Polis kata…
Siapa yang on-call tak guna hand free masa memandu, kami pasti saman. Termasuklah kau Khai yang atas motor pun boleh guna handphone. Tapi selit celah helmet, kalau kantoi, siap lah..
Orang kata…
Ada ternampak polis sendiri yang tak guna hand free masa memandu. Siapa nak jawab tu? Boleh tak kami pula saman anda? (more…)
Dah beberapa hari tak update blog. Busy sikit men’develope’ kerja kat ofis tu since website Limkokwing University version baru (V7) akan release tak lama lagi. What can i say, korang pasti akan terpesona dengan website baru tu nanti. Selalu la usya website Limkokwing tu yer. (Update Feb 2011: Web tu dah lama pun siap. Lihat di www.limkokwing.net)
Selain busy dengan tu, Portal Scukz pulak buat peel. Ade je orang yang hack. Tak cukup sekali sampai lima kali. So nak taknak, kena la jugak busy’kan diri melayan karenah sang hackers melayu tu. So Scukz dah stable sekarang, dan korang boleh menambahkan sedikit sebanyak ilmu kat sana. Seperti ilmu picisan yang baru Khai baca sebentar tadi iaitu mengenai logo Yahoo. (Update Feb 2011: Portal Scukz kini dikenali dengan nama baru iaitu Oh! Media Network). (more…)
Well, ramai antara korang yang membaca ni suka nengok sukan-sukan kat Olimpik tu. Hakikatnya tanpa korang sedari, korang hanya suka melihat sukan tapi tak suka bersukan? Baik jadi macam Khai, dah la tak suka bersukan, nengok sukan pun taknak. Sakit hati bila keluar Mamak, dia boleh bukak Olimpik la pulak padahal time tu ada macam-macam cerita yang best. Kalau ada Malaysia takpe jugak. Ni tunggu punya tunggu, semua negara bukan-bukan. Tapi, ada satu lagi sebab kenapa Khai tak suka Olympic Games ni taw… (more…)
Pernah korang terfikir dari mana datangnya bangunan-bangunan ciptaan manusia pada zaman dulu. Contohnya Eiffel Tower, Piramid, Taj Mahal dan macam-macam lagi. Entri kali ni, Khai nak tunjuk gambar “The Making of Eiffel Tower de France”.
Kalau setakat KLCC tu, janganlah ada yang pelik kenapa tak masuk dalam the new 7 wonders of the world. Nengok la pula bila menda tu dibina. Guna beribu-ribu lori, beribu-ribu pekerja, beribu-ribu duit dan beribu-ribu kren.. Apa yang nak diherankan….
Eh tapi dalam listing terbaru 7 tempat ajaib di dunia yang dikeluarkan pada Julai tahun lepas, Eiffel Tower ni pun tak tersenarai dalam 7 tempat tu. Kalau 8 mungkin ada. Kalau korang masih samar-samar tentang senarai baru 7 tempat ajaib di dunia, Khai teringat pulak assignment Khai masa study dulu. Still Khai simpan. Online lagi tu. So take a look at The New 7 Wonders of the World Ezine!!
Download Here (right click & save target as. Rename .flv)
Sebentar tadi Khai ‘ter’masuk dalam sebuah blog yang dia kata sendiri, blog paling dibenci di Malaysia. Yes, He deserve it! Khai usya blog tu satu persatu. Terlalu banyak isu-isu taik yang cuba diketengahkan. Antara satunya, adalah mengenai video di atas. Versi lagu Ultraman dalam Bahasa Melayu atau lebih detail lagi loghat Kelante atau Ganu, Khai sendiri tak sure.
Begini entri yang ada di blog picisan tu.
lawak ke video ni?aku rasa tidak.kenapa mesti mengharapkan bantuan dr altromen?
sedangkan tuhan mu ialah ALLAH S.W.T. kenapa mesti mengagungkan altromen drpd ALLAH?? rujuk al-baqarah: ayat 186, dan al-baqarah ayat 45… Syirik berdoa kpd ultraman… mana aqidah kita wei…
Ok, bagi Khai hiburan tetap hiburan. Apa yang murtadnya setakat lagu begitu? Manusia bodoh mana yang betul-betul mengharap dengan Ultraman? Mengharap Ultraman datang selamatkan bumi? Terang-terang la just suka-suka. Paling penting, jangan senang-senang “cop” orang sebagai Murtad tanpa asal-usul dan alasan yang langsung tak releven. Kepada penulis blog tersebut, bandarkan sikit kepala lutut dan otak anda dan carilah idea lain. Thats why anda sendiri tahu blog anda paling dibenci. Memang patut pun. So apa pula kata korang?
Pssttt: Itu contoh antara isu bodoh yang cuba diketengahkan. Ada banyak lagi cuma malas Khai nak amik port.
WordPress 2.5 RC
Ah, Shit!!! menyesal aku upgrade! Nak upload gambar pun tak semudah dulu.
Kerat jari kalau ada antara kita yang cakap tak pernah nengok wrestling sama’ada di TV atau DVD mungkin. Kenala siapa itu The Rock, Triple H, Undertake, John Cena, Stonecold Steve Austin, Randy Orton mahupun Rey Mysterio? Kerat jari sebelah lagi kalau ada juga yang tak tahu. Tapi bukan kerat jari Khai, kerat la jari ayam ke, biawak ke.. huhuhu..
