Kalau ada yang tercari-cari artikel kemerdekaan di sini, Khai dah tulis awal bulan Ogos hari tu lagi. hehe. Boleh klik di sini.
Korang sedang membaca satu lagi artikel Soalan Rabak Hujung Minggu tapi dah part 3. Kalau baru terjebak dalam kolumni blog ni, boleh la baca Soalan Rabak Part 1 dan Soalan Rabak Part 2 dulu. Boleh dikatakan semua persoalan dapat dirungkaikan dengan komen panjang lebar dari korang semua. Terima kasih!
So hari ni dah hujung minggu, masanya untuk soalan rabak seterusnya. Rabakkan kepala korang dengan semua persoalan yang telah merabakkan kepala Khai terlebih dahulu ni. Hehehe.
Soalan 1:
Di Malaysia ni, memang selalu sangat dah kita dengar kes pasal bomoh dan santau. Ada yang buat orang mati, menderita sampai mati, hilang ingatan dan macam-macam lagi lah. Kalau di Malaysia, semua ni boleh dikatakan hanya kes terpencil, tapi bukan di Indonesia (lagi parah). Persoalannya, kenapa diorang ni semua tak guna santau je untuk bunuh George Bush tu dulu? Sanggup pulak pergi letupkan diri dan macam-macam lagi padahal Bush tu hidup je jugak. Dari bunuh bangsa sendiri dengan sifat dengki korang tu, santau Bush tu lagi baik la wei.
Soalan 2:
Mengenai Kunci. Kalau kunci pintu tombol bulat tu, semua pintu pun kunci dia lebih kurang. Sama lebar dan sama panjang. Ukiran mata kunci tu pun boleh dikatakan sama je. Persoalannya, dalam berjuta-juta kunci yang ada, bagaimana masing-masing boleh membuka satu pintu sahaja sedangkan design semuanya agak sama. Korang faham tak soalan ni? Huhuhu.
Soalan 3:
Bagi penganut agama Islam, rambut seseorang wanita adalah aurat dan haram dilihat lelaki. Soalannya, bila perempuan tersebut memotong rambut yang panjang menjadi pendek, kemudian yang telah dipotong tu dibuang merata-rata dan dapat dilihat lelaki bukan muhrim, adakah wanita tersebut berdosa? Adakah rambut tersebut termasuk lagi dalam aurat wanita tersebut?
Soalan Rabak Part 2 akhirnya release untuk korang jawab. Patutnya Khai nak publish hujung minggu ni. Tapi takpelah publish awal nanti korang bosan pulak blog ni tak ber’update. So, Jawab la semampu dan seikhlas yang mungkin. Mungkin juga korang sendiri pun tak tahu kot? Jadi jawab mana yang tahu je la yer. Macam kat Soalan Rabak Hujung Minggu Part 1, kan ke setiap persoalan ada penyelesaiannya? Bukan begitu?
Soalan 1:
Korang faham-faham sendiri la kan kencing korang warna apa. Kalau bukan putih jernih, sure keruh warna kuning tak hengat. Bau dia pulak takyah cakap la. Mengalahkan bau tandas awam. Hahaha! Khai cuma nak tanya korang, Kenapa kalau kita minum air sirap ke, air oren ke, air milo ke, bila kita kencing, air kencing tu kalau bukan warna putih, mesti warna kuning. Dua warna tu je. Abis mana pergi warna merah air sirap tu? Mana pergi warna coklat air milo tu? Arghh mana?!! pening!! Hehehe..
Soalan 2:
Soalan ringkas je. Dulu masa Zaman Nabi Adam, adakah Dinasour telah wujud? Kerana seingat Khai makhluk Allah pertama tercipta adalah Nabi Adam kan?
Entri ini sangat ringkas, tapi kalau boleh mahukan penjelasan panjang lebar dari korang semua. Khai tahu pembaca blog ni terdiri dari pelbagai lapisan. Ada cikgu, ada doktor, ada peguam, ada pekerja biasa, ada wartawan dan ada ramai blogger lain yang bijak pandai. Khai ada beberapa soalan yang dari awal sekolah menengah lagi dah buat Khai tertanya-tanya sampai sekarang. Ada soalan yang cikgu Kimia Khai sendiri pun tanya Khai balik, kenapa eh? Aduhai cikgu Kamariah ku sayang. Cikgu yang cikgu ke, saye yang cikgu ni? Rotan nak? Hehehe.
