Archive for 'Web Promotion'

Bermulanya satu anjakkan paradigma – Oh! Islam

Salam & salam sejahtera all.

Sebenarnya dah lama Khai dapat soalan yang bertanya, “Kenapa Khai tak gunakan kepopularitian yang ada pada nama Oh! Network untuk buat sesuatu yang berguna pada agama?”.

Jawapan Khai kepada soalan macam tu selalunya pendek je iaitu “InsyaAllah — Dengan izin Allah”. Frankly speaking dulu tak pernah terlintas pun nak buat web macam tu. Dalam kepala fikir nak buat web yang mampu mengembalikan modal yang dikeluarkan. Itu sahaja. Web agama? ramai ke nak baca? Buat ape? boleh jadi top ke? aku ni kan jahil mana layak dan macam-macam lagi, selalu bermain di kepala.

Sehinggakan suatu masa, dengan kehendakNya, tiba satu “nur” yang membangkitkan nawaitu yang tidak pernah disangka. Terus search samaada domain “ohislam.com” masih available atau tidak. Memang gembira tak terkata bila lihat domain tersebut masih available seakan macam tidak percaya sedangkan idea Oh! Islam ni dah lama bermain di mulut pembaca web-web Oh! yang lainnnya.

On the spot, terus beli dan diaktifkan. (more…)

Posted on 13 October '09 by , under Hidup Khai, Religion, Web Promotion. 67 Comments.

Weblog Popular 1Malaysia


Hi all. Lately busy sikit jaga anak. Menangis je kerja macam takde kerja lain. Tukar lampin, baru nak senyap. Nak blogging pun tak senang. Err, baru tahu eh Khai dah ada anak? Lalalala. Sebenarnya anak dalam game The Sim 2 Apartment Life je actually. Kalau betul-betul la ada anak sekarang ni, sah-sah le anak luar nikah. Ntah siapa la mak dia kan? Huh! Mintak simpang! Orang lain dah bertahun layan game The Sims, Khai baru la nak layan 2 hari lepas. Sebelum ni, memang takde maknanya nak main game. Tapi keadaan sekarang betul-betul memaksa. No TV mean No Buletin Utama, No Melodi, No Cerekarama, No Blogger Boy, No Ghost 2 (dah tamat dah Ahad lepas). Selain tu No Playstation, No awek dan lain-lain, membuatkan masa Khai agak sia-sia dan bosan tahap menonggeng.

Ok cukup daily craps. Entri ni sebenarnya nak buat pendedahan pasal satu contest yang diadakan salah seorang dari pengiklan di blog JustKhai ni. Denai Hati namanya. Boleh layari blog humble dia di www.denaihati.blogspot.com – Harus korang subscribe RSS Feed blog tersebut.

First of all, Khai percaya lebih dari 80% pembaca blog JustKhai ini, mempunyai blog sendiri tidak kiralah hosting sendiri atau hanya di Blogspot atau WordPress Commercial. Dan separuh dari 80% tersebut tidak berblogging kosong, tetapi menyimpan niat untuk mendapat sedikit keuntungan dari blog. Suku dari separuh tu pula, buntu bagaimana cara paling mudah nak dapatkan duit dari blog.

Kalau setakat korang letak iklan Nuffnang atau Advertlets, lepas tu untung seposen dua, tunggu cicit korang berjanggut baru dapat cashout la kot? Jadi cara termudah nak buat duit melalui blog, adalah menyertai apa-apa sekalipun contest yang berlangsung di Internet. Diulangi, apa-apa pun! Dari 100 contest yang korang sertai, at least mesti satu atau dua confirm mengena. Kalau tak mengena tu, sila-silalah bawak-bawak mandi bunga ye. Hehehe. Takde’lah, anggap je la bukan rezeki.

Terlalu banyak actually contest yang dianjurkan di blog-blog tempatan. Tak payah cari luar. Tapi ini kali pertama Khai jumpa satu contest yang menawarkan hadiah lebih dari RM5,000 ringgit. Dan hadiah RM5000 tu totally adalah duit. Terima kasih untuk Azizwan inform Khai melalui Twitter. Bukan barang-barang seperti seluar dalam, stokin atau baju dalam yang telah dijumlahkan harganya. Rasanya ini first time contest paling gila pernah Khai jumpa dalam internet. Sama’ada dari blog tempatan mahupun antarabangsa. (more…)

Posted on 15 July '09 by , under Contest, Web Promotion. 30 Comments.

