Berapakah Gaji CEO TNB?


Kadang-kala Khai terpikir, mengapa dunia ini tidak adil. Mungkin korang juga pernah terpikir. Ok macam ni, ramai orang kaya yang kaya dengan sesuatu dari alam-semulajadi. Ini bermakna, dia boleh kaya sampai tahap melampau dengan apa yang Allah kurniakan untuk kemudahan umatNya bersama. Pernahkah Tuhan beri hak kepada sesiapa khazanah alam berikut? Khai agak tidak faham mengapa wujudnya tuan tanah. Dia ke yang buat tanah tu? mengapa bila kita nak beli tanah tu kena bayar mahal-mahal? betul ke itu tanah dia? bagaimana dia dapat tanah tu? siapa yang beri? dan yang pastinya, tiada siapa yang berhak memberi hak itu kepada dia kecuali dari Allah Swt. Jika Khai silap, sila betulkan.

CEO TNB
Begitu juga dengan billionaire dalam dunia ni. Bill Gates kini dah jatuh tangga ke-3 manusia paling kaya di dunia. Bill Gates berhak menjadi idola Khai kerana dia mencipta sesuatu dari apa yang di mampu. Dia mengasaskan Microsoft dan memberi kemudahan kepada dunia menggunakan akal-fikirannya. Bagaimana pula dengan manusia terkaya di Malaysia? Mereka kaya melalui gula, minyak & macam-macam lagi khazanah tersedia. Ya, minyak yang 100% sedia ada hasil kekuasaan Allah SWT.

Untuk yang kaya melalui minyak, kalau difikirkan, bagaimana minyak itu boleh dikatakan hak dia? Lupakan itu dulu. Sekarang fikirkan mengapa dia boleh kaya dengan minyak. Dia gali-gali minyak dan jual kepada dunia. Kalau minyak di situ takkan habis sampai bila-bila, ini bermakna 18 keturunan dia atau lebih pun akan terus mewarisi minyak anugerah Tuhan itu. Kalau nak dibezakan dengan Bill Gates, bayangkan jika Microsoft kekeringan idea, makan ternoktahlah karier Bill Gates buat selamanya.


* click image for more details.

Kita tak perlu pergi jauh. Lihat sahaja di Malaysia. Tak perlu mungkin untuk Khai pertikaikan berapakah gaji Perdana Menteri Malaysia. Kita lihat sahaja satu contoh, CEO TNB. Berapa gaji dia. Pendapatan tahunan lebih RM1,000,000.00 (satu juta ringgit) dengan mengusahakan elektrik di bumi Malaysia. Gambar di atas cukup membuktikan. Kalau malas nak difikirkan, marilah sama-sama kita meng’aggap, itu memang rezeki diorang.

Ditulis pada 8:04 PM 6 July '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 918 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

50 Comments »

Comment by azleah
2008-07-06 21:04:37

kalau aku la, nak jadi saudagar minyak kot. hahaha… dalam mimpi aje.

..
 
Comment by emptyspace
2008-07-06 22:15:38

itu pendapatan tahunan…

..
Comment by Khai
2008-07-07 02:21:04

waduh2… kok bulanan… thanks bro for da correction..

..
 
 
Comment by ketuk_anglel
2008-07-07 01:34:00

Itu lah pasal.. kaya dan kaya dan semakin kaya… yang misekin kita nih.. duk menggunakan fasilities jer… haha..

Tapi kalau pendapatan tahunan nya dah berjuta, udah tentu cukainya pon agak agak berbaloi la kan… (itupon kalau dia bayor lew.. )

..
Comment by emptyspace
2008-07-07 23:13:27

ape ingat tak bayar cukai senang2 bole lari ke?

..
Comment by arry
2009-03-24 12:29:56

haaaiiiii………
nk knl blh?????
nmpk lurah u 2 i gram laaa.:o:
kuikuikui

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by NP
2008-07-07 09:16:41

da sume rezeki ditntukn oleh NYA…

..
Comment by Nenek Awek mude
2008-07-07 15:10:08

baiknyer ler NP nie…huhu

..
Comment by me amor
2008-07-07 15:20:11

ish2……..saperla NP ni ek????:P

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by spike_thru
2008-07-28 00:45:16

to NP:

Kalau pencuri RM10,000 pun dah ditentukan rezekinya ke???

..
 
