Ini adalah sambungan untuk siri post sebelum ini. Dalam Brands Headquarters #1 kita dah puas melihat bagaimana rupa Headquarters beserta sedikit info mengenai syarikat-syarikat besar yang sinonim dengan dunia perkomputeran & Internet, Kali ini aku akan sambung dengan syarikat-syarikat besar yang sinonim dengan dunia mobiliti pula.
Nokia
Kau pakai handphone apa? Nokia? Sony Ericsson? Samsung? Motorola? Ah, Bosan lah kau ni.. kenapa kau tak support M-Mobile? Haha.. aku pun sama je tak support.. maybe next time! Tunggu M-Mobile setanding jenama Nokia. Huuu… Headquarters (HQ) Nokia Corporation terletak di Keilaniemi, Espoo, Finland. Ingat tu, Nokia produk keluaran Finland dan bukannya keluaran China (Chokia ye la Cina). Nokia ditubuhkan pada tahun 1865 oleh Fredrik Idestam. Kini Chairman Nokia dipegang oleh Jorma Ollila. Nokia mempunyai 68,321 orang pekerja. Slogan terkini Nokia ialah Connecting People.
Motorola
Sebelum nama Motorola digunapakai pada tahun 1947, ianya dahulu dikenali sebagai Galvin Manufacturing Corporation pada tahun 1928. Ramai penduduk dunia terutamanya Jepun menggunakan barangan berjenama Motorola. Headquarters Motorola Inc. terletak di Schaumburg, Illinois, USA. Diketuai oleh Edward Zander (CEO & Chairman), Motorola kini sudah menjadi satu jenama yang mantap dalam bidang telekomunikasi. Nama Moto diguna kerana kewujudan Motorola pada asalnya dahulu ialah di dalam bidang automotive. Syarikat ini mempunyai pekerja seramai 66 ribu (66,000) orang. Slogan untuk syarikat ini ialah “Hello Moto” dan juga “Intelligence Everywhere”. Oh ya, ada satu lagi iaitu “Saya Menang Moto” .. kwang kwang… (more…)
Posted on 14 July '07 by Khai, under Brands, Mobile, Technology. 8 Comments.

Harini update blog awal skit. Belum pukul 12:04 minit pun lagi. Takpe la.. semalam dah ter’update lambat so harini, tebus balik la. Ok harini Khai nak review sikit (skit je tak banyak) mengenai Headquarters (HQ) untuk beberapa jenama yang popular di dunia. Kebanyakkan dari kita selalunya hanya tahu pakai tetapi sedikit pun tidak mahu mengambil tahu dari mana barangan tersebut datang. Ada seorang kawan aku haritu, sampai bertengkar-tengkar ngan kawan dia, tahu bertengkar sebab apa? yang seorang ni cakap jenama Samsung berasal dari England dan seorang lagi cakap Samsung berasal dari Australia. Dalam hati aku terdetik, “Bengong betul.. Samsung dari Korea la Ngok!” .. sorry bahasa kasar sedikit sebab itu hanya kata-kata yang lahir dari hati aku. Bukan aku luahkan. Jadi post kali ini, aku akan menerangkan sedikit-sebanyak tentang jenama-jenama popular yang berkait rapat dengan dunia perkomputeran.
Microsoft
Jenama ni kalau ada yang tak kenal, boleh lah hantuk kepala tu kat dinding. Headquarters Microsoft Corporation terletak di Redmond, Washington, USA. Ditubuhkan pada 4 April, 1975. Ini adalah sebuah company yang telah mencetuskan revolusi di dunia ini dengan adanya pelbagai jenis Operation System (OS) untuk kegunaan kau. Kau membaca tulisan ini pun kerana atas jasa besar Microsoft. Antara orang yang paling penting di dalam Microsoft seperti Bill gates (Chairman), Paul Allen (Co-Founder), Steve Ballmer (CEO) & Ray Ozzie (CSA atau Chief Software Architect). Barangan industry yang dijanakan oleh Microsoft terbahagi kepada 5 kategori iaitu Computer Software, Research & developement, Computer Hardware, Publishing dan Video games (PC dan XBox). Mempunyai pekerja seramai lebih dari 73 ribu (73000) sehingga kini. Slogan Microsoft buat masa kini ialah ‘Your potention, Our passion’. Ingat, Microsoft adalah product dari USA. Tidak dilupakan, Microsoft memang dibenci ramai kerana harganya yang terlalu mahal dan kerana itulah, nama Microsoft telah diubah menjadi Micro$oft.
