugak album diorang. Ada Indipendance (underground) band yang PM khai sendiri di YM untuk mempromosi lagu mereka. Antaranya Am, Drummer Hujan dan Roland, Guitarist Batu Bintang. Memang itu satu penangan dari Scukz selepas Fara Fauzana sendiri telah menjadi VVIP di Forums Scukz. Kalau tak percaya, lihat sendiri di sana.
Apa tunggu lagi?
Dan ini dia link yang perlu korang tujui selepas ini. Lupakan web download yang lain. Di sana korang bebas untuk mendownload dan boleh membuat request lagu dengan mudah. 100% free dan uptime 99.99%..
http://emp3s.blogspot.com
Khai juga seperti korang, cukup menyampah dengan domain yang leceh untuk di taip. Jangan risau mungkin beberapa bulan lagi, Khai akan dapatkan satu domain dari Wizurai jika dia masih kekalkan promosi domain dengan harga yang murah tu. Mungkin emp3s.net .. mudah untuk diingat bukan? so jom ramai-ramai, berikan support tak berbelah bagi korang. Khai juga mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi uploader Crew di sana. Kini sudah ada 3 orang dan Khai perlukan dua lagi. Sila hubungi Khai dengan segera. Jangan risau, Crew akan diberi gaji kerana iklan Advertlets atau Nuffnang dari Crew juga akan diletakkan di situ. Jangan pelik kalau iklan pemanis mata di sana dilihat mempunyai pelbagai owner.
Oh ya, Khai dah ada laptop idaman yang gila kool.. bila la nak dapat..