Dari Blogger Sepenuh Masa ke Usahawan Internet

justkhai-usahawan

Hi guys. Sedang online di Old Town dengan koneksi internet yang sangat menyakitkan hati. Nama WiFi bukan main lagi, “OLD TOWN 20MB”, walhal hakikatnya “OLD TOWN 20kb”. Nasiblah ada iPhone, jadi boleh jadikan iPhone sebagai hotspot atau kata lainnya, iPhone yang dijadikan router. Terima kasih DiGi untuk data plan yang unlimited ini hanya serendah RM68 sebulan. Ya, ini iklan percuma untuk DiGi kerana kehebatan mereka menyedapkan hati pengguna baru seperti saya.

Berbalik kepada Old Town tadi, mungkin inilah yang pertama dan yang terakhir saya online di sini. Lokasinya di Old Town bersebelahan dengan Ampang Point. Rasanya ini pertama kali saya bermasalah bila online di Old Town. Di Old Town lain rata-ratanya sangat bagus terutamanya di Old Town Bangsar South. Buat kerja ditemani kopi dan disulami bunyi air terjun. Tak percaya? Cuba cari Old Town Bangsar South dan rasailah sendiri. Hehe. Sejak berhijrah ke Ampang ni, lama sangat tak ke sana. Rindu pula rasa hati.

Mungkin rata-rata pembaca blog ini tahu yang Oh! Media kini telahpun mempunyai sebuah office yang penuh kehijauan dan alkisahnya, saya bangunkan syarikat tersebut dengan modal sepenuhnya dari duit poket sendiri. Ini buat pertama kali saya berkongsi cerita, modal sejak permulaan syarikat Oh! Media dibuka sehingga kini, telah melebihi RM20,000. Saya tahu, rata-rata ahli perniagaan akan mula mencari pelabur untuk memulakan syarikat mereka tapi saya cuba untuk berdiri dengan kaki sendiri kerana tidak mahukan sebarang isu dikemudian hari.

justkhai-usahawan

Adakah saya takut mengambil risiko? Tidak sama sekali walhal membuka syarikat sendiri menggunakan duit poket sendiri risikonya jauh lebih besar kerana banyak keinginan peribadi perlu dikorbankan terlebih dahulu dan menjadikan syarikat sebagai keutamaan. Kos yang telah keluar sehingga ke hari ini, mungkin akan terus mengalir keluar lagi. Mungkin juga akan mengalir masuk dalam masa beberapa minggu sahaja. Cuma apa yang terjadi, ianya tidak akan melibatkan pihak lain.

Apabila syarikat telah bertapak, baru saya mula mencari partner untuk tidak menjadikan usaha saya selama ini sebagai usaha yang sia-sia. Dari situ, saya mahu lihat jenama ini terus maju dan maju lagi kehadapan. Jika anda seorang blogger sepenuh masa, sampai bila anda ingin menulis blog? Sampai bila blog anda akan terus maju dan diminati ramai pembaca? Selama mana anda boleh jamin blog anda akan terus wujud dan popular?

justkhai-usahawan

Jika hari ini anda mempunyai network yang besar, itulah masa yang amat sesuai untuk melangkah satu tapak lagi kehadapan. Mungkin bukan setapak, mungkin anda boleh melangkah bertapak-tapak lagi. Saya dahulunya, adalah seorang blogger yang suka-suka menulis blog ketika di zaman persekolahan sekadar hobi. Kemudian saya cuba membuat keuntungan melalui blog kerana pada ketika itu bagi saya, menulis blog tanpa ada apa-apa pulangan paling tidak dapat membayar bil internet sendiri, adalah perbuatan yang sia-sia. Alasan sekadar hobi hanyalah sekadar alasan orang malas sedangkan kita tahu dari hobi, kita dapat lakukan sesuatu. Bukankah ramai orang yang berjaya melakukan perniagaan mengikut apa yang dia suka? mengikut apa hobinya?

Dari pendapatan sebulan berpuluh ringgit, kemudian menjadi beratus ringgit, beribu ringgit dan seterusnya menjadi blogger dan usahawan internet dengan pendapatan sehingga 5 angka sebulan. Kini, saya sedang giat merangka projek bernilai ratusan ribu ringgit. Dengan puluhan client tetap dan ratusan client sampingan, saya hanya menjalankan apa yang saya dah jalankan sejak dulu lagi. Bagaimana saya melakukannya lebih-lebih lagi secara berseorangan sebelum ini tanpa bantuan sesiapa? Adakah identiti saya dikenali umum? Adakah semua client saya adalah client yang pernah bertemu secara empat mata? Adakah saya kuat untuk semua ini?

