Di mana Justkhai yang dahulu?
Salam guys. Dari dulu lagi Khai dapat email dari pembaca yang komplen kenapa Justkhai ni dah tak macam dulu. Sekarang asyik-asyik cerita pasal tutorial, pasal gadget, dan pasal isu-isu aje yang membuatkan korang dah boring dan rasa blog ni dah tak macam dulu.
Khai pun bila baca balik artikel-artikel lama dalam blog ni, terasa rindu sangat nak jadikan blog ni macam dulu. Tapi ada beberapa perkara nak kasitahu korang pembaca setia blog ni kenapa blog ni dah tak dapat dijadikan macam dahulu. Sebelum tu, bagaimana blog ni yang dahulu? Dahulu, Khai lebih banyak jadikan blog ni tempat luahkan perasaan, membincangkan kisah cinta, berkongsi kisah hidup dengan pembaca dan macam-macam lagi lah. Tapi semua tu memang dah tak wujud lagi di blog ini. Ke mana semua tu pergi?
www.ohkhai.com – Itu nama domain yang perlu korang ingat kalau nak jumpa artikel yang macam Justkhai yang dulu. LiveBlog juga telah dibawa ke sana. Blog Justkhai ni sekarang dah dikomersil’kan oleh Oh! Media Network. Tentunya ia akan dipenuhi advertorial dan pengiklanan sejajar dengan pembangunan Oh Media Network (syarikat berdaftar) yang semakin rancak sekarang mengatur langkah. Apapun apa yang sentiasa Khai pastikan, pembaziran masa beberapa minit korang membaca artikel di sini, tidak pernah tiada pengisian. InsyaAllah.
Khai pun dah semakin sibuk sekarang. Tak macam dulu lagi dapat manage blog ni terutama soal respon kepada pembaca termasuk lah masuk ke blog korang satu persatu yang komen. Sumpah memang tak cukup masa lagi nak buat semua itu. Apapun Khai still lakukan apa yang buat Khai seronok bila online seperti dulu. Tapi dengan batasan dan disiplin yang tinggi. Kita kerja takde bos, kalau disiplin diri takde, susah lah nak berjaya.
Mengenai blog ni yang di’hijack baru-baru ini yang membuatkan pembaca di bawa ke satu website lucah, masalah tersebut telah berjaya Khai tangani. Alhamdulillah. Maaflah kalau ada mana-mana pihak yang menerima kesukaran disebabkan masalah yang Khai sendiri pun tak duga. Apa sahaja niat pelaku tersebut, semoga mendapat balasan ajelah suatu hari nanti. Khai dah boring nak cakap pasal soal ni sebab orang kata memang dah alah bisa tegal biasa. Kita nak menuju sesuatu yang kita harapkan, jangan pernah kita harap sesuatu yang mudah dan lancar. Pasti ada something yang terlintang untuk kita alihkan.
By the way dah terlanjur buat entri membebel sorang-sorang ni, nak juga kasitahu kalau korang ada follow Twitter Oh! Media (http://twitter.com/ohtweet) atau Twitter personal Khai (http://twitter.com/xkhaix), buat masa ni korang akan selalu nampak Khai post something pasal Mac. Mungkin ada yang cakap “Khai ni tak habis-habis dengan Mac dia“. Sebenarnya, Khai memang dalam proses untuk belajar benda yang baru sejak guna Mac ni. So ada apa-apa yang best dan baru untuk Khai, mesti Khai akan tweet kat mana-mana akaun tu. Sekadar perkongsian secara langsung dengan apa yang Khai jumpa. Untuk rujukan sendiri juga jika perlu nanti. Kalau korang benci Mac pun, apa salahnya jenguk-jenguk juga. Sebab hidup kita ni tak menentu. Kalau bukan esok, mungkin bulan depan korang akan guna benda yang korang benci. So harap tolonglah kawan-kawan ye, jangan la cakap macam tu. Hehe.
Anyway, terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada pembaca setia blog ini even korang hanya silent reader sahaja di sini. Untuk yang subscribe dan ternanti-nanti update baru di blog ini, korang memang awesome! Teehee!