Soalan 1:
- Kenapa bila orang kerat dia punya urat nadi kat pergelangan tangan tu terus mati, tapi orang yang dilahirkan kudung kedua-dua belah tangan atau tangan terputus tetap boleh hidup. Biarpun sememangnya hidup tanpa nadi. Mengapa?
Khai dah ada jawapan untuk soalan 1 ni, tapi nak tahu jawapan korang dulu.
Soalan 2:
- Kenapa Bumi bila dilihat dari satelit, akan menampakkan Bumi ni berbentuk sfera dan bewarna biru serta hijau? Biru mewakili laut dan hijau mewakili daratan kan? Persoalannya, mana pergi langit yang bewarna biru tu? Nak kata angkasa, angkasa warna dia hitam. Bukan biru. Habis langit tu apa sebenarnya? Apa warna biru yang kita nengok dari bumi tu? Langit? Habis mana pergi langit tu bila dilihat dari satelit? Sigh~
Soalan 3:
- Soalan yang agak sensitif dan tak perlu dipertikaikan sebenarnya. Tapi harap tak salah sekadar ingin tahu. Kenapa air wudhuk terbatal bila kita buang angin? bahasa indah dia, kentut la kan? hehehe. Bila terkentut, kita kena ambil wudhuk semula. Basuh muka, tangan, rambut, telinga dan kaki. Kenapa tak basuh tempat kentut tu keluar? Khai tak tahu jawapan dia, tapi Khai percaya setiap apa yang Tuhan arahkan tu, adalah sebab yang tertentu.
Dan soalan yang terakhir – confirm korang pun tak boleh nak jawab adalah… (more…)
Pelik betul bila nengok iklan kat TV. Sekarang dah ada Kopi Janda la pulak. Iklan tak boleh blah siap nyanyi-nyanyi lagi. Macam la takde nama lain. Hahaha. Lelaki tua yang miang-miang, mesti akan lariskan Kopi Janda lepas ni. Bising tak bising la mak korang kalau bapak korang beli kan? Hahaha, padahal kopi aje. Tapi bahaya tu, psiko pada jenama. Setiap kali iklan tu keluar, Mak khai mesti membebel cakap takde jenama lain ke?!! hehehe.
Dua hari ni PC Fair kat KLCC, haram Khai tak pergi. Seronok dengar cerita member-member je kat Twitter. Nak buat camna, sekarang ada kat kampung. Last usya PC Fair, bulan Ogos tahun lepas. Pergi dengan si dia yang dah takde lagi dalam hidup ni. Hehehe, kenangan yang mampu buat diriku tersenyum.
Entri kali ni nak berkongsi dengan korang website yang membolehkan korang create tag-tag macam kat bawah ni. Teruja tak?
Smart tak? Jangan risau pasal Photoshop kalau korang nengok tag kat mana-mana macam kat atas ni. Buang Photoshop jauh-jauh. Nak tahu caranya? (more…)
Lately saja membusy’kan diri dengan 6 web projek yang masih belum release dan dirahsiakan umum. Jeng jeng jeng. Tunggu ya! Dan yang terbaru, kalau korang tak tahu lagi, Ohtiny.Com dah pun release dengan motif untuk kegunaan memendekkan URL yang panjang serta menyorokkan link affiliate yang korang join. So takdelah visitor perasan sangat yang ada “refer” di penghujung link affiliate tu kan?
Ok berbalik kepada tajuk entri ni, nak memperkenalkan korang dengan sebuah website yang membolehkan korang generate wajah korang kepada bentuk kartun (still animation). Tapi jangan salah faham bukan diorang akan generate wajah dari gambar tapi dengan pemilihan manual wajah korang. Boleh pilih mata, bulu kening, hidung, mulut, telinga dan macam-macam lagi. Siap boleh makeup tambah celak lagi yang dah tentunya korang yang perempuan akan teruja dengan mekap-mekap ni kan?
Kalau dah biasa make-up Yahoo Avatar, motif nya sama sahaja di Face You Manga. Lepas korang dah siap create muka korang, diorang akan hantar gambar tersebut dalam bentuk JPEG terus ke Email.
