Archive for 'emp3 & Lyrics'

Lidah Terbelit | Snow – Informer

Bila baca balik artikel dua atau tiga tahun lalu kat Justkhai ni, Khai nampak diri Khai yang dulu. Tahu ape? Budak-budak! Hahaha. Lepas tu tulis blog bukan macam sekarang. Macam sekarang nak tulis blog buat brainstorm dulu. Then research apa patut baru tulis. Kalau dulu semua benda rasa nak tulis, Khai tulis je. Hehe.. Nostalgia.

Lepas tu ada juga entri kongsi lagu dan lirik lagu je. Memang senang sangat lah kalau nak update blog macam tu kan? hehehe. So entri kali ni Khai nak jadi budak-budak balik la. Share lagu dan lirik kat blog. Pergh! Hahaha.

Lagu kat bawah ni lagu yang dah bertahun juga ada dalam PC Khai ni. Tapi kalau ditanya orang, mesti orang takkan perasan lagu ni english. Semua jawab spain la, france la. Sebabnya terlampau laju dia nyanyi. Kalau tak nengok lirik, haram tak paham apa dia nyanyi. Hehehe. Cubalah nyanyi nengok. Mempersembahkan.. Lagu bertajuk INFORMER nyanyian SNOW. (more…)

Posted on 10 September '09 by Khai, under emp3 & Lyrics. 37 Comments.

Ada Apa Dengan 1Malaysia?

Tak tahu apesal tangan ni rasa gatal je nak update blog. Haha padan muka korang. Dulu bila tak ber’update sibuk suruh update, sekarang dah ber’update tak renti-renti, korang plak mengeluh sebab terpaksa nak baca jugak. Kan kan? hehehe!! Khai rasa happy dan dihargai bila ada yang email cakap dah baca habis semua entri dalam blog ni dalam masa beberapa jam. Ada yang tak tido baca start pukul 10 malam sampai 6 pagi. Fuh! mental ke ape korang ni? So pada yang baru terjerumus masuk ke blog ni, boleh la cuba-cuba baca entri yang lepas. InsyaAllah dapat la sesuatu yang tak disangka-sangka kan?

Apa yang buat Khai sendiri rasa menarik dengan blog pink ni, bila blog ni takde niche yang di’khususkan. Kiranya semua perkara dalam 1 blog. Ini pun dikira menyahut seruan kerajaan untuk 1 Malaysia la iye tak? Hehe. Blog ni juga sebenarnya menjadi bahan rujukan Khai untuk perkara-perkara yang dah lepas. Kadang-kadang bila Khai baca balik entri-entri lama, rasa macam baru je terjadi. Nengok tarikh entri tu, leW!! dah dua tahun rupanya. Terus tersenyum sendiri macam orang gila. Untuk yang takde blog tu, jangan memperlekeh akan kewujudan blog since korang tak pernah rasa mempunyai sebuah blog.

See! Ni la yang jadi bila tangan gatal nak update, tapi tak tahu nak update pasal ape. Kan dah membebel macam mak nenek. Hahahah!! Nasib tulisan je, kalau guna suara, mahu bernanah telinga korang nak mendengar.

Ok disebabkan dalam entri ni ada menyebut pasal 1Malaysia, so meh Khai kongsi perlbagai one lain yang paling terbaik. Rolf!!

1Wallpaper

Ini wallpaper yang korang akan nampak di Apple iPhone. Hakikatnya, ianya bukanlah milik Apple Inc tetapi digunakan dengan izin oleh Apple untuk wallpaper rasmi bagi iPhone. Jadi download wallpaper kat bawah ni untuk letak di desktop korang pula. Nama ikan tu Clown Fish tapi Khai panggil dia Nemo je since ikan ni famous gila lepas berlakon filem Finding Nemo. Hehehe.

clown-fish-wallpapers_5182_2560x1600
Clown Fish Wallpaper | 2560 x 1600 | 500kb

1MP3

Mula-mula tercari-cari jugak apa MP3 paling best dalam dunia ni untuk di’share dengan korang. Tengah cari punya cari, terjumpa (more…)

Posted on 25 June '09 by Khai, under Blog, Download, Filem, emp3 & Lyrics. 57 Comments.

How to Make MP3 Streaming from Youtube


Hurm, benda ni dah lama Khai praktikkan. Saja lah nak share ngan korang kot-kot berminat jugak. Tapi mesti berminat punya. Hehehee. Ok, bagaimana cara nak buat streaming lagu melalui youtube? Mudah saja.

