Archive for 'Daily craps'

Perkara yang membuatkan korang sangat ketinggalan zaman

Berikut adalah beberapa senarai yang membuatkan korang kelihatan sangat- sangat ketinggalan zaman. So kalau terkena batang hidung, pandai-pandai la majukan diri. edit * Kalau ada salah maklumat, tolong betulkan.

1. Apabila ditanya mengenai apa alamat sesebuah website, korang akan menjawab “w w w, dot … bla bla bla ” instead of tanpa www. Ramai kawan-kawan Khai macam ni la.

2. Bila korang mendengar orang bercakap address website tanpa www, korang akan bertanya, ” Eh, ade www ke takde? ” … *edit Website banking seperti Maybank2u memerlukan WWW. Ini dikecualikan kalau member korang tanya ada www atau tidak.

3. Apabila menaip address sebuah website di browser, korang akan menaip secara penuh. Contohnya “www.scukz.com” atau “scukz.com”.. Padahal orang zaman sekarang hanya akan menaip “scukz” diikuti Ctrl + Enter untuk “com”, Shift + Enter untuk “net” dan Ctrl + Shift + Enter untuk “org”. *edit Untuk Firefox, website popular seperti myspace, facebook, yahoo, google dan sebagainya hanya memerlukan namanya sahaja. Contoh, taipkan Myspace dan hit Enter. Ia akan direct ke myspace.com.

4. Apabila tulisan di sesebuah website terlalu kecil, (more…)

Posted on 15 November '08 by , under Daily craps, Special. 237 Comments.

Gambar Kursus Perkahwinan Mawi dan Ekin

UPDATE MENGENAI KISAH ABBY DAN NORMAN HAKIM
* PANAZZ: Abby Cabar Norman Minta Diceraikan *


Patutnye ni update kat Oh! Artis. Tapi since ada something yang still belum siap kat Oh! Artis tu, Khai letak jugakla cerita ni di Justkhai. Dan pastinya, tiada apa yang menariknya tentang pernikahan Mawi dan Ikin ini. Ya, memang dah jodoh mereka tapi untuk Khai, Ekin bukanlah calon isteri yang sesuai untuk Mawi. Mungkin korang pon tahu latar belakangnya. Apa pun Mawi dah buat keputusan dan tentunya dia bukan bodoh. Pastinya lah dia dah kenal luaran dan dalaman si Ekin ni. Nak bina masjid bukan untuk sehari dua je oiii… Jangan jadi macam artis lain tu. Ntah ape ape.

Berikut adalah sedikit gambar pemanis mata (mungkin juga menyakitkan mata) di kursus perkahwinan Mawi dan Ekin. Yang ambik kursus sekali ngan diorang tu pun, mesti balik rumah kecoh satu kampung kan dapat kursus sama ngan Mawi. Huh!


Ape pun tahniah Mawi dan Ekin. Moga berkekalan dunia dan akhirat. Elok gak ko kahwin Mawi since ko bukan top macam dulu dah. Orang nak dia pergi luar negara buat konsert ke. Ni si Mawi ni pergi luar negara buat visit. Melawat sana sini. Pejadah.. Huhuhu.. Setuju tak?

Untuk gambar lain, sila (more…)

Posted on 6 November '08 by , under Daily craps. 43 Comments.

Entri Sementara (blog problem)


SalamX! Khai pon tak tahu ape masalah blog ni. Actually dah jadi masa Khai online kat hostel Limkokwing lagi. Khai ingatkan sebab proxy Limkokwing yang buatkan blog ni leh plain view je, so khai buat dekkk je la.

Then dapat report dari beberapa readers blog ni yang mengalami situasi yang sama. Blog still boleh baca tapi dalam keadaan yang sangt ugly. Tanpa sebarang style, korang pun tahu camana rupanya ye tak? Ibarat korang berbogel then duduk tengah jalan kasi orang view. Huuuuuu…

Khai dah usya directory blog ni, dah Khai dapati ade beberapa file ‘pelik’ yang tiada kene-mengena dengan blog ni tiba-tiba ada dalam server. So khai rasa ade kemungkinan ada orang yang dengki. Fakta ni disokong oleh email Exabytes yang perlu Khai rahsiakan di sini apa isinya.

