Archive for 'Web Promotion'

Special Entry: Oh! Cun Released!

ohcunz

Akhirnya, setelah 2 bulan di’hold’kan dari tarikh release, akhirnya Oh! Cun released jua. Maka dengan itu, tambahkan satu lagi OH! di personal bookmark korang atau yang paling penting, sila promo di blog kalian..

Well, bukan sengaja nak lambatkan, cuma Oh! Cun ni Khai confuse skit mengenai niche yang sesuai. Pada awalnya, dah nak release dah dengan nice gambar-gambar awek cun. Nyatanya, bukan mudah untuk Khai nak cari gambar-gambar awek cun ye tak? So akhirnya, kita sumbat je apa yang cun. Strictly, Untuk yang cun-cun aje. Itu tagline bagi Oh! Cun. Sokongan korang amat diperlukan. Apapun Oh! Cun masih lagi dalam status BETA kerana masih ada beberapa lagi kerja belakang tabir sedang dijalankan.

Jika korang mempunyai gambar-gambar yang cun atau mungkin korang sendiri seorang photographer, send gambar kepada khaixy[at]gmail.com dan gambar serta website korang akan terpapar di OH! Cun.

Tolong berikan pandangan serta kritikan untuk OH! Cun.. Apa yang korang mahu, apa yang korang tak ingin nak tahu… kasitahu Khai..

Lagu Tema Oh! Cun – Better in Time

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Download () | Lyric

URL: www.ohcun.com :8

Posted on 11 January '09 by , under Scukz, Web Promotion. 34 Comments.

Major Upgraded on Youtube. Apekah?


khai terbaca di blog mael yang bercerita mengenai rupa wajah Youtube yang baru. Rasanya semua pun perasan akan perubahan ketara yang berlaku pada player di Youtube kan? Agak lebar sedikit (16:9) yang memberikan impak terbaik untuk video yang bersaiz wide screen. Ikut perkembangan zaman la tu, sekarang orang mana main petak-petak empat segi sama ni kan. TV pon kalau sekarang kat rumah takde sebijik plasma widescreen, tak cukup best kot? Laptop? wonder ade lagi ke yang bukan widescreen? Di Youtube, korang dah boleh pilih setting untuk embed widescreen video. Nengok gambar kat atas tu ensem-ensem yer.

Hurm, perubahan juga dapat Khai saksikan bila korang nak upload video. (more…)

Posted on 5 December '08 by , under google, Web Promotion, wordpress, youtube. 24 Comments.

Cerita Dubai: Kenapa aku nak sangat ke Dubai

Dulu Dubai orang pandang sebelah mata je. Sekarang, mahu terbeliak mata dibuatnya.Kalau korang pembaca baru di Justkhai, korang mesti belum pernah baca entri Khai yang dulu mengenai Dubai. Well, lihat je perkembangan drastik diorang lakukan hingga 2005.

Drastik sangat kan? Hurm, ni ada beberapa gambar yang Khai ambil dari Forums Scukz. Korang pasti tepersona dengan keindahan Dubai Hospital dan juga Dubai Mall. Simply Amazing. (more…)

Posted on 3 December '08 by , under Place, Web Promotion. 48 Comments.

Apa itu ‘FUN’ dengan Internet? – Part 1

Perkembangan Terbaru Rumahtangga Abby & Norman!
Panazz: Gambar Kahwin N0rman & Mem3y

Dengan internet, kita boleh tahu ape saje kan? Susah nak jumpa sekarang ni orang yang tak minat nak main internet. Dulu, masa Khai still sekolah, susah pulak nak cari member yang minat internet. Bila tanye kenapa tak minat, diorang cakap banyak yang buruk dari kebaikan dalam internet tu. Sekarang ni bila masing-masing dah masuk university, hari-hari online Fuckster la pulak yer? Hehehe, kawan.. kawan…

Ok, Khai nak promo beberapa website yang agak menghiburkan bagi Khai kalau time-time bosan tu. Dah penat layan blogosphere, layan pulak Forums Scukz. Dah penat layan forums, belasah main Pet Society plak kat Facebook tu. Bila tak tahu nak hilangkan bosan camane lagi, haaa! ni website yang patut korang kunjungi.

Net Disaster – Hancurkan Web Orang!


Net Disaster! Web ni dari form 5 lagi kot dah Khai usya. Tapi baru-baru masa nak kemas bookmarks tu, teringat balik kat Net Disaster ni. Dah makin banyak perkara menarik mereka tambah. (more…)

Posted on 19 November '08 by , under Breaking News, Fun & Jokes, Web Promotion. 26 Comments.