Ramai yang PM khai secara personal bertanya bagaimana dan di mana mereka nak letakkan mp3 koleksi yang mereka ada untuk diletakkan dalam blog atau website masing-masing. Bukan sahaja blog, of coz ramai yang nak letakkan lagu kat Friendster dan Myspace kan? Kalau korang tahu Myspace atau Friendster Khai, mesti korang dah nampak pun Khai gunakan helah ini. Begitu juga dengan Entrance Scukz.

Selain menjimatkan Bandwidth bulanan korang (untuk mereka yang host sendiri), cara ni juga memudahkan korang untuk tak perlu susah-payah nak cari free hosting nak letak lagu tu. Macam yang semua tahu, cakap je lagu ape semua melambak kat Youtube. Tinggal nak search jer kan? Ok now, buat pilihan player yang korang nak dan copy script yang terseida. Pilih je mana satu warna yang korang minat dan ikut tutorial yang tersedia. (more…)

Posted on 13 November '08 by Khai, under Tutorial, emp3 & Lyrics. 34 Comments.

Better MP3 for the Rakyat

blog_khai_music_.jpg
Wow, sejak blog Khai menjadi ala-ala separa lucah dengan gambar-gambar pelbagai posing oleh pelakon Anak Pontianak itu (kau pun tahu siapa), blog ni bagai diserang pelbagai jenis peluru dari seluruh pelusuk dunia. Dalam beberapa jam, Akismet dah berjaya menapis lebih dari 300 SPAM yang cuba masuk ke dalam bahagian komen. Yang terlepas sekor dua tu, Khai jentik sendiri lah. Advertlets juga macam biasa, kau pun tahu bagaimana lajunya. Ada yang bertanya, aritu kata nak remove Nufflets dan dulu cakap taknak pasang Nuffnang, buat pengetahuan korang, Khai akan busy dan tak sempat nak edit. Ditambah pula dengan kelembapan tahap kritikal bila cuba nak masuk direktori Scukz ni. Alahai.. Anggap saja internet ini yang lembap. Ah Damn!! Mungkin masa korang masuk ni, nampak Advertlets je yang ada. Ya, mulai hari ini, Khai takkan lambakkan iklan-iklan yang menyakitkan mata tapi hampeh! Nuffnang, ah mana mungkin ketika Advertlets bergerak bagai nak rak, duit Khai di Nuffnang bergerak macam siput. Seminggu RM1 dan jelas di sini, ada sifat pilih kasih dek kerana orang tahu, aku Pro Advertlets..

Ok lupakan pasal gambar-gambar separa lucah dan iklan-iklan di sini. Kali ni Khai nak mempromosikan satu lagi cabang division Scukz dot Com. Usia Scukz dot Com dah masuk 2 tahun pun. Kalau Scukz ni adalah nama seorang baby perempuan, mungkin sudah pandai menyanyi lagu Anuar Zain.

scukz-presentbremp3s-free-mp3-download.jpgDek kerana kini tiada satu pun manusia NORMAL yang tidak suka mendengar lagu termasuk Khai, Khai terpikir kenapa tak buat satu blog khas untuk download MP3. Kalau before Khai banyak masuk weblog anak melayu yang menyediakan pelbagai MP3 untuk di download, kenapa Khai tak buat sendiri. Bukan tak boleh. Bukan susah. Student di Limkokwing ini juga gemar mendownload MP3. Sebut sahaja band underground kita seperti Hujan, Bintang Batu, Bittersweet dan pelbagai lagi, mereka sudah hafal setiap patah lirik lagu. Mungkin kewujudan web ini, membuatkan mereka tidak perlu lagi mendedahkan komputer kepada sebarang Spyware atau Virus dari web yang ntah merapu apa kerana Khai jamin, setiap website yang dibawakan Khas oleh Scukz, tidak akan sesekali cuba menyelitkan sebarang Spyware atau Virus. Itu kerana, Khai juga bencikan depa (speaking utara aku).. haha

Illegal?

Sebagai seorang yang profesional, korang tentu dah faham-faham sendiri penolakkan liabiliti bila kita buat sesebuah web atau blog. Itu fungsi term & condition. Macam di weblog MP3 under Scukz ni, sudah tentu Khai takkan host kan sendiri di Scukz. Ramai yang bertanya aritu.. Dan kerana itu, Blogspot di rasakan tempat yang paling sesuai. Setiap MP3 yang di download juga bertujuan sebagai promosi semata-mata. Tidak akan ada satu pun full album yang akan diberi senang-senang di situ tanpa perlu korang mengeluarkan sedikit duit untuk menyedapkan telinga dengan membeli album mereka. MP3 yang diberikan PERCUMA di sana perlu dipadam dalam masa 72 jam dari masa di download. Heh, kalau Khai jadi korang pun, mana mungkin nak padam. Haa, itu yang dinamakan penolakkan liabiliti kata lecturer Khai. Kalau korang tak padam, itu masalah korang dan bukan tanggungjawab kami lagi.