Buat masa sekarang Khai takde connection internet yang membolehkan Khai perbaiki masalah ni 100%. Online kat CC je dan ni plak online guna pc akak Khai. Tapi tadi Khai dah register Stremyx so Selasa ni InsyaAllah la boleh online semua macam biasa. So harap korang dapat bersabar yer. Buat pelanggan iklan di justkhai, tempoh pengiklanan korang takkan terjejas. Seberapa lama blog ni jadi macam ni, selama itulah tempoh yang akan ditambah bagi iklan korang.

* Khai memohon maaf di atas masalah ini.

Update 22 Oktober: Whole day Khai mengadap problem blog ni, dan finally, sempat pun selamatkan blog ni. Mungkin ada entri yang akan broken link since Khai ada buat perubahan sikit apda Permalink. Thanks pada mereka yang membantu Khai mencari kat mane la silapnye.

Posted on 18 October '08 by , under Daily craps. 18 Comments.

Free game sangat kool

Entri kali ni Khai saje nak share game untuk korang. Buat masa ni game ni la yang terbaik yang pernah Khai main untuk buang masa tapi berfaedah. Ni bukanlah game macam Transformers, Hitman, Need for Speed atau game yang penuh aksi-aksi ni, tapi game ni nak main kene gunakan otak. Khai harap korang cuba la sendiri sebab Khai takkan promo kat korang kalau menda ni tak best dan tak berfaedah kan?

Lagi-lagi yang kat office tu. Kalau bosan takde kerja, layan je la game ni untuk hilangkan bosan korang tu. Kalau kantoi ngan bos korang pun, silap-silap bos korang pun nak main sekali. Habislah melingkup office korang tu ek? hahaha.

Dinner Dash 2


Kalau korang main before, mungkin Dinner Dash 1. Dalam Dinner Dash 2 ni banyak dah berubah. Korang akan jadi awek pelayan kat restoran. Awek pun awek la ye tak, janji layan. Korang perlu melayan setiap customer yang datang tak putus-putus. Dari amik menu, hantar makanan sampai la ke mop air kencing customer baby, semua korang yang kene buat. Kira kat restoran ni, sorang je la yang kerja (tak logik sungguh ek?). Bila restoran korang makin maju, (more…)

Posted on 13 October '08 by , under Daily craps. 29 Comments.

Semuanya takkan hilang jika.. Part 2


Lagi beberapa hari dah raya dan mungkin ini entri terakhir sebelum hari kemenangan kita semua menjelang tiba. Hari ini juga adalah hari terakhir Khai duduk di hostel milik Limkokwing University ni. Terima kasih kerana menyediakan internet percuma dengan ‘superlaju’ tanpa banyak masalah.

So dikesempatan ni, Khai nak ucapkan kepada semua Selamat Hari Raya yer. Kalau ada salah dan silap tu, Khai menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Tak mungkin dilupa, keluarga tercinta, para sahabat tersayang dan yang kalau Khai lupa dia akan merajuk, Nieza lah.. my girlfriend. Kalau-kalau la ada sesiapa yang tak tahu duit nak buat apa tu dan rasa nak kasi Khai duit raya, contact je Khai via email ye. Hahaha. Tak malunye aku dah tua-tua mintak duit raya :P

Mengenai entri sebulum ni, ini adalah part kedua. Silalah (more…)

Posted on 26 September '08 by , under Daily craps, Special. 25 Comments.

Semuanya takkan hilang jika…. Part 1


Pembuka bicara, korang semua diseru untuk join dominasi kami yang membangun dengan pesat di Scukz.Com.. Khai jamin sekali lepak forums kat sana, korang takkan cari yang lain.

Lepas drama Sindarela, muncul plak drama “Pertama Ramadhan” yang berlokasikan Limkokwing University. Dua-dua drama ni Khai selalu dapat nengok diorang shooting. Tak tahu ape kejadahnye diorang nak shooting kat sini. Bagus betul strategi nak mempromosi ye Limkokwing ni. Dulu Gol & Gincu, Sumo-Lah, Impak Maksima dan macam-macam lagi. Baru-baru ni iklan vitagen la pulak shooting. Kalau korang tak sempat nengok kat TV3, nengok je la kat Youtube. Sila search “Pertama Ramadhan”. Memang best cerita dia.