Tagged dan Penipuan Maybank Berhad

Maybank Berhad Fake Email


Tengah sedap-sedap layan chick-chick manis (haha) dalam pukul 4:15 pagi tadi, Khai ada terima email dari Maybank Berhad yang kononnya nak memperkenalkan “multi layer security authentication” la pulak. First of all, bila korang dapat email macam ni, kat title dia memang la dari Maybank Berhad. Cara pertama nak kenal pasti betul ke email tu datang dari Maybank dengan melihat address email si sender tu.

So bila Khai lihat email sender tu, ini email’nya (alerts@pro-servicenberhad.com).. WTF?!! Kalau korang masuk pro-servicenberhad.com pon, still under construction.

Ni content dalam email tu,

Dear Maybank Customer.

Due to the increased spam and security attack on our customers, we have introduced a multi layer security authentication which will protect and secure M2U account information and profile.

All Maybank Customers/M2U Users are required to immediately secure and protect their account security. Please note that failure to protect your account will result in an immediate account deactivation.

Follow the below reference to proceed.
http://www.m2u-authentication-links.com/Maybank-Online.htm

Account Security Department
Maybank Berhad.

Boleh tahan guling-guling jugak la Khai gelak. Hahahaha. Teringat satu berita baru-baru ni mengenai sorang cina ni yang duit dalam akaun Maybank dia hilang sampai RM5000 tu. Semua gara-gara email yang sebijik macam Khai dapat ni. Nak tahu lebih lanjut, gi baca kat News Scukz. Kalau nak lebih kepastian, korang boleh hubungi sendiri pihak bank. Kalau Maybank lagipun memang diorang takkan hantar apa-apa email untuk minta apa-apa dari korang. Kalau dia nak sangat pun, dia mesti call terus.

Nak tahu Khai balas ape? Click Sini.

Kepada pihak “Maybank” yang menghantar email tu, ini ada satu pesanan ikhlas dari aku untuk kau..

Yep! itu saje pesanannya..

Tag


Dah lama tak kena tag. Mungkin ada tapi tak perasan sebab trackback tak sampai. Haha. Tapi kat shoutbox tepi tu tiba-tiba semalam si AzizWan tiba-tiba dah berani nak Tag Khai plak. Sehari dua nanti, memang kene sekeh mamat tu. Hihi. Untuk tidak menghampakan “jemputan” dia tu, so khai “datang”.. Korang nak baca boleh baca. Taknak baca pun takpe. Saja Khai layan… (more…)

Posted on 11 November '08 by , under Breaking News, Hidup Khai, Love, Web Promotion. 31 Comments.

Bawang Merah Semakin Murah

Khai agak terkejut melihat aksi-aksi pelakon yang cantik gila babeng ni, Nia Ramadhani atau nama sebenarnya, Prianti Nur Ramadhani, lahir pada 16 April 1990. Dalam usia sesingkat ini, tak sangka macam ni perangai dia kan? Itulah, kita selalu terperangkan dengan watak di dalam lakonan. Ada satu cerita kat TV3 dulu (Khai lupa la tajuk dia) dia berlakon punya la baik. Dan dalam Bawang Merah Bawang Putih, even berlakon jahat pun, ramai jantan-jantan kat luar sana termimpi-mimpi kan dia.


(more…)

Posted on 1 November '08 by , under Celebrity, Web Promotion. 16 Comments.

Kawal .htaccess Dengan Plugin


Untuk mereka yang sehari dalam 20 ke 30 kali masuk blog ni (hahaha), Khai sure mesti perasan kadang-kadang korang akan diminta memasukkan username dan password. Khai percaya korang sendiri tahu kan untuk click Cancel kalau keluar window kecil tu kan? Tapi mungkin ada yang tertanya dari mana datangnya problem tu?

Since Khai gunakan cara manual untuk tidak membenarkan mana-mana image di Justkhai ini di letakkan secara direct di mana-mana website lain (hotlinking), memang banyak menjimatkan bandwidth Khai. Kalau tak caya, cuba la korang copy mana-mana source gambar dalam Justkhai ni dan direct terus letak kat web korang. Nengok keluar ape nanti. Hehehe. Selain tu, kalau korang point ke justkhai.com, blog ni akan terus direct ke justkhai.com/blog kan? Ini semua kerja .htaccess ni la. Apapun, selain membantu, Htaccess ni ada masa memang banyak memberi masalah pada Khai. Lagi-lagi Khai bukan reti benar dengan ‘bahasa’ .htaccess ni. Nasib la ade Google. Htaccess ni memang bahaya gila. Diulangi, bahaya. Dont Play-Play with .htaccess. (more…)

Posted on 31 October '08 by , under Web Promotion, wordpress. 9 Comments.