Aku rasa Justkhai best je sama macam dulu ๐
aku merasakan justkhai lain…xsama cam dulu.. :(..
tp xpelah khai…just go through…aku ttp support ko…
Khai sendiri perasan benda yang sama, apa lagi pembaca kan? Apapun jangan risau. Justkhai mungkin akan jadi yang dulu semula sedikit demi sedikit.
yes..all the best ๐
Ada typo khai..syarikat bersaftar… keke… pape pun, moga ko trus maju lagi dalam bidang ni khai…
Woot.. typo diperbaiki. By the way thanks Namie. Naik KL lagi jangan lupa msg aku.
hai khai. semoga biz u berjaya tau. apa pun lu memang power. segala tunjuk ajar akan ku pratiskan…
chalo~
regards
paeh bff 8)
InsyaAllah. Thanks Paeh! Hehe. Puji lebih2 ni sah nak suruh aku belanja Mcd la tu. Hehe.
tak puas baca entri khai kali ni. suka kalo khai wat entri panjang2
Oh.. suka entri panjang-panjang rupanya ye? Hehe.. Ok lepas ni macam biasalah. Justkhai keluar dengan trademarknya balik iaitu “ENTRI MESTI PANJANG-PANJANG”. Hehe..
yurp2…
Justkhai tetap best,… ๐
haha tringat 1st time kenal justkhai.aku nk link exchange ngan blog friendster tu.kahkahkah adoii
anyway, gudluck to u. ๐
Biasa je dulu ke sekarang, lagi banyak cerita hal produk ke tutorial ke lagi bagus, yang personal-personal tak lah minat sangat..haha
teruskan maju kedepan :-[)
Hehe. Itulah. Thanks Izzat. Memang bukan senang sebenarnya kita nak puaskan hati pembaca. Sebab lain pembaca, lain minat mereka. Ada yang mmg minat soal gadget, akan hargai apa yang kita kongsikan (jika memberi manfaat pada dia). Golongan yang tak minat gadget, akan cakap kita ni tulis entri nak menunjuk-nunjuk pula. Susah kan nak puaskan hati semua orang.
wa still sapot lu bro! keep up the nice work ๐
xpe2..sntiasa je akn jenguk ke blog khai ni..^^..sll jd silent reader, arni nk gatal tgn jap komen2..hehe ๐
company ko taknak hire staff ke khai? hohoho.. ๐
yup… rindu justkhai yang dulu… ohkhai a bit too personal i think.. rindu nak baca khai membebel panjang2. hehe
aku mcam sedih jer baca entry nie
salam..actually
sya suke bace pasal gadget2 baru khai beli..
mcm entri yg khai beli lcd tu..
betoi2 mmbuatkan sya teruja kumpul duit beli lcd hehe..insyaallah bulan 1 ni cukup duit nk angkat 1 lcd .. ๐
Tak same mcm dulu.. Nk tegur tanya itu ini pon risau ganggu.. tp takpe, sejak dari scukz sampai skang ni pon, aku still follow ko khai.. tahniah atas kejayaan yg dicapai sampai hari ni..
Regards.. ๐
setiap blogger pun akan grow up kan ๐
org dh nak kawin memang mcm ni…ada perubahan mendadak/kurang ckit/sikit2…hehe
apa2 pun Oh! Media tetap best!!!!lebih2 lagi Oh! Tidak
khai aq x boring la baca pasal tutorial gadget semua tu..sbb pasal entri tu la aq dah tnamkan cita2 nk angkt N8 tahun depan hehe.. ๐
manusia berubah dari masa ke semasa ๐
LOL!.. Baru semalam terlintas dlm kepala otak aku, bila la Khai nk update JustKhai.. Bangun pagi tgk dh kuar update terbaru.. haha… Aku silent reader je pun… Aku tak kisah sgt bro nk update pasal tutorial atau gadget sbb aku suka… Lg2 review pasal handphone… hoho… Nice bro!… ๐
No hal der! Manusia mmg pelukan
perubahan drastik yg +ve dlm kehidupan.