Teruskan baca ye.. (more…)

Posted on 19 September '08 by , under Daily craps, Special. 31 Comments.

Makanan paling lazat di dunia

Finally, pukul 3 pagi semalam, Khai format jugak Notebook ni. Pakai Vista balik selepas setahun Khai ban. Nampaknya kali ni support Vista bukan kepalang. Sangat puas hati. Sesungguhnya Microsoft belum cukup bijak apabila kenyataannya DVD RM11 yang Khai beli still dianggap original oleh mereka dan menerima privilage class number 1 untuk mendownload sebarang file yang mereka beri. Thanks Bill Gates. Hehehe.

So sekarang, no more Mac like. No more Apple logo. Saja berubah angin. Lama tak guna Vista, rasa macam cool je la pulak. Hehehe. Lagi-lagi bila dapat download semua update termasuk Vista Extra yang ada Windows DreamScene tu. Tak tahu DreamScene tu apa, tanya Khai kat bahagian komen.

Ok, straight to the Ampang Point, berikut adalah makanan kegemaran Khai. Tapi dalam Khai punya nightmare je la. Bluweekkk!!! Sebenarnya, ni gambar-gambar menu untuk mereka yang menyertai rancangan Fear Factor. Ini baru gertak sikit, kompem-kompen korang dah tak nak masuk.


Ada lagi.. kali ini lebih lazat.. sumpah tak tipu.. (more…)

Posted on 24 July '08 by , under Daily craps. 61 Comments.

Berapakah Gaji CEO TNB?


Kadang-kala Khai terpikir, mengapa dunia ini tidak adil. Mungkin korang juga pernah terpikir. Ok macam ni, ramai orang kaya yang kaya dengan sesuatu dari alam-semulajadi. Ini bermakna, dia boleh kaya sampai tahap melampau dengan apa yang Allah kurniakan untuk kemudahan umatNya bersama. Pernahkah Tuhan beri hak kepada sesiapa khazanah alam berikut? Khai agak tidak faham mengapa wujudnya tuan tanah. Dia ke yang buat tanah tu? mengapa bila kita nak beli tanah tu kena bayar mahal-mahal? betul ke itu tanah dia? bagaimana dia dapat tanah tu? siapa yang beri? dan yang pastinya, tiada siapa yang berhak memberi hak itu kepada dia kecuali dari Allah Swt. Jika Khai silap, sila betulkan.

CEO TNB
Begitu juga dengan billionaire dalam dunia ni. Bill Gates kini dah jatuh tangga ke-3 manusia paling kaya di dunia. Bill Gates berhak menjadi idola Khai kerana dia mencipta sesuatu dari apa yang di mampu. Dia mengasaskan Microsoft dan memberi kemudahan kepada dunia menggunakan akal-fikirannya. Bagaimana pula dengan manusia terkaya di Malaysia? Mereka kaya melalui gula, minyak & macam-macam lagi khazanah tersedia. Ya, minyak yang 100% sedia ada hasil kekuasaan Allah SWT.

Untuk yang kaya melalui minyak, kalau difikirkan, bagaimana minyak itu boleh dikatakan hak dia? Lupakan itu dulu. Sekarang fikirkan mengapa dia boleh kaya dengan minyak. Dia gali-gali minyak dan jual kepada dunia. Kalau minyak di situ takkan habis sampai bila-bila, ini bermakna 18 keturunan dia atau lebih pun akan terus mewarisi minyak anugerah Tuhan itu. Kalau nak dibezakan dengan Bill Gates, bayangkan jika Microsoft kekeringan idea, makan ternoktahlah karier Bill Gates buat selamanya. (more…)

Posted on 6 July '08 by , under Daily craps. 49 Comments.