 
Comment by chot
2008-07-07 14:11:20

aku dengar cerita gomen xapporove gaji baru diaorg ni…ntah la..itu khabar2 angin je..

..
Comment by Khai
2008-07-07 15:06:58

mmg patut tak diapprovekan pon.. terlampau tinggi kot.. sesuai atau tidak dengan kerja, khai x tahu la.. kalau sesuai dan berpatutan dgn apa yg dia kerjakan, takpe la.. baru la itu rezeki dia..

..
 
 
Comment by Nenek Awek mude
2008-07-07 14:48:38

kayonyer…..leh jadikan bapak angkat nie…huhu…

..
Comment by me amor
2008-07-07 14:56:19

tak maula bapak angkat…..
sugar daddy lagi bgus….
agak2 dia nak tak jadi sugar daddy aku?
hahahahahahaha…..

..
 
 
Comment by Nenek Awek mude
2008-07-07 15:06:19

aaaahh..aku cop dulu…jangan kacau..

..
 
Comment by NP
2008-07-07 15:21:00

hello nenek awek muda….mereka2 yg kaya tu x layak ngan ko..ahahaha…..da la tue..ade hati nak jadi awek mude…wahaha

ala..diorg ni kaye sbb usaha….usaha tu yg penting

..
Comment by Nenek Awek mude
2008-07-07 15:25:12

amboi…melawan org tue ek..nak kena ketuk ngan tongkat nie…amboi2….anak sapa la nie..anak pontianak ker???huhu

..
 
 
Comment by NP
2008-07-07 15:30:31

ceh org tue ni…nak mlawan pendapat org2 muda yg bernas lagi best ni…isk… da tue2 x sedo diri nak jd anak angkat org kaye…
mmg i anak pontianak…bapak i vampire…nape nak kenal ker

..
 
Comment by Nenek Awek mude
2008-07-07 15:36:18

sebok la ekau nie…den tempeleng karang tercabut rambut ekau macam rambut limkokwing tu ha…

..
 
Comment by me amor
2008-07-07 15:52:57

uish…….
ni dah msuk komen lain ni…
ntah pape 2 ekor beruk ni

..
 
Comment by ubey
2008-07-07 17:30:18

ntah. gile la banyak gaji che khalid ni. tapi gaji CEO proton lagi banyak. Khazanah baru ann kan, gaji CEO proton naik jadi RM1juta. asal x keco lak? sedangkan proton lagi sial. kete punya celaka, jual lagi kat mesia.

..
Comment by Khai
2008-07-07 18:32:35

x berani coz xde bukti

..
Comment by ubey
2008-07-09 01:57:58
(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by chekgu
2008-07-07 17:56:57

ermm!!~
bukan dunia ni tak adil……. tapi mereka yang melaksanakannya tak menjalankan amanah yang di berikan….

kenapa yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin… bukan allah tak adil pada makhluk yang diciptakannya tapi allah maha adil dan dia datang kan ujian di setiap hambanya…

kekayaan sebenar bukan lah pada harta dan kemewahan……. ye harta di perlukan untuk kita meneruskan kehidupan tapi untuk jalan kesana kita perlukan keredhaan allah dan keberkatanNya…….

apabila kita sentiasa bersyukur hati hati akan menjadi tenang dan kita akan merasakan kebahagiaan di dalam hati itu lah di namakan kekayaan yang hakiki…..

tapi kekayaan harta yang mereka miliki terlalu banyak sampaikan mereka menjadi tamak dan kikir… mereka merasakan tak cukup dan tak cukup….. adakah itu di namakan kekayaan…..?

* jangan memandang pada apa yang kita akan miliki pada masa hadapan tapi hargailah proses yang kita lalui untuk memiliki sesuatu…..*

..
Comment by Khai
2008-07-07 18:34:24

thanks chekgu.. bagi khai sendiri, khai x pernah mengimpikan nak jadi kaya macam mereka.. cukuplah dengan apa yang ada.. x sampai melarat..

mereka mmg kaya, tapi hati mereka belum tentu tenang macam kita yang tak berapa nak kaya ni..

thanks atas nasihat anda..

..
 
 
Comment by deennasour
2008-07-08 03:17:34

satu ja kunci nak kaya…..
USAHA!!!

bagaimana usaha paling senang untuk kaya?
Rasul dah pernah berkata “9/10 kekayaan adalah datangnya daripada perniagaan a.k.a biznes”

RASUAH, PECAH AMANAH pun satu USAHA!!!

cuma persoalannya,
KAYA tu diredhai ke tidak!!

