google_VS_yahoo.jpg src=”http://justkhai.com/images/uploads/2006/11/google_vs_yahoo.jpg” />
Semua orang kenal ape itu Yahoo dan Google. Sapa tak kenal tu, kasi hantuk kepala kat dinding 2 kali.. InsyaAllah, esok lusa tahu la tu.. hehe.. Dulu Yahoo ngan Google ni selalu bersaing berkenaan dengan email. Yahoo kasi 1GB, Google kasi 2GB. Tak abis abis ngan persaingan sihat mereka. Masing-masing nak usya user supaya guna product diorang. Kalau Google guna Iframe Ajax untuk Email diorang, Yahoo pon dah kuarkan BETA plak untuk email diorang dengan Iframe Ajax yang lebih kurang sama. Then, IM (Instant Message) Software plak. Yahoo yang dah memang famous ngan Yahoo Messenger sebelum ni sering bersaing dengan MSN, Google plak kuarkan dia nye Google Talk. Pendek kata persaingan ni memang takkan abis tapi baguslah, yang untungnye kita ye tak?
Skang ni diorang bersaing plak ngan software untuk nak cun kan windows.. Kalau Yahoo boleh berbangga dengan Yahoo! Widget, Google pon nak kuarkan jugak dia nye desktop enchancement yang diberi nama, Google Desktop. Sekali lagi kita juga yang untung. Hehe .. Khai dah try kedua-dua software ni, dan my opinion la, Yahoo! Widget memang lebih cool dari Google Desktop. Google Desktop dia guna sidebar dan lebih berat nak mampos… tapi kalau Yahoo! Widget bebas skit ikut suka hati user nak letak mana widget tu dan lebih ringan skirt. Dan design kebanyakkan untuk Yahoo! Widget memang lebih menarik dan banyak dari Google Desktop.
Ni ade screenshot untuk kedua-dua nya. Korang leh la nengok ape bezanya kedua-dua software ni. Korang klik pic tu. Tapi tunggu kejap dia load. Sabar la sket.. bila pic dah kuar, jangan lupe tekan button kat penjuru sebelah kiri atas tu untuk full size pic.
Yahoo! Widget :

Google Desktop :

So camana? dah cuba? Ermm … tapi tu la .. bagi khai, Yahoo memang lebih jauh istimewa dari Google ni. Ermmm … Dalam kelainan kedua-dua software ni, ade satu je sama. Tahu ape yang sama tu? Kedua-duanya membuatkan PC korang lembap. So kalau RAM kurang dari 512 tu, lupekan je la .. atau korang nak pc korang hang selalu.. haha .. cantik pon x guna kalau lembap nak mampos..
Download Yahoo! Widget : Click here
Download Google Desktop : Click here
Posted on 22 November '06 by Khai, under Software, Web Promotion. 20 Comments.
Kadang kadang kesian plak nengok ade juga yang masih tertanye tanye ape itu Google Earth. Google Earth ni adalah satu software yang bagi khai sangat unik dan sangat berguna untuk semua. Google Earth terhasil dari teknologi eropah yang makin canggih. Google Earth membolehkan korang view rumah korang dari atas (setelite image). Bukan setakat rumah korang aje, tapi korang boleh melancong satu dunia dengan Google Earth ni. Tapi image setelit ni diambil maybe dalam 2 tahun lepas. Sebab ape yang khai perasan, KL Convention Centre pon masih lagi dalam pembinaan. Then kat tepi umah akak khai, masih lagi hutan tempat kuda makan padahal skang ni dah terpacak tinggi High Class Condominium.
CLICK PIC FOR LARGE VIEW

” Zoom in my sis home.”
Google Earth ni banyak gunanya. Selain korang boleh melancong kat mana mana negara yang korang suka, benda ni gak boleh dijadikan panduan kalau korang tersesat. Tak kira la kat mana pon. Macam khai, sempat la berjalan gi New York.. nengok bekas runtuhan WTC 11 Sept. Nampak la banyak lori lori tengah bersihkan kawasan tu.. Then khai berjalan pergi Bermuda Triangle. Bukan senang nak gi sana kan. Silap silap leh kene telan kat laut. Tapi ngan Google Earth ni, sempoi aje.. Hehe .. then sempat gak jalan jalan gi kutub utara & selatan.. Selesa abis.. tak sampai 1 minit dah sampai. tak payah nak susah payah macam Datin Paduka Sharifah Zarina tu.. hahahhaa..
[PIC BROKEN... UPDATE SOON]
” Zoom out rumah sis khai.. ”
So korang leh download software ni kat google atau masuk je section Software download kat atas tu.. Khai masih lagi berusaha cari kampung khai kat Gemas dan Hostel khai kat Damansara Damai tu.. sasahnye la plak.. tak jumpe jumpe. Limkokwing Cyber pon tak jumpe lagi.. tapi Limkokwing Petaling dah jumpee… tu pon khai usya Purtra LRT nye rail sampai la Stesen Kelana jaya.. Haha.. Tapi cuba korang usya Putrajaya, Sepang Circuit ngan KLIA .. cantik bangat sih!!
Renungan : ape guna forums kalau semua benda nak cari pakai google? memang betul senang guna google, tapi forums tu kan community.. Ape guna menyemak join forums kalau semua benda leh search kat google? Sedarkah yang maklumat yang diterima dari google tu pon datangnye dari website dan forums.. Takde website dan forums, ape yang ko dapat search kat Google tu?
Posted on 1 November '06 by Khai, under Software. 47 Comments.