Rahsia di sebalik logo Yahoo!

rahsia disebalik logo yahoo

Dah beberapa hari tak update blog. Busy sikit men’develope’ kerja kat ofis tu since website Limkokwing University version baru (V7) akan release tak lama lagi. What can i say, korang pasti akan terpesona dengan website baru tu nanti. Selalu la usya website Limkokwing tu yer. (Update Feb 2011: Web tu dah lama pun siap. Lihat di www.limkokwing.net)

Selain busy dengan tu, Portal Scukz pulak buat peel. Ade je orang yang hack. Tak cukup sekali sampai lima kali. So nak taknak, kena la jugak busy’kan diri melayan karenah sang hackers melayu tu. So Scukz dah stable sekarang, dan korang boleh menambahkan sedikit sebanyak ilmu kat sana. Seperti ilmu picisan yang baru Khai baca sebentar tadi iaitu mengenai logo Yahoo. (Update Feb 2011: Portal Scukz kini dikenali dengan nama baru iaitu Oh! Media Network). (more…)

Posted on 14 September '08 by , under Web Promotion, Weird/Funny Stuff. 81 Comments.

5 website tiny paling vogue!


Jam dah pukul 3 pagi. Pukul 7 dah kene bangun. Masuk kerja pukul 8.30 pagi. Balik kerja pukul 6.30 petang. Arghh tension. Dari pukul 1 tadi Khai pejam mata ni tapi tak boleh jugak tido. Pusing kanan, pusing kiri sampai nak tercabut katil ni, tapi macam tu jugak. Last-last, tak pasal-pasal database blog ni bertambah satu lagi entri. Siapa yang susah? Syia jugak yang susah nak tanggung kos server ni nanti. Hehehe.

Well, hari ni best sikit sebab jap lagi dapat elaun. RM500 je tak banyak lepas tolak harga hostel Limkokwing ni. Bila Khai fikir balik, kalau harga bilik ni (untuk 2 orang) adalah RM580 setiap seorang, so elaun sebenar untuk internship student kat sini adalah RM1080. Not bad at all. Kalau nak tahu ape kerja Khai kat sini, salah satunya adalah maintain official website dia lah. Banyak lagi tapi next time lah Khai story.

Kegilaan untuk Mobwars semakin menjadi-jadi. Kalau korang ada Facebook, add Khai (search: Khai Scukz) kat sana dan Khai akan invite korang untuk kita jadi team dalam Mobwars tu. Mobwars membuatkan korang nak jugak bukak Facebook walaupun bos kat sebelah. Hahaha.

Dan dua hari lepas pilihan raya Permatang Pauh, Anwar Ibrahim menang. So Khai tak nak cakap apa-apa just nak lafazkan, “Alhamdulillah”. Bukan kerana Anwar yang menang tapi kerana masih orang islam yang menang.

Panjang la pulak Khai membebel, sowy.. Hehe.. so Khai teruskan dengan beberapa laman web aplikasi yang berguna untuk semua. (more…)

Posted on 28 August '08 by , under Web Promotion. 26 Comments.

Mengapa anda perlukan Domain?

ENTRI INI AMAT BERGUNA UNTUK MEREKA YANG MAHUKAN DOMAIN PERCUMA.

Mengapa anda perlukan Domain
Wow!! Entri mengenai kes sontot-menyontot Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari nampaknya makin panas. Khai suka dengan komen-komen dari Ketuk_Angle. Di saat kita semua hampir bosan dengan ribuan artikel yang menyokong Anwar Ibrahim di Internet, muncul dia yang nampaknya tidak berpihak kepada Anwar. Dan pastinya, ianya di sokong hujah-hujah yang terbukti. Taknak join sekaki?

Kembali kepada tajuk entri ni, kali ni Khai nak kasi hadiah best kat korang, korang, korang dan korang yang takde duit nak beli domain sendiri (.com, .net, etc..). Khai faham, kadang-kadang bukan sebab takde duit. Bukan mahal pun ye tak? Tapi disebabkan korang rasa domain tu tak berapa penting atau korang lebih selesa berdomain’kan “blogspot.com” “wordpress.com” atau mungkin menumpang domain milik orang lain. Korang tahu atau tidak menggunakan sub-domain wordpress atau blogspot, membuatkan korang nampak sangat tidak professionalnya. Lain’lah kalau penulisan korang tu diminati ramai macam blog Tun Mahathir. Tun pun guna domain berbayar la weii.. (more…)

Posted on 30 July '08 by , under Tutorial, Web Promotion. 24 Comments.