justkhai-usahawan

Panjang lagi kisahnya jika saya ingin kongsikan pengalaman saya kepada anda semua. Ini hanya penggoda (teaser) sahaja dan selebihnya, saya akan coretkan di dalam ebook keluaran saya yang pertama nanti. InsyaAllah. Percayalah, cara saya untuk mengejar kejayaan tidak pernah sama dengan cara orang lain. Sikap follow the flow, banyak mengajar saya pelbagai perkara baru. Rata-rata dari kita gemar mendengar kata orang lain tanpa menghiraukan kata hati sendiri. Nanti saya akan buktikan, kata hati anda adalah benar-benar kata yang bermakna. Bila dah keluar ebook saya nanti, jangan lupa untuk dapatkan senaskah ya?

– Khai, Founder of Oh Media Network.

Ditulis pada 9:43 AM 29 October '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 826 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa, Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , ,


RSS feed | Trackback URI

62 Comments »

Comment by PenPatah
2011-10-29 09:56:41

x sabar nak baca ebook kamu khai

..
 
Comment by syahrilhafiz
2011-10-29 09:57:16

semoga berjaya khai! insyaallah ko boleh ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by paeh
2011-10-29 10:00:22

aku harap ada naskah cetakan…! kekeke.

..
 
Comment by iZwaN
2011-10-29 10:33:09

tahniah bro…keep it up…

..
 
Comment by siti nur aswani
2011-10-29 10:37:57

name kad halim ibrahim 2 mcm yg hanz pnya jer..hehe..

Anyaway,suka OM since folower ratus2 jer smpy la da jd ratus2 ribu..n da folow JK da da dkat 5 taun agaknya..x penah jemu n penuh dengan info..keep it up bro..x sia2 usaha selama ini..

..
 
Comment by Omar
2011-10-29 10:42:53

Tahniah Khai, actually pada pandangan aku, it’s no wonder Khai boleh jadi camnie because network Khai dan kukuh. Iyelah, tengoklah forumer Scukz dulu pun dah ramai giler orang. Memang confirm network Khai akan meletup punyer.

By the way, aku harap sangat satu hari nanti Oh media boleh lebarkan sayap ke platform-platform lain. Iyelah, social network macam FB ni semua ikut trend, one day kalau fb jatuh, lebih baik kalau Oh! Media dah ada backup dengan platform lain, let say, Oh Media FM tu. Satu lagi, dari FB khai hari tu, dengarnya akan ada Oh Media TV.. hope nanti akan ada FTA version for both broadcasting program.

..
 
Comment by mohd firhan jasni
2011-10-29 10:45:49

tahniah khai sebab dah melangkah laju ke hadapan. semoga khai dan oh! media network terus berjaya. mula2 memang perit, tapi lepas beberapa tempoh, insyaALLAH hasilnya – awesome!

..
 
Comment by iN
2011-10-29 10:45:51

wah.. teringat aku masa memula kenal khai dlu..
start dr forum scukz…masa zaman khai study limkokwing
smp la skrg…improvement yg sgt tinggi…
tahniah khai ^_^ ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by hafiz
2011-10-29 10:57:58

boleh jadi idola baru aku ni.hehe. :mrgreen:

..
 
Comment by azman
2011-10-29 11:01:41

Semoga Oh Media terus maju..jarang kita dapat lihat sebuah syarikat dimulakan hanya dengan sebuah blog.

Congrats Khai!

..
 
Comment by Fizz
2011-10-29 11:16:36

tahniah! teruskan usaha, walaupun kita tak pernah kenal tapi sebagai pembaca blog ni sejak dari dulu lagi aku turut berbangga dengan kejayaan Khai dan Oh! Media. terus terang aku cakap, bermula dari membaca blog ni sampailah beberapa lagi blog Oh! Media, telah banyak memberikan inspirasi untuk turut berjaya.

..
 
Comment by Pacifista
2011-10-29 11:28:48

nak jugak tengok hasil ebook ko nanti ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Shahrul
2011-10-29 11:48:22

peh..hebat, boleh jadi teladan kepada anak muda

..
 
Comment by myvitrd
2011-10-29 11:50:18

kami akn tunggu kedatang ebook tu ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Hisyam
2011-10-29 11:57:18

Khai, kasi free la ebook tu. Hehehe.

..
 
Comment by Alan
2011-10-29 14:00:58

kalau berbayar memang Khai dah lari niat. HAHA ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by aminto
2011-10-29 16:15:33

smoga berjaya khai,bila da btol2 berjaya nnti jgn lupakan kami smua yer ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Fazrol
2011-10-29 17:41:18

Buat buku terus tak ada ke?
Buatlaa kontest boleh dapat ebook tue…
Kalau aku beli ebook khai nie.. Mmg ebook ptama aku beli… He he… Sejujurnya…

..
 