Kegunaan’nya tak perlu diterangkan lagi, untuk digunakan pada Gravatar, YM, MSN, Google Talk, My Blog Blog atau mungkin juga Facebook dan Twitter. Apa URL’nya? (more…)
Berita Panas!
Gambar Bogel Elizabeth Wong Adun Bukit Lanjan
Oh! Tidak hari ni ada memaparkan satu entri mengenai kenapa wanita patut duduk rumah aje. Hahaha. Ianya berkaitan nasib wanita yang menaiki kereta. Korang yang biasa ke tempat kerja atau tak suka buang masa tu, sure pernah alami macam-macam karenah pemandu yang bernama wanita ni kan?
Contoh, nak cepat pergi kerja, tapi kereta kat depan kejap laju kejap slow. Selekoh sikit pun nak tekan break. Terhenjut-henjut. Tengah bawak kereta ke tengah buat projek? Korang mesti selalu dengan kan apa ayat yang memang dah sebati dengan orang Malaysia.
1. Ala kereta depan ni lembap semacam je, mesti perempuan la tu.
2. Bila ada kemalangan je, ni mesti perempuan yang drive.
3. Kereta tersadai tepi jalan sebab pancit, mesti perempuan yang drive jugak.
4. Selekoh sikit tekan break. Mengalahkan Pak Haji. Pompuan mana la ni.
5. Bawak terhegeh-hegeh. Oh, patut la.. P rupanya.. P untuk Perempuan la ni.
Ada dua wanita terdekat dalam hidup Khai yang betul-betul expert bawak kereta. Satu, akak atas Khai sendiri yang Khai rasa cara pemanduan dia mengalahkan lelaki. Dan seorang lagi yang bawak kereta mengalahkan lelaki, si Nieza. Lampu merah pun dia lunggah. Haha. Maaf kalau ada sapa-sapa lagi bengang Khai sebut nama dia (Justkhai Fanatic).. Hahaha. Sebut sikit je.
Pssttt: Errr, korang ada pengalaman yang menyakitkan hati tak dengan pemandu-pemandu wanita ni? Kalau yang baca ni kaum wanita, korang mesti tak pernah sakit hati ngan pemandu lelaki kan? Well… (saje kasi panas reader perempuan kat Justkhai ni. Padan muka. Hehehe)..
awek_limkokwing.jpg” alt=”" />
Sebelum kita semua mengenali lebih rapat siapa sebenarnya seorang perempuan tu, Khai nak buktikan kat korang betapa kentalnya jiwa Khai mahu menonton Geng: Pengembaraan Bermula. Buktinya dari tempahan tiket di bawah. Hahaha. Yang sedihnya awek jauh and member plak ramai yang dah takde sini, so Khai buat pertama kalinya akan masuk panggung seorang diri. Nak taknak amik seat tepi sekali tapi still dalam bahagian tengah walaupun banyak lagi yang kosong. Hell no.. Lonely boy betul aku ni ~
So kalau korang taknak bosan beratur panjang time beli tiket, pandai-pandai’lah gunakan kemudahan yang ada. Sila booking tiket secara online. Sure ramai yang jeles bila diorang kena beratur panjang-panjang, dan korang dengan muka penuh slenga terus je ikut lorong reservation untuk ambil tiket. Hahaha. Indahkan dunia? InsyaAllah akan ada entri khas Upin Ipin lepas Khai keluar panggung nanti. Hah korang? Bila lagi. RM10 aje weiiii… ape sangatlah RM10 tu untuk menonton hasil seni anak-anak Malaysia yang menelan belanja lebih 4 juta ringgit ni?
Ok, ini adalah entri untuk Justkhai readers yang mempunyai ***** atau lebih mudah dikenali sebagai lelaki-lah. Hehe. Kepada yang tiada ***** tu, baik jangan baca sebab entri ni bulat-bulat melekat kat muka korang. Hurm, perlu ke Khai nyatakan ***** tu eh? Kan lebih mudah sebut lelaki perempuan je. Kan entri ni lebih ringkas. Ah, itu adat resam di blog ini. Tiada entri yang pendek. Pandai-pandai korang la nak baca. Tak baca kita tak marah pun.. Tapi sakit hati je. Hehe.
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. (more…)
Mungkin ini adalah entri yang terkotor pada kelasnya yang pernah tertulis di Justkhai.Com. Walaupun ianya tak sekotor mana (mahupun sekotor hati manusia), tapi kalau tengah makan tu, sila habiskan dulu.