Kenapa Khai Benci Zaman Sekolah? – Part 2


6. Gangstarz, eh Gangster
- Rasanya kat mana-mana sekolah pun ada kelompok yang bodoh tapi bajet pegang satu sekolah mengalahkan ketua murid mahupun Pengetua sekalipun. Diorang ni sah-sah memang tak masuk kepala Khai. Tapi apa yang paling Khai ingat, masa tu tingkatan 2. Khai ada couple dengan seorang awek cun ni nama dia Nurul Farhana binti Samsuri (saja tulis penuh kot-kot dia search Google nama dia ke.. haha). Nak dijadikan kisah sadis, seorang dari geng otai’k kucing ni minat kat si Nurul ni. So mamat ni tak payah ngorat or cari jalan nak usya si Nurul ni dah. Cara dia mudah je, tarik Khai pergi belakang sekolah, ajak gaduh one by one tapi team dia bersepah keliling. Siapa kalah, lu pikirla sendiri apa nak kene buat kan? Bertumbuk sepak terajang la jugak sekejap. Tapi sebelum Khai kalah (haha), Khai cakap malas nak gaduh sebab perempuan dan dipersilakan wahai encik otai’k kucing oi. Hari ini, kalau nak tahu ape dah jadi kat Nurul Farhana tu, dia dah nak khawin pun dengan mamat yang tak pernah dia kenal pun masa form 2 tu. Haaa, nasib la kau tak gaduh sampai patah riuk Khai oi sebab perempuan. Kalau tidak, tak ke sia-sia tu? Mangkuk yang otai dulu tu pun, dengar cerita dah jadi Askar. Amin, ada juga masa depan kau ye? Haha, jangan saman saya. Bukan sebab saya orang susah tapi takut kepala kau pecah. Hehe.

7. Chenta Monyet
awek_form5.jpg”/>
- Alahai, ni sebenarnya nak cerita pun rasa macam dah transfer jadi monyet la pulak. Kalau sekarang ni korang dah masuk alam Universiti atau dah bekerja, mesti tersengih sorang-sorang terkenang kisah cinta monyet masa kat sekolah dulu kan? Tak pernah bercinta zaman sekolah? cukup-cukuplah cakap korang pergi sekolah hanya untuk belajar padahal kisah sebenarnya, korang tak popular pun kan? Hakhak. Sian dia. Tapi ingat, bukan semua cinta monyet tu hanya gayutan untuk sementara. Khai ada member yang couple dari sekolah hampir 9 tahun. Sekarang dah bahagia pun dia menanti kelahiran anak yang pertama. Wa salute sama lu la babe! Khai dulu time form 3 pernah couple dengan seorang akak yang 3 tahun lebih tua dari Khai. Nak tahu ape jadi dengan akak tu sekarang? Tengah jaga anak kat rumah la beb!! hahaha. Yang penting, sumpah itu bukan anak aku!! Hai, lawak nye la chenta cipanzi ni kan?

8. Poyo plus Loyo

- Masa form 5, Khai ade seorang member kelas ni nama dia Thines. Seorang pelajar india yang fasih berbahasa melayu. Ok la dia ni tapi apa yang kurang menyenangkan, dia ni tak boleh nengok ada orang lebih dari dia. Bukan Khai je la yang perasan, tapi satu kelas pun dah faham sangat. Ok fine la kalau dia nak lebih tapi kalau korang tahu camana cara dia nak lebih dari Khai tu, korang mesti rasa nak pelempang. Mula-mula Khai masuk Streamyx 512kbps, seminggu kemudian dia pun masuk Streamyx 1mb la pulak. Then Khai beli thumbdrive 256mb dengan harga RM150 (time tu ramai orang Malaysia tak tahu thumbdrive tu ape). Gila mahal kan time tu? Seminggu lepas tu, mamat india ni beli thumbdrive jugak. Punya banyak jenis thumbdrive ngan pendrive kat kedai, dia beli yang sebijik jugak. Warna, Saiz, Harga mahupun kedai pun sama. Oh tidak hampir jadi gila Khai dibuatnya. Khai beli pulak beg sekolah baru, selang beberapa hari je, dia pun beli beg sekolah baru dengan warna, jenama, saiz dan harga yang sama. Tak pasal-pasal member kelas cakap kitorang adik beradik la, boria la. Alahai memang dah gila Khai time tu. Dengan tiadanya sikit pun sifat ingin berlumba dengan dia, Khai beli plak MP3 Player. Beberapa hari lepas tu je dia bawak pergi sekolah MP4 Player. MP4 la pulak babe! Khai belajar design website dan beli domain Scukz dot com tu, dia pun beli domain tapi tak tahu ape fungsi domain tu. Hahaha. Kesian ke tidak tu?

