
Hari ini aku agak gembira. Kain baju yang sudah seminggu terkumpul tidak dibasuh, sudah aku selesaikan tadi. Dengan bayaran RM2, aku boleh basuh dengan sesuka hati aku berapa banyak pun. Terima kasih untuk semua pelajar rumah sebelah yang berkongsi duit beli mesin basuh separa automatik tu. Pergilah mati sama basuhan tangan. Kau tidak diperlukan lagi di saat aku sedang ‘pressure’ menyudahkan assignment yang tak pernah sudah.
Pinky kembali lagi. Aku begitu rindu dengan theme bewarna merah jambu ini sebenarnya. Ramai juga antara pengunjung yang mahukan theme ini. Jadi hari ini, aku kembali menggunakan’nya. Memang betul, hati aku pun sebenarnya terasa senang sedikit melihat warna yang menggambarkan kelembutan ini. Girlish gitu. Sungguh menambat kalbu sesiapa sahaja yang mempunyai hati seindah merah jambu. Kembalinya theme lama ini, membuatkan iklan dari Nuffnang kembali menyemak. Akan ku nyah’kan iklan yang tidak bermakna itu. Esok saja..
Bagaimana puasa anda semalam? ada lagi yang masih curi-curi makan atau merokok di dalam tandas? Hantuk’kan saja kepala di dinding. Sungguh tak malu masih berpijak di bumi Allah. Bagi aku, puasa tahun ini sama peritnya seperti tahun lepas. Waktu yang sama di mana aku sedang berhempas-pulas menyelesaikan tugasan dengan perut yang sedang lapar. Ikutkan nafsu buas aku yang meronta-ronta ini, mahu sahaja aku menyantap sebotol Coke tapi apakan daya, assignment bukan alasan untuk aku dan aku sedar, bukan aku saja yang melaluinya. Ramai lagi pelajar yang lain, di sini dan di seluruh dunia.
Oh, aku suka mengingati benda yang lalu tetapi bukan memandang ke belakang. Itu perkara yang perlu aku lakukan untuk aku terus menjadi lebih cemerlang dari yang sebelumnya. Begitu juga internet yang sudah sebati dalam kehidupan harian aku. Aku selalu melihat bagaimana rekaan sebuah website itu dulu dan kini. Kita bezakan. Melihat website sendiri dulu dan kini, membuatkan aku dapat mengenang kembali masa silam. Kau mahu lihat bagaimana ‘simple’nya Scukz.Com semasa kali pertama wujud di dalam maya ini pada 17 December 2005? Tekan butang tetikus belah kiri kau di sini dan lihatlah bagaimana ianya berubah dari masa ke semasa.
Jika kalian juga mempunyai website atau mahu lihat bagaimana buruknya rupa Google atau Yahoo yang dahulu, berkunjunglah ke Internet Archive Wayback Machine. Di bahagian komen nanti, sertakanlah archive website kalian. Aku mahu lihat bagaimana kalian membuat sesuatu pada website atau blog menjadi lebih baik dan sempurna.
Posted on 17 September '07 by Khai, under Daily craps, Scukz, Web Promotion. 9 Comments.
Mohon maaf di atas sebab kesukaran untuk mengakses ke semua network Scukz sejak beberapa hari lalu. Ini semua gara-gara sebuah module di Scukz Portal yang memakan peratus server yang agak tinggi dan bahananya Scukz di Suspend tanpa sebarang notice. Hasil daripada perbualan bersama CEO Cgyhost, En Yazrie membolehkan Scukz beroperasi seperti biasa.
Maaf tidak terhingga kepada semua blogger tajaan Scukz.Com di atas kesukaran untuk anda berblog seperti biasa. Teruskan menyokong pembangunan terus menerus Scukz.Com melalui link di page utama kami di sini. Tidak ketinggalan, blog ini akan terus diupdate setiap hari seperti sedia kala. Terima Kasih.
Selamat Hari Medeka Malaysian!! masih belum terlambat. Peace!!
Posted on 1 September '07 by Khai, under Free Blog Hosting, Scukz. 12 Comments.
ATTENTION: post ini sudah diedit. dulu yezza hotsite, kini dikenali sebagai Scukz Topsites
WEBLINK : http://topsites.scukz.com
Project terbaru.. Yezza Hotsites. Untuk sesiapa saja yang ade blog atau website, boleh la register yer.. dah register nanti, copy link code yang diberi kemudian paste kan kat mana mana bahagian dalam website/blog korang. Web Hotsites ini baru sahaja di-release-kan 10 minit sebelum post ini ditulis.
FAQ
Ape menda nye ni?
- Sistem hotsites ini akan menyimpan segala data-data hits dari website/blog anda. Pengunjung website/blog anda juga boleh mengundi anda dan memberikan rating dan review untuk website anda. Ianya akan menunjukkan unique hits dan visitor website anda setiap hari. Selain itu lengkap STATs untuk sebulan yang akan ditunjukkan. Nak lihat contoh, sila click sini.
Camana aku nak pasang?
- Anda akan diberikan code link selepas sahaja register dan code itu perlulah anda paste kan di website/blog anda. Kalau yang guna wordpress tu, paste je kat sidebar.php ataupon footer.php .. Ianya sama sahaja seperti topblog dan topsite yang lain.
Kenapa aku perlu register?
- Domain Yezza.org adalah menjadi rebutan ramai seluruh dunia. Hits untuk domain tersebut selalunya datang dari pengguna luar negara. So adalah lebih baik jika description mengenai website/blog korang tu ditulis dalam bahasa english. Alaa.. macam la korang tak biasa sebut… YEZZAAAAAAA!!
Adakah menda ni buat website/blog aku slow?
- Sudah tentu tidak kerana Yezza Hotsites di host dan dikawal oleh Virtual Private Server a.k.a VPS.
Berapa size banner yang dibenarkan di sana?
- Bebas!! tapi kalau taknak banner korang tu cacat, letak je size button 88 x 31 yang telah korang hostkan. Lebih dari tu, sistem akan automatik kecikkan jadi 88 x 31.
Sebarang pertanyaan, sila komen di sini yer.. tapi lama sket nak jawab sebab Khai esok dah balik KL .. ade hal family sket and nak gi lowyat betulkan fan notebook yang dah x berpusing.. hampeh!! patut la notebook aku ni panas je.. baru perasan.. nasib ade waranty lagik. so lama tak online.. korang SMS je la ok.
[update - 13 Dec 06]
menjawab pertanyaan seorang kaki komen yang nak penjelasan lebih detail camana nak pasang hotsite ni, so khai akan terangkan dengan lebih detail. sila klik link di bawah yer ntuk read more.
(more…)
Posted on 11 December '06 by Khai, under Scukz. 12 Comments.