Reka Tiny Tag untuk blog korang


Pelik betul bila nengok iklan kat TV. Sekarang dah ada Kopi Janda la pulak. Iklan tak boleh blah siap nyanyi-nyanyi lagi. Macam la takde nama lain. Hahaha. Lelaki tua yang miang-miang, mesti akan lariskan Kopi Janda lepas ni. Bising tak bising la mak korang kalau bapak korang beli kan? Hahaha, padahal kopi aje. Tapi bahaya tu, psiko pada jenama. Setiap kali iklan tu keluar, Mak khai mesti membebel cakap takde jenama lain ke?!! hehehe.

Dua hari ni PC Fair kat KLCC, haram Khai tak pergi. Seronok dengar cerita member-member je kat Twitter. Nak buat camna, sekarang ada kat kampung. Last usya PC Fair, bulan Ogos tahun lepas. Pergi dengan si dia yang dah takde lagi dalam hidup ni. Hehehe, kenangan yang mampu buat diriku tersenyum.

Entri kali ni nak berkongsi dengan korang website yang membolehkan korang create tag-tag macam kat bawah ni. Teruja tak?

Smart tak? Jangan risau pasal Photoshop kalau korang nengok tag kat mana-mana macam kat atas ni. Buang Photoshop jauh-jauh. Nak tahu caranya? (more…)

Posted on 11 April '09 by , under Fun & Jokes, Hidup Khai, Web Promotion. 38 Comments.

Imageshack VS Photobucket VS Flickr – Mana satu pilihan anda?


Ok, blog dah kembali sihat, mula’lah tuan dia gatal nak share something dengan readers. Korang kenal apa itu Imageshack, Photobucket dan Flickr (disebut flicker)? Ya, semua tu adalah Free Image Hosting yang paling popular atas muka bumi ni. Kalau ada yang tak kenal atau mungkin baru pernah dengar, sah lah memang korang patut terima jawatan AMN dari Yang di Pertuan Agung. Bukan Ahli Mangku Negara tapi Aku Masih Newbie. Hehehe.

Untuk pengguna Blogspot, rasanya korang tak perlu kisah pasal free image hosting ni, kerana di Blogspot dah tersedia tempat untuk korang upload file kan? Ini berbeza untuk sesebuah blog self hosted yang mempunyai ramai reader, bandwidth selalunya menjadi penghalang yang paling besar untuk kelancaran sesebuah blog. Lebih banyak gambar yang dihoskan sendiri, lagi ligat bandwidth bergerak. Itu belum kira gambar yang diambil orang mereka yang tak bertanggungjawab dengan meletakkan di blog tanpa proses download dan upload semula (hotlinking orang panggil).

Selain dari bandwidth, gambar yang di’load oleh ramai orang dalam satu-satu masa akan meningkatkan peratusan load server yang memungkin’kan hosting korang akan disuspend oleh pihak hosting. Kerana itu ramai perlu mencari cara lain untuk host’kan gambar di internet biarpun leceh sedikit berbanding upload terus dengan begitu mudah melalui WordPress kan? Antara blog Khai yang yang terpaksa menggunakan free image hosting adalah Oh! Tidak dan Oh! Artis di mana dua web tu sememangnya menerima banyak hit setiap hari dan memang banyak sangat gambar yang ada kat sana. Tapi soalnya, Photobucket, Imageshack atau Flickr? Jom kita detail’kan satu persatu. (more…)

Posted on 1 April '09 by , under Tutorial, Web Promotion. 54 Comments.

(Promo) Ubah muka anda jadi watak manga.


Lately saja membusy’kan diri dengan 6 web projek yang masih belum release dan dirahsiakan umum. Jeng jeng jeng. Tunggu ya! Dan yang terbaru, kalau korang tak tahu lagi, Ohtiny.Com dah pun release dengan motif untuk kegunaan memendekkan URL yang panjang serta menyorokkan link affiliate yang korang join. So takdelah visitor perasan sangat yang ada “refer” di penghujung link affiliate tu kan?

Ok berbalik kepada tajuk entri ni, nak memperkenalkan korang dengan sebuah website yang membolehkan korang generate wajah korang kepada bentuk kartun (still animation). Tapi jangan salah faham bukan diorang akan generate wajah dari gambar tapi dengan pemilihan manual wajah korang. Boleh pilih mata, bulu kening, hidung, mulut, telinga dan macam-macam lagi. Siap boleh makeup tambah celak lagi yang dah tentunya korang yang perempuan akan teruja dengan mekap-mekap ni kan?


Kalau dah biasa make-up Yahoo Avatar, motif nya sama sahaja di Face You Manga. Lepas korang dah siap create muka korang, diorang akan hantar gambar tersebut dalam bentuk JPEG terus ke Email.