Promosi?

Ya, memang setiap lagu di situ bertujuan sebagai promosi. Kalau rasa sedap, beli album. Rasa tak sedap, tapi kalau nak support artis kita, beli la jugak album diorang. Ada Indipendance (underground) band yang PM khai sendiri di YM untuk mempromosi lagu mereka. Antaranya Am, Drummer Hujan dan Roland, Guitarist Batu Bintang. Memang itu satu penangan dari Scukz selepas Fara Fauzana sendiri telah menjadi VVIP di Forums Scukz. Kalau tak percaya, lihat sendiri di sana.

Apa tunggu lagi?

Dan ini dia link yang perlu korang tujui selepas ini. Lupakan web download yang lain. Di sana korang bebas untuk mendownload dan boleh membuat request lagu dengan mudah. 100% free dan uptime 99.99%..

http://emp3s.blogspot.com

Khai juga seperti korang, cukup menyampah dengan domain yang leceh untuk di taip. Jangan risau mungkin beberapa bulan lagi, Khai akan dapatkan satu domain dari Wizurai jika dia masih kekalkan promosi domain dengan harga yang murah tu. Mungkin emp3s.net .. mudah untuk diingat bukan? so jom ramai-ramai, berikan support tak berbelah bagi korang. Khai juga mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi uploader Crew di sana. Kini sudah ada 3 orang dan Khai perlukan dua lagi. Sila hubungi Khai dengan segera. Jangan risau, Crew akan diberi gaji kerana iklan Advertlets atau Nuffnang dari Crew juga akan diletakkan di situ. Jangan pelik kalau iklan pemanis mata di sana dilihat mempunyai pelbagai owner.

Oh ya, Khai dah ada laptop idaman yang gila kool.. bila la nak dapat..

Posted on 18 January '08 by Khai, under Advertlets, Download, Nuffnang, Web Promotion, emp3 & Lyrics. 33 Comments.

Seeking for MP3 or other files?

cari-lagu-di-google.gif

Owh. Malam ni aku betul-betul hilang akal tapi aku masih belum gila. Harini macam-macam masalah yang datang. Lepas satu datang satu lagi. Tak selesai masalah aku, aku kena fikir pula masalah dengan girlfriend. Aiyoo.. memang orang lain tertanya-tanya apa masalah aku ni? Aku nak cerita pun berat tapi takpe la, biar aku tanggung sendiri cuma yang aku harap, orang yang aku sayang akan boleh memahami aku apa adanya. Itu sudah memadai.

All right, oleh kerana ramai yang PM aku secara personal mintak lagu ini dan itu, terus terang bukan aku tak mampu nak tolong, cuma line internet di hostel ini betul-betul membuatkan aku tertekan. Lembap memang tak ingat. Memang Go Light Speed ni sengal seadanya. Mungkin customer mereka makin meningkat, tapi service still macam masa customer 5 orang dulu. Tak pernah nak ber’upgrade. Kepada yang meminta lagu ini dan itu tu, maaf aku pinta kerana bukan sahaja keadaan internet tidak mengizinkan, tetapi aku online di internet bukan sekadar untuk Myspace dan Friendster, tapi banyak perkara lain yang perlu aku utama’kan dari menolong orang mencari lagu.

So di sini aku hanya ingin menyarankan kepada semua untuk mencuba satu cara yang mudah dan pantas untuk mendapatkan sebarang lagu. Tidak perlu menggunakan apa-apa software, yang perlu ada hanyalah satu syarat iaitu kau boleh masuk ke halaman carian Google. Kalau dah boleh maknanya, peluang kau untuk mendapat lagu dengan mudah sangat besar. Ini cara aku mencari lagu selama ini gi Google. Tapi untuk lagu melayu susahlah sikit. Ada rezeki, ada la. Begini caranya..

?intitle:index.of? [extension] [nama artis atau tajuk lagu]

Nampak di atas tu? kau hanya perlu copy dan tukar mengikut apa yang kau mahukan. Contoh jika kau ingin mencari lagu dari My Chemical Romance, kau hanya perlu menukar data-data di atas itu menjadi ?intitle:index.of? mp3 My Chemical Romance dan search gi Google. Kau akan lihat pelbagai senarai index yang akan keluar dan kau hanya perlu right click dan save as file tersebut. Kalau nak cari software, tukarkan sahaja Extension itu kepada exe dan sebagainya.