Bila ditanya jamban cangkung dan jamban duduk, mana satu menjadi pilihan hati.. mesti ramai yang tersenyum sinis membayangkan gaya diri sendiri membuang bahan terlarang tu kan? Ada yang sambil tersenyum, ada yang muka macam Fasola, ada yang sambil cakar dinding (kritikal terlebih minum tongkat ali ni), ada yang sambil baca newspaper sedar-sedar je dah setel dan ada pula yang berak sambil berdiri (ah, ini melampau.. hahaha)..
Oleh kerana itu, wujudnya satu entri di Oh! Tidak melalui entri bertajuk, Oh! Jamban mana satu?
Beberapa komen di situ membuatkan Khai ketawa geli hati tak ingat dunia. Antara beberapa komen yang menjadi pilihan untuk ada di entri khas ini…
Cangkung, sbb memilih itu kerna lg senang ‘bijih timah’ itew kluar. klu duduk cam x feel la. klu jumpa tnds duduk pun cangkung gak atas tu. tak kira.
- Dari Deliciously
ntahlaa.. aku dah biasa tnds duduk.. tnds cangkung mmg org kata best nak feel.. tp kaki aku jenis senang sakit.. so kalaulah aku cangkung, masa dah bangun tu time jalan mesti kaki aku nye tuh pergh sakit die ‘baek punyee’..
- dari Amy Amira
Secara benarnya jamban cangkung lebih baik kerana bila kita mencangkung maka segala najis yang ingin di buang akan tekeluar.
Jika kau memilih jamban duduk, apabila kau buang najis, maka najis 2 xkan 100% keluar dan najis yang tinggal di usus kau 2 akan jadi kudis dan boleh menyebabkan radang usus (Kansel)
Tp ramai yang pilih jamban duduk sbb dia mudah begitu jua aku..
- dari Ahmad Kasam
Begitu tulus komen-komen diorang kat sana. Yes, entri pasal jamban ni ramai yang sangka sebagai entri lawak atau mungkin juga entri bodoh. Tapi mari kita sama-sama nengok siapa yang kurang bijak sebenarnya.. Beberapa fakta yang wajib korang tahu mengenai jamban cangkung dan jamban duduk. (more…)
Jika korang baca entri ni pada pagi Jumaat, mungkin Khai dah gerak ke Kuala Lumpur kot. Esok Sabtu, nak jumpa client bincang pasal web projek terbaru. Web Ais Krim Mingo-Mingo katanya. Tak tahulah. Then ingat nak nengok member Khai yang baru lepas kemalangan. Harap si Syed cepat kembali pulih macam biasa. Tu la rempit lagi. Neway, Doakan Khai semuanya setel dengan segera yer. Kang tak berupdate plak blog ni dan ohoh tu semua karang.
Lepas isu harga minyak naik je, terus slow orang bercerita pasal dunia politik kan? Apa lagi bila harga minyak dah pun turun balik macam biasa. Tak sempat pun Anwar Ibrahim nak jadi hero. Ah lantak. Ape pun ni ada something yang buat Khai ketawa tergolek-golek. Habis kotor baju. Haha, gurau jer. Serious, memang best. Tapi Khai dah edit sikit la mana part yang tak berkenaan.
Saja aku terbayang kalau 4 pemimpin iaitu Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Pak Lah duduk semeja dan untuk berbincang tapi sebelum tuh masing-masing pakat order makan dulu. mungkin ini dialog-dialog yang bakal terjadi…
waiter : ok tuan-tuan nak minum apa?
anwar : saya seorang humanist, peka kepada kesusahan rakyat jadi bagi saya minuman biasa rakyat marhaen saja, teh o ais satu dan sebab saya sudah biasa dengan makanan jail bagi nasi kosong dan ikan kembung goreng satu. air teh tuh tolong test dulu takut-takut ada ARSENIK!
Poll sebelum ini "Siapa yg lebih wajar mendapat datuk berbanding SRK" dimenangi oleh Aznil Nawawi dengan 43% dari 340 undi. Lihat Poll Archives untuk maklumat lanjut.
Langganan
Gunakan button di bawah untuk bookmark blog ini di ke dalam browser anda. Juga ke web-web feed popular lain.