KAYA tu kadang2 satu rezeki hasil kebaikan, dan amalan soleh,
KAYA tu kadang2 satu bencana kepada makhluk yang Allah s.w.t palingkan hati mereka supaya hanyut dengan dunia….*semoga di jauhkan

..
 
Comment by nieza
2008-07-08 10:17:34

cayunk…..insyallah cyg pon akan jd kaya nnt kan……cyg kan selalu ckp dulu. haaha…kantoi

..
Comment by Khai
2008-07-08 12:20:06

huhu.. insyaAllah… amin ya rabbal alamin..

..
 
 
Comment by pejuang bangsa...
2008-07-08 22:05:11

bapak manyak gaji itu che khalib bin mohamad noh (nk gak tules nme penoh)….

salah tules & eje…
meng’aggap sepatutnye ditules begini menganggap…

*bahasa menunjukkan bangse….

*gemilangkan penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat Melayu!!!

..
Comment by Khai
2008-07-08 23:36:57

terima kasih kerana membetulkan… walau pada hakikatnya, kesilapan sebegitu langsung tak mencerminkan “bahasa menunjukkan bangsa”..

hehe… at least khai blogging in malay what.. proud to be malay!!

..
 
Comment by deennasour
2008-07-09 02:32:48

gemilangkan bahasa malaysia?
salah tu…

kuasai bahasa inggeris, martabatkan bahasa melayu

..
Comment by Khai
2008-07-09 23:50:08

pergh.. mmg best la lu bro… syabas2!!

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by bd fabregas
2008-07-09 01:50:47

itu okey lagi.. atlet olimpik malaysia dpt emas boleh pungut sejuta ringgit.. aku rasa kerajaan x yakin yg malaysia bleh bwk balik emas, tu pasal konfiden nk bagi sejuta inggit..

..
 
Comment by mrkay
2008-07-09 19:12:47

haha.. aku baru nak btol kan.. ade org dah btol kan.. pendapatan dlm buku tuh tahunan punye.. bukan bulanan.. kalo ikutkan itu gaji standard CEO.. tp kalo dinaikkan mmg melampau dah jd nye.. mcm yg aku penah ckp kat blog lain, kalo nak naikkan gaji die pon, jgn 100% dan bukan die sorg.. semua staff TNB ptt dapat.. bukan CEO sorg buat keje.. kalo nak naikkan 100% jugak, suh semua staff TNB berenti keje dan suh CEO tuh keje sorg2.. dari management sampai la ke pasang tiang dan wayar.. amacam? haha

..
Comment by therband
2010-03-03 17:12:24

memang terkangkang ar diorang nak pasang sume tu..hahaha

..
 
 
Comment by chekgu
2008-07-09 20:31:16

” orang bodoh mengejar kekayaan…….. orang cerdik mengejar keredhaan”
jadi tanya pada hati……..

..
Comment by Khai
2008-07-09 23:50:47

satu lagi2 kata2 hikmah.. hikmah ker? haha..

..
 
 
Comment by mohammad
2008-07-15 15:26:35

minyak hak milik rakyat, tak boleh di’private’kan. Negara hanya perlu menguruskan agar dapat dimanfaatkan oleh rakyat sepenuhnya, bukan dikaut keuntungan utk para kapitalis.

Islam sbg Ad-Deen bagi kehidupan telah menjelaskan bhwa hasil bumi adalah milik rakyat.

ada artikel menarik yg ditulis oleh Hizbut Tahrir Malaysia menjelaskan isu minyak ni. gi ke web dibwh.

http://www.mykhilafah.com

..
 
Comment by titan
2008-07-18 06:20:27

dah memang dia layak pun dapat jumlah tu. takkan nak pertikai lagi plak..

..
Comment by Khai
2008-07-18 09:25:16

kenapa dia layak? dia ke yang cipta elektrik tu? ade tertulis sejak azali ke, dia layak dapat duit dari elektrik tu? x puas hati.. tidak…

..
 