Ini kisah yang memang benar-benar berlaku pada diri Khai. Korang pun mesti pelik kan? Tapi Khai tak kisah pun sebab Khai tahu dia jadikan Khai role model. Hahaha. Eh ade satu lagi. Khai yang struggle duk cerita kat dia yang Khai nak study kat MMU (time tu dia ingat MMU tu sejenis kuih), dia pulak sekarang yang tengah study kat MMU melaka. Khai dah tercongok kat Limkokwing University ni. Apekejadah’nya ada makhluk macam ni? Korang study MMU? kalau ye tolong bunuhkan dia untuk Khai. Khai kasi ganjaran terima kasih punya. Jangan risau. Haha
(more…)

Posted on 2 June '08 by , under Daily craps, Fun & Jokes. 36 Comments.

Bosannya Hidup Seorang Khai

Yea, akhirnya dapat gak Khai update blog ni. Actually Khai ada kat kampung sekarang. Kat rumah no internet connection, no Astro and no thing! Yang ada cuma mak abah yang disayangi. Dan korang paham-paham sendiri la kan mana Khai ada sekarang. Cyber Cafe? Ya betul. 10 penumbuk untuk korang. Hahaha. Huh, kesian gile CC ni. Keyboard macam mati segan hidup tak mahu je. Internet Connection plak, Aiyaa.. potong jari la kalau lagi laju dari kura-kura belajar berjalan.


Bagi mengelakkan kebosanan kat kampung ni makin merebak, dua hari lepas Khai dah apply Astro. Hahaha. Fuh, kalau tak miss la aku nak nengok Chelsea kena belasah Manchester United nanti. Wei Aidil dan die hard fans Chelsea, watch out! sedia untuk menangis. Untuk Internet, takkan Khai nak masuk internet plak kan sebab kat sini sebulan je, so insyaAllah nanti nak apply Maxis broadband or Celcom Broadband masa praktikal nanti. Nengok member pakai Celcom Blue Cube macam best la plak. Oh ye, ni pun kira selamat lagi Khai bawak sekali *awek baru Khai balik rumah. Kalau tak mahu kejang tak dapat keluar rumah.

Hah! Scukz down lagi. Apekejadahnye ni wahai CGYhost oi? bila la korang nak stable. Sama macam tu je dari dulu sampai sekarang. Kejap ade kejap takde. Macam biskut lemak da! Aritu dapat invitation card kat Friendster. Yazrie nak khawin hujung bulan 5 ni. Kot ye pon nak Khawin, customer sakit kena ubatkan dulu bro. Apapun, all the best and congrate la. Sebenarnye Khai jeles si Yazrie ni umur sebaya Khai, tapi dah nak khawin. Khai ni ntah bila-bila la plak. Haish!!

Erm, kalau korang mencari cerita-cerita panas atau hangat kat entri ni, korang ternyata silap sebab entri ni semata-mata Khai tulis cerita mengenai Khai. Hahaha. Sabar ye sebab Khai akan update blog ni hari-hari nanti (insyaAllah) lepas Khai mula Internship 02 june ni. Lagipun kat CC ni dan tak seronok buat entri syok-syok tapi tak letak gambar yang dah siap di touch-up dengan Photoshop. Oh ye, tadi Syia (awek cun yang sponsor blog ni) sms, dia cakap dia dah upgrade bandwidth blog ni. So lepas ni takde la down lagi blog yang berada dalam server milik Exabytes ni. See, betapa bagusnya Exabytes ek? Kalau la still lagi blog ni under CGYhost, memang senasib la dengan Scukz.Com tu.

Ok korang, bape hengget la ni kene bayar. CC dah la tak best. Mahal plak. Chait!! daaa..

Posted on 7 May '08 by , under Announcement, Daily craps. 43 Comments.