Red Hat
Headquarters Red Hat Inc. terletak di Raleigh, North Carolina, USA. Ditubuhkan pada tahun 1993. Tentu ada yang mungkin baru pertama kali tahu tentang brand ini. Red Hat adalah sebuah company yang banyak membina open source software (applikasi sumber terbuka). Antara yang paling terkenal ialah GNU/Linux OS dan Unix US. Antara mereka yang mentadbir Red Hat ialah Matthew Szulik (Chairman & CEO), Bob Young & Marc Ewing (2nd Founder). Red Hat hanya menumpukan sepenuhnya kepada Computer Software Industry. Mempunyai pekerja seramai lebih 2200 orang sehingga kini. Alamak! Mereka tiada slogan la. Huuuu…. biar aku cadangkan mereka satu slogan. Bagaimana kalau slogan mereka ‘cat in the hat’. Ok tak? lol..
Mozilla
Headquarters Mozilla Corporation terletak di Mountain View, California. Kerjasama ini ditubuhkan pada tahun 2005. Mozilla bukanlah satu jenama asing lagi bagi kita semua selaku pengguna internet seharian. Mozilla amat sinonim dengan internet browser paling kool masa kini, Firefox. Kau pakai browser ape? Internet Explorer? gile kau!! cepat tukar Firefox! Mitchell Baker (President) adalah ‘key people’ bagi syarikat ini. Antara product cam best yang telah dihasilkan lebih 60 orang pekerja mereka adalah seperti Firefox, Thunderbird, Kondom, Sunbird, Chatzilla dan macam-macam lagi. Eh, Kondom? (more…)
Posted on 13 July '07 by Khai, under Brands, Technology. 19 Comments.
** Tajuk bajet konon-konon macam “Macam Macam Aznil”.. wakakak
Yay!! aku dah join Exabytes® Love Malaysia & Win Contest 2007 eventhough aku bukanlah customer diorang.. tapi aku pernah menjadi customer diorang suatu ketika dulu dan sehingga hari ini, aku masih ada hutang RM0.99 lagi yang masih belum diselesaikan. Pandai-pandai beli domain murah tapi tak pakai.. Huhuhu… saja aku join.. sambil memeriahkan sambutan kemerdekaan negara, mana tahu ada rezeki.. Kepada yang masih belum join lagi tu, nampak tak ada banner comel kat footer blog aku ni? klik lah.. mana tahu kot kot kau bertuah menang hadiah seperti Sebuah Proton Perdana V6, Melancong dengan Star Cruise 10 hari 15 malam ke Kuala Lumpur (ada laut ke?) dan juga Pakej Penginapan seumur hidup di rumah anda sendiri.. tapi malangnya, semua hadiah yang aku sebut tu, tipu aje.. huhu.. hadiah yang Exabytes tawarkan hanyalah 1 (satu) Grand Prize berupa handphone Sony Ericsson W850i dan 8 (lapan) lagi hadiah lain berupa wireless keyboard & mouse yang bernilai RM100 setiap satu. Aduh, puas merepek!
Tahniah jugak kat member baik aku, Mohd Rasul a.k.a Acul atau ShadowX sebab dah beli Notebook baru.. Notebook busuk dia, dah selamat jual.. RM800 pon boleh la.. hahaha.. Aku juga dah memasang satu lagi iklan iaitu Nuffnang. So kiranya dah ada dua iklan la kat blog ni. Satu Advertlets dan satu lagi Nuffnang. Nuffnang ni walaupun kadang-kadang lembap, tapi manyak untung looo.. kata si Faidhi. So aku pun cuba la.. so kat sidebar paling atas tu, ada iklan kan? so hope kau semua sudi untuk join poll atau komen untuk iklan tu. Tak susah pun kan.. dan kalau rasa produk iklan tu kau suka, jangan la segan-segan klik.. hehe
Semalam gak ade mangkuk jamban add aku kat YM.. ID dia scukz .. cam kenal je ID ni kan? inilah email aku yang dihack tahun lepas.. Tak sangka sampai sekarang mangkuk tu pakai.. and bila aku chat ngan dia, tak sangka dia tahu semua perkembangan pasal aku.. Nama awek pun dia leh tahu.. Wow!! baru ku sedar, rupanya dalam diam, dia admire dengan aku.. haha.. So mulai saat ini, aku hadiahkan la akaun Email yang dia curi tu.. tapi akhirat nanti sila mengadap aku ye wahai mangkuk jamban sebagai balasan untuk orang mengacau hidup orang yang tak bersalah dengan kau!! nak baca teks perbualan kami? read more lah… panjang sangat
(more…)
Posted on 6 July '07 by Khai, under Daily craps, Technology. 20 Comments.