Begitu mudah bukan? Sebenarnya cara ini dah lama cuma pasti ramai lagi yang tak tahu sebab dulu tak pernah pun nak ambil tahu. Sekarang aku dah kasitahu, hehehe.. so apa tunggu lagi? Cubalah!! Kalau berjaya, kau memang best!

Posted on 5 August '07 by Khai, under Download, Tutorial, emp3 & Lyrics. 12 Comments.

Lyrics Plugin – Mesti Pakai!

candy_pink_iiiiii_by_sohuiii-2.jpg

Tanggungjawab aku untuk mengundi menulis blog ini setiap hari kian susah untuk dilaksanakan. Memang aku sudah jangkakan perkara ini akan terjadi bila semester 4 dah bermula di Limkokwing University ini. Kegiatan harian aku kian berubah. Ianya ditambah pula bila aku sudah mempunyai seorang awek yang betul-betul aku sayang pada bulan March lepas yang juga satu faculty dengan aku. To-Do list aku kian padat dan aku tidak dapat lari daripadanya. Dikala orang lain sedang nyenyak tidur, aku masih berjaga. Sungguh segar rasa mata ini sebelum jarum jam menunjukkan tepat jam 6 pagi. Oh peliknya menjadi seorang ‘KHAI’..

Aku juga sekarang ni sudah menggilai Myspace. Kesian aku kerana awek aku baru sahaja delete myspace dia bila dia bengang dengan aku haritu dan seperti biasa, dia akan menyesal bila marah dia dah hilang. Hehe.. Kadangkala aku rasa Myspace itu tidak bermakna lagi tanpa dia tetapi aku lupa yang aku masih ada family dan kawan-kawan di sana. Yer, kini aku bahagia kerana dia sudi berubah sebab aku. ye.. memang aku bahagia sekali bila disayangi oleh orang yang kita sayang.. Aku yakin sekali yang ini adalah betul-betul cinta sejati aku. Tiada yang lain dan tiada apa dapat memisahkan. InsyaAllah kalau ada jodoh..

Kepala aku kini tenteram kembali. Baru tadi bangsa negro buat pesta kat Plaza depan sana. Mereka nak buat kat Limkokwing University, tapi pihak University tak luluskan permohonan bodoh mereka dan akhirnya, Kondominum ini menjadi mangsa. Food Court diorang dah modified jadi disko. Meriah gile dengan lampu warna-warni yang berpusing menerangi setara kondominium ini dan bunyi betul-betul buat telinga aku nak tercabut. Ikutkan hati, nak sahaja aku lempang sekor-sekor bangsa hitam itu, tetapi apakan daya, aku sedar jika aku dilempang oleh mereka, aku akan merana sepanjang hayat. Huuuu.. dan aku pelik kerana pesta mereka seperti tiada orang yang hadir kerana mereka menari dalam gelap yang membuatkan diri mereka hilang di dalam gelap. Negro la katakan..

Apa yang ingin aku updatekan kali ni ye.. Aku rasa lain sekali kerana aku membuat posting ini dalam bahasa skema. Terasa seperti mononton cerita P Ramlee. hah!! Sudah le.. malas aku!! hahaha.. Hurm.. aku nak kasitahu kau pasal Lyrics Plugin. Ianya sangat berguna untuk aku berlagak depan kawan kawan menyanyi apa apa lagu dengan lirik yang betul. Pernah kawan kau menyanyi bajet suara sedap depan kau tapi lirik lagu salah. Bodoh sungguh mereka itu. Suara dah la cam katak!

winamp-thumb.gifKau boleh gunakan plugin ini untuk Winamp atau Windows Media Player. Biar aku jelaskan sedikit dengan pendek tetapi kau mesti faham. Plugin ini akan diselitkan di dalam Winamp atau Windows Media Player kau yang membuatkan lirik akan keluar tanpa kau suruh. Kau klik je mana-mana lagu kau suka, lirik akan automatik keluar. Tak payah kau nak guna Google mencari lirik yang kau inginkan. Keberkesanannya aku lihat lebih kepada lagu english. Lagu melayu tu kau faham-faham sendiri la kan bukan semuanya ada tapi boleh la.. Banyak juga yang keluar..

mediaplayer-thumb.gifKenapa aku suggest’kan kau pakai ni? sebab kau tak perlu software lain seperti Evilyric lagi yang membuatkan pc kau berat. Dah la RAM kau sikit, berlagak macam power plak ye (terkena pada sesiapa yang kena. haha).. So ape tunggu lagi, download dan install then boleh la cuba try test (tiga ayat satu makna) bukak lagu sambil memekak menyanyi eksen kat kawan-kawan yang kau lancar semua lagu padahal kau baca lirik!! jahat la kau!!

