Archive for 'Kereta'

Ada Apa Dengan Kia Forte?

Kalau Khai beli gadget yang harganya hanya beberapa ribu, Khai akan kongsikan di dalam blog ini dengan maklumat mengenai gadget tersebut. Tapi lain macam pula rasa bila beli kereta tapi tak tulis dalam blog. Haha. Akhirnya atas permintaan ramai pembaca Justkhai untuk tahu lebih lanjut tentang Kia Forte ni, hari ni Khai akan uploadkan gambar kereta Khai sendiri dan berkongsi beberapa maklumat mengapa Kia Forte ni menjadi pilihan hati. Plate number tu bukan yang sebenar ya? Hehe.

Semua gambar kat bawah ni korang boleh klik untuk size yang lebih besar. Bila dah klik, bolah drag gambar tu atas bawah kiri kanan. Hehe.

Lagi gambar dan artikel. (more…)

Posted on 8 February '12 by , under Hidup Khai, Kereta, Review, Special. 314 Comments.

Kenapa wanita harus bawa Kereta Sorong sahaja

Berita Panas!
Gambar Bogel Elizabeth Wong Adun Bukit Lanjan

Oh! Tidak hari ni ada memaparkan satu entri mengenai kenapa wanita patut duduk rumah aje. Hahaha. Ianya berkaitan nasib wanita yang menaiki kereta. Korang yang biasa ke tempat kerja atau tak suka buang masa tu, sure pernah alami macam-macam karenah pemandu yang bernama wanita ni kan?

Contoh, nak cepat pergi kerja, tapi kereta kat depan kejap laju kejap slow. Selekoh sikit pun nak tekan break. Terhenjut-henjut. Tengah bawak kereta ke tengah buat projek? Korang mesti selalu dengan kan apa ayat yang memang dah sebati dengan orang Malaysia.

1. Ala kereta depan ni lembap semacam je, mesti perempuan la tu.
2. Bila ada kemalangan je, ni mesti perempuan yang drive.
3. Kereta tersadai tepi jalan sebab pancit, mesti perempuan yang drive jugak.
4. Selekoh sikit tekan break. Mengalahkan Pak Haji. Pompuan mana la ni.
5. Bawak terhegeh-hegeh. Oh, patut la.. P rupanya.. P untuk Perempuan la ni.

Ada dua wanita terdekat dalam hidup Khai yang betul-betul expert bawak kereta. Satu, akak atas Khai sendiri yang Khai rasa cara pemanduan dia mengalahkan lelaki. Dan seorang lagi yang bawak kereta mengalahkan lelaki, si Nieza. Lampu merah pun dia lunggah. Haha. Maaf kalau ada sapa-sapa lagi bengang Khai sebut nama dia (Justkhai Fanatic).. Hahaha. Sebut sikit je.

Pssttt: Errr, korang ada pengalaman yang menyakitkan hati tak dengan pemandu-pemandu wanita ni? Kalau yang baca ni kaum wanita, korang mesti tak pernah sakit hati ngan pemandu lelaki kan? Well… (saje kasi panas reader perempuan kat Justkhai ni. Padan muka. Hehehe)..

Posted on 20 February '09 by , under Fun & Jokes, Kereta, Weird/Funny Stuff. 56 Comments.

Produa Myvi SE atau Mylove?


Hurm.. Tahun 2009 dah nak sampai. Umur Khai dah pun nak masuk 21. Well, member-member semua ada yang dah pakai kereta. Dan Khai, tanpa segan dan silunya, lesen pun belum dapat ni. Member kampung cakap, “ape barang Nizam motor-motor lagi, nengok RXZ aku dah jual. Terus amik Proton tu ha”.. Pheww.. indah nya bila ada kereta sendiri.

Target Khai dari dulu lagi nak pakai kereta bila masuk umur 21, kira dah cukup baligh untuk keluar mengundi PAS (eh, undi itu rahsia eh?).. So, masanya sudah tiba. Usia perkenalan Khai dengan motor tak sampai setahun pun. Nak buat camana kan, kalau manusia bernama adik Sharlini yang hilang tu pun tak jumpa-jumpa, apa lagi kalau motor.. Banyak kembar pulak tu.. Ah lupakan motor buat sementara waktu..

Bercakap mengenai kereta, apa kereta impian Khai? Kalau dari segi keinginan dan kemampuan Khai, amik Myvi SE dah cukup memuaskan nafsu sarakah ni. Kalau nak ikutkan nafsu kuda, Mazda RX8 tu ha Khai belasah. Tapi sekarang ni ada masalah nak angkut Produa Myvi SE atau Produa Mylove? First time dengar pasal Produa Mylove? Takpelah, usya je gambar-gambar ni..


Gambar lagi… (more…)

Posted on 27 December '08 by , under Hidup Khai, Kereta. 44 Comments.