Search results

Chinese New Year Celebration at Limkokwing

limkokwing_chinesse_new_year_festival_1.jpg

Why i’m proud to study at Limkokwing? disebabkan Limkokwing University ni adalah University yang dibangunkan oleh rakyat cina, so kami yang melayu ni sebenarnya langsung tak rasa disisihkan.. Cam biasala kat Malaysia ni kan dah hidup berbilang bangsa.. Melayu bergantung pada cina, cina bergantung pada india, india bergantung pada melayu dan india bergantung pada cina. Kalau y’all masih ingat, haritu masa Chinese New Year holiday, nengok sendiri camana orang melayu kita huru hara nak cari ikan kat pasar. Maklumla bila ramai orang cina cuti, boleh dikatakan kehidupan orang melayu ni dah macam darurat. Susah sangat nak cari kedai yang bukak. Ermm.. sebab tu x payahlah kita nak memupuk semangat anti perkauman dalam jiwa masing2.

Berbalik kepada sambutan di Limkokwing haritu, ianya dilakukan secara besar-besaran. Memang grand abis lah. Khai turun college dalam pukul 4 petang sebab ade class Photographic Studies. Sampai2 je kat Limkokwing, nengok orang punye la ramai. Kereta berderet2 parking. Nengok kat dalam dah penuh orang melepak. Ramai budak melayu je sebab diorang tahu nak makan free je tu. Hehehe.. Jalan2 kat situ khai jumpe ngan my lecturer, Mr Sharil. Dia cakap takde class dan dia suruh Khai dan kawan2 lepak kat situ je nengok festival tersebut. Mekasih my lecturer.. Hehehe..

Then ade la beberapa artist yang tak berapa khai nak kenali menyanyi.. ade artist jemputan Hongkong dan artist hasil keluaran Limkokwing University.. Then makan time pun tiba. Fuh, makanan yang dia sediakan tak payah cerita.. Mau abis ribu riban duit Uncle Limkokwing kita keluarkan untuk festival ni. Antara makanan yang disediakan haritu (yang khai perasan je la), Sate Hj. Samsuri Kajang, Otak-otak, macam2 jenis air, laksa, buah limau yang melambak2 dan macam2 lagi yang khai pon tak tahu ape nama dia.

Lepas makan ade la macam2 show yang keluar. Kebudayaan semua LUCT tunjukkan. Dari persembahan kebudayaan orang melayu, india hinggalah ke tarian singa yang wajib bila sambutan Gong Xi Fa Cai. Hehehe.. Then ade fashion show dari model2 yang mantap2.. ni ada sedikit gambar untuk dishare dengan y’all. Kadang2 terbayang kalau Khai tak masuk Limkokwing dulu, maybe takkan jumpe celebration yang menggabungkan macam2 kebudayaan macam ni. Satu kenangan yang manis untuk Khai dan kawan2.

limkokwing_chinesse_new_year_festival_2.jpg limkokwing_chinesse_new_year_festival_4.jpg

limkokwing_chinesse_new_year_festival_3.jpg limkokwing_chinesse_new_year_festival_5.jpg

Pssttt: gambar diperolehi dari myfriend, Fuad. Thanks yer! y’ll plak jangan lupe masuk web Luct-Pressure ok.

Posted on 4 March '07 by , under Daily Craps. 1 Comment.

Limkokwing University

limkokwing

Pejam celik, pejam celik, dah hampir 6 bulan rupanya Khai dinobatkan (cewah) sebagai mahasiswa dari Limkokwing University of Creative Technology (LUCT). Dari sekolah lagi tak pernah pon mengimpikan untuk study kat sini. Dari form 1 lagi, menyimpan cita-cita nak study kat Multimedia University (MMU). Tapi apakan daya, lain course yang dimintak, lain plak yang dapat.. merajuk aku ngan MMU ni.. huhu.. Tapi takpe la.. dah masuk LUCT dah pon.. orang kata LUCT ni lagi grand dari MMU.. bebudak MMU, jangan maraaa 😛

Warna hitam dan putih ala ala tahi cicak bendera pahang menjadi kebanggaan University College ini. Mengimbas kata-kata lecturer Khai, Mr. Pujahaas, dia cakap Tan Sri Dato’ Professor Dr. Lim Kok Wing (Founder of LUCT) sengaja je pilih warna hitam sebagai main colour ntuk LUCT. Korang rasa kenapa? sebabnye masyarakat cina ni menganggap hitam ni sebagai bad luck. Tapi Tan Sri ni dia tak percaya segala kepercayaan turun-temurun yang karut tu. So dia saja je guna warna hitam. Menurut lecturer khai lagi, Tan Sri sedaya upaya cuba menyatukan rakyat majmuk di Malaysia ni. Betul la tu sebab kitorang study pon ade melayu, india, dan cina. Tu belum campur student dari bosnia, pakistan dan macam2 negara lagi. Lecturer pon ade melayu, cina dan india. Lecturer Khai, Ms Yun Lin dan Ms Aberami Jaishana tu walaupon seorang cina dan seorang lagi india, diorang ni punye la kamceng, berkepit ke mana aja. Hehe..

LUCT Cyberjaya (Main Campus) LUCT Kuching LUCT London luct mayang lkw_kl_centre

Limkokwing buat masa ini ada tiga. Kat Cyberjaya (main campus), Kuching dan London. Untuk foundation (sem 1) aritu, Khai study kat Limkokwing Mayang, Petaling Jaya. Kat PJ ni sementara je sementara nak dipindahkan awal tahun depan ke Cyberjaya sebab dah siap sepenuhnya. Menyentuh plak tentang sistem pembelajaran diorang, Khai tak tahu la sangat sebab baru je abis Sem 1. Tapi untuk foundation aritu, memang respek la!! Sistem yang ada memang otai!! Bayangkanlah budak yang masuk tak tahu ape pasal computer, then boleh jadi otai dalam masa 3 bulan. Untuk Sem 2 nanti terus dia amik Creative Multimedia.. Huhu.. Khai amik Diploma in Digital & Interactive Art. Ingat nak amik business management, tapi sebelum menyesal, baik amik benda yang kita minat kan. My parent pon dah setuju.

Ntuk korang yang belum pernah visit LUCT ni, leh la usya pic pic kat bawah ni.. LUCT ni takde la cantik sangat :-”

Hostel
” hostel ”

Lib
” library ”

Computer Lab
” computer lab ”

Fito Gym
” Fitofly Gym ”

ten10 shop
” 10-Ten Shop ”

Saloon
” Saloon ”

Snooker
” Snook ”

Wings Coffee
” Wings Coffee ”

Awesome right? Limkokwing Offical Website : http://www.limkokwing.edu.my

pssttt : 2007 LUCT akan dinaik taraf menjadi University sahaja. No more University College. Congrate ~

Posted on 28 November '06 by , under Daily Craps, Istimewa. 46 Comments.

Limkokwing Logo

Kepada bebudak Limkokwing yang tak tahu mana nak amik logo Limkokwing University untuk korang letak kat cover assignment, korang leh la download ikut link kat bawah ni .. Orait … atau click pada logo limkokwing di sidebar sebelah kanan ni..

luct_logo1.JPG
Limkokwing University .. The Malaysian Creative ” ….

Update Tahun 2009: Hurm ini artikel lama. Dan logo ini pun logo lama. Jangan ada yang gunakan lagi ya.. cheers~

Posted on 8 August '06 by , under Daily Craps. 1 Comment.