Kegunaan’nya tak perlu diterangkan lagi, untuk digunakan pada Gravatar, YM, MSN, Google Talk, My Blog Blog atau mungkin juga Facebook dan Twitter. Apa URL’nya? (more…)

Posted on 11 March '09 by , under Fun & Jokes, Web Promotion. 40 Comments.

Tambah satu lagi web tiny, TinyChat!

Setelah menyelidik setiap jawapan dan respon yang diberikan dalam pertandingan Teka Choki-Choki, pemenang bertuah telah dipilih dari segi jawapan yang betul dan slogan paling menarik. Dan anda yang dinobatkan sebagai Raja Choki-Choki adalah….

En Azman Ishak dari www.azmanishak.com

Sayang seribu kali sayang kerana ramai yang memberi slogan amat menarik tetapi dengan jawapan yang salah. Jawapan’nya adalah 2 telah di makan dan 3 masih tidak diusik. Pemenang akan dihubungi melalui email. Setinggi-tinggi terima kasih juga untuk anda yang menyertai. Ada rezeki, kita buat contest lagi dengan hadiah yang real punya mahal. Hehehe.


Sebut pasal gambar, kita da TinyPic. Sebut pasal URL shorter, kita ada TinyUrl. Sebut pula pasal khidmat menyimpan perkataan, kita ada TinyPaste. Nak host file? ya, kita ada TinyUpload. Kesemua tu web-web tiny yang tersedia secara percuma untuk Khai dan korang gunakan tanpa meminta satu sen bayaran pun. Dan kini, tambah satu lagi dalam senarai iaitu TinyChat!

Web serupa TinyChat ni lah yang diimpi-impi’kan selama ini bagi mereka yang tak habis-habis ada problem proxy untuk guna YM, Skype atau sebagainya. Dan akhirnya ada jugak! Jangan kasitahu boss korang sudah. Fungsi TinyChat ni samalah macam mana-mana website yang menyediakan khidmat chating cuma ianya lebih special sikit di mana korang boleh create chat room sendiri dengan sekali klik dan share URL chat room tu dengan orang yang korang nak chat je. So takde sapa-sapa akan kacau. Cuma orang yang dah klik URL tu je akan dapat join chat room yang korang create tadi. Cool heh? (more…)

Posted on 3 March '09 by , under Web Promotion. 33 Comments.

Kini semua orang boleh guna Apple Macintosh


Boleh dikatakan dari 3 tahun yang lepas sampai sekarang, hampir setiap hari akan terdetik dalam kepala Khai, bila Khai nak guna Apple Mac ni?!! Dek kerana laptop sedia ada still mengancam lagi dan duit juga macam biskut Chipsmore, Khai simpan dulu niat nak pakai Mac tu. Tapi.. itu dulu. Sekarang?

Khai rasa setiap orang mesti mahu mempunyai sebuah komputer ber’operasi’kan Macintosh di rumah kan? Takkan tak bosan-bosan lagi dengan Windows kot? Taknak ke rasa sedikit kaya dan dipandang tinggi bila korang menggunakan Mac OSX Leopard ni? Hah well, itu memang kenyataannya. Mereka yang menggunakan Macintosh boleh dikatakan lebih advanced dari pengguna Windows dan mereka ada darjat yang tersendiri. Pedih bila membaca’nya kan?

Well, macam iklan yang korang boleh lihat di sidebar blog ni ialah iklan My Mac for All. Kumpulan mereka ni membangunkan pengoperasian Hackintosh untuk digunakan oleh komputer biasa yang bukan berjenama Apple lagi seperti HP, Compaq, Dell, Toshiba dan pelbagai lagi dan kini semuanya boleh guna Mac OSX Leopard! Ya, menarik dan kool bukan?!

Ya, tiada lagi angan-angan menggunakan Mac dengan menggunakan skin appearance ala-ala Leopard di dalam Windows korang kerana dengan pakej My Mac for All, korang akan rasai sendiri kehebatan menggunakan Pengoperasian Macintosh yang sebenar! Ucapkan selamat tinggal buat Microsoft, Windows, Bill Gates, Virus dan member-member korang yang masih menggunakan Windows. Kalau diorang boleh bangga dengan Windows 7 yang konon baru di’download’nya, korang pula boleh berbangga dengan “Apple Computer” yang korang ada. Kerat jari kalau diorang tak melutut tanya camne korang buat. Hehehee.

Khai akan cuba memasang sendiri dalam beberapa jam atau mungkin beberapa hari dari sekarang. (more…)

Posted on 18 February '09 by , under Computer, Macintosh, Software, Web Promotion. 81 Comments.