Comment by Rizuan
2011-10-30 04:18:31

Menjadi blogger yg popular amat sukar. Gaya penulisan perlu bermutu. Perlu banyak infomasi. Sy suke blog ini. Walaupun sy ini silent reader. Smoga berjaya khai. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by pjah
2011-10-30 04:38:59

sabar menunggu ebook khai..=p

..
 
Comment by Faris
2011-10-30 04:47:18

Fuh! Makin dahsyat si khai ni…wait & see je bro…gud luck! ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by arnamee
2011-10-30 07:52:17

Wah.nanti anem nak dapatkan ebook tu ๐Ÿ™‚

*apapun kejayaan tak datang bergolek ye dak? yang penting jangan patah semangat kalau nak berjaya ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by samanosuke_04
2011-10-30 07:56:03

tak sabar nak beli!! hehe, berminat gak aku nak tau apsal laa blog nie mantap sangat.. aku rasa aku dah tiru satu2.. tapi tak dapat gak..

..
 
Comment by sukacuka
2011-10-30 11:11:07

Tahniah Khai.

1 november nanti, saya doakan segalanya berjalan lancar.

Terima kasih.

..
 
Comment by sifwan
2011-10-30 11:31:16

ko memang hebat anak pak hasan…… ๐Ÿ˜€ truskan menulis…..

..
 
Comment by aie
2011-10-30 18:20:24

respek sama lu bro.. pasti dapatkan senaskah ebook itu..

..
 
Comment by Safwan Seth
2011-10-30 23:05:50

buat ebook khai, pastu pasang affiliate, confirm aku promote ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by megat
2011-10-31 02:14:21

respek dengan sikap kamu, khai. setiap kisah yang dikongsi amat bermakna. ebook yang akan diterbit bakal membuktikan kehebatan seorang khai.

..
 
Comment by Firdaus Latib
2011-10-31 02:37:27

Count me in. Ilmu yang tuan perolehi boleh dijadikan rujukan dan sempadan buat kami semua. Tahniah.

..
 
Comment by OhJob
2011-10-31 07:23:06

tahniah2.. idola

..
 
Comment by elise
2011-10-31 15:36:19

tahniah, smoga berjaya di dunia cemerlang di akhirat ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Zainora
2011-11-01 08:00:38

Well done bro. See, kerja keras Khai ngan smua projek OM amat berbaloi. Tak kisah banyak mana pon org yang dengki dengan kejayaan Khai menaikkan jenama Khai sendiri, at least Khai dah buktikan kepada “mereka-mereka” itu yang Khai tak hadap dengan tohmahan mereka kan?

Glad to see u happy and tak sia-sia I ajak my sisters n friends 1 office minat JK and projek OM yang len. ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜› ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Khai
2011-11-01 08:34:15

Terharu membaca respon baik anda semua. Terima kasih. Semoga Allah sahaja yang membalasnya. ๐Ÿ˜ฅ

..
 
Comment by Arrul
2011-11-01 14:25:19

Always mengikuti perkembangan Khai & Oh!Media. Smpai skrg Khai menjdi idola sye utk jdi seorg blogger dan ingin mnjdi usahawan internet sprt Khai. ๐Ÿ˜€
Lalala…always support Oh!Media โ—

..
Comment by Khai
2011-11-07 18:32:28

Terima kasih. Selamat maju jaya untuk anda.

..
 
 
Comment by Hackers
2011-11-02 04:03:49

Salam Khai..
Saya merupakan pembaca tegar di blog ini sejak dari dahulu lagi.Dulu jadi silent reader tetapi kini saya seorang blogger. Teringin jumpa khai dan berbual untuk berkongsi matlumat. Mengenai usahawan online tu memang ada benarnya…
Justkhai memang terbaikkk ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Fuza Marquis`
2011-11-02 17:23:29

Ampang dah dekat betul ni. Boleh la sekali-sekala lepak hangout sekali ๐Ÿ˜†

..
Comment by Khai
2011-11-07 18:30:56

Wah! InsyaAllah bro. Hehe

..
 
 
Comment by elise
2011-11-03 10:00:30

Comment by Khai
2011-11-01 08:34:15
Terharu membaca respon baik anda semua. Terima kasih. Semoga Allah sahaja yang membalasnya. ๐Ÿ™

Amin ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by afendi
2011-11-09 04:03:17

aku ikuti blog ni dah lama khai.
the best thing of kau khai..
ko inspire people..
anak melayu camnilah kita nak..
gudluck khai.. ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2011-11-10 18:43:56

Alhamdulillah kalau para pembaca blog ini rasa begitu. Hehe. Dalam setiap artikel yang saya tulis, saya sekadar menulis mengikut apa yang terlintas di hati saya dengan harapan ianya bermakna untuk pembaca.