Siapa pula yang tidak kenal WWE? World Wrestling Entertainment, Inc; sebuah badan gusti gergasi dunia yang juga aktif dalam membangunkan filem dari lakonan ahli gusti mereka seperti The Marine (lakonan John Cena), See No Evil (lakonan Kane), The Condemned (lakonan Stonecold) mahupun The Rundown & Walking Tall (lakonan The Rock) dan pelbagai lagi rangkaian filem mereka. Itu di Hollywood sana. Di Malaysia, masih lagi belum ada badan gusti seperti itu. Dan artis kita kebanyakkannya datangnya dari bidang nyanyian bukan dari bidang sukan. Masih ingat bila Rashid Sidek berlakon filem Cinta 100 Ela arahan Raja Azmi? Alahai, takde sapa nak nengok. Negara kita tiada ahli sukan yang boleh dilebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Ahli gusti jauh sekali. Tapi yang peliknya dah ada pula ahli gusti perempuan. Budak sekolah lak tu. Itu ahli gusti bodoh buatan Malaysia.
Di Jepun lebih ekstrem. Masih ingat Khai pernah menulis entri mengenai Fear Factor Jepun suatu ketika dulu? Sanggup makan taik untuk menang. Mereka itu gila. Begitu juga dengan WWE di sana, mereka terlalu gila. Khai pasti, jika diberi ganjaran tertinggi sekalipun, belum tentu John Cena mahupun The Undertaker mahu mengambil bahagian. Itu kerana mereka di WWE sana bergaduh kerana lakonan, hiburan dan bayaran, bukan kerana kejantanan seperti orang Jepun. Semua pun tahu, mereka memang gila dalam semua aspek.
Alhamdulillah, setelah hampir 3 hari Scukz di suspend, akhirnya pulih kembali pada malam ini. Hakikatnya, Scukz terpaksa disuspend seperti biasa dek kerana overload atau dengan kata lainnya, Scukz ni memang suka makan cpu usage yang agak tinggi. Jadi bagi tidak memberi effect tidak baik kepada web-web lain yang berada di dalam server yang sama terutama KelantanTV yang mengadakan event agak besar di website mereka, Scukz terpaksa beralah dulu bagi memberi peluang kepada mereka. Inilah ironinya website yang disponsor sepenuhnya seperti Scukz.Com. Mohon maaf kepada semua dan perhatian kepada pemilik blog di bawah domain Scukz, tolong beri perhatian kepada load blog anda. Jangan streaming lagu yang diletakkan dalam direktori Scukz dan jangan upload something yang bersaiz terlalu besar (seperti yang terkandung dalam syarat free blog at Scukz).
Beberapa hari ini, Khai agak busy dengan jemputan open house saudara mara dan adik-beradik sendiri. Siang tadi hantar Nieza balik Perlis pula tapi takde la sampai Perlis, sampai Puduraya sudey. Sejak Scukz disuspend ini, aku rasakan internet tidak terlalu bermakna lagi. Sekejap sudah boring. Kau akan tahu apa yang Khai rasa jika kau memiliki sebuah web berdomain & berhosting sendiri. Jika web kau bermasalah, kau lah orang paling bermasalah sekali jika dilihat. Haha. Khai banyak menghabiskan masa melawat blog orang lain terutama blog mereka-mereka yang popular. Lihat saja di senarai mybloglog mereka, pasti ada aku, Khai.
Kini Khai dah masuk fasa cuti Semester. Hampir 3 bulan juga cuti ni. Ingat nak kerja. Usya-usya takde la plak kerja kosong. Ingat nak cari Cyber Cafe atau apa sahaja peluang pekerjaan melibatkan internet. Kira Khai boleh bekerja sambil ber’internet kan diri. Jadi sesiapa yang ada peluang pekerjaan, email atau call la Khai yer? Kalau leh area KL la. This is for the first time cuba nak cari kerja part time untuk lebih kurang 2 bulan macam tu. Boring duduk rumah. Awek pun jauh. Perlis sana tu hah!
Untuk mengelakkan post kali ini dianggap crap semata-mata, apa kata amik tahu sikit mengapa kita diWAJIBkan untuk off handphone atau sekurang-kurangnya JANGAN call sapa-sapa masa tengah mengisi minyak. Tapi bagi Khai kalau kita tak call pun, kalau orang call kita naya juga. Kesimpulannya, Off sahaja handphone tu. Lebih lanjut, (more…)
Berjalan-jalan dari satu fail ke satu fail dalam notebook aku ni, membuatkan aku teringat akan gambar di atas. Dulu, pada permulaan aku melihat gambar ini dari forums Scukz.Com, aku tertanya-tanya, apa yang cuba di sampaikan oleh si penghantar dan ape motif gambar tersebut. Kelihatan seperti hanya gambar sekumpulan unta yang berjalan-jalan di padang pasir.
Kalau kalian ada yang sudah dapat tangkap akan keunikkan gambar tu bagus la. Memang pick-up punye otak. Bape Gigabytes la korang punye otak tu. Pandai pun guna otak kanan dan kiri. Hahaha. Untuk yang masih belum tahu, (more…)
Poll sebelum ini "Siapa yg lebih wajar mendapat datuk berbanding SRK" dimenangi oleh Aznil Nawawi dengan 43% dari 340 undi. Lihat Poll Archives untuk maklumat lanjut.
Langganan
Gunakan button di bawah untuk bookmark blog ini di ke dalam browser anda. Juga ke web-web feed popular lain.
Well, blog pertama dalam hidup Khai masih wujud lagi. Kalau rasa nak baca, dipersilakan.
Facebook Fan Pages
Oh! Media FanPage since 18 Feb 2010
For those silent readers, come-on, Join our discussion... boleh?
NOTIS: Semua artikel di dalam blog ini adalah hak milik peribadi yang dilindungi oleh Akta Hakcipta Malaysia. Sebarang pengambilan artikel untuk dipamerkan di dalam blog lain adalah memerlukan persetujuan pihak kami terlebih dahulu. Sebarang aktiviti copy paste tanpa kebenaran, akan dikenakan tindakkan undang-undang. - Oh! Media Network.