Selaku pembaca, akak sokong seme pekara
baik yg kamu lakukan.
Chayok chayok Khai. ๐
masa mula-mula bukak justkhai pun terkejut gak
hahaha..nasib baik takde orang nampak
kalau tak dipanggil aku pervert
btw n8 suck-big-time. ramai kedai dah tarik balik jualan dorang.
kadang2 selitkan lah kisah2 hidup kau baru bes sket justkhai.com ni.. jangan dok pasal gadget je.. ๐
Kita tolong sampai yg
benda yang sewajarnya.
pasal Macbook pro. ๐
aku dalam perancangan.
biar aku kongsi cerita ni
dengan kawan aku. :[
Linux dan Mac Os X terbaik ๐ ๐ ๐
manusia biasa lah.
aku bukan cakap
pasal melayu dengki
melayu.
sifat manusia kan.
sabar aje lah Khai.
bila kita nak meningkat
naik.ada saja yang dengki.
:p :p :p
tahun aku tengok dulu.
jika blog boleh buat duit.
aku akan berblogging secara
serius. ๐
lagi bagus ko campur bro
aku lebih suka ko dok review gadget.
Salam khai.
Taste orang lain-lain, tapi kalau dia dah memang suka baca tulisan khai, tulis tentang apa pun dia baca.
p/s: anem ada dua blog pun sebab satu tu untuk kongsi tentang diri sendiri , satu bukan. Opss.. Semoga sukses ya!
haha tau tak pa, aku sendiri tgu aje tutor2 yang khai kongsikan..tapi kadang2 boring juga asyik baca tutor je…bila bc pasal macbook or somethins else, ad juga bnda baru yang aku baru belajar tak semestinya tutor je kita blajar..haha..thanks sharing khai..=)
tp mmg rndu pnulisa khai yg dlu..qiqi start wt blog pon sbb tgk best je life khai..tp skang ni da berubah da…heheh..takpe..brubah ke arah yg lebei mantop…cayalah
huhu…aku folow dekat 2 tahun dah bro…takpe gaya penulisan makin matang…good2…jangan risau gua support lu lagi bro… ๐
Dari dulu sampai skrg tetap ok bagi aku…
Berubah mengikut pengedaran zaman..
Yang salah aku tak sokong, yang baik tue lebih bnyk disini nak compare dengan yang buruk… biasa laa.. manusia tak lari dari lakukan kesilapan..
teruskan berblog khai..kalau nak beli ohnabil.com boleh?hahahah
review lagi gadget banyak2 , ye lah. tak ramai orang review dalam bahasa melayu. haha
kerja keras khai ni… thxlah sbb selamatkan mata kami dari tayangan percuma itu, saya sendiri pun ambil pengajaran dari kejadian web khai ni. hope lepas ni dah takdak lagi gangguan.
sedangkan laman web kerajaan pon berubah. apatah lagi blogger2. wakaka. :bloody:
Kedewasaan membawa perubahan…
Itulah yang akan berlaku tidak kira dalam apajua perkara walaupun sebenarnya masih ada yang tidak mahu berubah…
๐
phew…igt sy ja yg rasa mcm tu..huhu..
sorry khai..sy pon kureng skit da lawat blog nie .. [T_T]
im sorry . pasal mac .. [^_^] kongsi2 insyaALLAH , suatu hari nnt ada duit..mau jgk ada mac satu :love:
aku tgk ok jerk…hoho…tak tahulah pada org lain…weh…nak keje…blh? haha
yeker, aku rasa khai macam dulu je. oke jer..hehehe. ade gak perubahan sikit la. tp oke la..hidup mesti kene berubah kan..
Hehe.. Thanks Anip. Ya, semakin meningkat usia kita, pasti akan ada perubahan. Samaada perubahan ke arah lebih positif atau negatif je la bezanya.
aku pembaca baru blog ni. so tak tau pe2 la.pe2 pun harap bro sukses.thanks coz banyak share ilmu
Selamat datang Slimdiet2.. Hehe..
Semakin sibuk, semakin tak sempat biasalah
sokong produk/projet anak melayu kita.. chayok2.. ๐