WEB URI: http://www.lyricsplugin.com/

Posted on 28 July '07 by Khai, under Software, Web Promotion, emp3 & Lyrics. 18 Comments.

Jika ku tak bangun esok pagi..

Best lagu ni.. sayu abis.. silap-silap mengalir air mata.. Ermmm.. ditujukan khas untuk insan yang amat kucintai.. Kalau awak kata rindukan saya, saya 1 juta kali lagi lebih merindui awak.. tapi jika ku tak bangun esok pagi… sayangku.. kau jagalah diri…

sedihee81.gif

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Lirik ada disediakan.. click link kat bawah ni..
(more…)

Posted on 21 June '07 by Khai, under emp3 & Lyrics. 10 Comments.

Sofaz – Janjiku

sofaz

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Artist: Sofaz
Album: Janjiku
Song: Janjiku V1

Berulang kali ku mencuba memujuk dirimu cuba menjernihkan
Pertelingkahan antara kita berdua
Kau hilang dan terus membisu beginikah cara kau menghukum aku
Atas kesilapanku menduakan dirimu
Maafkan aku?

Tak terlintas difikiranku melukai kamu permainkan cinta
Yang telah kau berikan sepenuhnya padaku..
Tiada dua atau tiga pengganti dirimu pada kau yang satu
Ku abadikan cinta selamanya
Hanya padamu kekasihku

Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji
Terimalah ku kembali kasih

Biarpun ribut melanda namun tetap aku berdiri menunggu
Agar terbukti janjiku padamu
Tidakkah terdetik hatimu untuk memaafkan kesalahan aku
Berikan peluang sekali lagi
Hanya ku pinta

Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji

(Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu
Ku sesalkan)
Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji
Terimalah ku kembali kasih

Posted on 28 November '06 by Khai, under emp3 & Lyrics. 23 Comments.

Irwansyah – Pencinta Wanita

Aiseh.. korang dah nengok lom cerita Heart? huhu.. khai belom lagi.. CD dah ade kat umah member.. tapi malas le plak nak gi pinjam.. nanti la esok lusa.. ermm.. khai layan lagu Pencinta wanita ni rasa sedap gile plak.. dan wat masa ni, ni la lagu yang bermain di bibir khai.. walaupon suaranye x sama, tapi takpe la .. bak kata cikgu khai, kalau kita nak tunggu suara ni sedap macam irwansyah ni baru nak menyanyi, sampai mampos pon lom tentu dapat.. tul tak? tapi korang pon satu.. nak nyanyi nengok kanan kiri.. kalau kat office x payah.. buat tercabut je gegendang telinga officemate tu kang.. huhuhu

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

kutemukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku
kurang lebih yang seperti dia
kuharap dalam cintaku

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

reff:
aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yang lembut seperti dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
dan cintaku ternyata
yang kumau hanyalah dia

Melly:
kamu memang pencinta wanita
namun kau bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku

Download This Song : right click on icon and save target.
downloadIrwansyah – Pencinta Wanita

Posted on 27 October '06 by Khai, under emp3 & Lyrics. 36 Comments.

System of A Down – Radio/Video

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Title : System of A Down – Radio/Video
Description : My Favourite Song..

Tentu ramai yang minat System of a Down (SOAD) kan? Khai dulu tak berapa nak minat sanagat.. baru baru ni je makin layan ngan diorang ni. Selain lagu Chop Suey dan B.Y.O.B, Radio/Video ni pon antara lagu lagu pebret khai dalam album diorang.. sapa yang masih tak layan SOAD ni, boleh la try layan.. tekan play kat atas tu then usya lyric bawah ni okis…

Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the radio.
Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the video.
Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the radio.
Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the video.

With Dan and Lisa.

They take me away from
the strangest places.
Sweet Dan and Lisa.
They take me away from
x2

Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the radio.
Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the video.
With Dan and Lisa.

They take me away from
the strangest places.
Sweet Dan and Lisa.
They take me away from
x2

Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the radio.
Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the video.
With Dan and Lisa.

They take me away from
the strangest places.
Sweet Dan and Lisaaaaaa.

La la la la la la la
la la la la
la la la la
x4

Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the radio
Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the video
Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the radio
Hey man, look at me rockin’ out
I’m on the video
With Dan and Lisa

Download : download Click jee logo sebalah ni.

Posted on 15 October '06 by Khai, under emp3 & Lyrics. 19 Comments.