..
 
 
Comment by luqman hakim
2011-11-10 08:40:08

suka entri ni…dan saya suka sikap bro yang membangunkan syarikat ohmedia dgn munggunakan duit poket sendiri.

..
Comment by Khai
2011-11-10 18:40:29

Alhamdulilah. Macam mula bawa basikal dulu. Kayuh perlahan-lahan lama-lama laju juga siap mendaki bukit segala lagi kan? Hehe

..
 
 
Comment by Izwan
2011-11-11 06:05:07

anda seorang yang bijak mengambil peluang untuk menjadi sesuatu yang berbeza daripada orang lain.. Blue Ocean Strategy? ๐Ÿ˜‰
ramai yang akan menjadikan kisah ini satu inspirasi..

..
Comment by Khai
2011-11-12 18:41:30

Alhamdulillah jika begitu. Terima kasih ya Izwan.

..
 
 
Comment by Hazmin Hamudin
2011-11-15 06:30:16

memang terbaik….harap aku dapat ikut jejak langkah yang sama…semuanya bermula dari angan-angan dan kemudian direalisasikan…tahniah…

..
 
Comment by Kak Es
2011-11-15 12:43:09

cantiknya beg tuuu ada tulisan hijo…bak mai sebijik ! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Hadi Rofiee
2011-11-24 05:58:33

Tahniah tuan untuk ohmedia. Saya tumpang gembira dan menjadikannya sebagai suatu motivasi untuk saya di dunia blog ini. ๐Ÿ™‚

Saya tertarik dengan kata-kata tuan ini: “kata hati anda adalah benar-benar kata yang bermakna”. Didoakan kejayaan bersama. Amin.

..
Comment by Khai
2011-11-24 17:12:16

Selamat maju jaya untuk anda dan semua yang lain juga.

..
 
 
Comment by nizam ijam
2011-11-28 08:00:21

lepas nie jd jutawan internet la pulak ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Iqbal
2011-12-05 17:14:35

Nantikan kemunculan ebook pertama dari Khai… Jeng..Jeng..Jeng… ๐Ÿ™„

Bro, ada review copy tak?????? Pass kat aku satu… :mrgreen:

..
 
Comment by titan
2011-12-06 03:23:09

wah, bagus. nak keluarkan ebook pertama. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by shaharil
2011-12-16 16:04:12

Tak sabar menanti ebook pertama khai.

..
 
2012-01-24 17:30:19

old town’s internet speed is always that slow ! ! ๐Ÿ˜

..
 
Comment by nuwi
2012-02-18 21:39:51

e-book tu janganlah dijual pulak ya.. kamu dah kaya, so rasanya tak perlu jual.. kasi free jer haha ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by donnyien
2012-04-09 13:40:41

tahniah,semoga terus maju kehadapan..

..
 
Comment by LilyNrman
2012-04-18 15:11:03

bestnya..khai memang seorang blogger yang maju. Mudah2an anda bertambah2 jayanya.

..
 
Comment by arrizz
2012-06-02 12:04:34

hehe..memang betol kata kau bro..berblog sekadar hobi tanpa mendapat pulangan adalah sia2..dan betol juga dari hobilah juga kita mampu berjaya..sebab bila buat hobi (benda yang kita suka) kita tak mudah rasa jemu..kerja sekeras mana pun tetap tak rasa penat sebab kita enjoy buat benda tu..

ok set mesti beli punya hehe

..
 
Comment by naimhalel
2012-06-16 10:22:19

saya adalah pembaca yg baru di blog khai ni. saya suka dgn entry ni. saya pun bersetuju dgn khai, klu kita meluangkan masa dgn sesuatu minat tu tanpa dapat pulangannya mmg sia2 je..

..
Comment by Khai
2012-06-17 17:08:00

Ya benar. Dari passion kepada profession.

..
 
 
Comment by Moshed
2012-06-16 22:11:05

Tahniah utk Khai. Selama baca blog Khai, tapi mungkin saya ketinggalan atau tak perasan, bab ebook Khai dah launch ? jika launch boleh saya download

..
Comment by Khai
2012-06-17 17:09:57

Ebook dah siap tapi masih belum dilancarkan. Kalau dah dilancarkan nanti saya akan buat artikel tentangnya. InsyaAllah.

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post