Transformers 2: Revenge Of The Fallen – Official Trailer

Walaupun hampir 4 bulan lagi Transformer 2 ni nak dikeluarkan (26 June 2009), Kehangatannya semakin dirasai. Tambah-tambah lagi dengan trailer yang gempak habis. Bagi penggermar filem action yang suka melihat kehebatan orang bermain dengan CGI, ada dua filem yang perlu korang nanti-nantikan.

Bulan depan, ada cerita Dragon Ball yang dah di’real’kan menjadi sebuah filem, Dragonball Evolution. Bukan kartun lagi dan insyaAllah, Khai pun akan turun panggung. Ye la kan, dulu masa kecik Dragon Ball la kartun yang Khai tunggu-tunggu setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9 pagi di TV2. Tak tahu la sekarang ada lagi ke tidak, rasanya takde lagi dah. Nostalgia habis bila mengenang time kecik-kecik dulu.. Ingat lagi dialog dalam iklan Dragon Ball dulu-dulu. “Mutiara Naga ini ada 7 biji ke’semuanya..” .. “hah apa? 7 bijik?!! saya pun tak tahu”, kate KeluangMan yang menjadikan iklan itu agak lucu.

Hai dunia kanak-kanak. Tiada percintaan yang menyakitkan, tiada rakan-rakan tikam dari belakang, tiada kerisauan pasal kerja dan belum sempat lagi nak mengenang masa depan mendatang. Indahnya dunia kanak-kanak bahkan syurga pun kelihatan betul-betul confirm ketika itu. Betul tak?

Pssttt: Oh ya, 26 Feb 2009 ni keluar cerita Street Fighter: The Legend of Chun Li. Khai tak tahu la best atau tidak namun yang pastinya korang pun tahu siapa yang menjadi Chun Li kan? Siapa lagi kalau bukan Kristen Kreuk, gadis orang putih terakhir. The Punisher 19 Feb. Ah beli DVD cetak rompak sedey yang ni. Hahaha.

Trailer Dragon Ball? (more…)

Posted on 18 February '09 by , under Movie Review, Web Promotion. 19 Comments.

Siapa Johns Wu dalam dunia Blog?


OH! Tidak. Adalah sebuah website yang memaparkan pelbagai ragam dunia. Eh, ter’promo pulak. haha. Khai sebenarnya terbaca satu entri di laman hiburan Izyan mengenai blog paling mahal dalam sejarah internet. Masih ingat akan Blog Oh Blog yang dijual Bob pada harga lebih kurang RM30 ribu? Itu antara pencapaian blogger di Malaysia yang sangat boleh dibanggakan sehingga ke hari ini.

Bercerita mengenai Johns Wu, dia hanya seorang remaja berusia 22 tahun. Ya, satu tahun lebih tua berbanding Khai. Tak perlu nak bezakan dengan orang lain, lihat saja apa yang ada pada diri kita sendiri dan apa yang ada pada dia. Sememangnya dengan “action” yang superb akan membuahkan hasil.

Apa sebenarnya yang ada pada Johns Wu? Di usia 22 tahun, (more…)

Posted on 28 January '09 by , under Blog, Web Promotion. 35 Comments.

Topup Lagi Mudah di Maybank2U

Yuhuu.. Online dari Starbucks, KLCC. Sambil tunggu member ni, Khai update la entri yang ringan-ringan sikit. Ingatkan nak tunjuk gelagat manusia masa Khai ke Pudu petang tadi, tapi nanti dalam entri akan datang.

Well password WIFI di Starbucks hari ini adalah seperti berikut:

Username: username
Password: password

* tapi dia akan tukar 2 hari sekali..

Haha, agak kureng di situ. Simple tapi unthinkable! Ok, Just nak share benda baru yang memudahkan di Maybank2u. Tak tahu la dah lama ke tidak, tapi baru hari ni Khai perasan. Masa nak topup untuk seseorang tadi. Siapa la tu yer? Hehehe. Maybank2u sekarang dah memudahkan pengguna Hotlink untuk reload topup. Kalau before lepas korang masukkan TAC tu, korang akan terima PIN untuk reload number Hotlink korang, tapi sekarang tak payah susah-susah lagi since diorang dah buat sistem kepada number mana yang korang nak topup. Mean, korang masukkan je number phone, diorang terus hantar topup tu kepada number yang korang inginkan. Berikut snapshot yang sempat Khai buat on the spot! Haha!!


(more…)

Posted on 17 January '09 by , under Maxis, Web Promotion. 50 Comments.