 
Comment by faidhi
2008-07-21 00:14:22

aku igt pade lecturer aku ckp .. kaye tu adalah perasaan .. so dun’t worry .. setiap manusia akan merasa kekayaan sendiri .. kaya adalah bende yang subjektif .. disebabkan kaya tu adalah perasaan .. kite amik contoh org miskin … jika mereka diberi RM50 setiap seorang pon mereka dah merasakan mereka itu kaya … so .. igt .. kekayaan adalah perasaan .. tetapi kekayaan sebenar adalah kekayaan beribadah pada yang Maha Esa … semoga kite tergolong dalam golongan ini .. insyaAllah

..
Comment by Khai
2008-07-21 09:21:59

perghh.. ada betulnya apa yg lecturer ko cakap tu faidhi.. mana nak cari lecturer bagus macam tu eh?
sysbas2 lecturer shahab..!!

..
 
 
Comment by eda
2008-08-09 13:16:23

wow…melampau banyak nyer Gaji Die..ni…hehe…rezeki2 gk,tp ingt lah rakyat yg gaji 300 ank lak ramai..xckp mkn…huhu…xpatut2..

..
 
Comment by ocean.four
2008-08-25 20:18:05

hmm…sebenarnya pasal nie la kerajaan tak cukup duit… sume gaji2 GLC dtg dr duit kementerian yg menaungi GLC tersebut…dr mana dtg duit kementerian tu? sendiri mau igt..

lagi 1…elaun kereta sampai 42k setahun? keta ape dia pakai? tak sure la pulak..tp still dia akan pakai kereta yg TNB bg kan? which is…cost utk kereta yg TNB bg, TNB yg tanggung sume tu.. still dia dapat lagi elaun kereta.. hmm
bukan nak bantah rezeki dorang2 nie…tp kadang2 perc yg dorang nie dapat tak masuk akal… sume nya just nak bg duit kepuk2.. pastu breakdown(term tuk duit tu) ngarut2..

cth:
flexible benefit sampai 50k per annum sebulan RM 4166.00 mmg nmpk sikit..tp clause dia utk flexible benefit nie ape? hahaha…byk lagi la menda yg bole buat kita confuse…
cakap2 lebih kang kena snipe lak..tak pun ISA..huhuuuu

well..kaya or miskin tu rezeki ALLAH, tp kalau kaya smpai tahap org lain susah…camane erk?

..
Comment by Khai
2008-08-26 00:57:53

releven sungguh apa yang ko katakan ni bro… cool !! ISA pon ISA la, janji puas hati dan dapat tahu kebenarannya..

..
 
 
Comment by nescafe3in1
2009-05-24 22:36:26

sebulan = RM 92,273.00
sehari = RM 3,549.00
sejam = RM 444.00
seminit = RM 7.40

org yg bergaji cthnya RM 2,500 amik masa 37 tahun br equal dgn annual income dia, dan amik masa 3 thn nk equal dgn gaji bulanan dia

..
 
Comment by misa
2009-06-26 11:46:57

alangkah bgusnya jkalau wat amal skit dgn dwet yg bnyak…
sdekah kat gaza.. 😉

Jadi kaya susah o0o….9t kat akhirat kna tnya..
apa kau buat dgn harta kau? ke jalan Allah kah?
atau ke jalan lain?? :bloody:

hurmm, sbab tu rasulullah dlu memilih utk mnjadi miskin dari mnjadi kaya wlaupun dioffer utk mnjadi kaya… :oups:

sekian,trimas…

..
 
Comment by ed
2011-06-17 03:57:54

mmg la minyak hak tuhan, tp kos nak carigali, bayar engineer, staf, marketing bla3 takkan free kot??

..
 
Comment by krul
2012-02-09 06:17:12

cube tgk tahun lepas punya annual report.. gaji dia dh naik… union dh jalankan kempen utk dptkan new CEO… huhu

http://investing.businessweek.com/research/stocks/people/person.asp?personId=8384622&ticker=TNB%3AMK

lg..TNB saga

http://wokersonblog.blogspot.com/2012/02/guessing-game-over-new-tenaga-chief.html

..
 
Comment by segng
2012-09-23 18:39:02

air, minyak, udara …semua-semua milik Allah termasuklah otak genius Bill Gates. Idea Bill Gates pun sumber daRI TUHAN DAN milik tuhan.Managing skill CEO nipun sumber daripada TUHAN.

aku dokan CEO tu…RinGan Tangan Menghulur Derma.(mungkin..mungkin.. tuhan murahkan rezeki dia sebab dia banyak bersedekah..manalah tahu)

kita berbaik sangkalah dengan reZeki Tuhan.

moga-moga Tuhan akan murahkan rezeki kita pulak.
AMINNNNNNNNN…………. 😀

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post